latihan print

23
GMGM 3053 PENGURUSAN LATIHAN DALAM ORGANISASI 1 218860 ISI KANDUNGAN PERKARA MUKASURAT 1.0 PENGENALAN 2 2.0 ANALISIS KEPERLUAN LATIHAN 4 3.0 PERANCANGAN LATIHAN 14 4.0 PIHAK YANG BERTANGGUNGJAWAB 19 5.0 PELAKSANAAN LATIHAN 21 6.0 KESIMPULAN 23

Upload: amelia-sulaiman

Post on 13-Jul-2016

32 views

Category:

Documents


6 download

DESCRIPTION

pengurusan latihan

TRANSCRIPT

Page 1: Latihan Print

GMGM 3053 PENGURUSAN LATIHAN DALAM ORGANISASI

1

218860

ISI KANDUNGAN

PERKARA MUKASURAT

1.0 PENGENALAN 2

2.0 ANALISIS KEPERLUAN LATIHAN 4

3.0 PERANCANGAN LATIHAN 14

4.0 PIHAK YANG BERTANGGUNGJAWAB 19

5.0 PELAKSANAAN LATIHAN 21

6.0 KESIMPULAN 23

Page 2: Latihan Print

GMGM 3053 PENGURUSAN LATIHAN DALAM ORGANISASI

2

218860

1.0 PENGENALAN

Latihan membawa kepada definisi usaha-usaha yang boleh dilaksanakan oleh sesebuah

organisasi bagi meningkatkan ilmu pengetahuan para pelatih supaya mereka boleh melakukan

sesuatu tugas dengan baik. Bagi sesebuah organisasi, latihan merupakan satu proses yang

sistematik khusus untuk memberikan pengetahuan (knowledge), kemahiran (skills) dan

kebolehan (abilities), (KSA) yang bersesuaian bagi sesuatu tugas atau pekerjaan.

Ini menunjukkan bahawa latihan menjurus kepada sesuatu yang spesifik dan menumpu

kepada prestasi masa yang terdekat. Latihan berbeza daripada pembangunan yang memfokuskan

kepada jangka masa yang lebih panjang. Dalam pembangunan pekerja, usaha-usaha adalah lebih

bertumpu untuk meluaskan KSA pekerja bagi menyediakan mereka untuk kerja-kerja dan

jawatan yang bakal mereka pegang di masa akan datang dan pada masa yang sama akan

meningkatkan kapasiti ereka dalam melaksanakan tugas mereka sekarang ini.

Setelah sesuatu program latihan dibentuk, program latihan mengharapkan dapat melatih

pekerja untuk menjadi lebih baik dan akhir sekali dapat meningkatkan hasil kepada organisasi.

Oleh itu, program latihan yang baik memerlukan perancangan dan pembentukan yang teliti dan

ini boleh dilakukan dengan pendekatan sistem.

Bagi memastikan aspek perancangan dan pelaksanaan latihan dilaksanakan berasaskan kepada

keperluan sebenar kakitangan dan juga organisasi, proses Analisis Keperluan Latihan (TNA)

perlu dilakukan.

TNA merupakan langkah pertama dalam pusingan latihan dan perlu dilaksanakan terlebih dahulu

sebelum sesuatu perancangan mengenai latihan dibuat. Objektif utama TNA ini dilaksanakan

ialah untuk mengumpul dan menganalisis keperluan sebenar latihan bagi setiap warga kerja agar

Page 3: Latihan Print

GMGM 3053 PENGURUSAN LATIHAN DALAM ORGANISASI

3

218860

ianya sesuai dengan tugas dan tanggungjawab jawatan yang disandang. Antara objektif lain juga

mengapa TNA dilaksanakan ialah :

i. Untuk mengetahui apakah pengetahuan, kemahiran dan kemampuan yang diperlukan

pekerja.

ii. Adakah pekerja mempunyai pengetahuan, kemahiran dan kemampuan yang mencukupi

dalam melaksanakan tugas.

iii. Adakah latihan yang dilaksanakan mampu menyelesaikan permasalahan yang berkaitan

dengan pengetahuan, kemahiran dan kemampuan.

Ketiga faktor di atas, pengetahuan, kemahiran dan kemampuan juga dikenali dengan

ringkasnya sebagai KAS’s (knowledge, skill, abilities.) Setelah analisis keperluan latihan ianya

diteruskan dengan perancangan latihan dan seterusnya kepada pelaksanaan latihan. Ketiga

langkah ini akan dijelaskan dengan lebih lanjut di dalam tugasan ini.

