langkah-langkah kontraktor mengurangkan ......di malaysia, sektor pembinaan merupakan sektor yang...
TRANSCRIPT
LANGKAH-LANGKAH KONTRAKTOR MENGURANGKAN RISIKO
DALAM KONTRAK “LUMP SUM”
MUHAMAD NURHAFIZ BIN ZULKAFLI
UNIVERSITI TEKNOLOGI MALYSIA
i
LANGKAH-LANGKAH KONTRAKTOR MENGURANGKAN RISIKO DALAM
KONTRAK “LUMP SUM”
MUHAMAD NURHAFIZ BIN ZULKAFLI
Tesis ini dikemukakan sebagai memenuhi
syarat penganugerahan ijazah Sarjana Muda Sains Pembinaan
Fakulti Alam Bina
Universiti Teknologi Malaysia
MEI,2016
ii
“Saya akui karya ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dari ringkasan
yang tiap-tiap satunya saya jelaskan sumbernya”.
Tandatangan : ………………….....
Nama Penulis : Muhamad NurHafiz
Bin Zulkafli
Tarikh : …………………….
iii
Khas buat Ayahnda dan Bonda tersayang, Zulkafli bin Jaafar dan Norizan binti
Othman semua adik-beradik dan insan tercinta Noor Aqilah binti Kamarunzaman,
Pensyarah Fakulti Alam Bina,
Dan Guru-guru Sekolah Ku,
“Terima Kasih di atas segala perhatian dan kasih sayang yang telah kalian berikan”
iv
PENGHARGAAN
Alhamdulillah, bersyukur ke hadrat Ilahi, dengan limpah kurnia Nya,
akhirnya penyelidikan ini dapat disempurnakan mengikut tempoh yang ditetapkan.
Setinggi-tinggi penghargaan diucapkan kepada Penyelia Projek Sarjana Muda
ini, Puan Nurshikin Binti Mohamad Shukery di atas segala tunjuk ajar, bimbingan,
teguran, bantuan, dan perbincangan bersama beliau sepanjang tempoh perlaksanaan
projek ini. Budi baik dan kesungguhan beliau akan dikenang sehingga ke akhir hayat.
Sekalung penghargaan juga diucapkan kepada responden-responden dari
organisasi-organisasi pembinaan yang memberikan kerjasama dengan menjawab
soalan soal selidik. Kesudian mereka meluangkan masa walaupun sibuk dengan
tugas-tugas harian amat dihargai.
Ribuan terima kasih juga diucapkan kepada semua penyarah di Fakulti Alam
Bina, Universiti Teknologi Malaysia yang tidak jemu mendidik, membimbing,
membantu, serta memberikan ilmu dalam bidang yang berkaitan sepanjang
pengajian. Tidak dilupakan juga kepada rakan-rakat yang turut sama memberikan
dorongan dalam menyiapkan projek ini. Akhir sekali, jutaan terima kasih yang tidak
terhingga buat mak dan ayah tercinta, keluarga tersayang
v
ABSTRAK
Kontrak merupakan elemen yang sangat penting dalam industri pembinaan
kerana terdapat proses kerjasama antara klien dan kontraktor bagi mewujudkan
persetujuan yang dipersetujui. Di Malaysia, terdapat empat jenis kontrak yang biasa
diamalkan iaitu kontrak Lump Sum (Harga Pukal), kontrak Measure and Value (Ukur
Nilai), kontrak Cost Reimbursement (Kos Pembayaran Ganti) dan Kontrak Turnkey.
Namun begitu, setiap kontrak mempunyai kelebihan dan kekurangannya yang
tersendiri. Di Malaysia, kontrak lump sum agak popular dilaksanakan terutamanya
bagi kerja-kerja yang memerlukan tempoh masa cepat siap. Namun begitu, terdapat
risiko yang dihadapi oleh kontraktor dalam menguruskan kontrak lump sum ini
hingga mengakibatkan kerugian kepada pihak kontraktor. Justeru itu kontraktor perlu
mengenal pasti risiko yang dihadapi dalam perlaksanaan kontrak lump sum ini
seterusnya menyediakan langkah-langkah bagi mengatasi risiko dalam kontrak ini.
Kajian ini dijalankan bagi mengenal pasti risiko-risiko yang dihadapi oleh kontrakor
dalam kontrak lump sum dan kaedah kontraktor mengatasi risiko tersebut. Data yang
dikumpul menggunakan kaedah temubual berstruktur kepada kontraktor bagi
mendapatkan maklumat dalam kajian ini. Responden kajian ini adalah kontraktor di
sekitar Johor Bahru. Hasil kajian ini, menunjukkan terdapat perbezaan risiko yang
dihadapi oleh kontrak lump sum yang dilaksanakan secara kaedah reka dan bina dan
kaedah konvesional. Meskipun kontrak lump sum terdapat banyak risiko yang hadir,
namun hasil dapatan kajian mendapati pelbagai kaedah mengurangkan risiko yang
boleh dilaksanakan oleh kontraktor dalam Menangani risiko yang dihadapi.
Ketepatan kaedah menguruskan risiko membantu kontraktor untuk mengurangkan
kerugian seterusnya membantu meningkatkan keuntungan kepada kontraktor.
Kesimpulannnya, kontraktor dapat mengurangkan risiko yang dalam kontrak lump
sum jika melaksanakan kaedah pengurusan risko yang baik dan efisyen.
vi
ABSTRACT
The contract is a very important element in the construction industry because
there is a process of cooperation between the client and the contractor agreed to
establish consent. In Malaysia, there are four types of contracts commonly practiced,
there are Lump Sum contract Measure and Value contract , Cost Reimbursement
contract and Turnkey contract. However, each contract has its own advantages and
disadvantages. In Malaysia, the lump sum contract executed quite popular especially
for works that require fast time frame for completion. Lump sum contracts could be
implemented using two methods, there are design and build methods and
conventional methods. However, there is a risk faced by contractors in managing the
lump sum contract, that will causing losses to the contractor. Therefore, the
contractor must identify the risks involved in the implementation of the lump sum
contract to measure the risk in the contract. This study was undertaken to identify
the risks faced by contractors in lump sum contracts and the method use by
contractor to overcome these risks. Data were collected using a structured interview
to the contractor to get the information in the study. The survey respondents were are
contractor in Johor Bahru. This study shows that there is a risk faced by lump sum
contract undertaken for design and built methods and conventional methods. Even,
there are many risks that are present in lump sum contracts, but the findings have
found various ways to reduce the risks that can be executed by the contractor in
handling risks. The accuracy of the method in risk management will help the
contractors to reduce further losses and increased the profit to contractors. The
conclusion is , contractors can reduce risk in lump sum if they implemented an
efficient risk management for these contract.
vii
KANDUNGAN
BAB PERKARA MUKA SURAT
PENGAKUAN ii
DEDIKASI iii
PENGHARGAAN iv
ABSTRAK v
ABSTRACT vi
KANDUNGAN vii
SENARAI JADUAL xiii
SENARAI RAJAH xiv
1 PENDAHULUAN
1.1 Pengenalan 1
1.2 Penyataan Masalah 2
1.3 Persoalan Kajian 4
1.4 Objektif Kajian 4
1.5 Skop Kajian 5
1.6 Kepentingan Kajian 5
1.7 Metodologi Kajian 6
1.7.1 Peringkat Awalan 6
1.7.2 Kajian Literatur 7
1.7.2.1 Instrumen Kajian 7
1.7.3 Pengumpulan Data 7
viii
1.7.4 Analisis Data 8
1.7.5 Peringkat Kesimpulan Dan Cadangan 8
1.8 Organisasi Bab 9
2 KAJIAN LITERATUR
2.1 Pengenalan 11
2.2 Jenis Kontrak 12
2.2.1 Kontrak Cost Reimbursement 13
2.2.2 Kontrak Turnkey 14
2.2.3 Kontrak Measure and Value 15
2.2.4 Kontrak Lump Sum 16
2.2.4.1 Kontrak Fixed Price 17
2.2.4.2 Kontrak Firm Price 18
2.3 Definisi Risiko 20
2.3.1 Komponen Risiko 21
2.3.1.1 Ketidakpastian 21
2.3.1.2 Tahap Risiko 21
2.3.1.3 Punca Risiko 23
2.3.2 Klasifikasi Risiko 24
2.3.3 Pengurusan Risiko 27
2.3.3.1 Tindak Balas Risiko 28
2.4 Risiko Dalam Pembinaan 31
ix
2.4.1 Risiko Kontrak Lump Sum 32
2.4.1.1 Risiko Harga 33
2.4.1.2 Risiko Ekonomi 34
2.4.1.3 Risiko Rekabentuk 34
2.4.1.2 Risiko Tapak Bina 35
2.4.1.3 Risiko Perubahan Kerja 36
2.4.1.5 Risiko Kaedah Kerja 37
2.4.1.5 Risiko Pembayaran 37
2.4.1.6 Risiko Kerosakan Kerja 38
2.4.1.7 Risiko Kelewatan 39
2.5 Rumusan Bab 41
3 METODOLOGI KAJIAN 42
3.1 Pengenalan 42
3.2 Kaedah Kajian 43
3.3 Pengumpulan Data 44
3.3.1 Instrumen Kajian 44
3.3.2 Proses Pengumpulan Data 46
3.4 Analisis Data 48
3.5 Kesimpulan Hasil Kajian 48
4 ANALISIS DATA 49
4.1 Pengenalan 49
4.2 Latar Belakang Respondan 50
4.3 Risiko-Risiko Kontrak Lump Sum 50
x
4.3.1 Risiko Harga 52
4.3.2 Risiko Ekonomi 54
4.3.3 Risiko Rekabentuk 55
4.3.4 Risiko Tapak Bina 56
4.3.5 Risiko Perubahan Kerja 58
4.3.6 Risiko Kaedah Kerja 59
4.3.7 Risiko Pembayaran 62
4.3.8 Risiko Kerosakan Kerja 63
4.3.9 Risiko Kelewatan 65
4.3.10 Kesimpulan Analisis Risiko 67
4.4 Langkah-Langkah Menangani Risiko 69
4.4.1 Langkah-Langkah Menangani Risiko Harga 69
4.4.2 Langkah-Langkah Menangani Risiko Ekonomi 70
4.4.3 Langkah-Langkah Menangani Risiko Rekabentuk 71
4.4.4 Langkah-Langkah Menangani Risiko Tapak Bina 72
4.4.5 Langkah-Langkah Menangani Risiko Perubahan Kerja 73
4.4.6 Langkah-Langkah Menangani Risiko Kaedah Kerja 74
4.4.7 Langkah-Langkah Menangani Risiko Pembayaran 75
4.4.8 Langkah-Langkah Menangani Risiko Kerosakan Kerja 76
4.4.9 Langkah-Langkah Menangani Risiko Kelewatan 77
4.4.10 Kesimpulan Langkah-langkah Menangani Risiko 79
5 Kesimpulan 85
5.1 Pengenalan 85
xi
5.2 Rumusan Kajian 86
5.2.1 Rumusan Objektif 1 86
5.2.2 Rumusan Objektif 2 87
5.3 Batasan dan Halangan 88
5.4 Cadangan Kajian 89
Rujukan 90
Lampiran 93
xii
SENARAI RAJAH
NO RAJAH TAJUK MUKA SURAT
Rajah 1.1 Carta Alir Metodologi Kajian 10
xiii
SENARAI JADUAL
NO JADUAL TAJUK MUKA SURAT
Jadual 3.1 Senarai Soalan dan Data Yang Diperlukan 46
Jadual 4.1 Senarai Responden dan Projek Kontrak Lump Sum 52
Jadual 4.2 Jenis-Jenis Risiko Yang Dihadapi Oleh Kontraktor 68
Jadual 4:3 Kaedah Menangani Risiko 80
Jadual 4:4 Kaedah Menangani Risiko 83
xiv
1
BAB 1
PENDAHULUAN
1.1 Pengenalan
Di Malaysia, sektor pembinaan merupakan sektor yang sangat penting dan
produktif dalam membangunkan ekonomi negara. Sebagai negara yang membangun,
Malaysia telah menyedari bahawa sektor pembinaan bukan sahaja penting dalam
pertumbuhan ekonomi tetapi juga dalam meningkatkan kualiti dan taraf hidup rakyat
Malaysia. Sejak dua dekad lalu, sektor pembinaan telah menyumbangkan 3 hingga 5
peratus kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK). Lonjakan perkembangan
sektor pembinaan di Malaysia bermula pada awal 1990-an, selepas pelancaran
Wawasan 2020 (Raza, 2013). Secara amnya, sektor pembinaan diterajui oleh dua
pihak iaitu klien dan kontraktor. Klien merupakan pihak yang membiayai sesuatu
projek manakala kontraktor pula adalah pihak yang menjalankan atau menyiapkan
projek tersebut. Klien juga merupakan pihak yang akan memilih kontraktor untuk
menjayakan sesuatu projek pembinaan.
Dalam sektor pembinaan di Malaysia, telah menjadi amalan di mana
kontraktor-kontraktor akan bersaing menyerahkan tender yang paling baik dalam
mendapatkan projek yang telah ditawarkan oleh klien dan keputusan dalam
pemilihan kontraktor yang layak untuk mendapatkan projek yang di tawarkan adalah
2
terletak pada keputusan klien itu sendiri. Tender ialah suatu kenyataan yang di
keluarkan kepada seseorang untuk melakukan kerja disamping mendapatkan
persetujuan daripada pihak yang berkenaan (Saidin,1998). Secara umumnya, tender
merupakan proses pemilihan kontraktor yang layak berdasarkan perbandingan harga
yang dikemukan kontraktor dan masa pembinaan. Selain itu, reputasi dan
pengalaman kontraktor itu juga turut diambil kira dalam proses pemilihan kontraktor
yang layak bagi menjalankan projek yang telah ditawarkan. Apabila tender daripada
sesebuah kontraktor itu diterima oleh klien, maka akan wujudlah satu ikatan kontrak
antara kontraktor dan klien.
Menurut Saidin (1998), kontrak adalah satu perjanjian yang terjalin apabila
satu pihak bersetuju untuk menerima tawaran daripada satu pihak yang lain. Kontrak
merupakan satu bentuk perjanjian bertulis yang mengikat pihak yang berkontrak dan
perjanjian ini boleh dikuatkuasakan oleh undang-undang. Kontrak merupakan
elemen yang sangat penting dalam industri pembinaan kerana terdapat proses
kerjasama antara klien dan kontraktor bagi mewujudkan persetujuan yang
dipersetujui. Di Malaysia, terdapat empat jenis kontrak yang biasa diamalkan iaitu
kontrak Lump Sum (Harga Pukal), kontrak Measure and Value (Ukur Nilai), kontrak
Cost Reimbursement (Kos Pembayaran Ganti) dan Kontrak Turnkey.
Kesimpulannya, dalam sektor pembinaan terdapat banyak jenis kontrak yang boleh
diamalkan oleh pihak kontraktor dan klien. Namun begitu, setiap kontrak
mempunyai kelebihan dan kekurangannya yang tersendiri. Dalam bab seterusnya
akan mebincangkan isu berkenaan kontrak lump sum yang diamalkan oleh
kontraktor.
1.2 Penyataan Masalah
Dalam bab ini akan mebincangkan secara lebih mendalam mengenai isu
kontrak lump sum yang diamalkan oleh pihak kontraktor. Menurut Mattwan (2011),
3
kontrak lump sum juga dikenali sebagai kontrak harga tetap di mana syarat asas
perjanjian kontraktor meletakkan harga sekaligus yang tetap untuk mengambil alih
kerja-kerja yang terkandung dalam kontrak dan pihak pemilik pula bersetuju untuk
membayar dengan jumlah tersebut setelah penyiapan kerja. Dalam kontrak ini juga
pihak kontraktor akan membida sesuatu projek pembinaan dengan memasukkan
sekali jumlah keuntungan dan overhead dalam harga mereka berdasarkan penilaian
risiko dan kesukaran projek tersebut.
Namun begitu, terdapat beberapa risiko kepada kontraktor dalam kontrak
lump sum dimana pihak kontraktor perlu menjalankan kerja yang telah dipersetujui
dalam kontrak tersebut dan hasilnya terdapat banyak kesukaran yang dihadapi pihak
kontraktor. Menurut Mattwan (2011), pihak kontraktor akan membida sesuatu projek
pembinaan dengan memasukkan sekali jumlah keuntungan dan overhead dalam
harga mereka berdasarkan penilaian risiko dan kesukaran projek tersebut. Anggaran
nilai keuntungan dan overhead ini adalah sebanyak 10 hingga 15 peratus daripada
nilai projek. Tambahnya lagi, pihak kontraktor menanggung sebahagian besar risiko
dari segi naik turun kos buruh dan bahan binaan. Hal ini secara amalannya, apabila
berlaku kos melebihi anggaran yang teralu banyak, iannya akan menyebabkan
pertikaian terhadap skop kerja dan juga penggantian bahan-bahan binaan yang lebih
murah berbanding mengikut spesifikasi yang dinyatakan.
Selain itu, terdapat risiko-risiko lain yang akan dihadapi oleh kontraktor
dalam perletakan harga tender lump sum. Antara risiko yang akan di hadapi oleh
kontraktor adalah bidaan harga tidak seimbang, perubahan arahan, perubahan reka
bentuk dan penyiapan awal projek (Saidin,1998). Kesimpulannya di sini, terdapat
banyak masalah dan kesukaran yang bakal dihadapi oleh pihak kontraktor dalam
perletakan harga tender kontrak Lump Sum. Justeru itu, pihak kontraktor hendaklah
mengenal pasti apakah risiko yang bakal dihadapi dalam kontrak Lump Sum dan
mengenal pasti apakah langkah-langkah yang dapat digunakan dalam mengurangkan
risiko dalam kontrak ini. Dalam bab seterusnya akan mebincangkan mengenai
persoalan kajian dan objektif kajian ini dijalankan.
4
1.3 Persoalan Kajian
Tujuan kajian ini dijalankan adalah bagi menjawab persoalan-persoalan berikut:
i. Apakah risiko-risiko yang dihadapi oleh kontraktor dalam kontrak lump sum?
ii. Apakah langkah-langkah kontraktor mengurangkan risiko dalam kontrak
lump sum ?
1.4 Objektif Kajian
Berdasarkan persoalan kajian tersebut, dua objektif telah dibentuk seperti yang
berikut:
i. Mengenal pasti risiko-risiko yang dihadapi oleh kontraktor dalam kontrak
lump sum.
ii. Mengenal pasti langkah-langkah kontraktor mengurangkan risiko dalam
kontrak lump sum.
5
1.5 Skop Kajian
Skop kajian dijalankan seperti berikut:
i. Kajian ini tertumpu kepada firma kontraktor G6 dan G7.
ii. Kajian ini tertumpu di kawasan Johor Bahru.
1.6 Kepentingan Kajian
Di harap kajian ini akan memberi manfaat kepada pihak kontraktor dalam
mengenalpasti apakah risiko yang bakal dihadapi oleh kontraktor dalam perletakan
harga lump sum dalam kontrak yang ditender mereka. Kajian ini dijalankan adalah
untuk memberi gambaran yang jelas mengenai bentuk masalah dan risiko yang
dihadapi oleh kontraktor dalam kontrak lump sum, dan secara langsungnya pihak
kontraktor dapat menyiapkan langkah-langkah bagi mengatasi masalah yang
dihadapi oleh mereka. Hal ini bukan sahaja dapat mengurangkan risiko kepada pihak
kontraktor dan seterusnya dapat mengelakkkan kerugian kepada pihak kontraktor.
Selain itu juga, pihak klien juga akan mendapat manfaat secara tidak
langsung dimana apabila pihak kontraktor tidak mempunyai masalah dalam kontrak
yang dipersetujui, pihak kontraktor dapat menjalankan kerja-kerja pembinaan seperti
yang dipersetujui dalam perjanjian dengan menepati tempoh masa kontrak dan harga
kontrak. Hal ini, akan menjadi salah satu faktor kejayaan penyiapan sesuatu projek
itu mengikut masa yang ditetapkan dan ini seterusnya akan menguntungkan klien itu
sendiri.
6
1.7 Metodologi Kajian
Kajian yang dijalankan ini adalah berbentuk kualitatif dimana perolehan data
untuk kajian ini adalah secara temubual berstruktur. Untuk memastikan kajian ini
berjalan dengan lancar, pengurusan metodologi kajian ini perlulah mengikut turutan
dan dilakukan secara teliti.untuk memastikan kajiaan ini mencapai objektif yang
telah ditetapkan. Metodologi kajian ini terbahagi kepada empat bahagian iaitu
peringkat kajian awalan, kajian literatur, pengumpulan data dan analisis data.
1.7.1 Peringkat Kajian Awalan
Dalam peringkat awalan kajian, pencarian maklumat bengenai isu dan
masalah yang berlaku dalam industri pembinaan banyak dijalankan. Dalam kajian
awalan ini juga, banyak aktiviti pembacaan artikel dan jurnal yang dijalankan dalam
mencari maklumat ringkas berkaitan dengan kajian dan isu-isu yang berkaitan
dengan kajian. Melalui pembacaan ini, satu isu berkaitan dengan risiko yang
dihadapi pihak kontraktor dalam kontrak lump sum telah dipilih sebagai tajuk kajian.
