kraft tradisional
DESCRIPTION
Pendidikan Seni VisualTRANSCRIPT
FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA
HBAE 3103
KRAF TRADISIONAL
JANUARI 2014
NAMA : CHUNG SHOUK FUI
NO. MATRIKULASI :
NO. KAD PENGENALAN :
NO. TELEFON :
E-MEL :
PUSAT PEMBELAJARAN : KENINGAU LEARNING CENTRE
SMP PPG NOV 2013
Kandungan Muka Surat
1. Pengenalan 1- 2
2. Jenis Kraf tradisional 3
2.1 Batik 3 - 4
2.2 Ukiran 5
2.3 Tenunan 6
2.4 Anyaman 7 - 8
2.5 Wau 8- 9
3. Proses Pengarapan Motif 10
4. Analisis Kraf Tradisional 11 - 12
5. Kesimpulan 13
6. Rujukan
7.
1.0 Pengenalan
Menurut Kamus Dewan Bahasa (1998) Edisi 3, perkataan kraf membawa maksud
‘perusahaan ( kerja, seni ) yang memerlukan kemahiran terutamanya menggunakan tangan’,
manakala kraftangan pula membawa makna ‘perusahaan ( kerja, seni ) yang memerlukan daya
cipta dan kemahiran menggunakan tangan’.
Kraf juga didefinisikan Sebagai “Keluaran Kraftangan” iaitu apa-apa keluaran artistik yang
mempunyai daya tarikan kebudayaan atau tradisional dan adalah hasil dari sesuatu proses yang bergantung
semata-mata atau sebahagiannya kepada kemahiran tangan dan termasuklah apa-apa barang, walau
bagaimanapun dihasilkan, yang mempunyai rekabentuk batik pada atau di mana-mana bahagiannya.”
(Akta 222-Akta perbadanan Kemajuan KraftanganMalaysia 1979).
Kraf tradisional adalah hasil seni yang dicipta untuk digunakan, tetapi digubah dengan
memasukkan unsur-unsur seni untuk memberi bentuk yang indah dan menarik hati. Penciptaan
kraftangan itu memerlukan keaslian dan kecekapan dalam penggunaan bahan-bahan asas yang
teratur sejak dari proses awal hinggalah sesuatu hasil kraftangan itu tercipta. Proses penciptaan
tersebut memerlukan daya estetika demi untuk memberikan rekabentuk yang indah dan menarik.
Selain itu, seni kraf Melayu melambangkan hubungan yang erat antara orang Melayu
dengan kepercayaannya iaitu Islam.Kehadiran agama Islam telah mengubah haluan kepercayaan
dan pegangan orang-orang Melayu sebelum ini.Mereka telah mengetahui den menyedari tentang
keesaan tuhan yang sebenar. Mereka menggangap alam ini sebagai suatu hiasan yang berfungsi
untuk menyerikan kehidupan sementera di dunia dan kehidupan kekal di akhirat. Kesedaran
inilah lahirnya ciptaan yang berfungsi dan memenuhi keprluan hidup di dunia dan akhirat. Hasil
ciptaan seni kraf Melayu ini jelas menujukkan pengaruh Islam dalam penghasilanya.Ini jelas
digambarkan dalam ragam hias atau motif yang dihasilkan.Ianya juga mengambarkan sebahagian
daripada kehidupan seharian masyarakatnya yang menunjukkan ciri-ciri Islam.
Ketiadaan figura manusia dan binatang dalam ragam hias, membuktikan kraf tradisional
Melayu adalah melambangkan seni Islam. Unsur-unsur ini adalah diharamkan dalam Islam. Ciri-
ciri seni Islam lain diperlihatkan dalam raga hias seperti penggunaan arabes, motif yang
berulang dan unsur geomatri.Subjek daripada flora paling banyak diilhamkan sebagai motif dan
ragam hias kraf Melayu seperti rupa daun,bunga dan sebagainya selain itu penggunaan ayat-ayat
Al-Quran turut diilham bersama.
