konstruktivisme

12
1.PELAKSANAAN AKTIVITI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN BAHASA MELAYU SECARA KONSTRUKTIVISME PENGENALAN Konstruktivisme merupakan proses pembelajaran yang menerangkan bagaimana pengetahuan disusun dalam minda manusia. Mengikut kefahaman konstruktivisme, ilmu pengetahuan sekolah tidak boleh dipindahkan daripada guru kepada murid dalam bentuk yang serba sempurna. Murid perlu membina sesuatu pengetahuan mengikut pengalaman masing-masing. Pembelajaran adalah hasil daripada usaha murid itu sendiri. Blok binaan asas bagi ilmu pengetahuan di sekolah ialah satu skema iaitu aktiviti mental yang digunakan oleh murid sebagai bahan mentah bagi proses renungan dan pengabstrakan. Fikiran murid tidak akan menghadapi realiti yang wujud secara terasing dalam persekitaran. Realiti yang diketahui murid adalah realiti yang dia bina sendiri. Murid sebenarnya telah mempunyai satu set idea dan pengalaman yang membentuk struktur kognitif terhadap persekitaran mereka. Untuk membantu murid membina konsep atau pengetahuan baru, guru harus mengambil kira struktur kognitif yang sedia ada pada mereka. Apabila maklumat baru telah disesuaikan dan diserap untuk dijadikan sebahagian daripada pegangan kuat mereka, barulah

Upload: ajith

Post on 13-Jul-2016

13 views

Category:

Documents


2 download

DESCRIPTION

PEMBELAJARAN KONSTRUKTIVISME

TRANSCRIPT

Page 1: KONSTRUKTIVISME

1.PELAKSANAAN AKTIVITI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN BAHASA MELAYU SECARA KONSTRUKTIVISME

PENGENALAN

•       Konstruktivisme merupakan proses pembelajaran yang menerangkan bagaimana

pengetahuan disusun dalam minda manusia.

•       Mengikut kefahaman konstruktivisme, ilmu pengetahuan sekolah tidak boleh

dipindahkan daripada guru kepada murid dalam bentuk yang serba sempurna. Murid

perlu membina sesuatu pengetahuan mengikut pengalaman masing-masing.

•       Pembelajaran adalah hasil daripada usaha murid itu sendiri. Blok binaan asas bagi

ilmu pengetahuan di sekolah ialah satu skema iaitu aktiviti mental yang digunakan

oleh murid sebagai bahan mentah bagi proses renungan dan pengabstrakan.

•        Fikiran murid tidak akan menghadapi realiti yang wujud secara terasing dalam

persekitaran. Realiti yang diketahui murid adalah realiti yang dia bina sendiri.

•       Murid sebenarnya telah mempunyai satu set idea dan pengalaman yang

membentuk struktur kognitif terhadap persekitaran mereka.

Untuk membantu murid membina konsep atau pengetahuan baru, guru harus

mengambil kira struktur kognitif yang sedia ada pada mereka.

•       Apabila maklumat baru telah disesuaikan dan diserap untuk dijadikan sebahagian

daripada pegangan kuat mereka, barulah kerangka baru tentang sesuatu bentuk

ilmu pengetahuan dapat dibina.

•       Proses ini dinamakan konstruktivisme. Beberapa ahli konstruktivisme yang

terkemuka berpendapat bahawa pembelajaran yang bermakna itu bermula dengan

pengetahuan atau pengalaman sedia ada murid.

•       Seorang guru perlu melaksanakan pengajaran supaya murid dapat membina atau

membentuk idea baru dan bukan menerima idea tersebut dan murid menjana secara

aktif makna daripada setiap satu pengalaman yang dilalui dalam proses

pembelajaran. Murid perlu asimilasikan idea baru atau menyesuaikan

(accommodate) idea yang sedia ada.

Page 2: KONSTRUKTIVISME

PRINSIP KONSTRUKTIVISME

•       Pembelajaran konstruktivisme dalam pendidikan dapat melahirkan murid yang

boleh membina pemahaman dan pengetahuan baru mereka sendiri berdasarkan

pengetahuan dan pengalaman sedia ada.

