lawatan utm
TRANSCRIPT
LAWATAN LAPANGAN KE UTM :
MENGOPERASIKAN SATU KAEDAH P & P
oleh
Md. Arif bin Md. Zin
Jabatan Kemahiran Hidup
IPTI
Tawaran mengendalikan Persatuan Alam Sekitar
Pn. Faridah Mariani bt Johari (FMJ) telah menawarkan kepada
saya agar mengendalikan sesi kokurikulum , Persatuan Alam Sekitar
; selama 7 jam dalam interaksi Disember 2008 . Para pelajarnya
Kursus Diploma Pendidikan Malayisa Kursus Dalam Cuti Jabatan
Agama Johor (KDPM KDC JAJ ) ambilan Mei 2005 . Mereka berada
dalam peringkat terakhir sebelum menamatkan pengajian pada
hujung Disember 2008 .FMJ memaklumkan aktiviti – aktiviti yang
beliau pernah jalankan bersama – sama pelajar itu – lawatan ke Tg.
Piai , Hutan Bandar JB , suatu tempat di mana pelajar mengenal
pasti / menkelaskan ikan dan kilang pottery di Spg Renggam .
Sebelum ini Pn. Rohani Kamsan (RK) yang mengendalikannya
sebelum menyerahkan kepada FMJ . Mengikut seorang pelajar , RK
tidak membawa mereka ke mana – mana untuk lawatan (maklumat
ini tidak disemak dengan pelajar lain)
Mengenal pasti aktiviti yang sesuai
Pada asalnya , jadualnya adalah 2 jam sebelah petang dalam
satu hari dan baki 5 jam pada hari berikutnya . Kurang 2 minggu
sebelum sesi dijalankan saya diminta menjalankan sesi 7 jam terus
menerus .
Sebelum diberi 7 jam terus menerus , saya terfikir untuk
menjalankan aktiviti mengenal pasti tekstur pokok di kampus
(sebenarnya sekadar yang terlayang dalam kepala) . Antara langkah
untuk menjayakan aktiviti itu adalah pelajar memeluk pokok
dengan mata ditutup dan mencari balik pokok yang telah dipeluk.
Walaupun begitu saya tidak bersungguh – sungguh untuk
memurnikan idea tadi kerana dirasakan masih terlalu jauh sesi yang
akan dikendalikan nanti ( FMJ minta saya kendalikan sebulan
sebelum sesi ) . Dalam masa 2 jam itu juga , saya berharap
membincangkan sesi lawatan untuk dilaksanakan dalam sesi 5 jam
hari berikutnya .
UTM – destinasi lawatan
Lawatan selama 7 jam ... saya menyumbang saran dalam
kepala : antara destinasinya zoo dan Hutan Lipur Panti .Saya
terbaca dalam akhbar tentang Forest Research Institute of Malaysia
(FRIM) . Saya tidak pernah ada pengalaman mengendalikan apa –
apa sesi yang berkaitan dengan alam sekitar . Saya selusuri internet
untuk mendapatkan maklumat . Semua laman yang dilawati
mengaitkan ’lawatan’ , ’alam sekitar’ dan ’nature study’ dengan
’hutan’ . Dengan izin Allah , tahu – tahu saya ’tersesat’ ke laman
UTM . Rupa – rupanya di UTM ada banyak Taman / Hutan (UTM ,
Taman & Rekreasi , 2007 ). Setelah membaca sedikit latar belakang
yang diberi tentang setiap taman dan hutan , maka saya
memutuskan ’UTM tempat paling sesuai dengan mengambil kira
masa 7 jam itu’ .
Pelajar MAS , telah diberitahu untuk menguruskan lawatan ke
UTM . Beliau telah memasukkan tempat – tempat untuk dimohon
lawatan di dalam kertas kerja , terdiri daripada :
Hutan Rekreasi
Tapak Perkhemahan Fakulti Pendidikan
Nurseri dan Dusun
Taman Herba
Balai Cerapan
Taman Rusa
Taman Ekuin
Taman Tropika
Sebelum lawatan MAS telah berjumpa pihak UTM ,
mendapatkan kelulusan kertas kerja lawatan , pengangkutan serta
makanan .
Fokus lawatan
Saya mahukan lawatan pelajar berfokus dan ada tujuan .
Itulah yang biasa saya nasihati GP . Dalam kedudukan saya ketika
itu , apakah yang patut dijadikan fokus dan bagaimanakah idea
tersebut dapat dibawa oleh pelajar . Saya selusuri internet untuk
mendapatkan bahan .
Pastinya saya tidak mahu pelajar sekadar bergerak dari satu
tempat ke tempat , mendengar taklimat dan ‘tengok – tengok’
sahaja . Perlu lakukan aktiviti untuk mencapai objektif tertentu .
