laporan kaj tindakan

44
TAJUK DISEDIAKAN OLEH: NAMA NO.IC PROGRAM NOOR HASLIDA BINTI PADZIL 790502025064 PPG PENSYARAH: DR AZMAN BIN JUSOH 1 MURID LEBIH BERMINAT MELAKUKAN AKTIITI AMALI BERBANDING TEORI DALAM PENGAJARAN SAINS.

Upload: nicole-buckley

Post on 06-Oct-2015

42 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

education

TRANSCRIPT

TAJUK

MURID LEBIH BERMINAT MELAKUKAN AKTIVITI AMALI BERBANDING TEORI DALAM PENGAJARAN SAINS.

DISEDIAKAN OLEH:

NAMANO.ICPROGRAM

NOOR HASLIDA BINTI PADZIL790502025064PPG

PENSYARAH: DR AZMAN BIN JUSOH

ISI KANDUNGANTAJUKHALAMANBAB 1- PENGENALAN3-12 Pendahuluan Latar belakang kajian Pernyataan masalah Kerangka koseptual dan objektif Soalan kajian Batasan kajian Rumusan

BAB 2- TINJAUAN LITERATUR13-22

Pendahuluan Teori dan konsep berkaitan serta kajian-kajian lepas Rumusan

BAB 3- METODOLOGI23-40

Pendahuluan Rekabentuk kajian Persampelan Instrument kajian Analisis data (deskriptif) Rumusan

RUJUKAN41-42

BAB 1- PENGENALANPedahuluanMata pelajaran Sains dirancang untuk mencapai matlamat ke arah menyemai minat murid terhadap sains dan teknologi dan memberi asas pengetahuan dan kemahiran sains danteknologi. Justeru, murid mempunyai landasan untuk mengaplikasikan sains dan teknologi dalam kehidupan harian untuk mengikuti pelajaran sains diperingkat yang lebih tinggi di samping mengamalkanbudaya sains dan teknologi ke arah pembentukan masyarakat bersifat prihatin, dinamik, progresif, bertanggungjawab terhadap alam sekeliling serta mengagumi penciptaan alam. Subjek Sains meliputi aspek teori iaitu pembelajaran mengenai fakta-fakta sains dan amali, iaitu pembelajaran berkaitan konsep sains bagi membantu murid memahami diri serta alam sekeliling melalui kaedah inkuiri penemuan. Kedua-dua aspek ini sangat penting dalam melahirkan insan yang seimbang. Oleh kerana matapelajaran Sainsmerupakan matapelajaran teras di sekolah Malaysia. Jesteru itu matapelajaran ini merupakan satu matapelajaran yang sangat penting dan perlu dikuasai oleh semua murid. Salah tanggapan murid yang mengganggapkan sains sebagai satu matapelajaran yang susahdan sukar untuk memahaminya. Ini kerana bidng sains merangkumi lima bidang utama iaitu menyiasat alam hidupan, menyiasat alam fizikal, menyiasat alam bahan, bumi dan alam semesta serta dunia teknologi. Topik ini dianggap susah dan sukar difahami kerana kajiannya lebih mendalam dan lebih daripadapemerhatian kita.Kaedah pengajaran dan pembelajaran teori yang lebih berpusatkan guru dan bergantung penuh kepada buku teks antara faktoryang dikenalpasti menyebabkan murid cepat bosan dan hilang minat dalam matapelajaran sains. Walaupun pelbagai kaedah telah didedahkan namun terdapat sebilangan besar guru yang masih menggunakan kaedah tradisional yang biasa seperti pendekatan chalk and talk tanpa memberi penerangan konsep yang mencukupi melahirkan muridyang tidak boleh berfikir secara kritis dan kreatif. (Mohamad Khatim, 2001)Pengajaran dan pembelajaran sains yang banyak melibatkan kemahiran proses sains dan manipulatif memerlukan daya pemikiran dan kreativiti yang tinggi. Pembelajaran memerlukan kefahamankonsep yang lebih tinggi. Guru sepatutnya lebih memahami masalah ini. Kerana ia hanya dapat di atasi dengan menggunakan kaedah amali.Aktiviti amali merupakan aktiviti yang memerlukan murid menggunakan psikomotor, kemahiran dan kecerdasan pergerakan untuk melakukan sesuatu perkara. Manakala aktiviti teori memerlukan murid untuk menggunakan fikiran dalam menerima dan memahami sesuatu tanpa mengutamakan kemahiran fizikal. Minat pula merupakan daya penggerak yang mendorong manusia memberi perhatian kepada seseorang, benda atau kegiatan. Ia boleh merupakan pengalaman berpengaruh yang telah dirancang oleh kegiatan sendiri. Oleh itu minat berkait rapat dengan desakan motif, gerak balas emosi dari aspek disiplin, kehendak dan hasil pengalaman dalam alam sekitar. Minat dan kecenderungan memainkan peranan penting dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Setiap individu yang berminat dalam perkara yang dipelajari akan menunjukkan pencapai yang tinggi dalam perkara yang diceburi. Dalam proses pemilihan, minat memainkan peranan yang sangat penting sebagaimana yang telah disarankan oleh Holland (1973), dalam kajiannya iaitu pemilihan aktiviti adalah dipengaruhi atau didorong oleh minat seseorang. Selain itu juga, Menurut Thorndike, Weics dan Danis (1968), dalam Hashim (2000), minat secara keseluruhan dapat dianggap sebagai pembolehubah-pembolehubah motivasi.Namun sistem pendidikan di Malaysia lebih menitikberatkan hafalan dan pencapaian akademik sehingga menepis banyak kehendak dan keseronokan belajar yang diperolehi murid melalui aktiviti amali dalam subjek Sains. Pendekatan hafalan yang melibatkan pelbagai petua dan cara ringkas telah menyebabkan aktiviti pengajaran dan pembelajaran teori Sains di dalam kelas menjadi hambar dan tidak bermakna. Ini menyebabkan murid lebih meminati amali berbanding teori bagi subjek sains ini.Pendidikan sains dalam KBSR dirancang dengan hasrat untuk melahirkan rakyat Malaysia yang seimbang perkembangannya dari segi intelek, rohani , emosi dan jasmani. Selain itu pemahaman tentang aplikasi sains melalui teknologi dalam kehidupan harian turut diberikan dalam semua kurikulum sains. Dalam abad ke -21 ini, perubahan dunia dalam semua bidang memberi makna bahawa kita harus memperkenalkan isikandungan baru dan kaedah pengajaran yang baru.Tanpa sebarang matlamat, kita mungkin tidak pasti hala tuju kita dan mengapa kita melakukkannya. Dengan itu secara tidak langsung guru harus menyediakan keseronokan mengajar dan belajar. (Shukor,2001)Oleh itu, Pendidikan yang berkualiti memberi kuasa kepada individu, memberi mereka suara, mendedahkan potensi mereka, menunjukkan jalan ke arah penyempurnaan diri, serta meluaskan pandangan dan pemikiran individu kepada dunia tanpa sempadan (Tribus, 1992). Guru seharusnya mewujudkan satu suasana baru pembelajaran di dalam bilik darjah yang mampu mencapai kualiti hampir sama seperti murid bermain di luar kelas.

