kkoommppiillaassii ssooaallaann ddaann ...mqa.gov.my/portalmqav3/dokumen/soalan dan jawapan sesi...2...

37
K K O O M M P P I I L L A A S S I I S S O O A A L L A A N N D D A A N N J J A A W W A A P P A A N N S S E E S S I I D D I I A A L L O O G G M M Q Q A A B B E E R R S S A A M M A A P P E E M M B B E E R R I I P P E E N N D D I I D D I I K K A A N N T T I I N N G G G G I I ( ( P P P P T T ) ) 2 2 0 0 1 1 5 5 Disediakan oleh: Unit Hal Ehwal Awam Dan Antarabangsa (UHEAA) AGENSI KELAYAKAN MALAYSIA (MALAYSIAN QUALIFICATIONS AGENCY, MQA)

Upload: vandang

Post on 26-May-2018

236 views

Category:

Documents


5 download

TRANSCRIPT

Page 1: KKOOMMPPIILLAASSII SSOOAALLAANN DDAANN ...mqa.gov.my/PortalMQAv3/dokumen/Soalan dan Jawapan Sesi...2 KANDUNGAN NO. PERKARA HALAMAN 1. Proses Permohonan 7 2. Ahli Panel Penilai 7 3

KKOOMMPPIILLAASSII SSOOAALLAANN DDAANN JJAAWWAAPPAANN

SSEESSII DDIIAALLOOGG MMQQAA BBEERRSSAAMMAA

PPEEMMBBEERRII PPEENNDDIIDDIIKKAANN TTIINNGGGGII

((PPPPTT)) 22001155

Disediakan oleh:

UUnniitt HHaall EEhhwwaall AAwwaamm DDaann AAnnttaarraabbaannggssaa ((UUHHEEAAAA))

AAGGEENNSSII KKEELLAAYYAAKKAANN MMAALLAAYYSSIIAA ((MMAALLAAYYSSIIAANN QQUUAALLIIFFIICCAATTIIOONNSS AAGGEENNCCYY,, MMQQAA))

Page 2: KKOOMMPPIILLAASSII SSOOAALLAANN DDAANN ...mqa.gov.my/PortalMQAv3/dokumen/Soalan dan Jawapan Sesi...2 KANDUNGAN NO. PERKARA HALAMAN 1. Proses Permohonan 7 2. Ahli Panel Penilai 7 3

1

KKOOMMPPIILLAASSII SSOOAALLAANN DDAANN JJAAWWAAPPAANN

SSEESSII DDIIAALLOOGG MMQQAA BBEERRSSAAMMAA

PPEEMMBBEERRII PPEENNDDIIDDIIKKAANN TTIINNGGGGII ((PPPPTT))

TARIKH TEMPAT ZON

29 Mei 2015 Universiti Malaya Kuala Lumpur &

Putrajaya

24 Ogos 2015 Taylor’s University, Lakeside

Campus Selangor

28 Sept 2015 Universiti Teknologi MARA

(UiTM) Pulau Pinang Utara

2 Okt 2015 Swinburne University of

Technology Sarawak Campus Sarawak

26 Okt 2015 Universiti Malaysia Sabah Sabah

23 Nov 2015 Universiti Malaysia Terengganu Timur

7 Dis 2015 Pejabat Menteri Besar Johor Selatan

Page 3: KKOOMMPPIILLAASSII SSOOAALLAANN DDAANN ...mqa.gov.my/PortalMQAv3/dokumen/Soalan dan Jawapan Sesi...2 KANDUNGAN NO. PERKARA HALAMAN 1. Proses Permohonan 7 2. Ahli Panel Penilai 7 3

2

KANDUNGAN

NO. PERKARA HALAMAN

1. Proses Permohonan 7

2. Ahli Panel Penilai 7

3. Diploma Eksekutif 8

4. Standard Program 9

5. Work-Based Learning 11

6. PTPTN 13

7. Latihan Industri 14

8. Pindah Kredit 14

9. Dasar Kementerian 15

10. Sistem Kredit 17

11. Kelayakan UEC 18

12. MUET, IELTS, TOEFL 18

13. Badan Profesional 20

14. MPU 22

15. Kerangka Kelayakan Malaysia 22

16. Joint Degree Programme 22

17. Keputusan Ramalan 23

18. APEL 23

19. TVET 23

20. MQS dan iCGPA 24

21. Kurikulum Nasional 24

22. Lain-lain 24

Page 4: KKOOMMPPIILLAASSII SSOOAALLAANN DDAANN ...mqa.gov.my/PortalMQAv3/dokumen/Soalan dan Jawapan Sesi...2 KANDUNGAN NO. PERKARA HALAMAN 1. Proses Permohonan 7 2. Ahli Panel Penilai 7 3

3

SINGKATAN

APEL Akreditasi Berasaskan Pengalaman Pembelajaran Terdahulu (Accreditation of Prior Experiential Learning)

APP Ahli Panel Penilai (Panel of Assessors)

BP Badan Profesional (Professional Bodies)

BR1M Bantuan Rakyat 1Malaysia (1Malaysia People's Aid)

COPPA Kod Amalan Akreditasi Program (Code of Practice for Programme Accreditation)

ICT Teknologi Maklumat dan Komunikasi (Information and Communication Technology)

KPT Kementerian Pendidikan Tinggi Malaysia (Ministry of Higher Education Malaysia)

MMC Majlis Perubatan Malaysia (Malaysian Medical Council)

MPU Mata Pelajaran Umum

MQA Agensi Kelayakan Malaysia (Malaysian Qualifications Agency)

MQF Kerangka Kelayakan Malaysia (Malaysian Qualifications Framework)

MQR Daftar Kelayakan Malaysia (Malaysian Qualifications Register)

MQS Malaysian Qualifications Statement

MUET Malaysian University English Test

PA Perakuan Akreditasi Sementara (Provisional Accreditation)

PPT Pemberi Pendidikan Tinggi

PTPTN Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (National Higher Education Fund Corporation)

SPM Sijil Pelajaran Malaysia

TVET Latihan Teknikal dan Pendidikan Vokasional (Technical Vocational Education and Training)

Page 5: KKOOMMPPIILLAASSII SSOOAALLAANN DDAANN ...mqa.gov.my/PortalMQAv3/dokumen/Soalan dan Jawapan Sesi...2 KANDUNGAN NO. PERKARA HALAMAN 1. Proses Permohonan 7 2. Ahli Panel Penilai 7 3

4

BIL KATEGORI KENYATAAN / SOALAN JAWAPAN

1. Proses permohonan 1. Pihak PPT bersedia untuk bekerjasama dengan MQA dalam membangunkan sistem penilaian akreditasi secara atas talian yang antara lain bagi memudahkan PPT membuat semakan status permohonan program dari semasa ke semasa.

2. MQA wajar melaksanakan sistem semakan secara atas talian bagi memudahkan PPT membuat rujukan status permohonan program dari semasa ke semasa.

3. Telah beberapa kali berlaku kehilangan fail/ dokumen yang dihantar oleh PPT. Ini menyebabkan PPT perlu menghantar semula dokumen tersebut.

4. Amalan sekarang adalah kampus cawangan perlu menghantar permohonan baru bagi sesuatu program. Adalah dicadangkan agar kampus cawangan tidak perlu menghantar permohonan baru termasuklah lawatan penilaian kerana program yang ditawarkan merupakan program yang sama dengan program yang ditawarkan di kampus induk.

5. Agak sukar bagi PPT yang berada di Sabah dan Sarawak untuk membuat permohonan Akreditasi. Mengapa MQA tidak membuka cawangan di sana?

6. Pihak PPT mengharapkan proses permohonan program dipercepatkan mengikut piagam yang telah ditetapkan. Secara amnya, kelewatan proses kebanyakannya melibatkan KPT, APP dan badan profesional.

1. MQA mengambil maklum dan akan berbincang dengan Bahagian Teknologi Maklumat, MQA bagi menyediakan sistem penilaian akreditasi secara atas talian. PPT yang mempunyai kepakaran Information and Communication Technology (ICT) boleh hadir ke MQA bagi berkongsi maklumat berkenaan pembangunan sistem ini.

2. MQA mengambil maklum akan cadangan ini. MQA juga berhasrat untuk membuat tinjauan di kalangan PPT mengenai permohonan akreditasi secara berjadual.

3. MQA akan melihat semula masalah kehilangan dokumen

yang dihantar oleh PPT. 4. Penilaian MQA adalah melibatkan penilaian terhadap

premis, fasiliti, staf akademik dan lain-lain, bukan hanya tertumpu kepada kurikulum. Bagaimanapun, MQA akan melihat semula kemungkinan memendekkan lagi proses penilaian bagi permohonan program yang dijalankan oleh kampus cawangan.

5. Peruntukan yang diterima daripada Kerajaan Persekutuan

adalah terhad. Agak sukar untuk MQA membuka cawangan di Sabah dan Sarawak.

6. MQA akan membuat pemantauan terhadap panel yang

dilantik. Walau bagaimanapun, beban tugas hakiki panel dan jumlah program yang dinilai juga perlu diambil kira. Manakala, bagi program yang melibatkan badan profesional, ia adalah tertakluk kepada peraturan dan badan

Page 6: KKOOMMPPIILLAASSII SSOOAALLAANN DDAANN ...mqa.gov.my/PortalMQAv3/dokumen/Soalan dan Jawapan Sesi...2 KANDUNGAN NO. PERKARA HALAMAN 1. Proses Permohonan 7 2. Ahli Panel Penilai 7 3

5

BIL KATEGORI KENYATAAN / SOALAN JAWAPAN

7. PPT menghadapi masalah kerana perlu berurusan dengan dua pihak yang berbeza iaitu MQA dan KPT. Adakala penetapan dasar oleh kedua-dua pihak juga didapati berbeza. Portal MQR untuk program-program yang telah diberi perakuan Akreditasi oleh MQA merupakan sumber rujukan tempatan dan juga antarabangsa. Sehubungan itu, program yang telah mendapat akreditasi perlu didaftarkan dengan segera dalam MQR.

8. MQA perlu mempermudahkan proses permohonan. Ini berdasarkan kepada kelewatan dalam memproses permohonan akreditasi provisional bagi program Kesihatan. APP lambat menyediakan maklum balas penilaian program. Perkara ini juga telah memberi kesan kepada PPT dalam mendapatkan kelulusan program daripada KPT.

9. Program pengajian telah mendapat akreditasi tetapi KPT menolak permohonan pembaharuan program kerana maklumat yang didaftarkan dalam MQR adalah berbeza.

10. PPT Sabah menggunakan kos yang tinggi untuk

menjalankan program. Malah, penghantaran dokumen bagi permohonan program ke MQA juga memerlukan kos yang tinggi.

11. PPT ingin menawarkan program yang berbeza dari PPT lain. Walau bagaimanapun, keperluan panel MQA bagi

professional yang berkaitan.

7. MQA akan mengkaji semula dasar dan mengenal pasti proses yang boleh dipermudahkan.

8. Tempoh proses permohonan akreditasi provisional adalah 3

bulan 3 minggu. Sekiranya lewat dari tempoh tersebut, makluman boleh dibuat kepada MQA. Selain itu, MQA juga akan memastikan agar APP meningkatkan lagi kecekapan mereka dalam menyediakan laporan penilaian program.