Malaysia juga mempunyai sejarah kraftangan yang lama walaupun tidak mempunyai
rentetan yang jelas namun beberapa penemuan yang boleh dikaitkan kepada budaya penemuan
kraftangan tradisional yang boleh dibanggakan. Contohnya, pada tahun 1954 satu ekspidisi yang
diketuai oleh Dr. G. de. G. Sieveking dari Muzium Kebangsaan Persekutuan telah menemui
beberapa peninggalan kraf orang zaman Neolitik di bukit kapur Perlis dan Kelantan. Objek yang
ditemui termasuk pisau batu , barangan tembikar berkaki serta serpihan yang jarang ditemui
dirantau ini. (Beamish, 19:54.) Penemuan ini telah membuka mata masyarakat dunia terhadap
kesenian dan kraftangan tradisional tempatan.
Menurut William Hunt (1952:20) dalam bukunya “An Introduetion to The Malayan
Aboriginese” mengatakan bahawa budaya kraf dan seni di Malaysia dibawa oleh pendatang
keturunan Melayu dari Gugusan Kepulauan Melayu, serta pendatang asing dari rantanu Asia
dengan asimilasi budaya pribumi. Menurut Dato Sulaiman Osman (20: 1994) sebagai negara
berbilang kaum, kraftangan tradisi juga turut dipengaruhi oleh budaya kaum pendatang yang
kaya bentuknya serta bercampur gaul dengan budaya purba mereka.
2.0 Jenis Kraf Tradisional
Pelbagai jenis kraf melayu seperti batik, ukiran, tenunan, anyaman, tembikar, tekat, wau,gasing dan
perhiasan diri. Kraf-kraf ini dihasilkan dengan penuh terliti. Dalam penghasilan kraf ini, elemen reka bentuk
seperti garisan, warna, bentuk dan tekstur telah digunakan untuk menghasilkan sesuatu reka bentuk kraf.
Mengikut perspektif orang melayu, seni merupakan keindahan yang menarik minat, pandangan dan
perasaan. Di samping itu, estetika dan kecantikan kraf mereka selalunya berkait rapat dengan latar belakang
budaya mereka terutamanya yang melibatkan konsep islam.
2.1 Batik
Batik merupakan kraf tradisional yang unik malahan ianya terkenal di Gugusan
Kepulauan Melayu. Justeru itu, batik melambangkan hasil seni yang mempunyai kreativiti yang
tinggi. Di Malaysia, kini batik telah dikenali sebagai salah satu daripada seni warisan bangsa yang menjadi
kebanggaan negara. Perusahaan batik dipercayai bermula pada awal abad ke 12 iaitu di Kepulauan Jawa
dan kemudiannya berkembang ke Semenanjung Tanah Melayu, khususnya di Kelantan dan Terengganu.
Semenjak itu seni kemahiran batik terus berkembang ke negeri-negeri lain di Malaysia. Batik di negara ini
dihasilkan dengan teknik dan reka corak yang beridentitikan Melayu dan Islam.
Terdapat pelbagai jenis teknik batik seperti batik blok, batik canting, batik pelangi, dan batik skrin.
Batik blok merupakan antara teknik pembuatan batik yang terawal di negara. Teknik pembuatan batik yang
terawal di Negara ini ialah batik blok. Batik blok atau cop diperbuat daripada bongkah kayu atau logam
kemudian diukir dengan motif-motif yang bersesuain untuk mengecap kain tertentu. Selain daripada kain
kapas, penggunaan kain sutera danorganza dalam pengeluaran batik blok telah menghasilkan tekstil batik
yang sesuai untuk rekaan fesyen, perhiasan serta kelengkapan rumah yang eksklusif. Batik lukis juga
disebut batik canting. Prosesnya dimulakan dangan lilin cair dilakar menggunakan canting dan diwarna
mengikut kesesuaian reka corak. Selain dari kain kapas, kain rayon, voile, organza dansutera turut
digunakan. Reka corak yang menarik dengan pilihan warna yang ceria menampilkan batik bukan sahaja
sesuai untuk fesyen pakaian malah boleh juga dijadikan sebagai kelengkapandan hiasan rumah serta hadiah
dan cenderamata yang eksklusif. Batik skrin pula dikenali jugasebagai batik stensil atau batik sutera saring.