Pemilihan isu dan masalah yang berlaku dalam kontrak lump sum ini telah
membentuk dua objektif bagi mentukan hala tuju kenapa kajian ini di jalankan. Bagi
memastikan penyelidikan ini berjalan mengikut objektif yang di tetapkan, kerja
merangka perjalanan kajian dilakukan. Pencarian buku-buku rujukan, jurnal dan
artikel berkenaan juga dicari sebagai bahan pembacaan dan rujukan
7
1.7.2 Kajian Literatur
Kajian literatur yang diperolehi melalui hasil rujukan bahan bacaan seperti
jurnal-jurnal, buku, keratan akhbar dan tesis-tesis yang lepas. Hasil rujukan ini dapat
membantu dalam meningkatkan lagi pemahaman terhadap tajuk kajian itu sendiri
dan seterusnya mencapai objektif kajian.
1.7.3 Pengumpulan data
Data yang ingin di perolehi daripada kajian ini adalah apakah risiko yang
dihadapi pihak kontraktor dalam kontrak lump sum dan bagaimanakah cara
kontraktor Menangani risiko yang dihadapi dalam masalah tersebut. Oleh sebab
kajian ini didapati berbentuk kualitatif, maka pengumpulan data yang sesuai
digunakan adalah dengan menggunakan kaedah temubual.
1.7.3.1 Instrumen Kajian
Instrumen kajian ini ini adalah soalan temubual berstruktur yang akan
diajukan kepada pihak kontraktor untuk untuk mendapatkan maklumat daripada
meraka. Soalan temubual berstruktur ini di bentuk berpandukan persoalan kajian agar
dapatan kajian yang di perolehi menepati objektif yang diinginkan dalam kajian ini.
8
1.7.4 Analisis Data
Data yang diperolehi hasil daripada soal selidik terhadap kontraktor akan
dianalisis untuk mendapatkan rumusan pada peringkat yang seterusnya. Kaedah
analisis data yang digunakan adalah kaedah analisis kandungan ataupun dikenali
sebagai content analysis. Dalam kaedah content analysis ini data yang diperolehi
akan di kodkan kepada dua jenis iaitu risiko yang dihadapi oleh kontrak dan
bagaimana kontraktor mengatasi masalah tersebut. Analisis data yang diperoleh akan
disusun, disemak di proses dan dinilai sebelum dipersembahkan dalam bentuk yang
mudah di fahami. Dengan menggunakan kaedah ini, proses penganalisis data dapat
disampaikan dengan sistematik dan tersusun dan memudahkan pembaca.
1.7.5 Peringkat Kesimpulan dan Cadangan
Dalam peringkat ini semua data yang terkumpul telah dianalisis dan
disampaikan dalam bentuk yang mudah di fahami. Berdasarkan analisis data yang di
perolehi maka kesimpulan dan rumusan dapat di bentuk bagi menyampaikan dapatan
kajian. Berdasarkan dapatan kajian ini juga, maka beberapa cadangan penyelesaian
masalah di bentuk bagi membantu pembaca mendapatkan penyelesaian terhadap
masalah yang berkaitan dengan kajian yang di jalankan ini.
1.8 Organisasi Bab
Dalam bab 1, pengenalan mengenai industri pembinaan dan perkaitan dengan
kontrak di terangkan. Seterusnya pembentukan persoalan kajian di bentuk bagi
9
mengenal pasti masalah-masalah yang berlaku dalam isu.kontrak lump sum ini.
Objektif kajian ini telah dibentuk bagi menentukan hala tuju kajian ini. Seterusnya
metodologi kajian di bentuk bagi memastikan kajian ini berjalan dengan baik. Rajah
1.1 menunjukan reka bentuk kajian ini dijalankan.
10
Rajah 1.1 Carta Alir Metodologi Kajian
Pemilihan Tajuk dan Penentuan Masalah
Penyataan Masalah
1) Masalah dan kesukaran yang di hadapi oleh pihak kontraktor yang bakal dihadapi dalam kontrakkontrak Lump Sum
Kenalpasti Objektif
1 )Mengenal pasti risiko-risiko yang bakal dihadapi oleh kontraktor dalam kontrak lump sum.
2) Mengenal pasti langkah-langkah kontraktor mengurangkan risiko dalam kontrak lump sum
Kajian Literatur
Data Sekunder:
Buku
Artikel
Jurnal
Tesis lepas
Pengumpulan Data
Data Primer:
Temubual
1) Kesukaran dan masalah yang dihadapi oleh kontraktor dalam kontrak lump sum
2) Langkah-langkah kontraktor mengurangkan risiko dalam kontrak lump sum
Analisis Data
1) Menggunakan kaedah analis kandungan
Cadangan dan Kesimpulan
11
BAB 2
KAJIAN LITERATUR
2.1 Pengenalan
Dalam bab ini akan menerangkan definisi kontrak dalam pembinaan. Kontrak
merupakan satu perjanjian yang boleh dilaksanakan atau pun tidak boleh
dilaksanakan. Sesuatu kontrak itu akan terlaksana apabila kedua-dua pihak yang
terlibat mempersetujui syarat dan terma yang terkandung dalam kontrak itu. Sesuatu
kontrak pembinaan itu terlaksana sepenuhnya apabila pihak kontraktor Berjaya
menyiapakan sepenuhnya kerja pembinaan mengikut dokumen kontrak, dan pihak
pemilik pula telah membayar kepada kontraktor berdasarkan kerja yang di jalankan
oleh kontraktor tersebut (Hinze, 2011).
Kontrak bertulis adalah wajib dalam sektor pembinaaan pada masa kini.
Dokumen kontrak ini di bentuk untuk menetapkan tanggungjawab dan liabiliti setiap
pihak yang akan terlibat dalam proses pembinaan iaitu perka bentuk professional ,
kontraktor, dan juga pemilik (Stokes & L.Finuf, 1986). Dalam sektor pembinaan,
sebelum ikatan antara klien dan kontraktor itu terjalin, proses menender sesuatu
kontrak akan dijalankan dimana iannya melibatkan proses dokumentasi, penilaian
kontraktor dalam menetukan harga kontrak terbaik yang boleh dipersetujui serta
masa penyiapan yang paling optimum untuk menyiapkan projek pembinaan
(Mohamed, 2002).
12
Kesimpulannnya di sini, tender merupakan sebagai satu sistem untuk memilih
kontraktor yang layak bagi menjalankan kerja-kerja pembinaan. Pemilihan
kontraktor yang layak akan mewujudkan satu ikatan perjanjian antara klien dan
kontraktor yang dikenali sebagai kontrak apabila kedua-dua pihak mempersetujui
perjanjian tersebut. Namun begitu terdapat pelbagai jenis kontrak yang diamalkan
dalam industri pembinaan. Jenis-jenis kontrak akan dibincangkan secara mendalam
dalam bab yang seterusnya.
2.2 Jenis-jenis kontrak
Bab yang lepas telah membincangkan, mengenai definisi kontrak dan
bagaimanakah wujudnya sesuatu kontrak. Dalam bab ini pula, akan membincangkan
jenis-jenis kontrak secara mendalam. Dalam memutuskan sesuatu kontrak
pembinaan, pihak pemilik hendaklah menentukan jenis kontrak yang hendak di
gunakan. Dalam rundingan perjanjian harga dengan kontraktor, pihak pemilik
hendaklah mengutamakan objektif berkenaan kos, masa dan kualiti kerana penentuan
harga akan menghasilkan keseimbangan antara objektif yang diutamakan oleh
pemilik (Stokes & L.Finuf, 1986).Secara amnya, di Malaysia terdapat empat jenis
kontrak yang biasa diamalkan iaitu kontrak Lump Sum (Harga Pukal), kontrak
Measure and Value (Ukur Nilai), kontrak Cost Reimbursement (Kos Pembayaran
Ganti) dan Kontrak Turnkey.Setiap jenis kontrak ini mempunyai kelebihan dan
kekurangannya sendiri.
13
2.2.1 Kontrak Cost Reimbursement (Kos Pembayaran Ganti)
Menurut McNeill Stokes dan Judith L.Finuf (1986), dua definisi yang perlu di
titik berat dalam kontrak cost reimbursement iaitu yang kos boleh dituntut dan kos
bukan tuntutan. Kos tuntutan adalah kos yang melibatkan perbelanjaan dalam kerja
pembinaan itu sendiri antaranya ialah gaji, faedah sampingan, kos bahan binaan, dan
peralatan yang melibatkan kerja tersebut. Manakala bayaran pengangkutan, bayaran
sub kontraktor, gaji pekerja kontraktor yang bertugas di pejabat kontraktor tersebut,
makanan, perbelanjaan penginapan dan hotel, insuran, permit, dan perbelanjaan kecil
lain seperti bil talefon dan kos kemudahan semntara tapak bina adalah dibawah
tanggungjawab kontraktor itu sendiri dan bukannya pemilik.
Tambahnya lagi, dalam kontrak ini pihak pemilik akan membayar semua
perbelanjaan yang perlu dan munasabah yang digunakan dalam pembinaan ditambah
jumlah keuntungan dan kos overhead pihak kontraktor. Kaedah kontrak ini
menunjukkan kelebihan yang ketara kepada pihak kontraktor dimana pihak pemilik
menganggap peningkatan kepada kos adalah sebagai keseluruhan risiko. Penurunan
tahap risiko ini akan memberi kelebihan kepda pihak kontraktor untuk mendapat
lebihan margin keuntungan.
Kontrak jenis ini biasanya berguna kepada pemilik yang ingin memulakan
sesuatu projek pembinaan secara segera tanpa pelan dan spesifikasi yang terperinci.
Kontrak cost reimbursement memerlukan kedua-dua pihak iaitu pemilik dan
kontraktor untuk memainkan peranan dalam proses pembinaan yang sebenar. Pihak
pemilik melantik pihak pengurusan dan penyelia persendirian bagi memantau kerja
pembinaan dan mengawal kos projek tersebut.
Menurut Saidin (1998), kontrak Cost Reimbursement dikenali sebagai
Kontrak Cost Plus. Secara umumnya kontrak ini terbahagi kepada 3 kategori utama
iaitu :
14
i. Wang Kos Prima + Yuran Tetap
ii. Wang Kos Prima + Peratus Yuran
iii. Wang Kos Prima + Yuran Sasaran
Yuran yang dimaksudkan adalah kiraan keuntungan dan perbelanjaan
pengurusan manakala Wang Kos Prima adalah kos yang melibatkan kos bahan,
pekerja peralatan dan juga jentera yang digunakan dalam projek berkenaan.
Kebiasaanya, kos pengurusan dan keuntungan sesuatu projek telah dipersetujui
terlebih dahulu dalam bentuk peratusan tambahan ke atas kos bahan, kos pekerja dan
kos peralatan. Kontrak jenis ini sesuai digunakan untuk projek-projek yang kompleks
dan memerlukan tempoh masa yang cepat untuk menyiapkannnya.
Yuran sasaran pula adalah bayaran tambahan yang dipersetujui oleh
kontraktor dengan jurukur bahan sebelum sesuatu perjanjian kontrak dipersetujui.
Kadar tambahan bayaran biasanya diberikan kepada kontraktor sekiranya kontraktor
tersebut menyiapkan projek dengan lebih cepat dari masa yang diperuntukkan dalam
kontrak (Saidin, 1998). Hal ini secara tidak langsung dapat mendorong kontraktor
meningkatkan usaha dalam menyiapkan projek dengan lebih cepat.
2.2.2 Kontrak Turnkey (Tukar Milik)
Kontrak Turnkey pula adalah kontrak yang dimana pihak klien akan
menyerahkan sepenuhnya tanggungjawab dalam menyiapkan projek kepada
kontraktor. Kontrak Turnkey biasanya diguna pakai dalam projek yang besar seperti
pembinaan hospital, jambatan, empangan dan lebuhraya. Menjadi amalan dalam
pembinaan dimana sesuatu organisai kontraktor mendapat tanggungjawab ini untuk
mengurus, merekabentuk, serta mengendalikan projek sehingga siap mengikut
15
masa,harga dan arahan klien. Kebiasaannya pihak klien yang menggunakan kontrak
ini adalah pihak kerajaan yang menawarkan projek yang besar.
Kebaikan kegunaan kontrak turnkey ini dapat dilihat dimana kurangnya
penglibatan klien secara langsung mengenai hal-hal berkaitan masalah teknikal,
kecepatan dan pengawalan kos pembinaan secara keseluruhan.
2.2.3 Kontrak Measure and Value (Ukur Dan Nilai)
Kontrak measure and value pula kebiasaannya digunakan dalam projek yang
melibatkan pembinaan bangunan yang besar dan perlu dirahsiakan maklumat
mengenai kedudukan bahagian tertentu dalam bangunan tersebut atas faktor
keselamatan. Projek yang biasa menggunakan kontrak jenis ini adalah biasanya
melibatkan projek yang sulit seperti penjara ataupun institusi kewangan. Pembinaan
projek yang menggunakan kontrak jenis ini dilakukan dengan cepat di mana tiada
penyediaan lukisan spesifikasi yang setara dan senarai bahan binaan bagi tujuan
pelaksanaan.
Masalah yang biasa di dalam kontrak ini adalah dari segi aspek menentukan
harga perbelanjaan sebenar khususnya pada peringkat permulaan kerja. Tawaran
projek adalah sementara atau juga dikenali sebagai provisional. Bayaran hanya
dibuat setelah kontraktor yang terlibat memulakan kerja pembinaan berdasarkan
pengukuran dan kerja yang telah disiapkan. Pembayaran dibuat berdasarkan dua
aspek iaitu lukisan, spesifikasi kerja dan jadual kadar harga dimana pembayaran
dilakukan mengikut jadual yang telah dipersetujui terlebih dahulu antara pihak klien
dan kontraktor. Aspek yang kedua adalah berdasarkan lukisan,analisis kos dan
spesifikasi kerja di mana pembayaran bagi projek adalah berpandukan pada projek-
16
projek lain yang setara iaitu mepunyai fungsi dan bentuk fizikal yang agak sama
(Saidin, 1998).
2.2.4 Kontrak Lump Sump (Harga Pukal)
Menurut Mattwan (2011), kontrak lump sum juga dikenali sebagai kontrak
stipulated sum di mana syarat asas perjanjian kontraktor meletakkan harga sekaligus
yang tetap untuk mengambil alih kerja-kerja yang terkandung dalam kontrak dan
pihak pemilik pula bersetuju untuk mebayar dengan jumlah tersebut setelah
penyiapan kerja. Tambahnya lagi. Dalam kontrak ini pihak kontraktor akan membida
sesuatu projek pembinaan dengan memasukkan sekali jumlah keuntungan dan
overhead dalam harga mereka berdasarkan penilaian risiko dan kesukaran projek
tersebut. Anggaran nilai keuntungan dan overhead ini adalah sebanyak 10 hingga 15
peratus daripada nilai projek. Dalam kontrak ini, jadual kadar harga boleh disediakan
oleh pihak majikan tetapi kuantiti kerja adalah terikat kepada lukisan dan spesifikasi
kontrak. Jadual kadar harga ini boleh digunakan untuk tujuan pembayaran terhadap
perubahan reka bentuk dan kerja-kerja yang berubah semasa dalam proses
pembinaan.
Menurut Saidin (1998), kontrak lump sum boleh dilaksanakan dalam tiga
cara. Yang pertama berdasarkan lukisan spesifikasi yang disertakan dengan
spesifikasi. Biasanya kontrak ini digunakan untuk kerja yang memerlukan tempoh
masa yang cepat dalam penyiapannya. Lukisan spesifikasi yang disertakan juga
adalah kurang memuaskan untuk mendapat pengukuran yang tepat. Hal ini akan
menyebabkan kontraktor terdedah kepada risiko yang tinggi.
Cara yang kedua pula adalah kontrak lump sum berdasarkan lukisan dan
senarai bahan yang digunakan untuk projek-projek yang bernilai lebih RM1 juta.
17
Dengan menggunakan kaedah pengukuran yang tepat berdasarkan pelan yang
disediakan, kedua-dua pihak yang terlibat dapat merasai keadilan. Jenis kontrak ini
juga memudahkan pembayaran kemajuan kerja dan kerja–kerja ubahsuai (Saidin,
1998).
Kontrak Lump Sum berdasarkan kepada kerja lukisan dan jadual kadar harga
pula digunakan jika masa tidak mencukupi untuk menyediakan dokumen-dokumen
lain dan kebanyakan projek ini mengikut harga yang telah ditetapkan kontraktor.
Menurut Saidin (1998), kontrak lump sum jenis ini juga telah diubahsuai secara
umum yang boleh dibahagi kepada dua kategori iaitu kontrak fixed price dan kontrak
firm price. Kontrak fixed price merangkumi penetapan terhadap kerja-kerja kecil di
dalam kontrak tersebut serta harganya tidak boleh di ubah setelah di tandatangan.
Kontrak firm price pula boleh dibuat perubahan harga tetapi tidak boleh mengubah
jumlah besar kontrak tersebut.
2.2.4.1 Kontrak Fixed price (Harga Tetap)
Secara umumnya , kontrak fixed prices tidak menetapkan kuantiti kerja yang
perlu di jalankan pihak kontraktor Menurut McNeill Stokes dan Judith L.Finuf
(1986), pihak kontraktor secara lazimnya hendaklah “ melakukan apa yang patut”
untuk menyiapkan projek tambahnya lagi, dalam terma kontrak, pihak kontraktor
haruslah menggarkan risiko kerugian projek itu. Dalam kontrak fixed price, pihak
kontraktor bersetuju untuk menjalankan kerja seperti yang dinyatakan dalam kontrak
secara lump sum. Secara umumnya perbelanjaan untuk lump sum tidak akan berubah
meskipun perbelanjaan untuk projek tersebut meningkat atau menurun. Secara
umumnya, kontrak fixed price dianggap memindahkan risiko peningkatan kos
kepada kontraktor agar pihak kontraktor bertanggungjawab untuk menyiapkan projek
mengikut bajet yang ditetapkan.
18
Walau bagaimanapun, ia tidak mengahalang kontraktor untuk mendapatkan
pelarasan yang saksama kepada kontrak apabila berlakunya peningkatan kos
disebabkan perubahan dalam keperluan pembinaan, risiko yang tidak dijangka,
kelewatan ataupun tindakan pemilik itu sendiri. Dalam apa jua keadaan, dengan
menggunakan kaedah ini pihak pemilik telah memindahkan semua risiko
peningkatan kos kepada pihak kontraktor (Stokes & L.Finuf, 1986)
Menurut McNeill Stokes dan Judith L.Finuf (1986), pihak pemilik haruslah
menyediakan secukupnya dokumen kontrak yang terperinci termasuk pelan, lukisan
dan spesifikasi yang meliputi keseluruhan projek. Harga kontraktor bergantung
kepada kelengkapan dokumen kontrak kerana kontraktor menanggung risiko kerja
yang tidak dijangka tetapi dilindungi oleh dokumen kontrak. Dalam kontak fixed
price, pihak kontraktor akan menanggung kesemua risiko yang akan menyebabkan
peningkatan dalam kos kontrak tersebut. Meskipun jelas tentang kelebihan pihak
pemilik namun begitu masih ada kekurangan yang wujud. Oleh kerana pihak
kontraktor menanggung risiko yang datang dari banyak faktor di luar kawalannya,
pihak kontraktor akan meletakakn harga luar jangkaan bagi membendung risiko-
risiko tersebut. Oleh itu, pihak pemilik akan membayar jumlah yang lebih meskipun
tidak jelas peningkatan kos meningkat mahupun tidak (Stokes & L.Finuf, 1986).
2.2.2 Kontrak Firm Prices (Harga Firma)
Menurut Keith Collier (1974) menyatakan di Amerika Utara, kontak jenis ini
kebiasaanya kerap di gunakan dalam pembinaan berat dan pembinaan jalan raya
berbanding pembinaan bangunan. Manakala di Britain dan negara-negara Komonwel
seperti Australia, New Zealand, dan kebanyakan negara di Afrika dan Asia kontrak
jenis ini banyak digunakan untuk pembinaan bangunan. Di negara ini juga profesion
ukur bahan teguh di mana “kaedah kuantiti” pembidaan di gunakan secara meluas
untuk pembinaan bangunan (Collier, 1974).
19
Menurut McNeill Stokes dan Judith L.Finuf (1986), kontrak firm prices
berbeza dengan kontak fixed price dimana dalam kontrak firm price ,pihak pemilik
itu sendiri yang harus menganggarkan risiko keseluruhan projek tersebut. Dalam
kontrak ini kerja-kerja pembinaan di bahagikan dalam bentuk kuantiti. Dalam unit
perletakan harga, nilai yang tetap di bayar bagi setiap unit kerja. Tambahnya pula,
menurut kontrak unit price pembayaran tidak merangkumi pembayaran keseluruhan
projek tetapi pembayaran di buat berdasarkan jumlah kerja sebenar yang telah
dijalankan (Stokes & L.Finuf, 1986).
Dalam kontrak tersebut haruslah dinyatakan kepada kerja apakah unit harga
tersebut dikenakan, terutamanya adakah pihak kontraktor di bayar dengan cara
normal perniagaan. Menurutnya lagi, penyataan dalam kontrak yang menyatakan
kontrak tersebut adalah amalan perniagaan normal adalah satu amalan yang bagus
terhadap pihak kontraktor untuk mengelakkan sebarang pembacaan literal kontrak
yang tidak wajar bagi mengelakkan keputusan yang di buat hanya pada bahasa
kontrak literal. Hal ini dapat menjelaskan tanggungjawab kontraktor ataupun
peruntukan kontrak yang samar-samar
Menurut McNeill Stokes dan Judith L.Finuf (1986), pihak pemilik pula akan
menanggung risiko atas kepelbagaian kuantiti kerja. Walaubagaimanpun pihak
kontraktor pula akan menanggung risiko terhadap peningkatan kos bagi setiap unit
kerja.