LATAR BELAKANG KAJIANSemasa mengajar murid-murid tahun 5 di Sekolah Kebangsaan Seri Gedong, Sungai Petani, saya telah mengajar matapelajaran Sains meliputi aspek amali di dalam dan luar kelas dan adakalanya, saya perlu mengajar teori di dalam kelas. Semasa mengajar amali, saya telah menggunakan kaedah eksperimen. Semasa melaksanakna kaedah ekaperimen, saya telah menyediakan pelbagai bahan dan peralatan untuk digunakan oleh murid melaksanakan eksperimen. Murid diberi kebebasan untuk merancang eksperimen dengan sendiri. Sebagai guru saya hanya bertindak sebagai pengurus. Saya berasa sangat gembira dan teruja kerana murid-murid sangat bersemangat untuk mengikuti pengajaran. Mereka juga dapat memberikan komitmen yang sangat baik dan mendengar arahan dengan teliti kerana bersaing untuk melakukan eksperimen tersebut. Mereka juga aktif bertanya pelbagai soalan kepada saya apabila tidak memahami sesuatu perkara yang disampaikan. Menurut Dunn (1980), pembelajaran bergantung pada ciri-ciri biologi dan perkembangan sahsiah seseorang dan ia dipengaruhi oleh persekitaran, emosi, pengaruh sosial serta perasaan individu. Berbeza dengan situasi apabila saya mengajar teori di dalam kelas bagi topik yang sama. Murid-murid kelihatan pasif hingga ada yang sering menguap dan tertidur di belakang kelas. Selain itu, murid suka membuat bising dan mengganggu rakan lain. Jarang-jarang ada murid yang sukarela menjawab soalan saya dan adakalanya saya hanya menerima jawapan yang tidak masuk akal walaupun perkara itu baru saya terangkan beberapa minit yang lalu. Walaupun kelas ini merupakan kelas ke tiga, namun mereka kurang memberikan tumpuan apabila saya mengajar di dalam kelas. Mereka kelihatan sangat bosan. Saya berasa sangat kecewa kerana kebanyakan murid kelihatan kurang berminat dengan topik yang saya ajar. Namun saya percaya bahawa perkara ini masih boleh diatasi. Menurut (Hyland, 1993; Melton, 1990; Reid, 1987) mendapati bahawa gaya pembelajaran boleh dicorakkan oleh pengalaman pembelajaran.

PENYATAAN MASALAHSaya telah membuat rujukan keputusan peperiksaan pertengahan tahun bagi kelas 5 Potensi ini berkaitan matapelajaran Sains. Penilaian dibuat melalui topik yang diajar melalui kaedah amali dan topik yang diajar melalui kaedah teori. Namun, saya mendapati bahawa murid dapat menguasai topik yang diajar melalui kaedah amali berbanding topik yang diajar menggunakan kaedah teori.Salah satu objektif Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK) adalah ingin melahirkan individu yang seimbang dan harmonis dari segi jasmani, emosi, rohani, intelek dan sosial (JERIS). Jika dilihat dari aspirasi ini, amat jelas menunjukkan pelbagai aspek kehidupan perlu diterapkan dalam diri individu bermula dari peringkat rendah lagi. Malah pelan Rancangan Malaysia ke-8 (2001-2005) juga menggariskan pembangunan modal insan dan industri sebagai tunjang utama pembangunan negara. Pendidikan merupakan platform utama dalam menyemai nilai murni dalam diri murid. Nilai yang positif adalah boleh diterima oleh pelajar dan masyarakat. Dalam pendidikan, penerapan nilai yang pertama kali secara rasminya diberi penekanan ialah melalui Laporan Kabinet (Laporan Mahathir 1979), 1989. Semasa Datuk Sri Anwar Ibrahim menjadi pemimpin Kementerian Pendidikan beliau membuat penyataan mengenai FPN & KBSM yang mana menyelitkan isu-isu nilai murni untuk diterapkan kepada pelajar-pelajar dan guru-guru dalam melahirkan insan yang seimbang dan harmoni, bukan sahaja dari segi intelek, tetapi juga emosi, rohani dan jasmani.Ini jelas membuktikan bahawa sistem pendidikan adalah platform utama mengasah kemampuan dinamik murid agar dapat digunakan pada masa hadapan. Namun, pembangunan manusia kini menghadapi krisis ketidakseimbangan antara pembangunan kebendaan dengan kerohanian dan emosi. Kepesatan perkembangan teknologi yang tidak selaras dengan pembangunan aspek emosi dan kehendak sosial boleh mengakibatkan manusia ketandusan nilai kemanusiaan sejati (Abu Bakar Abdul Majid & Sarina Othman, 1998; Tajul Ariffin Mohd. Noordin, 1992). Menurut kajian Tony Buzan, penggabungan unsur otak kiri dan kanan manusia akan meningkatkan prestasi seseorang dalam pelbagai bidang. Selain itu, pelbagai nilai perlu diterapkan agar individu mencapai kecemerlangan yang sebenarnya. Namun, sistem pendidikan di Malaysia lebih berfokus kepada pencapaian mental dengan teknik hafalan semata-mata hingga banyak menepis pembangunan keseronokan dan spiritual murid. Menurut Sherpard (1991), perkembangan penilaian memperlihatkan banyak kritikan yang dilemparkan ke atas bentuk pentaksiran tara kerana memberi fokus yang sempit, menekankan hafalan dan ingatan yang membawa kepada penyempitan kurikulum serta memberi peluang yang sempit kepada amalan kemahiran peringkat tinggi. Hal ini menyebabkan kemahiran seperti menganalisis, meneroka dan lain-lain kemahiran yang sepatutnya diajar dalam teori tidak mencapai objektifnya. (Othman (2003)) dalam Jurnal Akademik, Institut Perguruan Sultan Mizan).

OBJEKTIF KAJIAN/ SOALAN KAJIAN DAN KERANGKA KONSEPTUAL Objektif kajianTerdapat dua jenis objektif kajian yang telah dikenalpasti bagi kajian ini iaitu:A. Objektif umumMeningkatkan minat dan kualiti pengajaran dan pembelajaran murid dalam aktiviti teori di dalam bilik darjah bagi matapelajaran sains. B.Objektif khususi.Mengenalpasti tahap minat murid tahun 5 Potensi terhadap aktiviti teori yang dijalankan guru dalam matapelajaran Sains.ii.Mengenalpasti adakah pembelajaran yang menarik dan menyeronokkan memainkan peranan penting dalam membentuk minat murid.iii.Mengenalpasti peningkatan dan kesan positif yang diperolehi daripada aktiviti penambahbaikan.C. Soalan kajianUntuk mencapai objektif kajian tersebut, saya telah merangka 3 persoalan kajian iatu: i)Adakah murid lebih meminati aktiviti amali berbanding aktiviti teori dalam bilik darjah bagi matapelajaran Sains?ii)Adakah pembelajaran yang menarik dan menyeronokkan memainkan peranan penting dalam membentuk minat murid?iii)Adakah terdapat peningkatan minat murid terhadap aktiviti teori dalam bilik darjah bagi subjek Sains selepas penambahbaikan dijalankan?

