konsep pendekatan induktif deduktif elektif dan komunikatif,rph,refleksi
DESCRIPTION
konsepTRANSCRIPT
1.0 PENGENALAN
Pengajaran boleh ditakrifkan sebagai sesuatu tugasan dan aktiviti yang
diusahakan bersama oleh guru dan muridnya. Pengajaran ini dirancang oleh guru secara
sistematik dan teliti untuk melaksanakannya dengan kaedah dan teknik mengajar yang
sesuai, membimbing, menggalak dan memotivasikan murid supaya mengambil inisiatif
untuk belajar demi memperolehi ilmu dan kemahiran.
Keberkesanan dalam pengajaran dan pembelajaran seringkali dikaitkan dengan
kaedah, strategi , pendekatan mahupun teknik pengajaran yang digunakan oleh
seseorang guru. Melalui tugasan ini, akan saya jelaskan mengenai konsep pendekatan
yang sering digunakan dalam pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu khususnya.
Pendekatan merupakan satu kaedah atau strategi yang diambil semasa pengajaran dan
pembelajaran dilaksanakan di dalam bilik darjah. Pendekatan adalah penentu bagaimana
suatu ilmu hendak disampaikan kepada semua pelajar. Keberkesanan dalam proses
pengajaran dan pembelajaran amat bergantung kepada pemilihan pendekatan yang
bersesuaian dengan kebolehan dan pencapaian pelajar di dalam sesebuah kelas.
Pemilihan pendekatan yang tepat dapat membantu meningkatkan pencapaian dan
penguasaan pelajar pada suatu ilmu yang dipelajari dengan lebih berkesan.
Sesuatu pengajaran dan pembelajaran akan menjadi lebih menarik jika guru dapat
mempraktikkan pendekatan yang sesuai selain bermotivasi, kreatif dan inovatif dalam
merancang pengajarannya. Dalam pengajaran Bahasa Melayu terdapat empat
pendekatan yang sering digunapakai oleh para guru iaitu pendekatan induktif,
pendekatan deduktif, pendekatan eklektik dan pendekatan komunikatif. Keempat-empat
pendekatan ini mempunyai kaedah dan cara yang yang berbeza untuk merangsang
pelajar dalam pembelajaran mereka.
Walaupun terdapat banyak pendekatan yang boleh dipraktikkan, yang pasti guru
harus bersedia dan perlu bijak dalam membuat perancangan pengajarannya agar dapat
menarik minat serta merangsang pelajar untuk belajar.
1
2.0 KONSEP PENDEKATAN PENGAJARAN BAHASA
Merujuk kepada Kamus Dewan (1988), pendekatan merupakan cara atau
langkah-langkah yang diambil bagi memulakan dan melaksanakan sesuatu tugas seperti
mengatasi masalah. Pendekatan juga boleh dimaksudkan sebagai suatu kaedah atau
cara sesuatu tugasan itu dilaksanakan. Menurut Edward M. Anthony (1963) pula,
pendekatan ialah satu set andaian yang saling berkait dengan proses Pengajaran dan
Pembelajaran serta mempunyai unsure aksiomatik.
Jika dilihat dalam konteks pendidikan, pendekatan ini bermakna cara mendekati
sesuatu. Misalnya objektif palajaran yang ditentukan untuk pengajaran sesuatu mata
pelajaran.Dalam bidang pendidikan, pendekatan merujuk kepada satu set teori
pembelajaran yang beraksiomatik dan diamalkan dalam pengajaran sesuatu mata
pelajaran untuk mencapai objektifnya. Beraksiomatik membawa maksud sebagai
kenyataan yang diberikan tidak memerlukan bukti atau alasan.
Dalam konteks pendidikan, konsep pendekatan membawa maksud cara
bagaimana mendekati sesuatu iaitu merujuk kepada cara bagaimana sesuatu subjek atau
mata pelajaran itu diajar untuk mencapai objektifnya. Guru mestilah mengetahui terlebih
dahulu latar belakang pelajarnya, agar dapat memilih dan merancang pengajaran
menggunakan pendekatan yang bersesuaian. Kegagalan guru untuk merancang boleh
mengakibatkan proses pengajaran dan pembelajaran menjadi tidak berkesan.
2.1 Pendekatan Induktif
Pendekatan Induktif merupakan pendekatan yang melibatkan aktiviti mengumpul
dan mentafsir maklumat-maklumat, kemudian membuat generalisasi dan seterusnya
membuat kesimpulan. Menurut J.M Kierzek dan W.Gibson (1960), pendekatan Induktif
bermula daripada spesifik kepada umum, iaitu dimulakan dengan sesuatu sebab atau
contoh dan menuju ke arah sesuatu generalisasi. Ini bermaksud seseorang guru boleh
membantu pelajarnya menguasai konsep atau generalisasi berasaskan pemerhatian atau
pun conoth-contoh yang diperoleh. Pembelajaran melalui induktif memberikan peluang
untuk pelajar mengalami proses mental yang mana ia memerhati peristiwa tertentu untuk
memperoleh satu generalisasi (B.Seaton,1982).
2
Pendekatan Induktif menggunakan kaedah penemuan yang melibatkan proses
memerhati, mengkaji dan menganalisis sesuatu aspek sebelum membuat generalisasi.
Guru boleh memulakan pengajarannya dengan mengemukakan beberapa contoh yang
khusus dan membuat kesimpulan untuk membentuk konsep. Beberapa prinsip yang
dikaitkan dengan pendekatan ini ialah guru memberikan contoh yang releven dan sesuai
untuk menerangkan sesuatu topik kepada pelajar untuk memudahkan mereka memahami
apa yang disampaikan. Guru hendaklah membimbing pelajar untuk membuat kesimpulan
dengan menggunakan gambar, video, jadual dan sebagainya semasa sumber dalam
menyampaikan maklumat.
Guru perlu memberikan peluang kepada pelajar untuk membuat pemerhatian dan
menganalisis contoh agar generalisasi dapat dibina dengan mudah. Untuk memudahkan
pelajar menguasai peraturan-peraturan umum yang diperoleh daripada fakta ataupun
contoh, guru perlulah merancang aktiviti pengajaran yang berkaitan dengan contoh yang
telah diberikan.
Secara umumnya, pendekatan ini digunakan bergantung kepada hasil
pembelajaranyang ingin dicapai. Selain digunakan dalam mata pelajaran Bahasa Melayu,
mata pelajaran lain juga menggunakan pendekatan ini dalam membantu proses
pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah.
2.2 Pendekatan Deduktif
Pendekatan Deduktif merupakan jenis pengajaran yang bermula daripada umum
ke spesifik dan pendekatan ini merujuk kepada satu pembelajaran, di mana pelajar
bermula dengan hukum yang umum dan digunakan dalam kes-kes tertentu
(B.Seaton,1982). Pendekatan Deduktif boleh juga ditakrifkan sebagai suatu pendekatan
mengajar yang bermula daripada sesuatu atau beberapa rumus, prinsip, hukum, teori
atau peraturan diikuti dengan aplikasinya ke atas contoh-contoh yang khusus. Secara
ringkasnya , seseorang guru akan mengemukakan satu rumus, hukum, konsep, teori atau
peraturan tertentu kepada pelajar dan mengajarnya sehingga mereka memahami
sebelum memberikan beberapa contoh untuk memperjelaskan kefahaman mereka.
Pelajar perlu menaakul untuk mendapatkan contoh tertentu daripada peraturan umum.
3
Beberapa prinsip yang dapat menjelaskan pendekatan ini adalah seperti
menggalakkan pelajar menyelesaikan masalah yang dikemukakan dan kemudian
ditakrifkan. Untuk menyelesaikan masalah yang diberi, pelajar perlu membuat
penyelesaian masalah mengikut langkah demi langkah. Bagi membantu pelajar
memperoleh kefahaman mereka pula, guru boleh menggunakan beberapa contoh untuk
menerangkan generalisasi atau peraturan. Berdasarkan contoh-contoh tersebut pelajar
boleh meniru, menghafal contoh dan membentuk contoh lain melalui latihan yang
diberikan. Pelbagai aktiviti boleh dijalankan di dalam kelas untuk meningkatkan
kefahaman pelajar terhadap isi pelajaran yang disampaikan oleh guru. Setelah pelajar
faham, barulah kesimpulan boleh dibuat berdasarkan bukti yang ada dan boleh juga
digunakan untuk menyelesaikan masalah yang hampir sama.
