laporan lengkap kajian punca ponteng
TRANSCRIPT
-
8/13/2019 Laporan Lengkap Kajian Punca Ponteng
1/29
SEKTOR PENGURUSAN PEMBANGUNAN KEMANUSIAAN
UNIT HAL EHWAL MURID
JABATAN PELAJARAN MELAKA
BERSAMA
MAJLIS GURU BIMBINGAN DAN KAUNSELING
NEGERI MELAKA
KAJIAN PUNCA PONTENG DALAM KALANGAN MURID
SEKOLAH-SEKOLAH MENENGAH NEGERI MELAKA 2011
APRIL 2011
-
8/13/2019 Laporan Lengkap Kajian Punca Ponteng
2/29
JAWATANKUASA KAJIAN PUNCA PONTENG DALAM KALANGAN MURID
SEKOLAH-SEKOLAH MENENGAH NEGERI MELAKA TAHUN 2011
PENAUNG : CIK HJH. JULIAH BINTI HJ. LEMAN
(PENGARAH PELAJARAN MELAKA)
PENASIHAT : TN. HJ. DAUD BIN ABDULL
(KETUA SEKTOR PENGURUSAN PEMBANGUNAN KEMANUSIAAN)
PENGERUSI : EN. JASMI BIN ABU SAMAH
(KETUA UNIT HEM, JPM)
SETIAUSAHA : EN. MOHD ZULHIJRI BIN SABTU
(PEN. PENGARAH KAUNSELING, JPM)
AHLI JAWATANKUASA :
TN. HJ. ATAN BIN NORDIN - SMK SULTAN MANSOR SHAH
PN. HJH NORMAH ABDULLAH - SMK ISKANDAR SHAH
PN. RUGAYAH BINTI SULAIMAN - SMK TUN SYED ZAHIRRUDIN
PN. NG GAIK LAM - SMK (P) METHODIST
PN. SALINAH BINTI AHMAD - SMK TINGGI MELAKA
PN. MAIZAN RAFIDAH BIN ARSHAD - SMK DATOHJTALIB KARIM
EN. MOHD JAMIL BIN AHMAD - SK KEM GERAKHAS
EN. KHALID BIN HJ. MOHD - SK KESANG TUA
-
8/13/2019 Laporan Lengkap Kajian Punca Ponteng
3/29
-
8/13/2019 Laporan Lengkap Kajian Punca Ponteng
4/29
KAJIAN PUNCA PONTENG DALAM KALANGAN MURID
SEKOLAH-SEKOLAH MENENGAH NEGERI MELAKA 2011
Oleh
Jabatan Pelajaran Melaka dan Majlis Guru Bimbingan dan Kaunseling Negeri Melaka.
1. PendahuluanPeningkatan kadar masalah disiplin di sekolah-sekolah Malaysia yang mendadak
menimbulkan tanda tanya kepada pelbagai pihak mengenai punca sebenar berlakunya
fenomena ini. Kes ponteng sekolah menunjukkan bilangan yang tertinggi berbanding
dengan kes-kes disiplin yang lain. Gejala ponteng sekolah dalam kalangan murid sekolah
bertambah dengan kadar yang serius bagai cendawan tumbuh selepas hujan walaupun
berbagai-bagai langkah telah dilaksanakan bagi menangani masalah ini.
Ketandusan kasih sayang dan ledakan tekanan pada diri seseorang murid berpunca
daripada keluarga bermasalah dan menyebabkan mereka ponteng sekolah. Ini menunjukkan
keruntuhan institusi keluarga mempengaruhi masalah displin dalam kalangan murid
terutamanya masalah ponteng sekolah. Keluarga yang mempunyai ibu bapa yang bersikap
materialistik umpamanya, tidak mengambil berat kebajikan dan keperluan anak-anak kerana
mereka mengejar kebendaan. Anak-anak mereka terpinggir dan kurang kasih sayang. Jadi
tidak hairanlah jika anak-anak memilih untuk ponteng sekolah dan bergaul dengan rakan-
rakan luar sekolah yang dianggap lebih rapat dengan mereka. Pengaruh dan ajakan rakan
merupakan salah satu punca berlakunya masalah ponteng sekolah. Mereka hanya akan
menurut segala ajakan dan pelawaan rakan-rakan tanpa berfikir secara rasional.
Pengajaran dan pembelajaran di sekolah dikatakan membosankan. Aktiviti ponteng
sekolah dijadikan alasan untuk menenangkan fikiran. Ini jelas menunjukkan faktor guru dan
persekitaran sekolah juga menjadi punca berlakunya ponteng sekolah.
-
8/13/2019 Laporan Lengkap Kajian Punca Ponteng
5/29
Aktiviti ponteng sekolah kerap kali dikaitkan dengan tingkahlaku devians. Dalam
pengertian yang lebih luas, devians atau lencungan dimaksudkan dengan sebarang
tingkahlaku yang tidak memenuhi norma sosial sesuatu kumpulan sosial atau masyarakat
(Ting Chew Peh, 1983:14). Wolfgang (1977) yang dilaporkan oleh Aziz (1988) melihat
pengaruh rakan sebaya yang sama-sama devians sebagai satu pengaruh yang kuat dalam
pembentukan tingkahlaku devians.
Kementerian Muridan Malaysia amat memandang serius gejala ini kerana gejala ini
kerana akan membawa permasalahan sosial yang lebih teruk seperti gejala maksiat dan
samseng remaja. Tempat-tempat seperti di Lembah Klang dan Melaka Bandaraya
Bersejarah, pihak polis menempatkan beberapa anggotanya untuk memantau kawasan
tumpuan remaja bagi mengesan murid ponteng.