Makalah berkaitan satu kajian lawatan betul – betul membantu saya
( Ballantyne and Packer , n.d ) . Ia benar – benar dapat menjawab
sebahagian besar persoalan saya . Ia mengisahkan tentang aspek –
aspek yang peserta lawatan dapat pelajari , membawa kesedaran
dan menyentuh emosi ( terutama kegembiraan ) . Bahagian awal
soal selidik pra dan pos lawatan telah saya ubahsuai , alih bahasa
dan diperbanyakkan untuk tujuan fokus dan penilaian lawatan
(Lampiran A dan B)
Hari lawatan ( Rabu , 17 Disember 2008 )
Pada pagi tersebut , kami berkumpul di HEP . Sepatutnya
mereka sudah berkumpul 7.30 pagi tetapi nampaknya mereka
berkumpul penuh sekitar 7.45 pagi . Saya tidak dapat memberikan
taklimat lengkap kerana 5 minit kemudian bas pun tiba . Saya tidak
mahu pemandu menunggu lama kerana menurut MAS , bas
sepatutnya tiba 7.30 pagi .
Sebelum taklimat saya memberitahu MAS , beliau akan
mengetuai rombongan ; peranan saya hanya sebagai sebagai
fasilitator . Saya akan bercakap ,jika perlu ; di satu – satu tempat
untuk 10 – 15 minit sahaja .
Oleh kerana kesuntukan masa , saya terus mengedarkan soal
selidik pra – lawatan di bangsal kereta HEP . Taklimat penuh perlu
ditangguhkan kerana :
Saya tidak mahu pemandu dan pegawai UTM tertunggu -
tunggu
Masih ada lima orang pelajar lagi yang belum berkumpul di
situ ( seorang akan menaiki bas dari pondok kawalan utama
IPTI ; empat orang lagi akan terus pergi ke UTM . Jumlah
penuh pelajar ialah 29 . Seorang sedang menangguh kursus
kerana cuti bersalin . Bilangan yang menyertai lawatan – 28 ) .
Pelajar mengisikan soal selidik bahagian ’pra-lawatan’ sahaja
dan menyerahkannya pada masa itu juga . Setelah selesai
dipungut , kami bertolak ke UTM pada 7.58 pagi dan tiba pada 8.24
pagi .
Taklimat di hadapan Pejabat Harta Bina
Kami berhenti di Pejabat Harta Bina ( PHB ) dan disambut oleh
En. Mat , Pegawai Unit Nurseri . Di kawasan Pejabat tersebut , saya
telah memberikan taklimat memberitahu bahawa tema lawatan
adalah dalam rangka melihat / memerhati / berfikir ; dalam
rangka ,”afala tatafakkaruun ... ” ( tidakkah anda berfikir ? : AlQuran
) .
Di samping itu , pelajar patut memerhatikan unsur – unsur
yang ’berpasang – pasangan’ – bukan sahaja jantan betina –
malahan ’parit dalam , parit cetek’ dan ’pokok tinggi , pokok rendah’
pun boleh dijadikan sebagai contoh berpasang – pasangan . Saya
berpesan contoh bukanlah sesimplistic seperti itu ; mereka perlu
peka dengan maklumat yang lebih . Contoh , sekiranya pelajar
menggunakan unsur ’pokok tinggi , pokok rendah’ , mereka perlu
berikan nama pokok yang tinggi , yang rendah dan begitulah
seterusnya .
Taklimat di dalam Pejabat Harta Bina
Kami telah diberikan taklimat oleh En Kamsani . Turut hadir
Pn. Haslinda , En. Mat , En. Isa ( jurufoto ) , seorang pegawai
pentadbiran PHB dan seorang Pegawai lagi ( 6 orang pegawai
bersama – sama semasa taklimat ) . Taklimat telah diiringi dengan
tayangan slaid . Dalam penerangan tersebut , En. Kamsani telah
mengisahkan fungsi Unit Pengurusan Aset yang tempat – tempat
yang akan dilawati di bawah pengurusan unit ini . Setiap peserta
lawatan telah dibekalkan dengan cetakan mengisahkan taman /
hutan yang diselenggara oleh unit (Lampiran D).
Setelah tamat taklimat kami dijamu dengan minuman dan
makanan ringan . Cenderamata untuk setiap peserta telah diambil
sendiri tetapi dimulakan dahulu dengan penyampaian cenderamata
oleh En. Kamsani kepada MAS . Sesi bergambar di luar PHB telah
dilaksanakan sebelum bergerak ke Unit Nurseri .
Lawatan ke Nurseri
Dalam perjalanan dari PHB ke Unit Nurseri , saya sempat
bertanyakan tiga pelajar tentang unsur berpasang – pasangan yang
terdapat di PHB . Seorang menjawab ’kerusi – meja’ ( mudah sangat
! ) . Saya bertanyakan seterusnya tentang warna . Pelajar
berkenaan jawab ’biru’ , di samping beliau menambah ’ada juga
berwarna merah’ .
Pelajar kedua memaklumkan jawapan berpasang – pasangan
beliau iaitu ’sudu-garpu’ . Atas pertanyaan balas , beliau
menggambarkan reka bentuk sudu tersebut (nampaknya pelajar
tidak teragak – agak merespon – bagus ! ) .
Pelajar ketiga memberitahu aspek ’berpasang – pasangan’
beliau dapat kesan ’cawan-piring’ . Beliau dapat menggambarkan
reka bentuknya . Pelajar – pelajar lain yang sama – sama berjalan
dengan saya nampak agak bersungguh – sungguh memberikan
jawapan berpasang – pasangan tetapi saya tangguh untuk tempat
lawatan yang lain .
Lawatan ke nurseri telah dituntun dan ditaklimatkan oleh En.
