koh3231-psikologi

90
Psikologi Psikologi Segala teori yang berhubung Segala teori yang berhubung dengan mempelajari segala dengan mempelajari segala fenomena jiwa yang diasaskan di fenomena jiwa yang diasaskan di atas pemerhatian dan atas pemerhatian dan eksperimen. eksperimen.

Upload: abdulrahimabdlatif

Post on 01-Oct-2015

38 views

Category:

Documents


4 download

DESCRIPTION

silakan

TRANSCRIPT

  • Psikologi Segala teori yang berhubung dengan mempelajari segala fenomena jiwa yang diasaskan di atas pemerhatian dan eksperimen.

  • Psikologimeliputi kehidupan fikiran dari segenap segi dan keadaan seperti ingatan, kecerdikan, imaginasi dan segala emosi seperti marah, takut dan suka.bahasa Greek, Psyche bererti roh atau jiwa,Logos bererti pengetahuan atau logic. psikologi adalah pengetahuan tentang roh atau jiwa.

  • Ilmu jiwamemahami sifat-sifat jiwa yang terbentuk daripadanya perangai seseorang dan personalitinya yang membezakannya daripada orang lain seperti sentimen, perasaan-perasaan marah, takut, cinta, benci dan sebagainya, nafsu, tabiat semulajadi dan sifat-sifat lain.

  • Rohsatu elemen yang bukan benda (immaterial) yang terbina dari tubuh badan, yang darinya terbit segala perasaan, sentimen dan nafsu. Psikologi roh diasaskan olah orang-orang Greek.Socrates kenalkan diri engkau dengan diri engkau sendiri. Ahli-ahli falsafah Islam mendirikan falsafah mereka dari falsafah Greek ini. Psikologi roh juga disebut psikologi metafisika iaitu psikologi di sebalik alam tabii (nature), yakni di sebalik segala perkara yang zahir dan boleh dirasa.

  • Psikologi rohJuga disebut psikologi akal sebab akal adalah tempat bergantungnya untuk menghuraikan segala persoalan di sebalik alam tabii dan tidak bergantung kepada pemerhatian dan percubaan saintifik semata-mata.

  • Ahli-ahli sains baru mempunyai pandangan yang berbeza. Bagi mereka psikologi roh hanya bertumpu kepada segala fenomena alam tabii dan tidak mengambilkira punca dan tempat terbitnya fenomena-fenomena tersebut. roh ialah segala fenomena yang berjalan dalam hati seseorang manusia, yang merasai di dalam dirinya dan sentiasa datang di hatinya tidak putus-putus, pada setiap detik itu kita merasai berbagai-bagai kehendak, merasa aman, suka, duka, sakit, enak, dan berbagai-bagai emosi atau perasaan hati, kita menumpukan ingatan kepada satu-satu fikiran tertentu, kita ingat kejadian-kejadian yang lalu, atau kita khayalkan perkara yang akan berlaku. Inilah yang dinamakan fenomena jiwa.

  • DefinisiDennis Child; psikologi merupakan satu ilmu yang mengkaji secara sistematik proses-proses yang berlaku dalam diri manusia, termasuk yang dapat dilihat atau tidak, yang kemudiannya mempengaruhi tingkah laku manusia.

  • DefinisiHenry L. Roediger (1984);psikologi adalah pengkajian sistematik mengenai perlakuan dan mental. Philip G. Zimbardo (1979);psikologi secara formalnya adalah pengkajian terhadap kelakuan (behaviour) organisma. Griffith Williams (1960);psikologi itu adalah satu cabang penyiasatan saintifik tentang tingkah laku dan aktiviti manusia.

  • Komunikasi personalKonsep kendiri iaitu memahami diri sendiri. Mewakili diri psikologikal iaitu semua pengalaman, kepercayaan, sikap dan nilai yang membina diri. Juga merangkumi bagaimana anda menanggapi dunia dan tanggapan anda bagaimana dunia menanggapi anda.