Pendekatan Deduktif ini , sesuai digunakan jika keutamaan pelajaran tertumpu
kepada pemahaman konsep sahaja, dan bukannya proses untuk memperolehi sesuatu
konsep. Dengan itu, dalam mata pelajaran Bahasa Melayu pendekatan ini banyak
digunakan untuk menyelesaikan masalah misalnya, setelah murid mempelajari imbuhan
“ber” mereka akan disuruh membina beberapa ayat dengan menggunakan imbuhan
tersebut.
2.3 Pendekatan Eklektik
Pendekatan ini menggunakan dua atau lebih pendekatan yang menggabungkan
segala ciri yang baik daripada pendekatan tersebut dan menggunakannya dalam satu-
satu pengajaran dan pembelajaran. Pendekatan Eklektik boleh dihasilkan dengan
menggunakan gabungan pendekatan induktif dan pendekatan deduktif. Namun begitu,
pendekatan eklektik ini lebih sesuai digunakan untuk kelas yang mempunyai pelajar
pelbagai kebolehan. Ada kalanya kaedah induktif lebih sesuai digunakan untuk segelintir
pelajar, manakala ada sebahagian pelajar yang lain yang dapat memahami dengan jelas
melalui kaedah deduktif.
Untuk memulakan pendekatan ini, guru boleh memberikan contoh , diikuti
generalisasi atau pun boleh mengakhiri pengajaran dengan memberikan contoh sebagai
pengukuhan peraturan dan generalisasi. Cara ini lebih mirip kepada penggunaan kaedah
induktif dan begitulah sebaliknya bagi kaedah deduktif yang memerlukan seseorang guru
4
itu memberikan peraturan atau generalisasi terlebih dahulu kemudian diikuti dengan
contoh. Perlaksanaan pengajaran menggunakan pendekatan eklektik boleh dilakukan
melalui dua cara yakni strategi yang mirip kepada pendekatan induktif dan strategi yang
mirip kepada pendekatan deduktif.
Pengajaran menggunakan pendekatan eklektik ini amat penting dalam membantu
pelajar meningkatkan kemahiran mengeja dan juga membaca dalam kalangan kanak-
kanak di awal persekolahan mereka. Selain itu, pendekatan ini juga boleh digunakan
apabila sesuatu pengajaran memerlukan seseorang guru itu menggunakan berbagai-
bagai pendekatan tidak hanya dengan menggunakan satu pendekatan yang mirip kepada
satu teori sahaja. Guru boleh mengaplikasikan strategi pemusatan guru, pemusatan
pelajar mahu pun pemusatan bahan dalam pengajaran dan pembelajaran. Disebabkan
itu, kebanyakan guru akan menggunakan pendekatan ini terutamanya ketika menjalankan
aktiviti pemulihan dan penggayaan.
2.4 Pendekatan Komunikatif
Pendekatan komunikatif bermula pada tahun 1960-an. Ahli linguistik berpendapat
bahasa ialah satu sistem terbuka dan dinamik serta digunakan dalam sesuatu
masyarakat untuk bertukar-tukar penerangan atau pendapat. Menurut Juriah Long(1985)
penganjur-penganjur pendekatan komunikasi yang terdiri daripada ahli linguistik terapan
di Britain dan Eropah, mereka berpendapat pengajaran bahasa sepatutnya
mengutamakan kecekapan berkomunikasi yang merangkumi bukan saja kecekapan
berbahasa, iaitu penguasaan sistem bahasa tetapi juga kecekapan komunikatif.
Pendekatan komunikatif adalah pendekatan yang berpusatkan pelajar yang
berfokuskan kepada bentuk-bentuk komunikasi seperti meminta maaf, bercerita ataupun
melapor. Situasi ini sebenarnya berlaku dalam rutin harian kita setiap hari. Melalui
pendekatan ini, penekanan tentang bentuk gramatikal adalah untuk tujuan komunikasi.
Dalam pendekatan ini, konteks dan situasi adalah sangat penting. Pendekatan ini wujud
kerana pendekatan lain lebih mementingkan penguasaan bahasa pada peringkat
membina ayat-ayat yang betul secara pencilan yang terkeluar daripada konteks wacana.
Ini menyebabkan pelajar tidak dapat menguasai kecekapan dalam berkomunikasi.
5
Penguasaan dalam kemahiran berkomunikasi adalah perlu kerana pelajar dapat
membuat pemilihan struktur ayat yang betul mengikut konteks bahasa yang sebenarnya.
Prinsip-prinsip pendekatan komunikatif berkaitan dengan pengetahuan pelajar dalam
aktiviti yang akan dilakukan. Oleh itu, seseorang guru haruslah merancang terlebih
dahulu aktiviti agar pelajar dapat menggunakan bahasa dalam komunikasi mereka
dengan betul. Selain itu, pengajaran bahasa dibuat dalam konteks wacana memerlukan
guru mengajar bahasa yang melampaui batas ayat agar pelajar dapat berkomunikasi
dengan lebih berkesan. Ini menjadikan pengajaran bahasa lebih mengikut proses
komunikasi sebenar iaitu seperti perbualan dalam kehidupan seharian.
Keupayaan pelajar melibatkan diri dalam situasi pengajaran dan pembelajaran
bermakna di dalam bilik darjah merupakan kehendak standard untuk setiap warganegara
yang bertanggungjawab dalam masyarakat. Kita hanya perlu menyesuaikan pendekatan,
kaedah dan teknik yang digunakan dalam proses pengajaran dan pembelajaran untuk
melahirkan pelajar yang cemerlang.
6
3.0 TEKNIK PENGAJARAN BAHASA
Pengajaran merupakan suatu proses yang merangkumi aktiviti-aktiviti
perancangan, pelaksanaan dan mendapat maklum balas. Pengajaran adalah bertujuan
untuk menyebarkan ilmu pengetahuan atau kemahiran tertentu. Oleh itu keberkesanan
pengajaran diukur berdasarkan sejauh mana hasil objektif pelajaran dapat dicapai melalui
proses pengajaran dan pembelajaran yang telah dilaksanakan.
Teknik-teknik pengajaran pula adalah kemahiran atau perkara-perkara khusus
yang terdapat dalam sesuatu kaedah. Menurut Kamus Dewan (Edisi keempat), teknik
adalah kaedah mencipta sesuatu hasil seni seperti muzik, karang-mengarang dan
sebagainya. Menurut Edward M. Anthony (1963) mendefinisikan teknik adalah satu
muslihat atau strategi atau taktik yang digunakan oleh guru yang mencapai hasil segera
yang maksimum. Oleh itu, jika seseorang guru tidak dapat menguasai teknik-teknik yang
ada dalam sesuatu kaedah maka kemungkinan besar matlamat kaedah itu tidak akan
berhasil.
Secara kesimpulannya, teknik boleh dimaksudkan sebagai suatu alat yang
digunakan oleh guru bahasa bagi menyampaikan bahan-bahan pengajaran yang telah
dipilih dan dirancang untuk pelajar-pelajarnya. Tujuan teknik pengajaran bahasa
digunakan adalah untuk menarik minat pelajar, mengekalkan perhatian pelajar dan untuk
membangkitkan rasa ingin tahu dalam kalangan pelajar.
3.1 Teknik Permainan Bahasa
Teknik permainan bahasa merupakan salah satu cara dalam mempelajari bahasa
melalui teknik permainan. Oleh itu, penglibatan dalam permainan telah memberi peluang
kepada pelajar memperolehi latihan intensif, pembelajaran bermakna dan sebagai alat
diagnostik yang baik. Dalam teknik permainan bahasa, kebanyakan aktiviti yang
dilaksanakan di dalam kelas akan menggunakan pelbagai kemahiran berbahasa pelajar
antaranya kemahiran mendengar, bertutur, membaca dan juga menulis.