Laporan salahlaku ponteng sekolah dan ponteng kelas menunjukkan peratus penglibatan
murid yang tertinggi. Hasrat Kementerian Pelajaran ke arah `Zero Defect' dalam masalah
ponteng sekolah dan ponteng kelas akan terjejas jika kedua-dua masalah ini tidak diatasi
dengan segera. (Surat Pekeliling Ikhtisas Bil.6/1995 : Menangani Masalah Ponteng Sekolah)
Surat Pekeliling ini adalah bertujuan mengingatkan semua Pegawai Pelajaran
Bahagian/Daerah, Pengetua, Guru Besar dan guru-guru mengenai tindakan-tindakan yangperlu diambil bagi membenteras salahlaku ponteng di sekolah terutamanya ponteng sekolah
dan ponteng kelas. Kementerian Pelajaran telah pun menerbit dan mengedarkan Buku
Panduan Mengatasi Masalah Ponteng Di Sekolah ke sekolah-sekolah. Saranan dan
cadangan yang dikemukakan dalam buku tersebut diyakini boleh membantu pihak sekolah
mencegah berlakunya masalah ponteng.
2. MatlamatKajian punca ponteng yang dilakukan untuk melihat punca fenomena yang tidak
berkesudahan ini berlaku disamping merungkai permasalahan yang sebenar seterusnya
merangka pelan tindakan berdasarkan strategi yang disusun secara bersistematik bagi tujuan
mengurangkan tingkahlaku ini dari berterusan tanpa dibendung sepenuhnya oleh pihak yang
berwajib. Meskipun banyak kajian yang telah dilaksanakan, namun langkah yang telah
http://ms.wikipedia.org/wiki/Kementerian_Pelajaran_Malaysiahttp://ms.wikipedia.org/wiki/Samsenghttp://ms.wikipedia.org/wiki/Lembah_Klanghttp://ms.wikipedia.org/wiki/Polis_Diraja_Malaysiahttp://ms.wikipedia.org/wiki/Polis_Diraja_Malaysiahttp://ms.wikipedia.org/wiki/Lembah_Klanghttp://ms.wikipedia.org/wiki/Samsenghttp://ms.wikipedia.org/wiki/Kementerian_Pelajaran_Malaysia -
8/13/2019 Laporan Lengkap Kajian Punca Ponteng
6/29
diambil mula dilaksanakan tetapi kurang menampakkan hasil yang memberangsangkan.
Sehubungan itu, adanya kajian setempat yang dilaksanakan akan dapat membantu pihak
tertentu untuk mengambil langkah proaktif bagi menangani masalah berkenaan.
3. Objektif:Ponteng dalam kontak pendidikan didefinisikan sebagai tuang sekolah atau tidak hadir ke
sekolah tanpa keizinan daripada guru : dalam Bahasa Inggeris difahami sebagai playing
truant, (Ruhuyati Idayu, 1978) )dlm Mat Kilau Bin Idris (1997) kajian ilmiah:50. Kamus
Dewan mendefinasikan ponteng sekolah sebagai kegiatan meninggalkan sekolah tanpa
sebab atau di luar pengetahuan sekolah. Manakala Oxford English Dictionary (1965),
menyatakan ponteng adalah
One who absents himself from place of work, expecially the child who stay away
from school wihout leave
Norman Ismail (dilaporkan oleh Yaakub, 1977) menyatakan bahawa ponteng adalah
One who absents or staying away from school without justiable reason and without
the knowledge of parent or teachers.
Ibrahim Saad (1986) mengkategorikan ponteng ke dalam aktiviti-aktiviti yang berikut:
i. Kanak-kanak yang telah didaftarkan dan tidak hadir ke sekolah walaupun telah berumur
dalam lingkungan 7-12 tahun.
ii. Kanak-kanak yang mahu ke sekolah tetapi tidak dapat berbuat demikian kerana masaalah
kewangan, menolong ibubapa bekerja, keuzuran dalam keluarga dan terpaksa menjaga
rumah, adik-adik dan sebagainya.
iii. Mereka yang sengaja tidak datang ke sekolah, mereka keluar rumah awal pagi dengan
pakaian sekolah dan beg berisi buku. Sebaliknya pergi berpeleseran di kebun-kebun bunga,
kebun kelapa sawit, memancing ikan di kolam-kolam atau di sungai-sungai atau dilombong-
lombong, berfoya-foya dikompleks membeli-belah atau di pusat-pusat hiburan.
Sehubungan itu, objektif kajian ialah :
-
8/13/2019 Laporan Lengkap Kajian Punca Ponteng
7/29
3.1 Mengenalpasti secara spesifik punca ponteng berlaku sama ada faktor dalaman atau
faktor luaran.
3.2 Merangka tindakan bersama dengan pihak-pihak tertentu bagi mengatasi faktor
penolakan muriddalam melakukan aktiviti ponteng.
3.3 Merangka aktiviti yang sesuai dan mampu dilaksanakan di peringkat sekolah disamping
kerjasama dengan komuniti setempat bagi mewujudkan semangat cinta akan sekolah.
3.4 Memberi kesedaran kepada murid cabaran yang akan dihadapi apabila berada di luar
alam persekolahan.
3.5 Meningkatkan motivasi dalaman murid dengan menyediakan program-program tertentu
diperingkat sekolah, daerah dan juga negeri.
4. SasaranMurid yang terlibat dalam kajian ini merupakan murid yang mendapat surat amaran pertama
kerana ponteng tiga hari berturut-turut atau ponteng sepuluh hari secara berkala. Responden
kajian terdiri daripada murid tingkatan satu hingga tingkatan lima sekolah-sekolah Negeri
Melaka.
5. Tempoh Pelaksanaan dan Pentadbiran KajianKajian dilaksanakan dalam masa satu bulan iaitu pada akhir bulan Januari hingga hujung
bulan Februari 2011. Instrumen kajian ditadbir urus oleh Guru Bimbingan dan Kaunseling
sekolah yang terlibat dalam kajian berkenaan. Bagi tujuan pengumpulan data peringkat
negeri, sekolah akan membuat rumusan setiap item yang terdapat dalam kajian berkenaan
dan menghantar hasil dapatan kepada urusetia peringkat negeri untuk dianalisis secara lebih
terperinci dengan mengambil kira ketepatan data mengikut jumlah responden yang
mengambil bahagian.