•       Pembelajaran ini menjadikan murid lebih faham, yakin, dan lebih seronok untuk

terus belajar sepanjang hayat.

•       Murid cuba memperoleh pemahaman mengenai pengalaman baru & fenomena

dengan cara membentuk atau membina makna mengenai perkara tersebut.

Dalam konstruktivisme, pembelajaran dilihat sebagai :

•       Pengubahan idea,

•       Pembinaan & penerimaan idea baru,

•       Penstrukturan semula idea sedia ada

Pandangan konstruktivisme

•       Murid membina atau membentuk idea baru dan bukan menerima idea tersebut dan

murid menjana secara aktif makna daripada setiap satu pengalaman yang dilalui.

Amalan pengajaran konstruktivisme

•       Penggunaan data mentah & sumber primer, berserta bahan manipulatif, interaktif &

fizikal membolehkan murid-murid memperoleh peluang serta membina pengalaman

& kemahiran dalam membentuk pengetahuan baru atau menstruktur semula konsep

alternatif mereka.

•       Tugasan pembelajaran yang melibatkan kemahiran kognitif seperti mengelas &

meramal akan meningkatkan kemahiran berfikir peringkat tinggi, membantu murid

membina konstruk sendiri sama ada melalui proses asimilasi konsep baru atau

mahupun menyesuaikan konsep sedia ada.

•       Pengetahuan sedia ada murid membantu mereka mengikuti pembelajaran

seterusnya. Pembelajaran seterusnya direka bentuk bersesuaian dengan

perkembangan konstruk murid supaya proses pembelajaran tersebut bermakna

kepada mereka.

•       Pengetahuan diperoleh secara kognitif & interaksi dengan individu dan alam

sekeliling.

Page 3: KONSTRUKTIVISME

•       Pengetahuan diperoleh daripada kontradiski mental yang terbit daripada interaksi

murid dengan alam sekeliling

•       Murid-murid membina idea atau konsep baru berdasarkan pengetahuan yang lalu &

sedia ada.

•       Murid-murid memilih maklumat, membina hipotesis & membuat keputusan melalui

proses mengintegrasi & menyusun pengalaman mereka ke dalam struktur mental

yang sedia ada.

•       Murid-murid mempunyai tanggungjawab terakhir ke atas pembelajaran mereka

sendiri.

PEMBELAJARAN KONSTRUKTIVISME

2. Pengertian Konstruktivisime

Konstruktivisime merupakan proses pembelajaran yang menerangkan bagaimana

pengetahuan disusun dalam minda manusia. Unsur-unsur konstruktivisme telah

lama dipraktikkan dalam kaedah pengajaran dan pembelajaran di peringkat sekolah,

maktab dan universiti tetapi tidak begitu ketara dan tidak ditekankan.

Mengikut kefahaman konstruktivisme, ilmu pengetahuan sekolah tidak boeh

dipindahkan daripada guru kepada guru dalam bentuk yang serba sempurna. Murid

perlu bina sesuatu pengetahuan iut mengikut pengalaman masing-masing.

Pembelajaran adalah hasil daripada usaha murid itu sendiri dan guru tidak boleh

belajar untuk murid. Blok binaan asas bagi ilmu pengetahuan sekolah ialah satu

skema iaiatu aktiviti mental yang digunakan oleh murid sebagai bahan mentah bagi

proses renungan dan pengabstrakan. Fikiran murid tidak akan menghadapi realiti

yang wujud secara terasing dalam persekitaran. Realiti yang diketahui murid adalah

realiti yang dia bina sendiri. Murid sebenarnya telah mempunyai satu set idea dan

pengalaman yang membentuk struktur kognitif terhadap persekitaran mereka.

Untuk membantu murid membina konsep atau pengetahuan baru, guru harus

mengambil kira struktur kognitif yang sedia ada pada mereka. Apabila maklumat

baru telah disesuaikan dan diserap untik dijadikan sebahagian daripada pegangan

Page 4: KONSTRUKTIVISME

kuat mereka, barulah kerangka baru tentang sesuatu bentuk ilmu pengetahuan

dapat dibina. Proses ini dinamakan konstruktivisme.

