komsas(pantun budi) (2)
TRANSCRIPT
Nurul Izati Bt. Mohamad Khairi
Aida Syazwani Bt. Zahri
Najwatulhusna Bt. Mokti
Jemur padi di tanah padang, Dari Jawa ke Bangkahulu,
Anak ayam disambar helang; Membeli keris di Inderagiri;
Apa malang nasibnya badan, Kawan ketawa ramai selalu,
Burung di tangan disambar orang. Kawan menangis seorang diri.
Seri Mersing lagu Melayu, Pantai Lukut luas terbentang,
Mari dikarang zaman dahulu; Teluknya penuh berbatu karang;
Duduk termenung menongkat dagu, Ibarat melukut di tepi gantang,
Mengenang nasib dagang piatu. Masuk tak penuh keluar tak kurang
Pukul gendang kulit biawak,
Sedikit tidak berdentum lagi;
Di mana badan hendak dibawa,
Sedikit tidak beruntung lagi.
PANTUN NASIB
Rangkap 1:Nasib diri yang malang kerana apa-apa yang
sepatutnya dimiliki dirampas oleh orang lain.
Rangkap 2:Sikap perantau yang termenung sambil
memikirkan nasibnya di perantauan tanpa sanak-saudara.
Rangkap 3:Dalam keadaan yang malang tentulah sukar
hendak melakukan sesuatu dan keadaan menjadi tidak tentu
arah.
Rangkap 4:Biasanya banyak kawan yang mahu berkongsi
kegembiraan tetapi tidak ada yang mahu berkongsi
kesedihan.
Rangkap 5:Seseorang berasa bahawa dirinya tidak berguna
dan tidak memberikan apa-apa manfaat kepada orang lain.
MAKSUD PANTUN
TEMA*Kehidupan seseorang di dunia
ini banyak ditentukan oleh
faktor nasib,iaitu bernasib
baik atau tidak bernasib baik.
Huraian/contoh:
-Manusia di dunia ini tidak pernahterlepas daripada mengalami nasibmalang dalam hidupnya.
PERSOALAN
Kesusahan dalam hidup.
-Nasib perantau di tempat orang.
Persoalan tentang kekecewaan
-Manusia tak terlepas daripada mengalami
kekecewaan dalam hidup.
Kesukaran mendapat teman sejati.
-Rakan sejati sukar dicari.Sebagai contoh,orang
yang bersahabat dengan kita semasa senang
ramai,tetapi yang bersahabat semasa kita berduka
hanya sedikit.
(Terikat)Mengandungi lima rangkap.
Jumlah baris dalam rangkap adalah
sama,iaitu empat baris serangkap.
Jumlah suku kata dalam baris:
- Semua rangkap mempunyai 9 hingga 12
suku kata.
Jumlah perkataan dalam baris:
- Kesemua rangkap mempunyai 4 hingga
5 perkataan sebaris*Rima akhir abab kecuali rangkap kedua
tidak menepati ciri puisi lama,iaitu aaaa.
Perlambangan Burung di tangan disambar
orang.
(Burung melambangkan
seorang yang disayangi)
Anafora Kawan ketawa ramai selalu,
Kawan menangis seorang diri.
Sinkof Masuk tak penuh keluar tak
kurang.
Peribahasa Ibarat melukut di tepi gantang.
Diksi Anak ayam disambar helang.
UNSUR BUNYI
ASONANSI ALITERASI
Di mana badan hendakdibawa
Seri Mersing lagu MelayuMasuk tak penuh keluar
tak kurangMembeli keris diInderagiri
Mengenang nasib dagangpiatu
Sedikit tidak berdentumlagi
Masuk tak penuh keluartak kurang
Ibaratmelukut di tepigantang
NILAI
Tabah
-Tabah menghadapi nasib yang malang.
Insaf
-Insaf akan kelemahan diri yang tidak
memberikan apa-apa sumbangan dalam
masyarakat.
•Kita hendaklah menghadapi nasib yang malang dengan hati yang tabah.
•Kita hendaklah berhati-hati dalammemilih kawan.
•Kita hendaklah berbakti kepadamasyarakat.