Konsep
7
Permainan bahasa berkonsepkan kepada belajar sambil bermain (study and fun),
iaitu pelajar didedahkan dengan kaedah permainan dalam proses pengajaran dan
pembelajaran mereka. Yang jelasnya, bahan bantu mengajar (BBM) yang berbentuk
permainan lebih banyak disediakan bagi tajuk-tajuk yang telah dipilih untuk dipraktikkan
dalam pengajaran. Pendekatan ini akan menjadi lebih mudah diikuti walaupun pelajar
tersebut memiliki tahap penguasaan yang rendah. Ini bermaksud guru akan menyediakan
BBM yang berbentuk set permainan dan ruang masa yang bersesuaian bagi menarik
minat dan memotivasikan pelajar yang lemah agar dapat memenuhi objektif pengajaran
yang hendak dicapai.
Michael Berman (1981), dalam bukunya Playing and Working With Words
menjelaskan bahawa pelbagai aktiviti permainan bahasa yang digunakan dalam proses
pengajaran dam pembelajaran dapat merangsang suasana pembelajaran. Hal ini dapat
mengekalkan daya tumpuan dan minat pelajar kepada proses pembelajaran yang sedang
berlaku. Beberapa pandangan positif turut dilontarkan oleh pakar-pakar bahasa seperti
Sterling G.Callahan (1971), Midred Mc Closky (1971), Michael A. Lorter (1971) yang
banyak membicarakan tentang permainan bahasa dan berpendapat permainan bahasa
itu digunakan untuk tujuan melatih pelajar secara praktikal dalam latihan membina
struktur ayat, ayat, perbendaharaan kata dan sebagainya.
Objektif
Seperti juga pendekatan-pendekatan atau kaedah yang lain, teknik permainan
bahasa juga mempunyai beberapa objektifnya tersendiri. Teknik permainan bahasa
merupakan salah satu instrumen yang penting dalam menggarap matlamat pendidikan
agar dapat diadaptasikan dalam pengajaran dan pembelajaran. Antara objektifnya
adalah:
Merangsang Interaksi Verbal Murid – Dalam permainan yang telah dipilih,
pelajar diminta bercakap atau mempraktikkan ungkapan-ungkapan tertentu selain
digalakkan memberikan kerjasama kepada guru dalam menjayakan permainan
bahasa. Penglibatan pelajar secara aktif memerlukan guru memberikan
rangsangan dan dorongan kepada pelajar sehingga mereka terasa sumbangan
mereka dihargai dan diperlukan dalam kumpulan. Suasana pembelajaran yang
menarik akan terhasil dan berpusatkan pelajar.
8
Menambah Kefasihan dan Kefahaman – Teknik ini juga diharapkan dapat
meningkatkan kelancaran dan kefasihan berbahasa serta meningkatkan
keyakinan diri pelajar. Bahasa yang digunakan tidak seharusnya terhad kepada
beberapa struktur ayat sahaja tetapi fungsi berbahasa juga boleh dijalankan
dalam pelbagai peringkat kerumitan bahasa. Pelajar akan lebih seronok
apabila berhadapan dengan kaedah permainan yang mencabar dan secara tidak
langsung dapat meningkatkan keupayaan dan kebolehan berbahasa mereka.
Bertindak sebagai alat mengikis bosan – Murid biasanya akan mudah berasa
bosan, jemu, dan mengantuk jika pengajaran guru kurang menarik terutamanya
pada waktu tengah hari. Untuk mengatasi masalah ini, guru boleh menjalankan
aktiviti pembelajaran yang berbentuk permainan sebagai salah satu teknik
pengajaran yang berkesan selain dapat mengekalkan tumpuan dan minat pelajar
untuk belajar.
Alat Pemulihan, Pengukuhan dan Pengayaan – Permainan bahasa dapat
membantu kumpulan pelajar yang lemah untuk memahami isi pelajaran yang
disampaikan. Melalui teknik permainan, pelajar yang mempunyai masalah
pengamatan, pendengaran, penakulan atau recall review dan hafazan dapat
diatasi sedikit demi sedikit dengan melibatkan mereka dalam pembelajaran yang
bercorak permainan.
Prinsip
Beberapa prinsip telah dijadikan sebagai panduan sebelum seseorang guru
melaksanakan pendekatan atau teknik permainan bahasa ini seperti:
Guru perlu terlebih dahulu mengetahui tahap penguasaan dan pencapaian
pelajar di dalam kelasnya. Ini amat penting supaya set permainan bahasa yang
bakal diajar nanti tidak membosankan atau menjemukan pelajar. Ini adalah kerana
tahap pemikiran dan penerimaan pelajar adalah berbeza antara satu sama lain.
Bagi murid cerdas pintar, aktiviti permainan ini lebih merupakan pengukuhan dan
pengayaan kepada mereka manakala bagi pelajar yang lemah ianya merupakan
satu teknik pemulihan untuk membantu mereka memahami proses pembelajaran.
Untuk memastikan teknik permainan bahasa ini dilaksanakan, guru sebaiknya
sudah memperkenalkan semua perkataan-perkataan yang telah dipelajari oleh
9
murid agar dapat mengukuhkan ingatan dan memupuk minat terhadap
pembelajaran tersebut.
Guru perlu merancang dan memilih jenis permainan, tempat dan masa yang
sesuai sama ada diadakan pada peringkat awal, pertengahan atau penutup
kerana kita tidak mahu pelajar hanya bermain sepanjang waktu pelajaran
berlangsung.
Guru perlu memastikan bahawa set permainan yang disediakan mempunyai
gambar-gambar yang terang dan senang difahami,perkataan jelas, mudah dibaca,
arahan dan peraturan yang jelas serta dapat dipatuhi oleh setiap pelajar.
Guru memberikan perhatian kepada pelajar yang tewas dalam permainan agar
diberi peluang untuk mencuba lagi dan sebagai pemerhati untuk jangkamasa
tertentu. Peluang yang sama juga harus diberikan kepada pelajar lain untuk
meningkatkan interaksi sesama pelajar.
Setiap permainan yang diadakan haruslah mencabar dan mempunyai objektif
yang hendak dicapai di samping berfungsi sebagai satu kaedah penilaian
penguasaan pelajar.
Penyediaan Bahan Bantu Mengajar (BBM) harus memenuhi fungsi dan matlamat
pengajaran guru dalam meningkatkan penggunaan bahasa dan kemahiran
berbahasa seperti kemahiran mendengar, bertutur, membaca dan menulis.
Langkah Pengajaran Teknik Permainan Bahasa
Perlaksanaan pengajaran menggunakan teknik permainan bahasa mengandungi
beberapa langkah utama. Aktiviti ini akan dapat meninggalkan kesan terhadap murid
sekiranya kedua-dua pihak iaitu guru dan murid bersedia untuk melaksanakan aktiviti
ini. Aktiviti permainan bahasa ini hendaklah dijalankan sama ada pada peringkat awal
(induksi), pertengahan atau pada akhir pengajaran (penutup). Guru-guru perlu
memikirkan beberapa perkara semasa merancang untuk melaksanakan aktiviti
permainan bahasa. Ini penting agar proses pengajaran dan pembelajaran dapat berjalan
lancar serta dapat mencapai hasil pembelajaran seperti yang dirancang.
Guru harus memilih dan menentukan jenis permainan yang akan digunakan dalam
pengajarannya sama ada akan dimainkan secara individu, berpasangan atau
berkumpulan. Jika bilangan pelajar dalam sesebuah kelas terlalu ramai, guru hendaklah
membahagikan pelajar-pelajar kepada beberapa kumpulan kecil.
10
Permainan bahasa secara berpasangan pula boleh memberikan lebih banyak peluang
latihan mendengar dan bertutur. Guru lebih mudah untuk mengawal pasangan murid.
Permainan secara individu amat sesuai untuk aktiviti pengayaan. Cara ini biasanya
dilakukan untuk pelajar yang pintar dan cerdas serta telah menyiapkan tugas yang
diberikan oleh guru dalam sesuatu masa tertentu.