KEPENTINGAN KAJIANTugas guru bukan sahaja membentuk murid dari aspek akademik tetapi juga pelbagai kemahiran yang bakal diaplikasikan apabila mereka menempuh alam pekerjaan kelak. Selain pembelajaran dari segi akademik, kajian lain menunjukkan peningkatan yang signifikan dalam sikap dan perlakuan pelajar apabila gaya pengajaran guru dipadankan dengan gaya pembelajaran pelajar. (Brown, 1978; Cafferty, 1980; Della Valle, 1984; Dunn, 1980; Krimsky, 1982; Murrain, 1983; Pizzo, 1981 dan Shea, 1983).Oleh itu fokus kajian ialah untuk membuktikan bahawa murid dan khasnya bagi sampel saya iaitu murid 5 Potensi lebih menggemari aktiviti amali berbanding teori yang diajar di dalam kelas bagi pengajaran Sains. Saya memilih fokus kajian ini atas kesedaran bahawa murid juga seharusnya meminati aktiviti teori di dalam kelas sama seperti aktiviti amali. Ini kerana pembelajaran teori penting bagi membantu pelajar membina pengetahuan dan pengalaman sendiri. Seseorang individu dikatakan akan mempunyai kesejahteraan dan kualiti hidup yang baik jika mereka melalui beberapa pengalaman tekanan yang kecil atau rendah darjahnya (Morris dan Maisto, 2005). Saya juga ingin menambahbaik aspek tersebut kerana merasakan bahawa aktiviti teori juga sangat penting dalam subjek Sains dengan guru melaksanakan teknik dan gaya pembelajaran yang berkesan dan mampu menarik minat serta keupayaan berfikir murid. Oleh itu, ia memerlukan sesuatu yang menarik dari guru dan pembelajaran di dalam kelas agar input yang diperolehi dapat digunakan dengan sebaik mungkin dan efektif. Nilai kepercayaan yang saya pegang adalah keseronokan dan inkuiri penemuan. Saya yakin bahawa dengan mempelajari teori, banyak pengetahuan baru yang akan ditemui murid. Hal ini dipertingkatkan dengan teknik dan cara penyampaian guru yang berkesan dan menarik yang dapat meningkatkan minat dan pemahaman murid terhadap sesuatu isi pengajaran yang disampaikan. Selain itu, suasana pembejaran yang baru dan berbentuk didik hibur mampu mengubah persepsi murid terhadap aktiviti teori di dalam bilik darjah bagi subjek Sains. Kolb (1990) menyatakan bahawa manusia belajar berdasarkan cara bagaimana dia mengamati dan memproses sesuatu. Ada yang memberi respon atau mempelajari sesuatu dengan cara menggunakan deria dan perasaan (sensing and feeling), manakala manusia lain belajar dengan cara berfikir. Murid sebenarnya membina makna tentang dunia dan mensintesiskan pengalaman baru kepada apa yang mereka fahami sebelum ini. Mereka membentuk peraturan melalui refleksi tentang interaksi mereka dengan objek dan idea. Oleh itu wajarlah pengajaran teori berasaskan inkuiri penemuan dan permainan diketengahkan bagi meningkatkan minat dan pemahaman murid. Ini disokong oleh Mohd Daud Hamzah (1990) yang menyatakan bahawa semakin banyak pancaindera yang dilibatkan semakin banyak pengalaman pembelajaran yang diperolehi bagi mengembangkan keintelektualan pelajar dengan berkesan. Penambaikan yang saya lakukan adalah untuk meningkatkan minat murid terhadap aktiviti teori di dalam kelas bagi subjek Sains. Antara perkara yang boleh dilakukan ialah guru menjalankan aktiviti pengajaran dengan menggunakan gaya berbentuk permainan dan didik hibur. Saya sentiasa prihatin terhadap kehendak murid dan memberi kebebasan pergerakan kepada serta menggunakan sepenuh ruang dalam bilik darjah. Permainan berbentuk pertandingan dalam kumpulan dilaksanakan. Umpamanya pertandingan kuiz atau membuat pelbagai pergerakan yang ringan di dalam kelas. Pembelajaran berbentuk pelbagai hala dan mengutamakan penerokaan juga diberi penekanan. Suasana pembelajaran yang menggembirakan dan selesa telah saya aplikasikan. Kajian juga menekankan kecenderungan cara pengajaran dan kecenderungan persekitaran (Keefe,1989; Dunn & Dunn, 1978). Personaliti dan empati guru juga perlu diperbaiki. Menurut Danielson (2006), bukan sahaja individu yang belajar tetapi organisasi juga belajar. Apabila guru di sekolah menambah baik amalan-amalan mereka dan berkongsi dengan rakan-rakan sejawat mereka, pengetahuan dan kefahaman kolektif di sekolah tersebut akan meningkat. Selain itu, peneguhan juga diberikan kepada kumpulan atau individu yang menunjukkan komitmen dan prestasi pembelajaran yang baik. Ia dapat meningkatkan minat mereka. Ini disokong oleh kajian yang dilakukan oleh Norhasyimah binti Ahmad yang mendapati bahawa dengan memberi ganjaran yang setimpal kepada murid-murid boleh meningkatkan penglibatan mereka semasa sesi pengajaran dan pembelajaran sekaligus dapat menarik minat mereka dalam sesuatu subjek.

BATASAN KAJIANKajian ini melibatkan 66 orang murid daripada dua buah kelas tahun lima di Sekolah Kebangsaan Seri Gedong, Sungai Petani. Sampel dipilih secara bertujuan untuk maksud kajian. Namun demikian, dapatan kajian ini masih boleh digeneralisasikan mana-mana kumpulan lain. Kajian ini hanya melibatkan modul kemahiran dimana terdapat beberapa objektif pembelajaran yang perlu dilakukan serta hasil pembelajaran yang telah ditetapkan dalam sukatan KBSR Pendidikan Sains tahun lima. Tajuk ini meliputi aspek teori dan amali . Tajuk ini akan diajarkan dalam masa dua minggu sahaja. Semasa kajian dijalankan, pengkaji sendiri yang akan mengajar kedua-dua kumpulan rawatan dan kumpulan kawalan. Langkah ini mungkin akan memberi kesan ke atas keputusan kajian.

RUMUSANBab ini menghuraikan tentang masalah kajian, tujuan dan persoalan kajian yang hendak dijawab, kepentingan kajian, batasan kajian serta beberapa definisi istilah yang menjadi komponen penting dalam setiap kajian. Pengkaji ingin membuat kajian mengenai keberkesanan penggunaan kaedah pemerhatian, temubual dan pengumpulan data dalam pengajaran dan pembelajaran Sains tahun lima bagi topik Fasa-fasa Bulan.