9. Mohon pihak PPT untuk memberikan maklumat program tersebut agar semakan lanjut boleh dijalankan oleh pegawai yang mengemaskini MQR.

10. Pihak MQA sedang dalam usaha untuk membangunkan sistem secara online bagi memastikan permohonan program boleh dikemukakan secara online.

11. Pihak PPT boleh memberikan cadangan calon panel yang bersesuaian bagi program yang berkaitan sekiranya pihak

Page 7: KKOOMMPPIILLAASSII SSOOAALLAANN DDAANN ...mqa.gov.my/PortalMQAv3/dokumen/Soalan dan Jawapan Sesi...2 KANDUNGAN NO. PERKARA HALAMAN 1. Proses Permohonan 7 2. Ahli Panel Penilai 7 3

6

BIL KATEGORI KENYATAAN / SOALAN JAWAPAN

bidang yang berkaitan adalah terhad. Sebagai contoh, bagi program Diving, permohonannya mengambil masa yang panjang berikutan tiada panel dalam bidang yang berkaitan.

12. Berapa lamakah tempoh bagi memproses semula

program yang tidak disenaraikan dalam MQR?

13. PPT terpaksa berhenti menawarkan program apabila

program tersebut tidak mendapat akreditasi. Keputusan ini memberi implikasi kepada pelajar/graduan.

14. PPT telah menghantar program baru peringkat ijazah sarjana muda iaitu Bachelor of Arts (Hons) Multiculturalism & Intercultural Communication for the Professions pada bulan Mei 2015. Program mengambil tempoh yang lama berikutan kerana MQA kekurangan panel dalam bidang yang berkaitan.

15. MQA perlu menambahbaik proses permohonan agar tidak mengambil masa yang panjang.

MQA tiada panel untuk bidang yang dipohon. PPT juga dinasihatkan untuk memaklumkan kepada MQA sekiranya bercadang menjalankan program baru yang tidak pernah dijalankan oleh mana-mana PPT agar MQA boleh mengenal pasti panel lebih awal dan membuat lantikan bagi mengurangkan tempoh proses permohonan.

12. Proses penilaian program adalah sama. PPT boleh menawarkan program kepada pelajar dan dalam masa yang sama, MQA akan menjalankan penilaian terhadap dokumen yang berkaitan. Sekiranya program tersebut mendapat akreditasi maka pelajar bagi kemasukan tersebut adalah termasuk dalam kohort yang menerima akreditasi.

13. Bagi program-program yang ditolak akreditasi, PPT boleh

membuat rayuan kepada Jawatan Kuasa Rayuan KPT. 14. Pihak PPT boleh memberikan cadangan calon panel yang

bersesuaian bagi program tersebut sekiranya pihak MQA tiada panel untuk bidang yang dipohon.

15. Piagam bagi proses PA adalah 3 bulan 3 minggu manakala proses Akreditasi mengambil masa 7 bulan. Pihak MQA dalam peringkat perbincangan untuk menambahbaik dan memudahkan proses permohonan. Walau bagaimanapun, sekiranya mana-mana PPT

Page 8: KKOOMMPPIILLAASSII SSOOAALLAANN DDAANN ...mqa.gov.my/PortalMQAv3/dokumen/Soalan dan Jawapan Sesi...2 KANDUNGAN NO. PERKARA HALAMAN 1. Proses Permohonan 7 2. Ahli Panel Penilai 7 3

7

BIL KATEGORI KENYATAAN / SOALAN JAWAPAN

berhadapan dengan kelewatan melebih tempoh piagam yang telah ditetapkan, PPT boleh memanjangkan aduan tersebut kepada pejabat KPE untuk tindakan.

2. Ahli Panel Penilai 1. Pihak PPT telah menghantar proposed hands on programme/ kurikulum. Bagaimanapun, ia telah ditolak oleh ahli panel penilai. Panel penilai memilih sistem konvensional berbanding apa yang dikehendaki oleh pasaran kerja. Contohnya, keperluan buku. PPT masih perlu menyediakan buku walhal buku kini boleh diakses secara online oleh pelajar. Mungkin pihak MQA perlu mengambil panel penilai di kalangan generasi muda yang memahami dan mengikuti kehendak industri dan pasaran kerja.

2. Terdapat pandangan yang berbeza di kalangan panel

penilai. Contohnya, bagi program perubatan, PPT ingin memasukkan unsur-unsur islamik seperti tayamum, mandi jenazah dan sebagainya. Namun demikian, ada panel yang menolak dan menyatakan tidak perlu. Justeru disarankan agar MQA mempunyai panel penilai yang pakar agar isu-isu seperti ini dapat dibincangkan lebih lanjut.

3. PPT membangkitkan isu berkaitan proses penilaian

yang lambat. Ini mungkin disebabkan oleh kekurangan panel penilai di pihak MQA. Untuk itu, pihak PPT sering menggalakkan agar staf akademik mereka mendaftar sebagai APP bagi mengatasi kekurangan itu. Kadangkala panel penilai sendiri tidak sedar tentang polisi, standard/ standard program terkini yang dikeluarkan

1. MQA mengakui memang terdapat perbezaan pendekatan yang diambil oleh panel penilai dalam menilai program pengajian. MQA akan memperkukuhkan lagi latihan kepada panel penilai di samping melihat kemungkinan untuk mewujudkan barisan lead assessors yang akan berperanan sebagai panel penilai pakar.

2. Bagi program perubatan, ia adalah di bawah seliaan Majlis

Perubatan Malaysia (Malaysian Medical Council, MMC). Walau bagaimanapun, perkara ini akan bawa untuk perbincangan lanjut bersama di antara pihak MQA dengan MMC. MQA mengalu-alukan, kaedah pembelajaran dan pengajaran yang melebihi keperluan minimum. Namun, ia masih perlu dirujuk kepada MMC. MQA bersetuju dengan cadangan untuk mewujudkan barisan panel penilai pakar.

3. Mohon agar pihak PPT memaklumkan kepada MQA

sekiranya mempunyai sebarang kesulitan dengan panel penilai. MQA akan mempertimbangkan untuk menggunakan khidmat panel penilai yang lain. MQA boleh bertoleransi dengan perubahan yang tidak seiring dengan standard program yang ingin dibuat oleh PPT tetapi ia haruslah berlandaskan justifikasi yang kukuh.

Page 9: KKOOMMPPIILLAASSII SSOOAALLAANN DDAANN ...mqa.gov.my/PortalMQAv3/dokumen/Soalan dan Jawapan Sesi...2 KANDUNGAN NO. PERKARA HALAMAN 1. Proses Permohonan 7 2. Ahli Panel Penilai 7 3

8

BIL KATEGORI KENYATAAN / SOALAN JAWAPAN

oleh MQA. Ini sering menimbulkan konflik terutamanya semasa proses penilaian. MQA seharusnya memastikan panel penilai sentiasa aware/ updated dengan sebarang polisi, standard/ standard program baharu yang dikeluarkan oleh MQA.

4. Panel Penilai sering lambat dalam menjalankan penilaian. Bagaimana sekiranya PPT membuat presentation kepada Panel Penilai terlebih dahulu sebelum Panel Penilai datang membuat penilaian.

5. Mungkin MQA boleh menghantar simple referendum/

survey kepada PPT bagi melihat maklum balas mengenai permohonan akreditasi secara berkala.

6. Bagaimana pemilihan APP MQA dibuat? Berapa lama APP tersebut dilatih dan adakah pengetahuannya terhadap bidang kepakaran dinilai oleh MQA?

4. Cadangan yang baik. MQA mengambil maklum dan akan

meneliti kesesuaian cadangan ini. Mungkin permohonan berkala boleh juga dilaksanakan bagi mengatasi isu kelewatan penilaian permohonan.

5. Berdasarkan tinjauan di kalangan PPT yang hadir, majoriti PPT zon Kuala Lumpur dan Putrajaya bersetuju dengan pelaksanaan permohonan program secara berkala.

6. Kriteria APP MQA seperti di Lampiran A. APP MQA

diwajibkan untuk menghadiri bengkel ahli panel penilai sebagai pendedahan sebelum menjalankan penilaian program. APP baru yang menjalankan tugasan akan dibimbing oleh APP yang berpengalaman.

3. Diploma Eksekutif Merujuk kepada pengiraan kredit, jumlah jam kredit minimum bagi diploma konvensional adalah 90 jam kredit manakala Diploma Eksekutif pula adalah 60 jam kredit. Bolehkah sekiranya jam kredit bagi Diploma Eksekutif dikurangkan kepada 30 jam kredit? Ini kerana kebanyakan pelajar Diploma Eksekutif telah mempunyai pengalaman bekerja dan seharusnya lebih banyak pengecualian kredit diberikan kepada mereka.

MQA akan mengkaji semula cadangan berkenaan pengurangan jam kredit bagi Diploma Eksekutif.

Diploma Eksekutif berada di tahap 4 MQF iaitu sama tahap dengan Diploma biasa. Jumlah jam kredit Diploma Eksekutif sebanyak 60 jam kredit adalah termasuk 30 jam kredit yang diberikan berdasarkan pengalaman bekerja pelajar. Selain pengalaman kerja, pelajar juga mestilah menguasai body of knowledge.

Page 10: KKOOMMPPIILLAASSII SSOOAALLAANN DDAANN ...mqa.gov.my/PortalMQAv3/dokumen/Soalan dan Jawapan Sesi...2 KANDUNGAN NO. PERKARA HALAMAN 1. Proses Permohonan 7 2. Ahli Panel Penilai 7 3

9

BIL KATEGORI KENYATAAN / SOALAN JAWAPAN

4. Standard Program 1. Terdapat isu mengenai standard program. Contohnya, PPT ada menawarkan program Diploma Perkembangan Awal Kanak-Kanak secara kerjasama dengan PPT luar negara. Apabila MQA mengeluarkan standard program Pendidikan Awal Kanak-Kanak, panel mengarahkan PPT untuk mengubah kurikulum agar selari dengan standard program sedangkan program yang ditawarkan adalah lebih kepada bidang Sains Sosial berbanding Pendidikan.

2. Syarat kemasukan ke Ijazah Sarjana Muda Komputeran (Kredit dalam Matematik SPM) berdasarkan Standard Program Komputeran perlu dikaji semula. Kenapa syarat ini tidak dikenakan kepada program Perakaunan dan Kewangan? Di luar negara, pelajar yang mempunyai O-Level atau A-Level, subjek Matematik tidak dijadikan sebagai syarat kelayakan masuk.

1. Bagi isu standard bagi Program Perkembangan Awal Kanak-Kanak, PPT disaran untuk merujuk semula kepada MQA bagi penelitian lanjut.

2. Standard Program Komputeran menetapkan keperluan kredit bukan hanya Matematik malah Matematik Tambahan SPM jika calon ingin memasuki program Sains Komputer dan Software Engineering. Perkara ini merupakan permintaan dari pihak industri semasa bengkel bersama pihak berkepentingan [contoh: Malaysia Digital Economy Corporation (MDEC) dan The National ICT Association of Malaysian (PIKOM)]. Asasnya, graduan yang tamat pengajian tanpa kelayakan kredit Matematik tidak menunjukkan prestasi yang baik dalam pengaturcaraan komputer. Keperluan kredit Matematik dan Matematik Tambahan amat penting bagi memastikan pelajar dapat mencapai hasil pembelajaran yang telah ditetapkan. Penetapan kredit Matematik juga akan dilaksanakan bagi syarat kemasukan baru program Perakaunan. Pembangunan Standard Program telah melalui beberapa peringkat iaitu Kementerian, Panel Pakar, Jawatankuasa Naib Canselor serta Majlis MQA. Walau bagaimanapun, sekiranya terdapat isu yang timbul, PPT boleh memberi cadangan kepada MQA untuk melihat semula standard tetapi harus berlandaskan justifikasi yang kukuh.