  • Tingkap Johari Anda tahu Anda tak tahu

    Orang lain I IItahu Kawasan Kawasan terbuka buta

    Orang lain III IVtak tahu Kawasan Kawasan tersembunyi tidak diketahui

  • Tingkap JohariKawasan I kawasan terbuka. Merangkumi segala-galanya tentang diri anda yang anda tahu dan faham dan segala yang orang lain tahu dan faham terhadap anda. Contohnya nilai anda, ciri-ciri peribadi anda, tanggapan anda dan sebagainya. Umpamanya anda seorang yang suka pakai jeans mahal, maka anda sanggup berbelanja lebih untuk membeli jeans tersebut. Ini anda zahirkan dengan perilaku anda memakai jeans tersebut. Maka orang lain mendapat tahu kegemaran anda ini bila melihat anda memakai jeans tersebut.

  • Tingkap JohariKawasan II kawasan buta. Mewakili segala-galanya mengenai anda yang diketahui oleh orang lain tetapi anda sendiri tidak mengetahuinya. Umpamanya seseorang itu mempunyai impresi awal yang tidak baik akibat sikapnya yang agresif atau suka bercakap besar. Ini tidak diketahuinya sehinggalah jika dia berpeluang menyelidiki apa tanggapan orang terhadapnya

  • Tingkap JohariKawasan III kawasan tersembunyi. Anda tahu sesuatu tentang diri anda tetapi tidak mahu orang lain mengetahuinya. Umpamanya kebanyakan lelaki tidak mahu menunjukkan emosinya seperti menangis kepada orang lain.

    Kawasan IV kawasan tidak diketahui. Kawasan ini tidak diketahui oleh anda sendiri atau pun orang lain. Keinginan-keinginan dan impian-impian rahsia anda mungkin memberikan inspirasi kepada anda untuk bertindak melakukan sesuatu atau menyertai aktiviti tertentu tetapi anda tidak tahu yang ianyalah pencetus inspirasi anda.

  • Tingkap Johari

    Kawasan ITerbukaKawasan IIButaKawasan IIITersembunyiKawasan IVTidak diketahui

  • Tingkap Johari

    Kawasan ITerbukaKawasan IIButaKawsan IIITersembunyiKawasan IVTidak diketahui

  • Al-GhazaliEmpat jenis manusia:Orang yang tahu bahawa dia tahu.Orang yang tahu bahawa dia tidak tahu.Orang yang tidak tahu bahawa dia tahu.Orang yang tidak tahu bahawa dia tidak tahu.

  • Diri sendiri dan orang lainAKU = imej yang anda projek melalui perkataan, aksi, idea, pakaian, gaya hidup dll.SAYA = tanggapan terhadap diri anda yang dibuat oleh orang lain.Ideal, AKU = SAYA.

  • Bila AKU = SAYA:Kita boleh ubah tindakan komunikasi.Pilih ubah atau terima AKU = SAYA. Menolak terus input.Tidak hirau penilaian.

  • Tanggapan:Tanggapan pancaindera realiti fizikal.Tanggapan normatif realiti interpretif.

  • Unsur-unsur tanggapan:Lembaga / latar.Tanggapan pilihan.Set psikologikal.

  • Lembaga-latar (figure-background)

  • Tanggapan sukar kerana:Sindrom perangkap besi.Stereotyping.Kesan halo.Mekanisma pertahanan.1. pemindahan2. penafian3. penekanan.4. rasionalisasi

  • Komunikasi interpersonalkita menzahirkan apa dan siapa kita.bahasa boleh digunakan untuk menyembunyi atau mendedahkan. kebanyakan k.i. kita berpusatkan kemahuan kita makna terdapat pada manusia, bukan perkataan.

  • Kom. Interpersonal (samb.)kita tidak boleh tidak berkomunikasi.manusia bertindakbalas terhadap tindakan komunikasi kita.kita lakukan apa yang kita lakukan kerana kita mengharapkan kebahagiaan akhirnya.kita tidak boleh sentiasa mempunyai kefahaman dan perasaan yang sama dengan orang lain.

  • KETEGASAN DIRIPerlakuan ketegasan ialah komunikasi yang jujur dan direct mengenai siapa diri anda. Bermula dengan pengiktirafan hak asasi manusia. Bila anda sedar yang anda mempunyai hak untuk membuat pilihan dan mengawal penghidupan, maka anda boleh bertindak dengan tegas. Individu yang tegas mengambil tindakan, bukan hanya sekadar berfikir untuk bertindak.

  • Ketegasan dan agresifOrang yang tegas mempertahankan haknya sendiri di samping mengambilkira hak orang lain. Orang yang agresif cuba mendapatkan haknya tanpa memikirkan kesannya ke atas orang lain.