Mat . Lima orang pegawai lain yang bersama – sama semasa
taklimat di PHB turut hadir . Kami telah dibawa melihat tumbuhan
yang dibekalkan kepada UTM untuk tujuan aktiviti – aktiviti khas ;
yang highlightnya konvo . Kebanyakan tumbuhan dapat dibekalkan
oleh unit ini . Jika perlu kepada tumbuhan yang exotic dan atas
permintaan khas ( cth : Canselor Sultanah Johor ) maka perolehan
akan dilakukan .
Para peserta nampaknya rajin bertanya . Mungkin kerana saya
kerap menggesa mereka . Begitu juga dengan En. Mat yang seolah –
olah memahami perilaku saya . Mungkin juga peserta ternampak
saya mencoret sesuatu pada senarai nama sebagai tanda saya
menilai mereka .
Lawatan ke Bangunan Pentadbiran
Menaiki bas ke Bangunan Pentadbiran . Bas telah dibenarkan
parking di tapak VIP . Saya bertanyakan erti VIP kepada beberapa
orang pelajar ( saya tidak mahu jawapan ’Very Important Person’ ) .
Tidak terdengarpun sesiapa tersasar menjawab ’Very Important
Person’ . Di bahagian hadapan bangunan terdapat dua item yang
menarik . Pertama , pokok Johor . Saya sangkakan Negeri Johor
namanya berasal usul dari pokok tersebut seperti Melaka . Rupanya
tidak , nama asalnya ialah ’Rambai Istana’ . Sultan / Canselor
Sultanah Johor ( ada diberitahu oleh salah seorang Pegawai
pengiring – terlupa ! ) mahukan nama diubah seperti tadi .
Kami menuruni landskap dalam courtyard di bangunan
Pentadbiran . Landskap berkonsepkan jepun . Kami menuruni dari
satu pelantar ke pelantar lain , bilangan 4 atau 5 ( setiap pelantar
segi empat dimensi 1 ¼ m. ) . Sepanjang laluan , di sebelah kiri
kanan terdapat batu – batan / rasa simenfero , tumbuh – tumbuhan
dan air yang mengalir ke bawah .
Bersebelahan dengan Bangunan Pentadbiran ialah Dewan
Sultan Iskandar Besar .Pada ketika itu ramai pelajar pasca ijazah
sedang mendaftarkan diri . Menurut pegawai yang mengiringi
kebanyakan dari negara – negara arab . Sebelum menaiki bas untuk
tapak yang lain , beberapa peserta bergambar pada ’tugu’ di
hadapan bangunan pentadbiran di mana kapsul 100 tahun telah
ditanam pada 2004 . Ia menandakan sudah seabad UTM berdiri gah
sejak ditubuhkan pada 1904 .
Pendakian ke Balai Cerapan
Bas seterusnya mendaki cerun landai untuk ke Balai Cerapan
UTM . Tempat di mana Balai Cerapan didirikan adalah puncak kedua
tertinggi di UTM ; demikian maklumat En Mat berdasarkan peta
yang pernah dilihatnya . Kalau menurut buku penerangan Sekolah
Pengajian Siswazah , balai tersebut terletak di atas puncak tertinggi
UTM ( UTM , School of Graduate Studies , 2007 ) . Ketinggian tapak
Balai Cerapan ; menurut En Mat ( beliau kurang pasti ) dalam sekitar
600 kaki . Ketika cuaca yang baik , dikatakan seseorang akan dapat
melihat JB dan Singapura .
Suasana di sini agak dingin . Saya dapati tiada signage ’UTM’ ,
sekadar ada signage ’Balai Cerapan’ dlm BM dan BI . Kalau
bergambar tiada maklumat seseorang sudah sampai ke UTM . Hal
ini saya maklumkan lepada En. Kamsani . Bahagian belakang
bangunan lapang dan boleh dijadikan tapak perkhemahan . Selama
ini ia tidak pernah jadikan ia sebagai tapak perkhemahan .
En Kamsani terpaksa tinggalkan kami dari sini . Majlis
menyerahkan cenderahati kepada En. Kamsani telah dilakukan oleh
MAS .
Lawatan ke Hutan Rekreasi
Kami menuruni cerun dengan bas ke Hutan Rekreasi . Bas
diletakkan luar pintu gerbang . Kami berjalan sejauh hampir 300
meter melalui jalan bertar yang boleh memuatkan satu kenderaan
sahaja . Dua orang pelajar wanita terpaksa menumpang Perodua
Kembara UTM kerana tidak berupaya jalan jauh . Saya berbisik
kepada MAS kalau sekiranya rakan – rakan beliau tidak larat lagi
meneruskan lawatan , maka tamatkan lawatan di situ sahaja . MAS
beritahu saya tapak lawatan lain semua memang dalam perjalanan
keluar , maka tidak timbul isu tamatkan awal . Di situ memang ada
kemudahan yang sesuai untuk perkhemahan , aktiviti air serta
treking hutan . Ia sering dikunjungi oleh murid – murid sekolah lebih
daripada penuntut UTM sendiri . Menurut jurufoto , penuntut UTM
diberi peruntukan yang besar . Dengan demikian tempat yang lebih
jauh akan menjadi pilihan .