Page 11: KKOOMMPPIILLAASSII SSOOAALLAANN DDAANN ...mqa.gov.my/PortalMQAv3/dokumen/Soalan dan Jawapan Sesi...2 KANDUNGAN NO. PERKARA HALAMAN 1. Proses Permohonan 7 2. Ahli Panel Penilai 7 3

10

BIL KATEGORI KENYATAAN / SOALAN JAWAPAN

3. Meletakkan kredit Matematik dan Matematik Tambahan sebagai syarat kemasukan pelajar seperti yang dinyatakan dalam Standard Program Komputeran telah menyebabkan peratus kemasukan pelajar ke bidang ini menurun. Secara tidak langsung, ia memberi impak kepada PPT yang menawarkan program ini. Adakah boleh sekiranya kredit Matematik dan Matematik Tambahan tidak dijadikan sebagai syarat kemasukan pelajar? Sebaliknya subjek Matematik dijadikan subtopik dalam pengajian dan bukan syarat wajib.

4. Sistem pendidikan sekarang terlampau berfokus kepada teori. Seharusnya aspek hands-on / teknikal juga perlu diberi penekanan.

5. Bilakah pindaan COPPA yang terbaru akan dikeluarkan?

6. Dalam usaha menggalakkan pelajar asing masuk ke

Malaysia, sejauh manakah pengubahsuaian terhadap program boleh dilakukan. Contohnya, program Sarjana fully research tetapi pelajar antarabangsa lebih memilih pengajian secara mod kerja kursus dan juga attachment. PPT tidak dapat membuat pengambilan pelajar antarabangsa sekiranya PPT ingin mengubah struktur, ia akan memakan masa yang lama.

3. Bagi isu Matematik sebagai kelayakan masuk, sekiranya ingin dipinda, ia harus melibatkan perbincangan dengan pihak Kementerian. Pada masa yang sama, PPT harus mengambil kira kehendak dan keperluan industri. Tidak wajar sekiranya ramai graduan yang dilahirkan tetapi kualiti mereka tidak menepati kehendak industri. PPT perlu menekankan isu kualiti berbanding kuantiti. Sebagai contoh, kelayakan masuk ke program Kejururawatan juga dipinda dari 3 kredit ke 5 kredit. Pihak industri memberi maklum balas positif terhadap graduan yang mempunyai 5 kredit berbanding 3 kredit kerana mereka adalah lebih kompetatif.

4. MQA mengambil maklum dan akan melihat lebih lanjut

perkara ini.

5. MQA telah mengadakan beberapa siri semakan COPPA. Sebelum ini COPPA mempunyai 9 bidang. Selepas pindaan hanya 7 bidang yang dikekalkan. Terdapat juga beberapa perubahan hasil daripada maklum balas pelbagai pihak. Pihak MQA akan memuatnaik deraf akhir di portal MQA untuk mendapatkan maklum balas sebelum dibawa ke Mesyuarat Majlis MQA.

6. Terdapat dasar di mana pindaan kurikulum yang tidak melebihi 30%, PPT hanya perlu mendapat kelulusan pihak Senat. Sekiranya melebihi 30%, ia perlu dihantar kepada MQA untuk dilihat kesesuaian program tersebut. Perubahan program fully coursework ke mix mode tidak perlu dihantar kepada MQA. Perubahan program fully research ke mix mode/coursework perlu dimaklumkan kepada MQA untuk dimajukan kepada APP dan pihak PPT. Malah juga perlu

Page 12: KKOOMMPPIILLAASSII SSOOAALLAANN DDAANN ...mqa.gov.my/PortalMQAv3/dokumen/Soalan dan Jawapan Sesi...2 KANDUNGAN NO. PERKARA HALAMAN 1. Proses Permohonan 7 2. Ahli Panel Penilai 7 3

11

BIL KATEGORI KENYATAAN / SOALAN JAWAPAN

7. Adakan MQA mempunyai Standard bagi program Bahasa Inggeris?

8. Apakah dasar MQA meletakkan syarat Matematik Tambahan sebagai salah satu keperluan kelayakan masuk program Sains Komputer?

9. Pertanyaan mengenai program Bachelor of Counseling. Mengapakah graduan ijazah sarjana muda tanpa kelayakan kaunseling tidak boleh menyambung pengajian ke peringkat Master?

mendapat kelulusan daripada KPT.

7. MQA tiada standard bagi program Bahasa Inggeris. Akan tetapi terdapat dalam standard bidang MQA yang memerlukan syarat minimum Bahasa Inggeris sebagai kelayakan masuk pelajar ke program berkaitan. Terdapat juga kelayakan IELTS (5.5) dan TOEFL (550) bagi pelajar antarabangsa sebagai memenuhi syarat kelayakan masuk sesuatu program.

8. Dalam membangunkan standard program, MQA

mengadakan beberapa siri perbincangan bersama pakar-pakar, pemegang taruh, industri dan lain-lain agensi berkaitan bagi mendapatkan pandangan. Keperluan Matematik Tambahan sebagai salah satu keperluan kelayakan masuk adalah merupakan kehendak daripada industri. Mereka berpandangan graduan dengan kelayakan matematik tambahan adalah lebih kompeten.

9. Graduan tanpa kelayakan kaunseling boleh menyambung

pengajian ke peringkat Master. Walau bagaimanapun, graduan tersebut perlu mengambil peperiksaan bagi beberapa subjek yang ditetapkan oleh pihak Lembaga Kaunselor. Untuk makluman, MQA akan menjadi ahli JTC yang akan terlibat dalam mesyuarat bersama Lembaga Kaunselor berkaitan penilaian yang bakal dijalankan unuk graduan yang tidak mempunyai kelayakan kaunseling.

5. Work-Based Learning (WBL)

1. Konsep belajar dan bekerja (industri). Apakah langkah bagi memastikan keberkesanan pelaksanaan WBL?

1. Standard bagi WBL telah pun dikeluarkan. Ia merupakan suatu usaha dan perkara yang baru diketengahkan serta satu cabaran dalam industri. Pihak industri sememangnya

Page 13: KKOOMMPPIILLAASSII SSOOAALLAANN DDAANN ...mqa.gov.my/PortalMQAv3/dokumen/Soalan dan Jawapan Sesi...2 KANDUNGAN NO. PERKARA HALAMAN 1. Proses Permohonan 7 2. Ahli Panel Penilai 7 3

12

BIL KATEGORI KENYATAAN / SOALAN JAWAPAN

2. Adakah program WBL ini memberi kebenaran kepada

industri untuk menjalankan program pengajian? Sebagai contoh 7 Eleven menjalankan program diploma. Adakan program ini telah melalui proses penilaian dan mendapat kelulusan daripada MQA dan KPT?

3. Pohon maklumat lanjut mengenai sistem penyampaian

WBL 2+2. 4. Pohon penjelasan mengenai WBL 2+2. Bagi 2 tahun di

industri adakah di industri yang sama atau berlainan?

meminta agar pelajar-pelajar diberi pendedahan di tempat kerja. WBL bertujuan untuk membiasakan pelajar dengan suasana kerja yang sebenar. Setiap organisasi swasta yang ingin menawarkan program pengajian perlu mendapat kebenaran daripada KPT dengan mendaftarkan organisasi mereka di bawah Akta IPTS. Mohon kemukakan maklumat yang lengkap agar perkara ini boleh dipanjangkan kepada pihak KPT.

2. Program WBL 7 Eleven telah dilaksanakan di Thailand. Pihak

industri Thailand menawarkan peluang mengikuti program dan dalam masa yang sama mereka juga bekerja di sektor tersebut. Program yang ditawarkan merangkumi 50% teori dan 50% praktikal.

3. Pelaksanaan WBL 2+2 adalah 2 tahun di universiti + 2 tahun di industri. Pelaksanaan program WBL 2+2 bergantung kepada jenis program dan perlu patuh kepada standard program. Bagi 2 tahun di industri pelajar perlu menjalani latihan di beberapa set industri untuk memenuhi keperluan program. GGP yang dikeluarkan oleh MQA tidak menghadkan tahap pelaksanaan program bagi WBL. WBL juga boleh dilaksanakan pada peringkat diploma.

4. Pelaksanaan 2 tahun di industri boleh diaplikasi di tempat

yang berbeza-beza mengikut peringkat. Sebagai contoh program keusahawanan, peringkat pertama di industri kecil, peringkat kedua di industri sederhana dan peringkat ketiga latihan di organisasi yang besar.

Page 14: KKOOMMPPIILLAASSII SSOOAALLAANN DDAANN ...mqa.gov.my/PortalMQAv3/dokumen/Soalan dan Jawapan Sesi...2 KANDUNGAN NO. PERKARA HALAMAN 1. Proses Permohonan 7 2. Ahli Panel Penilai 7 3

13

BIL KATEGORI KENYATAAN / SOALAN JAWAPAN

6. PTPTN 1. PPT telah mendapat kebenaran melengkapkan 90 jam kredit Diploma dalam tempoh 2 tahun. Namun demikian, PTPTN tidak mahu memberikan pinjaman kepada pelajar yang mengambil Diploma 2 tahun. Seharusnya perlu ada pelarasan polisi di sini.

2. Keluarga di hulu Sarawak tidak menerima BR1M. Dicadangkan PTPTN memperuntukkan bajet khas buat pelajar-pelajar dari pedalaman Sarawak bagi mendapatkan pinjaman pendidikan.

3. Pelajar IPTS yang mengikuti program CAT, ACCA, LCCI

tidak layak memohon pinjaman PTPTN. Baucar RM300 dari kerajaan juga tidak layak diterima oleh pelajar yang mengikuti program CAT, ACCA, LCCI.

4. Ada di antara pelajar yang tidak mendapat pinjaman

penuh PTPTN mengikut program yang dimohon. Apakah kriteria yang dilihat oleh PTPTN?

5. Mengapa pelajar-pelajar yang mengikuti program yang

diberi pelanjutan PA tidak diberi kelulusan pinjaman PTPTN?

1. PTPTN tiada masalah memberi pinjaman dengan syarat tempoh pengajian program adalah sama seperti dalam surat kelulusan KPT.

2. Pihak PPT atau pelajar boleh merujuk kepada cawangan PTPTN yang terdekat bagi sebarang makluman lanjut mengenai pinjaman pendidikan.

3. Setakat ini pihak PTPTN hanya memberi pinjaman kepada pelajar yang mengikuti program CAT, ACCA, LCCI di IPTA. Peruntukan kepada pelajar IPTA adalah sebanyak RM5700 sahaja. Salah satu sebab adalah kerana yuran pengajian yang tinggi oleh IPTS. Berkenaan baucar buku pihak PPT boleh merujuk kepada KPT.

4. Kelulusan pinjaman PTPTN adalah berdasarkan kelayakan

pendapatan ibu bapa yang disemak melalui LHDN.