6. Rekabentuk KajianKajian ini adalah kajian tinjauan yang mempunyai 36 soalan selain daripada demografi
responden. Kaedah tinjauan ini dipilih kerana merupakan reka bentuk penyelidikan yang
paling mudah dan popular dilaksanakan dalam kalangan pendidik. Kajian tersebut
memerlukan pemprosesan data supaya kesimpulan dan generalisasi pada peringkat akhir
-
8/13/2019 Laporan Lengkap Kajian Punca Ponteng
8/29
boleh dihasilkan. Hasil kajian merujuk kepada kehendak asal objektif kajian di samping
penggunaan masa yang lebih singkat dan dalam masa yang sama tindakan susulan akan
segera diambil. Aktiviti mengurangkan masalah ponteng serta membendung daripada
berterusan akan dilaksankan sama ada dalam jangka masa pendek atau dalam jangka masa
panjang.
7. Persampelan KajianSampel kajian melibatkan seramai 1097 orang responden dari 35 buah sekolah menengah
negeri Melaka yang meliputi 3 daerah iaitu Jasin, Alor Gajah dan Melaka Tengah.
Pemilihan sekolah dibuat berdasarkan wujudnya peratus ponteng melebihi tahap rendah dan
juga sekolah yang dianggap mempunyai risiko tinggi kadar ponteng yang berlaku pada
tahun semasa atau tahun sebelumnya.
Sekolah yang terlibat dalam kajian ini ialah SM Teknik Jasin (24 orang), SMK Tinggi
Melaka (9 orang), SMK Rahmat (21 orang), SMK Durian Daun (22 orang), SMK Kampung
Gelam (30 orang), SMK Tun Hj. Abdul Malek (30 orang), SMK Munshi Abdullah (42
orang) , SMK Jasin (34 orang), SMK (P) Methodist (30 orang), SMK Methodist (ACS) (28
orang). SMK Bukit Baru (30 orang), SMK Tinggi St. David (30 orang), SMK Notre Dame
Convent (10 orang), SMK Tun Sye Zahiruddin (9 orang), SMK Dol Said (33 orang), SMK
St. Farncis (80 orang), SMK Datuk Abdul Rahman Yaakob (39 orang), SMK Seri Mahkota
(30 orang), SMK Klebang Besar (30 orang), SMK Katholik (32 orang), SMK Simpang
Bekoh (30 orang), SMK Datuk Bendahara (30 orang), SMK Yok Bin (45 orang), SMK Tun
Tuah (50 orang), SMKJC Pulau Sebang (30 orang), SMK Ayer Keroh (71 orang), SMK
Nyalas (35 orang), SMK Canossa Convent (24 orang) , SMK Sultan Mansor Shah (14
orang), SM Teknik Melaka Tengah (35 orang), SMK Lubok Cina (30 orang), SMK Gajah
Berang (19 orang), SMK Tun Mutahir (25 orang), SMK Seri Kota (30 orang), dan SMK
Bukit Katil (36 orang).
8. Instrumen KajianKajian menggunapakai instrumen yang telah diadaptasi dari kajian How Lee Chan (2007),
pelajar sarjana psikologi pendidikan Universiti Teknologi Malaysia. Instrumen ini telah
-
8/13/2019 Laporan Lengkap Kajian Punca Ponteng
9/29
dimurnikan oleh Majlis Guru Bimbingan dan Kaunseling Negeri Melaka. Instrumen ini
juga telah digunakan untuk kajian yang sama pada tahun 2010 yang lalu oleh Pejabat
Pelajaran Daerah Jasin dan Majlis Guru Bimbingan dan Kaunseling Daerah Jasin.
Penggunaan instrumen yang sama dilakukan kerana tahap kebolehpercayaan dan kesahan
instrumen (Cronbachs Alpha 0.782) ini boleh dilihat dalam Reliability Statistics.
Soal selidik ini mengandungi 2 bahagian iaitu Bahagian A, mempunyai 14 item butiran
umum tentang profil responden dan Bahagian B, mempunyai 36 item yang berkaitan
dengan punca-punca ponteng dalam kalangan murid. Agihan 36 item berkenaan berkaitan
dengan punca-punca ponteng dibuat seperti dalam Jadual 8.1 di bawah.
JADUAL 8.1 Konstruk Item Punca-Punca Ponteng Dalam Kalangan Murid
Bil Faktor Nombor Item
1 Faktor Sikap Murid 1 hingga 7
2 Faktor Persekitaran Sekolah 8 hingga 15
3 Faktor Guru 16 hingga 22
4 Faktor Rakan Sebaya 23 hingga 29
5 Faktor Keluarga 30 hingga 36
Kesemua 36 item ini mempunyai pilihan jawapan dalam bentuk skala likert iaitu:-
1 Sangat Tidak Setuju (STS)
2 Tidak Setuju (TS)
3 Tidak Pasti (TP)
4 Setuju (S) dan
5 Sangat Setuju (SS)
9. Hasil Kajian dan DapatanKajian ini telah dilaksanakan di 35 buah sekolah menengah negeri Melaka. Seramai 1097
responden terlibat dalam kajian ini yang terdiri darpada murid tingkatan satu hingga lima.
9.1 Profil Responden
-
8/13/2019 Laporan Lengkap Kajian Punca Ponteng
10/29
Jadual 9.1.1 menunjukkan bilangan murid yang telibat dalam kajian ini terdiri daripada
789 orang (71.92%) adalah murid lelaki, dan 308 orang (28.08%) adalah murid
perempuan.
JADUAL 9.1.1 Taburan Murid Mengikut Jantina
Jantina Kekerapan Peratus
Lelaki 789 71.92
Perempuan 308 28.08
Jumlah 1097 100.0
Jadual 9.1.2 menunjukkan analisis taburan murid mengikut kaum di mana 685
orang (62.44%) adalah murid Melayu, 256 orang (23.34%) murid Cina, dan 115
orang (10.48%) adalah murid India.