20
2.3 Definisi Risiko
Perkataan risiko sebenarnya telah mula digunakan sejak pertengahan kurun
ke 18 dalam urusan transaksi insuran. Amnya risiko boleh didefinasikan sebagai
sesuatu kemungkinan berlakunya kejadian buruk atau ketidakpastian tentang
kerugian. Risiko sebenarnya boleh memberi pelbagai maksud mengikut masa dan
keadaan dimana ia digunakan (Greaves ,1983).
Tambahnya lagi risiko juga boleh ditakrifkan sebagai kemungkinan atau
kebarangkalian tidak mencapai hasil yang diharapkan atau hasilnya tidak seperti
yang diingini. Jangkaan kepada hasil ini adalah berdasarkan kepada pengetahuan.
Oleh itu, risiko merupakan satu perbezaan di antara hasil sebenar dan yang
dijangkakan yang merupakan fungsi pengetahuan. Risiko sebagai perubahan di
dalam keputusan-keputusan yang berlaku di dalam suatu jangkamasa dan situasi
tertentu (Greaves ,1983).
Risiko juga di definisikan sebagai akibat yang negatif yang tidak diperlukan
dalam sesuatu keadaan. Akibat yang wujud itu biasanya boleh diramal dan
dikenalpasti. Kebiasaannya risiko ini memungkinkan berlakunya kerugian.
Berdasarkan definisi-definisi yang telah dinyatakan, dapat disimpulkan bahawa
risiko merupakan suatu keadaan di mana kejadiannya tidak dapat dipastikan dengan
tepat dan ia merupakan satu kebarangkalian keputusan yang berbeza dari apa yang
dijangkakan. Kewujudannya juga boleh menyebabkan kesan negatif seperti kerugian
atau kemusnahan.
21
2.3.1 Komponen Risiko
Dari definisi-definisi yang telah diberikan, didapati risiko itu mempunyai
unsur ketidakpastian terhadap jangkaan keputusan serta kesan terhadap sesuatu
kejadian. Menurut Lim Chee Chee (2003), terdapat tiga (3) komponen penting dalam
risiko, iaitu ketidakpastian, tahap risiko dan punca risiko.
2.3.1.1 Ketidakpastian
Ketidakpastian wujud apabila maklumat yang lengkap tentang apa yang
berlaku pada masa depan tidak diperolehi. Ini menjadikan ketidakpastian itu sesuatu
yang tidak diketahui tentang kejadiannya. Jika kita mengetahui apa yang akan
berlaku pada masa akan datang, maka risiko tidak wujud. Dengan itu, ketidakpastian
adalah merujuk kepada keraguan terhadap masa depan (Greaves ,1983).
2.3.1.2 Tahap risiko
Tidak semua risiko mempunyai kecenderungan yang sama dari segi
kejadiannya. Sesetangah risiko berlaku lebih kerap manakala sesetengah daripadanya
jarang berlaku. Untuk mengetahui tahap risiko, terdapat dua (2) konsep yang boleh
diikuti, iaitu:
a. Kombinasi kekerapan kerugian dan ketenatan kerugian
Kekerapan kerugian adalah merujuk kepada berapa kali kerugian akan
berlaku dalam suatu jangkamasa tertentu. Bagi ketenatan kerugian pula merujuk
kepada kepada berapa banyak kos yang perlu ditanggung jika berlaku kerugian. Kos
22
yang perlu ditanggung sama ada kos dari segi fizikal, emosi ataupun kewangan.
Berdasarkan kekerapan kerugian dan ketenatan kerugian, risiko risiko dapat
dikelaskan kepada empat (4) kategori, iaitu
i. kekerapan kerugian yang tinggi dan ketenatan kerugian yang rendah
ii. kekerapan kerugian yang tinggi dan ketenatan yang kerugian yang tinggi
iii. kekerapan kerugian yang rendah dan ketenatan kerugian yang rendah
iv. kekerapan kerugian yang rendah dan ketenatan kerugian yang tinggi.
b. Konsep utiliti
Berdasarkan konsep utiliti, tahap risiko dilihat sebagai satu ukuran tunggal
yang telah mengambil kira kekerapan kerugian dan ketenatan kerugian. Di mana
tahap risiko merupakan fungsi kepada kekerapan kerugian dan ketenatan kerugian,
iaitu;
Tahap Risiko = f (kekerapan kerugian, ketenatan kerugian)
Ini menunjukkan individu atau organisasi berlainan mempunyai persepsi
berlainan terhadap sesuatu situasi risiko yang hampir sama. Hal ini kerana individu
berkenaan menilai sesuatu situasi berisiko berdasarkan kekerapan kerugian dan
ketenatan kerugian sebagai satu ukuran tunggal secara relatif kepada jumlah
keseluruhan kekayaan mereka (Greaves ,1983).
23
2.3.1.3 Punca risiko
Menurut Lim Chee Chee (2003), bagi menganggarkan risiko yang akan
dihadapi, punca atau sumber kepada risiko perlu dikenalpasti terlebih dahulu.
Terdapat dua (2) aspek yang boleh dijadikan panduan dalam melihat punca kerugian,
iaitu;
a. Peril
Peril merupakan punca utama yang mengakibatkan kerugian. Antara peril
yang boleh mengakibatkan kerosakan atau kerugian harta benda terdiri daripada api,
kilat, hujan kecurian, letupan dan sebagainya. Contohnya jika rumah Ali terbakar
kerana api, api merupakan punca utama yang mengakibatkan kerugian. Bermaksud
api ialah peril dalam kes ini (Greaves ,1983).
b. Bahaya
Menurut Greaves (1983), bahaya merujuk kepada faktor atau keadaan yang
boleh mempengaruhi suatu kejadian. Ia bukan punca utama yang mengakibatkan
kerugian tetapi sebagai suatu faktor atau keadaan yang boleh meningkatkan atau
mengurangakn kekerapan berlakunya kejadian buruk yang dialami oleh individu.
Terdapat tiga (3) jenis bahaya yang utama, iaitu;
i. Bahaya fizikal
24
Bahaya ini berkait rapat dengan ciri-ciri fizikal yang terdapat pada risiko.
Misalnya dalam pembinaan, kaedah pembinaan akan mempengaruhi kekerapan
berlakunya sesuatu kejadian (Greaves ,1983).
ii. Bahaya moral
Bahaya ini mempunyai kaitan rapat dengan aspek kemanusian. Ia merujuk
kepada sikap individu atau organisasi sama ada mereka jujur atau tidak. Contoh
bahaya moral yang mungkin dihadapi oleh syarikat insurans ialah pemegang polisi
yang mungkin memalsukan suatu kemalangan untuk menuntut wang insurans
(Greaves ,1983).
iii. Bahaya morel
Bahaya morel mempunyai kaitan rapat dengan aspek kemanusiaan. Namun,
bahaya morel ini merujuk kepada kecuaian atau sikap tidak ambil peduli seseorang
individu atau organisasi. Contohnya, kecuaian individu tidak memakai topi
keselamatan semasa menjalankan kerja-kerja pembinaan. Sikap ini akan
meningkatkan risiko kemalangan atau kematian (Greaves ,1983).
2.3.2 Klasifikasi risiko
Terdapat pelbagai cara yang telah digunakan oleh penulis-penulis sebelum ini
bagi mengklasifikasikan risiko. Lim Chee Chee (2003), yang telah mengkelaskan
risiko kepada tiga (3) kategori utama, iaitu; risiko kewangan dan risiko bukan
25
kewangan, risiko tulen dan risiko spekulatif dan risiko fundamental dan risiko
tertentu
Risiko kewangan merujuk kepada kerugian yang boleh dikuantifikasikan
dalam bentuk wang ringgit. Bermaksud, kerugian yang dialami boleh diukur dari segi
kewangan. Contohnya kerosakan bangunan, kecurian harta dan kehilangan
keuntungan perniagaan akibat kebakaran. Risiko ini boleh diinsuranskan kerana
kerugian yang berlaku boleh ditentukan dengan tepat oleh syarikat insurans (Greaves
,1983).
Manakala risiko bukan kewangan merujuk kepada kerugian yang tidak boleh
dikuantifikasikan dalam bentuk wang ringgit tetapi dikaitkan dengan perasaan yang
dialami seperti perasaan bimbang, ketakutan, sakit atau sedih. Contohnya, individu
itu mungkin menghadapi risiko akibat termakan makanan tidak bersih semasa
menikmati makanan di tepi jalan. Risiko ini biasanya tidak boleh diinsuranskan
kerana syarikat insurans tidak boleh menentukan berapa banyak pampasan yang
harus dibayar (Greaves ,1983).
Risiko tulen merujuk kepada keadaan tidak pasti di mana individu atau
organisasi mungkin mengalami kerugian atau tidak mengalami apa-apa dan terus
berada dalam keadaan yang sama. Risiko ini boleh dinyatakan sebagai peluang untuk
mendapat kerugian dan tidak ada peluang keuntungan. Contohnya risiko kemalangan
jalanraya semasa menuju sesuatu destinasi, pemandunya mungkin tercedera dalam
perjalanan menuju destinasi tersebut atau dia akan sampai kedestinasinya dengan
selamat (Greaves ,1983).
Risiko spekulatif pula merujuk kepada keadaan tidak pasti yang boleh
menyebabkan kemungkinan memperolehi keuntungan, mengalami kerugian ataupun
tidak memperolehi apa-apa keuntungan atau kerugian. Contohnya risiko yang
dihadapi oleh pelabur yang melabur dalam pasaran saham. Pelabur menghadapi
26
kemungkinan memperoleh keuntungan modal sekiranya harga saham yang dibeli
naik, mengalami kerugian modal jika harga saham yang dibeli jatuh ataupun tidak
memperolehi apa-apa kerugian atau keuntungan sekiranya harga saham yang dibeli
tidak berubah (Greaves ,1983).
Risiko fundamental adalah merujuk kepada risiko yang puncanya tidak boleh
dikawal oleh sesebuah organisasi atau individu. Kesan terhadap risiko itu pula akan
dialami oleh penduduk atau rakyat di sesebuah negara. Contohnya keadaan inflasi,
bencana alam, krisis ekonomi dan ketidakstabilan politik (Greaves ,1983).
Risiko tertentu pula merujuk kepada risiko yang berpunca daripada tindakan
individu atau organisasi tertentu dan kesannya hanya dialami oleh sekumpulan kecil
sahaja. Contohnya, rumah Ali terbakar akibat tindakan jirannya membakar sampah
sehingga menyebabkan kebakaran (Greaves ,1983).
Ralph dan Irwin (1997) juga telah mengklasifikasikan beberapa bentuk risiko,
iaitu; risiko yang boleh diterima dan yang tidak boleh diterima, risiko negatif dan
positif dan risiko dalaman dan luaran
Risiko yang boleh diterima adalah risiko yang masih boleh ditanggung jika ia
berlaku dan tidak menyebabkan projek perlu dihentikan. Contohnya, sesuatu berlaku
pada aktiviti kerja pembinaan tetapi tidak menganggu laluan genting projek
pembinaan.
Risiko yang tidak boleh diterima adalah apabila sesuatu yang berlaku itu
memberi amaran yang projek patut diberhentikan. Contohnya, sesuatu berlaku pada
aktiviti pembinaan dan menyentuh laluan genting.
27
Risiko jangka pendek adalah risiko yang memberi kesan serta merta kepada
projek apabila ia berlaku. Risiko jangka panjang pula adalah risiko yang berlaku dan
memberi kesan yang berterusan pada masa hadapan. Kedua-dua risiko ini memberi
kesan kepada proses membuat keputusan.
Risiko yang terjadi kadangkala boleh membantu projek selain sifatnya yang
boleh mengancam projek. Contohnya, penjadualan semula aktiviti tidak kritikal
kadangkala membantu penyiapan aktiviti kritikal dalam projek. Risiko ini dikenali
sebagai risiko positif, manakala risiko negatif adalah sebaliknya.
Risiko yang mampu diurus dan yang tidak mampu diurus. Risiko yang
berlaku disebabkan tekanan yang berlebihan dari luar merupakan risiko yang tidak
mampu ditanggung oleh organisasi. Risiko dalaman adalah sesuatu yang unik bagi
projek dan ia berlaku dalam sempadan projek. Risiko luaran adalah risiko yang
disebabkan oleh faktor luaran dan tidak boleh dikawal oleh organisasi projek.
2.3.3 Pengurusan Risiko
Pengurusan projek di definisikan sebagai proses perancangan, kordinasi dan
kawal selia sesuatu projek dari peringkat idea hingga siap mewakili klien berdsarkan
kehendak klien tersebut. Obejktif pengurusan projek seharusnya memenuhi syarat
dari segi quality, fungsi dan kos yang telah dirancang (Walker, 2007).
Menurut Laster (2006), pula mendefinisikan pengurusan projek meliputi set
aktiviti yang dikawal selia dan dan dikordinasi mengikut pelaksanan tarikh
permulaan dan akhir projek, bertujuan untuk mencapai objektif berdasarkan
keperluan khusus. Pegurusan risiko pula adalah proses sistematik bagi merancang,
28
mengenalpasti, bertindak balas dan memantau risiko projek (Caltrans, 2007). Selain
itu, pengurusan risiko juga adalah proses yang positif dan proaktif bertujuan
mengurangkan akibat yang tidak memeuaskan kepada projek diperingkat yang
berbeza (Rohaninejad & Beghapour, 2013).
Terdapat pelbagai definisi dan konsep mengenai pengurusan risiko yang
diperkenalkan, semua pendekatan pengurusan risiko adalah sama iaitu untuk
memaksimumkan kecekapan dan keberkesanan bagi mengurus sesuatu projek.
Namun terdapat (3) bahagian penting dalam pengurusan projek iaitu pengenalpastian
risiko, analisis dan tindak balas terhadap risiko (Erick dan Richard, 2003). Daripada
definisi-definisi yang diberikan dapat disimpulkan bahawa pengurusan risiko
merupakan proses bermula dari mengenalpasti risiko dan seterusnya menentukan
tindakan yang sesuai untuk mengawasi risiko. Risiko boleh hadir di pelbagai
peringkat kitar hayat projek, dari awal permulaan projek hingga peringkat terakhir
sesebuah projek.
2.3.1.1 Tindak Balas Risiko
Tindak balas risiko juga adalah proses membangunkan pilihan, dan
menentukan tindakan untuk meningkatkan peluang-peluang dan mengurangkan
ancaman terhadap objektif projek. Ia memberi tumpuan kepada perkara-perkara yang
berisiko tinggi yang dinilai dalam analisis risiko kualitatif atau kuantitatif (Caltrans,
2007). Selepas risiko telah dikenal pasti dan dinilai, pasukan projek membangunkan
pelan pengurangan risiko, yang merupakan pelan untuk mengurangkan kesan
daripada peristiwa yang tidak dijangka. Menurut Amado (2012), pasukan projek
dapat mengurangkan risiko dalam cara yang berikut:
29
i. Risk Avoidance (Pengelakkan Risiko)
Kaedah ini biasanya melibatkan pembangunkan satu strategi alternatif yang
mempunyai kebarangkalian kejayaan yang tinggi tetapi biasanya pada kos lebih
tinggi. Risiko dapat dielakkan dengan menukar pelan projek, bagi menghapuskan
risiko atau keadaan dan melindungi objektif projek daripada kesan risiko tersebut
(Caltrans, 2007). Penukaran pelan projek jelas menunjukkan kaedah ini memerlukan
kos yang tinggi. Namun begitu pasukan projek tidak boleh menghapuskan semua
kemungkinan risiko tetapi beberapa risiko tertentu akan dapat dielakkan.
Beberapa peristiwa risiko yang timbul awal dalam projek boleh diuruskan
dengan memperjelaskan keperluan projek, mendapatkan maklumat, meningkatkan
komunikasi, atau memperoleh kepakaran. Mengurangkan skop untuk mengelakkan
aktiviti yang berisiko tinggi, menambah sumber atau masa, menggunakan
pendekatan yang biasa dan bukan sesuatu yang inovatif, juga merupakan kaedah
‘Risk Avoidance’ (Caltrans, 2007).
ii. Risk Sharing (Perkongsian Risiko)
Kaedah ini melibatkan perkongsian risiko dengan pihak lain, tanggungjawab
bagi menguruskan aktiviti-aktiviti yang berisiko akan diagihkan dengan pihak yang
terlibat. Bekerjasama dengan syarikat lain untuk berkongsi risiko yang dikaitkan
dengan sebahagian daripada projek adalah berfaedah apabila pihak yang mempunyai
kepakaran dan pengalaman untuk menguruskan risiko tersebut terlibat sama. Jika
kejadian berisiko dan tidak diingini berlaku, maka syarikat yang menjalankan usaha
sama akan menyerap sebahagian atau semua kesan negatif daripada peristiwa
tersebut. Syarikat itu juga akan mendapat sebahagian daripada keuntungan atau
faedah yang diperolehi daripada projek (Caltrans, 2007).
30
iii. Risk Mitigation (Mitigasi Risiko)
Mitigasi atau pegurangan risiko bertujuan untuk mengurangkan
kebarangkalian atau akibat daripada risiko buruk ke aras risiko yang boleh diterima.
Mengambil tindakan awal bagi mengurangkan kebarangkalian risiko berlaku adalah
lebih berkesan daripada cuba untuk membaiki kesan selepas ia berlaku. Pengurangan
risiko juga merupakan pelaburan dana untuk mengurangkan risiko projek. Seorang
pengurus projek boleh mengupah pakar untuk mengkaji semula pelan teknikal atau
anggaran kos pada satu projek untuk meningkatkan keyakinan dalam pelan tersebut,
seterusnya mengurangkan risiko projek. Menetapkan kakitangan projek yang
berkemahiran untuk menguruskan aktiviti-aktiviti berisiko tinggi adalah salah satu
kaedah pengurangan risiko (Caltrans, 2007).
iv. Risk Transfer ( Pemindahan Risiko)
Pemindahan risiko adalah kaedah mengalihkan risiko dari projek ke pihak
yang lain. Sebagai contoh sebagai contoh pembelian insurans atas barang-barang
tertentu bagi mengurangkan kos kerugian. Risiko ini dipindahkan daripada projek
kepada syarikat insurans. Pemindahan risiko membolehkan pemohon untuk
mengalihkan akibat risiko kepada pihak ketiga (Caltrans, 2007).
Pemindahan risiko selalunya melibatkan pembayaran premium risiko kepada
pihak yang mengambil risiko. Ia merangkumi penggunaan insurans, bon
pelaksanaan, jaminan, dan jaminan. Kontrak boleh digunakan untuk memindahkan
liabiliti bagi risiko-risiko tertentu kepada pihak lain. Penggunaan kontrak harga tetap
boleh memindahkan risiko kepada penjual jika terdapat perubahan pada pertengahan
projek yang melibatkan faktor dari klien (Caltrans, 2007).
31
v. Contigency plan ( Perancangan Luar Jangka)
Pasukan projek membangunkan satu kaedah alternatif untuk mencapai
matlamat projek apabila peristiwa risiko yang dikenal pasti berlaku dan mampu
menggagalkan pencapaian matlamat projek tersebut. Rancangan-rancangan ini
dipanggil rancangan luar jangka. Sebagai contoh risiko pemandu trak gagal
menghantar bahan binaan boleh dikurangkan dengan pelan kontingensi yang
menggunakan kereta api untuk mengangkut peralatan yang diperlukan untuk projek
tersebut (Amado, 2012).
2.4 Risiko Dalam Pembinaan
Menurut Kwayke (1997), beliau telah menggariskan Sembilan risiko yang wujud
dalam projek pembinaan. Risiko-risiko itu adalah:-
a) Risiko fizikal : Risiko ini adalah risiko yang berkaitan dengan peperangan,
banjir, sinar radioaktif atau gempa bumi
b) Risiko pembinaan :Risiko ini melibatkan kekurangan tenaga buruh dalam
pembinaan, kelewatan pelaksanaan projek, reka bentuk yang tidak efektif,
kelewatan penerimaan tapak, pembatalan aktiviti di tapak bina, kehendak
dokumen kontrak dan produktiviti kontraktor dan penaju yang berlainan.
c) Risiko undang-undang :Risiko apabila berlaku kemalangan yang
menyebabkan kecederaan kepada pekerja dan kemusnahan bahan yang perlu
dilindungi dan di bayar dengan pampasan.
32
d) Risiko harga : Penentuan harga yang disebabkan oleh kesilapan semasa
pengiraan, kesilapan perubahan kerja, ketidaktepatan penaksiran projek dan
saluran sumber maklumat yang tidak tepat.
e) Risiko pelaksanaan :Risiko ini melibatkan produktivi pekerja yang kurang,
ketiadaan moral untuk melaksanakan kerja dengan lebih tekun, pergaduhan di
kalangan pekerja, pengurusan yang lemah dan operasi kerja yang kompleks
dan susah difahami.
f) Risiko ekonomi : Penurunan nilai wang, kadar faedah yang tinggi, inflasi dan
lebihan belanjawan merupakan risiko ekonomi
g) Risiko politik : Risiko ini berkaitan dengan isu alam sekitar, bantahan
daripada organisasi tertentu, perubahan kepimpinan kerajaan dan perubahan
cukai yang mendadak
h) Risiko komersial : Kemerosotan pasaran, tiada permintaan dan tuntutan
pemaju
i) Risiko kontrak : Kelewatan pembayaran balik, kawalan yang lemah terhadap
kontrak, kekurangan penglibatan pihak-pihak terbabit, tuntutan kontrak dan
kelewatan kerja pembinaan
2.4.1 Risiko Kontrak Lump Sum
Dalam melaksanakan sesuatu projek pembinaan terutamanya dalam kontrak
lump sum kontraktor utama tidak terlepas daripada risiko yang wujud dalam kontrak
ini. Penggunaan kaedah kontrak lump sum dalam pembinaan juga mempunyai risiko
yang tersendiri sama ada semasa proses tender, reka bentuk ataupun semasa
pembinaan. Dalam mengkaji risiko yang terdapat dalam kontrak lump sum, pelbagai
cara boleh digunakan. Antaranya ialah melihat amalan mengurus kontrak oleh
kontraktor di Malaysia berpandukan JKR 203A, PAM 1998 . Dalam melaksanakan
33
peranan sebagai kontraktor, seseorang kontraktor itu perlu tahu akan tanggungjawab,
hak-hak, liabiliti dan penalti yang dikenakan ke atas mereka untuk meminimakan
risiko yang mereka tempuhi seperti yang telah dinyatakan di dalam kontrak. Ini
kerana, pengurusan kontrak yang baik adalah pengurusan yang dapat mengawal
risiko-risiko yang lazim berlaku didalam suatu projek pembinaan (Gilbreath, 1949).