Page 4: Latihan Print

GMGM 3053 PENGURUSAN LATIHAN DALAM ORGANISASI

4

218860

2.0 ANALISIS KEPERLUAN TUGAS

TNA yang menyeluruh memainkan peranan yang penting sekiranya sesebuah organisasi ingin

menyelaraskan kemahiran yang ada di kalangan warga kerja yang bertanggungjawab untuk

membantu organisasi memcapai matlamat yang telah ditetapkan. Jika dijalankan dengan betul,

ia akan membantu organisasi untuk mengenal pasti bila masanya latihan akan mampu untuk

menyelesaikan masalah dan isu-isu tertentu dan bila masanya campur tangan alternatif mungkin

diperlukan.

Analisa Keperluan Latihan ini akan membantu organisasi menyediakan warga kerja yang

terlibat dalam membuat analisis latihan agar mereka dapat memainkan peranan mereka dengan

berkesan. Pekerja yang berkebolehan, berkemahiran dan terlatih adalah tonggak kejayaan bagi

sesebuah organisasi moden disebabkan mereka mampu melaksanakan tugas mereka dengan lebih

baik dan berkesan.

Page 5: Latihan Print

GMGM 3053 PENGURUSAN LATIHAN DALAM ORGANISASI

5

218860

AKTIVITI DI DALAM ANALISIS KEPERLUAN LATIHAN

Bagi tugasan ini, saya memilih untuk melakukan analisis keperluan latihan berkaitan dengan

organisasi Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Analisis Organisasi

Di dalam analisis organisasi ini, menurut Berger (1993), terdapat beberapa perkara yang perlu

diambil kira dalam menjalankan analisis organisasi. Untuk mengenalpasti dengan lebih lanjut

dan mendalam tentang apakah matlamat sesebuah organisasi boleh dilihat menerusi visi dan misi

serta apakah objektif yang ingin dicapai dalam memastikan operasi organisasi itu berjalan

dengan lancar seperti yang diingini.

VISI

Peneraju bagi mengekalkan Malaysia selamat, aman dan sejahtera.

MISI

Memberi perkhidmatan profesional dan berkualiti dalam melindungi Negara bagi menjamin

masyarakat selamat,aman dan sejahtera.

OBJEKTIF

Mengurangkan kadar jenayah ke tahap yang minimum ;

Meningkatkan kecekapan serta keberkesanan perkhidmatan pembangunan sumber

manusia ;

Meningkatkan kadar penyelesaian kes dan pembanterasan jenayah terancang ;

Mengurangkan bekalan dan permintaan dadah ;

Page 6: Latihan Print

GMGM 3053 PENGURUSAN LATIHAN DALAM ORGANISASI

6

218860

Meningkatkan kecekapan pengurusan kewangan serta keperluan logistik yang optima

bagi menentukan kejayaan PDRM;

Meningkatkan keberkesanan penguatkuasaan, ketenteraman awam dan keselamatan

negara dan

Mempertingkatkan kecekapan dan keberkesanan perolehan dan analisis risikan

keselamatan bagi membanteras kegiatan yang mengancam keselamatan negara dan/atau

ketenteraman awam.

Organisasi PDRM dapat dianalisis melalui ketiga perkara ini, visi misi dan objektifnya. Dapat

dilihat keseluruhan organisasi PDRM ditubuhkan adalah untuk memberi perkhidmatan kepada

rakyat dan Negara dalam memastikan keselamatan dan ketenteraman.

Kita juga semua tahu, PDRM merupakan organisasi yang bersifat luaran. Setiap tugas

dan setiap urusan PDRM adalah bersifat dinamik dan berubah mengikut keadaan persekitaran.

PDRM perlu menyesuaikan objektif mereka dengan keadaan keselamatan Negara pada masa

kini. Ini bagi membolehkan mereka sentiasa bergerak seiring dengan kemajuan, dan juga

ancaman yang melanda masa kini.

Melalui perubahan persekitaran yang sentiasa berlaku ini juga, ianya memberi kesan ke

atas pekerjaan di dalam organisasi yakni kepada anggota polis yang bertugas di bidang masing-

masing. Dalam menyesuaikan KSA anggota polis dalam menghadapi tugas seharian mereka,

perlu ada penyesuaian dan perubahan serta pembaharuan dalam KSA setiap anggota polis itu.