Sebelum – Beritahu murid nama atau tajuk permainan yang akan mereka
lakukan. Arahan permainan disampaikan terlebih dahulu agar murid tahu aktiviti
yang akan dijalankan sama ada secara individu, berpasangan, kumpulan kecil
atau secara kelas. Sekiranya kumpulan kecil atau berpasangan, pastikan setiap
ahli kumpulan atau pasangan yang ditetapkan sesuai dari segi fizikal dan
persamaan dari sudut tingkah laku. Biasanya dalam sebuah kumpulan ada pelajar
yang pendiam, pasif dan ada yang aktif. Guru melantik wakil kumpulan untuk
menyampaikan pesanan atau arahan permainan. Galakkan pelajar mengikut
arahan ketua kumpulan yang dilantik. Beberapa orang murid diberi tugas seperti
pencatat, penjaga masa dan pengadil sekiranya perlu.
Semasa – Perkara yang perlu difikirkan semasa menjalankan aktiviti kelas atau
kumpulan adalah disiplin pelajar, keselamatan pelajar, cara mengawasi kelas dan
arahan permainan yang betul. Guru bertindak sebagai fasilitator dan pemudah
cara untuk membimbing murid melicinkan perjalanan permainan. Pelajar diberi
kebebasan bermain dengan pengawasan guru. Guru perlu memastikan disiplin
murid terkawal, mengamalkan sikap bekerjasama dan tidak mengganggu
permainan kumpulan lain. Guru perlu juga mengingatkan pelajar akan tugasan
yang perlu dilakukan sepanjang permainan dijalankan.
Selepas – Guru boleh meminta pelajar membuat refleksi, rumusan atau
perbincangan tentang hasil daripada aktiviti permainan tersebut. Guru perlu
memberi pandangan dan juga penambahbaikan mengenai aktiviti permainan yang
telah dijalankan. Selain itu, guru boleh menyemak tugasan kumpulan, pasangan
atau individu serta membuat pengulangan untuk tujuan pengukuhan hasil
pelajaran. Didik pelajar menyimpan bahan-bahan yang digunakan di tempat
asalnya.
3.2 Teknik Latih Tubi
11
Latih tubi di sini bermaksud aktiviti pengulangan fakta-fakta atau kecekapan yang
dipelajari. Tujuan teknik ini dilaksanakan adalah untuk mencapai tahap penguasaan
sesuatu kemahiran untuk tempoh daya ingatan yang lebih lama. Teknik latih tubi amat
sesuai dijalankan khususnya untuk pengajaran bahasa kedua, dan boleh juga digunakan
untuk mencapai sesuatu kemahiran misalnya kemahiran melukis, menyebut perkataan,
membina ayat-ayat atau mengingati fakta-fakta penting. Walaupun teknik ini agak
menghadkan kebebasan berfikir dan daya kreativiti pelajar tetapi amat berguna dan
sesuai untuk isi kandungan pelajaran yang memerlukan ikutan dan ulangan.
Konsep
Kaedah ini berkonsepkan kaedah latihan secara pengulangan yang bertujuan
menyampaikan kemahiran dan kecekapan pelajar. Teknik latih tubi sangat memberi
penekanan kepada pengulangan terutamanya sebutan atau sesuatu fakta sehinggalah
seseorang pelajar itu mencapai tahap penguasaan yang diingini. Teknik latih tubi ini juga
dikenali sebagai teknik menghafaz. Pelbagai jenis aktiviti latih tubi boleh dijalankan bagi
melatih pelajar menguasai bunyi bahasa, sebutan dan pola ayat yang digunakan oleh
guru. Teknik latih tubi dapat dibahagikan kepada dua bentuk iaitu secara bertulis ataupun
secara pertanyaan terus pada pelajar semasa proses pengajaran dan pembelajaran
dijalankan.
Latih tubi secara bertulis adalah dengan mengedarkan kertas-kertas soalan
bercetak kepada pelajar dan pelajar akan menjawab setiap soalan yang diberikan.
Manakala latih tubi secara pertanyaan terus pula memerlukan guru memberi soalan terus
kepada semua pelajar dan mereka dikehendaki untuk menjawab soalan tersebut.
Mengikut teknik ini, perhatian akan diberikan kepada lima aspek kebolehan
menggunakan bahasa iaitu sebutan, tatabahasa, perbendaharaan kata, kefasihan dan
kefahaman pelajar.
Objektif
Seperti juga pendekatan-pendekatan lain, teknik latih tubi juga mempunyai
objektifnya yang tersendiri bagi melahirkan pelajar yang berpengetahuan dan
berkemahiran. Melalui teknik ini pelajar diharapkan dapat:
12
Mengekalkan daya ingatan pelajar dalam tempoh jangkamasa yang lebih panjang
melalui latihan dan pengulangan yang berkesan dan membantu dalam proses
mengingat topik yang diajar.
Memperbaiki sebutan melalu proses mendengar, melihat, memikirkan maksud
perkataan-perkataan serta fungsinya dalam situasi melalui penggunaan
perkataan-perkataan itu.
Pelajar berupaya menggunakan bahasa yang tepat mengikut hukum-hukum
bahasa daripada semua aspek selain dapat memperbaiki sebutan termasuk
penggunaan intonasi dengan betul.
Dapat meluaskan perbendaharaan kata dengan penggunaan imbuhan yang
sesuai mengikut konteks dalam situasi tertentu selain dapat meningkatkan
kefasihan pelajar dalam berbahasa, penggunaan perkataan, ayat dan frasa dalam
kehidupan harian mereka.
Meningkatkan kefahaman pelajar tentang soalan yang dikemukakan dan
berupaya memberikan jawapan dengan wajar.
Memahirkan pelajar dalam menggunakan perkataan, ayat dan frasa dengan betul
dan tertib.
Prinsip
Beberapa prinsip telah digariskan sebagai panduan kepada guru-guru bagi
memudahkan melaksanakan kaedah latih tubi ini adalah seperti:
Untuk meningkatkan keberkesanan kaedah ini, latih tubi perlulah dilaksanakan
dalam tempoh masa yang singkat iaitu di antara 10 hingga 15 minit sahaja untuk
mengelak pelajar berasa cepat jemu atau bosan.
Guru perlu menentukan jumlah dan jenis latih tubi yang hendak diberikan itu
bersesuaian dengan peruntukan masa dan juga tahap kebolehan pelajar di dalam
kelasnya. Pelajar yang lemah tidak boleh menjawab soalan yang terlalu banyak
kerana mereka mudah hilang tumpuan berbanding pelajar yang cerdas.
Guru perlu menggalakkan pelajarnya merekodkan kemajuan yang diperolehi
melalui setiap aktiviti latih tubi yang dijalankan untuk melihat sama ada berlaku
atau tidak peningkatan dalam pencapaian mereka. Dengan adanya rekod ini guru
13
boleh memikir dan merancang strategi yang sesuai untuk memperbaiki
pencapaian pelajarnya.
Guru juga digalakkan menggunakan latih tubi berbentuk permainan atau menguji
kecekapan pelajarnya supaya dapat menarik minat dan suasana pembelajaran
menjadi tidak membosankan selain dapat mengekalkan daya tumpuan mereka.
Guru perlu memastikan bahawa pelajar faham mengapa mereka perlu menguasai
sesuatu konsep atau kemahiran yang diajar. Hal ini akan memudahkan lagi teknik
latih tubi dilaksanakan dalam pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas.
Untuk mengelakkan kebosanan dan rasa jemu dalam kalangan pelajar, guru
dinasihatkan tidak mengadakan latih tubi dalam tempoh yang terlalu lama dan
memasukkan terlalu banyak fakta di dalamnya. Pelajar akan mudah rasa tertekan,
tidak selesa dan kurang berminat untuk mengikuti latihan tersebut.
Guru boleh memberikan tugasan berbentuk latihan sama ada di dalam kelas atau
sebagai kerja rumah. Ini adalah bertujuan untuk melatih pelajar secara intensif
bagi mengetahui tahap peningkatan pengetahuan ataupun kemahiran yang sudah
dicapai bagi pengajaran yang telah disampaikan.