Dari Hutan Rekreasi ke Taman Herba
Taman Herba terletak betul – betul bersebelahan Hutan
Rekreasi . Kawasannya kecil sahaja . Terdapat beberapa batang
pokok kemuning , kelompok pandan dan serai wangi . Tarikan agak
menarik di situ ialah pokok tongkat ali setinggi 3 m. En. Mat
memberitahu pihak CEPP – Chemical Engineering Pilot Project –
mengesahkan buahnya lebih berkesan daripada akar . Ambil buah ,
maka pokoknya dapat bertahan lama berbanding cabut akar dan
pokok .
Taman herba akan diperluaskan . Dapat di lihat sebatang
jalan yang dirintisi lori dari jalan bertar ke Taman Herba / Hutan
Rekreasi sejauh 50 m . Mujur hari tidak hujan . Kalau berbecakpun
hanyalah pada tempat – tempat tertentu sahaja dan sebenarnya
boleh dielak . Kami berjalan balik melalui laluan kenderaan projek
peluasan sejauh 30 m. Inilah jalan yang dikatakan jauh lebih singkat
berbanding dengan kemasukan kami tadi . Pihak tuan rumah takut
ikut jalan ini kerana tidak mahu pelajar perempuan yang bersepatu
tumit tinggi terbenam . Setelah melalui jalan singkat tersebut
didapati tiada sesiapapun yang terbenam .
Lawatan ke Taman Rusa
Taman Rusa terletak berhampiran dengan pondok kawalan
utama UTM serta bersebelahan dengan PHB . Nampaknya 3 – 4
orang pelajar wanita terpaksa berehat di wakaf di luar pagar Taman
Rusa . Kepenatan !
Terdapat 29 ekor rusa ( Axis axis ) . Berasal dari Sri Lanka /
India . Bermula dengan seekor jantan dan 9 betina . Menurut En Mat
kos membela rusa murah berbanding kambing . Haiwan tersebut
dianggap rugged dan boleh berada di luar dan terdedah ; tidak
seperti kambing yang jika hujan boleh dijangkiti selesema dan
kembung perut .
Satu – satunya unsur yang mahal dalam mengusahakan
ternakan rusa adalah pagar . Bahan wayar logam yang digunakan ,
vanadium berupaya merintang karat . Wayar vanadium tersebut
telah dianyam seolah – olah menyerupai pagar BRC . Setiap satu
lubang segi empat berukuran 5 – 6 cm . Sekiranya lubang terurai ,
maka bahagian itu sahaja yang akan lopong . Dengan demikian
struktur pagar secara amnya tidak akan menurun atau runtuh .
Dalam taklimat En Mat , beliau turut selitkan panduan
bagaimana membezakan rusa jantan dan betina .
Destinasi terakhir – Taman Tropika
Taman ini terletak bersebelahan sahaja dengan Taman Rusa .
Beberapa tumbuhan telah dinamakankan ; nama biasa dan nama
sains . Tarikan utama taman tersebut , sebuah rumah ; mempunyai
reka bentuk tropika . En Mat memberitahu tukang dari Trengganu
telah didatangkan untuk pembinaan bangunan tersebut .
Ada unsur seni bina Bali di mana terdapat air memancut
keluar dari tepi rumah . Rumah bercat laker dan lantainya rendah .
Dari situ , ternampak jelas Masjid Sultan Iskandar . Terdapat satu
tasik bersebelahan dengan rumah taman tersebut . Saya tertarik
dengan satu kelompok tumbuhan : setiap satu tumbuhan
seumpama bunga manggar , semuanya berwarna hijau ( rasanya
famili Cyperaceae ) .
Majlis Penutupan Lawatan
Bercantum dengan bangunan utama Taman Tropika ialah
tempat makan . Di sinilah majlis penutup lawatan dan makan
tengah hari dijalankan . Saya tidak sangka majlis penutup akan
diadakan ; dan lebih – lebih lagi akan dijalankan secara ‘agak
rasmi’ . Pengacara telah menjemput pegawai tadbir PHB dan saya
untuk berucap . Sebelum makan tengahari dan sebelum pegawai –
pegawai UTM beredar , saya ternampak MAS cuba beri paket ’ang
pow’ kepada setiap pegawai pengiring , tetapi ditolak . Rasa –
rasanya sebagai ganti cenderamata .
Selepas makan , saya telah melakukan penilaian ringkas .
Borang soal selidik pos lawatan telah dilengkapkan oleh setiap
peserta . Selepas itu setiap orang telah diminta memberitahu
apakah satu soalan yang ditanya sepanjang lawatan ( mereka yang
pernah menjawab soalan ’berpasang – pasangan’ serta MAS
dikecualikan ). Semua peserta telah berjaya memberikan satu
soalan .
Kami bergerak balik tanpa melawat Taman Ekuin dan Dusun .
Kami tiba di IPTI sekitar 2. 15 petang .
Penerokaan dan Dapatan
PROFIL PARA PESERTA
Umur ( tahun )
Min - 25 Max – 37
Mean - 29 Med – 29 Mod – 29
18 orang berumur 29 tahun dan kurang ; 10 orang berumur 30
tahun dan lebih ( Jumlah – 28) . Umumnya , satu populasi
yang normal berdasarkan umur .