Page 7: Latihan Print

GMGM 3053 PENGURUSAN LATIHAN DALAM ORGANISASI

7

218860

Analisis Tugas

Berikut merupakan senarai umum tugas seorang anggota polis.

Seksyen 20 Akta Polis menyenaraikan tugas-tugas pegawai polis seperti berikut:-

menangkap semua orang yang dia diberi kuasa oleh undang-undang untuk ditangkap;

memproses risikan keselamatan;

menjalankan pendakwaan;

memberi bantuan dalam melaksanakan mana-mana undang-undang berhubungan dengan

hasil, eksesais, kebersihan, kuarantin, imigresen dan pendaftaran;

memberi bantuan dalam mengekalkan ketenteraman di pelabuhan dan lapangan terbang

Malaysia, dan dalam menguatkuasakan peraturan-peraturan kelautan dan pelabuhan;

melaksanakan saman, sapina, waran, perintah memenjara dan proses-proses lain yang

dikeluarkan dengan sah oleh mana-mana pihak berkuasa yang kompeten;

mempamerkan maklumat;

melindungi harta yang tidak dituntut/hilang dan mencari pemunyanya;

menyita binatang-binatang yang berkeliaran dan menempatkannya dalam kandang awam;

memberi bantuan dalam melindungi nyawa dan harta;

melindungi harta awam daripada hilang atau rosak;

menghadiri mahkamah jenayah dan jika diperintah dengan khas, mahkamah sivil, dan

menjaga ketenteraman didalamnya dan

mengiring dan menjaga banduan-banduan dan orang-orang lain yang ada dalam jagaan

polis.

Seksyen 21 pula ialah tugas mengatur, mengawal dan menjaga lalulintas di jalan awam.

Page 8: Latihan Print

GMGM 3053 PENGURUSAN LATIHAN DALAM ORGANISASI

8

218860

Menerusi senarai tugas-tugas seorang anggota polis, dapat diringkaskan tugas seorang anggota

adalah ke arah melindungi orang awam, harta dan mencegah sesuatu jenayah dari berlaku. Setiap

anggota perlu ada pengetahuan dalam menjalankan tugas mereka seperti apakah undang-undang

yang bersesuaian dengan jenayah yang sedang disiasat. Anggota perlu mahir dalam bidang tugas

mereka seperti cara mengendalikan senjata dan seterusnya anggota polis mempunyai

kemampuan dalam menjalankan tugas-tugas seperti yang disenaraikan.

Analisis tugas yang disenaraikan juga membantu dalam pengurusan sumber manusia dalam

menguruskan hal pengambilan anggota baru, pembangunan kerjaya bagi anggota polis,

rekabentuk tugas, penetapan gai dan lain-lain. Dalam melaksanakan analisis tugas, ianya boleh

dilakukan melalui tiga kaedah. Oleh kerana setiap anggota polis telah mempunyai satu fungsi

tugas yang menyeluruh dan spesifik, tugas mereka mudah dianalisis. Antara kaedahnya adalah

seperti berikut :

i. Pemerhatian

Analisis tugas seorang anggota polis paling mudah dilakukan melalui pemerhatian. Dapat

dilihat tugasan harian mereka yang melibatkan aktiviti fizikal seperti berjaga, meronda

keselamatan dan cegah jenayah dan lain-lain. Ini dapat memberi hasil analisis yang

banyak dan membantu dalam menentukan apakah bentuk latihan yang boleh diterima

seorang anggota polis dalam memantapkan lagi perkhidmatan mereka.

ii. Temubual

Walaupun melalui pemerhatian sahaja, analisis ke atas tugas seorang anggota polis dapat

dilakukan dengan menyeluruh, kita juga boleh menjalankan sedikit temubual bersama

anggota polis. Ini untuk mendengar dengan lebih lanjut tentang apakah pendapat mereka

tentang latihan yang mereka perlukan, kekurangan dalam latihan dalam tugas mereka dan

Page 9: Latihan Print

GMGM 3053 PENGURUSAN LATIHAN DALAM ORGANISASI

9

218860

juga lain-lain. Melalui jawapan dari temubual ini, latihan dapat direka bersesuaian

dengan tugas serta anggota yang menjalankan tugas itu juga.

iii. Analisis rekabentuk tugas

Bagi memahami dengan lebih lanjut tentang bidang tugas awam dalam Polis Diraja

Malaysia, kita akan melihat carta aliran tugas bagi seorang anggota polis yang bertugas

untuk menjaga lokap. Antara salah satu contoh dalam carta aliran tugas seorang anggota

polis mengikut tugas adalah seperti berikut :

Page 10: Latihan Print

GMGM 3053 PENGURUSAN LATIHAN DALAM ORGANISASI

10

218860

Menghadiri taklimat tugasan 15 minit sebelum menjalankan tugas rasmi.