Beberapa ahli konstruktivisme yang terkemuka berpendapat bahawa pembelajaran

yang bermakna itu bermula dengan pengetahuan atau pengalaman sedia ada murid.

Rutherford dan Ahlgren berpendapat bahawa murid mempunyai idea mereka sendiri

tentang hampir semua perkara, di mana ada yang betul dan ada yang salah. Jika

kefahaman dan miskonsepsi ini diabaikan atau tidak ditangani dengan baik,

kefahaman atau kepercayaan asal mereka itu akan tetap kekal walaupun dalam

peperiksaan mereka mungkin memberi jawapan seperti yang dikehendaki oleh guru.

John Dewey menguatkan lagi teori konstruktivisme ini dengan mengatakan bahawa

pendidik yang cekap harus melaksanakan pengajaran dan pembelajaran sebagai

proses menyusun atau membina pengalaman secara berterusan. Beliau juga

menekankan kepentingan penyertaan murid di dalam setiap aktiviti pengajaran dan

pembelajaran.

Dari persepektif epistemologi yang disarankan dalam konstruktivisme fungsi guru

akan berubah. Perubahan akan berlaku dalam teknik pengajaran dan pembelajaran,

penilaian, penyelidikan dan cara melaksanakan kurikulum. Sebagai contoh,

perspektif ini akan mengubah kaedah pengajaran dan pembelajaran yang menumpu

kepada kejayaan murid meniur dengan tepat apa saja yang disampaikan oleh guru

kepada kaedah pengajaran dan pembelajaran yang menumpu kepada kejayaan

murid membina skema pengkonsepan berdasarkan kepada pengalaman yang aktif.

Ia juga akan mengubah tumpuan penyelidikan daripada pembinaan model daripada

kaca mata guru kepada pembelajaran sesuatu konsep daripada kaca mata murid.

3. Perbandaingan Objektivisme Dengan Konstruktivisme

Paradigma pendidikan masa kini adalah kebanyakannya merupakan paradigma

objektivisme. Paradigma ini gagal menyelesaikan banyak masalah dalam

pendidikan. Perbezaan antara objektivisme dengan konstruktivisme adalah sangat

nyata. Objektivisme berdasarkan tanggapan bahawa wujud pengetahuan di luar

persepsi manusia. Menurut pandangan ini, fungsi sains ialah untuk memastikan

Page 5: KONSTRUKTIVISME

pengetahuan disampaikan secara objektif. Proses pembelajaran dalam paradigma

ini hanyalah untuk menyalarkan pengetahuan dari pendidik kepada murid.

Pengetahuan sains dari perspektif konsruktivisme adalah penjelasan paling sesuai

untuk menghuraikan fenomena yang diperhatikan.

Ahli objektivisme berpendapat bahawa kata pemutus tentang apa yang perlu diajar

dan siapa yang patut mengajar adalah dibuat oleh `pakar' yang semestinya

mengetahui segala-galanya. Ini menyebabkan ramai murid tidak dapat melihat

keperluan belajar sebagaimana yang dilihat oleh pihak `pakar'. Model autoritarian ini

menjadikan guru sebagai sumber pengetahuan dan menjadikan guru sangat penting

dalam bilik darjah. Murid dan juga orang awam beranggapan guru mempunyai

segala jawapan bagi semua masalah. Sistem ini gagal melahirkan murid yang

produktif dan berpengetahuan luas.