Ibubapa penerima bantuan BR1M layak 100% pinjaman

Ibubapa berpendapatan RM8000 ke bawah layak menerima 75% pinjaman

Ibubapa berpendapatan RM8000 ke atas layak menerima 50% pinjaman

5. PPT perlu memohon Akreditasi Penuh dalam tempoh 4

tahun PA diberikan. Namun bagi program yang diberi pelanjutan PA, PTPTN hanya akan memberi kelulusan pinjaman PTPTN kepada pelajar yang sedia ada tetapi tidak kepada pelajar yang baru.

Page 15: KKOOMMPPIILLAASSII SSOOAALLAANN DDAANN ...mqa.gov.my/PortalMQAv3/dokumen/Soalan dan Jawapan Sesi...2 KANDUNGAN NO. PERKARA HALAMAN 1. Proses Permohonan 7 2. Ahli Panel Penilai 7 3

14

BIL KATEGORI KENYATAAN / SOALAN JAWAPAN

6. Graduan Kolej Komuniti dengan keputusan CGPA3.00 ke atas tidak layak mendapat pinjaman PTPTN kerana PTPTN meletakkan syarat di mana kelayakan pelajar untuk mendapat pinjaman PTPTN bagi peringkat diploma adalah 3 kredit. PPT mencadangkan agar syarat tambahan bagi graduan sijil dengan keputusan yang cemerlang diberi perhatian oleh pihak PTPTN.

7. Pelajar tidak mendapat pinjaman PTPTN bagi program yang telah mendapat kelulusan daripada KPT.

6. Buat masa ini, kelayakan bagi kelulusan pinjaman PTPTN

bagi peringkat diploma adalah 3 kredit. Pihak PTPTN mengambil maklum terhadap perkara ini. Sehubungan dengan itu, PPT boleh memohon kepada PTPTN agar syarat kelulusan pinjaman peringkat diploma dibuka kepada graduan sijil dengan keputusan CGPA3.00 ke atas.

7. Syarat kelayakan bagi memohon pinjaman PTPTN adalah program yang diambil oleh pelajar tersebut telah mendapat Perakuan Akreditasi Sementara (PA) atau Akreditasi Penuh MQA. Sekiranya PPT hanya mendapat kelulusan KPT dan tidak memohon PA daripada MQA, maka pelajar tersebut tidak layak dipertimbangkan untuk pinjaman PTPTN.

7. Latihan Industri (LI) Bagaimanakah untuk mengira jam kredit bagi Latihan Industri? Apakah garis panduan pengiraan jam kredit bagi Latihan Industri? Adakah jumlah jam dikira berdasarkan bila pelajar masuk dan tamat kerja? Bagaimana pula bagi pelajar yang membuat Latihan Industri di dalam hutan?

Rujuk penjelasan di Lampiran B.

8. Pindah Kredit 1. Adakah dasar pindah kredit terpakai untuk program UK dan US sahaja?

2. Cara dan syarat untuk pelajar memohon dasar pindah kredit ini.

1. Pindah kredit terbahagi kepada 2 iaitu secara horizontal dan vertikal. Dasar baru yang ditambah baik adalah dasar pindah kredit secara horizontal. Dasar ini terpakai bagi semua program dari luar negara yang membolehkan pelajar menyambung pengajian ke dalam negara bagi mengatasi isu kejatuhan mata wang.

2. Permohonan boleh dibuat terus kepada PPT. PPT perlu membuat subject to subject mapping bagi memastikan

Page 16: KKOOMMPPIILLAASSII SSOOAALLAANN DDAANN ...mqa.gov.my/PortalMQAv3/dokumen/Soalan dan Jawapan Sesi...2 KANDUNGAN NO. PERKARA HALAMAN 1. Proses Permohonan 7 2. Ahli Panel Penilai 7 3

15

BIL KATEGORI KENYATAAN / SOALAN JAWAPAN

3. Cadangan agar pelajar dengan kelayakan Sijil diberikan

kebenaran pindah kredit, agar pelajar tidak demotivated kerana perlu mengambil masa yang lama iaitu sijil 2 tahun dan diploma 4 tahun.

4. Kelayakan Advanced Diploma seharusnya diterima oleh semua PPT sebagai laluan melanjutkan pelajaran ke peringkat seterusnya. Contohnya, program Advanced Diploma membolehkan pelajar menyambung pengajian ke peringkat ijazah. Perlu ada dasar pindah kredit bagi kelayakan Advanced Diploma ke program ijazah sarjana muda.

5. Bagi dasar pindah kredit secara horizontal, perlukah

PPT merujuk kepada syarat minimum kelayakan masuk standard program?

kesetaraan subjek tersebut tidak kurang dari 80% dan juga memenuhi syarat minimum yang ditetapkan iaitu gred C dan program tersebut mendapat Akreditasi daripada MQA.

3. Pihak MQA mengambil maklum perkara ini dan akan

mengkaji keperluan terhadap cadangan tersebut. 4. Graduan dengan kelayakan Advanced Diploma boleh

melanjutkan pelajaran ke peringkat ijazah sarjana muda, yang mana membolehkan mereka sambung ke tahun akhir. Namun masih perlu mematuhi syarat dan dasar yang ditetapkan. Pindah kredit bagi program Advanced Diploma perlu mematuhi syarat MQF dan program tersebut juga mestilah program yang telah mendapat akreditasi. Namun, bagi kelayakan program Advanced Diploma dari luar negara, pihak MQA perlu melihat kesetaraan tahap program tersebut. Walau bagaimanapun, dasar pindah kredit bergantung kepada keputusan PPT itu sendiri. Berdasarkan MQF, tahap 4 ke tahap 6, pelajar boleh masuk ke tahun 2. Tahap 5 ke tahap 6, pelajar boleh masuk ke tahun akhir.

5. Secara amnya, MQA melihat kepada kelayakan yang

tertinggi. Namun, PPT dinasihatkan untuk merujuk kepada standard program yang berkaitan.

9. Dasar Kementerian 1. Sekiranya IPTS merupakan anak syarikat universiti awam, IPTS tersebut tidak boleh menjalankan program ijazah sarjana muda IPTA tersebut secara kerjasama.

1. Isu ini berkaitan dengan dasar Kementerian.

Page 17: KKOOMMPPIILLAASSII SSOOAALLAANN DDAANN ...mqa.gov.my/PortalMQAv3/dokumen/Soalan dan Jawapan Sesi...2 KANDUNGAN NO. PERKARA HALAMAN 1. Proses Permohonan 7 2. Ahli Panel Penilai 7 3

16

BIL KATEGORI KENYATAAN / SOALAN JAWAPAN

2. Mengapakah kampus cawangan tempatan tidak boleh menawarkan program yang sama dengan yang ditawarkan dengan kampus induk sedangkan kampus cawangan luar negara boleh berbuat demikian?

3. Mengapakah kampus cawangan tidak boleh

menawarkan program yang sama dengan yang ditawarkan dengan kampus induk? Perkara ini telah menyebabkan PPT tidak dapat fully-utilize staf sedia ada dan banyak perbelanjaan tambahan lain perlu dibuat. Memandangkan polisi Kementerian ini telah 2 tahun dikuatkuasakan, ia telah memberi impak kepada PPT yang telah lama menjalankan program berkenaan. Ini kerana pihak Kementerian telah mengarahkan PPT agar menghentikan program yang sedang dijalankan serta merta. Ini telah mendatangkan masalah kepada staf dan fakulti.

4. Semenjak Kementerian mewajibkan lulus Sejarah untuk lulus SPM, ramai pelajar yang gagal SPM. Jika diwajibkan English, mungkin akan ramai juga yang gagal nanti. Mungkinkah sesuatu boleh dilakukan untuk mengatasi perkara ini?

5. MQA tidak mahu menerima 2 permohonan program PA

kerana terdapat klausa 2.7 (KPT) iaitu PPT perlu mempunyai pelajar dalam tempoh 2 tahun pertama daripada tempoh kelulusan yang diberikan oleh KPT. Kelulusan 5 tahun telah diperolehi daripada KPT tetapi dalam tempoh 2 tahun PPT tidak mempunyai

2. Isu mengenai kampus cawangan tidak dibenarkan untuk menjalankan program yang sama seperti program induk adalah merupakan dasar yang ditetapkan oleh Kementerian Pendidikan. Ia telah berkuatkuasa pada 2012. Dasar sebelum ini membenarkan kampus cawangan menawarkan program yang sama.

3. Ketetapan berkenaan penawaran program oleh kampus cawangan yang sama dengan kampus induk adalah dasar yang ditetapkan oleh KPT.

4. Perkara ini adalah di bawah bidang kuasa Kementerian

Pendidikan Malaysia.

5. Berkaitan klausa yang dinyatakan, PPT perlu mempunyai pelajar dalam tempoh 2 tahun pertama. Sekiranya gagal mempunyai pelajar, pelanjutan tidak akan diberi. KPT hanya akan memberi pelanjutan kepada program yang telah memohon PA yang mana kelulusan akan tamat sebelum pelajar matang bagi proses penilaian perakuan akreditasi

Page 18: KKOOMMPPIILLAASSII SSOOAALLAANN DDAANN ...mqa.gov.my/PortalMQAv3/dokumen/Soalan dan Jawapan Sesi...2 KANDUNGAN NO. PERKARA HALAMAN 1. Proses Permohonan 7 2. Ahli Panel Penilai 7 3

17

BIL KATEGORI KENYATAAN / SOALAN JAWAPAN

kemasukan pelajar bagi program tersebut.

penuh MQA.

PPT perlu membuat pengambilan pelajar dalam tempoh 2 tahun pertama setelah kelulusan diberi. Pihak MQA hanya akan menerima permohonan PA sekiranya PPT mendapat pelanjutan kelulusan daripada KPT. PPT perlu menepati syarat-syarat yang ditetapkan. Ia perlu dalam memastikan kebajikan pelajar-pelajar terpelihara.

10. Sistem Kredit Mengapakah sistem jam kredit bagi program Ijazah Sarjana Muda di Malaysia dan luar negara sebagai contoh UK adalah berbeza? Program UK untuk 1 tahun hanya 6 subjek. Justeru, adakah pelajar perlu membuat perbandingan program-program dalam dan luar negara?

Bagi isu pengiraan kredit, Malaysia menggunakan jam kredit manakala UK menggunakan sistem unit. Penetapan program Ijazah Sarjana Muda di Malaysia adalah 120 kredit bergraduat manakala program Ijazah Sarjana Muda di UK pula adalah 360 unit. Tempoh pengajian program UK yang ditawarkan di Malaysia adalah tiga tahun sama seperti yang ditawarkan di UK. Bagi pelajar dari negara-negara K12, mereka akan menghadapi masalah kerana apabila pulang ke negara asal, ijazah tiga tahun mereka hanya diiktiraf setara dengan diploma. Sebagai contoh, pelajar Indonesia yang belajar di Malaysia. Bagaimanapun, isu ini telah diselesaikan antara Malaysia dan Indonesia dengan Indonesia meletakkan syarat berikut untuk mereka mengiktiraf program tiga tahun Malaysia setaraf dengan Ijazah Sarjana Muda di Indonesia:

a. Jumlah jam kredit hendaklah tidak kurang 120 kredit b. Program hendaklah mempunyai komponen tesis c. Program telah diakreditasi d. Program menyediakan latihan industri (bergantung

pada bidang)

Page 19: KKOOMMPPIILLAASSII SSOOAALLAANN DDAANN ...mqa.gov.my/PortalMQAv3/dokumen/Soalan dan Jawapan Sesi...2 KANDUNGAN NO. PERKARA HALAMAN 1. Proses Permohonan 7 2. Ahli Panel Penilai 7 3

18

BIL KATEGORI KENYATAAN / SOALAN JAWAPAN

11. Kelayakan UEC Bolehkah kelayakan UEC diterima masuk ke program Komputeran?

Kelayakan UEC boleh diterima bagi program Komputeran. Bagi peringkat diploma pelajar perlu lulus UEC dengan mendapat sekurang-kurangnya Gred B dalam 3 mata pelajaran. Sebarang pemilihan adalah tertakluk kepada PPT berdasarkan standard yang ditetapkan.