  • Prinsip-prinsip ketegasan diriAnda tidak boleh mengubah perangai orang lain, anda hanya boleh mengubah reaksi anda terhadap perangai tersebut.Manusia tidak mampu membaca minda.Tabiat bukan alasan untuk melakukan sesuatu.Anda tidak boleh membuat orang lain bahagia.

  • Prinsip-prinsip ketegasan diri (sambungan):Ingatkan diri anda bahawa orang-orang di sekeliling anda kerapkali tidak menyetujui perlakuan anda, dan ketidaksetujuan ini tiada kaitan dengan siapa diri anda sebenarnya.Bila anda cuba mengelakkan sesuatu yang tidak anda ketahui, tanya diri sendiri apakah bencana yang paling buruk yang boleh berlaku keatas diri anda.

  • Prinsip-prinsip ketegasan diri (sambungan):Jangan memangsakan diri sendiri.Kebimbangan terhadap sesuatu tidak akan mengubahnya.Tanam sikap yang anda akan lakukan apa yang terbaik dan jika ada pihak yang tidak senang dengannya, ia bukan masalah anda tapi masalah mereka.

  • KREDIBILITI SUMBERKredibiliti ialah penerimaan penerima atau audiens terhadap seseorang sumber. Merujuk kepada tanggapan audiens terhadap pengucap. Kredibiliti tinggi merujuk kepada penerimaan yang baik oleh penerima terhadap sumber.

  • Aristotle : ada tiga perkara yang mencetuskan keyakinan orang kepada seseorang itu iaitu: 1.perasaan yang baik (good sense), 2.akhlak yang baik (good moral character), dan 3.niat yang baik (good will).

  • Kredibiliti :Kredibiliti awal, yakni sebelum sumber berkomunikasi lagi. Kredibiliti ini juga disebut ethos awal (McCroskey) atau ethos luaran atau extrinsic (Andersen, et.al.)Kredibiliti sumber ini berkait dengan apa yang Aristotle sebut perasaan yang baik, niat yang baik dan akhlak yang baik. Zaman sekarang disebut bertujuan baik (good intention), kebolehpercayaan (trustworthiness) dan ketrampilan atau kepakaran.

  • Kredibiliti (sambungan) :Kredibiliti sumber ini berkaitan dengan tanggapan dan sikap mempercayai dan meyakini berdasarkan niat atau tujuan, kedudukan dalam masyarakat, pengetahuan dan keikhlasan.Status sosial dan faktor-faktor yang berkaitan dengan kredibiliti sumber boleh dikesan melalui pemilihan perkataan serta nada suara ketika berkomunikasi.

  • Kredibiliti (sambungan) :Bukti dan pembuktian akan meningkatkan kredibiliti sumber dan berkeupayaan mempengaruhi orang lain bagi sumber yang mempunyai kredibiliti rendah dan sederhana. Cara pertama sumber boleh meningkatkan kredibilitinya di mata penerima ialah dengan menunjukkan yang ia mempunyai ketrampilan atau perasaan yang baik. Sumber berkebolehan mengutarakan cara terbaik untuk menangani sesuatu masalah. Sumber tersebut diyakini mempunyai pendapat yang baik, membuat keputusan yang tepat dan kesimpulannya akan diterima oleh penerima.

  • Kredibiliti (sambungan) :Cara kedua - mempamerkan yang ia mempunyai niat yang baik. Ini ditunjukkan melalui sikap ambil berat oleh sumber akan penerimanya. Umpamanya ketulusan, rendah hati, menghormati orang lain dan sebagainya akan mengundang keyakinan orang kepada kita.Cara ketiga - mempamerkan akhlak yang baik. Sumber yang didapati memiliki sikap bongkak, penting diri sendiri dan pelbagai sifat cela lainnya tidak akan dipandang tinggi oleh penerima. Justeru, mesejnya tidak akan diyakini mereka.

  • Faktor-faktor kredibiliti:pekerjaanpendidikanpakaianpenampilan diri (personal looks)penyelarasan sahsiah (personality adjustments)menghormati orang lainrumah dan kawasan kediaman

  • Faktor-faktor kredibiliti (sambungan):kepekaan kepada trend (sensitivity to trend)pengetahuan terhadap persoalan yang dibincangkebolehan untuk bercakap atau bersuaradaya hidup (vitality)kebolehpercayaan (trustworthiness)kepakaran umum (general expertise)

  • Membina kebolehpercayaan:Kebolehpercayaan merujuk kepada integriti seseorang. Anda hendaklah meyakinkan penerima bahawa anda seorang yang jujur, boleh diharap dan ikhlas. Buat apa yang dicakapkan adalah satu langkah penting membina kebolehpercayaan dalam diri penerima.