Dari pandangan ahli konstruktivisme, setiap orang murid mempunyai peranan dalam

menentukan apa yang akan mereka pelajari. penekanan diberi kepada menyediakan

murdi dengan peluang untuk membentuk kemahiran dan pengetahan di mana

mereka menghubungkaitkan pengalaman lampau mereka dengan kegunaan masa

depen. murid bukan hanya dibekalkan dengan fakta-fakta sahaja, sebaliknya

penekanan diberi kepada proses berfikir dan kemahiran berkomunikasi. Selepas

satu sesi perbincangan murid bersama-sama menetnukan perkara penting yang

harus dipelajari dan tujuan mempelajarinya. Dalam proses ini murid akan mengalami

prosedur yang digunakan oleh seorang saiantis seperti menyelesaikan masalah dan

memeriksa hasil yang diperolehi

Melalui penggunaan paradigma konstruktivisme, guru perlu mengubah peranannya

dalam bilik sains. Guru mungkin akan berperanan sebagai pelajar atau penyelidik.

Dengan cara ini, guru akan lebih memahami bagaimana murid membina konsep

atau pengetahuan. Justeru itu guru akan memperolehi kemahiran untuk membina

dan mengubahsuai kefahaman serta berkomunikasi dengan orang lain. Guru akan

memahami bahawa proses pembinaan dan pengubahsuaian konsep merupakan

satu proses berterusan dalam kehidupan.

Dalam paradigma konstruktivisme, murid menganggap peranan guru sebagai salah

satu sumber pengetahuan dan bukan sebagai seorang yang tahu segla-galanya.

Page 6: KONSTRUKTIVISME

Mereka menganggap pengetahuan sebagai sesuatu yang boleh disesuaikan dan

boleh berubah. Mereka juga sedar bahawa mereka bertanggungjawab terhadap diri

sendiri untuk menggunakan pelbagai cara bagi memproses makluamt dan

menyelesaikan masalah. Dalam erti kata lain, guru adalah berperanan sebagai

seorang fasilitator dan pembimbing. Hubungan guru dengan murid boleh

diumpamakan sebagai hubungan di antara bidan dengan ibu yang melahirkan anak.

Guru bertanggung jawab membimbing dan membantu murid mempelajari sesuatu

pelajaran dengan bermakna. Guru tidak boleh belajar untuk murid. Murid yang

membina fahaman sendiri.

Kebanyakan teknik penilaian sekarang adalah berdasarkan paradigma objektivisme.

Dalam pengujian yang dijalankan, murid akan diuji sama ada dia dapat memberikan

jawapan yang dikehendaki oleh penggubal soalan. Mereka juga dianggap

mempunyai tafsiran yang sama dengan penggubal soalan tentang apa yang

dikehendaki dalam soalan. Oleh yang demikan, soalan-soalan ujian tidak

sebenarnya menguji kefahaman dan pengetahuan murid, tetapi hanya menguji

kemahiran murid untuk membekalkan jawapan yang dikehendaki oleh penggubal

soalan sahaja.

Menurut teori konstruktivisme, penilaian harus merangkumi cara menyelesaikan

masalah dengan munasabah dan pengetahuan. Antara teknik-teknik penilaian yang

sedemikian ialah peta konsep, rajah Venn, portfolio, ujian prestasi dan ujian

berpasukan.

Pandangan ahli konstruktivisme terhadap disiplin di dalam kelas adalah berbeza

dengan ahli objektivisme. Ahli konstruktivisme menganggap peranan guru adalah

sebagai pengurus kelas dan boleh menangani hal-hal disiplin murid dengan

sempurna. murid diterima sebagi individu yang mempunyai ciri-ciri perlakuan yang

berbeza di mana setiap individu itu diangap penting dalam proses pembelajaran dan

perlu diberi perhatian yang wajar. Mereka diberikan peluang untuk membuat

keputusan sendiri tentang perkara-perkara yang akan mereka pelajari. Melalui

proses ini, mereka akan lebih prihatin, bertanggungjawab dan melibatkan diri dalam

aktiviti pembelajaran mereka.

Sebaliknya ahli objektivisme berpendapat bahawa guru harus berperanan sebagai

pengawal disiplin kelas. Murid tidak ada pilihan kecuali menurut peraturan dan

undang-undang yang ditetapkan. Mereka yang ingkar akan didenda.