Batik jenis ini merujuk kepada teknik lakaran corak dan terapan warna dilakukan di atas skrin yang
diperbuat daripada poliester diregang di atas pemidang. Motif-motif dilukis atas skrin yang telah ditetapkan
ukurannya. Kebiasaannya beberapa keping pemidang dengan reka corak yang berbeza disediakan. Ini
adalah kerana satu pemidang hanya untuk satu warna sahaja. Skrin kemudian dilekapkan di atas sehelai
kain putihbagi melakukan proses pewarnaan. Proses pewarnaan ini dilakukan beberapa kali bagi
melengkapkan corak dan warna sehelai kain batik.
Selain itu, Motif batik di Malaysia adalah lebih berunsur flora yang terdiri daripada motif
seperti bunga, kudup, putik, akar menjalar, daun, ranting dan pucuk digunakan untuk menghias
kain batik ela. Setiap Motif ini mempuyai motif yang tersendiri dihiasi pada kain batik.
Contohnya pada kepala kain motif pucuk rebung digunakan selain itu reka corak digubah bukan
secara realistik tetapi campuran gaya organik dan geometri. Unsur fauna seperti motif rama-
rama, kumbang, burung, ayam dan sebagainya. Unsur geometri seperti susunan garis-garis halus,
kisi-kisi, cengkerang, bentuk bujur, jalur dan sebagainya.Unsur ini seringkali digabungankan
dengan unsur flora dan mendapat permintaan di kalangan peminat batik. Contoh batik yang
dihasilkan :
Rajah 1 : Contoh Batik Skrin
2.2 Ukiran
Hasil catatan sejarah dari perjumpaan di zaman batu Neolitik di Asia Tenggara
menunjukkan terdapatnya pengukir-pengukir handal telah wujud di zaman dahulu. Ini terbukti
ukiran yang terdapat pada belanga, gelang, kendi dan pinggan mangkuk. Sejarah awal mengenai
ukiran kayu di negara ini boleh diketahui setelah kita membaca buku Sejarah Melayu atau
Sulalatus Salatin. Buku yang dikarang oleh Tun Sri Lanang itu ditulis pada abad ke-17. Dalam
tulisan Tun Sri Lanang, tercatat keindahan seni bina istana Sultan Mansur Syah yang memerintah
Melaka pada tahun 1459 hingga tahun 1477.
Istana berukir indah itu digelar oleh rakyat Melaka sebagai ‘Istana Hawa Nafsu’. Seni
ukir di negara ini telah pun berkembang lebih awal lagi daripada catatan Tun Sri Lanang, namun
tidak ada catatan mengenainya. Satu lagi catatan silam mengenai seni bina ialah Hikayat Misa
Melayu. Dalam hikayat itu digambarkan mengenai seni ukir di istana yang terletak di Pulau
Indera Sakti, sebuah tempat di Kuala Sungai Kinta, Perak Darul Ridzuan semasa pemerintahan
Sultan Iskandar Zulkarnain (1756 - 1780).
Dikata bahawa kebanyakan ukiran kayu adalah terpengaruh dengan motif ukiran negara
Siam, kerana pada suatu masa dahulu negeri ni di bawah pengaruh Siam. Ini adalah berdasarkan
corak ukiran masjid, wakaf, istana dan rumah-rumah lama banyak persamaan dengan seni ukir
negeri Siam. Tidak menghairankan kalau dikatakan bahawa seni ukir di negara ini telah
didatangi dari selatan negeri Thailand iaitu Patani.Terdapat 4 jenis ukiran seperti layang, tebukan
tembus, timbul, dan alat dan bahan.
Rajah 2 . Contoh Ukiran Kayu
2.3 Tenunan
Malaysia terkenal dengan seni tekstil iaitu tenunan. Hasil tenunan dapat melambangkan
kehalusan dan kemahiran dapat aripada jalinan benang lonseng dengan benang pakan. Ia dapat
menghasilkan ciptaan seni tampak yang indah dan menjadi kebanggaan bangsa. Terdapat tiga
jenis tenunan iaitu Tenunan Pahang, Tenunan Songket, dan Tenunan Pua. Bagi topik ini, saya
akan menfokuskan tenunan songket. Terengganu merupakan pusat tenunan bermula. Kini,
Terengganu dan Kelantan menjadi pusat pengeluaran kain tenunan.