JADUAL 9.1.2 Taburan Murid Mengikut Kaum
Kaum Kekerapan Peratus
Melayu 685 62.44
Cina 256 23.34
India 115 10.48
Lain-lain 41 3.74
Jumlah 1097 100.0
Jadual 9.1.3 menunjukkan taburan murid mengikut tingkatan, iaitu tingkatan
lima merupakan kekerapan paling tinggi sebanyak 355 orang (32.36%) dan
kekerapan paling rendah ialah tingkatan satu iaitu 112 orang (10.21%)
JADUAL 9.1.3 Taburan Murid Mengikut TingkatanTingkatan Kekerapan Peratus
Satu 112 10.21
Dua 139 12.67
Tiga 205 18.69
Empat 286 26.07
-
8/13/2019 Laporan Lengkap Kajian Punca Ponteng
11/29
Lima 355 32.36
Jumlah 1097 100.0
JADUAL 9.1.4 Taburan Murid Mengikut Lokasi Tempat Tinggal
Lokasi Kekerapan Peratus
Bandar 544 49.59
Luar Bandar 553 50.41
Jumlah 1097 100.0
Jadual 9.1.4 menunjukkan taburan murid mengikut lokasi tempat tinggal,
seramai 544 orang (49.59%) tinggal di bandar, dan 553 orang (50.41%) tinggal di
luar bandar.
JADUAL 9.1.5 Taburan Status Murid
Status Kekerapan Peratus
Anak Yatim 93 8.48
Bukan Anak Yatim 1004 91.52
Jumlah 1097 100.0
Jadual 9.1.5 menunjukkan 93 orang murid (8.48%) adalah anak yatim, manakala
1004 orang (91.52%) bukan anak yatim.
JADUAL 9.1.6 Taburan Murid Mengikut Status Ibu bapa/Penjaga
Status Kekerapan Peratus
Berkahwin 970 88.42
Bercerai 127 11.58Jumlah 1097 100.0
Dapatan kajian tentang status ibu bapa/penjaga berdasarkan Jadual 9.1.6,
menunjukkan bahawa 970 orang murid (88.42%) mempunyai ibu bapa yang masih
-
8/13/2019 Laporan Lengkap Kajian Punca Ponteng
12/29
dalam status berkahwin, dan hanya 127 orang (11.58%) sahaja murid yang terlibat
dalam kajian ini ibu bapa mereka telah berpisah.
JADUAL 9.1.7 Taburan Murid Mengikut Taraf Pendidkan Bapa
Taraf Pendidikan Kekerapan Peratus
Ijazah/Sarjana/PhD 38 3.46
Diploma/STPM 68 6.20
SPM 410 37.37
PMR 188 17.14
Darjah 6 167 15.22
Lain-lain 226 20.60
Jumlah 1097 100.0
Daripada Jadual 9.1.7 didapati 410 orang murid (37.37%) mempunyai bapa
yang berkelulusan SPM, 188 orang (17.14%) mempunyai sijil PMR dan hanya 38
orang (3.46%) mempunyai kelulusan Ijazah, Sarjana atau PhD.
JADUAL 9.1.8 Taburan Murid Mengikut Taraf Pendidkan Ibu
Taraf Pendidikan Kekerapan Peratus
Ijazah/Sarjana/PhD 22 2.01
Diploma/STPM 87 7.93
SPM 419 38.20
PMR 180 16.41
Darjah 6 183 16.68
Lain-lain 206 18.78
Jumlah 1097 100.0
Dapatan kajian berkaitan dengan taraf pendidikan ibu dalam Jadual 9.1.8
menunjukkan bahawa kelulusan SPM merupakan kekerapan tertinggi iaitu 419
orang (38.20%), 180 orang murid (16.41%) ibunya berkelulusan PMR, 183 orang
-
8/13/2019 Laporan Lengkap Kajian Punca Ponteng
13/29
(16.68%) mempunyai tahap pendidikan sehingga darjah 6, manakala ibu yang
memiliki ijazah, sarjana atau PhD hanya 22 orang (2.01%).
JADUAL 9.1.9 Taburan Murid Mengikut Pekerjaan Bapa
Pekerjaan Kekerapan Peratus
Sektor Awam 165 15.04
Sektor Swasta 270 24.61
Bekerja Sendiri 417 38.01
Lain-lain 245 22.33
Jumlah 1097 100.0
Jadual 9.1.9 menunjukkan bahawa majoriti murid mempunyai bapa yang
bekerja sendiri iaitu 417 orang (38.01%), 165 orang (15.04%) bekerja di sektor
awam, manakala 270 orang (24.61%) bekerja di sektor swasta.
JADUAL 9.1.10 Taburan Murid Mengikut Pekerjaan Ibu
Pekerjaan Kekerapan Peratus
Sektor Awam 104 9.48
Sektor Swasta 178 16.23
Bekerja Sendiri 298 27.16
Lain-lain 517 47.13
Jumlah 1097 100.0
Jadual 9.1.10 menunjukkan bahawa ibu kepada 104 orang murid (9.48%)
bekerja di sektor awam, 178 orang (16.23%) bekerja di sektor swasta, 298 orang
(27.16%) bekerja sendiri, manakala kekerapan tertinggi ialah lain-lain iaitu 517
orang (47.13%).
Dapatan berkaitan dengan jumlah pendapatan penjaga sebulan seperti dalam
Jadual 9.1.11 menunjukkan bahawa sebilangan besar murid mempunyai keluarga
berpendapatan rendah iaitu kurang daripada RM1001.00 sebulan di mana 515 orang
(46.95%) pendapatan keluarga ialah antara RM501.00 hingga RM1000.00 sebulan,
manakala 259 orang (23.61%) kurang daripada RM500.00 sebulan. Murid yang
-
8/13/2019 Laporan Lengkap Kajian Punca Ponteng
14/29
keluarganya berpendapatan tinggi iaitu lebih daripada RM4000.00 sebulan hanya 29
orang (2.64%). Pendapatan keluarga RM3001.00 hingga RM4000.00 ialah 35 orang
(3.19 %), 93 orang (8.48%) pendapatan bulanan keluarga adalah antara RM2001.00
hingga RM3000.00.
JADUAL 9.1.11 Taburan Murid Mengikut Jumlah Pendapatan Bulanan Keluarga
Jumlah Pendapatan Kekerapan Peratus
> RM4000.00 29 2.64
RM3001RM4000 35 3.19
RM2001RM3000 93 8.48
RM1001RM2000 166 15.13
RM500RM1000 515 46.95
< RM500 259 23.61
Jumlah 1097 100.0
Dapatan tentang cara murid datang ke sekolah dalam Jadual 9.1.12
menunjukkan bahawa 321 orang (29.26%) menaiki bas ke sekolah, 271 orang
(24.70%) menaiki kereta, 214 orang (19.51%) menunggang motorsikal, 81 orang
(7.38%) berbasikal, manakala 210 orang (19.14%) berjalan kaki.