12. MUET, IELTS, TOEFL 1. Untuk pelajar antarabangsa, adakah wajib bagi mereka untuk mempunyai kelayakan MUET Band 2 seperti yang ditetapkan dalam standard program? Adakah PPT dibenarkan untuk menerima kesetaraan kelayakan? Sekiranya ya, apakah kesetaraan kelayakan yang diterima pakai?

2. Kelayakan masuk program Perakaunan memerlukan

pelajar lulus Bahasa Inggeris (SPM). Bagi kelayakan masuk Ijazah Sarjana Muda Perakaunan memerlukan pelajar lulus Bahasa Inggeris (SPM) dengan lulus MUET Band 2. Cadangan agar standard meletakkan pilihan kelayakan sama ada lulus BI atau MUET Band 2.

3. Kelayakan MUET boleh diambil 3 kali setahun. Tetapi

untuk mengulang Bahasa Inggeris SPM perlu menunggu setahun. Pelajar SPM yang tidak lulus BI tidak boleh menyambung pelajaran. Bolehkah MQA mencadangkan pelajar yang tidak lulus BI perlu lulus MUET dengan band yang lebih tinggi?

4. Adakah pelajar program perakaunan perlu lulus MUET

Band 2 sebelum melanjutkan pelajaran ke peringkat Ijazah Sarjana Muda?

1. Mesyuarat Jawatankuasa Semakan Dasar memutuskan bahawa pelajar antarabangsa boleh menggunakan kelayakan IELTS (5.5) atau TOEFL (550) bagi memenuhi syarat kelayakan masuk ke program Ijazah Sarjana Muda.

2. Standard program Perakaunan menetapkan kelayakan

masuk tersebut bermula Februari 2015. Keperluan ini telah dibincangkan oleh panel MQA yang terdiri daripada pakar akademik, pakar industri, Badan Profesional (BP) dan lain-lain. Setiap pelaksanaan yang ditetapkan mempunyai alasan yang relevan.

3. BI SPM dan MUET adalah polisi daripada KPT. Pihak PPT boleh memanjangkan perkara ini kepada KPT untuk tindakan selanjutnya.

4. Syarat kelayakan program Ijazah Perakaunan memerlukan calon mempunyai MUET Band 2 berkuatkuasa mulai Februari 2015.

Page 20: KKOOMMPPIILLAASSII SSOOAALLAANN DDAANN ...mqa.gov.my/PortalMQAv3/dokumen/Soalan dan Jawapan Sesi...2 KANDUNGAN NO. PERKARA HALAMAN 1. Proses Permohonan 7 2. Ahli Panel Penilai 7 3

19

BIL KATEGORI KENYATAAN / SOALAN JAWAPAN

5. ACCA setara dengan Ijazah Sarjana Muda. CAT disetarakan pada tahap Sijil. Sekiranya pelajar mengambil program ACCA mereka tidak perlu mengambil MUET. Apakah pandangan MQA terhadap perkara ini?

6. Apakah rasional MUET?

7. Pelajar antarabangsa yang ingin belajar di Malaysia perlu mempunyai kelayakan IELTS dan TOEFL. Bolehkah pihak PPT menggunakan kelayakan program Bahasa Inggeris yang dijalankan di PPT yang setara dengan kelayakan IELTS dan TOEFL?

8. Kelayakan MUET merupakan salah satu syarat

kemasukan pelajar ke peringkat Ijazah Sarjana Muda. Bolehkah sekiranya PPT membuat pengambilan pelajar tanpa kelayakan MUET tetapi pelajar tersebut perlu mengambil MUET sebelum tamat pengajian?

9. Adakah MUET wajib bagi pelajar tempatan dan antarabangsa sebagai kelayakan masuk pelajar untuk setiap peringkat program.

5. MQA hanya akan membuat kesetaraan ke atas kelayakan pelajar yang mengambil ACCA di luar negara. Tetapi bagi program ACCA yang dijalankan oleh PPT dalam negara, dasar dan standard program perlu dipatuhi.

6. MUET merupakan dasar yang ditetapkan oleh KPT untuk melayakkan pelajar melanjutkan pengajian ke peringkat Ijazah Sarjana Muda.

7. Pelajar antarabangsa perlu mempunyai kelayakan IELTS

(5.5) dan TOEFL (550) bagi memenuhi syarat kelayakan masuk. Walau bagaimanapun, sebarang kelayakan masuk perlu juga merujuk kepada standard MQA. Kelayakan selain daripada yang dinyatakan tidak boleh digunakan. IELTS dan TOEFL adalah peperiksaan antarabangsa yang merupakan tandaaras kepada pelajar antarabangsa. Pihak PPT boleh membuat permohonan kepada KPT sekiranya program Bahasa Inggeris yang dijalankan dirasakan setara dengan kelayakan IELTS dan TOEFL.

8. PPT perlu memenuhi keperluan kelayakan masuk setiap

program yang ditetapkan.

9. MUET merupakan dasar yang ditetapkan oleh KPT dan wajib bagi pelajar tempatan yang ingin melanjutkan pengajian ke peringkat Ijazah Sarjana Muda. Walau bagaimanapun, bagi pelajar antarabangsa, kelayakan masuk yang ditetapkan adalah kelayakan IELTS (min 5.5) dan TOEFL (min 550).

Page 21: KKOOMMPPIILLAASSII SSOOAALLAANN DDAANN ...mqa.gov.my/PortalMQAv3/dokumen/Soalan dan Jawapan Sesi...2 KANDUNGAN NO. PERKARA HALAMAN 1. Proses Permohonan 7 2. Ahli Panel Penilai 7 3

20

BIL KATEGORI KENYATAAN / SOALAN JAWAPAN

10. Perlukah program MUET diwajibkan bagi pelajar yang

ingin melanjutkan pengajian ke universiti? Sekiranya pelajar telah mempunyai keputusan lulus cemerlang dalam Bahasa Inggeris SPM, bolehkah pelajar diberi pelepasan daripada mengambil MUET? Ini kerana pelajar luar bandar agak terbeban dengan bayaran fi peperiksaan MUET.

10. MUET merupakan dasar yang ditetapkan oleh KPT dan wajib

bagi pelajar tempatan yang ingin melanjutkan pengajian ke peringkat Ijazah Sarjana Muda. Pihak PPT boleh mencadangkan dan membuat permohonan kepada KPT mengenai perkara ini.

13. Badan Profesional (BP)

1. Mengapakah Chartered Accountant/LCCI tidak memerlukan Matematik di dalam SPM?

2. Golongan profesional amat penting dalam hala tuju

pendidikan Negara. Namun, negara kita agak kekurangan golongan seperti ni. Apakah cara atau tindakan yang perlu dilakasanakan bagi memastikan golongan ini sentiasa bertambah dan kualitinya terjamin?

3. PPT menghadapi masalah dengan proses badan

profesional yang tidak selaras dengan proses MQA.

Permohonan program Profesional Estate Management dari UK program telah ditolak. Apakah alasan penolakan permohonan tersebut memandangkan ia merupakan program yang diperakukan di UK? Di UK, calon yang mempunyai kelayakan Executive Diploma in Estate Management dan mempunyai pengalaman kerja boleh mendaftar sebagai agen hartanah.

1. Ini kerana Badan Persijilan tidak mensyaratkan keperluan tersebut.

2. Golongan profesional adalah di bawah bidang kuasa badan

profesional. Antara kaedah penyelesaian yang boleh dibuat adalah dengan mendapatkan khidmat PEMANDU. Isu ini perlu dipanjangkan kepada pihak PEMANDU dan pihak berkenaan akan mengambil tindakan dan juga mencari jalan penyelesaian.

3. Mohon pihak PPT hadir ke MQA dengan membawa semula

dokumen kepada MQA bagi tujuan perbincangan dan penilaian semula terhadap penolakan permohonan program tersebut.

Page 22: KKOOMMPPIILLAASSII SSOOAALLAANN DDAANN ...mqa.gov.my/PortalMQAv3/dokumen/Soalan dan Jawapan Sesi...2 KANDUNGAN NO. PERKARA HALAMAN 1. Proses Permohonan 7 2. Ahli Panel Penilai 7 3

21

BIL KATEGORI KENYATAAN / SOALAN JAWAPAN

4. Adalah dicadangkan agar kelayakan masuk yang

dikeluarkan oleh BP perlu menerusi pihak KPT. Kemudiannya pihak KPT yang akan mengeluarkan surat kepada PPT agar perkara ini lebih teratur dari segi pemakaian.

5. Program engineering yang sedia ada adalah mengikut

struktur research dan engineering technology. Ia adalah keperluan kerajaan yang memerlukan elemen TVET. Jadi untuk menjalankan kedua-dua di dalam satu program adalah agak sukar kerana pengisian yang berbeza. Kita perlu ambil kira pandangan BEM dan MBOT.

Isu ini timbul apabila penilaian research dipandang lebih tinggi manakala skill-based dipandang rendah. Pihak MQA perlu membantu agar program berada di tahap yang setaraf dengan tahap kemahiran dan bukan di tahap yang setara dengan program yang dijalankan oleh research university.

6. Program architecture yang mempunyai content engineering yang dibangunkan mengambil masa 4 tahun untuk dibangunkan akhirnya ditamatkan disebabkan isu BP. MQA dan KPT tiada masalah tetapi Board of Architect menolak. Apakah laluan kepada PPT untuk membuat rayuan terhadap isu-isu sebegini? Memandangkan negara-negara maju seperti Jerman menjalankan program-progam sebegini tetapi BP di

4. Sebarang permohonan pindaan kelayakan masuk bagi

program badan profesional akan dipanjangkan kepada badan profesional yang berkaitan untuk diluluskan kerana ia di bawah bidang kuasa badan profesional berkenaan. Keputusan pindaan kelayakan masuk yang diberikan oleh badan profesional akan dimaklumkan kepada PPT dan disalinkan kepada KPT.

5. Perbincangan pernah dibuat dengan BEM untuk memasukkan elemen teknologi. 2 tahun yang lepas BEM telah membuat pindaan dan memberi pengiktirafan pada engineering technology. BEM dan MBOT telah mewartakan akta mereka. MQA menyarankan agar PPT mengenal pasti sama ada program tersebut adalah engineering atau engineering technology.

6. MQA memang agak terikat dengan badan profesional.

Walau bagaimanapun, MQA akan cuba membantu dengan membawa isu ini dalam mesyuarat jawatankuasa bersama badan profesional.