Masuk ke lokap untuk menerima serahan tugas dari anggota yang bertugas sebelumnya.

Mengira jumlah Orang Kena Tuduh (OKT) dan memastikan jumlah adalah sama seperti di dalam rekod.

Memastikan tiada barangan larangan di dalam setiap bilik lokap seperti gunting, pemetik api , tembakau dan lain-lain.

Memastikan keadaan lokap adalah bersih dan kebajikan OKT terjaga (makan dan minum)

Memasitikan setiap kesalahan OKT tepat dengan seksyen kesalahan yang dituduh.

Menerima lawatan dari pegawai dan penyelia. Membuat kerta kerja berkaitan urusan reman dan pelepasan OKT ke makhamah.

Menjalankan tugas lain yang berkaitan pada masa bertugas. Menyerah tugas kepada anggota seterusnya yang bertugas.

Page 11: Latihan Print

GMGM 3053 PENGURUSAN LATIHAN DALAM ORGANISASI

11

218860

Melalui analisis tugas sebentar tadi antara KSAs yang diperlukan dalam melaksanakan tugas

seorang anggota polis menjaga lokap seperti contoh yang telah diberikan di atas :

Pengetahuan (Knowledges)

Pengetahuan tentang undang-undang berkaitan dengan setiap jenayah yang ada.

Pengetahuan tentang bagaimana menjalankan tugas secara protokol.

Pengetahuan tentang bagaimana menguruskan kertas kerja yang berkaitan penyerahan

OKT kepada pendakwaraya atau pegawai penyiasat yang bertugas.

Pengetahuan tentang cara menguruskan OKT, pengetahuan tentang keselamatan dalam

lokap.

Kemahiran ( Skills )

Kemahiran dalam mengendalikan OKT.

Kemahiran dalam menjalankan pemeriksaan ke atas OKT tanpa menyebabkan sebarang

bahaya timbul.

Kemahiran dalam menjaga lokap untuk sentiasa berkunci dan tiada OKT terlepas.

Keupayaan

Keupayaan dalam memastikan OKT terkawal.

Keupayaan dalam melaksanakan kerja secara serentak dan berkesan (berkawal dan

menguruskan kertas kerja )

Keupayaan dalam melaksanakan tugas dalam waktu bertugas secara efisien.

Keupayaan dalam menepati masa bekerja, untuk menghadiri taklimat dan untuk sentiasa

bersedia.

Page 12: Latihan Print

GMGM 3053 PENGURUSAN LATIHAN DALAM ORGANISASI

12

218860

Analisis Individu

Aktiviti seterusnya dalam menganalisis apakah keperluan latihan yang diperlukan, ialah dengan

melakukan analisis ke atas seorang individu itu sendiri. Di mana dalam kajian ini ianya

dilakukan ke atas seorang individu yang bertugas sebagai anggota polis. Setiap anggota perlu

dianalisis apakah pengetahuan dan kemahiran mereka yang berkaitan dengan tugas serta apakah

latihan atau perubahan yang boleh dilaksanakan bagi memastikan mereka lebih baik dalam tugas

mereka.

Untuk menganalisis seorang anggota polis yakni individu, terdapat beberapa cara. Antaranya

adalah seperti berikut:

i. Penilaian Prestasi

Di mana-mana organisasi pun, penilaian prestasi merupakan aktiviti wajib setiap

tahun. Ini bagi mengukur sejauhmana seorang individu itu memberi sepenuhnya

dalam tugas mereka. Jika seorang anggota itu tidak menjalankan tugas sebaik

mungkin dan tidak mencapai seperti prestasi yang dikehendaki, melalui analisis

individu ini kita akan dapat mengetahuinya. Sebarang perancangan latihan dan

pembangunan boleh ditetapkan untuk mengubah perkara ini

ii. Penilaian Kendiri

Penilaian ini akan dilakukan oleh seorang anggota itu sendiri. Ini kerana, tidak semua

penilaian dari orang luar seperti pihak pengurusan adalah sama dengan penilaian diri

sendiri anggota itu sendiri. Kerana anggota itu lebih mengetahui apakah yang

diperlukan dan membantu dalam membuat penambahbaikan dalam tugas harian

mereka.

