kkbi full psv3111 (zaim)

Upload: mohamad-zaim-faishal

Post on 01-Mar-2016

64 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

Assignment IPG PSV3111

TRANSCRIPT

1.0 PENDAHULUANPentaksiran memainkan peranan yang penting dalam pendidikan. Pentaksiran dilakukan dalam semua aspek pendidikan bagi mengenal pasti status semasa dan seterusnya bagi tujuan perancangan program pembaikan pendidikan. Dalam pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah, pentaksiran dilakukan bagi memastikan sama ada guru `mengajar` dan pelajar `belajar`. Melalui pentaksiran pengajaran dan pembelajaran, para guru, murid dan ibu bapa, pentadbir dan perancangan pendidikan mempunyai asas yang kukuh bagi meningkatkan keberkesanan pengajaran guru dan keberkesanan pembelajaran pelajar. Malah , aktiviti pentaksiran menjadi sebati dengan proses pengajaran dan pembelajaran di bilik darjah. Tanpa pentaksiran, kita tidak dapat menentukan sama ada pengajaran dan pembelajaran berkesan. Tanpa pentaksiran, bidang pendidikan tidak mungkin berkembang sebagaimana perkembangannya pada hari ini. Justeru itu, pentaksiran perlu dilakukan dengan sempurna dan berkesan. Bukti-bukti emperik, iaitu bukti-bukti sahih tentang sesuatu pengajaran dan pembelajaran yang diperoleh mengunakan pengukuran, perlu dianalisis. Memandangkan pengukuran di bilik darjah sering menggunakan ujian, pengujian merupakan salah satu aspek utama dalam bidang teknologi pengajaran dan pembelajaran di bilik darjah.2.0 PENGERTIAN DAN KONSEP PENTAKSIRANMenurut Stufflebeam (1971) pentaksiran adalah proses mengenal pasti, memperoleh dan menyediakan maklumat berguna bagi keputusan mempertimbangkan pilihan-pilihan yang ada pada kita. Pentaksiran menentukan jurang perbezaan antara apa yang dihasilkan dengan apa yang dihasratkan dari sesuatu program pendidikan. Pentaksiran merupakan pertimbangan profesional iaitu proses yang membolehkan seseorang membuat keputusan. Beberapa pakar seperti Stufflebeam (1971), Thorndike dan Hagen (1977) dan Kubiszyn dan Borich (1996) menyatakan pada asasnya pentaksiran merupakan suatu proses membuat keputusan yang sistematik melibatkan pengenalpastian, pemerolehan dan pentafsiran maklumat yang berguna bagi pertimbangan pilihan-pilihan keputusan berasaskan kepada sesuatu objektif pendidikan. Menurut Hills (1993), pentaksiran melibatkan langkah yang pelbagai dalam mengumpul maklumat mengenai perkembangan kanak-kanak dan proses pembelajaran mereka. Dalam masa yang sama pentaksiran juga dikatakan akan dapat mengenalpasti signifikannya matlamat dan objektif pendidikan serta rnenggunakan maklumat yang ada untuk merancang program yang berkaitan dengan pendidikan awal kanak-kanak, Ada juga pendapat yang mengatakan bahawa dalam penulisan mengenai pentaksiran yang bersesuaian dengan kanak-kanak perlu melibatkan penilaian yang bermakna terutama dalam aspek pemerhatian dan pengukuran yang dibuat ke atas diri kanak-kanak yang lebih bermakna untuk bakal generasi akan datangDari segi pengajaran dan pembelajaran di bilik darjah, pentaksiran boleh didefinisikan secara ringkas sebagai satu proses sistematik untuk menentukan sejauh mana objektif pengajaran dan pembelajaran di bilik darjah tercapai. Dalam proses pengajaran dan pembelajaran di sekolah, pendedahan tentang pentaksiran prestasi juga turut dilaksanakan. Pentaksiran prestasi ini terbahagi kepada dua bahagian iaitu pelaksanaan tugasan dan yang satu lagi ialah set pemarkahan kriteria atau Rubrik. Tujuan pentaksiran dijalankan di bilik darjah semasa proses pengajaran dan pembelajaran adalah untuk mendapatkan gambaran tentang prestasi seseorang, menilai aktiviti yang dijalankan, mendapatkan maklumat secara berterusan, memperbaiki pengajaran dan pembelajaran, merancang aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang tersusun dan sistematik bersesuaian dengan tahap keupayaan murid, melibatkan semua atau sebahagian besar murid dalam kelas secara efektif serta merancang dan melaksanakan aktiviti tindakan susulan yang dikenalpasti.