Page 23: KKOOMMPPIILLAASSII SSOOAALLAANN DDAANN ...mqa.gov.my/PortalMQAv3/dokumen/Soalan dan Jawapan Sesi...2 KANDUNGAN NO. PERKARA HALAMAN 1. Proses Permohonan 7 2. Ahli Panel Penilai 7 3

22

BIL KATEGORI KENYATAAN / SOALAN JAWAPAN

Malaysia menolak.

14. MPU Bolehkah pelajar yang telah mengambil MPU semasa Diploma diberikan pengecualian kredit dan tidak perlu untuk mengambil semula MPU semasa Ijazah Sarjana Muda?

Pelajar tidak boleh diberikan pengecualian kredit kerana silibus yang ditawarkan adalah berbeza.

15. Kerangka Kelayakan Malaysia

Pihak MQA perlu mengkaji semula Kerangka Kelayakan Malaysia (MQF) bagi memastikan fleksibiliti terhadap program masa kini. MQA perlu bekerjasama dengan badan jaminan kualiti setiap negara bagi memastikan kualiti program adalah setanding di peringkat antarabangsa.

MQA sedang dalam proses mengkaji semula MQF dan telah menjalin hubungan kerjasama dengan agensi jaminan kualiti dari pelbagai negara termasuk QAA, UK dan melaksanakan comparability exercise dengan beberapa agensi jaminan kualiti termasuk NZQA, SAQA dan NIAD-QE.

16. Joint Degree Programme

Mohon pandangan MQA terhadap joint degree programme. Adakah bermaksud universiti tempatan bekerjasama dengan universiti berprestij di luar negara atau boleh bekerjasama dengan mana-mana universiti di luar negara? Sebagai contoh program UPSI bagi Ijazah Sarjana Muda Bahasa Melayu dan Ijazah Sarjana Muda TESL yang mendapat perhatian daripada universiti luar negara yang ingin bekerjasama untuk membangunkan joint degree. UPSI difahamkan sekiranya ingin menjalankan program joint degree, permohonan baru perlu dibuat. Ini akan mengambil masa yang lama.

Sekiranya program yang sedia ada boleh dijalankan secara joint degree dengan universiti luar negara, cara ini boleh membawa pelajar-pelajar antarabangsa untuk menyambung pengajian di Malaysia.

Joint degree atau joint award adalah program yang sama. Dasarnya, permohonan kurikulum program perlu dibuat bersama dengan universiti yang hendak bekerjasama yang mana pada akhirnya skrol pelajar yang bergraduat akan tertera logo dari kedua-dua universiti yang bekerjasama. Joint degree hanya terpakai di peringkat Ijazah Sarjana Muda ke atas. Ini merupakan perkara baru kepada MQA. Pihak MQA akan cuba mengkaji keperluan joint degree bagi program yang telah mendapat akreditasi. MQA perlu melihat MoA, penglibatan pihak universiti yang hendak bekerjasama dan juga sekiranya ada melibatkan program-program BP. Perkara ini boleh diketengahkan dan memberi kebaikan dan peluang kepada universiti. MQA akan mengambil tindakan lanjut terhadap pelaksanaan perkara ini. MQA akan mengkaji perkara ini dan dibincangkan dalam mesyuarat semakan dasar.

Page 24: KKOOMMPPIILLAASSII SSOOAALLAANN DDAANN ...mqa.gov.my/PortalMQAv3/dokumen/Soalan dan Jawapan Sesi...2 KANDUNGAN NO. PERKARA HALAMAN 1. Proses Permohonan 7 2. Ahli Panel Penilai 7 3

23

BIL KATEGORI KENYATAAN / SOALAN JAWAPAN

17. Keputusan Ramalan

Apakah status penggunaan forecast result SPM bagi permohonan program Diploma / Foundation dan forecast result A-Level/ O-Level/IB?

Pekeliling telah dikeluarkan oleh Kementerian. Tiada kemasukan pelajar ke program-program yang dijalankan dengan menggunakan forecast result. PPT hanya boleh mengambil pelajar bagi tujuan pembangunan pelajar tersebut sahaja.

18. APEL 1. Apakah kelayakan umur dan permohonan pada semua bidang? Sebagai contoh bidang agama.

2. Apakah kursus yang layak diambil oleh calon selepas

mendapat kelulusan APEL daripada MQA? 3. PPT memohon agar MQA mengadakan sesi

pengambilan dan aptitude test untuk APEL di Sabah agar calon dari Sabah juga berpeluang untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat seterusnya. Ini memandangkan kos yang tinggi untuk mereka pergi ke MQA.

1. Untuk APEL, kelayakan dari peringkat Sijil hingga peringkat Ijazah adalah bersifat terbuka.

Cuma bagi peringkat Sarjana hanya terbuka kepada 4 bidang iaitu:

Perniagaan;

Seni Persembahan;

Teknologi Maklumat; dan

Pendidikan

2. Pemohon perlu melihat keperluan mereka di mana. Ia bergantung kepada program. Tetapi PPT perlu membantu calon dalam memohon program yang mempunyai standard tertentu.

3. MQA akan bekerjasama dengan persatuan IPT Sabah. Sesi pengambilan calon APEL boleh diadakan di Sabah. Calon boleh menghantar portfolio dan mengambil aptitude test di pusat yang ditetapkan. BKRJK, MQA akan mengambil tindakan terhadap perkara ini bagi Zon Sabah dan Sarawak.

19. TVET Semua PPT perlu memaklumkan KPT program-program yang diklasifikasikan sebagai TVET. Mohon pihak MQA untuk memberi penjelasan apakah kriteria TVET. Adakah

Pihak KPT mempunyai jawatankuasa untuk menjelaskan mengenai klasifikasi TVET. Berdasarkan definisi TVET UNESCO, ia melibatkan pengetahuan, kemahiran dan sebagainya. Level

Page 25: KKOOMMPPIILLAASSII SSOOAALLAANN DDAANN ...mqa.gov.my/PortalMQAv3/dokumen/Soalan dan Jawapan Sesi...2 KANDUNGAN NO. PERKARA HALAMAN 1. Proses Permohonan 7 2. Ahli Panel Penilai 7 3

24

BIL KATEGORI KENYATAAN / SOALAN JAWAPAN

masih melihat kepada LO atau kemahiran praktikal yang ditetapkan?

TVET adalah pada level 1-6, MQF.

20. MQS dan iCGPA 1. Mohon pihak MQA memberi penerangan mengenai Malaysian Qualifications Statement.

2. Mohon maklumat lanjut mengenai iCGPA.

1. Garis panduan ini telah dikeluarkan pada April 2015. MQS merupakan satu dokumen tambahan kepada transkrip dan skrol akademik graduan bagi memudahkan proses pengiktirafan serta untuk urusan mobiliti pelajar dan memasuki kerja di dalam dan luar negara. Walau bagaimanapun, perkara ini tidak wajib kepada PPT.

2. Sistem iCGPA ini bukan sahaja menilai pelajar dari segi pencapaian akademik, tetapi juga secara keseluruhan termasuk penglibatan dalam kokurikulum, aktiviti kemasyarakatan, sukarelawan, kepimpinan atau kerohanian. Ia bakal melahirkan graduan yang holistik, mempunyai ciri keusahawanan dan seimbang.

21. Kurikulum Nasional Adakah kurikulum nasional melibatkan semua disiplin termasuk kursus profesional seperti Perubatan?

Ia akan lebih mudah sekiranya kita dapat membangunkan kurikulum nasional bersama badan profesional. MQA juga dalam usaha menjalankan kerjasama bersama BP yang lain bagi membangunkan kurikulum nasional.

22. Lain-lain 1. Sukar bagi PPT untuk mendapatkan kelulusan sesuatu program kerana perlu melalui beberapa pihak seperti Kementerian, MQA, badan professional dan lain-lain. Adalah dicadangkan agar sesi dialog akan datang diadakan bersama-sama pihak Kementerian, badan profesional dan lain-lain.

2. Masalah di Malaysia ialah setiap perkara yang hendak dilakukan oleh PPT perlu mendapat keizinan dari

1. MQA akan menjemput semua pihak yang berkenaan dalam sesi dialog akan datang. Pada masa hadapan, MQA akan mengadakan lebih banyak kerjasama dengan badan-badan profesional yang lain.

2. Akta MQA tidak mewajibkan permohonan Akreditasi tetapi

badan lain yang mewajibkannya seperti KPT, PTPTN, JPA dan

Page 26: KKOOMMPPIILLAASSII SSOOAALLAANN DDAANN ...mqa.gov.my/PortalMQAv3/dokumen/Soalan dan Jawapan Sesi...2 KANDUNGAN NO. PERKARA HALAMAN 1. Proses Permohonan 7 2. Ahli Panel Penilai 7 3

25

BIL KATEGORI KENYATAAN / SOALAN JAWAPAN

Kerajaan. Begitu juga dengan bidang pendidikan. Mengapa permohonan Akreditasi tidak dijadikan sukarela oleh PPT lebih-lebih lagi bagi program yang bukan life threatening. Ini kerana proses ini hanya membuang masa dan duit ditambah pula dengan panel penilai yang sangat lambat.

3. Bolehkah sekiranya sesi dialog yang akan datang dilibatkan sekali pihak KPM dan PTPTN supaya boleh mendapat maklum balas on the spot?

4. Pihak PPT memerlukan satu saluran bukan sahaja MQA malah semua pihak yang berkaitan bagi menyuarakan pendapat dan masalah agar ia dapat didengari dan mendapat maklum balas sewajarnya.

5. PPT berpandangan agar satu sesi dialog khas perlu diadakan dengan melibatkan Menteri Pendidikan Tinggi, badan profesional dan MQA bagi menangani masalah kelewatan proses yang melibatkan tiga pihak ini.

6. Dicadangkan agar pihak MQA menyediakan saluran khas secara online agar semua PPT dapat memberikan makluman mengenai isu dan masalah yang dihadapi. Jawapan daripada isu yang diutarakan juga boleh dimuatnaik dan diakses oleh semua PPT supaya pihak PPT mendapat maklumat yang sama.

7. Permohonan SETARA perlu dibuat kepada KPT atau MQA? Apakah proses dan kriteria bagi melayakkan PPT membuat permohonan tersebut?

lain-lain.

3. MQA akan menjemput pihak KPT dan PTPTN untuk bersama-sama terlibat dalam sesi dialog ini.

4. Perkara ini perlu dibincangkan lebih lanjut dengan pihak KPT.

5. MQA mengambil maklum cadangan ini dan akan

membangkitkannya dalam mesyuarat di peringkat Kementerian.

6. MQA telah menyediakan saluran online untuk pertanyaan

dan aduan pelanggan termasuk PPT iaitu Sistem Pengurusan Pertanyaan dan Aduan (SPPA). Sistem ini boleh diakses melalui laman web MQA.

7. Permohonan SETARA serta proses dan kriteria boleh dibuat

dan dirujuk dengan pihak KPT.

Page 27: KKOOMMPPIILLAASSII SSOOAALLAANN DDAANN ...mqa.gov.my/PortalMQAv3/dokumen/Soalan dan Jawapan Sesi...2 KANDUNGAN NO. PERKARA HALAMAN 1. Proses Permohonan 7 2. Ahli Panel Penilai 7 3

26

BIL KATEGORI KENYATAAN / SOALAN JAWAPAN

8. Pelajar-pelajar bergraduat dengan program yang

mendapat akreditasi tetapi tidak diterima masuk ke IPTA/ Universiti Awam. PPT terpaksa mendapatkan artikulasi.

