laporan khidmat msyrkt

Upload: faiza-amad

Post on 03-Apr-2018

231 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

  • 7/28/2019 laporan khidmat msyrkt

    1/4

    BIG 1

    Alhamdulillah bersyukur kehadrat ilahi dengan limpah dan izinnya dapat juga

    kami melaksanakan program Bina Insan Guru buat kali ke empat di Masjid

    Taman Mesra di Pengkalan Chepa. Saya bersama-sama rakan-rakan yang lain

    daripada Pismp Pj semester 4 merancang serta melaksanakan program gotong-

    royong di masjid tersebut.Kami berkumpul seawal 8.00 pagi di perkarangan

    masjid dengan menaiki kenderaan sendiri. Ada yang menaiki motor dan ada

    yang menaiki kereta. Persiapan awal yang telah dijalankan sebelum

    melaksanakan program gotong-royong ini dengan membuat kertas kerja terlebih

    dahulu.Setelah mendapat persetujuan, ahli jawatankuasa yang terlibat dalam

    urusan di masjid berkenaan. Sempena bulan syawal selain dapat melengkapkan

    silibus yang terdapat dalam Bina Insan guru kali ini, saya dan rakan-rakan yanglain dapat memberikan amal bakti kami. Program Bina Insan Guru (BIG) adalah

    satu program yang dirancang khusus untuk pelajar yang sedang menjalani

    latihan perguruan. Ini adalah bertujuan untuk melahirkan bakal-bakal pendidik

    yang berkualiti dari segi jasmani, emosi, rohani, intelek dan sosial. Bina Insan

    Guru yang diadakan pada semester ini ialah khidmat masyarakat dan ianya wajib

    ditempuhi oleh semua guru pelatih. Berdasarkan program yang telah dianjurkan

    ini, Program ini untuk memenuhi kehendak dalam Program Bina Insan Guru

    (BIG) yang perlu ditempuhi oleh semua pelajar. Merupakan suatu aktiviti penting

    bagi merealisasikan kehendak Bahagian Pendidikan Guru untuk menghasilkan

    guru yang berkualiti dan berdaya saing.

    Sebelum saya dan rakan-rakan saya pergi ke program itu, saya selaku

    Ahli Jawatan Kuasa telah membuat buku program untuk menjalankan aktiviti

    khidmat masyarakat. Selain itu, setiausaha telah melangsaikan tugasannya

    untuk membuat kertas kerja agar ianya dapat diluluskan. Setelah ianya

    diluluskan, Ahli Jawatankuasa peralatan telah memohon peralatan untuk

    digunakan semasa melakukan khidmat masyarakat. Setiap orang melakukantugas masing-masing. Walau bagaimanapun, nilai tolong-menolong diterapkan di

    dalam diri masing-masing agar kerja dapat dijalankan dengan lebih lancar

    lagi. Selain itu, kami juga sering diberi maklumat terbaru oleh Pengerusi kami

    iaitu Mazlan. Beliau banyak memberi komitmen dalam menjayakan program

    ini. Semasa di sana, kami berkumpul terlebih dahulu untuk diberi taklimat oleh

  • 7/28/2019 laporan khidmat msyrkt

    2/4

    Pengerusi kami. Beliau telah berjumpa imam masjid tersebut untuk meminta

    kebenaran melakukan program yang telah dijanjikan. Kami telah dibahagikan

    kepada dua bahagian iaitu bahagian lelaki dan perempuan. Kami telah

    melakukan pembersihan di bahagian tandas, dalam masjid dan di luar

    masjid. Kami bekerjasama untuk melakukan tugasan berikut. Saya telah

    membersihkan tempat mengambil air sembahyang serta tandas lelaki dan

    perempuan bersama dua rakan saya juga. Bila bekerja bersama-sama saya

    merasakan keseronokkan melakukannya. Kemudian, saya juga membersihkan

    sliding yang ada di sekitar masjid bersama rakan-rakan saya yang menguruskan

    tempat berkenaan. Setiap apa yang dirancang dan diaturkan pasti mempunyai

    matlamatnya yang tersendiri. Begitu juga dengan progran Bina Insan Guru

    ini. Program ini berhasrat membina insan guru yang berakhlak mulia,

    bersemangat juang yang tinggi, mempunyai ketahan fizikal dan bermanfaatkepada diri, keluarga, masyarakat serta negara selaras dengan nilai-nilai

    keguruan.

    Dalam masa yang sama, program ini diharap dapatmenghasilkan guru yang

    berkualiti dalam semua aspek kehidupan terutamanya aspek pendidikan dan

    pergaulan. Membentuk Guru Pelatih menjadi seorang guru yang berdaya saing.

    Memberi keyakinan kepada Guru Pelatih dalam berhadapan dengan komuniti

    sekolah yang mempunyai pelbagai ragam dan acuan. Di samping itu juga,

    matlamat program ini adalah untuk mewujudkan kesedaran di kalangan GuruPelatih akan kepentingan pergaulan antara guru-guru dengan murid-murid dan

    guru-guru dengan masyarakat sekolah.