BAB 2- TINJAUAN LITERATURPENDAHULUANTujuan kajian ini dijalankan antara lain adalah untuk menggunakan satu kaedah yang sesuai serta boleh membantu murid meningkatkan pencapaian dalam mata pelajaran Sains. Pengkaji menggunakan kaedah pemerhatian, temubual dan pengumpulan data dengan berbantukan komputer untuk mengkaji tentang minat murid dalam melakukan aktiviti Sains di dalam dan di luar kelas. Topik yang akan diajar ialah Fasa-fasa bulan yang terdapat dalam sukatan pelajaran KBSR tahun lima. Dalam bab ini juga pengkaji mengutarakan literatur-literatur berkaitan mengenai kaedah digunakan , teori-teori yang berkaitan serta beberapa kajian berkaitan yang telah dijalankan mengenai kaedah pemerhatian,temubual atau soalselidik dan pengumpulan data dengan komputer.

Tinjauan Literatur Berkaitan Isu Kajian dan kajian-kajian lepasBerdasarkan kajian tindakan 2008 BPPDP mendapati bahawa murid sebenarnya mengalami kesukaran untuk mengingat fakta yang terlalu banyak. Dengan pembelajaran yang menarik, murid bukan sahaja dapat meneroka lebih banyak perkara baru tetapi juga dapat memperkukuhkan pengetahuan dan kefahaman dengan lebih baik. Apabila murid melihat, merasa dan mengalami sendiri sesuatu perkara yang menggembirakan, maka pemahaman dan pengetahuan secara tidak langsung adalah lebih baik. Dale (1969) menyatakan bahawa pengajaran dapat ditingkatkan dengan berkesan bila dibantu dengan pengalaman yang menarik dan selesa. Penglibatan melalui pengalaman merupakan cara yang paling berkesan dalam pembelajaran. Selain itu kaedah pemerhatian juga akan digunakan oleh saya. Kaedah pemerhatian merupakan satu kaedah penyelidikan yang digunakan untuk mengukur pemboleh ubah penyelidikan. Pemerhatian juga merupakan alternatif yang ada dalam mengumpul maklumat atau pengumpulan data selain soal selidik dan temuduga. Melalui pemerhatian, penyelidik dapat mengamati sesuatu tingkah laku subjek berpandukan pemboleh ubah-pemboleh ubah yang telah dikenal pasti. Peranan penyelidik ialah sebagai pemerhati terhadap perubahan-perubahan tingkah laku, mendengar, serta melihat tingkah laku subjek sama ada dari jauh atau dari dekat. Menggunakan kaedah ini, penyelidik atau pemerhati perlu rnemerhati sampel-sampelnya dalam tempoh masa yang tententu. Kaedah pemerhatian ini banyak digunakan dalam bidang sains tulen yang menjalankan kajian dalam makmal sains dan bidang sains sosial. Biasanya ciri-ciri yang ingin diperhati adalah sangat halus dan terperinci dan ini menjadikan keputusan yang dibuat lebih tepat. Kaedah pemerhatian sesuai digunakan khususnya apabila penyelidik mengkaji perkembangan tingkah laku sesuatu unit sosial, misalnya mengkaji perkembangan tingkah laku kanak-kanak, kesan kesesakan terhadap kecenderungan pemberontakan, kesan kebisingan terhadap tingkah laku agresif dan kebimbangan di kalangan individu yang menghadiri temuduga. Kaedah pemerhatian juga sering digunakan dalam penyeliaan praktikum kaunseling dan latihan mengajar di kalangan kaunselor dan guru pelatih. Sebelum membuat pemerhatian, penyelidik perlu membuat perancangan yang baik dan teliti. Setiap pemerhatian mestilah mempunyai tujuan tertentu, dilakukan secara sistematik, mempunyai fokus, dan mestilah dicatatkan secara rapi dan betul. Catatan yang dibuat mestilah tepat, sah, dan boleh dipercayai.Menurut Kerlinger (1973), terdapat beberapa kategori pemerhatian iaitu kategori tingkah laku, unit tingkah laku, paras tafsiran pemerhati, generalisasi dan penggunaan serta pensampelan tingkah laku. Kategori-kategori tersebut memperincikan ciri-ciri tingkah laku yang perlu diperhati dan direkodkan. Tingkah laku saling berkaitan antara satu sama lain. Tingkah laku yang berkait dan berlaku berterusan ini perlu dikategorikan ke dalam golongan yang eksklusif. Dengan kata lain, semua kemungkinan tingkah laku yang berlaku seharusnya upaya dikenal pasti dan tidak bertindan antara satu sama lain. Sistem pengkodan kategori tingkah laku oleh Flanders (1974) adalah satu contoh kaedah merekod maklumat yang melalui kaedah ini proses merekod maklumat dapat dilakukan dengan mudah dan tepat. Semakin kecil unit tingkah laku digunakan untuk merekod pemerhatian, semakin senang tingkah laku tersebut diperhati dan direkodkan. Penggunaan unit tingkah laku yang kecil akan meningkatkan kesahan dan kebolehpercayaan pemerhatian. Selain itu, paras tafsiran pemerhati juga akan mempengaruhi ketepatan maklumat mengenai tingkah laku yang diperhatikan. Kesukaran mengadakan piawaian dalam paras tafsiran pemerhati sering menjejaskan ketepatan dan kesempurnaan data yang diperoleh. Perhatian khusus perlu diberikan dalam membuat generalisasi sesuatu tingkah laku kerana sesetengah tingkah laku bersifat khusus untuk penyelidikan tertentu sahaja, sementara sesetengah yang lain boleh digunakan dalam pelbagai penyelidikan. Selain isu mengenai generalisasi ini, isu yang lain ialah pensampelan tingkah laku. Umumnya tingkah laku yang kompleks terjadi secara berterusan dan agak mustahil penyelidik dapat memerhati tingkah laku tersebut secara berterusan. Bagi mengatasi masalah ini, penyelidik mestilah membuat pensampelan sama ada pensampelan tingkah laku atau pun pensampelan masa. Persampelan tingkah laku merujuk kepada jenis kejadian yang hendak dijadikan sampel, sementara pensampelan masa pula merujuk kepada perwakilan masa yang dapat mewakili masa berlakunya tingkah laku yang diperhati.Jenis-jenis PemerhatianA. Pemerhatian Peserta Jenis pemerhatian ini melibatkan pemerhati menjadi seorang daripada ahli dalam kumpulan yang hendak diperhati dan pada masa yang sama ia membuat pemerhatian. Menggunakan kaedah pemerhatian ini, penyelidik memainkan dua peranan iaitu sebagai peserta dan pemerhati. Kebaikan kaedah pemerhatian jenis ini ialah penyelidik dapat mengalami sendiri aktiviti-aktiviti yang dirancangkan dan ini menjadikan dapatan pemerhatian lebih sah dan boleh dipercayai. Menggunakan kaedah ini juga memungkinkan maklumat-maklumat yang tersembunyi atau yang tidak dijangka dapat diperhati di peringkat awal. B. Pemerhatian Bukan Peserta Jenis pemerhatian ini memerlukan pemerhati memilih tempat yang sesuai untuk membuat pemerhatian. Tempat pemerhatian mestilah memberi peluang semaksimum mungkin kepada pemerhati untuk membuat .pemerhatian secara teliti terhadap segala gerak geri ahli kumpulan atau individu yang diperhati. Pemerhatian boleh dibuat dengan bantuan peralatan seperti alat-alat rakaman termasuk teropong, kaset, dan kamera video. Kebaikan kaedah ini ialah responden kajian mungkin tidak menyedari akan kehadiran pemerhati dan dengan itu ia akan menunjukkan tingkah laku yang tulen dan tidak berpura-pura. Data-data yang diperoleh lebih tulen dan ini akan menyumbang kepada ketepatan maklumat yang dikumpul. Maklumat yang tepat akan menyumbang pula kepada keputusan yang lebih tepat. Kebaikan Kaedah Pemerhatian Pemerhatian terhadap sampel-sampel kajian adalah lebih terperinci, jelas,teliti dan tepat dan ini akan menyumbang kepada dapatan kajian yang lebih sah serta boleh dipercayai. Maklumat yang diperoleh daripada pemerhatian sama ada dijangka atau tidak boleh menjadi bahan rujukan penting dalam kajian. Penyelidik boleh memastikan bahawa maklumat yang diperoleh daripada pemerhatian benar-benar dari sampel yang ingin dikaji bukan wakil sampel yang telah dikenal pasti.