Dalam konteks sekarang, istilah pentaksiran mula digunakan dalam membuat penilaian. Popham (2000) berpendapat istilah pengukuran, pengujian dan pentaksiran digunakan silih berganti dan dianggap sebagai sinonim. Dalam konteks pendidikan, pentaksiran merupakan sebahagian daripada proses pembelajaran yang merangkumi aktiviti menghurai, mengumpul, merekod, memberi skor dan menterjemah maklumat pembelajaran seseorang pelajar.Dasar penting bagi pencapaian pengajaran dan pembelajaran yang berkesan melalui langkah-langkah pengujian, pengukuran dan penilaian yang tepat dan berkesan dijalankan dalam kelas. Justeru kecekapan guru dalam membangun instrumen pengujian dan penilaian amat penting.Pelbagai makna dan konsep yang telah diterangkan bagi istilah pentaksiran. Melalui pemerhatian berdasarkan huraian tersebut pentaksiran merupakan satu proses mendapatkan maklumat dan seterusnya membuat penghakiman tentang produk sesuatu proses pendidikan. Pentaksiran merangkumi aktiviti menghurai, merekod, memberi skor dan menginterpretasi maklumat tentang hasil pembelajaran seseorang pelajar.3.0TAJUK 1

Aplikasi penilaian autentik dalam penilaian karya murid Tahap 2 sekolah rendah. Berikan kelebihan penilaian secara autentik.

Pentaksiran autentik adalah proses yang memerlukan kanak-kanak mendemonstrasikan pengetahuan, kemahiran dan strategi dengan memberi maklum balas dan atau hasilan dalam konteks atau realiti yang bermakna (Rudner & Boston, 1994). Dengan kaedah dan amalan yang digunakan di kebanyakan sekolah maka amat wajar pentaksiran autentik. Ringkasnya pentaksiran autentik merupakan satu sistem penilaian yang sesuai untuk dicadangkan sebagai satu sistem yang bermakna dalam bidang pendidikan di sekolah dengan rasional lain seperti di setiap sekolah perlu mempunyai sistem yang mentaksir secara autentik atau bermakna untuk perkembangan murid. Selain itu pentaksiran ini perlu diperkenalkan secara telus untuk ibubapa dan anak-anak mereka serta perlu ada program jambatan dengan program di sekolah dan kesinambungan subjek.

Pentaksiran autentik adalah untuk pemahaman yang lebih jelas dalam menganalisis keperluan kaedah penilaian ini dalam bidang pendidikan kanak-kanak di sekolah. Antara ciri-cirinya ialah menilai pemahaman melalui penampilan tugasan yang dilaksanakan, subjek menganalisis, mensintesis dan mengaplikasi, subjek membina maksud yang tersirat dan berpusatkan kepada murid-murid. Pentaksiran jenis autentik bukan sahaja boleh meninggalkan kesan yang positif terhadap kemajuan murid-murid malah dapat memperbaiki penyediaan guru dalam proses pembelajaran dan perkembangan murid-murid untuk kesediaan ke alam persekolahan yang lebih tinggi. Pentaksiran autentik juga disarankan oleh segelintir pakar psikologi sebagai satu sistem penilaian yang berbentuk kontektual, kolaboratif, dan konstruktif. Ciri-ciri ini yang amat sesuai dengan sistem pendidikan di Malaysia dewasa ini.