Nama “kain songket” berasal daripada teknik membuat songket, iaitu menyongket atau
menyolek bunga (emas) pada tenunan sutera. Pada amnya songket terbahagi kepada dua jenis,
iaitu tekat tiga dan tekat lima. Nama tekat itu berkaitan dengan penggunaan bilangan lembaran
benang sutera dan jarak antara lembaran benang emas yang disongket. Tekat tiga lebih sukar dan
rumit daripada tekat lima dan hasilnya lebih halus. Penggunaan benang emas yang dikembar dua
yang dilakukan dengan selembar benang sutera akan menghasilkan tenunan yang lebih bermutu
dari segi teknik dan kesan.
Reka bentuk kain songket mengandungi badan, kepala, pucuk rebung, atau bunga lawi
ayam (dalam bentuk pucuk rebung), diapit di antara kepala dan tepi kain. Motif songket yang
diilhamkan daripada tumbuh-tumbuhan ialah pucuk rebung, bunga lawi ayam, bunga baling,
tapak kecupu, bunga tanjung, bunga cermai, bunga setelop, tampuk kesemak, tampuk manggis,
dan buah delima. Manakala corak-corak songket yang abstrak dinamakan kasap, pecah lapan,
tapak kacip, potong wajik, bunga tiga dara, bunga logam, bunga kerongsang, dan jong sarat.
Motif yang diilhamkan daripada alam sekitar pula dinamakan bintang buta, air molek, awan
larat, dan teluk berantai. Manakala motif yang diilhamkan daripada haiwan dikenali sebagai
bunga lawi ayam, unduk-unduk, bunga hati, dan sisik kelah.
2.4 Anyaman
Seni anyaman adalah suatu bentuk kraf yang tidak dapat dipisahkan daripada cara hidup
tradisional masyarakat Melayu dan rumpun nusantara. Daripada tikar hingga kepada dinding
pelindung kediaman, hasil kerja menganyam membentuk persekitaran hidup yang boleh dilihat
di mana-mana. Ini tidak menghairankan kerana tumbuh-tumbuhan tropika merupakan jenis yang
sesuai untuk dijadikan bahan anyaman. Menganyam merupakan proses menjalin jaluran daun,
lidi, rotan, akar, buluh dan beberapa jenis tumbuhan yang lain. Beberapa jenis reka bentuk
kraftangan dihasilkan melalui nyaman demi untuk mencipta sesuatu alat keperluan harian
contohnya menghasilkan topi, tudung saji, bakul dan menganyam tikar untuk mengalas tempat
duduk.
Anyaman berkembang sehingga sekarang, kegunaanya agak terbatas dewasa ini
berbanding waktu silam . Terdapat dua ciri-ciri penting dalam ragam hias anyaman, iaitu
penciptaan kelarai (motif) dan corak. Istilah kelarai dikhususkan kepada motif yang "berbentuk"
(selalunya unsur alam) sementara corak dimaksudkan kepada susunan warna tanpa
memperlihatkan kepada susunan warna dan bentuk motif. Anyaman tanpa kelarai disebut sebagai
"gadas". Terdapat kira-kira 51 jenis kelarai yang berdasarkan unsur-unsur alam semulajadi
Seperti unsur-unsur tumbuhan dan binatang.
Di sesetengah tempat kelarai dimaksudkan kepada anyaman yang diperbuat daripada
buluh dan digunakan sebagai dinding atau penyekat ruang rumah. Sementara di sesetengah
tempat lain anyaman seperti ini diperbuat daripada bahan bertam yang disebut sebagai tupas.
Ciptaan kelarai atau tupas lebih kukuh, tegas dan kasar bersesuaian dengan fungsinya sebagai
penyekat ruang. Tiada bukti yang jelas untuk menetapkan tarikh bermulanya penciptaan kelarai.
Melalui kajian yang dibuat dapat dikatakan bahawa penciptaan kelarai dalam anyaman
merupakan satu perlakuan yang telah lama berlaku. Antara buluh yang sering digunakan ialah
buluh akan, buluh bentung, buluh minyak dan buluh gading.