JADUAL 9.1.12 Taburan Murid Mengikut Cara Datang Ke Sekolah
Cara Kekerapan Peratus
Jalan Kaki 210 19.14
Basikal 81 7.38
Motorsikal 214 19.51
Kereta 271 24.70
Bas 321 29.26Jumlah 1097 100.0
Jadual 9.1.13 menunjukkan bahawa 625 (56.97%) tidak mencapai sebarang A
dalam Ujian Penilaian Sekolah Rendah, 236 orang (21.51%) hanya mendapat 1A,
-
8/13/2019 Laporan Lengkap Kajian Punca Ponteng
15/29
140 (12.76%) memperoleh 2A, 62 orang (5.65%) memperoleh 3A, 19 orang
(1.73%) mencapai 4A, dan hanya 15 orang (1.37%) mencapai 5A.
JADUAL 9.1.13 Taburan Murid Mengikut Pencapaian Dalam UPSR
Pencapaian Kekerapan Peratus
5A 15 1.37
4A 19 1.73
3A 62 5.65
2A 140 12.76
1A 236 21.51
Tiada A 625 56.97
Jumlah 1097 100.0
Analisis pencapaian murid yang terlibat dengan ponteng dalam Penilaian
Menengah Rendah seperti dalam Jadual 9.1.14 menunjukkan kekerapan tertinggi
adalah murid yang tidak memperoleh sebarang A iaitu 500 oang (76.10%), 93 orang
(14.16%) memperoleh 1A, 28 orang (4.26%) memperoleh 2A, 18 orang (2.74%)
memperoleh 3A, 12 orang (1.83%) mencapai 4A, 2 orang (0.30%) memperoleh 5A,
3 orang (0.46%) meperoleh 6A, 1 orang sahaja (0.15%) memperoleh 7A, makala
tiada seorangpun yang memperoleh 8A atau 9A.
JADUAL 9.1.14 Taburan Murid Mengikut Pencapaian Dalam PMR
Pencapaian Kekerapan Peratus
9A 0 0.00
8A 0 0.00
7A 1 0.15
6A 3 0.46
5A 2 0.30
4A 12 1.83
3A 18 2.74
-
8/13/2019 Laporan Lengkap Kajian Punca Ponteng
16/29
2A 28 4.26
1A 93 14.16
Tiada A 500 76.10
Jumlah 657 100.0
9.2 Dapatan Punca Masalah Ponteng Dalam Kalangan Murid.Data yang telah diperolehi dianalisis secara statistik deskriptif iaitu peratus, dengan
menggunakan MS Excel. Faktor punca masalah ponteng dalam kalangan murid adalah
seperti berikut:-
JADUAL 9.2.1 Taburan Responden Mengikut Peratus dan Min Bagi Punca Ponteng
Dari Aspek Faktor Sikap Murid
-
8/13/2019 Laporan Lengkap Kajian Punca Ponteng
17/29
Jadual 9.2.1 menunjukkan bahawa dalam faktor sikap murid, item yang kedua iaitu
suka bekerja untuk mempunyai duit sendiri mempunyai min tertinggi iaitu 3.08, di mana
319 orang (29.08%) setuju dengan pernyataan ini dan 160 orang (14.59 %) sangat setuju.
Untuk item kelima iaitu merasa rendah diri kerana kurang pandai dalam pelajaran
menunjukkan bahawa 330 orang (30.08%) tidak begitu pasti terhadap pernyataan ini,
manakala 223 orang (20.33%) setuju dengan pernyataan ini. Min keseluruhan untukfaktor sikap murid ini ialah 2.52.
JADUAL 9.2.2 Taburan Responden Mengikut Peratus dan Min Bagi Punca Ponteng
Dari Aspek Faktor Persekitaran Sekolah
BilSTS
(%)
TS
(%)
TP
(%)
S
(%)
SS
(%)MIN
1 44.21 27.44 13.58 9.75 5.01 2.04
2 16.23 17.78 22.33 29.08 14.59 3.08
3 39.20 29.26 21.33 7.66 2.55 2.05
4 25.71 26.98 29.63 12.49 5.20 2.44
5 15.31 25.98 30.08 20.33 8.30 2.80
6 23.06 25.71 22.06 18.51 10.67 2.68
7 21.51 29.54 26.62 14.95 7.38 2.57
26.46 26.10 23.66 16.11 7.67 2.52
Pernyataan
Saya ke sekolah kerana dipaksa
oleh ibu bapa
Saya suka bekerja untuk
mempunyai duit sendiri
Belajar kurang penting bagi
saya
Saya tidak akan ke sekolah jika
hujan pada waktu pagi
Saya merasa rendah diri kerana
kurang pandai dalam pelajaran
Saya bangun lewat dan sukar
bangun pagi
Saya lebih suka menonton
televisyen daripada belajar
JUMLAH
-
8/13/2019 Laporan Lengkap Kajian Punca Ponteng
18/29
Berdasarkan Jadual 9.2.2 di atas, min tertinggi ialah untuk item ke 15 berkenaan
dengan peraturan sekolah terlalu ketat, iaitu 3.29. Analisis menunjukkaan 335 orang
(30.54%) setuju dengan pernyataan ini dan 210 orang (19.14%) sangat setuju. Masa
persekolahan yang sangat panjang, item kelapan, juga mempunyai min yang agak tinggi
iaitu 3.12, di mana 294 orang (26.80%) setuju dengan pernyataan ini dan 179 orang
(16.32%) sangat setuju. Walaubagaimanapun min keseluruhan untuk faktor persekitaran
sekolah ini adalah sederhana iaitu 2.85.