Taraf perkahwinan
21 daripada 28 responden telahpun berkahwin
Lama khidmat ( tahun ) sebagai guru
Min 4 Max 10
Mean 7.25 Med 7 Mod 10
Daerah pernah berkhidmat ( ada peserta yang pernah
berkhidmat di sebuah daerah sebelum daerah terkini )
Johor Bahru 12
Kota Tinggi 11
Pontian 5
Kluang 3
Segamat 1
Mersing 1
MARKAH LAWATAN
Secara asasnya mereka layak mendapat 70 % sebagai
permulaan . Mereka telah menghadiri lawatan , berdisiplin
sepanjang lawatan , telah merespon kepada borang soal selidik pra
dan pos lawatan serta telah bertanyakan sekurang – kurangnya satu
soalan . Itu belum mengambil kira input pembelajaran daripada
taklimat ( kognitif ) , kesedaran dan penghargaan terhadap alam
sekitar (afektif) . Maka pada pandangan saya , layak dikira sebagai
mencapai kedudukan ’memuaskan’ .
Skor f
6 4 A-
5 11 A-
4 5 B+
3 8 B
A 1
A- 14
B+ 5
B 8
MAS saya kurniakan beliau A atas sebab usaha beliau yang
terpuji dalam menguruskan lawatan . Rasanya tindakan ini wajar
kerana beliau berupaya peroleh 5 dari 6 markah penuh soal selidik
pra lawatan . Andainya beliau peroleh 4 sahaja , besar kemungkinan
saya akan letakkan dia ke dalam gred A- ( yang lebih condong
kepada A ) . MAS telah diberi markah 92 % . Analisis markah
ditunjukkan seperti berikut :
Min 71 Max 92
Mean 80 Med 80 ½
MINAT AWAL MENYERTAI LAWATAN
Semua kecuali seorang memang berhajat / berminat untuk
mengikuti lawatan . MMM telah memilih ’ada atau tidak ; tak kisah’
pada soalan 1 dalam borang soal selidik pra – lawatan ( Lampiran
A ). Apakah yang menyebabkan begitu padahal dalam soalan 2 ,
respon beliau ;
’Apa – apa jua ( perkara ) yang dapat memberi pengetahuan
dan pengalaman kepada saya’ ( MMM )
Respon kepada soalan 4 pula ;
’Pemandangan dan apa – apa jua pengetahuan baru’ (MMM)
RM memberikan respon yang hampir serupa kepada soalan 2 ;
memaklumkan ingin / berhajat menyertai lawatan ;
’Melihat , merasa , mengetahui semua tentang maklumat
yang belum saya terokai’ ( RM )
... kepada soalan 4 pula ;
’memantau , menyelidik , membuat analisis , membuat
penilaian’ (RM)
Borang soal selidik pra – lawatan telah disediakan untuk
dijawab oleh peserta agar mereka disedarkan lawatan itu berfokus .
Peserta zero ini pada peringkat awalnya apabila perhatian mereka
dibawa kepada ’perkara yang anda PALING INGIN lihat / rasakan /
tahu dalam lawatan ini nanti ?’ ( soalan 2 ) . Seramai 10 daripada 28
orang telah dapat merespon dengan tepat . Contoh – contoh ;
’melihat keindahan flora dan fauna’ (EHMD)
’melihat keunikannya’ (SA)
Saya telah memberikan markat 2 sekiranya responden menuliskan
satu sahaja item ( bersesuaian dengan kata arahan ’PALING’ ) dan
markat 1 jika lebih daripada satu . Sebagai contoh ;
’mengenali lebih , apa yang terdapat di dalam UTM ; termasuk
suasana , tempat – tempat yang indah dan boleh digunakan oleh
orang luar’ (FH)
Untuk peserta FH , saya menganggap beliau memegang suatu
idea yang kabur (hazy) tentang apa yang sebenar – benarnya ,
beliau paling ingin lihat / rasa / tahu . Walaupun kelihatan satu
pernyataan sahaja , saya meletakkan ia dalam kategori 1 atas sifat
yang umum .
Bagi soalan 1 dan 2 soal selidik sepatutnya saya harus
masukkan cue ketiga bagi mengingatkan responden saya
hendakkan satu sahaja dan mengkhusus . Umpamanya soalan boleh
diungkap semula sebagai
’2. Apakah satu perkara yang khusus , anda PALING INGIN
lihat / rasakan tahu dalam lawatan ini ?’
’3. Perkara apakah pula yang anda PALING TIDAK INGIN
lihat / rasakan / tahu dalam lawatan ini nanti ? ( tuliskan satu
yang khusus sahaja )’
MAKLUMAT ASAS TENTANG LAWATAN
Terdapat empat orang responden memperolehi markat 0 bagi
soalan 3 dan 4 . Mereka memberikan respon yang umum tentang
perkara – perkara yang berkaitan tempat yang bakal dilawati .
Sudah pasti tempat yang bakal dilawati memberikan faedah serta
pelajaran . HM menulis apabila merespon kepada soalan 3 ;
‘perkara – perkara yang tidak berfaedah’ (HM) .