Buluh yang cukup tua dipotong mengikut ukuran yang dikehendaki. Mengikut cara
tradisional buluh akan direndam di dalam air selut (air tanah) bercampur asam selama satu
Rajah 3: Contoh Songket
minggu. Tetapi kini cara yang paling mudah, buluh direbus bersama soda bagi mengeluarkan
kandungan gulanya. Namun begitu buluh yang direndam tetap dianggap lebih cantik dan
menarik.
Rajah 4 : Contoh Anyaman Buluh
2.5 Wau
Sejak beratus-ratus tahun dahulu, permainan tradisional orang-orang Melayu ialah
permainan Wau. Permainan ini mengandungi unsur-unsur budaya Melayu asli yang dapat kita
lihat melalui bentuk dan rekaan coraknya. Walaupun buku Sejarah Melayu telah menceritakan
tentang permainan ini, namun asal usulnya masih belum diketahui sebenar. Berdasarkan buku
Sulalatus Salatin, permainan wau bermula sejak pemerintahan Sultan Mahmud Shah (1488-
1511).
Di Utara Semenanjung, permainan wau merupakan dalah satu hobi mereka.
Umpamanya,penduduk Perlis tidak terpisah dengan permainan layang-layang atau wau sejak
dahulu kala lagi. Ini kerana, masyarakat dahulu kebanyakan bekerja sebagai nelayan dan
pesawah padi. Oleh itu mereka mempunyai banyak masa lapang. Maka dengan itu, permainan
wau merupakan salah satu hiburan mereka untuk mengisi masa lapang mereka. Pelbagai rupa
bentuk wau yang indah terutama dari segi reka bentuk, hiasan dan juga penggunaan warna. Pada
ketika dahulu, kanak-kanak melayu hanya bermain Wau Bulan, Wau Helang dan Wau Kemetek.
Kini, pelbagai jenis wau telah dihasilkan seperti Wau Jala Budi, Wau Kucing, Wau Daun, Wau
Sewah dan lain-lain lagi.
Motif bagi reka corak wau yang diukir dengan menggunakan kertas warna dengan dua
dimensi kemudian disusun dan digubah menjadikan pola atau corak hias. Reka corak utama pada
hiasan wau terdiri daripda unsur yang memberi sifat tersendiri dalam seni rupa iaitu motif
tumbuh-tumbuhan. Kebanyakan semua jenis wau menggunakan motif tumbuh-tumbuhan
Sebagai reka corak hiasan. Bagi sebuah struktur wau, bahagian terbesar pada wau ialah sayap
yang menyerupai bentuk daun. Konsep ini juga sama dengan Wau Helang yang mempunyai
bahagian sayap, ekor dan tanduk (kepala).
Motif yang digunakan berasaskan tumbuh-tumbuhan seperti bunga-bungaan, awan larat
dan sulur kacang sebagai rangkaian corak tersebut. Pohon yang bersifat lemah-lembut ini
diangggap bentuk yang indah dan bersesuaian dijadikan motif reka corak hiasan pada sesebuah
wau.
Rajah 5 : Contoh Wau Kuching
3.0 Proses Penggarapan Motif
Seni bagi sesuatu kraf mempunyai perkaitan dan persamaan dengan perkataan manual atau corak
pekerjaan yang lebih menggunakan tangan. Berkaitan dengan pekara ini, tenun juga digolongkan dalam
kraf tradisi. Kraf yang dihasilkan oleh pereka merangkumi dua perkara, iaitu seni dan reka bentuk yang
dikategorikan sebagai aktiviti secara kecil-kecilan yang menggunakan tangan. Individu yang terlibat dalam
kraf selalunya melalui beberapa proses seni reka dan dikaitkan dengan aktiviti yang inovatif. Kesenian
biasanya menekankan kepada sesuatu perkaraatau suasana yang mementingkan aspek keindahan dan bukan
menekankan kepada aspek gunaan.(Syed Ahmad Jamal, 1992).