BilSTS
(%)
TS
(%)
TP
(%)
S
(%)
SS
(%)MIN
8 12.58 22.70 21.60 26.80 16.32 3.12
9 21.42 26.62 23.52 16.59 11.85 2.71
10 16.04 24.61 28.17 20.60 10.57 2.85
11 11.85 16.32 23.61 34.46 13.76 2.78
12 7.47 11.85 21.42 40.75 18.51 2.49
13 19.42 24.98 29.17 17.14 9.30 2.72
14 17.68 28.44 21.42 19.51 12.94 2.82
15 12.12 16.04 22.15 30.54 19.14 3.29
14.82 21.44 23.88 25.80 14.05 2.85
Pernyataan
Masa persekolahan sangat
panjang
Aktiviti kokurikulum
membosankan
Pihak sekolah memberi tekanan
kepada saya untuk lulus dengan
cemerlang
Sekolah menyediakan tempat
untuk berehat secukupnya
Saya berasa selesa dengan
keadaan persekitaran sekolah
Kelas tambahan yang diadakan
oleh pihak sekolah
membebankan saya
Saya tidak suka perhimpunan
sekolah
Peraturan sekolah terlalu ketat
JUMLAH
-
8/13/2019 Laporan Lengkap Kajian Punca Ponteng
19/29
JADUAL 9.2.3 Taburan Responden Mengikut Peratus dan Min Bagi Punca Ponteng
Dari Aspek Faktor Guru
Berdasarkan Jadual 9.2.3 Faktor Guru, dapatan menunjukkan hukuman adalah
sesuatu yang tidak digemari oleh murid. Item 19 iaitu guru matapelajaran akan
mengenakan hukuman jika murid melakukan kesalahan mempunyai min tertinggi iaitu3.33. 464 orang (42.30%) setuju dengan pernyataan ini dan 128 orang (11.67%) sangat
setuju.
JADUAL 9.2.4 Taburan Responden Mengikut Peratus dan Min Bagi Punca Ponteng
Dari Aspek Faktor Rakan Sebaya
BilSTS
(%)
TS
(%)
TP
(%)
S
(%)
SS
(%)MIN
16 8.84 11.85 27.16 34.64 17.50 2.60
17 10.94 25.25 33.91 19.23 10.67 2.93
18 14.40 21.06 29.72 26.44 8.39 2.93
19 9.21 14.04 22.79 42.30 11.67 3.33
20 5.01 7.84 22.42 44.30 20.42 2.33
21 17.41 25.62 34.73 15.77 6.47 2.68
22 11.12 12.94 30.08 30.72 15.13 2.74
10.99 16.94 28.69 30.49 12.89 2.79
Pernyataan
Guru disiplin menggunakan budi
bicaranya jika saya melakukan
kesalahan
Semua guru yang mengajar saya
memberikan kerja sekolah yang
banyak
Pengajaran dan pembelajaran
sesetengah guru sangat
membosankan
Guru matapelajaran akan
mengenakan hukuman jika saya
melakukan kesalahan
Guru saya sentiasa bersedia
semasa mengajar
Sesetengah guru yang mengajar
saya sering lewat masuk ke
kelas
Guru matapelajaran mengambil
berat tentang saya
JUMLAH
-
8/13/2019 Laporan Lengkap Kajian Punca Ponteng
20/29
Jadual 9.3.4 Faktor Rakan Sebaya menunjukkan min keseluruhan 2.79, iaitu tidak
begitu dominan. Walau bagaimanapun mempunyai ramai kawan merupakan faktor
penyumbang ke arah punca murid ponteng, rujuk kepada item ke 24, di mana 424 orang(38.65%) setuju dan 369 orang (33.64%) sangat setuju dengan penyataan ini. Min untuk
item ini ialah 3. 87.
JADUAL 9.2.5 Taburan Rsponden Mengikut Peratus dan Min Bagi Punca Ponteng Dari
Aspek Faktor Keluarga
BilSTS
(%)
TS
(%)
TP
(%)
S
(%)
SS
(%)MIN
23 19.05 25.62 26.16 17.23 11.94 2.77
24 6.20 6.56 14.95 38.65 33.64 3.87
25 30.90 32.36 17.87 11.67 7.20 2.32
26 37.01 27.16 17.23 11.39 7.20 2.25
27 16.86 22.97 26.07 23.06 11.03 2.88
28 21.60 21.06 24.34 23.15 9.85 2.79
29 21.79 27.53 25.98 15.68 9.02 2.63
21.92 23.32 21.80 20.12 12.84 2.79
Pernyataan
Kawan-kawan selalu
mentertawakan saya apabila
saya tidak dapat menjawab
soalan yang ditanya oleh guru
Saya mempunyai ramai kawan
Saya tidak mempunyai kawan
rapat
Saya tidak akan diterima olehrakan jika saya tidak ikut
mereka ponteng sekolah
Apabila bersama kawan-kawan
saya merasa bebas dan boleh
melakukan apa saja yang saya
minati
Kawan-kawan saya adalah
pengganti ibu bapa saya untuk
saya meluahkan masalah
Saya mudah terpengaruh
apabila diajak melakukan
sesuatu oleh rakan-rakan
JUMLAH
-
8/13/2019 Laporan Lengkap Kajian Punca Ponteng
21/29
Berdasarkan Jadual 9.2.5 Faktor Keluarga, min keseluruhan bagi faktor ini adalah
rendah iaitu 2.15. Dapatan menunjukkan bahawa murid amat menyayangi keluarga, item 30,
di mana 659 orang (59.80%) sangat setuju dengan pernyataan ini. Bagi item 32 iaitu ibu
bapa selalu menggalakkan murid belajar juga mempunyai peratus yang agak tinggi, 338
orang (30.81%) setuju dengan pernyataan ini dan 383 orang (34.91%) sangat setuju. Begitu
juga dengan sikap keperihatinan ibu bapa terhadap masalah anak mereka, merujuk kepada
BilSTS
(%)
TS
(%)
TP
(%)
S
(%)
SS
(%)MIN
30 5.38 5.10 7.38 22.33 59.80 1.74
31 25.25 25.43 23.15 16.32 9.85 2.60
32 9.66 12.22 12.40 30.81 34.91 2.31
33 45.58 24.34 16.68 9.21 4.19 2.02
34 7.29 7.02 15.86 34.82 35.00 2.17
35 4.47 6.84 14.59 37.28 36.83 2.05
36 7.20 7.75 16.23 32.82 36.01 2.17
14.98 12.67 15.18 26.23 30.94 2.15
Pernyataan
Ibu bapa saya selalu
menggalakkan saya belajar
Ibu bapa saya selalu bergaduh
Ibu bapa saya mengambil tahu
kehadiran saya ke sekolah
Ibu bapa saya menyediakan
segala keperluan dan
kemudahan belajar
Ibu bapa saya mengambil berat
tentang masalah yang saya
hadapi
JUMLAH
Saya amat menyayangi
keluarga saya
Ibu bapa saya jarang berada di
rumah kerana sibuk bekerja
-
8/13/2019 Laporan Lengkap Kajian Punca Ponteng
22/29
item 36, di mana 360 orang (32.82%) setuju dengan pernyataan ini, dan 395 orang (36.01%)
sangat setuju.
