kualiti elemen budaya dalam buku-buku teks:...

14
JURNAL PENGAJIAN ISLAM, AKADEMI ISLAM KUIS ISSN 1823-7126 BIL 8, ISU 2:NOVEMBER 2015 211 KUALITI ELEMEN BUDAYA DALAM BUKU-BUKU TEKS: PROSPEKTIF PAKAR, PENULIS DAN PENGGUNA Muhammad Haron Husaini Ahmad Redzaudian Ghazali Rofian Ismail ABSTRAK Kajian ini bermatlamat menilai tahap kualiti elemen budaya dalam buku teks bahasa Arab berdasarkan pandangan para penulis dan pengguna. Elemen budaya kandungan lima buah buku teks yang digunapakai di lima buah Institusi Pengajian Tinggi di Semenanjung Malaysia merupakan subjek kajian. Pandangan dua kumpulan responden tersebut dianalisis dan dibandingkan dengan pandangan sekumpulan pakar dalam bidang Bahasa Arab Sebagai Bahasa Kedua (ASL). Buku-buku subjek kajian pula adalah hasil tulisan dan penyusunan para penulis tempatan untuk diajar diperingkat diploma. Kajian mendapati buku- buku teks subjek kajian mengandungi purata keseluruhan elemen budaya di tahap sederhana (3.45). Tahap penghormatan terhadap budaya Islam dan budaya Arab pada kadar purata min 3.88, manakala gaya persembahan dan penerapan nilai-nilai murni pula pada kadar 3.16. Kajian mencadangkan agar penyusunan buku teks bahasa Arab di Malaysia dapat mengikuti langkah-langkah tertentu semasa penghasilannya, memanfaatkan kajian-kajian yang telah dihasilkan oleh para pengkaji semasa dan pengkaji terdahulu dengan memuatkan elemen budaya secara bersepadu bersama kosa kata, susunan dan teks-teks pilihan. Kajian juga mencadangkan agar buku-buku yang telah dihasilkan mesti melalui proses serta tempoh percubaan yang sesuai dan mencukupi, selain peratus elemen budaya tempatan seharusnya tidak kurang daripada 30%.

Upload: dangnguyet

Post on 06-Feb-2018

263 views

Category:

Documents


3 download

TRANSCRIPT

JURNAL PENGAJIAN ISLAM, AKADEMI ISLAM KUIS

ISSN 1823-7126 BIL 8, ISU 2:NOVEMBER 2015

211

KUALITI ELEMEN BUDAYA DALAM BUKU-BUKU TEKS:

PROSPEKTIF PAKAR, PENULIS DAN PENGGUNA

Muhammad Haron Husaini

Ahmad Redzaudian Ghazali

Rofian Ismail

ABSTRAK

Kajian ini bermatlamat menilai tahap kualiti elemen

budaya dalam buku teks bahasa Arab berdasarkan

pandangan para penulis dan pengguna. Elemen budaya

kandungan lima buah buku teks yang digunapakai di

lima buah Institusi Pengajian Tinggi di Semenanjung

Malaysia merupakan subjek kajian. Pandangan dua

kumpulan responden tersebut dianalisis dan

dibandingkan dengan pandangan sekumpulan pakar

dalam bidang Bahasa Arab Sebagai Bahasa Kedua

(ASL). Buku-buku subjek kajian pula adalah hasil

tulisan dan penyusunan para penulis tempatan untuk

diajar diperingkat diploma. Kajian mendapati buku-

buku teks subjek kajian mengandungi purata

keseluruhan elemen budaya di tahap sederhana (3.45).

Tahap penghormatan terhadap budaya Islam dan

budaya Arab pada kadar purata min 3.88, manakala

gaya persembahan dan penerapan nilai-nilai murni pula

pada kadar 3.16. Kajian mencadangkan agar

penyusunan buku teks bahasa Arab di Malaysia dapat

mengikuti langkah-langkah tertentu semasa

penghasilannya, memanfaatkan kajian-kajian yang telah

dihasilkan oleh para pengkaji semasa dan pengkaji

terdahulu dengan memuatkan elemen budaya secara

bersepadu bersama kosa kata, susunan dan teks-teks

pilihan. Kajian juga mencadangkan agar buku-buku

yang telah dihasilkan mesti melalui proses serta tempoh

percubaan yang sesuai dan mencukupi, selain peratus

elemen budaya tempatan seharusnya tidak kurang

daripada 30%.