Sementara itu MOM menulis sebagai respon kepada soalan 4 ;
‘menilai sesuatu perkara ; mengambil pengajaran’ (MOM)
Rasanya maklum balas seperti di atas timbul akibat daripada
tiada taklimat menyeluruh dijalankan . Maklumat asas yang diberi
mungkin sekadar mengetahui tempat lawatan ( iaitu UTM ) dan ,
jenis pakaian ( mereka diarahkan oleh ketua – berpakaian formal ) .
Berdasarkan penilitian terhadap soalan 1 , kurang sepertiga
menuliskan sama ada ‘taman’ atau ‘hutan’ . Ini menggambarkan
mereka tidak betul – betul jelas arah lawatan . Jika mereka benar –
benar tahu , sudah pasti mereka akan bersedia dengan payung
( panas ? ) dan berpakaian sukan ( banyak pergerakan ) .
Dalam persiapan dan maklumat asas , memang saya
mengakui tidak memberikan input khusus tentang lawatan .
Tambahan pada itu saya tidak sangka akan ada banyak pergerakan
ke sana ke mari serta turun naik bas . Taklimat pertama pada
paginya adalah agak panjang ; 20 minit sudah dikira memadai .
REAKSI TERHADAP LAWATAN
Lebih 80 % sangat menggemari akan lawatan ke UTM pada
hari berkenaan . Hanya seorang sahaja yang menganggap beliau
’agak gemar’ sahaja terhadap lawatan tersebut , mungkin kerana
’tidak seperti saya harapkan ... balai cerap tidak berfungsi
sepenuhnya kerana tiada alat untuk mencerap ... taman herba yang
banyak kekurangan dan herba yang ditanam tiada kelainan dengan
tempat lain’ (MMM) .
Tiga orang gagal memberikan input kepada soalan 3 dalam
borang soal selidik pos lawatan ;
’3. Perkara / perkara – perkara apakah anda PALING TIDAK
GEMAR ?’
Saya biasa terjumpa pelajar yang apabila menyatakan suka
semua , tidak berupaya menjawab persoalan ‘yang paling tidak
disukai’ . Pelajar sedemikian sebenarnya tidak mampu menyusun
ikut keutamaan ; dalam hal ini , menyusun mengikut ‘paling disukai’
ke ‘paling kurang disukai’ .
Kepada soalan 3 , beberapa maklum balas berkaitan ‘perkara
– perkara yang paling tidak gemar’ ( ikut tertib ; paling banyak
respon didahulukan ) :
o berjalan jauh
o pakaian tidak sesuai
o cuaca panas
o laluan dan persekitaran becak
o masa singkat
o kemusnahan alam
o sesi taklimat
KESEDARAN ATAS ALAM SEKITAR
Jelas bahawa para peserta menyedari lawatan mereka adalah
atas wahana alam sekitar . Hal ini dapat dilihat dalam penulisan
mereka ( 22 daripada 28 peserta ) , seperti :
’pencemaran , sampah sarap yang tidak terkawal’ ketika MT
memperkatakan tentang perkara beliau paling tidak ingin lihat .
PERBANDINGAN DI ANTARA JANGKAAN DENGAN YANG SEBENAR
Tinjauan telah dibuat bagi mendapatkan beza pandangan asal
peserta sebelum bermula lawatan setelah menamatkan lawatan .
Analsis telah dilakukan atas soalan 4. dalam soal selidik pos lawatan
. Reaksi peserta dikategorikan sebagai ‘sangat positif’ ,’positif’ dan
‘agak positif’ , definisi operasionalnya sebagai berikut :
sangat positif beza yang amat apabila dibandingkan asal
dengan sebenar ; tidak pernah diduga sama sekali
Contoh :
‘semua staf – stafnya begitu friendly’ (HM)
‘banyak membuka fikiran saya tentang diri saya
sebagai seorang guru . perlu sentiasa berusaha
dan rajin mengkaji serta bertanya ...’ (ZS)
positif beza yang amat apabila dibandingkan asal
dengan sebenar ; namun , sesuatu yang biasa
berlaku dengan sebab mengikuti lawatan .
Contoh :
‘kesedaran ... tentang kepentingan memelihara
alam sekitar dan memurnikannya’ (HMS)
kurang positif beza yang amat apabila dibandingkan asal
dengan sebenar ; tidak pernah diduga sama sekali
; terlalu menekankan aspek ‘negatif’ lawatan .
Contoh :
apabila MMM memperkatakan tentang
kekurangan balai cerap dan taman herba .
Setelah dianalisis dan dikelas – kelaskan , didapati reaksi
’positif’ menjangkau 17 ( antaranya 9 - atas layanan baik pegawai
UTM ) , 10 positif ( antaranya 7 – peroleh banyak ilmu / kesedaran )
dan satu ’kurang positif’ ( iaitu kedudukan semasa balai cerap dan
taman herba )
PELUANG PENSYARAH BERTANYAKAN SOALAN KEPADA PESERTA
Saya sempat bertanyakan soalan kepada peserta pada awal
lawatan ( ketika bergerak dari PHB dan selepas majlis penutupan ) .