Mengikut teori seni yang dikemukakan oleh Mohamed Najib (1995) pula, karya seni merupakan
kerja yang harus melalui beberapa tahap dan proses pengkaryaan yang bertitik tolak daripada penggunaan
akal yang dianugerahkan oleh Allah S.W.T kepada manusia. Mengikut beliau kegiatan ini merangkumi
Bahan Mentah Input Mental objek subjek Berdasarkan konsep diatas, proses peringkat pertama yang
dikemukakan ialah pemilihan bahan mentah yang dipilih, diproses oleh pengkarya.peringkat ini melibatkan
penglihatan mental dan tenaga buruh pembuat. Ia melibatkan tahap pengkarya dalam memindah imeh
mentalnya yang bersifat „preconceived‟ (gagasan) kepada bahan yang terdiri daripada bentuk
pemukaan seperti kanvas atau kain putih.
Peringkat kedua pula ialah merupakan bahan seni yang dibuat dalambentuk imej. Selepas peringkat
ini barulah sesuatu karya itu dibuat penilaian oleh khalayak mengikut kemampuan masing-masing. Dalam
banyak perkara, seni reka ialah sesuatu yang kreatif dan ciptaan merupakansesuatu karya yang tidak
mempunyai jawapan yang tepat bagi permasalahan. Hasil seni reka merupakan sesuatu yang dapat
disampaikan oleh perekanya kepada khalayak yang melihatnya. Komunikasi tampak dan idea seperti
garisan, warna, dan bentuk lebih berkesan bagi menerangkan sesuatu kepada khalayak. dalam penghasilan
reka bentuk pula,pengkarya harus membuat manipulasi bagi melahirkan kebebasan.dalam proses ini,
perubahandan penyesuaian bagi penyelesaiaan masalah unyuk melihat kesan. Proses ini diiikuti dengan
melukis sehinggalah masalah dalam reka bentuk dapat diselesaikan dalam kraf.
Dua perkara yang harus difahami, iaiyu seni dan sains selain tahu melukis. Dalam hal ini, seni reka
merujuk pada prose penyelesaiaan masalah yang dilalui oleh pereka yang melibatkan satu aktiviti
yangdipanggil reka bentuk. (Lawson 1994). Dalam penghasilan sesuatu karya kraf yang menarik,
iamelibatkan daya kreativiti berbanding dengan prinsip gunaan. Proses penghasilan sesuatu rekabentuk
melibatkan tiga perkara iaitu memikir, melihat, dan membuat.
4.0 Analisis Kraf Tradisional
Kini, kraf yang semakin mendapat sambutan ramai adalah batik. Ia juga menjadi
kebanggaan negera kerana batik diminati ramai di seluruh dunia malahan turut menjadi lambang
rasmi negara yang dapat melambangkan bangsa Malaysia. Contohnya, pada hari Khamis, setiap
kakitangan kerajaan disarankan supaya berpakaian batik. Bukan itu sahaja, untuk upacara rasmi,
mereka juga diwajibkan memakai pakaian batik. Oleh itu, batik kian menjadi kebangaan
Malaysia yang menunjukkan warisan bangsa Melayu.
Dalam kajian ini, saya memilih batik Sebagai topik perbincangan garapan idea yang
berkonsepkan Islam. Saya membuat kajian dan analisis melalui pembacaan serta mendapatkan
maklumat daripada guru sejarah sekolah menengah iaitu Cikgu Ng. Setelah arus perubahan sejak
turun temurun, penghasilan batik tidak lagi berunsurkan kepada sejenis motif sahaja. Terdapat
penghasilan batik yang mempunyai kombinasi motif berunsurkan flora dan unsur geometri.
Penghasilan motif ini bukan sahaja memerlukan kreativiti dan estetika bahkan memerlukan
pemikiran saintifik dan juga matematik. Umpamanya, reka bentuk penghasilan motif batik
merupakan kombinasi motif dan corak yang indah dan simetri.Tanpa disedari, semua ini
memerlukan pemikiran kebijaksanaan di dalam ilmu matematik.
Hasil seni batik banyak digunakan oleh orang melayu dan kebanyakannya berkait rapat dengan
keindahan yang tertakluk kepada bahan dan teknik. Bahan daripada alam semulajadi pula merupakan tahap
pengalaman terpenting bagi orang melayu. Keadaan alam semulajadi yang kaya dan indah menjadi tarikan
kepada pengkarya melayu untuk menghasilkan dan membuat sesuatu untuk keperluan dan kegunaanya.