JURNAL PENGAJIAN ISLAM, AKADEMI ISLAM KUIS

MUHAMMAD HARON HUSAINI, AHMAD REDZAUDIAN GHAZALI, ROFIAN ISMAIL

212

Kata Kunci: Elemen Budaya, Buku Teks, Bahasa Arab

dan Diploma.

PENDAHULUAN

Antara faktor utama yang menyumbang kepada keberkesanan proses

P&P ialah buku teks. Buku teks yang baik dapat menambah minat dan

kecenderungan pelajar untuk mengikuti kursus yang ditawarkan. Pelajar

juga dapat menghayati serta menerokai disiplin seterusnya menjejaki

perkembangan ilmu yang dibincangkan di dalamnya. Buku teks yang

baik seharusnya disusun dengan berasaskan kajian yang meliputi

bahasa, konteks dan budaya. Buku yang berkualiti, dengan mudah

meraih sambutan pelajar jika sesuai kandungannya dengan peringkat

umur, latar belakang dan keperluan mereka.

LATARBELAKANG KAJIAN

Permasalahan yang sering dihadapi pengkaji bahan pengajaran atau

buku teks bahasa Arab ialah ketidaksesuaian kandungan buku dengan

minat pelajar, pemilihan kosa kata yang tidak setaraf dengan tahap

pemikiran mereka, paparan tajuk yang tidak selaras dengan konteks

sosial dan lain-lain permasalahan. Meskipun dicadang pelbagai

cadangan untuk mengatasinya, namun cadangan-cadangan itu kelihatan

hambar atau tidak diendahkan. Kualiti buku-buku teks bahasa Arab di

Malaysia sudah tentu memerlukan semakan demi semakan sehingga

ianya memiliki ciri-ciri dan memenuhi kriteria buku teks yang baik,

yang dapat meningkatkan tahap penguasaan kemahiran berbahasa Arab

di kalangan pelajar Melayu yang telah memiliki ribuan perkataan Arab

dalam bahasa ibunda mereka.

Buku Teks Dan Budaya

Penyusunan buku teks merupakan satu kerja yang rumit di mana ia

memerlukan pengetahuan dan gambaran yang luas serta mempunyai

kreativiti yang tersendiri. Sekalipun setiap penyusun atau pengarang

buku bebas dalam melakukan kerja-kerja penyusunannya, namun

perkara yang paling penting yang perlu diberi perhatian dalam

penyusunan mereka ialah memastikah buku yang disusun tidak

menyimpang dari tujuan yang ingin diperolehi daripada pelajar di akhir

pembelajaran.

JURNAL PENGAJIAN ISLAM, AKADEMI ISLAM KUIS

ISSN 1823-7126 BIL 8, ISU 2:NOVEMBER 2015

213

Perkara yang diidam-idamkan oleh kebanyakkan pensyarah dan

pelajar bahasa Arab berhubung persekitaran sebenarnya sukar didapati

terutama di Malaysia. Pelajar bahasa Arab lazimnya menghadapi

masalah tentang pendedahan kepada persekitaran bahasa Arab yang

sebenar. Mereka tiada maklumat tentang budaya penggunaan bahasa

Arab di kalangan penutur jati.

Dialog-dialog yang berkaitan dengan kehidupan atau yang

berkaitan dengan bidang profesional tertentu seharusnya diterapkan

dalam pengajaran bahasa Arab melalui kandungn buku teks. Saranan

yang sering dituju kepada penyusun buku teks bahasa Arab ialah

memuatkan patian-patian sosial dan budaya seperti berkenalan,

persembahan, kelas, dewan, kursus-kursus, universiti, keluarga,

persekitaran, warisan budaya Arab dan hiburan.

Proses pemindahan unsur budaya ke dalam buku teks

merupakan satu proses yang kompleks. Ini kerana budaya ialah satu

koleksi pengalaman yang menghiasi kehidupan manusia seharian. Ia

berkait dengan semua sudut kemanusiaan dan kehidupannya.