GAMBAR 1 GAMBAR 2 GAMBAR 3

GAMBAR 4 GAMBAR 5 GAMBAR 6KARYA (Lukisan)Di atas merupakan langkah-langkah atau proses-proses lukisan yang menggunakan pelbagai teknik dan banyak yang menerapkan unsur-unsur nilai dan prinsip seni. Di sini kita dapat menilai dengan menggunakan penilaian autentik dan boleh merumuskan secara teratur mengikut gambar.Pada gambar pertama dimulakan dengan kemahiran membuat garisan untuk melengkapkan satu kedudukan di mana ia akan dilengkapkan dengan teknik lain untuk menjelaskan lagi gambar tersebut. Di sini kita dapat menilai setiap garisan akan menyempurnakan teknik lain dalam proses tersebut. Di sini juga akan menyebabkan kesempurnaan dalam pemprosesan lukisan ini. Seterusnya gambar kedua ia memperlihatkan lagi garisan lain untuk melakukan proses membentuk bayang-bayang yang menggunakan teknik gelap cerah untuk menimbulkan lagi bayang pada objek itu. Pada latarnya ia untuk memperjelaskan lagi adanya latar 3 dimensi terhadap objek tersebut. Pada gambar ini, banyak kita lihat ia berfokus kepada bentuk bulat itu untuk menimbulkan lagi cahaya dan bentuk dan teknik-teknik sapuan pensil pada kertas tersebut. Dalam ini juga proses untuk melakukan teknik sapuan untuk menjadikan bayang itu sukar dan memerlukan tahap kognitif yang tinggi untuk melihat sama ada teknik yang dilakukan berkesan atau tidak. Teknik lain dapat juga digunakan seperti menyapu dengan pemadam atau sapu dengan jari untuk melihatkan bayang itu dengan jelas. Teknik-teknik ini sangat berkesan dan boleh dijadikan aktiviti kepada murid kerana ia melibatkan pengetahuan dan pengetahuan akademik mereka bahawa lukisan dapat dimantapkan dengan cara-cara lain.

Kebaikan kepada pelajar dalam penggunaan penilaian secara autentik:a) Pelajar menggunakan pengetahuan dengan bermakna dan dapat melatih mereka menggunakan pelbagai kemahiran seperti penulisan, penyelidikan, perdebatan, kemahiran komunikasi dan kemahiran berfikir secara kritis.

b) Memberi pelajar peluang untuk memperbaiki dan melakukan penambahbaikan melalui pemikiran kritis dari masa ke semasa dalam memperoleh kejayaan pada masa hadapan.

c) Merangsang pelajar menggunakan kombinasi kemahiran, pengetahuan, kemampuan yang ada dalam dunia sebenar.

d) Dapat mengungkapkan secara total seberapa baik pemahaman akademik mereka.e) Menghubungkan pembelajaran dengan pengalaman mereka sendiri, dunia mereka dan masyarakat luar.f) Mengungkapkan dan memperkuatkan penguasaan kompetensi mereka.g) Menangani teknologi dan berfikir sistematik.Kebaikan kepada guru menggunakan penilaian autentik:a) Guru dapat menilai pencapaian pelajar secara menyeluruh.

b) Guru dapat mengambil kira pengetahuan dan kemahiran secara holistic berbanding secara dipecah asingkan.

c) Guru dapat mengambil kira hasil pengajaran dan pembelajaran.

d) Guru dapat melatih pelajar cara-cara membuat penilaian terhadap pencapaiannya dan membantu menilai kerja seni orang lain.

e) Menjadi indikator yang komprehensif mengenai kemampuan pelajar dan seberapa efektif kaedah yang diberikan kepada murid yang dijalankan.f) Guru dapat memastikan pelajar berupaya membuat persembahan dan mempertahankan hasil kerjanya secara lisan dan di khalayak ramai.Kesimpulannya, melalui pentaksiran autentik guru diharap berupaya membuat keputusan serta bersedia untuk melakukan refleksi kritikal terhadap amalanyang digunakan. Segala usaha untuk mewujudkan sistem pentaksiran autentik yang standard memerIukan keperihatinan dan penelitian serta pemantauan berterusan agar proses yang berjalan tiada mengalami kecacatan. Dengan kata lain, dalam pendidikan di sekolah, pentaksiran perIu mengikuti peredaran masa dan sangat memainkan peranan penting bagi membantu kejayaan dan kecemerlangan sistem pendidikan dari peringkat akar umbi kehidupan manusia.4.0TAJUK 2Berdasarkan mana-mana karya 2D, buat satu penilaian secara formalistik terhadap hasil karya tersebut.