  • Membina Ketrampilan:Ketrampilan merujuk kpd kebijaksanaan, autoriti dan pengetahuan yang dimiliki sumber. Orang yang tahu tentang topik yang dibincangkan akan membina keyakinan pada mereka yang mendengar. Ketrampilan boleh dibuktikan dengan membicarakan hal-hal semasa yang disertai maklumat mutakhir yang tepat, hasil penelitian atau pengkajian, menyatakan sumber berita atau maklumat tersebut dan mengaitkan bicara dengan pengalaman diri sendiri. Membuat petikan dari pakar berkaitan adalah penting sebagai pembukti kekuatan isi bicara.

  • PEMUJUKANDefinisi pemujukan antaraperseorangan:Iaitu satu aspek komunikasi antaraperseorangan dengan sekurang-kurangnya satu pihak berhasrat untuk mengubah pemikiran, perasaan atau perlakuan sekurang-kurangnya satu pihak yang lain.Ia melibatkan perlakuan yang terancang, bukan spontan untuk mengubah pihak yang lagi satu. Perlakuan ini juga disebut strategi. Sesetengah strategi ini terlalu kerap digunakan oleh seseorang komunikator sehingga ia menjadi seolah-olah satu tabiat.

  • Jenis-jenis hasil pemujukan:Miller (1980) menggariskan tiga jenis hasil:1. pembentukan respons (shaping)2. pengekalan respons (reinforcing)3. perubahan respons (changing)

  • Pengakuran dan Penerimaan peribadi.Pengakuran ialah perbuatan menyetujui permintaan, arahan, peraturan atau alasan seseorang kerana sebarang keingkaran akan membawa masalah. Penerimaan peribadi adalah keadaan di mana seseorang itu bukan hanya perlu mengubah perlakuan tetapi perlu percayakan nilai perubahan tersebut.

  • PERSONALITIBoleh diketahui melalui pergaulan, gaya percakapan dan sebagainya.Berasal dari perkataan Latin persona iaitu topeng muka. Secara mudah personaliti bermaksud sifat-sifat yang ada pada seseorang seperti cara berfikir, perilaku dan keadaan emosinya.

  • Definisi personaliti:Gordon Allport (1961) - personaliti sebagai penyusunan system psikofizikal yang dinamik di dalam diri individu yang menentukan ciri-ciri tingkahlaku dan penyesuaian dengan alam sekeliling. Psikofizikal bermaksud gabungan pemikiran dengan keadaan fizikal seseorang.

  • Definisi personaliti:Mischel, W (1981) - personaliti sebagai susunan pola-pola tingkahlaku manusia yang disesuaikan dengan situasi kehidupan mereka. Eysenk, H.J. (1967) - personaliti ialah keseluruhan tingkahlaku sesuatu organisma yang meliputi perangai, kapasiti intelek, keperibadian dan bentuk badannya yang agak stabil. Maddi S.R. (1980) - personaliti berkait dengan pemikiran, keadaan mental-emosi dan tingkahlaku seseorang.

  • Definisi personaliti:Phares, E.J. (1984) -personaliti adalah corak pemikiran, perasaan dan perlakuan yang wujud akibat situasi dan kekal pada diri seseorang individu selama beberapa lama sekali gus membezakan individu tersebut dari individu lain.

  • TEORI PERSONALITITeori Psikoanalisis -Sigmund Freud.Tiga unsur yang mempengaruhi personaliti individu, iaitu: a. id.b.ego.c.superego.

  • idSemulajadi sejak lahir. Beroperasi ikut PRINSIP NIKMAT (PLEASURE PRINCIPLE) i.e. mencari kenikmatan dan menghindar kesakitan. Merupakan naluri manusia. Jika kita nak lakukan sesuatu maka kita akan lakukan. e.g, jika sewaktu kuliah kita rasa nak tidur, kita akan tidur.