Budaya merangkumi sejarah, struktur sosial, kepercayaan,

agama, tradisi, adat resam, cara berfikir, cara bertindak, cara

melaksanakan sesuatu, cara bercakap, cara berpakaian, makanan,

tempat tinggal dan sebagainya. Oleh kerana ia merangkumi seluruh

hidup manusia, maka sudah tentu budaya ini akan diwarisi oleh

generasi seterusnya. Melalui pewarisan ini, budaya akan kekal lama dan

sentiasa diingat (Maheram Ahamd 2007: 664). Budaya mempunyai 5

unsur berikut (Newmark 1988: 95):

- Budaya Ekologi

- Budaya Material

- Budaya Sosial yang merangkumi kerja dan waktu terluang

- Budaya berkait dengan organisasi, adat resam, aktiviti,

prosedur dan konsep

- Budaya gerak tubuh dan perangai

Dalam konteks budaya, tingkah laku manusia sering berkait

dengan persekitaran sekelilingnya. Contohnya keadaan cuaca, muka

bumi, tanah yang didiaminya, tumbuh-tumbuhan dan binatang yang ada

di sekelilingnya. Keadaan persekitaran yang dialami inilah yang

melahirkan corak pemikiran dan tingkah laku yang berbeza antara dua

manusia. Oleh sebab itu, tingkah laku dan aktiviti yang dilakukan oleh

bangsa Melayu adalah berbeza dengan bangsa Arab. Begitu juga

dengan makanan, minuman, pakaian, tempat tinggal dan sebagainya.

Perbezaan antara dua masyarakat ini akan nampak lebih jelas dalam

JURNAL PENGAJIAN ISLAM, AKADEMI ISLAM KUIS

MUHAMMAD HARON HUSAINI, AHMAD REDZAUDIAN GHAZALI, ROFIAN ISMAIL

214

hal-hal yang berkait dengan adat resam dan kepercayaan masyarakat

itu. Nama bagi pakaian, kenderaan, lauk-pauk, bentuk seni dan

sebagainya yang digunakan dalam masyarakat Arab adalah berbeza

dengan apa yang ada dalam masyarakat Melayu. Begitu jugalah

sebaliknya. Antara perkara yang menyetuh adat resam ialah pakaian dan

adat perkahwinan. Orang Arab Libya misalnya, memakai pakaian-

pakaian yang dipanggil al-suriyyah iaitu baju yang dibuat daripada

kapas, al-gharmalah -baju yang menutup bahagian dada-, al-zabun -

kain yang dililit atas kepala-. Dalam perkahwinan pula, mereka

mengamalkan adat resam yang cukup banyak, antaranya ialah al-fugh -

hari Isnin, pengantin lelaki menghantar alat-alat solek dan barang-

barang perhiasan kepada pengantin perempuan-, al-haffah al-saghirah -

upacara menghiasi pengantin perempuan-, lailah al-khaimah -hari

menghiasi pengantin perempuan-. Adat resam yang menyentuh soal

kematian pula biasanya perempuan Arab memakai pakaian berwarna

hitam untuk menyatakan rasa berkabung mereka (Maheram Ahamd

2007: 666).

Penyusunan Buku Teks Berciri Komunikatif

Terdapat banyak cara penyusunan buku teks atau bahan-bahan

pengajaran lain. Disebabkan kajian ringkas ini lebih tertumpu subjek

kajiannya kepada buku teks bahasa Arab komunikasi, sewajarnya

dinyatakan di sini beberapa kerangka penyusunan berciri komunikatif.

Littlewood (Ibrahim Abdullah 2003: 39) telah menyatakan

beberapa kerangka pilihan di dalam penyusunan buku teks, iaitu

susunan struktural, susunan fungsian, susunan nosional, susunan

berdasarkan tajuk dan konsep gabungan.

1. Susunan Struktural

Buku teks dapat disusun dalam bentuk unit-unit yang berdasarkan

fungsi komunikatif yang penting tanpa meninggalkan pengredan

struktur bahasa sasaran. Bagaimanapun, bentuk bahasa untuk fungsi-

fungsi yang berbeza mestilah mudah dan urutan fungsi disusun secara

berhati-hati supaya pelajar masih dapat belajar struktur bahasa secara

berperingkat.