Perancangan awal untuk berbuat demikian di setiap stesen rupa –
rupanya tidak kesampaian . Tidak mungkin untuk saya ,
mengumpulkan mereka seketika sebelum bergerak . Jika dibuat
demikian , berkemungkinan akan mengambil masa . Kalaupun ada
ruang , saya boleh lakukan secara spot ( seperti pada awal lawatan )
iaitu dengan tidak perlu melibatkan semua orang . Jika kaedah ini
dilaksanakan , maka sesi tersebut akan menjadi lebih bersifat
’pelajaran’ . Tetapi why not ? , bukankah sesi hari tersebut dianggap
’sangat santai’ .
’saya menjangkakan lawatan ini agak formal sebab dipimpin
oleh En. Md. Arif tetapi sebaliknya ia menjadi sangat santai’
(RM)
Rumusan dan Penutup
Lawatan tempoh hari telah memberikan peluang kepada para
pelajar membandingkan teori dalam kelas dan praktiknya di
lapangan . Ini bersesuaian dengan pendapat Sharp ( dalam
Teaching Methods ) bahawa
‘what is best learned indoors should be learned there, and
what is best learned outdoors should be learned there’.
Lawatan tersebut telah menawarkan pembelajaran secara
pengalaman experiential ; sesuatu yang dipelopori oleh Sharp ,
seorang ahli pendidikan luar ( Knapp , 2000 ) . Ia suatu yang sangat
bermakna kepada mereka yang selama ini sekadar mendengar dan
melihat UTM dari luar sahaja .
Para peserta nampaknya telah melibatkan secara aktif dalam
lawatan . Mereka bergerak ke sana ke mari , bertanyakan soalan
serta bergambar . Pada keseluruhan objektif lawatan telah tercapai
dengan beberapa kelemahan yang perlu ditambahbaik dari masa ke
masa . Makalah Why take field trips ? ( Lampiran C ) , sepatutnya
ditengok dari masa ke masa agar lawatan saya akan menjadi lebih
bermanfaat
RUJUKAN
Knapp , Clifford (2000) Learning from an Outdoor Education Hero: Personal Reflections about L. B. Sharp.http://eric.ed.gov/ERICWebPortal/custom/portlets/
recordDetails/detailmini.jsp?
_nfpb=true&_&ERICExtSearch_SearchValue_0=EJ610378&ERI
CExtSearch_SearchType_0=no&accno=EJ610378
Roy Ballantyne and Jan Packer ( n.d ) Nature-based Excursions:
School Students’ Perceptions of Learning in Natural
Environments
http://www.multilingual-matters.net/irgee/011/0218/irgee0110
218.pdf
Teaching methods : Field Trips
http://www.usask.ca/education/coursework/mcvittiej/methods/
fieldtrip.html
UTM , School of Graduate Studies ( 2007 ) , Leisure & Sports
Facilities ;
http://web.utm.my/academicprogram/images/stories/sps_book
let2007.pdf [21/12/08]
UTM , Taman & Rekreasi (2007)
http://web.utm.my/about/index.php?
option=content&task=category§ionid=4&id=77&Itemid=
67 [11/12/08]
Why take field trips ?
http://www.campsilos.org/excursions/hc/fieldtrip.htm
[21/12/08]
Lampiran A dan B – soal selidik pra – dan pos – lawatanLamp C Why take ....Lampiran D – cetakan yang diedarkan semasa Taklimat di PHB
Lampiran C
WHY TAKE FIELD TRIPS ?
( http://www.campsilos.org/excursions/hc/fieldtrip.htm )
Field trips expand children's learning through active hands-on experience with the rich resources of the local community. Field trips increase student knowledge and un-derstanding of a subject and add realism to the topic of study. Good planning must precede field trips. Careful attention should be given to trip selection, previsit prepara-tion, the trip itself, appropriate follow up, and evaluation. When considering a field trip, teachers are advised to first consult with their administrator regarding existing school board policies and follow those recommended procedures.
Trip Selection A. Identify the rationale, objectives and plan of evaluation for the field trip. B. Select the site to be visited. Contact the educational coordinator for the site
and arrange the date and time. Obtain the pre-trip information package if one is available. Record addresses, directions, contact persons, phone numbers, email addresses, etc.
C. Conduct a pre-visit to familiarize yourself with the major features of the field trip. Purchase postcards and posters. Take digital photographs to share with students prior to the visit. Explore the exhibition(s) you plan to visit to get ideas for pre field trip activities.
Logistics Planning A. Apply for administrative approval from departmental chairperson, curriculum
administrator, or building principal B. File requisition for bus transportation reservation C. Make arrangements for meal or sack lunch if needed
D. Develop schedule for the day E. Arrange for special equipment -supplies, film, video camera, digital camera F. Prepare name tags for students and chaperones G. Collect money for admission fees H. Compose parent permission letter including
o Date and location of field trip and transportation arrangements o Educational purpose of field trip o Provision for special needs students o Cost o Clothing for the trip o Lunch arrangements o Money needed o Trip schedule o Whether a child will need prescribed medication administered o Parent signature
I. Send a letter to parents or include in the class newsletter a request for help as chaperones, communicate assigned duties/responsibilities, review field trip ob-jectives, and list activities and schedule.
J. Provide alternative arrangements for pupils who will not be going on the trip. K. Inform the cafeteria staff if students will be away during the lunch hour. L. Submit a list of students who will be attending the field trip to other teachers if
their schedules will be affected. M. Collect the money for the trip and deposit it in your school's account. If re-
quired, send the advanced fee to the field trip site. N. Create a list of all student names and home phone numbers for use in an emer-
gency.