10. KesimpulanMin faktor persekitaran sekolah (2.85), faktor guru (2.79) dan faktor rakan sebaya (2.79)
mengatasi min sikap murid (2.52) dan juga faktor keluarga (2.15). Ini menunjukkan bahawa
tiga faktor yang tinggi seperti yang dinyatakan mungkin dominan berlakunya fenomena
ponteng sekolah tetapi faktor berkenaan tidak mencapai kepada min lebih daripada 3, faktor
ini tidak boleh dianggap sebagai penyumbang kepada berlakunya fenomena berkenaan.
Meskipun begitu jika dilihat berdasarkan min item secara terperinci, terdapat 5 item yang
minnya lebih dari 3 iaitu :-
a. Saya suka bekerja untuk mendapatkan duit (item ke 2) 3.08
b. Masa persekolahan amat panjang (item ke 8) 3.12
c. Peraturan sekolah terlalu ketat (item ke 15) 3.29
d. Guru mata matapelajaran akan mengenakan hukuman
jika saya melakukan kesalahan (item ke 19) 3.33
e. Saya mempunyai ramai kawan (item ke 24) 3.87
Item yang dinyatakan di atas merupakan item yang mampu mendorong murid terlibat
dalam fenomena ponteng. Faktor-faktor ini perlu ditangani dengan baik agar tidak jadi lebih
serius dalam mendorong murid ke arah gejala ponteng sekolah.
11. CadanganBerikut adalah cadangan langkah-langkah yang boleh diambil oleh semua pihak yang perlu
disesuaikan dengan tempat, masa, kewangan dan keperluan semasa.
11.1 Mewujudkan budaya dan suasana mesra guru dan murid. Dendaan dan hukuman
nampaknya tidak dapat menyelesaikan masalah murid ponteng dengan berkesan, sebaliknya
-
8/13/2019 Laporan Lengkap Kajian Punca Ponteng
23/29
menyebabkan murid semakin menjauhkan diri daripada guru dan juga sekolah. Kasih
sayang serta empati yang tinggi perlu ada dalam diri setiap orang guru. Program dan kursus
berkaitan dengan bagaimana mewujudkan kemesraan dan menyayangi perlu diberi kepada
setiap orang guru. Ilmu tentang psikologi remaja perlu dijadikan intipati kursus yang
dijalankan secara berkala dan berterusan.
11.2 Sistem pengesanan amalan ponteng sekolah yang lebih efektif patut dilaksanakan
supaya murid-murid yang kerap ponteng sekolah dapat dikesan dengan lebih cepat dan lebih
berkesan. Kerjasama seluruh pihak perlu digembelingkan dengan serius untuk menangani
masalah ponteng ini. Masyarakat sekeliling turut perlu diminta berkerjasama dalam usaha
menangani masalah ini dengan melaporkan kes-kes ponteng sekolah di luar sekolah jika
dapat dikesan. Sikap bagai enau dalam belukar melepaskan pucuk masing-masing perludikikis dalam kalangan masyarakat.
11.3 Khidmat kaunseling perlu diberikan kepada mereka yang sering ponteng sekolah bagi
memastikan masalah yang mereka hadapi dan langkah membantu boleh dilaksanakan.
11.4 Aktiviti luar sekolah juga perlu diwujudkan berdasarkan jumlah kewangan yang sesuai
bagi membina sahsiah dan kreativiti personel murid ke arah yang lebih positif disamping
aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang lebih kreatif dan inovatif perlu dipelbagaikanbagi menarik minat murid untuk belajar.
11.5 Kebebasan bergaul dengan rakan di luar sekolah patut dikawal demi mengelakkan
anak-anak dipengaruhi dengan amalan suka ponteng sekolah. Didikan tidak formal sejak
kecil lagi perlu dilakukan kerana melentur buluh biar dari rebungnya. Anak-anak perlu
dididik untuk bersikap lebih bertanggungjawab dan berupaya berfikir secara rasional.
Mereka perlu disedarkan tentang tugas dan peranan mereka sebagai murid.
Akhir sekali, semua pihak perlu bekerjasama dalam menangani masalah ini sebelum nasi
menjadi bubur. Demi mewujudkan generasi yang lebih berguna pada masa hadapan, langkah
drastik daripada semua pihak patut dilaksanakan. Tindakan daripada satu pihak sahaja tidak
akan membuahkan hasil. Marilah sama-sama kita berganding bahu untuk menangani
masalah ini.
-
8/13/2019 Laporan Lengkap Kajian Punca Ponteng
24/29
1MALAYSIA MEMBENTERAS PONTENG
RUJUKAN
Aziz Ismail. 1988. Usaha Pihak Sekolah Mengatasi Gejala Ponteng Di Kalangan Pelajar.
Skudai: Percetakan Universiti Teknologi Malaysia.
Azizi Yahya, Fauziah Yahya, Zurihami Zakaria, Nordin Yahya. 2005. Pembangunan Kendiri.
Skudai: Percetakan Universiti Teknologi Malaysia.
How Lee Chan How Lee Chan. 2007. FaktorFaktor yang Mempengaruhi Gejala Ponteng
Di kalangan Pelajar Sekolah Menengah Johor. Latihan Ilmiah. Universiti Teknologi
Malaysia.
-
8/13/2019 Laporan Lengkap Kajian Punca Ponteng
25/29
lbrahim Saad. 1986.Isu Pendidikan Malaysia. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Kamus Dewan. 1996. Ed. Ke 3. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Kementerian Pelajaran Malaysia. 1995.Menangani Masalah Ponteng Di Sekolah. Surat
Pekeliling Ikhtisas Bil. 6/1996t Kilau Bin Idris (1997)
Mat Kilau Bin Idris. 1997. Gejala Ponteng Sekolah Antara ParaPelajar Sekolah Menengah.