2. Susunan Fungsian

Susunan ini memfokuskan kepada fungsi-fungsi komunikatif yang

penting sahaja seperti membuat tawaran, meminta izin, memberi ucapan

selamat dan sebagainya. Setiap fungsi diwakili oleh satu lingkungan

JURNAL PENGAJIAN ISLAM, AKADEMI ISLAM KUIS

ISSN 1823-7126 BIL 8, ISU 2:NOVEMBER 2015

215

bentuk bahasa yang dipilih berdasarkan kepentingan komunikatifnya

serta ketepatan sosialnya dan bukan berdasarkan strukturnya.

3. Susunan Nosional

Istilah notion selalu dirujuk kepada konsep umum seperti lokasi,

nombor, kepunyaan, kuantiti, sebab musabbab atau masa yang perlu

dinyatakan oleh pelajar. Dalam susunan ini, pelajar akan melibatkan diri

dalam pelbagai aktiviti yang memerlukan mereka bercakap tentang

peristiwa-peristiwa yang terdapat dalam unit tertentu. Contohnya, untuk

menunjukkan pelbagai cara bagi menyatakan الزمن الماضي –masa yang

telah lepas-, para pelajar akan terlibat dengan pelbagai aktiviti yang

memerlukan mereka bertutur mengenai peristiwa yang berlaku pada

masa yang telah lepas.

4. Susunan Berdasarkan Tajuk

Susunan ini menyusun kandungannya berdasarkan tajuk-tajuk di mana

pelajar harus dilatih untuk menghadapinya seperti sukan, politik, moral,

cuti, rumah, makanan, permainan, fesyen, hiburan, seni dan sebagainya.

5. Konsep Gabungan

Susunan ini membolehkan gabungan antara mana-mana susunan yang

telah disebutkan di atas yang difikirkan sesuai. Sebagai contoh

menggabungkan Susunan Fungsian dengan Susunan Nosional atau

Susunan berdasarkan tajuk dengan Susunan Fungsian. Walau

bagaimanapun, menurut Littlewood cara ini masih belum menunjukkan

bukti yang kukuh mengenai keberkesanannya.

Prinsip-Prinsip Penyusunan Buku Teks

Perkataan prinsip yang dimaksudkan di sini ialah pegangan penyusun

yang boleh dijadikan sebagai pegangan asas dalam kerja penyusunan

sepanjang proses penyediaan. Menurut Mansoer Pateda (1991:69)

prinsip asas dalam penyusunan buku teks adalah seperti berikut:

1. Prinsip tujuan: buku teks yang disusun mesti mencapai tujuan

susunannya.

2. Prinsip relevan: mesti ada hubungan dengan kehidupan seharian

pelajar.

3. Prinsip efisien: mesti dapat dilaksanakan samada oleh pelajar atau

pengajar.

JURNAL PENGAJIAN ISLAM, AKADEMI ISLAM KUIS

MUHAMMAD HARON HUSAINI, AHMAD REDZAUDIAN GHAZALI, ROFIAN ISMAIL

216

4. Prinsip fleksibel: mesti terbuka dan bersesuaian dengan pelbagai

tempat dan situasi.

5. Prinsip integriti: mesti boleh dikaitkan dengan kursus atau

matapalajran yang lain.

6. Prinsip sambung: mesti mempunyai kesinambungan.

7. Prinsip objektif: mesti berlandaskan kepada pemahaman terhadap

masalah dalam bahasa secara ilmiah dengan sokongan disiplin ilmu

lain seperti psikologi dan pedagogi.

8. Prinsip demokrasi: mesti memberi peluang kepada pelajar untuk

mengembangkan kapasiti berbahasa dan ilmu.