Diantara risiko kontrak lump sum yang ditanggung oleh kontraktor ialah:-
i. Risiko harga
ii. Risiko ekonomi
iii. Risiko rekabentuk
iv. Risiko tapak bina
v. Risiko perubahan kerja
vi. Risiko kaedah kerja
vii. Risiko pembayaran
viii. Risiko kerosakan
ix. Risiko kelewatan
2.4.1.1 Risiko harga
Menurut JKR 203B, kontraktor yang menandatangani kontrak ini telah
bersetuju menjadi terikat oleh dan tunduk kepada Syarat- Syarat Kontrak dan Senarai
Kuantiti yang terletak harganya dan/atau Spesifikasi tersebut dan bersetuju bahawa
sebelum surat setuju terima tender dikeluarkan, harga atau kadar harga dalam
senarai kuantiti hendaklah diteliti dan diselaraskan oleh pegawai penguasa dengan
memastikan kemunasabahannya tanpa mengubah amaun yang dinyatakan di dalam
Borang Tender. Hal ini, menyatakan bahawa kontraktor hendaklah menyiapkan
34
kerja mengikut tarikh dan harga yang telah dipersetujui tanpa mengubah harga.
Sebarang peningkatan kos dalam pembinaan adalah dibawah tanggung jawab
kontraktor.
2.4.1.2 Risiko ekonomi atau perubahan harga bahan
Menurut Mattwan (2011), pihak kontraktor akan membida sesuatu projek
pembinaan dengan memasukkan sekali jumlah keuntungan dan overhead dalam
harga mereka berdasarkan penilaian risiko dan kesukaran projek tersebut. Anggaran
nilai keuntungan dan overhead ini adalah sebanyak 10 hingga 15 peratus daripada
nilai projek. Tambahnya lagi, pihak kontraktor menanggung sebahagian besar risiko
dari segi naik turun kos buruh dan bahan binaan.
2.4.1.3 Risiko rekabentuk
Risiko reka bentuk ini banyak melibatkan liabiliti kontraktor dalam
memastikan reka bentuk adalah selamat dan boleh digunakan. Kegagalan kontraktor
bagi memaklumkan kerosakkan atau kecacatan reka bentuk kepada pihak majikan
boleh mengakibatkan reka bentuk tidak stabil dan runtuh selepas pembinaan. Oleh
35
itu, kerjasama diantara kontraktor dengan pasukan reka bentuk adalah sangat penting
dalam memastikan bahawa reka bentuk tersebut adalah efisyen dan sesuai untuk
sesuatu projek pembinaan.
Bagi kontraktor yang melaksanakan kontrak Reka dan Bina adalah
bertanggungjawab sepenuhnya terhadap reka bentuk yang di laksanakan. Kegagalan
kontraktor untuk melaksanakan reka bentuk tersebut adalah salah satu daripada
pelanggaran kontrak. Kontraktor hendaklah memastikan bahawa reka bentuk tersebut
adalah sesuai dengan pembinaan tersebut dan tiada sebarang kecacatan di dalam
rekabentuk tersebut. Jika pihak kontraktor melantik sub kontraktor bagi
melaksanakan reka bentuk tersebut, kontraktor utama masih lagi menanggung risiko
reka bentuk tersebut dan pihak kontraktor perlu menampung kerugian tersebut
sebelum menuntut kembali kerugian tersebut daripada pihak sub kontraktor.
2.4.1.2 Risiko Tapak Bina
Berdasarkan JKR 203A, Fasal 15, kontraktor bertanggungjawab seperti yang
tedapat di dalam peruntukan di atas untuk memeriksa dan meneliti tapak bina dan
sekitarnya dan berpuas hati dengan sendirinya sebelum menyerahkan harga tender
mereka kepada. Perkara-perkara yang perlu diperiksa ada diterangkan di dalam
peruntukan terbabit.
36
2.4.1.3 Risiko perubahan kerja
Berdasarkan JKR 203A, Fasal 5 dan PAM 1998,Fasal2.0, apabila Arkitek
atau Pegawai Penguasa (PP) mengeluarkan arahan perubahan, fasal-fasal seperti
diatas terpakai bagai menerangkan tanggungjawab atau perkara-perkara yang perlu
dilakukan oleh kontraktor. Takrif perubahan kerja bergantung kepada terma kontrak.
Secara amnya, istilah tersebut bermaksud perubahan terhadap sifat atau takat kerja
kontrak (reka bentuk, kualiti dan kuantiti) atau terhadap keadaan kerja (seperti ruang
dan waktu bekerja) yang telah dipersetujui bagi perlaksanaan kontrak. Kontraktor
bertanggungjawab untuk melaksanakan perubahan tersebut sekiranya Arkitek atau
PP mengesahkan secara bertulis akan arahan perubahan tersebut. Dan sekiranya
arahan tersebut dinyatakan secara lisan, menjadi tanggungjawab kontraktor untuk
memberi notis secara bertulis kepada Arkitek atau PP supaya arahan perubahan
tersebut disahkan.
Antara sebab perubahan dilakukan adalah seperti dibawah:-
a) Maklumat rekabentuk yang tidak sempurna atau tidak mencukupi.
b) Kelambatan bahan binaan atau peralatan binaan oleh pemilik.
c) Perubahan dalam keperluan.
d) Perubahan keadaan tapak bina yang tidak dijangka.
e) Impak kerja-kerja pembinaan lain yang sedang dilaksanakan pada masa yang
sama oleh kontraktor yang lain.
f) Bahasa kontrak dan pemahaman kontrak yang samar-samar.
37
2.4.1.5 Risiko kaedah kerja
Risiko kaedah kerja merupakan satu risiko yang melibatkan pelaksanaan
kerja kontraktor semasa melaksanakan kontrak Reka dan Bina. Kegagalan pihak
kontraktor untuk melaksanakan kaedah kerja sepertimana yang telah dipersetujui di
dalam kontrak adalah satu pelanggaran kontrak. Dalam hal ini, kontraktor perlu
memastikan bahawa pihaknya berkemampuan untuk melaksanakan kaedah kerja
tersebut sebelum mencadangkannya kepada majikan. Sebarang perubahan kaedah
kerja semasa pembinaan adalah di tanggung oleh kontraktor dan pihak majikan
adalah tidak bertanggungjawab terhadap perubahan tersebut. Kos bagi perubahan
kerja tersebut di tanggung sepenuhnya oleh kontraktor utama tanpa sebarang bayaran
daripada majikan.
2.4.1.5 Risiko pembayaran
Dalam senario di Malaysia, kebanyakan pembayaran dibuat adalah
berdasarkan kemajuan kerja-kerja yang dilaksanakan oleh kontraktor (work done) di
tapak bina. Ini adalah kerana pembayaran berdasarkan kemajuan kerja-kerja
kontraktor ini dilihat lebih adil kepada kedua-dua pihak yang berkontrak.
Berdasarkan JKR 203A dan PAM 1998, memperuntukkan klien atau pemilik untuk
menunaikan bayaran kepada kontraktor dalam tempoh tertentu selepas perakuan
dikeluarkan. Kegagalan klien atau pemilik berbuat demikian adalah merupakan satu
kemungkiran kontrak dan kontraktor berhak untuk memberi notis untuk menamatkan
pengambilan kerjanya di bawah peruntukan kontrak.
38
Selain dari itu, menjadi hak kontraktor untuk diperakukan dengan perakuan
muktamad yang dikeluarkan oleh arkitek dalam tempoh yang tertentu selepas
berakhirnya tempoh liabiliti kecacatan. Selain itu, hendaklah dinyatakan jumlaj
bayaran yang perlu dibayar bagi penyelesaian kontrak. Dalam erti kata lain,
perakuan muktamad adalah satu penyataan yang Arkitek atau PP bahawa dia berpuas
hati bahawa kerja tersebut telah menpati kehendak kontrak.
2.4.1.6 Risiko kerosakan kerja
Berdasarkan JKR 203A,Fasal 4, Fasal 9 (a) dan PAM 1998,Fasal 1.0, Fasal
6.1, selain dari melaksanakan dan menyiapkan kerja-kerja seperti yang ditetapkan
dalam dokumen kontrak, kontraktor juga perlu menyiapkan kerja termasuk membaiki
apa-apa kecacatan atau kerosakan yang timbul sebelum tarikh penyiapan. Kontraktor
bertanggungjawab membaiki kecacatan yang ternampak semasa tempoh liabiliti
kecacatan akibat dari mutu kerja atau bahan yang tidak menepati kontrak.
Kontraktor bertanggungjawab untuk memaklumkan dengan memberi notis
secara bertulis kepada Arkitek atau Pegawai Penguasa (PP) sekiranya terdapat
percanggahan di antara elemen di dalam dokumen kontrak.Kontraktor
bertanggungjawab dalam menentukan mutu bahan-bahan dan mutu kerja seperti yang
dinyatakan dalam lukisan-lukisan, spesifikasi dan senarai kuantiti. Secara
tersiratnya, bahan-bahan yang dibekalkan adalah layak untuk maksud ianya hendak
39
digunakan dan berkualiti boleh dagang. Sekiranya terdapat kecacatan berlaku akibat
mutu bahan yang tidak baik, kontraktor bertanggungjawab sepenuhnya terhadap
kerugian yang berlaku akibat kecacatan tersebut. Kontraktor juga bertanggungjawab
sepenuhnya terhadap kerja-kerja subkontraktor, menyelia kemajuan dan perancangan
subkontraktor. Kontraktor wajib memberi segala maklumat yang diperlukan oleh
Arkitek atau PP berkenaan dengan program kerja, tuntutan bayaran, tuntutan lanjutan
masa dan tuntutan kerugian dan perbelanjaan. Dalam erti kata lain, memberi
kerjasama sepenuhnya kepada Arkitek atau PP.
2.4.1.7 Risiko kelewatan
Berdasarkan JKR 203A, Fasal 40 dan PAM 1998, Fasal 22.0, kontrak binaan
lazimnya menetapkan tarikh bagi penyiapan kerja. Sekiranya kontraktor gagal
menyiapkan kerja dalam atau pada masa yang ditetapkan itu, dia dianggap telah
memungkiri kontrak. Oleh itu kontraktor perlu membayar suatu jumlah wang kepada
klien atau pemilik mengikut kadar yang telah ditetapkan. Perakuan yang dikeluarkan
di di bawah peruntukan ini disebut “Perakuan Kerja Tidak Siap”.
Peruntukan ganti rugi tertentu dan ditetapkan adalah bagi membolehkan
majikan mendapat balik kerugian yang dialami akibat kegagalan kontraktor
menyiapkan kerja pada tarikh siap atau apa-apa tarikh lanjutan. Sekiranya kontraktor
gagal menyiapkan kerja dalam masa yang ditentukan, Arkitek atau PP hendaklah
mengeluarkan satu perakuan menyatakan perkara tersebut bagi membolehkan klien
40
atau pemilik menolak amaun ganti rugi tertentu dari mana wang yang perlu dibayar
kepada kontraktor.
Berdasarkan JKR 203,Fasal 38 dan PAM 1998,Fasal 21.0 menyatakan, dari
segi lanjutan masa pula, menjadi kewajipan kontraktor untuk menyiapkan kerja pada
atau sebelum tarikh penyiapan. Di dalam JKR 203A dan PAM 1998 terdapat
peruntukan untuk Arkitek atau PP memberi lanjutan masa di atas sebab-sebab
tertentu. Pemberian lanjutan masa ini melepaskan kontraktor daripada liabilitinya
membayar amaun ganti rugi tertentu bermula dari tarikh yang dinyatakan di dalam
kontrak.
Contoh-contoh peristiwa yang membolehkan lanjutan masa diberikan adalah
perkara-perkara di luar kawalan klien atau kontraktor. Contohnya seperti:-
a) Force majeure
b) Keburukan cuaca yang luar biasa.
c) Rusuhan awam dan sebagainya.
d) Kekurangan bahan atau tenaga buruh diseluruh negara atau kawasan
setempat.
e) Kerugian atau kerosakan yang disebabkan oleh bencana-bencana tertentu
contonya kebakaran.
Perkara-perkara yang berpunca daripada tanggungjawab klien atau ejennya
juga membolehkan kontraktor diberi lanjutannya. Contohnya seperti:-
a) Mematuhi arahan-arahan sah Arkitek atau PP mengenai percanggahan
dokumen, perubahan kerja atau penangguhan.
b) Kelambatan dalam memberi maklumat.
41
c) Kelambatan dipihak subkontraktor atau pembekal dinamakan.
d) Kelambatan dipihak orang-orang lain yang diupah oleh klien.
e) Mendedahkan apa-apa kerja tertutup dan membaikinya semula untuk
pemeriksaan atau pengujian sekiranya kerja tersebut didapati telah mematuhi
kehendak kontrak.
f) Kelambatan atau kegagalan majikan membekalkan bahan atau barangan yang
dia telah setuju membekalkan.
2.5.1 Rumusan
Rumusannya di sini adalah, dalam memastikan sesuatu projek pembinaan itu
berjalan dengan lancar, pihak kontraktor haruslah mengenapasti setiap risiko yang
hadir dalam sesuatu projek yang diambil itu sendiri, antara kaedah dalam
mengenalpasti risiko yang hadir dalam sesuatu projek itu, pihak kontraktor boleh
meneliti risiko yang hadir dalam dokumen kontrak itu sendiri. Hal ini kerana,
pengurusan risiko dalam kontrak yang baik akan mengurangkan liabiliti yang akan
ditanggung oleh kontraktor seterusnya mengurangkan kerugian pihak kontraktor itu
sendiri. Dengan berpandukan JKR 203A, PAM 1998, 9 senarai risiko dalam kontrak
lump sum telah dikenal pasti, iaitu, risiko harga, risiko ekonomi, risiko reka bentuk,
risiko sub surface, risiko perubahan kerja, risiko pembayaran, risiko kerosakan dan
risiko kelewatan Berdasarkan 9 risiko utama ini, pihak kontraktor dapat menilai
apakah faktor yang hadir dalam risiko ini, seterusnya menyediakan langkah-langkah
untuk mengurangkan risiko yang ditanggung bagi mengelakkan kerugian bagi pihak
kontraktor.
42
BAB 3
METODOLOGI KAJIAN
3.1 Pengenalan
Dalam bab ini akan membincangkan kaedah bagaimanakah kajian ini
dijalankan. Kajian metodologi merupakan elemen yang penting kerana merupakan
keperluan untuk menjalankan kajian sebagai panduan kepada pengkaji untuk
mencapai matlamat dan objektif kajian. Objektif utama penyelidikan ini dilakukan
adalah untuk mengenalpasti risiko-risiko yang dihadapi oleh kontraktor dalam
kontrak lump sum dan langkah-langkah kontraktor mengurangkan risiko dalam
kontrak harga lump sum. Selain itu, kajian ini dijalankan bagi mengenalpasti
langkah-langkah kontraktor mengurangkan risiko dalam perletakan harga lump sum
Oleh demikian, penyelidikan ini haruslah memastikan objektif seperti di atas dapat
dicapai bagi memenuhi kehendak penyelidikan.
43
3.2 Kaedah Kajian
Menurut Noraiani (2013), kaedah kajian terdapat dalam dua pendekatan iaitu
kaedah kualitatif dan kaedah kuantitatif. Dari segi falsafah kaedah penyelidikan
kuantitatif menekankan objektif kajian dalam pengumpulan data berdasarkan setiap
fenomena dalam kehidupan dapat diterangkan dengan mengukur elemen-elemen
yang terlibat dalam fenomena berkenaan. Pengukuran ini akan memberikan data
yang berbentuk kuantitatif. Data-data yang dikumpul berbentuk nombor ataupun
kuantiti dan dianalisis dengan menggunakan pendekatan statistik. Penyelidikan
kuantitatif boleh berbentuk eksperimen atau bukan eksperimen seperti kajian
tinjauan, penyelidikan kolerasi dan penyelidikan perbandingan penyebab.
Manakala penyelidikan kualitatif merupakan usaha menjawab perkara-
perkara yang tidak mungkin akan dijawab menerusi penyelidikan kuntitatif serta
memberi gambaran dari segi perspektif yang tidak dapat diukur secara kuantiti. Para
penyelidik kualitatif percaya bahawa dunia manusia tidak stabil mahupun seragam
untuk memberi makna kepada sesuatu fenomena berdasarkan pengukuran yang
dibuat keatas elemen-elemen yang terlibat. Elemen yang dimaksudkan adalah seperti
perasaan, sikap dan tingkah laku manusia berbeza dalmsituasi yang berlainan dan
oleh itu unsur subjektiviti diambil kira dalam pendekatan kualitatif, dimana para
penyelidik percaya bahawa maklumat yang berbeza diperoleh dalam konteks dan
situasi yang berbeza. Penyelidikan kualitatif boleh dikelaskan kepada kajian kes,
penyelidikan etrografi, kajian sejarah dan kajian tindakan (Noraini, 2013). Oleh
kerana kajian ini berunsur subjektif maka bentuk kajian yang sesuai dijalankan adlah
berbentuk kualitatif.
44
3.3 Pengumpulan Data
Data yang ingin di perolehi daripada kajian ini adalah apakah risiko yang
dihadapi pihak kontraktor dalam kontrak lump sum dan bagaimanakah cara
kontraktor Menangani risiko yang dihadapi dalam masalah tersebut. Oleh sebab
kajian ini didapati berbentuk kualitatif, maka pengumpulan data yang sesuai
digunakan adalah dengan menggunakan kaedah temubual berstruktur.
3.3.1 Instrumen Kajian
Instrumen yang sesuai untuk kajian ini adalah temu bual berstruktur. Menurut
Chua (2003), Temubual berstruktur adalah temu bual yang dijalankan secara formal,
dirancang dengan teliti dan dilaksanakan mengikut satu senarai soalan yang perlu
dijawab oleh semua responden yang terlibat. Untuk memastikan temubual dilakukan
dengan keadaaan yang baik, soalan-soalan yang akan dibina mestilah berupaya untuk
mengumpulkan maklumat yang mencerminkan konsep variable dalam kajian.
Soalan-soalan yang akan ditemubual juga mesti selaras dengan objektif kajian. Tiga
andaian asas pembentukan soalan temu bual berstruktur adalah semua responden
mempunyai laras bahasa yang sama, soalan-soalan dibina dengan bahasa yang
mudah difahami dengan jelas oleh setiap responden dan responden memahami setiap
soalan kajian iaitu soalan yang membawa maksud yang sama (Chua ,2003).
45
Instrumen kajian ini ini adalah soalan temubual berstruktur yang akan
diajukan kepada pihak kontraktor untuk untuk mendapatkan maklumat daripada
mereka. Soalan temubual berstruktur ini di bentuk berpandukan persoalan kajian agar
dapatan kajian yang di perolehi menepati objektif yang diinginkan dalam kajian ini.
Berdasarkan jadual 3.1 di bawah, dapat dilihat perkaitan soalan dengan data yang
diperlukan daripada responden semasa temubual dijalankan.
Soalan Data yang Diperlukan
Bahagian A : Maklumat Responden
1. Nama, jawatan dan nama syarikat
responden
Untuk mengetahui latar belakang responden,
jawatan dan peranan responden dalam syarikat.
Bahagian B : Latar Belakang Responden
2. Bolehkah encik ceritakan serba sedikit
mengenai latar belakang projek yang
telah encik lakukan dan siapakah
pemilik projek tersebut?
Untuk mengetahui latar belakang projek dari segi
kos , tempoh masa dan pemilik projek tersebut.
Bahagian C : Maklumat Kajian
3. Apakah projek yang menggunakan
kaedah kontrak lump sum yang telah
encik laksanakan?
Untuk mengetahui kaedah perlaksanaan kontrak
lump sum yang responden gunakan.
4. Apakah kelebihan dan kekurangan
kontrak lump sum berbanding kontrak
jenis lain?
Untuk mengetahui kelebihan dan kekurangan
yang dihadapi dalam kontrak lump sum
5. Apakah risiko-risiko yang dihadapi oleh
kontraktor dalam perlaksanaan kontrak
lump sum?
Untuk mengetahui risiko yang dihadapi oleh
kontraktor dalam kontrak lump sum
6. Apakah langkah-langkah yang
digunakan oleh kontraktor dalam
Menangani risiko kontrak lump sum?