Latihan Ilmiah. Universiti Teknologi Malaysia.
Oxford English Dictionary. 1965. London: Oxford University Press.
Yaakub Isa. 1977. Almanak Pendidikan. Kuala Lumpur: Berita Publishing Sdn. Bhd.
INSTRUMEN KAJIAN PUNCA PONTENG MURID SEKOLAH MENENGAH NEGERI MELAKA
SEKOLAH:
BAHAGIAN A:- Sila tandakan ( ) pada ruang yang berkaitan dengan diri anda.
1 Jantina lelaki
Perempuan
2 Bangsa Melayu
Cina
-
8/13/2019 Laporan Lengkap Kajian Punca Ponteng
26/29
India
Lain-lain
Sila nyatakan .
3 Tingkatan Satu
DuaTiga
Empat
Lima
4 Lokasi Tempat Tinggal Bandar
Luar Bandar
5 Anak Yatim Ya
Tidak
6 Status Ibubapa/Penjaga Berkahwin
Bercerai
7 Taraf Pendidikan 7.1 Bapa 7.2 Ibu
Ijazah/Sarjana/PhD
Diploma/STPM
SPM
PMR
Darjah/Tahun 6
Lain-lain
8 Pekerjaan 8.1 Bapa 8.2 Ibu
Sektor awam
Sektor swasta
Bekerja sendiri
Lain-lain
9 Jumlah Pendapatan Keluarga Sebulan:-
Lebih daripada RM4000.00
RM3001.00 - RM4000.00
RM2001.00 - RM3000.00
RM1001.00 - RM2000.00
RM500.00 - RM1000.00
Kurang daripada RM500
10 Cara datang ke sekolah Jalan Kaki
Basikal
-
8/13/2019 Laporan Lengkap Kajian Punca Ponteng
27/29
Motorsikal
Kereta
Bas
11 Pencapaian akademik (Sila tuliskan bilangan gred yang diperolehi pada ruang yang disediakan)
A B C D E
4.1 UPSR4.2 PMR
BAHAGIAN B: - Bagi setiap pernyataan No 1 - 36 berikut, sila bulatkan skala jawapan yang sesuai
Panduan Jawapan:- Skala
Sangat Tidak Setuju - STS 1
Tidak Setuju - TS 2
Tidak Pasti - TP 3
Setuju - S 4
Sangat Setuju - SS 5
Pernyataan STS TS TP S SS
1 Saya ke sekolah kerana dipaksa oleh ibu bapa 1 2 3 4 5
2 Saya suka bekerja untuk mempunyai duit sendiri 1 2 3 4 5
3 Belajar kurang penting bagi saya 1 2 3 4 5
4 Saya tidak akan ke sekolah jika hujan pada waktu pagi 1 2 3 4 5
5 Saya merasa rendah diri kerana kurang pandai dalam pelajaran 1 2 3 4 5
6 Saya bangun lewat dan sukar bangun pagi 1 2 3 4 5
7 Saya lebih suka menonton televisyen daripada belajar 1 2 3 4 5
8 Masa persekolahan sangat panjang 1 2 3 4 5
9 Aktiviti kokurikulum membosankan 1 2 3 4 5
10Pihak sekolah memberi tekanan kepada saya untuk lulus dengan
cemerlang1 2 3 4 5
-
8/13/2019 Laporan Lengkap Kajian Punca Ponteng
28/29
11 Sekolah menyediakan tempat untuk berehat secukupnya 1 2 3 4 5
12 Saya berasa selesa dengan keadaan persekitaran sekolah 1 2 3 4 5
13 Kelas tambahan yang diadakan oleh pihak sekolahmembebankan saya
1 2 3 4 5
14 Saya tidak suka perhimpunan sekolah 1 2 3 4 5
15 Peraturan sekolah terlalu ketat 1 2 3 4 5
16Guru disiplin menggunakan budi bicaranya jika saya melakukan
kesalahan1 2 3 4 5
17Semua guru yang mengajar saya memberikan kerja sekolah yang
banyak 12 3 4 5
18Pengajaran dan pembelajaran sesetengah guru sangat
membosankan1 2 3 4 5
19Guru matapelajaran akan mengenakan hukuman jika saya
melakukan kesalahan1 2 3 4 5
20 Guru saya sentiasa bersedia semasa mengajar 1 2 3 4 5
21Sesetengah guru yang mengajar saya sering lewat masuk ke
kelas1 2 3 4 5
22 Guru matapelajaran mengambil berat tentang saya 1 2 3 4 5
23Kawan-kawan selalu mentertawakan saya apabila saya tidak
dapat menjawab soalan yang ditanya oleh guru1 2 3 4 5
24 Saya mempunyai ramai kawan 1 2 3 4 5
25 Saya tidak mempunyai kawan rapat 1 2 3 4 5
26Saya tidak akan diterima oleh rakan jika saya tidak ikut mereka
ponteng sekolah1 2 3 4 5
27Apabila bersama kawan-kawan saya merasa bebas dan boleh
melakukan apa saja yang saya minati1 2 3 4 5
-
8/13/2019 Laporan Lengkap Kajian Punca Ponteng
29/29
28Kawan-kawan saya adalah pengganti ibu bapa saya untuk saya
meluahkan masalah1 2 3 4 5
29Saya mudah terpengaruh apabila diajak melakukan sesuatu oleh
rakan-rakan1 2 3 4 5
30 Saya amat menyayangi keluarga saya 1 2 3 4 5
31 Ibu bapa saya jarang berada di rumah kerana sibuk bekerja 1 2 3 4 5
32 Ibu bapa saya selalu menggalakkan saya belajar 1 2 3 4 5
33 Ibu bapa saya selalu bergaduh 1 2 3 4 5
34 Ibu bapa saya mengambil tahu kehadiran saya ke sekolah 1 2 3 4 5
35Ibu bapa saya menyediakan segala keperluan dan kemudahan
belajar1 2 3 4 5
36Ibu bapa saya mengambil berat tentang masalah yang saya
hadapi1 2 3 4 5