Page 13: Latihan Print

GMGM 3053 PENGURUSAN LATIHAN DALAM ORGANISASI

13

218860

iii. Ujian Kemahiran

Di dalam unit beruniform seperti PDRM, ujian kemahiran ini sering dilaksanakan. Ini

bagi menguji kemahiran seorang anggota itu dan samaada terdapat peningkatan dalam

kemahiran sedia ada mereka atau pun terdapat latihan tambahan yang diperlukan.

Contoh ujian kemahiran adalah seperti ujian menembak, ujian kecergasan dan lain-

lain. Ujian kemahiran ini bukan sahaja hanya pada ujian fizikal. Terdapat juga ujian

kemahiran dalam pengetahuan, seperti peperiksaan undang-undang yang wajib lulus

bagi setiap anggota polis.

Selepas ketiga analisis ini dilakukan, analisis ke atas organisasi, tugas dan individu itu, kita akan

dapat mengenalpasti apakah pengetahuan, kemahiran dan sikap yang diperlukan organisasi

PDRM, tugas yang dijalankan anggota dan diri anggota polis itu sendiri dalam melaksanakan

pekerjaan. Melalui analisis ini dapat dilihat apakah yang kurang terhadap KSAs, dan latihan bagi

menambah baik perkara ini dapat dijana dan dirancang.

Page 14: Latihan Print

GMGM 3053 PENGURUSAN LATIHAN DALAM ORGANISASI

14

218860

3.0 PERANCANGAN LATIHAN

Perancangan latihan merupakan peringkat kedua setelah analisis keperluan latihan dilakukan.

Segala analisis yang dilaksanakan, dan maklumat yang diperolehi digunakan untuk merancang

jenis latihan yang sesuai pada setiap peringkat, dari organisasi, tugas sehingga ke individu.

Segala maklumat yang diperoleh dari analisis itu perlu dibentangkan kepada organisasi,

ini untuk memperlihatkan kepada mereka tentang pengetahuan, kemahiran dan keupayaan

organisasi dan pekerjanya. Juga bagi mengetahui apakah maklum balas dari pengurusan tentang

keadaan organisasi dan apakah yang mereka inginkan dari perancangan latihan yang akan

dilaksanakan.

i. Persediaan Latihan

Dalam menentukan sesuatu latihan, persediaaan yang bersesuaian harus dilakukan berkaitan

dengan latihan tersebut. Latihan yang membawa kepada perubahan adalah latihan yang

mempunyai matlamat, objektif dan menggunakan kaedah latihan serta bahan latihan yang betul.

ii. Menetapkan matlamat latihan.

Dalam menetapkan matlamat latihan, kita lihat kepada organisasi itu sendiri. Di dalam kes ini

organisasi PDRM. Moral anggota mungkin dikatakan jatuh merundum kerana tugas rutin yang

sama setiap hari dan kes jenayah yang meningkat tanpa sebarang penyelesaian yang sahih.

Walaupun perkara ini tidak berlaku pada setiap individu dan juga pada setiap kes jenayah yang

berlaku, latihan boleh dirancang berkaitan dengan penambahbaikan kepada dua perkara yang

disebut ini.

Page 15: Latihan Print

GMGM 3053 PENGURUSAN LATIHAN DALAM ORGANISASI

15

218860

iii. Penetapan Objektif Latihan.

Objektif yang ingin diperolehi oleh anggota polis selepas latihan yang dilaksanakan adalah

seperti:

i. Setiap anggota memahami dan mengenalpasti secara mendalam tentang undang-undang

berkaitan dengan tugas mereka.

ii. Setiap anggota polis mempunyai kemahiran dalam menguruskan senjata, OKT dan semua

yang berkaitan.

iii. Setiap anggota polis mempunyai rasa tanggungjawab yang tinggi terhadap tugas yang

dilakukan.

Selepas matlamat dan objektif ditetapkan, kaedah latihan perlu ditetapkan. Kaedah bagaimana

latihan ingin dijalankan dan disampaikan kepada semua yang terlibat. Setiap kaedah latihan yang

ingin dijalankan mesti dirancang mengikut kesesuaian apakah jenis maklumat yang ingin

disampaikan, jumlah peserta yang terlibat dalam latihan dan sumber-sumber yang ingin

digunakan seperti masa, ruang dan lain-lain.