Pengajaran dan pembelajaran yang berasaskan konstruktivisme memberi peluang

Page 7: KONSTRUKTIVISME

kepada guru untuk memilih kaedah pengajaran dan pembelajaran yang sesuai dan

menentukan sendiri masa yang diperlukan untuk memperolehi sesuatu konsep atau

pengetahuan. Di samping itu, guru dapat membuat penilaian kendiri dan menilai

kefahaman orang lain supaya kefahamannya tentang sesuatu bidang pengetahuan

dapat ditingkatkan lagi.

Perbandingan Objektivisme Dengan Konstruktivisme Dalam Pendidikan

  Objektivisme Konstruktivisme

Tanggapan Utama Pengetahuan wujud bebas dari persekitaran dalaman dan luaran

pelajar Pengetahuan bukan objektif, apa yang kita benar-benar tahu dan faham

hanyalah persepsi kit. Ia ditentukan oleh kita semua. Pengetahuan tidak mempunyai

struktur mutlak

Kesan Guru menolong murid membina pengetahuan dan rangka konteks di mana ia

wujud. Mereka mengguna analogi, contoh dan pelbagai kaedah mengingat. Mereka

tanya soalan untuk membantu murid Guru menolong murid membina kefahaman

baru dan menolong murid merakamkannya ke dalam struktur kognitif sedia ada.

Mereka melakukannya dengan menolong murid membentuk analogi, contoh dan

kaedah mengingat murid sendiri, dan guru menolong murid membentuk soalan yang

perlu ditanya bagi membimbing mereka ke arah kefahaman yang lebih tinggi

Respons Guru "ada perkara yang anda hendak tahu dan saya akan ajar kepada

anda apa yang saya tahu"

"Saya ajari ini, mereka belajar ini"

"Pelajar ini sungguh bijak, mereka belajar apa saja yang saya ajarkan" "Ada perkara

yang anda hendak tahu dan saya akan tolong anda mengetahui bagaimana anda

boleh belajar mengenainya"

"Saya ajar ini, mereka belajar itu"

"Pelajar ini sungguh bijak, mereka belajar perkara yang saya tidak pernah rancang

untuk ajar mereka"

Model pengajaran dan pembelajaran ini adalah dicadangkan dalam `Children's

Learning in Science Project' (Needham, 1987). Dalam model ini, murid digalakkan

bertukar-tukar fikiran melalui fasa pencetusan idea. Fasa ini juga dapat merangsang

murid meninjau semula idea asal mereka. Dalam fasa penstrukturan semula idea,

guru digalakkan merancang aktiviti yang sesuai untuk membantu murid mengubah

idea asal mereka. Murid diberi peluang untuk mencabar idea asal sendiri dan juga

idea rakan-rakan mereka. Adalah idpercayai idea baru yang dibina oleh murid

Page 8: KONSTRUKTIVISME

sendiri biasanya lebih mudah diterima oleh mereka jika sekiranya idea ini mudah

difahami dan berguna. Dalam fasa penggunaan idea, murid boleh menggunakan

idea baru mereka untuk menyelesaikan masalah dan menerangkan fenomena yang

berkaitan dengan idea-idea itu. Fasa renungan kembali merupakan fasa terakhir.

Dalam fasa ini murid membandingkan idea asal renungan kembali merupakan fasa

terakhir. Dalam fasa ini murid membandingkan idea asal mereka dengan idea baru

dan merenung kembali proses pembelajaran yang telah mengakibatkan perubahan

ke atas idea mereka. Fasa ini juga dapat memperkembangkan kemahiran meta

kognitif.

Fasa-fasa pengajaran berasaskan model konstruktivisme 5-fasa seperti berikut:-

Bil Fasa Tujuan/Kegunaan Kaedah

I Orientasi Menimbulkan minat dan menyediakan suasana Amali penyelesaikan

masalah sebenar, tunjukcara oleh guru, tayangan filem, video dan keratan akhbar

II Pencetusan Idea Supaya murid dan guru sedar tentang idea terdahulu Amali,

perbincangan dalam kumpulan kecil, pemetaan konset dan laporan

III Penstrukturan semula idea