Ciri-Ciri Buku Teks Yang Baik

Para pengkaji telah menetapkan beberapa ciri penting bagi sebuah buku

teks bahasa Arab yang baik untuk pelajar-pelajar peringkat IPT di

Malaysia seperti berikut (Ab. Halim Mohamad 2003: 238):

1. Objektif: Buku teks yang baik seharusnya mempunyai objektif yang

jelas. Kebiasaannya objektif am bagi pengajaran bahasa adalah

untuk membentuk tingkah laku bahasa yang baik, manakala bojektif

khusus pula adalah seperti penentuan pada unit tertentu pelajar

dapat mengenal pasti bentuk frasa Arab atau dapat membina ayat

mudah dengan betul dan gramatis.

2. Bersepadu: Buku teks yang mempunyai ciri ini dapat membentuk

pembelajaran bahasa sebagai satu unit yang bersepadu dan bukan

sebagai cabang bahasa yang berasingan. Cabang-cabang itu seperti

bacaan, nahu, rencana, karangan, perbualan, mendengar dan

menutur.

3. Tahap pelajar: Buku teks yang baik perlu sesuai kandungan dan

persembahannya dengan keupayaan dan keperluan pelajar. Tahap

bahasanya juga perlu sejajar dengan kecekapan bahasa pelajar.

4. Latihan: Jumlah latih tubi pola atau latih tubi komunikatif (pattern

drill & communicative drill) seharusnya mencukupi. Buku teks

yang baik seharusnya mempunyai latih tubi menulis dan latih tubi

lisan.

5. Contoh: Contoh-contoh dalam buku teks sepatutnya jelas serta

bilangannya yang mencukupi dan mudah difahami pelajar. Contoh-

contoh yang mengandungi terlalu banyak perselisihan pendapat atau

JURNAL PENGAJIAN ISLAM, AKADEMI ISLAM KUIS

ISSN 1823-7126 BIL 8, ISU 2:NOVEMBER 2015

217

mempunyai andaian yang tidak terdapat dalam bahasa seharusnya

dijauhi.

6. Konteks: Pola ayat dan kaedah bahasa dalam buku teks yang baik

seharusnya dipapar menerusi situasi bahasa sebenar seiring dengan

konteks bahasa komunikasi. Bahasa yang dipelajari mestilah diguna

mengikut makna, tujuan komunikasi dan aktiviti umum.

7. Faedah: Antara contoh buku teks yang baik ialah buku teks yang

memilih kaedah nahu yang mempunyai kepentingan fungsi dan

faedah dalam percakapan, penulisan tanpa penafsiran yang panjang

lebar dan penghafalan istilah semata-mata.

8. Perlu: Terdapat beberapa kajian yang menyarankan perkataan atau

tajuk-tajuk perlu yang seharusnya dimuatkan dalam buku teks

bahasa Arab. Kajian-kajian itu juga mendesak supaya tajuk-tajuk

tertentu tidak dimuatkan pada peringkat pengajian tertentu. Sebagai

contoh kajian yang bermutu yang dihasilkan oleh Mahmud Ahmad

Al-Sayyid dan Abdul Rahman Chik.

9. Berperingkat-peringkat: Persembahan dalam buku teks yang baik

bermula daripada yang mudah kepada yang susah dan seterusnya

kepada yang lebih susah. Daripada yang sangat perlu kepada yang

perlu dan seterusnya kepada yang kurang perlu.

10. Penting: Dalam konteks pengajaran tatabahasa Arab terdapat

beberapa tajuk yang disarankan supaya ianya diajar di peringkat

pengkhususan sahaja seperti tajuk isytighal, tanazu’ dan i’rab

takdiri. Tajuk-tajuk seperti masdar mu’awwal, jenis-jenis tanwin,

hadhf dan taqdir dikira kurang penting oleh sesetengah sarjana

bahasa Arab sebagai bahasa kedua.

11. Jelas dan senang: Buku teks yang mempunyai ciri ini dapat

membantu pengajar dalam melaksanakan tugas pengajaran untuk

membentuk tingkah laku bahasa yang dikehendaki dengan baik dan

berkesan.