  • idBahagian personaliti kita yang mustahak sbb ia bolehkan kita dapat apa yang kita mahu. id hendak apa yg dirasakan baik pd waktu itu, tanpa hiraukan realiti.Bila kita lapar, id mahukan mkn, dan kita cari mkn sehinggalah kita dpt penuhi kehendak (id).

  • idid tak peduli realiti, atau keperluan org lain, yg mustahak kepuasan sendiri.id hanya ikut nafsu dan naluri.

  • egosbg mediator antara id dengan Super Ego.ego tidak wujud semasa kelahiran tapi berkembang secara berperingkat.dengan adanya ego luahan tenaga psikik (id) dapat dilewatkan sehingga sesuatu keperluan dipenuhi. ego adalah akal yang memiliki kesedaran diri dan sedar akan apa yang berlaku di persekitaran fizikal dan sosialnya. Sebagai elemen pada tahap sedar, ego penuh dengan persepsi, inginkan kemajuan dan boleh menyesuaikan fungsinya mengikut keadaan. perkembangan ego adalah melalui hubungan secara sosial dan identifikasinya dengan orang lain, objek di dalam alam sekelilingnya.

  • egojuga berfungsi berdasarkan prinsip kesukaan-kesakitan tetapi perlakuan adalah dikawal oleh realiti fizikal dan sosial. Sebagai alat memperkukuhkan swadiri pada tahap sedar, ego memainkan satu fungsi yang penting dalam struktur tingkah laku dan personaliti individu. Ego adalah eksekutif kepada personaliti, di mana ia dapat mengawal dan seimbangkan id dan super ego. Untuk perkembangkan, ego perlu melalui proses pendidikan dan penaakulan.

  • Super egomengawal ego dan id. sinonim dengan idea suara hati kerana perasaan kesalan dan bersalah bangkit di dalamnya. ia adalah diri kritikal berdasarkan ganjaran dan hukuman dan mengambil kira sekatan moral masyarakat dewasa dan keunggulan sosial sebagai sebahagian dirinya. merupakan akar tunjang dari aspek peneguhan moral yang baik.Moral yang dipelajari, dikenal pasti daripada ibu dan bapa, mahupun masyarakat.Moral yang demikian dipelajari hasil daripada asuhan semasa seorang individu itu masih kecil peringkat umurnya dan berkembang sehingga sebati dengan hati nalurinya.

  • Super egobersifat ideal iaitu sentiasa mencari kesempurnaan. ia mungkin mengutuk perbuatan Id dan Ego dan cuba memastikan individu berada pada landasan moral dan unggul yang telah dipelajarinya. ia kebanyakannya ditentukan oleh pengaruh sosial dan budaya dan dengan ini berkembang lewat dalam hidup apabila individu membentuk dan mengacu menjadi perwatakan yang matang.

  • Super egoterbahagi kepada ego ideal dan conscience (dzamir). ego ideal ialah melalui penerimaan - individu membina persepsi melalui apa yang dikatakan sempurna oleh ibubapa mereka. Pengalaman dari ibubapa ini menjadi pegangan anak-anak. conscience merujuk kepada pegangan yg terbina melalui dendaan yang membawa kebaikan. Contohnya rasa tidak diterima oleh ibubapanya.

  • TEORI PERSONALITI (sambungan):2. Teori Trait - sifat yang bezakan seseorang dengan orang yang lain dengan kadar yang kekal dan konsisten (Atkinson, et.al. 1987). a.Teori Trait William Sheldon.b.Teori Trait Gordon Allport.c.Teori Trait Raymond Cattell.

  • TEORI PERSONALITI (sambungan):3.Teori Personaliti jenis introvert-ekstrovert - oleh Hans Eysenk (1967) dan Carl Jung (1993).4.Teori Personaliti Humanistik - oleh Carl Rogers dan Abraham Maslow. 5.Teori Penjenisan Spranger.6.Teori Pembelajaran - B.F. Skinner.

  • Faktor-faktor yang Mempengaruhi Personaliti:BakaPersekitarana.pendidikan di rumahb.pengaruh rakan sebayac.pengaruh sosio-budayad.pendidikan di sekolahe.pengaruh media massaf.Pemakanang.Simbol status

  • KOMUNIKASI DAN ATRIBUSIAtribusi terbentuk apabila seseorang individu berinteraksi atau berhubung dengan individu lain. Ia adalah proses di mana kita cuba memahami perlakuan orang lain di samping perlakuan sendiri, khususnya alasan-alasan dan motivasi yang menyebabkan perlakuan sedemikian berlaku.