Untuk mengetahui kaedah dan langkah-langkah
yang digunakan bagi mengatasi risiko dalam
kontrak lump sum
Jadual 3.1 Senarai Soalan dan Data Yang Diperlukan
46
3.3.2 Proses Pengumpulan Data
Dalam mendapatkan data bagi menjalankan kajian ini, instrumen kajian yang
digunakan adalah dengan menggunakan kaedah temubual berstruktur. Dalam
menjalankan kaedah temubual terdapat beberapa proses yang perlu dijalani bagi
memastikan proses temubual berjalan dengan sempurna. Menurut (Noraini, 2013)
proses temubual melibatkan pelbagai aktiviti yang boleh dipecahkan kepada tiga
fasa, iaitu sebelum temubual dijalankan, semasa temubual dijalankan dan selepas
temubual dijalankan.
Dalam kajian ini sebelum temubual dijalankan, perkara yang paling penting
adalah untuk mendapatkan kebenaran ataupun kepercayaan pihak yang bakal
ditemubual. Setelah itu, penjelasan mengenai tujuan penyelidikan dijalankan kepada
pihak yang bakal ditemubual dilakuka. Hal ini adalah untuk memastikan pihak yang
bakal ditemubual memahami kepentingan penyelidikan serta peranan mereka. Selain
daripada menjelaskan aspek tujuan kajian, aspek kerahsiaan dalam penyelidikan ini
dijelaskan bagi memaklumkan pihak yang ditemubual bahawa respon yang
diperolehi semasa temubual akan kekal sebagai rahsia seperti yang digariskan dalam
etika penyelidikan. Setelah pihak yang bakal ditemubual jelas mengenai kehendak
penyelidikan, kebenaran bertulis bagi mendapatkan kebenaran pihak yang bakal
ditemubual diserahkan kepada mereka untuk mengesahkan persetujuan mereka untuk
ditemubual. Aspek terakhir yang perlu diberi perhatian sebelum memulakan sesi
temu bual ialah senarai semak barang atau bahan yang perlu dibawa semasa
temubual seperti borang biodata peserta penyelidikan, alat rakaman, instrumen
pengumpulan data seperti soalan temubual, soalan tambahan dan borang soal selidik.
47
Semasa temubual dijalankan pula, kebenaran lisan daripada pihak yang
ditemubual turut diminta untuk membolehkan proses temubual dirakam. Dalam
merakam sesi temubual yang dijalankan, alat yang akan digunakan adalah perakam
suara digital dimana rakaman yang dibuat dapat memudahkan proses transkripsi
kerana rakaman boleh diulang semuala dan boleh dipindahkan kedalam komputer
dan kemudian diarkibkan kedalam cakera padat yang lebih tahan lasak.
Selepas sesi temubual pula, penyedian transkripsi hendaklah dijalankan bagi
mengeluarkan maklumat dan respon yang disampaikan oleh responden melalui
rakaman yang telah dibuat. Dalam proses transkripsi ini, semua makluamat yang
disampaikan oleh responden akan dicatat dan direkodkan dlam bentuk bertulis
kemudiannya akan dikodkan ataupun diasingkan berdasarkan kriteria yang
diinginkan.
3.4 Analisis Data
Kaedah analisis yang digunakan dalam kajian ini adalah kaedah analisis
kandungan ataupun content analysis. Teknik ini digunakan bagi menentukan hasil-
hasil analisis bagi temubual yang dilakukan. Bagi kajian ini, data-data yang
diperolehi hasil temubual berstruktur yang telah dijalankan akan dikumpul,
diasingkan dan dianalisis dengan menggunakan kaedah “coding” yang mana ianya
dianalisis menerusi penganalisaan kualitatif dimana iannya akan dicorak dalam
bentuk jadual dan carta pai bagi mengenalpasti corak jawapan daripada responden.
48
3.5 Rumusan Bab
Kesimpulannya, bab ini membincangkan mengenai metodologi atau kajian
yang telah digunakan oleh penyelidik bagi menumpul data-data untuk mencapai
objektif kajian. Metodologi kajian yang dirangka secara tersusun adalah untuk
memudahkan penyelidik mencapai objektif kajian. Dengan adanya rangka yang
tersusun dan jelas, penyelidik telah mengetahui secara keseluruhan data-data atau
maklumat yang diperlukan. Oleh itu, ianya dapat digunakan sebagai panduan bagi
memastikan data-data yang penting diperolehi.
49
BAB 4
ANALISIS DATA
4.0 Pengenalan
Bab ini membincangkan analisis ke atas data-data yang diperolehi daripada
temubual yang telah dijalankan. Kajian ini akan menganalisis hasil jawapan oleh
responden dalam mengenal pasti risiko-risiko yang dihadapi oleh kontraktor dalam
kontrak lump sum dan langkah dalam mengatasi masalah tersebut.
Secara keseluruhannya, analisis di laksanakan mengikut dua (2) bahagian
iaitu: A), risiko-risiko yang dihadapi oleh kontraktor dalam kontrak lump sum. B)
langkah-langkah dalam mengatasi risiko kontrak lump sum.
Bahagian A, menerangkan tentang risiko-risiko yang dihadapi oleh kontraktor
dalam kontrak lump sum. Bahagian B, berdasarkan kepada data risiko-risiko kontrak
lump sum yang dihadapi oleh kontraktor,langkah-langkah untuk mengatasi masalah
tersebut juga akan dianalisis dalam bahagian ini akan dianalisis untuk mengenal pasti
50
langkah-langkah kontraktor Menangani risiko dalam kontrak lump sum. Analisis ini
akan disokong dengan transkrip yang telah dibuat berdasarkan temubual terhadap
responden berkenaan dan dianalisa dengan memberi keutamaan kepada fakta risiko
kontrak lump sum. Risiko kontrak lump sum yang dianalisis adalah berdasarkan
kajian literatur yang dibuat pada Bab 2 lepas, iaitu:
i. Risiko harga
ii. Risiko ekonomi
iii. Risiko reka bentuk
iv. Risiko tapak bina
v. Risiko perubahan kerja
vi. Risiko kaedah kerja
vii. Risiko pembayaran
viii. Risiko kelewatan
ix. Risiko kerosakan
4.2 Latar Belakang Responden
Sebanyak 10 responden dari syarikat berlainan telah di temubual. Lima orang
daripadanya dari syarikat kontraktor G7 dan lima orang lagi daripada syarikat
kontraktor G6 di Johor Bahru. Kesemua responden yang telah ditemubual adalah
pernah mempunyai pengalaman dalam menguruskan kontrak lump sum. Berdasarkan
Jadual 4.1, seramai 6 responden yang melaksanakan kontrak lump sum yang
menggunakan kaedah secara reka dan bina manakala 4 responden melaksanakan
kaedah konvesional.
51
Responden Jawatan dan nama
syarikat
Senarai projek
lump sum dan kos
Jenis kontrak
A Ir Hj Saniman b. Mail
Managing Director
(BJP ENG. & CONST.
SDN .BHD)
MRV gas tech,
fakulti ibnu
sinar(RM 9 juta)
Reka dan bina
B En. Shahvarein bin Sulong
Managing Director
(Rosha Dynamic Sdn Bhd)
Kerja pembinaan
jalan raya di
pengerang,johor
(RM 400ribu)
Konvensional
C Hafizi bin Mohamed
Contract Managing & QS
(GSR Construction Sdn.
Bhd)
Warehouse projek
dipasir gudang ,
(RM3.5 juta )
Reka dan bina
D Ridzuan B Yahaya
Construction Manager
(Seri Impian Construction)
Projek kilang
struktur keluli di
Johor, Taman
Teknologi Senai.
(RM2.4 juta)
Reka dan bina
E Chris Ng
Construction Manager
(Prosmier Construction)
Projek pembinaan
jalan , Estet Sime
Darby (RM
4million)
Konvensional
F Masliza bt Zakaria
Project Engineer & Project
Manager
(Tanjung Emas
Construction
Johor port crusher
run , parking lori
(RM 2.2 juta)
Konvensional
G Mohd Shahril
Project Manager
Masjid (RM
2.5juta)
Konvensional
52
(Impian Shazai)
H Mr. Tay Chin Kee
Project Contract Manager
(Windsor Aims)
Kilang steel
structure di Kulai
(RM4juta)
Reka dan bina
I Project Manager
(Alaf Pentawaris Sdn Bhd)
Warehouse Sime
Darby di Pasir
Gudang (RM5juta)
Reka dan bina
J Project Manager
(Jurustra Sdn. Bhd)
Kilang memproses
makanan dan
minuman, steel
structure (RM3.5)
Reka dan bina
Jadual 4.1 : Senarai Responden dan Projek Kontrak Lump Sum
4.2 Risiko-risiko Kontrak Lump Sum
Kontrak lump sum juga sama seperti kontrak lain dimana kontrak lump sum
juga mempunyai risiko yang tersendiri. Berdasarkan kajian literatur yang dibuat pada
Bab 2, antara risiko yang wujud dalam kontrak lump sum adalah risiko harga, risiko
ekonomi, risiko reka bentuk, risiko tapak bina, risiko perubahan kerja, risiko kaedah
kerja, risiko pembayaran, risiko kerosakan dan risiko kelewatan.
53
4.2.1 Risiko harga
Bagi responden yang melaksanakan kontrak lump sum menggunakan kaedah
reka dan bina, responden A, menyatakan bahawa perletakan harga adalah satu risiko
yang besar hal ini adalah kerana bagi kontraktor yang melaksanakan kontrak lump
sum melalui kaedah reka bentuk, haruslah menyiapkan kerja kontrak yang telah
dipersetujui meskipun terdapat peningkatan kos. Responden C pula menyatakan
risiko harga berlaku apabila bidaan harga dalam kontrak tersebut tidak seimbang
dimana harga yang dibida adalah lebih rendah berbanding harga kos untuk penyiapan
projek. Bagi responden D pula menyatakan bahawa dalam kontrak lump sum,
kesilapan memasukkan harga akan mengakibatkan kerugian yang besar kepada pihak
kontraktor. Begitu juga dengan responden H, menyatakan pendapat yang sama
dimana kesilapan memasukkan harga tender akan memberi kerugian yang besar
kepada kontraktor. Bagi responden J pula, menyatakan bahawa kontraktor yang
mengambil kontrak lump sum, perlu menyiapkan kerja tersebut mengikut harga
kontrak tersebut dan sebarang penambahan kerja adalah bawah tanggungjawab
kontraktor dan bukan tanggungjawab klien.
Bagi responden yang melaksanakan kontrak lump sum kaedah konvesional
juga turut menyatakan bahawa risiko harga hadir dalam kontrak lump sum. Hal ini
telah dinyatakan oleh responden B, bahawa kesilapan dalam perletakan harga akan
mengakibatkan kontraktor tiada keuntungan. Responden E, pula menyatakan bahawa
kontraktor, mengalami masalah kemasukan harga kerana, kontrak lump sum secara
konvesional, kekurangan detail dan spesifikasi yang lengkap dan akhirnya akan
berlaku kesilapan oleh kontraktor dalam memasukkan harga seterusnya
mengakibatkan kerugian kepada kontraktor. Begitu juga dengan responden F dan G
yang menyatakan bahawa kesilapan memasukkan harga adalah risiko utama dalam
kontrak lump sum, kerana sebarang peningkatan kos binaan adalah dibawah
tanggungjawab kontraktor.
54
4.2.2 Risiko ekonomi
Bagi responden yang melaksanakan kontrak lump sum menggunakan kaedah
reka dan bina, responden A menyatakan, risiko ekonomi akan memberi kesan kepada
peningkatan harga bahan. Berdasarkan pendapat responden A, menyatakan risiko
contoh risiko ekonomi yang berlaku adalah peningkatan harga minyak akan
meningkatkan kos dalam penggunaan bahan api, dan seterusnya meningkatkan kos
pengangkutan dan jentera. Manakala responden C dan D pula menyatakan pendapat
yang sama bahawa, risiko ekonomi akan memberi kesan kepada perubahan harga
bahan yang tidak menentu dan pihak klien tidak bertanggungjawab terhadap
peningkatan tersebut. Begitu juga dengan responden H, I dan J menyatakan bahawa,
peningkatan harga bahan yang tidak menentu dan sentiasa berubah-ubah, akan
memeberi impak yang besar dalam kos pembinaan dimana pihak kontraktor itu
sendiri yang akan menanggung kos tersebut.
Bagi responden yang melaksanakan kontrak lump sum konsep konvesional
pula, turut menyatakan bahawa risiko ekonomi juga memberi kesan dalam
peningkatan kos. Hal ini kerana sebarang peningkatan kos bahan yang.berlaku adalah
dibawah tanggungan kontraktor kerana dalam kontrak lump sum tidak boleh
membuat pelarasan harga semula setelah kontrak dipersetujui. Hal ini telah
dinyatakan oleh responden B dan G. Manakala responden E, menyatakan risiko
ekonomi selalu berkaitan dengan peningkatan harga minyak, hal ini akan memberi
impak yang besar bagi kerja pembinaan jalan raya, dimana peningkatan harga
minyak akan meningkatkan kos bahan utama iaitu bitumen hal ini secara tidak
langsung akan meningkatkan kos bahan dan perlu ditanggung oleh kontraktor. Begitu
juga dengan responden F, menyatakan risiko ekonomi akan memberi impak kepada
peningkatan kos bahan dan akan ditanggung oleh kontraktor.
55
4.2.3 Risiko reka bentuk
Bagi risiko reka bentuk, kontraktor yang melaksanakan kontrak lump sum
kaedah reka bina menyatakan risiko reka bentuk adalah dibawah tanggungjawab
kontraktor, hal ini adalah kontraktor tersebut telah mengambil tanggungjawab untuk
mereka bentuk dan membina sesuatu projek yang telah di tender. Hal ini dinyatakan
oleh responden A, C dan D bahawa jika terdapat kerja tambahan di sebabkan salah
reka bentuk, kontraktor tidak boleh mebuat apa-apa tuntutan kerja tambahan.
Menurut pendapat responden A, kontraktor yang yang melaksanakan kontrak lump
sum kaedah reka, klien bagi kontrak tersebut tidak mahu menanggung sebarang kos
kerja tamabahan dimana pihak kontraktor perlu menanggung keseluruhan risiko
peningkatatn kos tersebut jika terdapat sebarang penambahan disebabkan oleh
kesilapan reka bentuk. Pada pendapat responden C pula, kontraktor
bertanggungjawab dalam menyiapkan reka bentuk sesuatu projek yang diambil, jika
terdapat kesilapan reka bentuk, kontraktor bertanggungjawab sepenuhnya dalam
menanggung kos tersebut. Begitu juga dengan responden D, menyatakan pendapat
yang sama dimana tanggungjawab dalam mereka bentuk adalah dibawah tanggungan
kontraktor sepenuhnya. Sebarang penambahan kerja adalah dibawah tanggungjawab
kontraktor sepenuhnya dan pihak klien tidak akan menanggung sebarang kos
tersebut. Manakala responden H dan J pula menyatakan bahawa kesilapan reka
bentuk adalah dibawah tanggungjawab kontraktor dan kontraktor perlu mengahadapi
risiko tersebut kerana kontraktor yang bertanggungjawab mereka bentuk.
Menurut responden B, E dan F, mereka menyatakan bahawa kontraktor yang
melaksanakan kontrak lump sum menggunakan kaedah konvesional, pihak
kontraktor tidak mengalami risiko reka bentuk, hal ini adalah kerana tanggungjawab
terhadap reka bentuk adalah dibawah tanggungjawab arkitek atau konsultan. Risiko
ini adalah dibawah tanggungjawab klien jika terdapat sebarang peningkatan kos
terhadap perubahan reka bentuk. Namun begitu, responden G, menyatakan bahawa,
56
risiko reka bentuk kadang kala hadir dimana, terdapat kesukaran pada kaedah kerja
dalam membina reka bentuk yang sukar, dan hal ini meningkatkan kos pada kaedah
kerja dimana kos kaedah kerja adalah bukan tanggungjawab klien, tetapi
tanggungjawab kontraktor.
4.2.4 Risiko tapak bina
Kesemua responden A,C,D,H,I dan J melaksanakan kontrak lump sum
menggunakan kaedah reka dan bina, menyatakan bahawa terdapat risiko tapak bina
dimana risiko ini akan mempengaruhi kaedah kerja. Jika kontraktor tidak, menyiasat
tapak terlebih dahulu maka akan terdapat kesulitan dalam kaedah kerja dan
seterusnya meningkatkan kos terhadap kaedah kerja dan perlu ditanggung oleh
kontraktor. Pada pendapat responden A, berpendapat bahawa kontraktor perlu
mengetahui keadaan tapak bagi sebelum meletakkan harga sesuatu tender, hal ini
adalah kerana keadaan tapak akan mempengaruhi sesuatu kaedah kerja dimana akan
berlakunya peningkatan kos pada kaedah kerja dan penggunaan bahan. Contoh yang
dinyatakan oleh responden A, adalah kerja pengorekkan di kawasan tanah yang tidak
stabil memerlukan penambahan kos bagi kaedah kerja dimana “sheet pile”
diperlukan bagi mengelakkan tanah runtuh. Jika kontraktor tidak meletakkkan kos
tersebut, maka kontraktor perlu menanggung kos tersebut. Responden C pula
berpendapat bahawa, menyatakan kontraktor perlu membuat lawatan tapak bagi
mengetahui keadaan tapak bagi mengelakkan sebarang penambahan kerja berlaku
bagi menggelakkan peningkatan kos kerana kontrakator perlu mengganggung
peningkatan kos kerja tambahan . Hal ini adalah disebabkan pihak klien tidak akan
menaggung peningkatan kos akibat penambahan kerja dalam kontrak yang
dilaksanakan menggunakan kaedah reka dan bina. Responden D pula, menyatakan
risiko tapak bina wujud dimana keadaan bawah tanah bagi tapak bina yang sukar
diramal keadaannya akan mendatangkan kesulitan pada kontraktor. Menurut
pendapat responden D, menyatakan contoh kerja cerucuk adalah kerja dalam tanah
57
yang tidak dapat dijangka berapakah kedalam yang perlu ditanam cerucuk, jika
siasatan tapak tidak dibuat, maka akan berlaku kesilapan dalam perletakan bilangan
kuantiti cerucuk yang akan ditanam. Tambahnya lagi, pihak kontraktor akan
menanggung kos tersebut jika kontrak tersebut dilaksanakan secara lump sum kerana
pihak kontraktor perlu melaksanakan kerja tersebut mengikut harga yang telah
diletakkan dalam kontrak. Responden H, I dan J, pula berpendapat bahawa risiko
tapak selalunya akan mempengaruhi kos. Hal ini adalah disebabkan keadaan struktur
tapak bina bukan sahaja akan mempengaruhi kaedah kerja, tetapi juga akan
mempengaruhi kuantiti dan spesifikasi Sesutu bahan binaan. Menurut pendapat
responden H, menyatakan jika projek dilaksanakan dikawasan tapak paya bakau,
kerja penambakkan tanah diperlukan dan jika pihak kontraktor tidak mengira kuantiti
tanah yang perlu ditambak dengan betul kontraktor akan menanggung kos tersebut.
Kesemua responden melaksanakan kontrak lump sum menggunakan kaedah
konvesional, menyatakan bahawa terdapat risiko tapak bina dimana risiko ini akan
mempengaruhi kaedah kerja. Menurut responden B,E,F and G, jika kontraktor tidak,
menyiasat tapak terlebih dahulu maka akan terdapat kesulitan dalam kaedah kerja
dan seterusnya meningkatkan kos terhadap kaedah kerja dan perlu ditanggung oleh
kontraktor. Pada pendapat responden B, keadaan tapak bina akan mempengaruhi
kaedah kerja dimana akan berlaku akan berlaku peningkatan kos dan jika kontraktor
tidak memasukkan kos kaedah kerja yang betul, pihak kontraktor akan menanggung
kos tersebut. Pada pendapat responden E, pula berpendapat bahawa selain
peningkatan kos kaedah kerja, tapak bina juga kan mempengaruhi keselamatan
pekerja, dimana keadaan tapak bina yang berbahaya contohya pembinaan di lereng
bukit adalah berbahaya dan akan mendatangkan risiko kepada pekerja. Justeru itu,
pihak kontraktor perlu menyediakan kaedah kerja yang sesuai bagi mengurangkan
risiko keselamatan kepada pekerja. Responden F, pula menyatakan bahawa risiko
tapak bina akan memeberi kesan kepada penggunaan jentera, contohnya kerja
pengorekkan dimana pihak kontraktor haruslah menggunakan jentera yang
bersesuaian, jika kontraktor hanya meletakan harga bagi penggunaan jentera yang
tidak sesuai, maka kontraktor akan menanggung kos tersebut. Responden G, pula
58
menyatakan pendapat yang sama dimana keadaan tapak bina akan mendatangkan
risiko kepada kaedah kerja dalam penggunaan jentera. Pemilihan jentera yang
bersesuaian dengan keadaan tapak bina adalah dibawah tanggungjawab kontraktor,
dan jika terdapat sebarang penambahan kos dalam dalam perubahan penggunaan
jentera adalah dibawah tanggung jawab kontraktor.
4.2.5 Risiko perubahan kerja
Kesemua responden A,C,D,H,I dan J melaksanakan kontrak lump sum
menggunakan kaedah reka dan bina, menyatakan bahawa tiada risiko dalam
perubahan kerja oleh majikan hal ini adalah kerana, perubahan kerja oleh majikan
boleh dituntut sebagai kerja tamabahan. Menurut responden A, jika terdapat
keperluan oleh klien dalam penambahan kerja atas kehendak klien itu sendiri, pihak
kontraktor tidak mendapat sebarang risiko kerana kerja tersebut boleh dimasukkan
sebagai kerja tambahan atau kos tambahan yang akan ditanggung oleh pihak klien.