KARYA 2D

Definisi dari rujukan Wikipedia dalam teori seni, formalistik adalah konsep bahawa nilai seni kerja sepenuhnya ditentukan oleh bentuk, cara ia dibuat, aspek visual dan sederhana. Formalistik juga menekankan unsur-unsur seni seperti warna, garisan, bentuk, dan tekstur. Formalistik menekankan bahawa segala-galanya yang diperlukan untuk memahami kerja-kerja seni yang terkandung dalam karya seni seperti konteks kerja, termasuk penciptaan, latar belakang sejarah, dan kehidupan, dimana ia dianggap menjadi sebuah kepentingan dan ia memberi tumpuan bagaiman seni berkait rapat dengan apa yang berada di luar kerja-kerja seni (iaitu nilainya terletak pada gambaran dunia, emosi). Sebaliknya, penekanan utama teori formalistik ini adalah pada penampilan seni secara bekerja sendiri.Berdasarkan gambar yang telah didapati, kita dapat lihat bahawa ia menunjukkan suasana yang kelihatan menyerlah dan menimbulkan suasana yang hidup untuk melihatkan suasan tersebut wujud. Pada gambar tersebut prinsip seni yang digunakan ialah imbangan dan menjelaskan tentang berat. Ia jelas kelihatan pada situasi tersebut kerana penggunaan warna, garisan dan bentuk sesuatu subjek itu.Pada saya, dalam gambar ini menggunakan gabungan garisan-garisan mampu menghasilkan bentuk. Garisan bayangan telah membahagikan bangunan dan objek manusia secara simetri. Dua bentuk yang sama dapat dilihat pada kedua-dua bahagian. Penggunaan warna asas (kuning) dan digabungkan dengan warna lain adalah seragam serta menimbulkan aspek imbangan pada bahagian kanan dan kiri lukisan yang pada asasnya adalah sama. Dari segi kedudukan pula merujuk kepada saiz ataupun skala dalam kepelbagaian elemen-elemen seni.Gambar tersebut menunjukkan kesesuaian / logikal kedudukan elemen seni yang menfokuskan kepada perhubungan antara objek dan bahagian keseluruhan dalam sebuah karya. Selain itu, objek-objek pada lukisan amat jelas untuk dibezakan dengan kepelbagaian bentuk, warna dan saiz. Perbezaan ini menunjukkan lokasi kedudukan antara objek dalam lukisan.

Irama pula merujuk kepada susunan elemen-elemen seni yang boleh mempengaruhi mood atau perasaan. Ia terbahagi kepada beberapa bentuk seperti ombak, tegak, mendatar dan letupan. Menurut salah seorang pelukis barat Visual rhythm makes u think of the rhythms you hear in music or dance. Bentuk irama yang dihasilkan adalah radial, tegak dan mendatar. Irama menegak mewakili oleh manusia, pokok, tiang lampu dan bangunan itu sendiri. Manakala irama mendatar pula digambarkan oleh alas atau satah lukisan yang mendatar dan tidak menunjukkan permukaan yang berbukit atau tidak sekata.

Selain itu, penekanan merujuk kepada sesuatu yang menjadi tumpuan pada karya. Ia merupakan objek dominan yang menjadi tarikan tumpuan atau yang difokuskan oleh pelukis. Penekanan ini juga boleh dilihat dari segi bentuk geometri atau organik, warna asas dan sekunder, saiz, jalinan nyata atau tidak nyata dan posisi.

Kesatuan pula merujuk kepada pengumpulan sebahagian atau keseluruhan elemen-elemen seni dan prinsip-prinsip seni. Kesatuan juga adalah keseluruhan perasaan dalam setiap karya lukisan yang menunjukkan seni karya itu bersatu dan memenuhi antara satu sama lain. Pengulangan bentuk dan warna dalam sesuatu karya akan menghasilkan kesatuan pada karya tersebut.

Segala-galanya mempunyai bentuk walaupun hubungan antara bahagian yang berbeza contohnya persepsi dalam seni visual iaitu corak garisan, corak temporal (melodi dan irama) secara bertulis, dan seakan-akan persepsi imej. Tidak semuanya kelihatan kemas / seimbang, tetapi mungkin tidak menentu atau luas.

Kesimpulannya, gabungan dalam prinsip-prinsip seni seperti imbangan, kedudukan, irama, penekanan dan kesatuan dapat menghasilkan satu karya lukisan yang menarik dan mempunyaipelbagai perspektif oleh para pelukis dan pemerhati. Kebanyakan ciri-ciri persekitaran persepsi kita boleh merangsang minat ini dan seni yang biasanya menggabungkan kaedah estetik dengan mentafsirkan sesuatu perkara. Dan yang lebih tepat bahawa kepentingan estetik dalam penampilan permukaan adalah ciri seni semua. Satu peranan utama seni adalah untuk meluahkan emosi dan menawarkan satu pentafsiran terhadap alam sekeliling. Bentuk tulen adalah terlalu merupakan kriteria untuk menentukan seni. Seni tanpa merujuk kepada emosi atau perwakilan tidak dapat menjelaskan apakah maksud yang cuba disampaikan dalam sesebuah karya itu.