  • Cubaan untuk menjelaskan atau bertanggungjawab ke atas perlakuan sendiri disebut atribusi diri. Kita menggunakan factor dalaman dan luaran dalam menjelaskan perlakuan kita.Factor dalaman dikenali sebagai kecenderungan (predisposition). Factor luaran dikenali sebagai situasi atau persekitaran.

  • Begitu juga halnya dalam memahami perlakuan orang lain. Mula-mula kita hendaklah menentukan adakah individu tersebut bertanggungjawab ke atas perlakuannya iaitu adakah perbuatan tersebut disebabkan oleh trait atau ciri-ciri personalitinya atau adakah perbuatan tersebut dipengaruhi oleh factor-faktor lain dari luar. Jadi teori atribusi adalah berkaitan dengan factor dalaman dan luaran tersebut.

  • Prinsip-prinsip:ada kemungkinan besar kita melihat perbuatan orang lain disebabkan oleh factor dalaman tetapi perbuatan sendiri disebabkan oleh factor luaran,atribusi diri melibatkan kemiringan peribadi (self-serving bias). Kemiringan peribadi menyebabkan manusia menerima pujian atas perlakuan poritif dan menafikan pertanggungjawaban atas yang negative.

  • Kemiringan diri:

    Ialah kemiringan dalam pemikiran dan tanggapan yang melindungi kita dari ancaman terhadap konsep kendiri kita.

  • STEREOTAIP DAN PRASANGKAStereotaip = pandangan terhadap sekumpulan manusia yang kemudiannya membawa kita kepada menanggapi seseorang individu secara spesifik. Ia adalah idea atau pendapat yang diletakkan kepada seseorang berdasarkan bukti yang palsu atau terhad.Ia kebanyakannya negatif walau pun ada sedikit yang positif.

  • Prasangka = sikap negatif terhadap individu atau kumpulan tertentu. Ianya bermula dari kontras kita-mereka. Mereka sentiasa salah menyebabkan kita lebih baik. Oleh itu ia adalah pertimbangan awal (pre-judgement) yang miring, yang boleh membawa kepada diskriminasi. Prejudis adalah sikap manakala diskriminasi adalah perlakuan.

  • Kita lebih cenderung untuk berfikir tentang individu-individu dan situasi lain berdasarkan idea yang telah kita wujudkan mengenai mereka.Idea-idea ini disebut skema (schema). Stereotaip adalah skema-skema khusus yang mempengaruhi tanggapan dan cara kita berfikir.Stereotaip adalah satu kenyataan yang menyeluruh (generalization). Bila membuat kenyataan yang menyeluruh, kita lazimnya menghimpun manusia, kumpulan atau situasi berdasarkan kesamaan-kesamaan. Contohnya orang Melayu tidak pandai berniaga.

  • Kenapa manusia perlukan stereotaip dan prejudis?untuk keselamatan rasa memiliki. untuk memudahkan pencapaian matlamat mengisi keperluan.untuk mengesahkan impresi pertama.ia memenuhi struktur sifat (character) tertentu.

  • Tiga sumber prejudis (Myers ,1994)

    sumber sosial.sumber emosional.sumber kognitif.

  • Kesan stereotaip dan prejudis:menafikan komunikasi dan kemuliaan (dignity) manusia. Manusia dilahirkan tidak sama dengan yang lain.meningkatkan kekeciwaan dan kebimbangan, kesangsian dan salah sangka.menghindar manusia dari realiti dan kebenaran berfikir

  • Kesan stereotaip dan prejudis kepada komunikasi:kita akan lebih cenderung untuk memerhati perlakuan yang mengesahkan apa yang kita harapkan dan tidak menghiraukan bukti-bukti yang tiada dalam kotak fikiran kita.kita memilih untuk mengingati perkara-perkara positif tentang kumpulan kita dan yang negatif tentang kumpulan lain.akan merosakkan pemerhatian, pendengaran, pembacaan, pemikiran dan seterusnya pemahaman. Justeru ia menghalang manusia dari berfikir secara kritikal.