Ciri yang berkait dengan kertas kerja ringkas ini ialah ciri

konteks (ciri ke-6). Maksud konteks di sini ialah segala bentuk

perkataan dan frasa yang hendak diajar mestilah diletak dalam konteks

yang sesuai, sama ada dalam konteks bahasa (linguistic context),

JURNAL PENGAJIAN ISLAM, AKADEMI ISLAM KUIS

MUHAMMAD HARON HUSAINI, AHMAD REDZAUDIAN GHAZALI, ROFIAN ISMAIL

218

konteks emosi (emotional context), konteks situasi (situational context)

atau konteks kebudayaan (cultural context).

Atan Long (1980: 29) dalam gesaan beliau supaya pembelajaran perlu

dikaitkan dengan situasi kehidupan yang sebenar pernah menulis:

sedapat-dapatnya pengajar hendaklah mengadakan situasi yang sebenar

pembelajaran, para pelajar hendaklah dibimbing untuk menyedari

bahawa pembelajaran dan aktiviti-aktiviti di tempat belajar sebahagian

daripada kehidupan.

Dari keterangan di atas dapat dirumuskan bahawa ayat-ayat, frasa, kosa

kata dan contoh-contoh yang ada kaitan dengan kehidupan pelajar dapat

membantu para pelajar mempertingkatkan kemahiran bahasa mereka.

DESKRIPSI SUBJEK KAJIAN

Kajian ringkas ini terbatas skopnya dengan memilih lima buah buku

sahaja. Buku-buku tersebut sedang digunapakai di lima institusi

pengajian tinggi di semenanjung Malaysia. Buku-buku ini adalah hasil

susunan para pensyarah tempatan untuk pelajar-pelajar peringkat

diploma di IPT sekitar negeri Selangor, Melaka, Pahang, Terangganu

dan Kelantan. Sebelum dipaparkan pandangan responden kumpulan

pakar terhadap kandungan-kandungan buku tersebut yang menjurus

kepada elemen budaya, wajarlah kiranya gambaran umum tentang

kelima-lima buah buku itu dapat diketengahkan terlebih dahulu.

Deskripsi ringkas buku-buku yang menjadi subjek kajian ini adalah

seperti berikut:

Jadual 1: Deskripsi Buku-buku Subjek Kajian

Buku/

IPT

Negeri

Kelantan Pahang

Terengganu

Melaka Selangor

Judul األساسياتيف النحو والصرف

من خالل التدريبات

اللغة العربية اخلاصة املستوى

األول

املطالعة والتعبري

BKA1033

كتاب اللغة

العربية (1)

اللغة العربية

الكتاب الثالث ALL

JURNAL PENGAJIAN ISLAM, AKADEMI ISLAM KUIS

ISSN 1823-7126 BIL 8, ISU 2:NOVEMBER 2015

219

املكثفة سلسلة يف

ممارسة اللغة العربية

للماليويني

3114

Bilangan

Juzuk

2 1 1 1 1

Tahun

Cetak

2004 2005 2005 2005 2005

ANALISIS DAPATAN KAJIAN

Dapatan kajian membentangkan hasil analisis data kajian dan

deskripsinya terhadap unsur budaya dalam buku teks bahasa Arab yang

sedang digunapakai di lima IPT semenanjung Malaysia. Statistik

deskripsif iaitu frekuansi, peratus dan min telah digunakan untuk

menjelaskan secara keseluruhan maklumat yang diperolehi daripada alat

kajian. Statistik infrensi, iaitu ujian-t digunakan untuk melihat tahap

konsistan pandangan respondon.

Interpretasi skor min

Jadual 2: Means Score Interpretation

Interpretasi Skor Min

Tahap Rendah 0 – 2.33

Tahap Sederhana 2.34 – 3.66

Tahap Tinggi 3.67 – 5.00

Jadual di atas menunjukkan interpretasi skor min bagi menentukan

tahap elemen budaya dalam buku-buku teks subjek kajian berdasarkan

pandangan rosponden kumpulan pakar. Skor min 0 hingga 2.33 (tahap

rendah) menunjukkan pernyataan atau aspek tersebut sebagai lemah.

Skor min 2.34 hingga 3.66 (tahap sederhana) menunjukkan pernyataan

atau aspek tertentu agak baik atau agak penting, manakala skor min

3.67 hingga 5.00 (tahap tinggi) menunjukkan pernyataan atau aspek

tersebut sangat baik pada pandangan responden.