Langkah Pengajaran Latih Tubi
Sebelum melaksanakan teknik ini, guru perlu memastikan bahawa pelajar telah
menguasai kemahiran yang berkaitan dengan isi kandungan yang akan disampaikan.
Untuk melaksanakan teknik atau kaedah ini, terdapat tiga langkah utama iaitu :
Langkah 1 – Guru menyoal pelajar berkaitan sesuatu topik sama ada secara
bertulis atau pertanyaan terus kepada pelajar.
Langkah 2 – Pelajar akan menjawab soalan secara lisan atau secara spontan.
Manakala bagi soalan bertulis pelajar perlu menjawab soalan-soalan yang
diberikan secara bertulis.
Langkah 3 – Guru menyoal pelajar secara berulang kali atau pelajar menjawab
dan membaca berulang kali adalah prinsip utama kaedah ini.
3.3 Teknik Bercerita
14
Teknik bercerita merupakan salah satu pendekatan yang sesuai digunakan untuk
membina kecekapan berbahasa. Dengan kata lain, teknik bercerita bermaksud
menggunakan cerita untuk menyampaikan sesuatu maksud kepada para pelajar. Teknik
ini sebenarnya sudah lama wujud dan tidak asing lagi malah sering digunakan oleh
kebanyakan guru-guru sebagai satu pendekatan pengajaran Bahasa Melayu di sekolah
rendah mahu pun di sekolah menengah. Ini adalah kerana teknik bercerita merupakan
suatu yang menarik minat dan perhatian pelajar terhadap apa yang sampaikan kepada
mereka.
Konsep
Kamus Dewan mendefinisikan cerita adalah jalinan dan susunan mengenai
kejadian dan hal-hal yang berlaku sama ada benar ataupun merupakan khayalan
pencerita sahaja. Bercerita pula merupakan suatu seni yang menggunakan bahasa,
pergerakan dan mimik muka untuk melontarkan idea dan merangsang daya imaginasi
penonton. Bercerita juga boleh dianggap sebagai seni sastera dan seni teater yang dapat
memberikan nyawa kepada perkataan bertulis dalam sesebuah buku (E.Greene,
1976). Anne Pellowski (1990) pula menjelaskan bahawa bercerita ialah keseluruhan
pengalaman sejenak daripada penceritaan lisan dalam bentuk berirama atau prosa yang
dipersembahkan atau dipimpin oleh seseorang di hadapan khalayak.
Penceritaan boleh disampaikan secara lisan atau dilagukan dengan iringan muzik,
menggunakan gambar, sumber-sumber bercetak atau direkodkan secara
mekanikal. Dengan kata lain, bercerita menjadi satu cara yang berkesan untuk
berkomunikasi sambil berhibur lazimnya amat disukai oleh kanak-kanak. Pelajar akan
lebih cepat menumpukan perhatian sekiranya sesuatu pelajaran itu disampaikan dalam
bentuk cerita.
Objektif
Teknik bercerita ini sangat penting di dalam proses pengajaran dan pembelajaran
di dalam bilik darjah khususnya bagi pelajar-pelajar sekolah rendah. Teknik ini biasanya
menekan konten dan juga isi kandungan cerita yang disampaikan. Antara kepentingan
dan tujuan teknik ini dilaksanakan dalam pengajaran dan pembelajaran adalah, dapat
memotivasikan serta menimbulkan minat untuk belajar di samping dapat mengekalkan
daya tumpuan mereka. Sesi bercerita ini memerlukan guru memainkan peranan dalam
15
menyampaikannya secara lisan, melalui rakaman atau pun menonton sambil mendengar
cerita dengan menggunakan boneka. Proses pengajaran dan pembelajaran akan menjadi
lebih mudah selain menarik tumpuan dan minat pelajar terhadap tajuk yang diajar.
Teknik bercerita ini juga, secara tidak langsung memberi kelainan dalam teknik
pengajaran di dalam bilik darjah di samping dapat melatih pelajar menggunakan
pancaindera mereka dengan afektif. Misalnya dengan menayangkan tayangan video
yang mempunyai kesan visual dan bunyi yang menarik dapat memaksimakan
penggunaan pancaindera pelajar. Dengan cara ini, pelajar akan lebih mudah memahami
tajuk berkenaan kerana wujud penggunaan deria yang maksimum.
Selain itu, teknik bercerita juga dapat melatih murid menguasai kemahiran
mendengar. Kemahiran mendengar amat dititikberatkan kerana daripada situ pelajar
dapat mengenalpasti maklumat atau isi penting yang disampaikan oleh guru. Pelajar yang
dapat mendengar dengan baik akan dapat menguasai isi pelajaran dengan mudah.
Melalui teknik bercerita ini juga, nilai murni yang terkandung di dalam cerita tersebut
dapat disemai kepada pelajar. Guru-guru biasanya memilih cerita-cerita berbentuk
teladan untuk diceritakan kepada pelajar kerana di dalamnya mengandungi nilai-nilai
murni yang boleh diterapkan dan dicontohi oleh pelajar.
Dengan menggunakan teknik bercerita, suasana pembelajaran di dalam kelas
juga menjadi seronok dan gembira. Guru hanya perlu menggunakan sedikit kreativiti
dalam menyampaikan ceritanya agar dapat menarik minat pelajar untuk mendengar dan
memberikan perhatian seperti membuat bunyi yang berbeza, mimik muka, pergerakan
dan sebagainya. Melalui teknik ini , pelajar juga dapat menyusun urutan peristiwa atau
idea secara teratur sama ada secara lisan atau secara menulis.
Penglibatan aktif pelajar dalam sesi bercerita akan menghidupkan lagi suasana
penceritaan tersebut dengan adanya aktiviti susulan selepas bercerita. Guru boleh
melakukan pemantauan, penilaian dan memberi bimbingan kepada setiap ahli kumpulan.
Aktiviti susulan seperti sesi soal jawab dengan pelajar dapat menggalakkan pelajar
melibatkan diri secara aktif. Selain itu pelajar boleh diberikan peluang menceritakan
pengalaman mereka berdasarkan tajuk yang diberi. Hal ini akan membentuk satu
suasana pembelajaran yang secara tidak langsung dapat menggalakkan perkongsian
pengalaman atau maklumat sesama rakan-rakan sekelas.
16
Selain daripada itu, sesi bercerita adalah amat luas, dapat menambahkan bahan-
bahan untuk pelajar menulis karangan. Situasi-situasi yang diberikan seperti pertolongan
cemas, lawatan ke bandar bersejarah Melaka dan sebagainya dapat memberikan
pengalaman dan pengetahuan kepada pelajar dalam penulisan karangan. Pelajar akan
memperolehi pelbagai idea yang dapat mendorong mereka menghasilkan sebuah
karangan yang menarik dan berkualiti.
Prinsip
Terdapat beberapa prinsip yang dijadikan tunjang utama di dalam menjalankan
sesi bercerita. Guru perlu mematuhi dan memahami prinsip-prinsip ini bagi memastikan
proses pengajaran dan pembelajaran dapat berjalan dengan lancar. Antara prinsip-prinsip
yang perlu dipatuhi ialah :
guru harus memilih cerita yang sesuai dengan minat, kebolehan, umur dan
pengalaman pelajar. Hal ini sangat penting untuk menarik minat pelajar terhadap
tajuk yang ingin diajar pada hari itu. Cerita yang dipilih haruslah menepati
peredaran masa iaitu bersesuaian dengan citarasa pelajar agar pelajar seronok
untuk belajar tajuk berkenaan.
Sebelum memulakan sesi bercerita, guru perlu menghafaz isi-isi penting yang
terkandung di dalam cerita itu untuk mengelakkan sesi bercerita menjadi bosan.
Guru perlu faham jalan cerita yang ingin disampaikan dan mengenalpasti watak-
watak yang terdapat dalam cerita tersebut. Ini untuk mengelakkan daripada guru
melakukan rujukan semasa melakukan penceritaan yang mungkin akan
mengganggu kelancaran sesi bercerita tersebut. Hanya isi-isi penting sahaja
disampaikan untuk memudahkan pelajar memahami cerita itu.