  • KOMUNIKASI KUMPULAN DAN PSIKOLOGIKumpulan adalah himpunan individu-individu dalam interaksi bersemuka. Brilhart memberikan lima ciri-ciri kumpulan iaitu:-1.kumpulan hendaklah cukup kecil sehingga membolehkan ahli-ahli react dengan ahli-ahli lain. Dari segi bilangan antara 2 ke 20 orang. 2.mempunyai tujuan saling bergantungan di mana kejayaan seseorang bergantung kepada kejayaan seorang lagi ahli mencapai matlamatnya.

  • 3.setiap ahli mempunyai semangat kekitaan atau keahlian, mengaitkan dirinya dengan ahli-ahli yang lain dalam kumpulan.4.mengamalkan interaksi lisan sesama ahli kumpulan.5.perlakuan berdasarkan norma, nilai dan prosedur yang diterima oleh semua ahli.

  • Proses Psikologikal dalam Interaksi Kumpulan penilaiankomitmenperalihan peranan

  • Kesan kehadiran orang lain terhadap perlakuan seseorang:- Social facilitationSocial loafingPenyahindividuanPolarisasi Groupthink

  • PSIKOLOGI DAN PENDENGARAN

  • Persekitaran mendengar:Persekitaran psikologikal.a. Kod pengalaman.b. Sistem nilai.c. Pendidikan.d. Set psikologi.Persekitaran fizikal.a. Ketajaman pendengaran.b. Usia.c. Tempat.d. Masa.e. Gangguan.

  • Tabiat mendengar:

    BerkesanTidak BerkesanCari unsur menarikGive-up dari awalFokus kpd isiFokus kpd gayaSabar hingga selesaiGhairah menyampukTumpu kpd ideaTumpu kpd contohBersungguhPura-puraKawal gangguanBiar gangguanKawal reaksiEmosionalMerumus, meramalKhayal

  • Pendengaran aktif:Fisher:EmpathyPenerimaanKeserasianKejituan

  • Struktur mesej & rayuanKirby & Goodpaster (1995) susunan semulajadi.1. susunan topikal2. susunan analogikal3. susunan kronologikal4. susunan sebab-musabab

  • Struktur mesej & rayuan susunan mental manusia:1. susunan logikal2. susunan saintifik3. susunan deduktif-induktif4. susunan kepentingan5. susunan motivasi

  • Rayuan mesejRayuan rasionalRayuan emosionalMenakut-nakutkanRayuan ganjaranRayuan agama

  • PSIKOLOGI DAN MEDIApenggunaan teori-teori minda dan perlakuan manusia dalam pengkajian media massa. pengaruh media ke atas perubahan perlakuan manusia. Kajian : media mempunyai pengaruh yang kuat ke atas perlakuan manusia. e.g.: Paik dan Comstock (1994) ~ kesan paparan keganasan TV ke atas perlakuan agresif kanak-kanak. Media juga didapati mempunyai kesan tidak langsung ke atas perlakuan audiens.

  • Kaedah-kaedah kajian ke atas kesan media:analisis kandungankajian pendedahan (exposure studies) kajian kesan (effect studies)

  • Kesan-kesan mediaAdakah penonton meniru keganasan yang terdapat dalam media?

    Ross Parke (USA) dan Jacques Leyens (Belgium) ~ pendedahan kepada movie yang ganas meningkatkan aggression penonton (Meyer, 1994).

  • Kesan daripada pendedahan terhadap media: kesan perlakuan kesan fisiologikesan kognitif kesan sikap

  • Teori-teori komunikasi massa:uses and gratification theory (kegunaan dan kepuasan) oleh Lazarsfeld, Katz, Blumber dan Gurevitch. social learning theory (pembelajaran social)cultivation theory (pemupukan)agenda setting theory (penetapan agenda)identification (identifikasi)

  • PSIKOLOGI KOMUNIKASI DALAM PERIKLANANAmerican Marketing Association Periklanan ialah sebarang bentuk persembahan dan promosi idea, barangan atau perkhidmatan oleh penaja yang dikenalpasti secara berbayar. ditujukan bukan kepada individu tetapi kelompok tertentu dalam masyarakat.mempunyai unsur-unsur pemujukan - menggunakan appeal psikologikal untuk menawan hati penerima.

  • Jenis-jenis appeal yang digunakan dalam iklan:rayuan bermaklumat (informational appeal) rayuan emosi (emotional) rayuan menakutkan (fear appeals)rayuan lucu (humorous appeals)rayuan turut serta (bandwagon appeals)rayuan testimony

    ******************************************************************************************