JURNAL PENGAJIAN ISLAM, AKADEMI ISLAM KUIS

MUHAMMAD HARON HUSAINI, AHMAD REDZAUDIAN GHAZALI, ROFIAN ISMAIL

220

Persepsi Pakar Terhadap Elemen Budaya Dalam Buku Teks

Jadual 3: Penilaian Kumpulan Pakar

Item Kekerapan & Peratus

Min 5 4 3 2 1

Perkaitan di

antara elemen

budaya dengan

kehidupan

masyarakat

tempatan/Melayu

3.40 2 12 7 2 2

8.0%

48.0% 28.0% 8.0% 8.0%

Liputan elemen

budaya

3.48 5 9 5 5 1

20.0%

36.0% 20.0% 20.0% 4.0%

Kepelbagaian

elemen budaya

3.36 2 12 5 5 1

8.0%

48.0% 20.0% 20.0% 4.0%

Penelitian dalam

persembahan

nilai-nilai murni

3.16 1 10 8 4 2

4.0%

40.0% 32.0% 16.0% 8.0%

Kekerapan

persembahan

contoh sebenar

elemen budaya

3.48 5 9 5 5 1

20.0%

36.0% 20.0% 20.0% 4.0%

Kepelbagaian

dalam

persembahan

elemen budaya

3.24 2 10 6 6 1

8.0% 40.0% 24.0% 24.0% 4.0%

JURNAL PENGAJIAN ISLAM, AKADEMI ISLAM KUIS

ISSN 1823-7126 BIL 8, ISU 2:NOVEMBER 2015

221

Penghormatan

terhadap

Tamadun Islam

dan Tamadun

Arab

3.88 8 10 4 2 1

32.0%

40.0% 16.0% 8.0% 4.0%

Perkaitan di

antara elemen

budaya dengan

karya klasik

3.28 1 11 8 4 1

4.0%

44.0% 32.0% 16.0% 4.0%

Kesesuaian

contoh adat

resam dengan

kepercayaan

masyarakat

tempatan/

Melayu

3.76 5 13 4 2 1

20.0% 52.0% 16.0% 8.0% 4.0%

Purata Min =3.45

Jadual di atas menunjukkan pandangan pakar terhadap elemen budaya

dalam 5 buah buku teks subjek kajian. Secara keseluruhan elemen

budaya dalam kelima-lima buah buku di tahap sederhana dengan purata

skor min pada kadar 3.45. Jadual juga menunjukkan kesemua item tidak

memperoleh kadar min melebihi tahap sederhana kecuali item yang

menilai tahap penghormatan terhadap tamadun Islam dan tamadun Arab

yang memperoleh kadar min 3.88. Item berhubung tahap kejituan

persembahan kefahaman tamadun Arab di tahap yang paling rendah

berbanding item-item lain. Item tersebut pada pangdangan pakar buku

teks bahasa Arab di Malaysia menilai dengan kadar min 3.16 sahaja.

JURNAL PENGAJIAN ISLAM, AKADEMI ISLAM KUIS

MUHAMMAD HARON HUSAINI, AHMAD REDZAUDIAN GHAZALI, ROFIAN ISMAIL

222

Elemen Budaya Dalam Setiap Buah Buku Teks

Jika dibandingkan elemen budaya mengikut pencapaian setiap satu

buku ianya adalah seperti berikut:

Jadual 4: Skor min elemen budaya mengikut buku

Buku

Pertama

Buku

Kedua

Buku

Ketiga

Buku Ke-

empat

Buku

Kelima

3.62 2.52 3.67 3.64 3.78

Purata =3.45

Perbandingan pandangan kumpulan pakar berbanding responden

kumpulan penulis dan kumpulan pengguna buku yang terdiri daripada

kalangan pensyarah terhadap elemen budaya dalam buku-buku subjek

kajian pula adalah seperti hasil ujian Tukey HSD berikut:

Jadual 5: Multiple Comparisons

(I) group (J) group Mean

Difference

(I-J)

Std.