Pada pendapat responden C pula, menyatakan pendapat yang sama dimana, kerja
tambahan yang diminta oleh klien akan diklasifikasikan sebagai kerja tambahan
dimana pihak klien akan menagggung kos bahan dan kerja tersebut. Pihak kontraktor
juga boleh membuat tuntutan kerja lebih masa atas faktor penambahan kerja yang
diminta oleh pihak klien. Responden D menyatakan bahawa kerja tamabahan yang
diminta oleh pihak klien boleh dilaksanakan tanpa sebarang masalah jika pihak klien
bersetuju untuk menanggung kos kerja tamabahan tersebut. Contohnya projek yang
telah dilaksanakan oleh responden D, dimana pihak klien meminta penukaran lampu
LED terhadap semua lampu biasa dan kos tersebut akan ditanggung oleh pihak klien.
Responden I dan J pula menyatakan pendapat yang sama, dimana penambahan kerja
oleh klien akan mendatangkan peningkatan kos dan penamabahan masa dalam
sesuatu kerja, namun begitu masalah tersebut adalah ditanggung oleh pihak klien
dengan syarat pihak klien telah mepersetujui untuk menanggung kos penambahan
kerja dan masa.
59
Menurut responden B dan E, risiko ini akan wujud dimana terdapat banyak
perubahan kerja yang diminta oleh klien dan akan menyebabkan kelewatan kerja.
Menurut pendapat responden B, risiko penambahan kerja akan memeberi kesan pada
peningkatan kos. Meskipun peningkatan kos tersebut ditanggung oleh pihak klien,
terdapat kesukaran dimana terdapat kesulitan dalam kaedah kerja dan seterusnya
melewatkan masa penyiapan projek dan pihak kontraktor perlu mebuat tuntutan
penamabahan tempoh masa bagi kerja tambahan tersebut. Responden E, pula
berpendapat bahawa, mesikipun pihak klien bersetuju untuk menanaggung kos kerja
tambhan tersebut, namaun realitinya pihak klien sukar untuk membayar kos kerja
tamabahan tersebut secara bayaran penuh. Hal ini, akan menyebabkan pihak
kontraktor terpaksa menanggung kos lebihan tersebut. Namun begitu, responden F
dan G menyatakan tiada risiko ini kerana, perubahan kerja yang diminta oleh klien
adalah dibawah tanggungjawab klien dan bukannya kontraktor. Menurut pendapat
responden F dan G penamabahan kerja yang diminta oleh klien adalah disebabkan
permintaan klien itu sendiri, dan pihak klien haruslah menanggung kos kerja
tamabahan tersebut setelah memepersetujui untuk menanggung kos tersebut.
4.2.6 Risiko kaedah kerja
Responden A,,D,H,I dan J melaksanakan kontrak lump sum menggunakan
kaedah reka dan bina, menyatakan bahawa tiada risiko dalam kaedah kerja Menurut
responden A, kontraktor yang melaksanakan kontrak reka dan bina, sudah
mengetahui kaedah pembinaan yang sesuai diguna pakai kerana kontraktor sendiri
yang mereka bentuk sesuatu reka bentuk dan menjadi kepakaran mereka untuk
mengetahui teknologi pembinaan apa yang sesuai dipakai. Tambahnya lagi, pihak
kontraktor tidak akan mengalami risiko dalam kaedah kerja jika mereka sudah
memasukkan sekali harga bagi kaedah kerja yang bersesuaian dengan kerja bagi
projek tersebut. Menurut responden D pula, menyatakan bahawa kontraktor yang
menagambil kontrak secara reka dan bina, bahawa tiada risiko dalam kaedah kerja
60
kerana kontraktor yang melaksanakan kontrak tersebut telah mendapat persetujuaan
oleh klien dalam melaksanakan kaedah kerja yang telah dikemukakan pada awal
proses tahap pembinaan lagi. Tambahnya lagi, kontraktor yang merekabina berkuasa
menetukan kaedah kerja yang sesuai mengikut kerja mereka dan dikemeukan kepada
klien untuk dipersetujui dengan kaedah kerja tersebut. Pihak kontraktor semestinya
sudah menambah kos bagi kaedah kerja tersebut dalam perletakkan harga dan tidak
akan timbul masalah bagi pihak kontraktor dalam melaksanakan kaedah kerja yang
telah dipersetujui. Begitu juga dengan responden H, I dan J yang turut menyatakan
kontraktor yang melaksanakan kontrak secara kaedah reka dan bina, mereka tidak
mengalami masalah dalam kaedah kerja kerana mereka telah meletakkan kos bagi
kaedah kerja yang bersesuian dengan kerja yang akan dijalankan dan ini tidak
mendatangkan risiko bagi kontraktor. Namun begitu, responden C menyatakan,
meskipun kontraktor telah meletakkan harga bagi setiap kos kaedah kerja yang telah
dipersetujui oleh klien, tetapi jika terdapat sebarang perubahan terhadap kaedah
kerja, pihak klien tidak akan menanggung kos tersebut, dan ini mendatangkan risiko
perubahan kaedah kerja kepada kontraktor dimana pihak kontraktor yang akan
menganggung kos tersebut.
Kesemua responden melaksanakan kontrak lump sum menggunakan kaedah
konvesional, menyatakan bahawa terdapat risiko kaedah kerja dimana risiko ini akan
mempengaruhi kaedah kos dalam pembinaan tersebut. Menurut responden B,E,F and
G, menyatakan bahawa perubahan kaedah kerja adalah dibawah tanggungjawab
kontraktor. Kontraktor perlu mengetahui kaedah kerja yang sesuai bagi mengelakkan
peningkatan kos kerana peningkatan kos ini akan ditangggung oleh pihak kontraktor.
Menurut pendapat responden B, pihak kontraktor sudah meletakan harga bagi setiap
kerja termasuk kos bahan, kos upah dan kos kaedah kerja dalam sesuatu tender
secara pukal dalam kontrak lump sum. Jika pihak kontraktor ketinggalan dalam
meletakkan harga bagi sesuatu unit atau elemen bagi kaedah kerja yang merumitkan
contohnya, pembinaan jalan yang sepatutnya perlu ada kawalan lalulintas, tetapi
pihak kontraktor tidak meletakkan harga bagi kerja tersebut, pihak kontraktor yang
perlu menanggung kos kerja tersebut kerana kerja tersebut telah termasuk dalam
61
kaedah kerja yang telah dipersetujui pada awal kontrak. Menurut responden E pula,
menyatakan bahawa risiko kaedah kerja hadir apabila pihak kontraktor terpaksa
menukar kaedah kerja yang digunakan dalam pembinaan dan kos tersebut adalah
ditanggung oleh pihak kontraktor. Contohnya, kerja pengorekkan yang sepatutnya
menggunakan jentera penggali hidraulik, tetapi kontraktor memasukkan harga bagi
kaedah kerja menggunakan jengkaut biasa, pihak kontraktor perlu menanggung kos
penukaran kaedah kerja ini jika pengorekkan tersebut sukar untuk dilakukan
menggunakan jengkaut biasa itu. Tambahnya lagi, pihak klien tidak akan
menanggung sebarang kos terhadap perubahan kaedah kerja yang dilakukan oleh
pihak kontraktor. Menurut responden F pula, berpendapat bahawa risiko kaedah
kerja semamangnya ada dimana pihak kontraktor terpaksa menanggung risiko ini
kerana, dalam kontrak lum sum pihak klien telah mempersetujui kos dan kaedah
kerja yang dinyatakan awal oleh kontraktor dalam kontrak, dan sebarang perubahan
kaedah kerja oleh kontraktor itu sendiri adalah dibawah tanggunggan kontraktor.
Menurut responden G pula, menyatakan bahawa risiko perubahan kaedah kerja akan
berlaku dimana kaedah kerja yang disediakan oleh pihak kontraktor tidak
bersesuaian dengan keadaan tapak bina. Contoh yang dinyatakan oleh responden G,
adalah berkenaan penggunaan jentera yang bersesuaian dengan kawasan dan kerja
ditapak bina, jika pihak kontraktor tersilap menyatakan penggunaan jentera yang
bersesuaian dengan kaedah kerja tersebut pihak kontraktor akan menanggung kos
perubahan kaedah kerja tersebut kerana dalam kontrak lump sum, pihak kontraktor
perlu menjalankan kerja yang dipersetujui mengikut harga yang diletakkan oleh
pihak kontraktor itu sendiri.
4.2.7 Risiko pembayaran
Kesemua responden A,C,D,H,I dan J melaksanakan kontrak lump sum
menggunakan kaedah reka dan bina, menyatakan bahawa tiada risiko dalam
pembayaran. Menurut responden A, menyatakan bahawa pihak kontraktor tidak
62
mengalami masalah dalam pembayaran oleh klien kerana pihak kontraktor akan
membuat tuntutan pembayaran mengikut peratusan kerja siap dan tidak mempunyai
masalah dengan klien untuk mendapat tuntutan tersebut. Begitu juga dengan
responden C,D,H dan J yang menyatakan pendapat yang sama dimana pihak klien
tidak mempunyai masalah untuk membayar kepada kontraktor asalkan kerja yang
dilakukan siap mengikut kehendak klien. Selalunya tuntutan pembayaran yang
diamalkan oleh kontraktor adalah berdasarkan kemajuan kerja atau peratusan kerja
siap. Tambah responden D, menyatakan bahawa meskipun terdapat kesulitan dalam
tuntutan pembayaran bagi kerja tambahan yang diminta oleh klien, namun kesulitan
itu tidak merumitkan keadaan dan bukanlah satu risiko kerana, tuntutan tersebut
boleh dituntut kerana kerja tersebut telah dipersetujui oleh pihak klien untuk
menanggungnya.
Menurut responden B dan E menyatakan bahawa kontraktor mengalami
masalah untuk membuat tuntutan pembayaran bagi kerja tambahan. Menurut
responden B, kaedah kontrak lump sum secara konvesional selalunya akan banyak
kerja tambahan dimana akan medatangkan risiko kepada pihak kontraktor dalam
membuat tuntutan kerja tambahan. Tambahnya lagi, meskipun kerja tambahan itu
dipersetujui oleh Pegawai Penguatkuasa ataupun Arkitek, namun begitu secara
realitinya terdapat kesukaran bagi pihak kontraktor untuk mendapat bayaran penuh
bagi kerja tambahan tersebut. Menurut pendapat responden E pula, menyatakan
bahawa tuntutan pembayaran bagi kerja tambahan selalunya akan mengalami
kesukaran dimana pemabayaran bagi tuntutan kerja tambahan selalunya dibayar pada
peringkat akhir projek dan ini serba sedikit akan menimbul kesulitan bagi pihak
kontraktor untuk melaksakan kerja yang sepatutnya berjalan pada tempoh masa
tersebut. Namun begitu, responden G dan F menyatakan bahawa pihak kontraktor
tidak mengalami masalah dalam pembayaran dimana pihak kontraktor selalunya
akan membuat tuntutan pemabyaran mengikut peratusan kerja siap dan kemajuan
kerja. Tamabahnya lagi, bagi tuntutan kerja tamabahan pihak kontraktor tidak
mengalami masalah kerana pihak klien bersetuju untuk menanggung kos tersebut.
63
4.2.8 Risiko kerosakan kerja
Bagi responden yang melaksanakan kontrak lump sum menggunakan kaedah
reka dan bina, responden A memyatakan, sebarang kecacatan atau kerosakkan lain
yang wujud semasa tempoh liabiliti kecacatan, pihak kontraktor perlu membaiki
kerosakkan tersebut tanpa sebarang kos daripada pihak majikan. Meskipun menjadi
tanggungjawab kepada pihak kontraktor untuk menanggung kos kerosakkan tersebut,
ia bukanlah menjadi risiko kepada pihak kontraktor kerana pihak kontraktor
seharusnya menjalankan kerja dengan cekap diman menggunakan spesifikasi bahan
yang betul dan memastikan pekerja yang melaksanakan kerja tersebut adalah pekerja
yang berkemahiran. Menurut responden C pula, kontraktor perlu menanggung risiko
kerosakkan jika kerosakkan tersebut adalah dibuat oleh kontraktor itu sendiri, namun
jika kerosakkan tersebut dibuat oleh kontraktor lain contohnya sub kontraktor yang
dilantik oleh klien itu sendiri, maka kos kerosakan tersebut menjadi tanggungjawab
pihak klien yang akan dialihkan risiko tersebut kepada pihak sub kontraktor tersebut.
Menurut responden D, risiko kerosakan selalunya ada dalam mana-mana pembinaan,
contohnya keretakan pada mana-mana struktur bangunan tersebut dan ini menjadi
tanggungjawab bagi kontraktor untuk membaiki dan menyelesaikan masalah
tersebut. Tambahnya lagi, pihak kontraktor yang melaksanakan kontrak secara reka
dan bina bertanggungjawab sepenuhnya tehadap reka bentuk sesuatu bangunan, jika
terdapat masalah dalam salah reka bentuk yang menyebabkan kecacatan menjadi
tanggungjawab kontraktor untuk menanggung risiko tersebut dalam menyelesaikan
masalah tersebut. Begitu juga dengan pendapat responden H,I dan J yang
menyatakan pendapat yang sama dimana pihak kontraktor yang melaksanakan
kontrak lump sum secra kaedah reka dan bina mempunyai banyak risiko dalam
kerosakan atau kecacatan bangunan. Menurut responden H dan J menyatakan
bahawa, kecacatan bangunan selalunya berlaku akibat salah dalam reka bentuk dan
akan terdapat banyak kecacacatan pada strukur bangunan seperti saiz ruang yang
tidak dipersetujui klien, strukutur bangunan yang tidak selamat dimana ada keretakan
pada bangunan dan penggunaan bahan yang berlainan dengan permintaan klien. Hal
ini akan menjadi risiko kepada kerosakan sesuatu bangunan yang dibina oleh
64
kontraktor itu. Menurut responden I pula risiko kerosakan selalunya wujud dimana
penggunaan bahan yang tidak mengikut spesifikasi dan pekerja yang tidak mahir
melakukan sesuatu kerja akan menyebakan kerosakan atau kecacatan sesuatu
bangunan atau struktur itu. Hal ini menjadi tanggungjawab kepada kontraktor untuk
melaksanakan sesuatu kerja itu dengan sempurna.
Bagi responden yang melaksanakan kontrak lump sum menggunakan kaedah
konvesional, responden B, menyatakan risiko kerosakan wujud dimana terdapat
kecacatan pada sesuatu struktur atau bangunan yang dibina seperti keretakan,
kesilapan penggunaan bahan dan penggunaan kaedah kerja ynag tidak bersesuaian
dengan kerja yang dilakukan. Tambahnya lagi, risiko kerosakan sentiasa wujud
dalam projek pembinaan diman pihak kontraktor perlu menanggung kos mebaikpulih
kerosakkkan tersebut. Menurutnya lagi, risiko kerosakan menjadi risiko kepada
kontraktor jika pihak kontraktor tidak menguruskan dengan cekap dari segi kaedah
kerja , dimana pihak kontraktor perlu bertanggungjawab membaik pulih kerosakan
atau kecacacatan dalam tempoh liabiliti kecacatan tersebut dimana akan ditanggung
oleh kontraktor. Menurut responden E, pula menyatakan bahawa risiko kerosakan
menjadi satu bebanan kepada pihak kontraktor dimana pihak kontraktor perlu
menanggung kos membaik pulih bangunan ataupun kerja-kerja yang rosak tersebut
tanpa melibatkan kos daripada klien. Menurut responden F dan G menyatakan
bahawa, risiko kerosakan menjadi satu risiko kepada kontraktor dimana pihak
kontraktor perlu memastikan tiada kerosakan pada kerja mereka, dimana jika
terdapat kerosakan pada kerja tersebut, pihak kontraktor perlu menanggung kos bagi
kerja membaik pulih kerja yang rosak tersebut. Menurut responden F, menytakan
bahawa akan terdapat banyak tuntutan membaik pulih bangunan oleh klien mahupun
pegawai penguatkuasa dalam tempoh masa liabilti kersakan tersebut. Hal ini tambah
membebankan pihak kontraktor dimana tempoh masa liabiliti kerosakan yang
panjang akan merumitkan lagi masalah kepada kontraktor dimana kontraktor perlu
bersedia untuk menanggung kos dan kerja membaik pulih bahagian kerosakan dalam
tempoh masa yang panjang tersebut. Tambah responden G, menyatakan meskipun
terdapat tempoh masa untuk membaikpulih kerja tersebut, namun kos bagi membaik
pulih kerja tersebut adalah menjadi tanggungan kepada pihak kontraktor.
65
4.2.9 Risiko kelewatan
Bagi responden yang melaksanakan kontrak lump sum menggunakan kaedah
reka dan bina, menurut responden A,H,I dan J, risiko kelewatan tidak akan berlaku
jika pihak kontraktor cekap meguruskan kerja mengikut jadual kerja yang telah
ditetapkan. Menurut responden A, kontraktor yang melaksanakan kontrak atau projek
menggunakan kaedah reka dan bina, sudah merangcang sesuatu reka bentuk
berdasarkan kos dan tempoh masa yang boleh disiapkan, jadi risiko kelewatan bukan
lah satu bentuk risiko kepada pihak kontraktor, dimana jika kontraktor itu sanggup
menerima kontrak itu bermakna dia mampu untuk melaksanakan mengikut tempoh
masa kontrak dan kos yang telah dipersetujui kedua-dua pihak. Berdasarkan,
pendapat responden I, risiko kelewatan dalam pembinaan tidak akan berlaku jika
mengikut kaedah kerja yang betul iaitu menjalakan setiap kerja mengikut jadual kerja
yang telah dirangcang Risiko kelewatan akan hadir jika masalah atau faktor lain
seperti cuaca, contohnya banjir, tetapi hal ini pihak kontraktor boleh membuat
tuntutan tamabahan masa. Begitu juga dengan pendapat responden J, menyatakan
kontraktor tidak akan mengalami risiko kelewatan jika membuat kerja mengikut
perancangan yang dan jadual kerja dengan betul. Namun begitu, responden C dan D
menyatakan risiko kelewatan juga memberi kesan kepada kontraktor dimana kontrak
lump sum juga sama macam kontrak yang lain, dimana perlu mengikut aturan kerja
dan masa yang di tetapkan. Menurut responden C menyatakan bahawa, kontrak lump
sum secara kaedah reka dan bina digunakan oleh klien yang menginginkan sesuatu
kerja atau projek yang cepat disiapkan. Hal ini, menjadi risiko kepada kontrakor
yang mengambil kontrak tersebut untuk menyiapkan projek tersebut mengikut
tempoh masa yang dipersejui dalam kontrak tersebut. Tambahnya lagi, sesetengah
kontraktor mempersetujui sesuatu kontrak tanpa memikirkan bahawa mereka mampu
melaksanakan kontrak tersebut mengikut tempoh masa yang telah dipersetujui. Hal
ini akan mengakibatkan kontraktor terpaksa menanggung risiko kelewatan tersebut.
Bagi responden D, pula menyatakan bahawa risiko kelewatan hadir apabila
kontraktor tidak dapat menyiapkan sesuatu projek mengikut tempoh masa yang telah
dipersetujui dalam kontrak dan akan mengakibatkan kontraktor terpaksa
66
menanggung bayaran denda bagi kelewatan tersebut. Hal ini secara tidak langsung
akan mengakibatkan kerugian kepada pihak kontraktor.
Bagi responden yang melaksanakan kontrak lump sum menggunakan kaedah
konvesional responden B dan G risiko kelewatan akan berlaku apabila banyak
berlakunya perubahan kerja. Menurut pendapat responden B dan G kontraktor akan
menanggung denda akibat kelewatan dalam menyiapkan projek mengikut tempoh
masa yang yang telah ditetapkan dalam kontrak. Menurut responden B, menyatakan
bahawa kontrak lump sum sama seperti kontrak yang lain dimana pihak kontraktor
hendaklah menyiapkan sesuatu kerja mengikut tempoh masa yang ditetapkan.
Tambahnya lagi kegagalan pihak kontraktor menyiapkan projek tersebut mengikut
tempoh masa yang ditetapkan akan mengakibatkan kerugian kepada pihak klien dan
pihak klien akan mengemukakan denda atau saman kepda kontraktor seterusnya akan
mengakibatkan kerugian kepda kontraktor. Menurut pendapat responden G pula,
menyatakan risiko kelewatan bukan sahaja berpunca daripada perubahan kerja yang
banyak, tetapi boleh disebabkan oleh faktor lain seperti kesukaran mendapat bahan
pembinaan, kelewatan yang dilakukan oleh sub kontraktor dan pembekal dan
sebagainya. Seperti contoh projek yang dilaksanakan oleh responden G, responden
menyatakan bahwa terdapat kesukaran dalam mendapatakan bahan binaan seperti
jubin seramik yang diimport dan mengakibatkan kelewatan dalam menyiapkan
projek tersebut dan pihak kontraktor telah didenda oleh pihak klien. Responden E
dan F pula, menyatakan risiko kelewatan tidak akan berlaku jika mengikut operasi
dan masa dengan betul. Menurut responden E dan F, meskipun terdapat kelewatan
akibat perubahan kerja, pihak kontraktor masih boleh meminta tuntutan kerja lebih
masa jika perubahn kerj aitu bukan berpunca oleh kontraktor, contohnya perubahan
kerja yang diminta oleh klien dan pegawai penguatkuasa. Menurut pendapat
responden E, risiko kelewatan bukan lah satu risiko kepada pihak kontraktor kerana
setiap kontraktor yang mendapat sesuatu tender projek telah mepersetujui dari segi
kos dan tempoh masa untuk melaksanakan dan menyiapkan sesuatu projek itu.