5.0TAJUK 3Anda dikehendaki untuk merangka satu borang penilaian berasaskan sekolah. Bina item-item yang sesuai bagi melihat perkembangan hasil kerja murid dalam masa kerja kursus yang dijalankan.

Penilaian:Pengalaman & Menghasilkan Produk Seni

1.Konunikasi / pernyataan

1.Adakah pelajar ingin menyampaikan sesuatu

untuk pernyataan melalui kerja seni.

3.Adakah dalam kerja seni pelajar menunjukkan

kefahaman tentang bahan tajuk.

4.Adakah pelajar bebas membincangkan objektif

kerja seni mereka ketika penilaian secara

individu@kumpulan.

6.Adakah pelajar berupaya berkomunikasi secara

ekspresif melalui berbagai media seni.

2.Keyakinan

2.Adakah pelajar berupaya bekerja dengan berbagai media.

3.Adakah pelajar berpeluang untuk mengubah

kedudukan di bilik seni.

4.Adakah pelajar berpuas hati dan bangga

terhadap tugasan seni mereka..

6.Adakah pelajar menunjukkan inisiatif untuk

mencapai matlamat Pendidikan Seni.

7.Adakah pelajar menunjukkan keupayaan/

keinginan terhadap kualiti kepimpinan.

8.Adakah pelajar menggunakan nilai-nilai

estetika dalam kehidupan sehariannya.

3.Perkembangan Persepsi

YA TIDAK1.Adakah pelajar menunjukkan perkembangan

kepekaan(sensitiviti) terhadap kualiti visual

dalam persekitaran seperti cahaya, warna,

kadar banding bayang, jarak dalaman seperti yang terdapat dalam kerja seni.

2. Adakah pelajar menyedari, melihat dan

Faham akan nilai-nilai visual & non-visual sebagai sumber ekspresi.

3. Adakah pelajar peka terhadap adanya per-

bezaan antara bentuk, warna, gambar, nilai

dan jalinan.4.Organisasi estetika

YA TIDAK

1.Adakah pelajar memahami perhubungan

antara idea dan penggunaan bahan.2.Terdapatkah organisasi harmoni pada gambar,

bentuk, warna, nilai, jalinan dalam kerja seni

mereka.

3.Adakah semua bahagian-bahagian pernyataan

pelajar itu kekal dan berkait antara satu sama

lain bagi menampakkan keseluruhannya.

4.Adakah kerja-kerja seni pelajar menunjukkan

kesedarannya terhadap prinsip-prinsip rekaan.6. Adakah pelajar mengambil berat dengan

organisasi dan keadaan persekitarannya dan

juga dalam kerja-kerja seni.

7.Adakah pelajar menunjukkan perkembangan

dalam keupayaan menyaksikan estetika yang

lebih kompleks dalam kerja-kerja seninya.

8.Adakah pelajar sedar kepada kualiti estetika

dalam berbagai aspek kehidupannya.

5.Pengetahuan Dalam Bidang Seni

1. Bolehkah pelajar kenalpasti proses seni,

adat, media, juga masalah yang dihadapi

oleh seniman.

2. Bolehkah pelajar menjangka apakah yang

boleh dilakukan oleh berbagai-bagai alat/

media.

3. Bolehkah pelajar kenalpasti/ pola/

struktur dalam kerja-kerja seninya.

4. Bolehkah pelajar faham konsep abstrak.

.6.Kreativiti

YA TIDAK

1. Adakah pelajar peka dalam mengenalpasti

masalah yang terdapat dalam kerja-kerja seni.

2. Adakah pelajar memaparkan idea-idea yang

unik dalam kerja-kerja seninya.

3. Adakah pelajar dengan mudahnya me-

nunjukkan kualiti, bebas, asli dan luar biasa dalam kerja-kerja seninya.

4. Adakah pelajar boleh menyatakan perasaan,

Idea, persepsinya secara peribadi dan

Individu.

5. Bolehkah pelajar kenalpasti gambar, bentuk,

warna, rupabentuk dan pelbagai bahan

kepada suatu benda baru seperti butang

dijadikan mata dalam kolaj.