Kelemahan Kaedah Pemerhatian Sampel yang diperhati mungkin berlakon apabila tingkah laku mereka diperhati dan diteliti. Sampel mungkin merasa tidak selesa dan senang hati apabila tingkah laku mereka diperhati. Pemerhati yang tidak bertanggungjawab mungkin akan membuat pemerhatian yang tidak konsisten dan sesuka hati mereka. Pemerhati mungkin bias terhadap sampel yang diperhatikan disebabkan faktor lain seperti perbezaan ras, budaya, fahaman, dan nilai.

PROSES TEMUBUAL Chua Yan Piaw (2006):perbualan dua hala yang bertujuan untuk mengumpul maklumat kajian. Melibatkan interaksi bersemuka antara penemubual dan responden. Goode & Hatt : proses sosial di mana penembual mesti mengambil perhatian tentang proses tersebut jika tidak timbul masalah kebolehpercayaan dan kedalaman data serta keputusan kajian. JENIS-JENIS TEMUBUAL Selltiz, Jahoda, Deutsh & Cook: temubual seragam dan temubual tidak berstruktur. Chua Yan Piaw (2006): temubual berstruktur, temubual semi struktur dan temubual tidak berstruktur. Ranjit Kumar (2005) :dari aspek kefleksibelan dan ketetapan temubual iaitu temubual tidak berstruktur dan temubual berstruktur. Matt Henn, Mark Weinstein & Nick Foard (2006): temubual mendalam samada individu@kmpulan Tim May ( 1997 ):temubual dalam penyelidikan sosial iaitu temubual berstruktur, temubual semi struktur, temubual tidak berstruktur / fokus dan temubual berkumpulan.

TEMUBUAL MENDALAMDikenali sebagai in-depth interview. Sesuai untuk memeriksa dengan teliti isu-isu secara mendalam menggunakan penyiasatan, ketepatan dan gaya penyoalan yang fleksibel. Ia juga melibatkan hubungan yang baik antara penemubual dengan responden. Untuk merekod dan merakamkan perbualan. (Transkrip penuh) perlu membuat pertemuan secara bersemuka dan berulang. Kaedah ini menggunakan soalan jenis terbuka dan tiada penyediaan jawapan alternative serta memberi ruang kepada responden memberikan jawapan mengikut pendapatnya sendiri. Selain itu soalan diberi adalah berbentuk tidak berstruktur. Penggunaan aid-memoire atau agenda sebagai panduan umum kepada topik isu-isu yang akan dibincangkan dalam temubual dan bukan soalan sebenar yang akan ditanya. Ia bertujuan sebagai peringatan kepada pengkaji terhadap topik-topik kajian. Persoalan yang dibuat tidak semesti diikut secara turutan tetapi sebagai rujukan dasar terhadap jawapan yang diberikan oleh responden.

PERANAN PENEMUBUALPenemubual perlu mendengar secara berhati-hati. Soalan terbuka dan luas perlu digunakan untuk memulakan temubual seperti bagaimana kamu rasa tentang.. sambil memberikan gerak balas seperti mengangguk, senyum dan ketawa bila perlu. Respon secara verbal seperti saya suka idea itu.. Dan boleh jelaskan? Selain itu penemubual perlu menyesuaikan hala tuju perbualan mengikut konteks individu. Perkara yang di persoalkan perlulah bagus dari segi penyoalan, penyiasatan dan penyesuaian perjalanan perbualan. Spradley(1979) : empat tahap soalan digunakan untuk membina hubungan yang baik iaitu deskriptif , eksplorasi, kerjasama , penglibatan sepenuhnya oleh responden .Akhir sekali pengkaji perlu mampu untuk mengawal dan mengawasi soalan, komen, gerak geri dan tindakan mereka.

PROSES TEMUBUALLangkah 1 penemubual perlu masuk ke dalam persekitaran. Penemubual perlu memahami situasi persekitaran yang berkaitan dengan kajian atau perkara-perkara diperlukan sebelum membolehkannya masuk ke dalam persekitaran kajian seperti dari aspek politik, peraturan dan halangan birokrasi. Langkah 2, setiap penemubual perlulah memahami bahasa dan budaya responden ini kerana temubual jenis ini bertujuan memahami pengalaman seseorang berdasarkan perspektif responden sendiri. Oleh itu, pengkaji perlu memahami budaya dan bahasa agar maklumat yang diterima tepat seperti difahami responden. Langkah 3 adalah menentukan bagaimana untuk tampil sendiri. Temubual jenis ini bersifat dua hala dengan kawalan yang kurang daripada penemubual.Kesinambungan perbualan amat bergantung kepada gambaran terhadap penemuduga itu sendiri. Langkah 4 adalah mengesan pemberi maklumat. Ini bermaksud mengenalpasti mereka yang boleh bercakap dengan pengkaji atau bertindak sebagai penunjuk serta penterjemah bahasa dan budaya. Langkah 5 adalah mendapatkan kepercayaan dan membina hubungan baik. Tahap ini amat penting kerana hanya apabila wujudnya kepercayaan dan hubungan yang baik barulah responden bersedia berkongsi maklumat secara mendalam dan jelas dengan penemubual. Langkah terakhir adalah langkah 6 iaitu mengumpul bahan-bahan empirical. Antara contoh yang boleh dilakukan adalah menggunakan pengambilan nota sepanjang proses temubual tapi agak sukar. Cara ini merupakan yang terbaik kerana menggunakan rakaman audio seperti kaset dan pita rakaman. Walau bagaimanapun, terdapat sesuatu keadaan di mana responden tidak membenarkan rakaman dilakukan. Oleh itu, nota perlu diambil secara cepat dan kerap serta menulis kembali secara lengkap setelah selesainya temubual.