Page 16: Latihan Print

GMGM 3053 PENGURUSAN LATIHAN DALAM ORGANISASI

16

218860

KAEDAH LATIHAN

Antara kaedah latihan yang boleh dilakukan dalam memastikan analisis yang telah dilaksanakan

dapat ditambahbaik dan tercapai objektifnya adalah seperti berikut :

i. Ceramah atau Seminar

Kaedah ini sering digunakan dalam mana-mana organisasi. Dalam PDRM seminar atau pun

kursus boleh dilakukan dalam mengajar anggota tentang protocol yang mereka perlu cekapi serta

undang-undang serta seksyen yang berkaitan dengan tugas harian mereka. Melalui seminar dan

kursus ini, anggota polis boleh memberi perhatian dan focus terhadap apa yang diceramahkan

oleh pengajar ketika itu.

Pengajar yang ingin memberi latihan itu juga perlulah seorang yang mempunyai pengetahuan

yang luas dan mendalam terhadap bidang yang diberi latihan. Contohnya bagi mengajar anggota

polis tentang protokol tugas adalah seorang pegawai polis yang lagi tinggi pangkatnya dan

berkhidmat di dalam jabatan tatatertib.

ii. Kaedah Amali/ Simulasi

Kaedah jenis ini sinonim dengan setiap anggota polis. Antara contoh latihan yang sentiasa

diadakan adalah seperti latihan menembak yang dilakukan sebulan sekali atau pun dua minggu

sekali mengikut keadaan yang bersesuaian. Ini membolehkan setiap anggota melatih kemahiran

mereka menembak, dan memastikan kaedah yang digunakan adalah tepat dalam pengurusan

senjata.

Page 17: Latihan Print

GMGM 3053 PENGURUSAN LATIHAN DALAM ORGANISASI

17

218860

Contoh amali yang lain seperti ujian kecergasan. Ini bagi memastikan setiap anggota polis

mampu bertugas secara efisien dalam aktiviti fizikal. Setiap anggota polis juga perlu cergas dan

efektif. Ini sejajar dengan tugas mereka dan matlamat PDRM yang umumnya ingin menjaga

keamanan. Anggota polis merupakan mereka yang menggambarkan organisasi PDRM, jadi

setiap anggota perlu membawa imej dan kecergasan yang mantap kepada orang ramai.

Melalui kaedah amali ini juga, anggota dapat mempelajari kaedah mengawal OKT, menangkap

OKT dan lain-lain yang berkaitan dengannya. Simulasi dalam melatih anggota polis dalam

melakukan serbuan juga sering dilakukan, bagi memastikan setiap anggota tahu asas yang betul

dalam membuat penangkapan/serbuan.

iii. Kaedah tunjuk ajar secara bersemuka

Setiap anggota polis yang mempunyai pangkat atau pengalaman yang lebih, bertanggungjawab

dalam memberi tunjuk ajar kepada anggota polis yang baru. Contohnya, sarjan

bertanggungjawab dalam memberi tunjuk ajar dan panduan kepada koperal, manakala koperal

bertanggungjawab membimbing konstabel di bawahnya. Kerjasama di setiap peringkat adalah

diperlukan dalam melatih seorang anggota polis yang efektif dan efisien yang mampu menjaga

keamananan Negara dan rakyat.

Kaedah latihan ini boleh dilakukan sesama anggota ketika mereka bertugas di tempat kerja.

Anggota boleh belajar dari atasan mereka tentang bagaimana menguruskan sesuatu situasi ketika

sedang bertugas dan seterusnya mengaplikasinya sendiri.

Page 18: Latihan Print

GMGM 3053 PENGURUSAN LATIHAN DALAM ORGANISASI

18

218860

iv. Pusingan Kerja dan Penempatan

Bagi tugas umum di dalam organisasi PDRM, setiap anggota mempunyai satu pusingan kerja

dan penempatan yang sering berubah. Anggota polis tidak termaktub ke atas satu tugas sahaja.

Contohnya, mungkin harini anggota tersebut bertanggungjawab dalam menjaga lokap, tetapi

keesokan harinya anggota polis itu akan ditetapkan untuk membuat ronda cegah jenayah.