    Kesimpulannya, apabila setiap guru pelatih tamat menjalani program Bina

    Insan Guru (BIG) ini, Bahagian Pendidikan Guru amat mengharapkan agar

    setiap perisian program yang disusun akan mejadikan Guru Pelatih sebagai

    bakal guru yang menunjukkan dan mengetahui ciriciri insan yang berakhlak

    mulia dan patuh kepada ajaran agama. Guru pelatih juga diharapkan akan

    memiliki ketahanan fizikal, mental dan semangat juang. Amat penting bagi guru

    pelatih untuk menguasai kemahiran asas interpersonal serta menguasai

    kemahiran mengurus diri, kumpulan dan masa dengan berkesan dalam

    membentuk jati diri sebagai bakal insan pendidik. Dan akhir sekali, guru pelatih

    diharapakan agar dapat memperkembangkan potensi sebagai insan melalui

  • 7/28/2019 laporan khidmat msyrkt

    3/4

    pembinaan portfolio dengan mengamalkan refleksi dan penilaian kendiri dalam

    semua aspek tugas.

    BIG 2

    Alhamdulillah bersyukur kehadrat ilahi dengan limpah dan izinnya dapat juga kami melaksanakan

    program Bina Insan Guru bagi semester ini. Walau bagaimanapun, semester ini kebiasaannnya

    kami perlulah membuat program anak angkat. Berikutan bajet yang tidak mencukupi bagi tahun

    ini, ia hanya diadakan dalam satu majlis gotong-royong sahaja. Kami dikendaki berkumpul di

    perkarangan institut pada pukul 8.30 pagi. Terdapat para pelatih yang menaiki kenderaan sendiri

    sama ada menaiki kereta mahupun motosikal. Saya bersama 2 orang lagi rakan saya mengambil

    keputusan untuk menaiki kereta. Kami telah konvoi kesana dengan beberapa buah kereta,

    beberapa biji motorsikal dan 3 buah bas.

    Setibanya di sana, kami telah diberikan taklimat mengenai tugasan yang perlu kami lakukan. Kita

    dapat melihat majlis ini dijalankan berlangsung mengikut tugas-tugas yang telah ditetapkan olehpegawai BIG kami semua. Bagi unit PJ/PK/PSK bersama MT/PJ/BI 2 kami ditempatkan di rumah

    Encik Zainol untuk menguruskan mengenai majlis penutupan dan jamuan makan. Saya dan

    rakan-rakan telah membantu dalam menyiapkan juadah makanan di dapur bersama orang-orang

    kampung. Amalan gotong-royong ini dapat menerapkan nilai tolong-menolong dalam diri kita

    semua. Selain itu, kita juga perlulah mengamalkan sifat menghormati orang tua. Kita perlulah

    hormat terhadap mak cik-mak cik yang berada di situ. Membantu dalam pekerjaan mereka.

    Selain itu, kita juga sebagai seorang wanita perlulah meringankan beban mereka dalam

    menjalankan tugas mereka. Jadi, kita hendaklah memberikan pertolongan dengan hati yang

    ikhlas. Oleh hal demikian, program seumpama ini perlulah dijalankan bagi melahir bakal pendidik

    dalam menyertai aktiviti kemasyarakatan.

    Walaupun saya juga tahu mengenai sebilangan pelajar unit lain yang curi tulang dalam

    melaksanakan tugasan berikutan terlalu ramai yang membuat kerja. Walau bagaimanapun, ianya

    dapat dilakukan bersama. Bagi yang telah curi tulang ketika membuat aktiviti gotong-royong ini,

    mereka itu tidak emmpunyai kesedaran sivik dalam diri mereka.

    Setiap apa yang dirancang dan diaturkan pasti mempunyai matlamatnya yang tersendiri.

    Begitu juga dengan progran Bina Insan Guru ini. Program ini berhasrat membina insan guru yang

    berakhlak mulia, bersemangat juang yang tinggi, mempunyai ketahan fizikal dan bermanfaat

    kepada diri, keluarga, masyarakat serta negara selaras dengan nilai-nilai keguruan.

    Dalam masa yang sama, program ini diharap dapat menghasilkan guru yang berkualiti dalam

    semua aspek kehidupan terutamanya aspek pendidikan dan pergaulan. Membentuk Guru Pelatih

    menjadi seorang guru yang berdaya saing. Memberi keyakinan kepada Guru Pelatih dalam

    berhadapan dengan komuniti sekolah yang mempunyai pelbagai ragam dan acuan. Di samping

    itu juga, matlamat program ini adalah untuk mewujudkan kesedaran di kalangan Guru Pelatih

    akan kepentingan pergaulan antara guru-guru dengan murid-murid dan guru-guru dengan

    masyarakat sekolah.

  • 7/28/2019 laporan khidmat msyrkt

    4/4

    Kesimpulannya, apabila setiap guru pelatih tamat menjalani program Bina Insan Guru

    (BIG) ini, Bahagian Pendidikan Guru amat mengharapkan agar setiap perisian program yang

    disusun akan mejadikan Guru Pelatih sebagai bakal guru yang menunjukkan dan mengetahui

    ciriciri insan yang berakhlak mulia dan patuh kepada ajaran agama. Guru pelatih juga

    diharapkan akan memiliki ketahanan fizikal, mental dan semangat juang. Amat penting bagi guru

    pelatih untuk menguasai kemahiran asas interpersonal serta menguasai kemahiran mengurusdiri, kumpulan dan masa dengan berkesan dalam membentuk jati diri sebagai bakal insan

    pendidik. Dan akhir sekali, guru pelatih diharapakan agar dapat memperkembangkan potensi

    sebagai insan melalui pembinaan portfolio dengan mengamalkan refleksi dan penilaian kendiri

    dalam semua aspek tugas.