PENGUMPULAN DATAData Merangkumi bahan-bahan Berbentuk bertulis yang pelbagai, bahan visual dan bahan fizikal yangDokumentasi bersesuaian dengan kajian. Bogdan dan Biklen (1998): Dokumen sebagai bahan seperti fotograf, video, filem, memo, surat, diari, rekod kes klinikal. Digunakan sebagai maklumat sokongan kepada temubual dan pemerhatian. TRIANGULASI DATA KAJIAN Maksud:Triangulasi bermaksud integrasi method yang berbeza bagi mendapatkan lebih dari satu bentuk data supaya dapatan kajian kualitatif yang bersifat subjektif akan lebih meyakinkan dan dapat meningkatkan kesahan data yang dikumpul. TRIANGULASI DATA Pengutipan pelbagai jenis data untuk menyelidik fenomena yang sama. TRIANGULASI PENYELIDIKAN Pelbagai pemerhati berbanding pemerhati tunggal untuk menyelidik fenomena yg sama. TRIANGULASI TEORI Melibatkan peggunaan lebih daripada satu teori untuk menyelidik fenomena yang sama. TRIANGULASI KAEDAHPelbagai kaedah untuk menyelidik fenomena yang sama. Sebagai contoh anda berminat untuk mengetahui sikap pelajar terhadap minat belajar di di sekolah, anda boleh menemubual secara rawak reponden yang datang ke sekolah tentang kesedaran minat belajar, diikuti dengan pemerhatian terhadap tingkah laku pelajar serta membuat rakaman video serta mengambil foto. Kesemua bentuk data yang berbeza ini di triangulasikan bagi menghasilkan kumpulan data yang lebih meyakinkan.

RUMUSANBerdasarkan literatur berkaitan dan kajian-kajian yang berkaitan telah menunjukkan bahawa kaedah penggunaan pemerhatian, temubual atau soalselidik dan pengumpulan data dengan berbantukan komputer dalam sesuatu pengajaran dan pembelajaran akan memberikan kesan yang positif terhadap pencapaian murid-murid. Kaedah pemerhatian, temubual dan pengumpulan data yang digunakan dalam pengajaran dan pembelajaran juga seiring dan sesuai dengan pandangan dan teori-teori pembelajaran seperti Teori Gestalt / Kognitif , Teori Ausubel dan Teori Kecerdasan Gardner.

BAB 3 METODOLOGIPENDAHULUANKajian ini adalah mengenai kaedah penggunaan pemerhatian, temubual atau soalselidik dan pengumpulan data dengan berbantukan komputer dalam mata pelajaran Sains bagi topic fasa-fasa bulan. Dalam bab ini, pengkaji menyatakan kaedah kajian yang akan digunakan dalam kajian ini. Kaedah kajian yang akan digunakan dalam kajian ini pula akan menerangkan reka bentuk kajian, populasi dan sampel, alat kajian yang digunakan, tatacara pengumpulan data dan seterusnya tatacara penganalisaan data.

REKABENTUK KAJIAN DAN PELAKSANAAN KAJIANAntara cara pengumpulan data awal yang saya lakukan bagi membuktikan masalah ini ialah dengan memberikan borang soal selidik kepada murid. Saya dapat mengetahui sejauh mana minat murid terhadap aktiviti teori di dalam bilik darjah.

PERSAMPELANPopulasi dalam kajian ini ialah 66 orang murid tahun lima di Sekolah Kebangsaan Seri Gedong, Sungai Petani, Kedah. Semua murid telah mengikuti mata pelajaran Sains berdasarkan sukatan KBSR yang telah disediakan oleh Pusat Perkembangan Kurikulum, Kementerian Pelajaran Malaysia. Dua buah kelas telah dipilih daripada empat buah kelas tahun empat secara bertujuan bagi maksud kajian ini sebagai sampel. Sampel terdiri daripada 66 orang pelajar yang hampir sama pencapaian. Mereka ini dikelompokkan kepada dua kumpulan, 33 orang dikelompokkan ke dalam kumpulan rawatan, manakala 33 orang lagi dikelompokkan ke dalam kumpulan kawalan.Tinjauan masalahDalam pelaksanaan kajian ini, tinjauan masalah dibuat berdasarkan Cara pengumpulan data dan maklumat Data sangat diperlukan untuk membuktikan bahawa masalah yang akan saya kaji benar-benar berlaku di sekolah dan data juga diperlukan untuk mengetahui sejauh mana keberkesanan penambahbaikan yang telah dibuat. Terdapat beberapa instrumen yang akan saya laksanakan bagi tugasan ini.

Bukti/ dataBagaimana atau bila bukti/ data telah dikutip

Nota dan pemerhatian peribadi muridSemasa pnp-aktiviti teori dan amali iaitu melalui pemerhatian dan tingkah laku murid.

Gambar fotoSemasa aktiviti teori dan amali dalam subjek Sains-foto murid melaksanakan teori dan amali semasa pengajaran dan pembelajaran.

Temu bual- guru-guru lain, murid,pihak sekolah dan lain-lain.Waktu lapang-bertanya guru-guru tentang pengalaman mengajar Sains.

shadow study-pemerhatian secara dekat terhadap seseorang untuk jangka masa tertentu.Semasa pnp-melihat kecenderungan murid

Soal selidik (berbentuk Skala Likert)Di luar waktu pnp-guru membantu murid menjawab soal selidik untuk mengetahui kecenderungan atau minat murid.

Saya akan melaksanakan beberapa kaedah mengutip data. Antaranya, melalui nota dan pemerhatian terhadap murid-murid kelas tersebut. Saya juga akan melaksanakan perbincangan dengan guru-guru sains yang lain tentang pengalaman dan kecenderungan minat murid berkaitan aktiviti amali dan teori bagi subjek tersebut. Analisis awal terhadap minat dan kecenderungan murid dalam matapelajaran Sains juga akan dilakukan secara bertulis. Selain itu, saya akan mengenalpasti murid tertentu dan menjalankan temubual secara lisan untuk mengetahui kecenderungan mereka. Saya juga akan menjalankan shadow study iaitu pemerhatian secara dekat terhadap seseorang murid dalam jangka masa tersebut. Selain itu, borang soal selidik akan diedarkan kepada guru-guru opsyen sains untuk mendapatkan pendapat mereka. Borang soal selidik juga digunakan untuk mengetahui kesan yang diperolehi setelah menjalankan usaha penambahbaikan. Bagi soal selidik guru, terdapat 9 item yang telah saya bina manakala bagi mengetahui keberkesanan penambahbaikan yang telah dijalankan, terdapat 10 item yang telah saya tadbirkan untuk murid-murid.

Analisis data dan tinjauan masalahPra ujian (Set A- sebelum penambahbaikan dijalankan)Analisis data Set A/Pra Ujian merujuk kepada dapatan yang diperolehi sebelum penambahbaikan pengajaran dijalankan.Terdapat 3 jenis analisis yang akan dibincangkan meliputi instrumen:a) Data melalui notab) Data melalui temubual awalc) Data melalui soal selidik guru

CONTOH : Data melalui nota (analisis minat dan kecenderungan awal murid)BILNAMA MURIDJANTINAANTARA MENDENGAR TEORI ATAU MELAKUKAN AMALI DALAM SAINS, YANG MANA MENJADI PILIHAN KAMU?KENAPA?