Penggunaan bahan alam yang dihasilkan mereka melibatkan dua perkara iaitu teknik dan estetika. Teknik
dikaitkan dengan kaedah atau proses yang dilalui sehingga dapat menghasilkan sesuatu yang mempunyai
nilai estetika. Nilai estetika yang dihasilkan dalam kraf melayu adalah berkaitan halus, berguna, bersatu,
berlawan, dan prinsip berlambang (Mohd Sabrizaa ,1987) supaya penghasilanya dapat member kepuasan
kepada perekadan penghayat kraf. Kraf melayu yang bercorak islam ini juga telah mengubah pemilihan
penghasilan motif daripada kehidupan yangdipengaruhi agama semasa hindu yang diamati sebelum ini
kepada motif daripada tumbuh-tumbuhan atau alam semulajadi yang tidak bercanggah dengan nilai islam.
Selain itu, unsur islam ini juga telah menggalakkan susunan motif yang berbentuk geometri
yangmenitikberatkan prinsip harmoni dan kesatuan garisan yang tidak bercanggah dengan Islam (Ku Zam
Zam Ku Idris 1984).
Rajah 6 : Contoh Batik berunsur flora dan geometri
5.0 Kesimpulan
kraftangan tradisi yang akan mengalami arus perubahan yang berlaku sensibiliti serta
hati budi tradisi itu tidak akan dilenyapkan hanya dengan hasrat kita untuk meletakkannya ke
persada globalisasi. Harapan agar kraf tradisional akan terus berkembang dan mengalami
perubahan mengikut zaman kini serta menggetarkan alam sekeliling tetapi intipati serta semangat
kraf tangan tetap kukuh berakar tunjangkan nilai serta estetik yang tidak lapuk.
Dalam bidang seni, seni kraftangan dan tradisional Melayu mahupun bangsa lain adalah
di antara kandungan yang disenaraikan dalam kurikulum kebangsaan selain daripada lukisan dan
catan. Kandungan kurikulum seni memberi penegasan untuk identiti dan rupa diri kebangsaan
dalam struktur dan filosofinya. Bukan sahaja seni tetapi mata pelajaran lain seperti sejarah,
geografi, kesusasteraan telah direncanakan untuk memberi tumpuan kepada kandungan
tempatan.
Tujuannya ialah untuk mengembangkan perpaduan kebangsaan dalam masyarakat
berbilang kaum dan kebudayaan di Malaysia di samping menekankan aspek aksiologi
keilmuannya kepada generasi muda, sistem pendidikan adalah untuk menerapkan nilai-nilai
petriotisme di samping menghargai tradisional dan budaya sendiri.
(2976 patah perkataan)
Rujukan
1998. Kamus Dewan Edisi Ketiga. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Dewan Bahasa dan Pustaka.
Dolmer, P. (1997). The Culture of Craft. Manchester : Manchester University Press.
Khairuddin Talib, (2011) .HBAE3103 Kraf Tradisional.Selangor: Meteor Doc.Sdn.Bh.
Ku Zam Zam Ku Idris (1984) Nilai Keindahan Dalam Seni Kraftangan Melayu.
Mohd. Nor Ismail & Mohd Arifin Muda. Buluh Dalam masyarakat Melayu Tradisional. Muzium Negeri Terengganu.
Prof. Madya Dr. Mohd Sabrizaa (1987), Penafsiran Falsafah “ibu Dalam Awan Larat Warisan Estetikka Seni Ukiran Melayu, Jabatan Senibina Dalaman Fakulti senibina, Perancangan dan Ukur UITM Perak.
Siti Zainon Ismail (1997). The Tradisional Handicraft Design. Kuala Lumpur.
William P. Malm. 1996. Music Cultures Of The Pacific The Near East and Asia. New Jersey: Prentice Hall, Upper Saddle River.
Zakaria Ali. 1984. Seni Lukis Satu Penghantar. Kuala Lumpur: Fajar Bakti Sdn. Bhd.
www. kraftradisional.com
www. batik.com.my
Edwin Ng (2014, Januari 28). Personal Interview: Tenom.