Alat bantu mengajar perlu disediakan lebih awal sebelum sesi bercerita bermula .
Penggunaan kad-kad gambar, patung, boneka, atau topeng dapat menarik minat
dan perhatian pelajar terhadap penceritaan itu.
Sebelum memulakan sesi bercerita, guru perlu memastikan semua murid telah
bersedia untuk mendengar agar mereka dapat menumpukan perhatian
sepenuhnya ketika penceritaan itu berlangsung. Pelajar perlu memahami cerita
yang disampaikan supaya dapat menjalankan aktiviti yang seterusnya dengan
lancar.
17
Ketika sesi bercerita berlangsung guru perlu memandang terus ke muka pelajar
secara bergilir-gilir kerana cara ini dapat melibatkan pelajar dalam cerita yang
disampaikan di samping mewujudkan interaksi antara guru dan pelajar.
Guru harus menyampaikan cerita dengan suara jelas dan lantang serta bijak
menggunakan pelbagai kemahiran variasi misalnya mengubah nada suara dan
intonasi mengikut kesesuaian watak. Soalan boleh dikemukan untuk
menggalakkan pelajar meramal perkembangan cerita yang selanjutnya.
Guru perlu memastikan bahawa perkataan dan ayat yang digunakan boleh
difahami oleh pelajarnya. Isi cerita pula perlu disampaikan kepada pelajar dengan
gerak-geri secara semulajadi.
Guru perlu mengadakan aktiviti susulan selepas bercerita sama ada mengadakan
soal jawab tentang tema , nilai murni, urutan cerita, melakonkan semula dan
sebagainya.
Langkah Pengajaran Teknik Bercerita
Dalam pengajaran sesi bercerita,biasanya mengandungi tiga peringkat yang
utama iaitu peringkat perancangan dan persediaan , sesi bercerita dan akhir sekali
penutup.
Peringkat perancangan dan persediaan- pertama sekali guru perlu memilih
sebuah cerita yang sesuai dengan pengalaman pelajar. Panjang atau pendek
ceritanya bergantung kepada peruntukan masa yang bercerita. Setelah selesai
memilih, guru perlu menghafaz isi-isi penting cerita itu dan cuba bercerita secara
sendiri sekurang-kurangnya sekali sebagai persediaan. Selain itu, guru perlu
menyediakan alat bantu mengajar yang bersesuaian dengan cerita tersebut
seperti kad gambar, topeng, kad perkataan dan sebagainya. Beberapa soalan
juga harus disediakan untuk menguji kefahaman pelajar selepas sesi bercerita.
Adalah penting bagi guru memastikan kedudukan setiap pelajar selesa supaya
dapat mendengar dan melihat ekspresi guru dengan jelas.
18
Sesi Bercerita – Teknik bercerita hendaklah sebaiknya dimulakan dengan suatu
set induksi yang menarik serta mempunyai kaitan dengan topik yang akan
disampaikan.Semasa sesi bercerita diadakan , guru perlu menggunakan suara,
gaya dan alat bantu mengajar yang dapat menarik perhatian serta membantu
pelajar memahami isi kandungan cerita yang disampaikan. Pastikan juga setiap
pelajar mengambil perhatian sepenuhnya semasa sesi bercerita berlangsung
dengan mengajukan soalan-soalan membimbing mereka mengikut tahap
perkembangan cerita dari peringkat permulaan hingga peringkat penutup.
Peringkat penutup - diadakan bertujuan untuk membantu pelajar-pelajar
memperkukuhkan nilai murni yang diterapkan dalam isi cerita yang disampaikan.
Terdapat pelbagai aktiviti penutup yang sesuai digunakan seperti sesi soal jawab
dengan pelajar, menyuruh pelajar mengulang isi cerita dengan menggunakan
perkataan sendiri, berbincang tentang tema dan nilai murni yang terkandung
dalam cerita, membimbing pelajar berlakon berdasarkan isi cerita atau meminta
pelajar menulis karangan berdasarkan isi cerita yang disampaikan.
RUMUSAN
Sebagai kesimpulannya, walaupun terdapat pelbagai teknik dan kaedah
dalam pengejaran namun begitu, setiap teknik atau kaedah pengajaran tersebut
mempunyai implikas masing-masing. Guru bertindak sebagai perancang dan
pelaksana aktiviti pengajaran haruslah bijak memilih pendekatan dan teknik yang
sesuai dengan kemampuan dan keupayaan pelajarnya. Hal ini dapat membantu
pelajar menguasai pelajaran dengan baik selain daripada dapat meningkatkan
minat serta mengekalkan daya tumpuan mereka terhadap apa yang dipelajari.
Keberkesanan proses pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah amat
bergantung kepada pemilihan strategi, teknik atau kaedah pengajaran yang
berkesan.
19
4.0 RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN
Mata Pelajaran : Bahasa Melayu
Kelas : Tahun 3 Azam
Bilangan Murid : 34 orang
Masa : 8.15 – 9.15 pagi
Tema : Perpaduan
Tajuk : Suasana Perayaan
Standard Kandungan Standard Pembelajaran
1.5 Bercerita dan menceritakan sesuatu
perkara semula dengan tepat dengan
menggunakan sebutan yang jelas dan
intonasi yang betul.
1.5.1 Bercerita tentang sesuatu perkara
dengan tepat, sebutan yang jelas dan
intonasi yang betul menggunakan ayat
tunggal dan ayat majmuk yang betul.
Objektif : Pada akhir pengajaran, murid dapat :
i. Menjawab soalan kuiz dengan betul secara lisan
ii. Bercerita mengenai situasi yang betul
EMK : Keusahawanan : Bertanggungjawab terhadap keputusan
ENT : Kemahiran berfikir : Menyelesaikan masalah, menaakul
Kecergasan Pelbagai : Verbal liguistik, Interpersonal, Intrapersonal,
visual, muzik, kinestatik, verbal
20
Belajar cara belajar : Memproses maklumat mengenai sambutan
perayaan kaum majoriti di Malaysia.
Sistem Bahasa : Kosa Kata
Tatabahasa : ayat majmuk, ayat tunggal, kata hubung
Ilmu : Kajian Tempatan, Pendidikan Moral, Muzik
Nilai : Hormat-menghormati, prihatin, disiplin
BBB : LCD, Pembesar suara, Laptop, Petikan Teks ”Sambutan
Perayaan”, Lembaran kerja, soalan bergambar
Pengetahuan sedia ada:
1. Murid mengetahui bahawa terdapat pelbagai kaum di Malaysia seperti
Melayu, Cina dan India.
Langkah/ Masa
ISI PELAJARAN AKTIVITI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN
CATATAN
Set Induksi
(5 minit)
-Lagu Hari Raya
Aidilfitri
-Lagu Tahun Baru
Cina
Bilakah lagu-lagu ini
biasanya
diperdengarkan?
Apakah jenis
perayaan yang
berkaitan dengan
lagu-lagu ini?
1. Murid diperdengarkan
dengan 2 buah lagu
perayaan.
2. Murid menyanyi bersama
iringan lagu dan meneka
jenis lagu yang
dimainkan.
3. Murid bersoal jawab
dengan guru tentang lagu
yang diperdengarkan.
4. Guru mengaitkan dengan
tajuk pengajaran.
BBB:
Laptop,
pembesar suara,
lagu
Teknik:
-soal jawab
-perbincangan
EMK:
-Visual
-Muzik
-Interpersonal
21
BCB:
-kem.mendengar
-kem.bertutur
Langkah 1
(15 minit)
Menonton klip video
youtube:
‘Perayaan-perayaan
di Malaysia’
Apakah jenis
perayaan yang
disambut oleh kaum
Melayu, Cina dan
India?
Apakah perkara yang
dilakukan oleh
mereka ketika
menyambut
perayaan?
Kosa kata
cadangan:
-menghormati
-mengunjungi
-menghidangkan
-menyambut
1. Murid-murid menonton
cerita daripada klip video
bertajuk ‘Perayaan-
perayaan di Malaysia’.