1ADMIRUL HAQMIE B MOHD FAZIL-

2AHMAD NAZIRUL IHSAN B AZLANL

3AIDIE IQMAL B RUZAIDYL

4HARIS HAIKAL B HARUNL

5IRSHAD NAZREE B BASHA AZREENL

6KISYOK INDRAN A/L VEERAL

7MUHAMMAD AL-AMIN B ABD HADIL

8MUHAMMAD AIDIL B YUSRIFL

9KUGAN A/L MURALLYL

10MUHAMMAD AKMAL B KAMARULL

11MUHAMMAD HANIN B KASIML

12MUHAMMAD IQBAL B FARHANL

13MUHAMMAD ZIKRI B ZAINUDDINL

14NITHIYAANADHAN A/L LECHNANANL

15PRABJOTH SINGH A/L HARJINDARSL

16YODVINARAJ A/L NAGARAJAHL

17AMREET KAUR A/P JASVI SP

18ANISAHTUL NADHIRAH BT ROSZAMIP

19DAHLIA AMIRA BT AMIRULDINP

20DIVINA NG WAI CHINGP

21FARAH AFNI BT FAHRUDDINP

22FARIDAH NADHIRAH BT ASYRAFP

23FATIN HAZWANI BT ZAMZULP

24HANI SURAYA BT ABD RAHMANP

25HASANAH BT HAMZAHP

26IRDINA BATRISYIA BT ISMAILP

27MARISHA BT MANSORP

28NADIAH NAJWA BT ROSLANP

29NUR AINA BT MOHD KASSANP

30NUR AINA FARISYA BT DARULP

31NUR ALIA HANI BT MASRINP

32NUR ATIQAH IZZATI BT HAIRULNIZAMP

33NUR SHARINA BT AZIZP

KECENDERUNGAN DAN MINAT MURID DALAM SUBJEK SAINSBidang kecenderungan

AmaliBil murid(orang) Jumlah peratus(%)

TeoriBil murid(orang)Jumlah peratus(%)

LelakiLelaki

PerempuanPerempuan

Jumlah

Berdasarkan jadual , saya dapat mengesan bahawa murid-murid tahun 5 Potensi ini lebih berminat atau tidak dengan aktiviti amali. Seramai 33 orang murid akan diselidiki dalam mencari data yang tepat . Kedua-dua responden adalah terdiri dari murid perempuan. Data melalui temubual awal (analisis minat dan kecenderungan awal murid)3 orang murid dijadikan sampel untuk data temubual ini. 3 orang murid ini berbangsa Melayu dan beragama Islam. Ketiga-tiga orang murid ini mencapai keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan. Pemilihan murid ini adalah berdasarkan kecenderungan mereka yang kurang meminati aktiviti teori dalam subjek Sains. Murid-murid ini pasif dalam aktiviti teori di dalam kelas. Berikut adalah contoh soalan yang akan diajukan kepada responden berdasarkan kaedah ini:

Nama muridJantinaAntara mendengar teori atau melakukan amali dalam Sains, yang mana menjadi pilihan kamu?Kenapa?

MUHAMMAD AZAM L

NURUL YUSRAP

NURUL HUZAIMAH BT MOHD ABBASP

Ketiga-tiga murid tersebut akan membuat pilihan antara aktiviti amali berbanding teori bagi subjek Sains. Saya juga akan mengajukan 5 soalan yang sama kepada ketiga-tiga murid tersebut. Soalan yang diajukan adalah seperti berikut:

SN

Jawapan yang saya perolehi adalah akan dicatat di dalam jadual seperti berikut: HASIL JAWAPAN TEMUBUAL MURIDSoalanHasil jawapan murid

HuzaimahIrdinaAmreet

1.Sila perkenalkan diri kamu..(nama,umur,kelas,cita-cita,hobi)

2. Antara mendengar teori atau melaukan amali dalam SN, yang mana menjadi pilihan kamu?

3.Mengapa?

4. Jika guru mengubah gaya teori menjadi lebih seronok, adakah kamu akan meminatinya juga?

5. Apakah yang kamu inginkan dari guru yang mengajar teori dalam Sains tersebut?

Berdasarkan maklumat yang akan di tanya ini, jumlah peratus mengikut minat murid akan dapat dicari dengan lebih tepat kerana melibatkan temubual secara bersemuka. Murid akan dapat memberi respon yang mengikut perasaan dan minat terhadap pilihan mereka sendiri.

Data melalui soal selidik guru Saya akan mentadbir soal selidik untuk mendapatkan pandangan guru-guru Sains di sekolah ini terhadap pengalaman mereka mengajar murid bagi subjek tersebut. Terdapat beberapa soalan meliputi aspek minat dan perspektif murid, persekitaran dan pengaruh guru serta soalan berbentuk kepentingan teori dalam Sains diajukan. Skala Likert digunakan iaitu 1 untuk sangat tidak benar, 2 untuk tidak benar, 3 jika guru tidak pasti atau menganggap mungkin dengan kenyataan tersebut, 4 untuk benar dan 5 mewakili sangat benar.Maklumat responden adalah seperti berikut akan di catat seperti di bawah :

MAKLUMAT RESPONDEN BAGI SOAL SELIDIK GURUBilNama responden (guru)Jawatan/ guru subjek

1En Rusyidi b KhalidPenolong Kanan Kokurikulum/Guru Sains

2Puan Norasiah bt HasbullahGuru DG34/Guru Sains

3Puan Nahzatusima bt. HamdanGuru Sains

4Puan Khatijah bt HusinGuru DG41/Guru Sains

2

SKALA LIKERT SOAL SELIDIK GURUKAJIAN TINDAKANSKALA

skala12345

item(bilangan guru)

1. Benarkan murid-murid pandai (misalnya dari kelasInovatif) lebih mengutamakan subjek-subjek teras berbanding subjek elektif?

2. Murid-murid pandai lebih menggemari aktiviti berbentuk hafalan @ teori berbanding amali seperti yang terdapat dalam subjek Sains?

3. Adakah minat murid pandai terhadap amali Sains dipengaruhi oleh sistem penilaian? (umpamanya penilaian di sekolah / pusat yang mengutamakan subjek teras)

4. Adakah perkara ini dipengaruhi oleh persekitaran?(umpamanya ibu bapa yang lebih mendoronganak-anak mengutamakan subjek teras)

5. Adakah guru boleh mempengaruhi minatMurid pandai terhadap amali Sains?

6. Adakah murid dapat meneroka lebih banyak maklumat dengan melakukan amali Sains?

7. Murid pandai tetapi malas menyiapkan projek. Benarkah perkara ini berlaku?

8. Guru lebih mudah mengajar teori berbanding amali untuk kelas-kelas pandai.

9. Adakah aktiviti hands on @ amali penting dalam subjek Sains?

1- sangat tidak benar2- tidak benar3- tidak pasti4- benar5- sangat benar

SKALA LIKERT SOAL SELIDIK MURIDKAJIAN TINDAKANSKALA

skala12

item(bilangan MURID)