Preparing Students Before the TripA. Discuss the purpose of the field trip and how it relates to the current unit of
study. B. Introduce visual observation skills. Let students describe in detail ordinary ob-
jects, like a paper clip, paintbrush, clothespin, or comb to their classmates. C. Introduce vocabulary words that will be used by docents during the tour. D. Show photographs or posters of the field trip site or related to exhibits that will
be viewed. E. Assign students "specialists" roles in one aspect of the topic that they will be
studying during the field trip. Students could be grouped in different subject areas related to the field trip topic to research (e.g., history, art, religion, sci-ence, environment, etc).
F. Explore the Website of the location you will be visiting. G. As a class brainstorm a set of standards of conduct for the trip and discuss sug-
gested spending money, lunch plans, appropriate clothing to wear for the trip including gear for rainy weather.
H. Discuss with students how to ask good questions and brainstorm a list of open-ended observation questions to gather information during the visit. Record questions on chart paper or in student field trip journals.
I. Overview the field trip schedule.
Final Planning
Check all permission slips the day before the field trip.
Conducting the Trip
On the day of the trip:
Pass out name tags Divide class into small groups and assign chaperones to groups Assign each student a partner Place a class list and student emergency forms in a folder Secure a cell phone if possible Take along an emergency kit Take inventory of food, specific equipment, and other supplies pertinent to the
particular field trip
Activities that will Occur During the Field Trip
Plan activities that allow students to work alone, in pairs or small groups. Activities might include:
Adventure game "Journey to the World of..." Mystery with clues provided Sketch pages with partial drawings of objects found in the exhibits for students
to complete the drawings based on their observations Peepholes in construction paper - cut different sized round holes in construc-
tion paper and have students view a part of the exhibition through the peep-holes. Ask them to describe what they see, what they notice now that they missed before, and how their perspective changes with each new view
Field notebooks for recording answers to prepared questions based on clues Hand drawn postcards to write near the end of the tour that will summarize the
field trip visit
Provide time for students to observe, ask questions, and record key words, ideas and phrases as journal entries in their Field book after viewing each exhibit
Ask follow-up questions as students make observations and listen to presentations.
How are these two objects different from one another? What clues does this artifact provide about… In what ways do these two objects relate to one another? If you could change one thing in this exhibit, what would it be? Pretend you are an archaeologist in the future who is observing this object.
What would you be able to conclude about the culture of the past?
Expand the title or name of this object into a detailed caption (sentence or paragraph) in your Field book.
Describe the setting in which you might have found this object. Which object will be of greatest value in a hundred years? Why? List the objects in the exhibit order of the story they tell or usefulness. Which object took the most time and effort to produce? Pretend you are a character in this exhibit. Tell us as much as you can about
your life. What does this object tell us about the person's attitude toward...?
Schedule a particular segment of the field trip for a scavenger hunt where students look for particular objects and record them in their Field book or on an observation sheet.
Provide time for students to work in their Field Book writing questions, describing fa-vorite displays or making sketches of artifacts, structures, scenery, etc. If they cannot complete their sketches, encourage them to label them for future completion as to color, detail, etc.
Provide time for students to use (tape recorder, camcorder, digital camera) for record-ing important resources viewed/heard.
Polling Activity: Blue Ribbon - Your ChoiceAfter careful observation of an exhibit, ask students to discuss an exhibit and vote on an artifact, artwork that they consider to be the most valuable part of the exhibit they viewed. Then ask students to record one sentence in their Field book describing why they felt the object was of key importance.
Post-Field Trip Activities
Just as quality pre-planning is essential to the success of a field trip, planning for ap-propriate follow-up activities will facilitate student learning and multiply the value of hands-on experiences outside the classroom. The following activities provide a gen-eral guide when planning for post-field trip classroom experiences.
Provide time for students to share general observations and reactions to field trip experiences
Share specific assignments students completed while on the field trip. Create a classroom bulletin board displaying materials developed or collected
while on the field trip. Develop a classroom museum that replicates and extends displays students ob-
served on the field trip. For example, if the field trip involved an art museum, develop a classroom art museum containing student artwork.
Link field trip activities to multiple curricular areas. For example, students can develop vocabulary lists based on field trip observations; record field trip ob-servations in a classroom journal; complete math problems related to actual field trip budget planning; etc.
Share and evaluate student assignments/activities from the Field Book.
Have the class compose and send thank-you letters to the field trip site host, chaperones, school administrators and other persons that supported the field trip. Include favorite objects or special information learned during the field trip.
Create a short news report about what happened on the field trip. Publicize the trip via an article in your local newspaper, school bulletin board, trip presenta-tion for parent's night, or class Web page.
Evaluating the Trip
Complete a "Teacher Journal" regarding the field trip. This will provide a good refer-ence for future field trips.
What was of unique educational value in this field trip? Did the students meet the objectives/expectations? Was there adequate time? Was there adequate staff and adult supervision? What might be done differently to make this an even better experience in the
future? What special points should be emphasized next time? What special problems should be addressed in the future? What would improve a visit to this site in the future?
Share the evaluation with the students, volunteers, hosts from the field trip site, and school administrators.