9. Mohon jelaskan status program-program deemed accredited memandangkan pelajar tidak mendapat tempat kerana program ini tidak mempunyai nombor rujukan daripada MQA.

10. Apakah perbezaan konsep PPT jika dibandingkan dahulu yang terdiri daripada IPTA dan IPTS?

11. Internet connection/server system MQA selalu mempunyai masalah. PPT tidak boleh akses sistem pada Portal MQA dan juga MQR. Adakalanya dalam tempoh yang agak lama.

12. Pegawai tidak mengemaskini MQR. Program yang telah

mendapat akreditasi tidak didaftarkan di dalam MQR.

13. Adakah terdapat sebarang garis panduan kepada PPT

untuk mengiklankan program-program yang ditawarkan. Ini kerana pihak KPT mewajibkan PPT

8. Kebiasaannya, tiada masalah bagi pelajar dengan kelayakan

program yang mendapat akreditasi untuk melanjutkan pengajian ke IPTA/ IPTS. Walau bagaimanapun, ia bergantung kepada program-program yang perlu mematuhi standard. Mohon maklumat program dan IPT tersebut dipanjangkan kepada MQA bagi tujuan semakan.

9. Program yang dilaksanakan sebelum LAN merupakan program deemed accredited daripada pihak JPA dan telah didaftarkan ke dalam MQR.

10. Dalam Akta MQA tidak ada IPTA/IPTS kerana kita menyatakan kesemuanya adalah Pemberi Pendidikan Tinggi (PPT). Dalam hal jaminan kualiti kita tidak membezakan swasta mahupun awam.

11. Pihak BTM, MQA akan menjalankan stress test terhadap sistem MQA di mana pihak beberapa PPT perlu akses kepada sistem MQA dalam tempoh yang sama bagi memastikan sistem MQA boleh menerima trafik yang banyak dalam satu tempoh yang sama.

12. Pihak PPT perlu mengemukakan borang dan bayaran kepada

MQA. Walau bagaimanapun, sekiranya program tersebut tidak didaftarkan ke dalam MQR selepas tindakan tersebut dibuat, PPT boleh memaklumkan terus kepada KPE MQA.

13. Secara umumnya, MQA tiada halangan untuk memberi

kebenaran logo agensi ini digunakan bagi tujuan mempromosikan program yang ditawarkan oleh PPT.

Page 28: KKOOMMPPIILLAASSII SSOOAALLAANN DDAANN ...mqa.gov.my/PortalMQAv3/dokumen/Soalan dan Jawapan Sesi...2 KANDUNGAN NO. PERKARA HALAMAN 1. Proses Permohonan 7 2. Ahli Panel Penilai 7 3

27

BIL KATEGORI KENYATAAN / SOALAN JAWAPAN

meletak no rujukan kelulusan program. Apakah garis panduan MQA kepada PPT?

14. Kos kursus 5 hari anjuran MQATC agak tinggi. PPT yang

kecil agak terbeban dengan fi tersebut.

15. MQA perlu membuat permohonan program melalui atas talian. Pihak PPT bersedia untuk bekerjasama dengan MQA dalam membangunkan sistem tersebut.

16. Bilakah MQA akan menjalankan audit bagi program-program yang telah mendapat perakuan akreditasi? PPT mencadangkan agar pihak MQA memaklumkan lebih awal agar persiapan boleh dilakukan oleh PPT.

Namun PPT adalah tertakluk kepada syarat berikut:

i) Program yang dipromosi telah mendapat perakuan Akreditasi Sementera atau Akreditasi (penuh) dan masih dalam tempoh sah laku daripada MQA.

ii) Menggunakan penyataan yang jelas dan tepat bagi menggambarkan status Akreditasi Sementara, Akreditasi (penuh) dan selain daripada kedua-duanya agar tidak mengelirukan pihak awam.

14. Fi yang dikenakan kepada PPT adalah rendah berbanding

program yang dianjurkan oleh agensi lain memandangkan kursus ini merupakan program 5 hari. MQA hanya mengenakan caj untuk kos tempat dan makanan peserta. Untuk makluman, MQA tidak mengenakan caj terhadap khidmat kepakaran konsultan.

15. MQA telah mempunyai sistem tersebut dan masih dalam proses untuk membangunkan sistem tersebut kepada 100% online.

MQA mengalu-alukan kerjasama PPT yang berminat dan mempunyai kepakaran dalam membantu membangunkan dan merealisasikan sistem permohonan program secara atas talian.

16. MQA sedang menjalankan audit tehadap program-program yang telah mendapat akreditasi secara berperingkat. Pada masa ini penilaian fasa kedua sedang berlangsung. Secara amnya, MQA akan memaklumkan kepada PPT lebih awal.

Page 29: KKOOMMPPIILLAASSII SSOOAALLAANN DDAANN ...mqa.gov.my/PortalMQAv3/dokumen/Soalan dan Jawapan Sesi...2 KANDUNGAN NO. PERKARA HALAMAN 1. Proses Permohonan 7 2. Ahli Panel Penilai 7 3

28

BIL KATEGORI KENYATAAN / SOALAN JAWAPAN

17. Apakah prosedur untuk PPT bagi membuat perubahan

pada program yang telah mendapat akreditasi sekiranya terdapat keperluan menambahbaik PEO, PLO dan sebagainya?

18. Keputusan KPT mengambil masa yang panjang walaupun surat CQC telah dikeluarkan kepada PPT. Perkara ini akan menimbulkan masalah bagi pelajar-pelajar yang ingin mendapatkan pinjaman PTPTN.

19. MyQuest – Adakah penilaian ini wajib untuk setiap

PPT?

20. Bolehkah program sepenuh masa dijalankan secara separuh masa? Sebagai contoh, 45 kredit (sepenuh masa) manakala 15 kredit (separuh masa).

21. Program LCCI – telah tamat PA akan tetapi tidak mendapat pelanjutan daripada MQA.

17. Sebarang perubahan program yang dibuat tidak melebihi

30%, PPT hanya perlu maklum kepada MQA. Sekiranya keperluan menambahbaik PEO, PLO mengubah keseluruhan LO pada program tersebut maka PPT perlu membuat permohonan melalui KPT untuk kelulusan.

18. Secara amnya, KPT akan merujuk kepada MQA untuk sebarang cadangan dan pandangan bagi setiap pindaan butiran yang dibuat oleh PPT. PPT boleh merujuk kepada desk officer yang bertanggungjawab. Di KPT terdapat pegawai khas yang menyelia program berdasarkan PPT. Sebagai contoh, semua program sesebuah PPT akan diuruskan oleh pegawai yang sama.

Sebagai makluman, KPT telah membangunkan sistem atas talian bagi permohonan Pas Pelajar Antarabangsa kepada pelajar asing dan permohonan course online – pengendalian program mulai 2016.

19. MyQuest adalah penilaian yang ditetapkan oleh KPT dan penilaian ini wajib kepada PPT bermula tahun 2016.

20. PPT boleh membuat permohonan bertulis kepada MQA mengenai asas menjalankan pogram secara separuh masa. MQA akan meneliti keperluan terhadap perkara tersebut.

21. Pelanjutan PA adalah berdasarkan tempoh proses

permohonan dan kelulusan .

Page 30: KKOOMMPPIILLAASSII SSOOAALLAANN DDAANN ...mqa.gov.my/PortalMQAv3/dokumen/Soalan dan Jawapan Sesi...2 KANDUNGAN NO. PERKARA HALAMAN 1. Proses Permohonan 7 2. Ahli Panel Penilai 7 3

29

BIL KATEGORI KENYATAAN / SOALAN JAWAPAN

22. Dasar mengenai Guidelines to Good Practices (GGP). PPT tidak mengikut GGP MQA, APP memberi teguran. Mohon pencerahan.

23. Bagaimanakah PPT hendak mendapat pengesahan kelayakan pelajar DKM? Adakah tahap 4 kelayakan DKM adalah setara dengan keputusan akademik MQF, tahap 4?

Sebagai contoh PA bagi proses diploma adalah 2 tahun pengajian. MQA akan memberi tempoh PA selama 3 tahun bagi memastikan PPT memohon Perakuan Akreditasi Penuh dalam tempoh sah PA apabila pelajar program tersebut telah matang.

22. PPT perlu buat permohonan bertulis kepada MQA sekiranya PPT mempunyai asas yang lebih baik selain daripada penetapan GGP. MQA akan memberi pengecualian dan merekodkan permohonan PPT. Perkara ini tidak terikat kepada program.

23. Dasar berkenaan kesetaraan kelayakan DKM ini merupakan dasar KPT dan ia di bawah tindakan pihak KPT.

Page 31: KKOOMMPPIILLAASSII SSOOAALLAANN DDAANN ...mqa.gov.my/PortalMQAv3/dokumen/Soalan dan Jawapan Sesi...2 KANDUNGAN NO. PERKARA HALAMAN 1. Proses Permohonan 7 2. Ahli Panel Penilai 7 3

30

LAMPIRAN A

KRITERIA PERMOHONAN SEBAGAI AHLI PANEL PENILAI MQA

i. Memiliki sekurang-kurangnya kelayakan Tahap 6 MQF (Ijazah Sarjana Muda) atau satu tahap

kelayakan lebih tinggi daripada tahap kelayakan yang dinilai, dan / atau;

ii. Lima tahun pengalaman dalam bidang berkaitan;

iii. Mempunyai pengetahuan dalam bidang yang bersesuaian dan pengalaman mengajar;

iv. Mempunyai pengetahuan tentang rekabentuk dan penyampaian kurikulum;

v. Mempunyai kepimpinan dan pengalaman pengurusan;

vi. Mempunyai pengetahuan dalam pendidikan tinggi atau lanjutan dan latihan, termasuk

pemahaman tanggungjawab dan keperluan masa kini dan ciri-ciri organisasi yang wajar

untuk sesuatu program tertentu;

vii. Mempunyai pengalaman dalam bidang penyelidikan dan aktiviti kesarjanaan;

viii. Berwibawa dan mempunyai sahsiah yang tinggi;

ix. Berpendirian berkecuali;

x. Mempunyai ciri-ciri profesionalisme;

xi. Mempunyai kemahiran berkomunikasi yang baik; dan

xii. Menjaga kerahsiaan;

Page 32: KKOOMMPPIILLAASSII SSOOAALLAANN DDAANN ...mqa.gov.my/PortalMQAv3/dokumen/Soalan dan Jawapan Sesi...2 KANDUNGAN NO. PERKARA HALAMAN 1. Proses Permohonan 7 2. Ahli Panel Penilai 7 3

31

LAMPIRAN B

CONTOH ISU LATIHAN INDUSTRI

1. LATIHAN INDUSTRI (LI)

PPT memohon agar LI tidak dikira sebagai salah satu aktiviti pengajaran dan pembelajaran

(P&P) dan tidak dikira dalam sistem semester. Sekiranya dikira dalam sistem semester, tempoh

penawaran akan melebihi 43 minggu bagi satu tahun pengajian.