Melalui kaedah pusingan kerja ini, setiap anggota polis mempunyai pengetahuan yang luas

dalam bidang tugas mereka. Mereka mempelajari dan mengalami setiap peringkat secara

mendalam. Dari peringkat pencegahan jenayah seperti ronda, pengawalan keselamatan umum,

penangkapan penjenayah sehingga ke peringkat pengawalan penjenayah semuanya akan dilalui

seorang anggota polis. Kaedah ini merupakan antara salah satu kaedah paling efektif dalam

memastikan pengetahuan seorang anggota mencukupi dalam tugas mereka.

Page 19: Latihan Print

GMGM 3053 PENGURUSAN LATIHAN DALAM ORGANISASI

19

218860

4.0 TANGGUNGJAWAB PIHAK YANG TERLIBAT.

Di dalam melaksanakan sesuatu latihan bagi pembangunan diri, tugas mahupun organisasi, ianya

akan melibatkan jurulatih ( penceramah, guru dan lain-lain ) bersama dengan peserta latihan. Di

sini dapat disenaraikan beberapa tanggungjawab yang perlu jurulatih dan peserta mengambilkira

dalam menjayakan sesuatu program latihan.

Jurulatih

Bagi tugasan ini, jurulatih yang dimaksudkan mestilah berkaitan dengan badan unit beruniform

PDRM. Kebiasaannya memang terdapat polis yang akan bertugas sebagai jurulatih. Mereka ini

merupakan anggota polis yang mempunyai pengalaman dan telah didedahkan dengan pelbagai

pengetahuan sewaktu mereka bertugas. Jurulatih juga mempunyai kelayakan yang diperlukan

dalam melatih anggota lain, mereka mempunyai dan telah menjalani latihan untuk menjadi

seorang jurulatih dari pengurusan PDRM sendiri.

Jurulatih perlu mempunyai ciri-ciri berikut dalam melibatkan diri dalam program latihan:

i. Mempunyai tahap persediaan yang tinggi serta mampu menyampaikan latihan dengan

gaya paling mudah difahami dan tidak membosankan.

ii. Mempunyai teknik serta kemahiran yang baik dalam perkara yang diberi latihan.

iii. Persediaan bahan latihan yang lengkap dan berkait dengan latihan.

iv. Mempunyai komunikasi dua hala dengan peserta latihan

v. Mempunyai ilmu pengetahuan serta kepakaran yang meluas dalam bidang tugas.

vi. Mampu mengekalkan displin yang tinggi ketika latihan ke atas diri peserta

terutamanya dalam bidang beruniform.

Page 20: Latihan Print

GMGM 3053 PENGURUSAN LATIHAN DALAM ORGANISASI

20

218860

Manakala antara ciri yang perlu ada di dalam diri seorang peserta latihan yakni di dalam

tugasan ini adalah seorang anggota polis, ciri-cirinya adalah seperti berikut:

i. Berdisplin ketika latihan, dalam segi ketepatan masa dan juga fokus ketika latihan.

ii. Berfikiran terbuka dalam menerima gaya dan latihan yang baru diajar.

iii. Buat perbandingan dengan gaya mereka menjalankan tugas dengan latihan yang

diberikan, lakukan penambahbaikan jika diperlukan.

iv. Mengambil setiap ajaran dari latihan dan mengaplikasikannya dalam tugas seharian.

v. Menikmati latihan yang diberikan kerana tidak semua individu berpeluang, anggap

latihan yang diberikan bukan paksaan tetapi lebih kepada ganjaran untuk diri.

Page 21: Latihan Print

GMGM 3053 PENGURUSAN LATIHAN DALAM ORGANISASI

21

218860

5.0 PELAKSANAAN LATIHAN

Setelah analisis latihan kemudiannya perancangan latihan dilakukan. Tiba masanya untuk

mengaplikasikan latihan tersebut ke atas anggota. Di peringkat ini, setiap peserta latihan dan juga

jurulatih dalam membuat latihan ini perlu memberikan komitmen serta kerjasama yang tinggi

bagi memastikan objektif latihan tercapai.

Antara fasa dalam perlaksanaan latihan adalah seperti berikut:

a) Fasa Permulaan

Pada peringkat ini, ianya merupakan peringkat pengenalan di antara anggota polis dengan

pihak yang melatih mereka seperti anggota polis yang lebih berpengalaman atau pakar

berkaitan yang bertanggungjawab dalam melatih mereka.