Error

Sig. Lower

Bound

Upper

Bound

Pakar Pengguna

Penyusun

.529

.671

.305

.323

.202

.103

.206

.106

1.265

1.448

Jadual di atas menunjukkan bahawa tidak terdapat perbezaan yang

ketara di antara pandangan pakar, pandangan responden kumpulan

penulis dan responden kumpulan pengguna/pensyarah kerana tahap

Significance berada pada kadar.202 dan .103 yang kedua-duanya jauh

lebih besar daripada paras penentuan 0.05.

Bagi tujuan menilai tahap konsisten pandangan kumpulan

responden terhadap elemen budaya dalam buku-buku teks, ujian-t

melalui kaedah Paired Samples Test telah digunakan. Kumpulan

responden kumpulan pakar dibekalkan dengan dua alat kajian yang

menilai perkara yang sama dengan dua persembahan frasa dan ayat

yang berbeza.

JURNAL PENGAJIAN ISLAM, AKADEMI ISLAM KUIS

ISSN 1823-7126 BIL 8, ISU 2:NOVEMBER 2015

223

Jadual 6: Paired Sample Statistics

Mean N Std. Deviation

2.86 5 .68

1.87 5 .24

Mean Std. Deviation t df Sig. (2-tailed)

.99668 .87122 2.558 4 .063

Kedua-dua jadual di atas menunjukkan bahawa tiada perbezaan

yang siknifikan di antara pandangan kumpulan responden melalui dua

alat kajian. Kadar siknifikan .063 adalah lebih besar berbanding kadar

penentuan 0.05. Kadar tersebut juga boleh di papar dalam bentuk

berikut:

t(4) = 2.558 ; p> .05

Dengan itu dapatlah dirumuskan bahawa para responden

mempunyai pandangan yang konsisten terhadap elemen budaya dalam

kelima-lima buah buku teks yang menjadi subjek kajian.

KESIMPULAN

Buku teks bahasa Arab di IPT di Malaysia mengandungi purata elemen

budaya tahap sederhana (3.45). Elemen budaya berhubung

penghormatan terhadap budaya Islam dan budaya Arab pada kadar

purata mean 3.88, manakala gaya persembahan dan penerapan nilai-

nilai murni pula pada kadar 3.16. Kajian mencadangkan agar para

penyusun buku teks bahasa Arab di Malaysia dapat mengikuti langkah-

langkah tertentu semasa penghasilannya, memanfaatkan kajian-kajian

yang telah dihasilkan oleh pengkaji-pengkaji terdahulu dengan

memuatkan elemen budaya secara bersepadu bersama kosa kata,

susunan dan teks-teks pilihan. Kajian juga mencadangkan agar peratus

budaya tempatan berbanding budaya asing dalam buku-buku teks di

IPT di Malaysia tidak kurang daripada 30%. Buku-buku yang telah

dihasilkan juga seharusnya melalui beberapa proses perlu dan tempoh

percubaan yang mencukupi.

JURNAL PENGAJIAN ISLAM, AKADEMI ISLAM KUIS

MUHAMMAD HARON HUSAINI, AHMAD REDZAUDIAN GHAZALI, ROFIAN ISMAIL

224

RUJUKAN

Ab Halim Mohamad. 2003. Buku Teks Bahasa Arab di Malaysia:

Antara Teori Pengajaran dan Realiti, dalam Prosiding Wacana

Pendidikan Islam Siri 3. Bangi: Fakulti Pendidikan UKM.

Atan Long. 1980. Pedagogi Kaedah Am Mengajar. Selangor: Fajar

Bakti Sdn. Bhd.

Ibrahim Abdullah. 2003. Pengajaran Bahasa Arab Peringkat Permulaan

Uuntuk Pelajar-pelajar Dewasa. Tesis Master, Fakulti Bahasa

dan Linguistik, Universiti Malaya.

Maheram Ahmad. (2007). Unsur Budahya dalam Terjemahan Arab-

Melayu, dalam Prosiding Peningkatan Kualiti Penyelidikan

dalam Pengajian Islam. Fakulti Pengjian Islam, Universiti

Kebangsaan Malaysia.

Mansoer Pateda. 1991. Linguistik Terapan. Jakarta: Penerbit Nusa

Indah.

Newmark, Peter. 1988. A Textbook Of Translation. New York: Prentice

Hall.