1. Saya dapat melakukan setiap langkah aktivti dengan tersusun dan bersistematik.

2. Saya dapat memahami pengajaran dengan baik dan sempurna.

3. Aktiviti amali ini memberi banyak faedah kepada saya.

4. Saya lebih gembira belajar perkara baru melalui amali berbanding hanya mendengar penerangan dari guru sahaja.

5. Banyak perkara baru yang telah saya belajar melalui aktiviti amali ini.

6. Jika berpeluang, saya ingin melakukan aktiviti ini lagi.

7. Saya dapat bekerjasama dengan rakan lain

8. Aktiviti amali dapat meningkatkan minat saya

9. Saya akan menjaga tumbuhan ini sehingga besar

10. Jika berpeluang, saya ingin menanam tumbuhan seperti ini di rumah

1- bersetuju2- tidak bersetuju

SOALAN TEMUBUAL-MURIDKAJIAN TINDAKAN

Temubual sebelum aktiviti Luar kelas

1. Sila perkenalkan diri kamu..(nama,umur,kelas,cita-cita,hobi)2. Subjek kegemaran kamu ialah............Mengapa?3. Antara mendengar guru mengajar atau kamu sendiri melakukan kerja amali,yang mana menjadi pilihan kamu?4. Kamu sukakan aktiviti eksperimen? Umpamanya mengkaji pergerakan mikrob5. Mengapa??6. Jika amali Sains dijadikan sebagai markah peperiksaan/wajib lulus, adakah kamu menganggapnya penting?7. Adakah guru mempengaruhi minat kamu terhadap sesuatu subjek? 8. Apakah yang kamu inginkan dari guru yang mengajar amali tersebut?

Temubual selepas aktiviti luar kelas.1. Apakah perasaan kamu setelah melakukan aktiviti Sains bersama-sama kawan?____________________________________________________________________________________________________________________________________2. Apakah faedah yang kamu perolehi dari amali tersebut?____________________________________________________________________________________________________________________________________3. Ada tak perkara baru yang kamu belajar dari amali tersebut? Contohnya.....____________________________________________________________________________________________________________________________________4. Adakah kamu mula berminat dengan amali Sains?____________________________________________________________________________________________________________________________________5. Jika berpeluang, adakah kamu ingin membuat amali Sains sendiri di rumah?____________________________________________________________________________________________________________________________________

RUMUSAN

Kajian ini adalah kajian berbentuk kuasi eksperimen yang melibatkan kumpulan sampel, iaitu kumpulan rawatan dan kumpulan kawalan. Sampel kajian terdiri daripada 66 orang pelajar tahun lima di Sekolah Kebangsaan Seri Gedong, Sungai Petani, Kedah. Kedua-dua kumpulan tersebut akan menduduki ujian pra sebelum kajian dijalankan dan ujian pasca diakhir kajian dijalankan. Data-data dari kedua-dua ujian tersebut dikumpulkan dan dianalisiskan dengan menggunakan ujian-t dan ujian-F. Hasil daripada penganalisaan statistik ke atas data yang diperolehi akan memberikan pengkaji keputusan samada proses pengajaran dan pembelajaran menggunakan pemerhatian, temubual atau soalselidik dan pengumpulan data dengan berbantukan komputer bagi topic Fasa-fasa bulan dalam mata pelajaran Sains tahun lima berkesan atau tidak bagi meningkatkan pencapaian dalam mata pelajaran Sains..

RUJUKAN

Abd. Rahim Abd. Rashid (2001). Nilai-nilai murni dalam pendidikan: menghadapiperubahan dan cabaran alaf baru. Kuala Lumpur: Utusan Publication &Distributors.

Dunn (1980); Joseph Gomez (1999, 2000). Gaya Pembelajaran: Satu Literatur. JabatanIlmu Pendidikan MPSK. Jilid 2: Bil. 3

Kajian tindakan 2008 BPPDP

Mohd Kamal Hassan (2006). Keutuhan budaya & moral. Putrajaya: Jabatan Kemajuan Islam Malaysia.

Kolb (1990); Naina Mohd. B. Md. Noor (1999, 2000). Stail pengajaran guru dan gayapembelajaran murid. Jurnal Maktab Perguruan Sultan Abdul Halim. Jilid 2: Bil. 3

Morris, C.G. dan Maisto, A.A. (2005). Psychology: An Introduction (12th Ed.). Pearson,Prentice Hall. Danielson,C. (2006). Teacher Leadership That Strengthens Professional Practice. Alexandria,VA :Association for Supervision and Curriculum Development.

Norhasyimah binti Ahmad (2005). Penggunaan Sistem Ganjaran Dalam MeningkatkanPenglibatan Murid-murid Tahun 2 Murni Dalam Sesi Pengajaran Dan Pembelajaran Bagi Mata Pelajaran Sains.

Othman (2003) dalam Jurnal Akademik, Institut Perguruan Sultan Mizan.

Price, et al. (1977); Joseph Gomez (1999, 2000). Gaya Pembelajaran: Satu Literatur.Jabatan Ilmu Pendidikan MPSK. Jilid 2: Bil. 3

Pusat Perkembangan Kurikulum (2002). Huraian Sukatan Pelajaran PendidikanKemahiran Hidup Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah. Kuala Lumpur: Pusat Perkembangan Kurikulum.

Thorndike, Weics dan Danis (1968), dalam Hashim (2000); Noran Fauziah Yaakub,Ahmad Mahdzan Ayob (1993). Guru dan Perguruan. Edisi Kedua. KualaLumpur. Dewan Bahasa Dan Pustaka Kementerian Pendidikan Malaysia.

Poh Swee Hiang. 2006. Kemahiran Berfikir - Kurikulum Kursus Persediaan ProgramSarjana Muda Pendidikan. Kuala Lumpur : Kumpulan Budiman Sdn Bhd.

Ragbir Kaur a/p Joginder Singh. 2006. Panduan Ulangkaji Ilmu Pendidikan untuk KursusPerguruan Lepasan Ijazah (KPLI)-Sekolah Rendah dan Menengah. Kuala Lumpur :Kumpulan Budiman Sdn Bhd.

Ramlan Hamzah & Lily Mastura Harun. 2006. Panduan Ulangkaji Psikologi Pendidikan.Kuala Lumpur : Kumpulan Budiman Sdn Bhd.

Mohd Majid Konting. 2004. Kaedah Penyelidikan Pendidikan. Kuala Lumpur : DewanBahasa dan Pustaka

Aminuddin Mansor (10 Mac 2006). Daya ingatan penting Semasa Belajar.[atas talian] http://www.islam.gov.my/e-rujukan [31 Mei 2007]

Azizi Yahaya et. al. 2007. Menguasai penyelidikan dalam pendidikan teori, analisis &interpretasi data. Kuala Lumpur : PTS Professional.

Mohd Yusuf Ahmad. 2004. Falsafah dan Sejarah Pendidikan Islam. Kuala Lumpur. Penerbit Universiti Malaya,

Azizi Yahaya,Shahrin Hashim,Jamaludin Ramli,Yusof Boon & Abdul Rahim Hamdan. 2007. Menguasai Penyelidikan Dalam Pendidikan. Kuala Lumpur. PTS Professional Publishing Sdn.Bhd.