Tamabahnya lagi, jika pihak kontraktor itu telah bersetuju untuk melaksakan kontrak
67
tersebuat bermakna kontraktor tersebut yakin bahawa mereka dapat melaksanakan
kontrak tersebut mengikut tempoh masa yang dipersetujui.
4.2.10 Kesimpulan Risiko-risiko Yang Dihadapi Oleh Kontraktor
Berdasarkan maklumat yang diperolehi hasil temubual, 10 bentuk risiko telah
yang dihadapi oleh kontraktor yang melaksanakan kontrak lump sum telah dikenal
pasti. Berdasarkan Jadual 4.2 dibawah, risiko harga, risiko ekonomi dan risiko tapak
bina merupakan risiko yang terbanyak dinyatakan oleh responden. Hal ini boleh
dilihat dimana kesepuluh responden menyatakan mengahadapi risiko harga, risiko
ekonomi dan risiko tapak bina. Selain risiko tersebut, kontraktor yang melaksanakan
kontrak lump sum juga turut menghadapi risiko kerosakan dimana 6 responden yang
melaksanakan kontrak secara kaedah reka dan bina menyatakan menghadapi risiko
kerosakan dan 4 responden yang melaksanakan kontrak secara kaedah konvesional.
Manakala 2 responden yang melaksanakan kontrak secara kaedah reka dan bina tidak
menyatakan yanag bahawa mereka menghadapi risiko kerosakan. Risiko reka bentuk
juga turut dihadapi oleh kontraktor, dimana 7 responden menyatakan menghadapi
risiko rekabentuk dimana kesemua kontraktor yang melaksanakan kontrak secara
reka dan bina menyatakan menghadapi risiko tersebut manakala satu lagi dinyatakan
oleh kontraktor yang mengamabil kontrak secara konvesional. Risiko kelewatan
juaga turut dialami oleh kontraktor dimana 2 responden yang melaksanakan kontrak
secara kaedah reka dan bina menyatakan menghadapi risiko kelewatan manakala 3
responden yang melaksanakan kontrak lump sum kaedah konvesional turut
menyatakan pendapat yang sama. Selain itu, risiko kaedah kerja turut dihadapi oleh
responden hal ini dapat dilihat dimana 4 responden yang melaksanakan kontrak lump
sum secara kaedah konvesional menyatakan menghadapi risiko kaedah kerja dan satu
responden yang melaksanakan kontrak lump sum secara kaedah konvesional. Risiko
yang paling sedikit dinyatakan oleh responden adalah risikoperubahan kerja dan
risiko pembayaran dimana kedua-duanya hanya dinyatakan oleh 2 responden
68
melaksanakan kontrak lump sum kaedah konvesional.
Jadual 4.2: Jenis-jenis risiko yang dihadapi oleh kontraktor
Jenis Risiko/Senarai Responden
Kontrak Lump Sum Kaedah
Reka dan Bina
Kontrak Lump Sum
Kaedah Konvesional
Bilangan Responden
Yang Menghadapi
Risiko Responden RA RC RD RH RI RJ RB RE RF RG
Risiko Harga
/ / / / / / / / / / 10 Risiko Ekonomi
/ / / / / / / / / / 10 Risiko Reka Bentuk
/ / / / / / / 7
Risiko Subsurface
/ / / / / / / / / / 10 Risiko Perubahan Kerja
/ / 2
Risiko Kaedah Kaedah Kerja
/ / / / / 5
Risiko Pembayaran
/ / 2
Risiko Kelewatan
/ / / / /
5 Risiko Kerosakan
/ / / / / / / / / 9
69
4.1.1 Langkah-langkah Kontraktor Menangani Risiko
Setelah mengenalpasti risiko yang hadir dalam kontrak lump sum ini, terdapat
pelbagai kaedah yang boleh digunakan oleh kontraktor dalam mengurangkan risiko
kontrak lump sum. Setiap risiko yang dihadapi diuruskan dengan kaedah yang
berbeza-beza oleh setiap kontraktor. Berdasarkan kajian literatur yang dibuat pada
Bab 2, antara kaedah yang digunakan untuk mengatasi risiko adalah, risk avoidance,
risk transfer, risk mitigation, risk sharing dan contingency plan.
4.3.1 Langkah-langkah Kontraktor Menangani Risiko Harga
Bagi mengatasi risiko harga kesemua responden yang yang melaksanakan
kontrak lump sum secara keadah reka dan bina menggunakan pendekatan kaedah
mItigasi risiko atau risk mitigation bagi mengatasi risiko perletakkan harga.
Responden A, menyatakan bahawa kontraktor perlu mengambil tindakan awal
dengan yakin bahawa harga yang diletak sebelum masuk tender dimana pihak
kontraktor haruslah membuat pengukuran yang teliti bagi mengelakkan kesilapan
dalam perletakan harga. Responden C pula menyatakan kontraktor perlu teliti dalam
pengiraan,semak lukisan dengan terperinci dimana setiap item dalam lukisan perlu
dikira dalam perletakan harga. Begitu juga dengan responden D dan H yang
menyatakan, pengiraan yang teliti daripada projek yang lepas dengan memasukkan
harga mengikut kadar semasa bagi mengelakkan bidaan harga tidak seimbang.
Responden I dan J menyatakan pendapat yang sama iaitu membuat pengiraan yang
teliti sebelum meletakkan sesuatu harga hal ini bagi mengelakkan kesilapan dalam
perletakkan harga kontrak dimana mengelakkan kontraktor akan menanggung
kerugian jika tersilap dalam pengiraan.
70
Bagi mengatasi risiko harga kesemua responden yang yang melaksanakan
kontrak lump sum secara keadah konvesional juga turut menggunakan pendekatan
kaedah risk mitigation. Menurut responden B, pengiraan yang teliti perlu dilakukan
sebelum meletakkan sesuatu harga. Manakala responden E, menyatakan pengiraan
yang teliti perlu dibuat dan kontraktor haruslah memahami konsep lukisan tersebut
bagi mengelakkan peningkatan kos pada kaedah kerja. Responden F pula
menyatakan, kontraktor haruslah membuat penelitian pada lukisan dan dapatkan
contoh kuantiti projek yang hampir sama sebagai rujukan dalam pengiraan. Hal ini
adalah bagi mengelakan kontraktor tersilap memasukkan harga Responden G pula
menyatakan pengiraan yang teliti dan melakukan semakan lebih dari satu kali dalam
mengelakkan kesilapan perletakkan harga.
4.3.2 Langkah-langkah Kontraktor Menangani Risiko Ekonomi
Bagi mengatasi risiko ekonomi pula responden A, I dan J, menggunakan
kaedah risk avoidance Menurut responden A, langkah yang boleh diambil adalah
dengan mengelakkan pembaziran bahan di tapak bina bagi mengurangkan kos akibat
peningkatan harga bahan. Responden I dan J menyatakan, kontraktor haruslah
memastikan kerja berjalan dengan efisyen bagi mengelakkan pembaziran bahan bagi
mengurangkan kos bahan disebabkan harga kos bahan dan kos upah yang semakin
meningkat. Responden C pula menyatakan kaedah yang digunakan adalah mitigasi
risiko atau risk mitigation bagi Menangani harga kos bahan yang semakin meningkat
dan berubah-rubah disebabkan faktor ekonomi yang tidak menentu. Bagi mengatasi
masalah ini, responden C menyatakan pihaknya berusaha untuk mendapatkan senarai
harga bahan daripada pembekal mengikut kadar harga semasa sebelum meletakkan
harga tender Begitu juga dengan responden D yang menggunakan kaedah yang sama
dimana pihaknya akan melakukan perbincangan dengan pihak pembekal bagi
mendapatkan senarai pembekal yang termurah. Responden H pula menggunakan
kaedah diluar jangka atau contigency plan dimana responden H, menyatakan
kontraktor haruslah sentiasa meramal peratusan kenaikan harga bahan bagi
memastikan kontraktor tidak mengalami masalah dalam kenaikan harga bahan
disebabkan faktor ekonomi.
71
Responden B menggunakan kaedah risk mitigation dimana pihak kontraktor
perlu mendapatkan senarai harga bahan semasa sebagai langkah awalan bagi
mengelakkan kerugian jika berlaku peningkatan kos bahan. Responden E pula
menggunakan kaedah penerimaan risiko atgau risk absorb dimana pihak kontraktor
perlu menanggung kos yang meningkat akibat peningkatan harga bahan disebabkan
faktor ekonomi. Responden F dan G menggunakan kaedah pindahan risiko atau risk
transfer dimana kontraktor haruslah memasukkan harga mengikut kadar semasa dan
memindahkan risiko ini kepada klien dengan meningkatkan kadar peratusan
keuntungan kontraktor bagi mengelakan kontraktor yang menanggung kerugian
tersebut
4.3.3 Langkah-langkah Kontraktor Menangani Risiko Rekabentuk
Bagi mengatasi risiko reka bentuk, responden A menggunakan kaedah risk
mitigation dimana sebagai langkah awalan pihak kontraktor haruslah mereka bentuk
dengan ahli professional yang mempunyai pengalaman dan haruslah fahami
kehendak klien bagi megurangkan kesilapan dalam reka bentuk. Responden C pula
menggunakan kaedah risk mitigation sebagai langkah awalan, dimana kontraktor
haruslah teliti keadaan tapak dan fahami kehendak kontrak bagi mengelakkan
kesilapan dan kesalafahaman kontraktor berkenaan isi kontrak. Hal ini adalah bagi
mengelakkan kontraktor menanggung risiko dalam kesilapan mereka bentuk jika
tidak mengikut kehendak kontrak. Responden D pula menggunakan kaedah risk
mitigation dimana pihak kontraktor haruslah menjalankan siasatan tapak terlebih
dahulu dan membuat siasatan tanah bagi mereka bentuk struktur yang baik. Hal ini
adalah bagi mengelakkan struktur bangunan yang dibuat bersesuaian dengan keadaan
tapak bagi megelakkan masalah dari segi ketahanan struktur. Responden H, I dan J
pula, menggunakan kaedah risk absorb dimana pihak kontraktor haruslah
menanggung segala risiko reka bentuk kerana risiko reka bentuk kerana menjadi
72
tanggungjawab kontraktor yang melaksanakan kaedah reka dan bina dalam mereka
bentuk sesuatu bangunan atau projek pembinaan.
Bagi kontraktor yang melaksanakan kontrak lump sum secara konvesional
pula, responden B, E, F dan G menyatakan bahawa pihak mereka menggunakan
kaedah risk mitigation dan risk transfer dalam mengatasi risiko reka dan bentuk
Responden B pula menyatakan pihak kontraktor haruslah mendapatkan maklumat
sebanyak mungkin melalui perbincangan dengan penguatkuasa atau arkitek bagi
mengelakkan berlaku kesilapan dalam pembinaan. Responden E, F dan G
menyatakan pendapat yang sama iaitu haruslah mendapatkan lukisan dan spesifikasi
yang terperinci melalui perbincangan dengan pegawai penguatkuasa ataupun arkitek
bagi mengambil tindakan awal dalam mengurangkan risiko yang bakal dihadapi
akibat salah reka bentuk atau perubahan reka bentuk yang dilakukan oleh arkitek.
Menurut responden B, E, F dan G, mereka menyatakan bahawa kontraktor yang
melaksanakan kontrak secara konvesional boleh memindahkan risiko reka bentuk
kepada pihak klien mahupun arkitek kerana kesilapan dalam reka bentuk ataupun
perubahn reka bentuk menjadi tanggungjawab arkitek atau klien dimana mereka
boleh membuat tuntutan bagi kos tersebut.
4.3.4 Langkah-langkah Kontraktor Menangani Risiko Tapak Bina
Bagi respondan yang melaksanakan kontrak lump sum menggunakan kaedah
reka dan bina, kesemua responden A, B, C, D, E, F, G, H dan J menyatakan bahawa
mereka menggunakan kaedah yang sama bagi mengatasi risiko tapak bina iaitu
dengan menggunakan kaedah risk mitigation dimana pihak kontraktor haruslah
mengelak risiko tapak dengan cara membuat lawatan tapak terlebih dahulu bagi
73
mengenal pasti keadaan tapak dalam meletakkan harga mengikut kos kaedah kerja
yang bersesuaian dengan keadaan tapak bina Hal ini adalah untuk memastikan
mereka mengetahui keadaan tapak dan memasukkan kos kaedah kerja yang berkaitan
dengan keadaan tapak. Pemindahan risiko kepada klien adalah dengan memindahkan
kos bagi kaedah kerja yang bersesuaian dengan keadaan tapak yang akan akan
diamasukkan dalam harga tender .Kaedah risk transfer pula digunakan dimana pihak
kontraktor dan memasukkan kos kaedah kerja yang berkaitan dengan keadaan tapak
untuk dipindahkan risiko bagi kos kaedah kerja berdasarkan keadaan tapak.
4.3.5 Langkah-langkah Kontraktor Menangani Risiko Perubahan Kerja
Kesemua responden A, B, C, D, E, F, G, H dan J menggunakan kaedah risk
mitigation sebagai langkah awalan dimana pihak kontraktor haruslah mendapakan
surat pengesahan terlebih daripada pegawai penguatkuasa atau klien bahawa pihak
mereka bersetuju untuk menambah kos bagi kerja tamabahan tersebut sebelum
melaksanakan kerja tamabahan yang diminta oleh klien. Hal ini adalah sebagi surat
jamainan antara kontraktor dan klien ketika membuat tuntutan pembayaran kerja
tambahan tersebut. Pihak kontraktor juga menggunakan kaedah risk transfer dimana
kontraktor akan memindahkan kos kerja tamabahan kepada pihak klien dan pihak
klien bertanggungawab untuk melaksanakan pemabyaran bagi kerja tamabahan
tersebut kerana perubahan kerja tersebut adalah kehendak klien itu sendiri.
74
4.3.6 Langkah-langkah Kontraktor Menangani Risiko Kaedah Kerja
Bagi mengatasi risiko kaedah kerja, kaedah yang digunakan oleh responden
A, adalah kaedah risk mitigation dimana kontraktor yang melaksanakan kontrak reka
dan bina, perlu menyediakan kaedah pembinaan yang sesuai diguna pakai kerana
kontraktor sendiri yang mereka bentuk sesuatu reka bentuk dan menjadi kepakaran
mereka untuk mengetahui teknologi pembinaan apa yang sesuai dipakai. Selain itu,
responden A juga menggunakan kaedah risk transfer dimana pihak kontraktor boleh
memindahkan risiko kaedah kerja kepada pihak klien dengan memasukkan sekali
harga bagi kaedah kerja yang bersesuaian bagi projek tersebut. Responden D pula,
menggunakan kaedah perkongsian risiko atau risk sharing diamana pihak klien
bersetuju dengan kos dan kaedah kerja yang dikemukakan oleh kontraktor. Hal ini
adalah kerana pihak kontraktor yang melaksanakan kontrak tersebut perlu
mendapatkan persetujuaan oleh klien dalam melaksanakan kaedah kerja yang telah
dikemukakan pada awal proses tahap pembinaan lagi.
Kaedah risk transfer juga digunakan oleh responden D, dimana responden
turut menyatakan bahawa kontraktor yang merekabina berkuasa menetukan kaedah
kerja yang sesuai mengikut kerja mereka dan dikemukakan kepada klien untuk
dipersetujui dengan kaedah kerja tersebut. Pihak kontraktor semestinya sudah
menambah kos bagi kaedah kerja tersebut dalam perletakkan harga dan tidak akan
timbul masalah bagi pihak kontraktor dalam melaksanakan kaedah kerja yang telah
dipersetujui. Begitu juga dengan responden C, H, I dan J yang menggunakan kaedah
risk transfer menyatakan kontraktor yang melaksanakan kontrak secara kaedah reka
dan bina, mereka tidak mengalami masalah dalam kaedah kerja kerana mereka telah
meletakkan kos bagi kaedah kerja yang bersesuian dengan kerja yang akan
dijalankan dan ini tidak mendatangkan risiko bagi kontraktor kerana risiko tersebut
telah dipindahkan kepada klien untuk menanggung kos tersebut.
75
Kesemua responden responden B,E,F and G yang melaksanakan kontrak
lump sum menggunakan kaedah konvesional, menggunakan kaedah risk mitigation
dalam mengurangkan risiko kaedah kerja dimana risiko ini akan mempengaruhi kos
dalam pembinaan tersebut. Menurut responden B, menyatakan bahawa perubahan
kaedah kerja adalah dibawah tanggungjawab kontraktor. Kontraktor perlu
mengetahui kaedah kerja yang sesuai bagi mengelakkan peningkatan kos kerana
peningkatan kos ini akan ditanggung oleh pihak kontraktor. Selain itu responden B,
turut menggunakan kaedah risk transfer dimana menurut pendapat responden B,
pihak kontraktor sudah meletakan harga bagi setiapa kerja termasuk kos bahan, kos
upah dan kos kaedah kerja dalam sesuatu tender secara pukal dalam kontrak lump
sum dan kos tersebut akan ditanggung oleh pihak klien. Responden E, F dan G
menggunakan kaedah risk mitigation sebagai langkah awalan bagi mengelakkan
kontraktor menanggung risiko kaedah kerja yang lebih teruk.Bagi mengatasi risiko
ini konraktor boleh menyediakan pelan penggunaan jentera dan kaedah kerja yang
bersesuaian dengan situasi pembinaan dan keadaan tapak bina
4.3.7 Langkah-langkah Kontraktor Menangani Risiko Pembayaran
Bagi mengatasi risiko pembayaran kesemua responden A,C,D,H,I dan J
melaksanakan kontrak lump sum menggunakan kaedah reka dan bina, menggunakan
kaedah risk mitigation. Menurut responden A, menyatakan bahawa pihak kontraktor
tidak mengalami masalah dalam pembayaran oleh klien kerana pihak kontraktor akan
membuat tuntutan pembayaran mengikut peratusan kerja siap dan tidak mempunyai
masalah dengan klien untuk mendapat tuntutan tersebut. Begitu juga dengan
responden C,D,H dan J yang menyatakan pendapat yang sama dimana pihak klien
tidak mempunyai masalah untuk membayar kepada kontraktor asalkan kerja yang
dilakukan siap mengikut kehendak klien. Selalunya tuntutan pembayaran yang
diamalkan oleh kontraktor adalah berdasarkan kemajuan kerja atau peratusan kerja
siap.
76
Menurut responden B dan E menyatakan bahawa kontraktor mengalami
masalah untuk membuat tuntutan pembayaran bagi kerja tambahan. Menurut
responden B, kaedah kontrak lump sum secara konvesional selalunya akan banyak
kerja tambahan dimana akan mendatangkan risiko kepada pihak kontraktor dalam
membuat tuntutan kerja tambahan. Bagi mengurangkan risiko pembayaran kerja
tambahan ini, responden B dan E menggunakan kaedah risk mitigation sebagai
langkah awalan dimana pihak kontraktor perlu mendapatkan kelulusan bersurat
daripada pihak klien ataupun arkitek bagi kerja tambahan yang dibuat. Hal ini adalah
sebagai langkah kepada pihak kontraktor untuk tidak mengalami risiko penolakan
terhadap tuntutan kerja tambahan yang dijalankan.Responden B dan E juga turut
menggunakan kaedah risk transfer dimana pihak kontraktor akan memindahkan
risiko pembayaran ini kepada klien dimana pihak klien bertanggungjawab untuk
membayar kos bagi tuntuan pembayaran tersebut. Kaedah yanag digunakan oleh
responden G dan F pula adalah kaedah risk mitigation, dimana responden
menyatakan bahawa pihak kontraktor tidak mengalami masalah dalam pembayaran
dimana pihak kontraktor selalunya akan membuat tuntutan pemabayaran mengikut
peratusan kerja siap dan kemajuan kerja dengan menyediakan dokumen tuntutan
pembayaran kerja.
4.3.8 Langkah-langkah Kontraktor Menangani Risiko Kerosakan Kerja
Bagi Menangani kesemua responden A,C,D,H,I dan J melaksanakan kontrak
lump sum menggunakan kaedah reka dan bina, menggunakan kaedah risk mitigation
dimana mereka membuat persiapan awalan bagi megelakkan berlakunya kerja-kerja
rosak. Antara langkah yang boleh diamabil adalah dengan menggunakan bahan yang
berkualiti dan mengikut spesifikasi. Pihak kontraktor boleh memilih pembekal yang
terbaik agar bahan yang dibekal berkualiti mengikut spesifikasi yang ditetapkan dan
menepati masa dalam penghantaran bahan ke tapak. Selain risk mitigation,
responden A dan D juga turut menggunakan risk sharing dimana mereka akan
berkongsi risiko ini dengan pihak lain. Antara langkah yang boleh diambil adalah
77
dengan melantik sub kontraktor yang berpengalaman dan berkemahiran bagi sesuatu
kerja. Hal ini adalah penting dalam memastikan kualiti dan produktiviti kerja yang
baik bagi mengurangkan risiko kerosakan pada kerja.
4.3.9 Langkah-langkah Kontraktor Menangani Risiko kelewatan
Bagi respondan yang melaksanakan kontrak lump sum menggunakan kaedah
reka dan bina,, responden A menggunakan kaedah risk mitigation, dimana pihak
kontraktor yang melaksanakan kontrak atau projek menggunakan kaedah reka dan
bina, perlu membuat perancangan awal terhadap sesuatu reka bentuk berdasarkan kos
dan tempoh masa yang boleh disiapkan, bagi mengelakkan risiko kelewatan berlaku.