6. Adakah pelajar berupaya mengkaji berbagai-

bagai cara dalam menyelesaikan masalah

estetika.

7. Adakah pelajar menunjukkan perkembangan

kesedarannya terhadap keunikan dirinya

dan orang orang lain.

7.Kemahiran

YA TIDAK

1. Adakah terdapat penambaikan dan kecekapan

dalam kemahiran mengendalikan peralatan,

bahan dan proses di kalangan pelajar.

2. Adakah pelajar berupaya mengawal kerja-

kerja seninya, berupaya memaparkan

bentuk naturalistik.

3. Berupayakah pelajar menggunakan berbagai

jenis garisan, rupa, bentuk dan warna bila

memerlukannya.

4. Adakah pelajar menjaga dan memulihara

peralatan dan perkakasan di dalam keadaan

yang baik.

8. Keseronokan & Kepuasan YA TIDAK

1. Adakah pelajar seronok menghasilkan karya

seni.

2. Adakah pelajar memerlukan peluang untuk

Melakukan kerja-kerja seni.

3. Adakah pelajar menggalakkan rakannya turut serta dalam pengalaman seni.

4. Adakah pelajar menyatakan kepuasan

terhadap pengalaman seni dan produk seni.

5. Adakah pelajar berkeinginan untuk mem-

pamerkan hasil kerja mereka.6.0TAJUK 4Huraikan konsep penilaian Performance Based PSV di sekolah rendah.

Pentaksiran perfomance based adalah penilaian yang mengkehendaki murid untuk menunjukkan keaslian hasil kerja dan pada akhirnya akan di nilai berdasarkan kriteria yang lebih spesifik.

Pentaksiran performance based membekalkan guru dengan maklumat mengenai bagaimanakah murid memahami dan mengaplikasikan pengetahuannya. Mereka boleh menggunakan penilaian secara produk dan kemahiran yang boleh di perhatikan dan dinilai dengan kriteria yang terperinci. Tugasan yang mempunyai lebih dari satu penyelesaian selalunya mendekatkan mereka kepada pentaksiran secara perfomance based. Guru akan membantu murid untuk menggunakan kemahiran berfikir seperti kajian dan analisis. Contohnya adalah seperti memberikan ilmu, menulis kertas kajian, mencuba peralatan, dan membina serta mengelola eksprimen sains.

Persoalan yang timbul perlu kita ketahui dalam pentaksiran ini di mana kita perlu tahu bagaimana untuk mengetahui pencapaian murid dalam pentaksiran Performance Based. Peringkat pertama adalah memberikan takrifan kepada murid dan guru mengenai persepsi mengenai tugasan yang diberikan. Peringkat kedua pula adalah setelah definisi diberikan atau di temui, guru dan murid menilai berdasarkan objektif tugasan dengan tepat. Setelah peringkat tadi selesai, seseorang yang berkecuali akan melaksanakan proses tersebut secara individu untuk mengetahui ketepatan penilaian yang dilaksanakan. Dengan kata lain, penulisan kriteria persembahan akan membolehkan guru untuk mengekalkan pencapaian terutamanya dalam kemahiran mentaksir.

Melalui pentaksiran ini, kita juga dapat menyimpan maklumat berkaitan dengan pencapaian murid itu sendiri. Terdapat 4 perkara yang perlu diketahui dalam proses menyimpan maklumat yang berhubung dengan pencapaian berdasarkan pentaksiran performance based. Antaranya ialah rubrik, senarai semak, naratif dan memori. Rubrik penilaian merupakan dokumen yang berkaitan dengan skala pencapaian yang diperolehi oleh murid-murid berdasarkan pemerhatian guru berhubung dengan kriteria yang ditetapkan. Ianya adalah berhubung dengan tajuk atau perkara yang hendak dinilai. Kebiasaannya rubrik penilaian ini menetapkan empat atau lima tahap yang dikehendaki contohnya tahap satu adalah lemah, tahap dua sederhana, tahap tiga baik dan sehinggalah kepada cemerlang. Ianya haruslah disesuaikan dengan jenis tajuk atau perkara yang dipilih.

Penilaian melalui senarai semak pulak adalah jenis dokumen yang mudah untuk dilakukan di mana penilaian tersebut hanyalah diberi dua kategori. Kategori yang dimaksudkan ialah samada murid dapat melakukannya ataupun tidak dapat melaksanakannya. Ini amat mudah untuk dilaksanakan tetapi agak kurang tepat bagi memastikan ianya berkesan atau tidak bagi tindakan yang selanjutnya dibuat. Walaubagaimanapun penilaian cara ini memang mudah untuk dilaksanakan.