Di dalam badan beruniform seperti PDRM, tiada ruang untuk bermain permainan

mahupun gurauan senda ketika bertugas. Setiap anggota perlu tahu akan tugas masing-

masing dan serius dalam melaksanakanya. Ini bagi memastikan tugas mereka adalah

berkualiti dan tidak menjejaskan pihak lain. Setiap anggota boleh berkenalan dengan

jurulatih mereka tetapi kemudian mereka perlu berada dalam keadaan sedia untuk

berkerja dan focus.

b) Fasa Perlaksanaann

Pada fasa ini latihan yang dirancang akan dilaksanakan. Contoh bagi seorang anggota

polis ialah ketika latihan dalam kerja. Sejurus waktu bekerja mereka bermula, jika

anggota tersebut belum mempunyai KSAs yang mencukupi untuk mengawal situasi yang

berlaku, mereka perlu mengikut rapat anggota polis yang lebih berpengalaman dan

Page 22: Latihan Print

GMGM 3053 PENGURUSAN LATIHAN DALAM ORGANISASI

22

218860

mengkaji setiap tindak tanduk mereka di samping memastikan keselamatan masing-

masing. Tiada ruang untuk cuba jaya pada peringkat ini, ia lebih kepada lihat dan belajar.

Jika terdapat sebarang persoalan ataupun keraguan boleh ditanya pada jurulatih ketika itu

pada waktu yang bersesuaian.

Jurulatih juga berperanan besar ketika ini, dengan memberi tunjuk ajar secara cekap dan

efisien serta memberi maklum balas yang relevan kepada individu yang dilatih mereka.

c) Fasa Penutupan

Pada fasa ini ianya bukanlah pengakhiran bagi sesebuah latihan di dalam organisasi

PDRM. Ianya lebih kepada proses perbincangan terhadap latihan yang diberi dan latihan

yang diterima. Samaada latihan bagi setiap anggota itu mempunyai manfaat dalam bidang

tugas mereka. Dan juga samaada KSAs mereka ditambah baik sepanjang pelbagai jenis

latihan yang diterima seorang anggota polis itu.

Jika objektif latihan tidak tercapai dengan sempurnanya latihan akan sentiasa diadakan

secara berterusan hingga seorang anggota itu tamat khidmatnya di dalam perkhidmatan

tugas mereka. Kerana usaha untuk meningkatkan diri bukan hanya untuk anggota yang

baru, ianya juga termaktub kepada diri setiap individu yang bekerja.

Page 23: Latihan Print

GMGM 3053 PENGURUSAN LATIHAN DALAM ORGANISASI

23

218860

6.0 KESIMPULAN

Setiap organisasi memerlukan satu program latihan yang mempunyai asas yang mantap. Ini

kerana melalui program latihan yang mantap dan membina ia boleh meningkatkan kemahiran,

pengetahuan dan sikap seseorang pekerja dalam menjalankan tugas mereka.

Walaubagaimanapun untuk merangka satu rancangan pelatihan setiap langkah asas perlu

dilaksanakan terlebih dahulu, seperti analisis keperluan latihan bagi mengenalpasti KSAs di

peringkat organisasi, pekerjaan serta individu

Kemudian diteruskan pula dengan langkah kedua iaitu bagi pengurusan dan jurulatih

untuk merancang latihan yang boleh dikatakan akan membawa impak. Di sini setiap objektif

latihan, bahan latihan dan kaedah akan disediakan. Perancangan yang teratur akan menjadikan

proses latihan itu berjalan lancar dan membawa hasil kepada peserta dari latihan tersebut. Beralih

kepada pelaksanaan latihan di mana ia tertumpu kepada interaksi jurulatih dan peserta latihan.

Kedua-dua pihak mempunyai peranan yang besar dalam menjayakan latihan yang diberi ketika

itu.

Latihan ini merupakan suatu proses untuk meningkatkan potensi warga kerja sesebuah

organisasi melalui penguasaan ilmu pengetahuan, pembinaan kemahiran dan sikap yang

diperlukan untuk melaksanakan sesuatu tugas secara efektif bagi memacu pencapaian misi dan

visi organisasi. Untuk mencapai perkara ini memerlukan setiap langkah dalam latihan itu

dilaksanakan dengan baik. Bermula dari analisis sehingga ke langkah terakhir iaitu penilaian

program latihan. Program latihan yang baik adalah program yang mampu mencapai matlamat

serta objektif yang ditetapkan dan perkara paling penting adalah dapat meningkatkan KSAs

pekerja dalam organisasi.