Menurut responden A dan I, kontraktor boleh membuat perancangan teliti sebelum
memulakan proses pembinaan. Penjadualan kerja yang kompleks digalakkan
menggunakan perisian berkaitan agar perancangan lebih tepat dan mudah
dikemaskini. Proses ini boleh dibuat menggunakan Kaedah Laluan Kritikal atau
Critical Path Method (CPM), link bar chart dan sebagainya yang boleh dibuat
menggunakan pelbagai perisian seperti Microsoft Project dan Primavera. Jadual
perancangan mestilah sesuai dengan tempoh projek. Perancangan ini mestilah
dipantau dan dikemaskini setiap masa terutama apabila berlaku perubahan terhadap
jadual asal. Selain itu, responden I juga turut menggunakan kaedah risk transfer
dengan memindahkan risiko kelewatan yang berlaku kepada klien jika risiko
kelewatan hadir disebabkan masalah atau faktor lain seperti cuaca, contohnya banjir,
dimana pihak kontraktor boleh membuat tuntutan tamabahan masa. Kaedah yang
digunakan oleh responden C dan D pula adalah risk mitigation dimana pihak
kontraktor membuat persiapan awalan bagi mengurangkan risiko kelwatan dengan
cara, menyediakan pengurusan tapak bina yang sistematik melalui proses
pengawalan dan pemantauan kerja. Proses ini sangat penting agar setiap aktiviti
dijalankan mengikut perancangan. Dalam hal ini kontraktor perlu melantik pekerja
yang berpengalaman dan berkebolehan dalam menguruskan tapak bina agar berjalan
lancar. Kaedah risk mitigation yang digunakan oleh responden H pula adlah dengan
78
cara memastikan setiap sumber mestilah dikawal dan diawasi dengan baik
berdasarkan perancangan yang telah dibuat bagi mengelakkan masalah kelawatan
yang serius pada masa akan datang Pengurusan sumber boleh dilakukan dengan
kaedah resource smoothing atau resource leveling. Sumber yang mencukupi
meningkatkan produktiviti kerja seterusnya menjamin kontrak dapat disiapkan
mengikut tempoh masa kontrak. Responden J juga menggunakan pendekatan kaedah
risk sharing dimana mereka berkongsi risiko ini dengan pihak lain Kontraktor boleh
melantik sub kontraktor yang berkelayakan dan mempunyai kepakaran dalam bidang
berkenaan bagi menghasilkan mutu kerja yang baik dalam tempoh yang sepatutnya.
Selain itu, kontraktor juga boleh pembekal yang terbaik agar bahan yang dibekal
berkualiti mengikut spesifikasi yang ditetapkan dan menepati masa dalam
penghantaran bahan ke tapak bina.
Bagi respondan yang melaksanakan kontrak lump sum menggunakan kaedah
konvesional, responden B, E, F dan G membuat penyediaan awalan dengan
menggunakan kaedah risk mitigation bagi mengurangkan risiko kelewatan. Antara
langkah yang digunakan adalah dengan membuat penjadualan bagi setiap kerja.
Jadual perancangan mestilah sesuai dengan tempoh projek. Dengan membuat
penjadualan ini kontraktor dapat memantau setiap perjalanan kerja agar mengikut
masa yang ditetapkan agar risiko kelewatan tidak berlaku. Rresponden B dan E juag
turut menggunakan kaedah risk transfer dengan memindahkan risiko kelewatan
kepada pihak klien apabila terdapat banyak perubahan kerja yang dilakukan oleh
pihak klien mahupun arkitek kerana kelewatan ini adalah berpunca dari arkitek
ataupun klien diman pihak kontraktor boleh membuat tuntutan dalam penambahan
tempoh masa penyiapan projek.
79
4.3.10 Kesimpulan Langkah-langkah Kontraktor Menangani Risiko
Berdasarkan maklumat yang diperolehi hasil temubual, langkah-langkah
kaedah kontraktor Menangani risiko juga turut dikenal pasti. Jenis langkah-langkah
ini dianalisis berdasarkan risiko yang dihadapi oleh kontraktor. Berdasarkan jadual
4.3, menunjukkan langkah-langkah yang digunakan oleh kontraktor yang
melaksanakan kontrak lump sum secara kaedah reka dan bina. Bagi risiko harga
kesemua responden A, C, D, H, I, dan J menggunakan kaedah risk mitigation
mengatasi risiko tersebut. Bagi risiko ekonomi pula, responden A dan J
menggunakan kaedah risk avoidance manakala responden C, D dan I menggunakan
kaedah risk mitigation. Responden I pula menggunakan kaedah contingency plan
bagi Menangani risiko ekonomi. Bagi risiko reka bentuk pula, kesemua responden A,
C, D, H, I, dan J menggunakan kaedah risk mitigation. Bagi risiko tapak bina dan
perubahan kerja oleh majikan pula, kesemua responden A, C, D, H, I, dan J
menggunakan kaedah risk mitigation.dan risk transfer. Bagi risiko kaedah kerja pula,
respondon A menggunakan kaedah risk mitigation,responden D pula menggunakan
kaedah risk sharing. Bagi mengatasi risiko ini juga, kesemua responden A, C, D, H,
I, dan J menggunakan kaedah risk transfer. Bagi risiko pembayaran pula, kesemua
responden A, C, D, H, I, dan J menggunakan kaedah risk mitigation.Bagi mengatasi
risiko kelewatan, responden A, C, D, I, dan J menggunakan kaedah risk mitigation.
Responden I dan H juga turut menggunakan kaedah risk transfer. Bagi mengatasi
risiko kerosakan, responden A, C dan D menggunakan kaedah risk mitigation
manakala responden I dan J menggunakan kaedah risk transfer. Kaedah risk sharing
juga turut digunakan oleh responden D.
80
Langkah –
Langkah
Menangani
Risiko
Kontrak Lump Sum Kaedah Reka dan Bina
Responden RA RC RD RH RI RJ
Kaedah A T M S C A T M S C A T M S C A T M S C A T M S C A T M S C
Risiko Harga
/ / / / / /
Risiko Ekonomi / / / / / /
Risiko Reka
Bentuk / / / / / /
Risiko Tapak
Bina
/ / / / / / / / / / / /
Risiko Perubahan
Kerja Oleh Majikan
/ / / / / / / / / / / /
Risiko Kaedah Kerja
/ / / / / / / /
Risiko Pembayaran
/ / / / / /
Risiko Kelewatan / / / / / / /
Risiko Kerosakan / / / / / / / /
Jadual 4:3 : Kaedah Menangani Risiko
A= risk avoid T= risk transfer M= risk mitigation S= risk sharing C= cotigency plan
RA= Respondan A RC= Respondan C RD= Respondan D RH= Respondan H RI= Respondan I RJ= Respondan J
81
Jadual 4.4 dibawah pula, menunjukkan langkah-langkah yang
digunakan oleh kontraktor yang melaksanakan kontrak lump sum secara
kaedah konvesional. Bagi risiko harga kesemua responden B, E, F dan H
menggunakan kaedah risk mitigation. Bagi risiko ekonomi pula responden B
dan E menggunakan kaedah risk mitigation manakala responden F dan H
menggunakan kaedah risk transfer. Bagi risiko reka bentuk, risiko tapak bina
, risiko perubahan kerja dan risiko kerosakan kesemua responden B, E, F dan
H menggunakan kaedah risk mitigation dan risk transfer. Bagi risiko kaedah
kerja pula kesemua responden B, E, F dan H menggunakan kaedah risk
mitigation dan hanya responden B sahaja yang turut menggunakan kaedah
risk transfer. Begitu juga dengan responden B, E, F dan H menggunakan
kaedah risk mitigation mengatasi risiko pembayaran Bagi mengatasi risiko
kelewatan pula, responden B, E, dan H menggunakan kaedah risk mitigation
manakala responden F pula menggunakan kaedah risk transfer.
82
Jadual 4:3 : Kaedah Menangani Risiko
AV= risk avoid T= risk transfer M= risk mitigation S= risk sharing C= cotigency plan
RB= Respondan B RE= Respondan E RF= Respondan F RH= Respondan H
Langkah –Langkah
Menangani Risiko
Kontrak Lump Sum Kaedah Konvesional
Responden RB RE RF RH
Kaedah AV T M S C AV T M S C AV T M S C AV T M S C
Risiko
Harga / / / /
Risiko Ekonomi / / / /
Risiko Reka Bentuk / / / / / / / /
Risiko Tapak Bina / / / / / / / /
Risiko Perubahan
Kerja Oleh Majikan / / / / / / / /
Risiko Kaedah Kerja / / / / /
Risiko Pembayaran / / / / / /
Risiko Kelewatan / / / / / / /
Risiko Kerosakan / / / /
83
BAB 5
RUMUSAN DAN CADANGAN
5.1 Pengenalan
Bab ini akan merumuskan semua analisa dan hasil kajian yang terdapat
dalam bab 4 secara tersusun dan sistematik. Segala permasalahan yang berkaitan
dengan kajian ini akan dinyatakan dalam bab ini untuk rujukan masa hadapan. Selain
itu, cadangan kajian lanjutan berkaitan dengan kajian ini secara mendalam dan skop
yang berbeza turut dinyatakan.
Secara amnya, semua dapatan kajian daripada temubual adalah untuk
mencapai objektif kajian ini dan akan diringkaskan dalam rumusan secara
menyeluruh. Ringkasan tersebut boleh dibahagikan kepada tiga bahagian iaitu:
Bahagian A: Ringkasan analisa kajian berserta rumusan
Bahagian B: Perbincangan batasan dan masalah yang berlaku semasa kajian dibuat
Bahagian C: Cadangan dan saranan untuk kajian masa hadapan
84
5.2 Rumusan Kajian
Objektif kajian yang pertama adalah untuk mengenapasti jenis-jenis risiko
yang dihadapi oleh kontraktor dalam kontrak lump sum. Selain itu, objektif kedua
ialah mengenalpasti kaedah pengurusan risiko yang dilakukan oleh kontraktor baru
dalam menguruskan risiko tersebut.
5.2.1 Objektif Pertama: Mengenalpasti Risiko-risiko yang Dihadapi oleh
Kontraktor dalam Kontrak Lump Sum
Kaedah perlaksanaan kontrak lump sum boleh dilaksanakan melalui dua
kaedah iaitu kaedah secara reka dan bina dan kaedah konvesional. Setiap kaedah
perlaksanaan kontrak mempunyai risiko-risiko yang berbeza antara satu sama lain.
Antara risiko-risiko bagi kontrak lump sum yang dilaksanakan secara kaedah secara
reka dan bina adalah risiko harga, risiko ekonomi, risiko reka bentuk, risiko tapak
bina, risiko kerosakan, risiko kelewatan dan risiko kaedah kerja. Berdasarkan analisis
kajian dalam bab 4, didapati kesemua responden yang melaksanakan kontrak lump
sum secara kaedah reka dan bina menyatakan bahawa risiko harga, risiko ekonomi,
risiko reka bentuk dan risiko tapak bina. Bagi risiko kerosakan pula seramai 4
daripada 6 responden yang menyatakan risiko tersebut hadir. Bagi risiko kelewatan
pula seramai 2 responden yang menyatakannya dan risiko kaedah kerja hanya satu
responden yang menyatakan risiko tersebut.
Bagi kontrak lump sum yang dilaksanakan menggunakan kaedah konvesional
pula terdapat 9 risiko yang dikenal pasti semasa analisis dijalankan. Antara risiko
tersebut adalah, risiko harga,risiko ekonomi, risiko tapak bina, risiko kerosakan,
risiko kaedah kerja risiko kelewatan, risiko perubahan kerja, risiko pembayaran, dan
risiko reka bentuk. Berdasarkan analisis kajian,didapati kesemua responden yang
melaksanakan kontrak lump sum secara kaedah konvesional menyatakan bahawa
risiko harga, risiko ekonomi, risiko tapak bina, risiko kaedah kerja dan risiko
85
kelewatan wujud dalam kontrak lump sum. Hal ini dapat dilihat berdasarkan jadual
4.2 dalam bab 4, dimana 5 risiko merupakan yang paling banyak dinyatakan oleh
responden yang melaksanakan kontrak lump sum secara kaedah konvesional. Bagi
risiko kelewatan pula 3 responden yang menyatakan risiko tersebut hadir dan 2
responden yang menyatakan risiko perubahan kerja wujud dalam kontrak lump sum.
Manakala hanya satu responden yang menyatakan bahawa risiko reka dan bina
wujud dalam kontrak lump sum.
Secara keseluruhannya, risiko harga, risiko ekonomi dan risiko tapak bina
merupakan risko yang paling banyak dinyatakan oleh responden. Manakala risiko
pembayaran dan risiko perubahan kerja merupakan risiko yang paling sedikit
dinyatakan oleh responden.
5.2.2 Objektif Kedua: Mengenalpasti Kaedah-kaedah yang Digunakan oleh
Kontraktor bagi Mengurangkan Risiko-risiko Tersebut.
Setelah mengetahui jenis-jenis risiko yang wujud dalam kontrak lump sum,
kontraktor perlu membuat kaedah pengurusan risiko bagi memastikan risiko-risiko
tersebut diuruskan dengan baik. Jika risiko-risiko tersebut tidak ditangani dengan
baik ianya akan menjejaskan projek pembinaan dan seterusnya mengakibatkan
kerugian kepada pihak kontraktor. Mengikut pengurusan risiko, terdapat 5 kaedah
untuk menguruskan risiko iaitu risk avoidance, risk transfer, risk mitigation, risk
sharing dan contingency plan. Kelima-lima kaedah ini memberikan kesan yang
berlainan.
Setiap risiko mempunyai kaedah pengurusan risiko yang berlainan. Begitu
juga dengan syarikat-syarikat kontraktor yang tidak sama pengurusan risikonya.
Sesuatu kaedah pengurusan risiko dipilih perlulah dikaji kesesuaian penggunaan
kaedah tersebut. Bagi mengatasi risiko harga, kaedah risk mitigation digunakan oleh
pihak kontraktor dalam mengurangkan risiko harga. Bagi mengurangkan risiko
86
ekonomi pula, kaedah risk avoidance,risk mitigation dan contingency plan boleh
digunakan oleh kontraktor. Bagi risiko ekonomi pula kaedah risk mitigation dan risk
transfer digunakan oleh pihak kontraktor. Manakala risiko tapak bina dan risiko
perubahan kerja, kaedah risk mitigation dan risk transfer boleh digunakan oleh
kontraktor bagi mengurangkan risiko yang hadir. Bagi risiko kaedah kerja,
kontraktor boleh menggunakan kaedah risk mitigation, risk transfer dan risk sharing.
Begitu juga dengan risiko kelewatan dan kerosakan kontraktor boleh menggunakan
kaedah risk mitigation, risk transfer dan risk sharing bagi mengurangkan risiko
tersebut kepada pihak kontraktor.
5.3 Batasan dan Masalah yang Dihadapi Semasa Kajian Dibuat
Dalam proses menjalankan kajian ini, terdapat beberapa batasan dan
masalah yang dihadapi yang menghalang perkembangan kajian. Antara batasan dan
masalah yang dihadapi adalah seperti berikut:
i. Kesukaran mendapatakan maklumat bagi kajian lieratur menyukarkan kajian
ini dijalankan. Oleh kerana kebanyakkan buku yang dirujuk bagi tujuan penyelidikan
ini adalah buku berbahasa Inggeris, masalah yang dihadapi adalah menterjemah
perkataan-perkataan atau frasa-frasa daripada Bahasa Inggeris ke Bahasa Malaysia.
ii. Selain itu, tidak semua kontraktor yang melaksanakan kontrak lump
bersetuju untuk ditemubual dan ini menjadi kesukran bagi mendapatkan data dalam
menjalankan temubual.
iii. Faktor masa yang terhad telah menyukarkan proses pengumpulan data
dilakukan dengan kadar segera. Pengumpulan data untuk kajian ini juga sering kali
terganggu dengan tugasan lain yang memerlukan perhatian dan penyiapan dengan
kadar segera.
87
5.4 Cadangan untuk Kajian Masa Hadapan
Daripada hasil kajian dan rumusan yang telah dibuat, berikut adalah
beberapa cadangan untuk kajian masa hadapan:
i. Mengkaji kaedah perletakan harga yang terbaik oleh kontraktor
ii. Mengkaji kaedah kontraktor memenangi tender dalam kontrak lump sum
iii. Mengkaji risiko kontrak lump sum yang dihadapi oleh pihak klien
88
Rujukan
Albert Lester. (2014). Project Management, Planning, and Control 6th edition. Oxford:
Elsevier Ltd.
Amado, M., Ashton, K., Ashton, S., Bostwick, J., Clements, G., Drysdale, J., Francis, J.,
Harrison, B., Nan, V., Nisse, A., Randall, D., Rino, J., Robinson, J., Snyder, A., Wiley,
D., & Anonymous. (2012, August 15). Project Management For Instructional
Designers. Retrieved from pm4id.org: http://pm4id.org/
Anthony Walker. (2002). Project management in construction 4th edition. Maiden, Ma:
Blackwell Sci.
Burtonshaw-Gunn. (2009). Risk And Financial Management in Construction. England: Gower
Publishing Limited.
C.R. Kothari . (2004). Research Methodoogy; Methods and Technique. New Delhi: New Age
International (P) Limited.
Collier, K. (1974). Fundamentals of Construction Estimating and Cost Accounting. In K.
Collier, Fundamentals of Construction Estimating and Cost Accounting (p. 8). British
Columbia Institute of Technology.
Edward R. Fisk. (2006). Construction project administration 8th edition. Upper Saddle River,
N.J: Pearson Prentice Hall.
Ewelina Gajewska, Mikaela Ropel. (2001). Risk Management Practices in a Construction
Project. Master Thesis, Göteborg Sweden: Chalmers University of Technology.
Federick E. Gould. (2003). Construction project management. Upper Saddle River, N.J:
Prentice Hall.
Hinze, J. (2011). Construction Contract (Third ed.). America,New York: The McGraw Hill
Componies.
Idris, N. (2013). Penyelidikan Dalam Pendidikan. In N. Idris, Penyelidikan Dalam Pendidikan.
Malaysia: McGrawHill.
Interiors, I. B. (2014, October Wednesday). Malaysian construction industry set for double-
digit growth. Retrieved November Sunday, 2015, from
https://www.buildingshows.com/market-insights/insights-malaysia/malaysian-
construction-industry-set-for-double-digit-growth/801754591
89
Jared Rogers. (2012). Opportunity Lost: Mismanagment of the Closeout Phase of
Construction Projects. College of Technology Masters Theses, 76.
Kleim Ralph L, Ludin Irwin. (1997). Reducing project risk. England : Gower Publishing.
Kwakye, A. A. (1997). Construction Project Administration in Practice. England: Longman,
The Chartered Institute of Building.
Martin Schieg. (2006). Risk management in construction project management . Journal of
Business Economics and Management, 77-83.
Mattwan. (2011, 11 3). Lump Sum Contract. Retrieved 11 24, 2015, from Construction Beta:
http://www.constructiondb.com/wiki/lump_sum_contract
Mohamed A. El-Reedy. (2011). Construction management for industrial projects : a modular
guide for project managers. Hoboken, N.J: Scrivener Publ.
Mok Soon Sang. (2010). Literatur dan kaedah penyelidikan. Puchong, Selangor: Penerbitan
Multimedia.
Ontario Association of Architects (OAA). (2007). A Guide to Project Closeout Procedures .
Ontario Association of Architects: Ontario.
Peter Fewings. (2005). Construction project management : an integrated approach. London
: Taylor & Francis.
Project Management Institute (PMI). (2001). A Guide to Project Management . USA,
Pennsylvania: PMI.
Raza , A. K., Mohd , S. L., & Zulkipli , B. G. (2013). Malaysian Construction Sector. Malaysian
Construction Sector and Malaysia Vision 2020:, 509.
Rodriguez, J. (2014). Retrieved November Sunday, 2015, from Lump Sum: What is Lump
Sum: http://construction.about.com/od/Procurement-Process/a/Lump-Sum-What-
Is-A-Lump-Sum.htm
Rohaninejad, M., & Bagherpour, M. (2013). Application of risk analysis within value
management: A case study in DAM engineering. Journal of Civil Engineering and
Management, 19: 364-374.
Ronald L. Geren, AIA, CSI, CCS, CCCA, SCIP. (2012, September 7). Project Closeout. Retrieved
from specsandcodes.typepad.com:
http://specsandcodes.typepad.com/keynotes/2012/07/project-closeout.html
Saidin. (1998). Kaedah Perolehan Kontrak Di Malaysia. Kontrak Pembinaan Malaysia :
Perolehan Kontrak.
Smith. N.J., Merna, T. and Jobbling P. (2006). Managing Risk in Construction Projects. 2nd
edition. Oxford: Blackwell Publishing.
90
Stokes, M., & L.Finuf, J. (1986). Construction Law For Owners And Builders. New York:
McGraw-Hill Book Compony.
The Federal Transit Administration. (2006). Construction Project Management Handbook.
Washington: FTA.
Uwe Flick. (2007). Desiging Qualitative Research. London: Sage Publications.
Westland J. (2006). Project Management Life Cycle: A Complete Step-by-step Methodology
for Initiating Planning Executing and Closing the Project. Kogan: Page Limited.
Winch. G. (2002). Managing construction projects, an information processing approach.
Oxford: Blackwell Publishing.
Yan, P. C. (2006). Kaedah Penyelidikan. In P. C. Yan, Kaedah Penyelidikan. Malaysia:
McGrawHill.