Bagi penilaian naratif pula ianya adalah berbentuk penulisan yang disimpan. Sekiranya ingin membuat penilaian terhadap murid berdasarkan tugasan yang diberikan kita perlulah membuat penerangan yang tepat bagaimana murid tersebut dapat melaksanakan kriteria pencapaian yang ditetapkan. Keburukan yang dapat diperhatikan berdasarkan penilaian jenis ini adalah memerlukan banyak masa untuk melaksanakannnya.

Penilaian yang terakhir dalam pentaksiran performance based adalah penilaian secara memori. Maksudnya di sini adalah guru perlu membuat pemerhatian secara rawak berdasarkan perkara yang ingin dinilai. Maklumat melalui pemerhatian perlu diingat oleh seseorang guru tersebut samada murid tersebut dapat melaksanakan atau tidak bagi tugasan yang diberikan berdasarkan pencapaian murid. Di sini kelemahan bagi penilaian ini adalah kesukaran bagi guru tersebut untuk menilai ketetapan terutamanya dalam masa yang agak lama untuk menyimpan data dalam ingatannya.

Kesimpulannya di sini, penilaian performance based ini memerlukan guru memahami murid-muridnya berdasarkan empat contoh jenis penilaian yang boleh dibuat oleh guru tersebut. Pemilihan penilaian ini haruslah disesuaikan dengan perkara yang ingin dinilai serta kesukaran penilian tersebut. Hasil daripada penilaian tersebut, guru dapat melihat kelemahan dan kekuatan yang terdapat pada diri muridnya.

LAMPIRAN

PENGHARGAANPertama sekali, saya ingin melahirkan syukur ke hadrat Ilahi di atas segala petunjuk dan hidayah-Nya. Alhamdulillah, Kerja Kursus Berasaskan Ilmu bagi subjek Pentaksiran Pendidikan Seni Visual (PSV 3111) ini telah berjaya disiapkan dengan ilham, kurnia dan petunjuk yang telah dianugerahkan oleh-Nya. Terima kasih yang amat terhingga kepada semua para pensyarah terutamanya di Jabatan Kajian Sosial. Kepada En. Nasrul bin Samsuar yang telah banyak memberikan sokongan, galakan dan perangsang yang sepenuhnya kepada saya untuk meneruskan usaha menyudahkan kerja kursus ini. Kepada pihak Perpustakaan IPG Kampus Darulaman terima kasih diucapkan kerana telah banyak menyediakan perkhidmatan sebaiknya terutamanya bahan-bahan dalam bidang kerja kursus ini.

Seinfiniti perhargaan dan ucapan terima kasih sekali lagi yang tidak terhingga kepada En. Nasrul bin Samsuar selaku penyelia kerja kursus saya yang terlalu banyak membantu, membimbing dan juga sebagai pemudahcara saya sepanjang proses menyiapkan kerja kursus ini. Tanpa tunjuk ajar yang begitu jitu dan padu daripada beliau, mana mungkin saya akan dapat menghasilkan satu kerja kursus yang baik. Jutaan penghargaan juga diucapkan kepada semua pelajar PISMP semester 6 yang terlibat secara langsung ataupun tidak langsung dalam pembikinan kerja kursus ini.

Tidak lupa juga untuk mengucapkan berbanyak terima kasih kepada rakan-rakan yang banyak memberi sokongan dan dorongan disamping idea-idea yang bernas pada masa saya ketandusan idea seperti Nur Fatihah dan Shazneeza dan juga mana-mana nama lagi yang mungkin terlibat. Terima kasih sekalung budi. Semoga Allah s.w.t. memberikan ganjaran pahala yang besar kepada semua hamba-hamba-Nya yang sentiasa membantu dalam menegakkan agama-Nya. Amin.

BILISI KANDUNGANM/S

01.Penghargaan

02.Isi Kandungan

03.Pendahuluan1

04.Konsep Pentaksiran Dalam Pendidikan Seni Visual2

05.Tajuk tugasan (1-4)4

Lampiran

Tugasan Kerja Kursus Pendek

Borang Kolaborasi

Rujukan internet dan bahan rujukan18

ISI KANDUNGAN

Objektif Penilaian YA TIDAK