Contoh:

Program ijazah sarjana muda dengan kepujian

SEMESTER KREDIT TEMPOH

(MINGGU) TAHUN

1 20 17

1 (43 minggu) 2 18 17

3 9 9

4 18 17

2 (43 minggu) 5 19 17

6 9 9

7 15 17

3 (14 minggu) 8 9 (LI) 18 (9 x 2weeks)

9 10 9

Jumlah 127 130

Penjelasan MQA mengenai isu LI

BIL DASAR LATIHAN INDUSTRI IPT PENJELASAN

1. Penyata Dasar (Policy Statement)

LI adalah syarat wajib bagi pelajar dalam mana-

mana program di semua peringkat Sijil, Diploma

dan Ijazah Sarjana Muda bagi memenuhi syarat

penganugerahan kelayakan masing-masing.

LI wajib diikuti oleh pelajar dalam

mana-mana program (sijil, diploma

dan ijazah sarjana muda) sebagai

syarat sebelum pelajar bergraduat.

2. LI adalah salah satu aktiviti pembelajaran yang

diperlukan untuk mencapai hasil pembelajaran

sesuatu program

LI adalah sebahagian aktiviti

pengajaran dan pembelajaran

(P&P) program yang menyumbang

kepada jam Pembelajaran pelajar

yang membawa kepada nilai kredit.

Tidak mematuhi sistem semester;

1 tahun = 43 minggu

Page 33: KKOOMMPPIILLAASSII SSOOAALLAANN DDAANN ...mqa.gov.my/PortalMQAv3/dokumen/Soalan dan Jawapan Sesi...2 KANDUNGAN NO. PERKARA HALAMAN 1. Proses Permohonan 7 2. Ahli Panel Penilai 7 3

32

BIL DASAR LATIHAN INDUSTRI IPT PENJELASAN

LI sebagai salah satu komponen

kurikulum program dan mesti

ditawarkan dalam tempoh 43

minggu bagi satu tahun pengajian.

3. Tempoh LI

Tempoh LI bergantung kepada program pengajian.

Tempoh minimum adalah 3 bulan atau tempoh

yang ditetapkan oleh badan-badan profesional

yang berkaitan.

Tempoh dan kredit LI adalah

berdasarkan standard program (SP)

dan keperluan badan profesional.

Perincian seperti di LAMPIRAN C.

4. Kredit

Kredit LI : 2 – 12 Kredit

Pengiraan kredit LI adalah:

1 kredit = 2 minggu

Contoh —contoh soalan LI (berdasarkan FAQ Dasar)

i. Berapakah nilai kredit bagi Latihan Industri dan berapa bulan tempoh penawarannya?

Adakah dibenarkan menawarkan Latihan Industri sebanyak 9 kredit dalam semester

panjang selama 4 bulan?

Berdasarkan Dasar Latihan Industri yang dikeluarkan oleh Kementerian Pendidikan

Malaysia (KPM) pada tahun 2010, tempoh Latihan Industri bergantung kepada program

pengajian dan juga PPT yang melaksanakannya. Dicadangkan supaya tempoh terkumpul

bagi Latihan Industri tidak kurang daripada tiga bulan atau tempoh yang ditetapkan oleh

mana-mana badan profesional dan standard program.

Secara amnya, 1 kredit Latihan Industri bersamaan dengan 2 minggu. Sehubungan itu,

sekiranya Latihan Industri dijalankan selama 4 bulan (16 minggu), maka nilai kredit yang

bersesuaian adalah 8 kredit.

ii. Adakah pelajar yang sedang bekerja yang mengikuti program secara separuh masa

dikecualikan daripada mengikuti Latihan lndustri?

Tidak dikecualikan. Namun boleh dilaksanakan di tempat pelajar bekerja (dalam bidang

yang sama dengan program yang diikuti). Pelaksanaannya mestilah berstruktur seperti

mempunyai penyelia, buku log dan lain-lain.

iii. Bolehkah Latihan Industri ditawarkan bersekali dengan kursus-kursus yang lain dalam satu

semester?

Tidak boleh. Dasar Latihan Industri telah menetapkan, penempatan pelajar di sesebuah

organisasi untuk menjalankan latihan praktikal adalah dalam jangka masa yang ditetapkan

sebelum mereka dianugerahkan kelayakan. Ini jelas menerangkan bahawa Latihan Industri

tidak boleh ditawarkan bersekali dengan kursus-kursus yang lain dalam satu semester

Page 34: KKOOMMPPIILLAASSII SSOOAALLAANN DDAANN ...mqa.gov.my/PortalMQAv3/dokumen/Soalan dan Jawapan Sesi...2 KANDUNGAN NO. PERKARA HALAMAN 1. Proses Permohonan 7 2. Ahli Panel Penilai 7 3

33

kerana pelaksanaan Latihan Industri memerlukan peruntukan masa yang khusus

berdasarkan keperluan sesuatu program.

2. SYARAT-SYARAT YANG DIKENAKAN SEMASA CQC TERLALU BANYAK

Penjelasan MQA

Mohon agar syarat-syarat diperincikan. Sebagai contoh, sekiranya menyentuh berkenaan

kemudahan. Perlu nyatakan secara terperinci dari segi bilangan dan spesifikasi yang diperlukan

bagi sesuatu program tersebut dengan merujuk kepada keperluan standard program atau

amalan baik antarabangsa atau badan profesional.

3. KEPERLUAN STAF AKADEMIK UNTUK MEMULAKAN PROGRAM

Terdapat permohonan agar staf akademik hanya dilantik setelah sesuatu Kelulusan program

diperolehi.

Penjelasan MQA

IPT wajib sekurang-kurangnya mempunyai dua orang staf akademik semasa permohonan

dokumen MQA-01 sesuatu program dikemukakan kepada MQA.

Berdasarkan Kompilasi Dasar 2009-2013, bilangan staf akademik minimum adalah seperti

berikut:

PROGRAM TAHAP MQF

JUMLAH KREDIT

MINUMUM

ANGGARAN BIL.

KURSUS**

BIL. KURSUS SETIAP STAF AKADEMIK

BIL. STAF AKADEMIK***

(MINIMUM)

Sijil 3 60 15 4 4

Diploma 4 90 23 4 6

Diploma Lanjutan 5 40 10 4 3

Sijil Siswazah 6 30* 9 3 3

Diploma Siswazah

6 60* 17 3 6

ljazah Sarjana Muda

6 120 30 3 10

Sijil Pascasiswazah

7 20 5 2 3

Diploma Pascasiswazah 7 30 8 2 4

Page 35: KKOOMMPPIILLAASSII SSOOAALLAANN DDAANN ...mqa.gov.my/PortalMQAv3/dokumen/Soalan dan Jawapan Sesi...2 KANDUNGAN NO. PERKARA HALAMAN 1. Proses Permohonan 7 2. Ahli Panel Penilai 7 3

34

PROGRAM TAHAP MQF

JUMLAH KREDIT

MINUMUM

ANGGARAN BIL.

KURSUS**

BIL. KURSUS SETIAP STAF AKADEMIK

BIL. STAF AKADEMIK***

(MINIMUM)

ljazah Sarjana (Kerja Kursus & Campuran)

7 40 10 2 5

Ljazah Kedoktoran (Kerja Kursus & Campuran)

8 80 20 2 10

* PPT perlu menambah 6 kredit lagi daripada komponen U1, Mata Pelajaran Umum (MPU)

** Andaian 4 kredit bagi setiap kursus. PPT perlu membuat penyelarasan semula jumlah kursus

mengikut kesesuaian kredit bagi setiap kursus yang ditawarkan.

*** Bilangan staf akademik adalah mengambil kira staf akademik yang mengajar kursus sahaja.

Page 36: KKOOMMPPIILLAASSII SSOOAALLAANN DDAANN ...mqa.gov.my/PortalMQAv3/dokumen/Soalan dan Jawapan Sesi...2 KANDUNGAN NO. PERKARA HALAMAN 1. Proses Permohonan 7 2. Ahli Panel Penilai 7 3

35

LAMPIRAN B

KEPERLUAN LATIHAN INDUSTRI (LI) BERDASARKAN STANDARD PROGRAM (SP)

BIL STANDARD PROGRAM (SP) PERINGKAT KREDIT LI

1. SP: Sains Maklumat Diploma 2 — 5

ljazah sarjana muda 6 — 12

2. SP: Perubatan Tradisional & Komplementari Diploma 7

ljazah sarjana muda 14

3.

SP: Kejuruteraan dan Teknologi Kejuruteraan

i. Kejuruteraan Sijil 4 — 12

Diploma 4 — 12

ii. Teknologi Kejuruteraan

Sijil 4 — 12

Diploma 8 — 12

ljazah sarjana muda 8 — 12

4. SP: Multimedia Kreatif

Sijil 0 — 4

Diploma 4 — 8

ljazah sarjana muda 6 — 12

5.

SP: Sains Perubatan & Kesihatan

i. Sains Makmal Diagnostik Diploma 8 — 16

ljazah sarjana muda 4 — 8

ii. Pengimejan Perubatan & Radioterapi

Diploma 15 — 25

ljazah sarjana muda 15 — 25

iii. Sains Penjagaan Kesihatan Diploma 7 — 12

ljazah sarjana muda 7 — 12

iv. Sains Terapeutik Diploma 20 — 30

v. Fisioterapi

ljazah sarjana muda

20 — 29

vi. Terapi Carakerja 20 — 30

vii. Sains Forensik 5 — 7

viii. Audiologi & Sains Pertuturan 15 — 25

Pemakanan & Dietetik

i. Pemakanan

4 — 10

ii. Dietetik 7 — 20

6. SP: Seni Lukis & Seni Reka

Sijil 0 — 9

Diploma 0 — 4

ljazah sarjana muda 4 — 6

7. SP: Hospitaliti & Pelancongan

Sijil

8 — 12 Diploma

ljazah sarjana muda

8. SP: Muamalat & Kewangan Sijil 0 — 6

Page 37: KKOOMMPPIILLAASSII SSOOAALLAANN DDAANN ...mqa.gov.my/PortalMQAv3/dokumen/Soalan dan Jawapan Sesi...2 KANDUNGAN NO. PERKARA HALAMAN 1. Proses Permohonan 7 2. Ahli Panel Penilai 7 3

36

BIL STANDARD PROGRAM (SP) PERINGKAT KREDIT LI

Islam Diploma 3 — 9

Diploma Lanjutan 0 — 6

ljazah sarjana muda 6 — 15

9. SP: Ukur Bangunan

Sijil

8 — 12 Diploma

ljazah sarjana muda

10. SP: Pengajian Islam ljazah sarjana muda 3 — 10

LATIHAN INDUSTRI (LI)

1. LI wajib diikuti oleh pelajar dalam mana-mana program (sijil, diploma dan ijazah sarjana muda)

sebagai syarat sebelum pelajar bergraduat.

2. LI adalah sebahagian aktiviti pengajaran dan pembelajaran (P&P) program yang menyumbang

kepada jam pembelajaran pelajar dan membawa nilai kredit.

3. LI sebagai salah satu komponen kurikulum program dan mesti ditawarkan dalam tempoh 43

minggu bagi satu tahun pengajian.

4. Tempoh LI bergantung kepada program pengajian.

5. Tempoh minimum adalah 3 bulan atau tempoh yang ditetapkan oleh badan-badan profesional

yang berkaitan.

6. Tempoh dan kredit LI adalah berdasarkan standard program dan keperluan badan profesional.

7. Jumlah Kredit LI: 2-12 kredit.

8. Pengiraan Kredit LI: 1 kredit = 2 minggu