2. Guru bersoal jawab
dengan murid-murid
mengenai kandungan
cerita yang ditayangkan
kepada mereka.
3. Beberapa orang murid
diminta untuk
menceritakan
pengalaman mereka
ketika menyambut
perayaan mereka.
4. Murid diminta menyebut
beberapa nilai murni yang
terdapat di dalam klip
video tersebut dengan
bimbingan guru.
BBB:
Laptop,
pembesar suara,
klip video
Teknik:
-penerangan
-perbincangan
EMK:
-visual
-muzik
-interpersonal
-intrapersonal
BCB:
-mendengar
-bertutur
Nilai:
-menghormati
-prihatin
22
Langkah 2
(20 minit)
Mari Bercerita
Penilaian:
-kelancaran, intonasi, sebutan ketika bercerita.
1. Murid menerima lembaran
bergambar daripada guru.
2. Murid dikehendaki
membaca soalan secara
mentalis.
3. Murid diminta membina
sebuah cerita yang sesuai
berdasarkan gambar .
4. Murid diminta
menggunakan ayat
tunggal atau ayat majmuk
yang sesuai.
5. Murid dibimbing
menggunakan kata
hubung yang sesuai.
6. Beberapa murid dipilih
untuk membacakan cerita
yang direka di hadapan
kelas.
BBB:
-Lembaran kerja
bergambar
(Lampiran 1)
KB:
-menaakul
Teknik:
-Bercerita
-penerangan
TKP:
-visual
-interpersonal
-intrapersonal
-verbal
BCB:
-Kem.. bertutur
-Kem.mendengar
-Kem. Menulis
Langkah 3
(15 minit)
Permainan
‘ Cuba Ingat’
Pengayaan:
-kemahiran mengingat
1. Murid dikumpulkan
mengikut kumpulan.
2. Wakil setiap kumpulan
diminta mencabut kad
tugasan dan membaca
kandungan kad tugasan
dengan teliti.
3. Kemudian, ayat tersebut
BBB:
-kad tugasan
-kad tulis
TKP:
-interpersonal
-intrapersonal
23
ayat
Pemulihan:
-murid diberi peluang
membuat latih tubi
menuturkan ayat.
dibisikkan kepada ahli
dalam kumpulan mengikut
urutan.
4. Ahli kumpulan yang
terakhir diminta menulis
pada kepingan kad dan
membacakannya .
5. Kumpulan yang berjaya
menulis dan menuturkan
semula ayat dengan tepat
akan dikira sebagai
pemenang.
6. Aktiviti diulang dengan
ayat kedua.
-verbal
-kinestatik
Teknik:
-Permainan
bahasa
KB:
Mengecam
BCB:
-bertutur
-mendengar
-membaca
Penutup
(5 minit)
Rumusan isi pelajaran
- Soal jawab
- nyanyian
1. Murid bersoal jawab
dengan guru tentang
perayaan pelbagai kaum
di Malaysia.
2. Murid menyatakan contoh
aktiviti lain yang boleh
dilakukan untuk
mengeratkan hubungan
antara kaum.
3. Murid diminta menyatakan
nilai-nilai murni yang
diperoleh.
4. Murid diberikan lirik lagu
dan menyanyikan lagu
Hari Raya bersama-sama.
(Lampiran 2)
BBB:
Laptop,
pembesar suara,
lagu, lirik
lagu(Lampiran 2)
TKP:
Muzik
KB:
Merumus
Nilai Murni:
-prihatin
-bekerjasama
24
-menghormati
-bersopan-santun
5.0 REFLEKSI
Terdapat banyak pendekatan pengajaran yang boleh digunakan oleh guru-guru
untuk menyampaikan isi pelajarannya di dalam kelas bergantung kepada penguasaan
murid dan tahap pencapaian mereka. Pendekatan-pendekatan ini pada fahaman saya
diwujudkan sebagai panduan dan rujukan kepada guru-guru dalam merancang
pengajaran yang berkesan di dalam bilik darjah. Walaupun setiap satunya mempunyai
kelemahan dan kelebihannya, namun masih berupaya menjadi sumber rujukan kepada
guru-guru akan kaedah dan pendekatan yang sesuai dengan pelajarnya.
Pendekatan Induktif, deduktif, eklektik dan komunikatif mempunyai maksud dan
kaedah perlaksanaan yang berbeza. Tugasan ini memberi saya peluang memahami
dengan lanjut lagi mengenai pendekatan-pendekatan tersebut. Dalam konteks pendidikan
pendekatan membawa maksud cara mendekati sesuatu iaitu cara bagaimana sesuatu
mata pelajaran itu diajar untuk mencapai objektifnya. Pendekatan-pendekatan ini bukan
sahaja sesuai digunakan dalam mata pelajaran Bahasa Melayu tetapi juga sesuai
digunakan dalam mata pelajaran lain.
Setelah tugasan ini dilaksanakan saya sedikit-sebanyak dapat mengetahui
perbezaan di antara setiap pendekatan ini. Ada pendekatan yang memerlukan guru
menyampaikan isi pelajaran daripada khusus kepada umum dan sebaliknya. Keempat-
25
empat pendekatan ini mempunyai kekuatan masing-masing dalam membantu proses
pengajaran guru di dalam bilik darjah. Ada yang digabungkan penggunaannya seperti
pendekatan eklektik adalah hasil campuran pendekatan induktif dan deduktif. Ini dapat
membantu mengatasi kekurangan yang wujud dalam pendekatan yang lagi satu.
Kekangan yang wujud seperti sukar untuk mendapatkan sumber rujukan
menghadkan saya untuk membuatkan banyak olahan dalam tugasan saya. Meskipun
begitu dapatan yang diperolehi saya gunakan sebaik mungkin untuk menjelaskan
pendekatan-pendekatan ini dari segi konsepnya. Pengurusan masa yang berkesan
adalah amat penting dalam menyiapkan setiap tugasan yang diberi agar dapat
disempurnakan tepat pada masanya.
Hasil rujukan dan kajian yang dilakukan berkaitan teknik-teknik pengajaran yang
digunakan dalam mata pelajaran Bahasa Melayu pula agak mudah diperolehi.Banyak
pengetahuan baru yang saya perolehi melalui tugasan ini khususnya tentang teknik dan
pendekatan pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu yang sesuai diaplikasikan di
dalam kelas. Terdapat banyak cara, teknik dan pendekatan yang boleh digunakan dalam
pengajaran seseorang guru untuk membolehkan objektif pengajarannya tercapai.
Melalui tugasan kedua ini, saya dapat memahami dengan lebih jelas dan
mendalam tentang teknik bercerita, teknik permainan bahasa dan juga teknik latih tubi.
Ketiga-tiga teknik ini mempunyai kelebihan dan kelemahannya yang tersendiri . Saya
dapat memahami cara bagaimana teknik-teknik tersebut boleh diaplikasikan dalam
pengajaran saya nanti. Ketiga-tiga teknik pengajaran ini mempunyai kaedah
penyampaian yang berbeza memudahkan saya membuat perbandingan. Saya pernah
juga menggunakan kaedah ini dalam pengajaran saya tetapi mungkin ada ciri dan prinsip
tertentu yang tidak dipatuhi. Apabila tugasan ini dilaksanakan , barulah saya sedar akan
beberapa kelemahan yang saya lakukan ketika mempraktikkan kaedah ini di dalam
pengajaran saya.
Teknik-teknik yang dikaji ini menyedarkan saya bahawa, sebenarnya terdapat
banyak kaedah yang boleh digunakan untuk mewujudkan suasana pembelajaran yang
berkesan. Hasil daripada melaksanakan tugasan ini, saya memperolehi pengetahuan
baru khususnya dari segi konsep, objektif, prinsip dan langkah perlaksanaan setiap teknik
pengajaran . Pemahaman saya mengenai tiga teknik pengajaran ini juga meningkat dan
26
secara tidak langsung membantu saya mengaplikasikannya dalam proses pengajaran
dan pembelajaran di dalam kelas saya kelak.
