konsep asas sosiologi yang bekaitan dengan pendidikan

Upload: applesecretgurlz

Post on 13-Jul-2015

188 views

Category:

Documents


4 download

TRANSCRIPT

KONSEP ASAS SOSIOLOGI YANG BEKAITAN DENGAN PENDIDIKAN

1. RAS

Kaokosoid: berkulit putih, rambut krinting (orang putih)

Merujuk kpd ciri fizikal kumpulan yang diwarisi oleh baka. Berdasarkan kpd warna kulit, rambut, bentuk mata, hidung, saiz. Dahulu, ras boleh dibezakan dengan proses sosialisasi. Tiga kategori RAS: kaokosoid, mongoloid dan negorid. Pada masa sekarang, perkahwinan menyebabkan ras yang kurang dikenalpasti.Negorid: kulit hitam, rambut kerinting (orang Afrika)

Mongoloid: kulit kekuningan (orang Asia Timur)

2. ETNIK

Perbezaan kebudayaan yang diwarisi oleh setiap kumpulan. Merujuk kpd pertuturan, agama, makanan kebiasaan dan negara asal. Oleh sebab pengaruh persekitaran, pengalaman keturunan dan pendidikan, norma kumpulan mungkin berbeza. Melayu, Cina , India ..

3.

Bangsa

Bangsa ialah nasionaliti, rupa bangsa dan semangat kebangsaan. Kumpulan yang mempunyai ciri kebudayaan, nilai dan aspirasi yang sama.

4.

Masyarakat

Kumpulan individu yang berinteraksi dan mengambil bahagian yang sama dalam kebudayaan. Masyarakat boleh dibentuk oleh berbagai kaum yang mempunyai ciri tersendiri, keperluan hidup yang hampir sama.

5. Status dan Kelas Sosial

Status ialah kedudukan seseorang individu dalam sesebuah masyarakat. Status diujudkan melalui perbezaan keturunan, kemiskinan, pendidikan. Kelas sosial merupakan perbezaan cara hidup / pendapatan di dalam sesuatu bangsa yang sama. Status menentu peranan yang dimainkan (doktor lelaki X pesakit) Konflik mungkin timbul kalau peranan bercanggah dengan ekspektasi (pengetua x isterinya sebagai guru)

6.

Komuniti

Satu kumpulan manusia yang tinggal bersama-sama dalam satu kawasan geografi dan mempunyai ikatan ekonomi dan politik yang sama. Satu kumpulan yang mempunyai hala tuju dan minat yang sama. Komuniti bandar dan komuniti luar bandar. Apa bezanya?

7. Institusi

Institusi ialah satu sistem perhubungan/tingkah laku manusia yang teratur, bernilai dan prosedur yang diterima oleh sesuatu masyarakat untuk memenuhi keperluan asas. Contoh, Institusi Keluarga, Institusi agama, ekonomi, kerajaan dan pendidikan. Institusi mempunyai norma yang diterima, simbol yang tersendiri dan ideologi tersendiri.

8.

Kebudayaan

Kebudayaan merangkumi cara hidup asli sesebuah masyarakat yang diujudkan, disokong dan dipelajari melalui proses sosialisasi. Kebudayaan tidak kekal. Ianya berubah setelah dipelajari dan diintegrasikan.

9.

Norma

Norma ialah peraturan yang dikongsi bersama yang menentukan tingkah laku yang sesuai di dalam situasi tertentu.

10 Nilai

Nilai ialah idea yang dikongsi oleh masyarakat mengenai apa yang baik atau buruk. Nilai sesuatu masyarakat mempengaruhi normanya. Terdapat tiga cara penilaian: Etnosentrik- menilai masyarakat lain dengan standard sendiri. Relativesme-menilai kebudayaan dengan standard masyarakat itu sendiri. Xenosentrisme-beranggapan bahawa kebudayaan diluar dari kebudayaannya adalah lebih baik. Temposentrisme-menilai dengan kebudayaan masa lampau dan akan datang dan kebudayaan sekarang lebih baik.

11 Sosialisasi

Proses interaksi sosial yang membolehkan manusia memperolehi personaliti dan belajar cara hidup masyarakatnya. Agensi sosialisasi ialah keluarga, sekolah, kelompok sebaya, media massa, kumpulan agama, organisasi, kelab.