Teknik bercerita, permainan bahasa dan juga latih tubi ini bukan sahaja sesuai
digunakan dalam mata pelajaran Bahasa Melayu tetapi juga boleh digunakan dalam mata
pelajaran yang lain bergantung kepada kesesuaian. Saya mendapati bahawa tidak ramai
guru-guru yang mempraktikkan teknik-teknik ini dalam pengajaran disebabkan oleh
kekangan masa, mengejar sukatan selain memerlukan perancangan yang baik untuk
memastikan pengajaran berjalan dengan lancar. Namun sebenarnya, penggunaan
pelbagai teknik dan kaedah mengajar di dalam proses pengajaran dan pembelajaran
memberi impak yang besar terhadap pencapaian pelajar.
Walaupun teknik-teknik ini memberi impak yang positif namun ada juga
kekurangan di dalamnya. Mungkin tanpa disedari teknik-teknik tertentu seperti latih tubi
banyak mengetepikan kemahiran berfikir dalam kalangan pelajar. Oleh itu, guru harus
bijak membuat pilihan dan merancang strategi yang terbaik yang sesuai dengan
keupayaan pelajarnya. Tidak banyak masalah yang saya hadapi ketika menyiapkan
tugasan kedua ini kerana banyak bahan boleh diperolehi melalui sumber buku dan
rujukan melalui internet. Hanya ada kalanya saya perlu meluangkan banyak masa untuk
menapis dan memilih bahan-bahan yang paling sesuai untuk melengkapkan tugasan ini.
Menyentuh mengenai tugasan penyediaan rancangan mengajar harian bagi mata
pelajaran Bahasa Melayu pula, memberi saya pengalaman baru dalam bidang yang tidak
pernah saya ceburi sebelum ini. Saya tidak pernah mengajar mata pelajaran ini di
sekolah tetapi perlu menyediakan rancangan mengajar yang lengkap sebagai tugasan.
Pada peringkat awal saya agak kekok kerana kurang berpengetahuan dalam bidang ini
memerlukan saya mendapatkan bimbingan daripada rakan sejawat yang mengajar mata
pelajaran ini di sekolah.
Panduan daripada pensyarah juga banyak membantu saya memahami
kandungan sukatan Bahasa Melayu. Untuk memahami dengan lebih mendalam saya
cuba mendapatkan maklumat daripada pelbagai buku rujukan KSSR dan sumber internet
untuk melihat contoh-contoh rancangan pengajaran harian KSSR tahun 3. Teknik
penulisan rancangan pengajaran harian Bahasa Melayu agak berbeza dengan mata
pelajaran lain menyebabkan saya pada peringkat awalnya agak keliru. Hasil nasihat dan
27
bantuan rakan-rakan, saya akhirnya dapat membina rancangan pengajaran harian yang
lengkap sepertimana yang dikehendaki dalam tugasan yang diberikan.
Banyak elemen-elemen baru yang kini dimasukkan ke dalam rph KSSR
berbanding rph KBSR yang dulu. Setiap isi kandungan yang dirancangkan harus
mengandungi elemen-elemen yang khusus di dalamnya. Untuk memasukkan teknik
bercerita dan permainan bahasa yang dipilih, saya perlu memilih topik pengajaran yang
sesuai agar dapat merancang aktiviti yang mempunyai kesinambungan antara kedua-dua
teknik itu dengan baik. Syukur, akhirnya saya berjaya walaupun perlu mengambil masa
yang sedikit panjang untuk merancang dan memperbaiki rph tersebut.
Diharap tugasan yang disempurnakan ini memenuhi kriteria penilaian dan boleh
dijadikan sebahagian daripada bahan rujukan yang berguna kepada rakan-rakan lain
yang memerlukannya.
BIBLIOGRAFI
Hasan Muhd Ali (2006), Teknik Belajar Berkesan dan Efektif. Kuala Lumpur : PTS
Juriah Long, Raminah Hj Sabran & Sofiah Hamid (1990). Perkaedahan Pengajaran
Bahasa Malaysia. Kuala Lumpur : Fajar Bakti.
Kelebihan Teknik Bercerita.(2012). Dipetik pada 28 Januari, 2014 dari http://nota-budak-
ipg.blogspot.com/2012/10/kelebihan-teknik-bercerita.html
Kementerian Pelajaran Malaysia.(2012). Panduan Guru KSSR Bahasa Melayu Tahun 3. :
Bahagian Pendidikan Guru.
Konsep Pendekatan: Induktif, Deduktif, Elektik, Komunikatif. Dipetik pada 19 Januari,
2014, dari http://galaksiilmu89.blogspot.com/2012/06/konsep-pendekatan-induktif-
deduktif.html
Konsep Teknik Bercerita. Dipetik pada 28 Januari, 2014 dari http://nota-budak-ipg.
blogspot.com/2012/10/konsep-teknik-bercerita.html
28
Kurikulum Standard Sekolah Rendah Bahasa Malaysia Sekolah Kebangsaan Tahap 1
(2012),: Kementerian Pelajaran Malaysia.
Neslo Beng. Permainan Bahasa Dalam Pengajaran. Dipetik pada 19 Januari, 2014,dari
http://notaipg.blogspot.com/2010/10/permainan-bahasa-dalam-pengajaran-di.html
Noriati A.Rashid,Boon P.Y & Sharifah Fakhriah (2009), Murid dan Alam Belajar.Selangor :
Oxford Fajar Sdn.Bhd.
Pendekatan Bahasa Melayu. Dipetik pada 19 Januari, 2014 dari http://itukamibudak
seni.blogspot.com/2010/11/pendekatan-bahasa-melayu.html
Pengaplikasian Pelbagai Teknik. Dipetik pada 19 Januari, 2014 dari http://catatannota.
blogspot.com/2011/08/pengaplikasian-pelbagai-teknik.html
Permainan Bahasa . Dipetik pada 1 Februari,2014 dari http://jarikeramat.blogspot.com/
2011/08/permainan-bahasa.html
Raminah Hj Sabran, Rahim Syam(1987), Kaedah Pengajaran Bahasa Malaysia.
Selangor: Fajar Bakti.
Siow.H.L,Abu Talib Putih,Lee.S.E (2005). Pedagogi Merentas Kurikulum. Pahang : PTS
Profesional Publishing Sdn. Bhd.
Tengku Sarina Tengku Kasim (2006). Kaedah Mengajar dan Kemahiran Interpersonal
Guru. Kuala Lumpur : PTS Profesional Publishing Sdn.Bhd.
Zulkifley Hamid.(___), Aplikasi Psikolinguistik Dalam Pengajaran dan Pembelajaran
Bahasa. Selangor : PTS Profesional Publishing Sdn. Bhd.
29
LAMPIRAN 1
Lihat gambar di bawah dan ceritakan pengalaman kamu kepada rakan-rakan mengenai
salah satu perayaan yang terdapat dalam gambar.
30
LAMPIRAN 2
31
Penyanyi :Saloma
Lagu :Selamat Hari Raya
Selamat aidil fitri
Kepada saudara serta saudari
Setahun hanya sekali
Merayakan hari yang mulia ini
Di masa bulan Ramdan
Kita berpuasa hingga sebulan
Pabila Syawal menjelma
Hari raya disambut dengan gembira
( korus )
Miskin kaya memakai baju baru warna-warni
Mengunjungi sanak-saudara kaum famili
Sungguh hebat pemandangan di hari raya ini
Tua muda wajah berseri-seri
Marilah bergembira
Bersama menikmati hari raya
Mintak mak kuih sepotong
Saya mahu makan kerna perut kosong
( ulang 1 & 2 )
Maafkanlah jika ada terlanjur perkataan
Diharap supaya jangan disimpan
Kuberdoa selamat panjang umur murah rezeki
Semoga Tuhan akan memberkati
Selamat hari raya
Hari untuk kita bersuka ria
Selamat kami ucapkan
Untuk kita hingga sampai tahun depan
BAHAN BANTU BELAJAR (BBM)
32
1. Klip Video dari Youtube bertajuk : Perayaan-perayaan di Malaysia.
2. Kad Tugasan bagi aktiviti ‘Cuba Ingat’
33