kk semantik

Upload: aida-najiha

Post on 09-Oct-2015

170 views

Category:

Documents


8 download

DESCRIPTION

kerja kursus semantik

TRANSCRIPT

SEMANTIK

[SEMANTIK]March 22, 2014

1.0 Pengenalan Semantik1.1. Definisi SemantikKata semantik ini, sebenarnya berasal daripada kata adjektif bahasa Yunani semantickos yang membawa makna penting atau berertiDaripada segi etimologi: kata semantik berasal daripada kata Yunani sema yang bererti tanda dan lambang. DEFINISISEMANTIK

Sperber dan Wilson (1980), Buku Bahasa Melayu II: kajian tentang makna yang diaplikasikan pada aspek makna ayat dari segi bentuk logiknya, khususnya pada peringkat tatabahasa dan nahu bentuk lojiknya.

Buku Bahasa Melayu II-Siti Hajar Abdul Aziz, kajian linguistik yang menganalisa makna baik pada peringkat morfem, kata, frasa , ayat atau wacana dan hubungannya dengan idea, konsep dan emosi. Makna diertikan sebagai maksud, idea atau konsep yang boleh dipindahkan daripada fikiran oenutur mengujarkan kata dan mendapat gerak balas seperti yang dijangkakan daripada pendengar.

Radiah Yussoff, Linguistik Pengenalan- Semantik ialah Kajian tentang makna lingustik untuk morfem, perkataan, frasa dan ayat dalam bahasa manusia (OGrady, 200, 224, Fromin et al 2003.173)

kamus Dewan Edisi keempat ialah kajian tentang makna perkataan dan penambahan makna sesuatu perkataan

Kata semantik ini, sebenarnya berasal daripada kata adjektif bahasa Yunani semantickos yang membawa makna penting atau bererti. Semantik pula, secara ringkas, dapat dijelaskan sebagai suatu bidang ilmu yang mengkaji makna perkataan dan ayat dalam bahasa. Daripada segi etimologi: kata semantik berasal daripada kata Yunani sema yang bererti tanda dan lambang. Oleh yang demikian, semantik dapat diertikan sebagai ilmu yang menyelidik paduan tanda-tanda atau lambang-lambang yang menghasilkan sesuatu bahasa serta ertinya.Orang yang mula-mula menggunakan istilah semantik ialah M.Breal(1990) dalam bukunya semantics : studies in the Science of Mening.(semantik- Ahmad Mahmood Musanif).Semantik mengikut kamus Dewan Edisi keempat ialah kajian tentang makna perkataan dan penambahan makna sesuatu perkataan.Menurut Radiah Yussoff, Linguistik Pengenalan- Semantik ialah Kajian tentang makna lingustik untuk morfem, perkataan, frasa dan ayat dalam bahasa manusia (OGrady, 200, 224, Fromin et al 2003.173).Dalam buku Bahasa Malaysia kertas 910/ 1 & 910/2 semantik dapat ditakrifkan sebagai kajian makna linguistik bagi kata, frasa dan ayat atau dengan kata lain perkataan sebagai kajian makna tentang bentuk-bentuk linguistik.Dalam Buku Bahasa Melayu II-Siti Hajar Abdul Aziz, semanti ialah kajian linguistik yang menganalisa makna baik pada peringkat morfem, kata, frasa , ayat atau wacana dan hubungannya dengan idea, konsep dan emosi. Makna diertikan sebagai maksud, idea atau konsep yang boleh dipindahkan daripada fikiran Penutur mengujarkan kata dan mendapat gerak balas seperti yang dijangkakan daripada pendengar.Sperber dan Wilson (1980), Buku Bahasa Melayu II mendefinisikan semantik ialah kajian tentang makna yang diaplikasikan pada aspek makna ayat dari segi bentuk logiknya, khususnya pada peringkat tatabahasa dan nahu bentuk lojiknya.Menurut Harimurthi Kridalaksana ( 1983), Buku Bahasa Melayu II semantik ialah bahagian daripada struktur bahasa yang berkaitan dengan makna. Satu sistem dan penyelidikan makna dalam sesuatu bahasa.

1.2 Fitur maknaFITUR MAKNA

SIFAT MAKNALEWAH DALAM MAKNA

KELAS MAKNA

Makna emotif

Makna piktorial

Makna denotasiMakna kognitif

Makna konotasi

Makna referensial

. Fitur atau ciri semantik merupakan hubungan makna bagi sejumlah kata yang masing-masing mempunyai ciri-ciri tersendiri.Makna sesuatu perkataan itu dibahagikan kepada komponen-komponennya. Makna perkataan dianggap terdiri daripada sekelompok fitur distingtif. Fitur-fitur ini dipilih dan ditentukan lebih dahulu suapaya jangan ada yang sama dengan fitur lain. Walaupun ada dalam kalangan ahli yang mengatakan mustahil untuk kita menentukan makna semua fitur yang perlu bagi menentukan makna sesuatu perkataan itu. Dalam menyatakan makna, fitur-fitur tersebut diberi tanda + atau -. Tanda-tanda tersebut mempunyai pengertian khusus dalam memberi makna tersebut. Tanda + membawa maksud fitur tersebut wujud pada perkataan yang hendak dianalisis maknanya, dan sebaliknya tanda bermaksud perkataan tersebut tidak mempunyai fitur tersebut. Contohnya kita mempunyai fitur kata nama seperti bernyawa. Bagi benda seperti binatang, kita berikan fitur + bernyawa, dan bagi benda seperti batu kita berikan fitur bernyawa. Oleh yang denikian, kita tentukan semua fitur tersebut bagi menentukan makna sesuatu perkataan.1.2.1. Sifat maknaSifat makna ialah makna bersifat dinamis dan evolusi.Dinamis iaitu boleh berubah-ubah danEvolusi boleh berkembang .Terdapat beberapa ciri yang menentukan sesuatu makna. Pertama Ungkapan yang dihasilkan mesti dipilih mengikut kesesuaian,jika tidak ungkapan tersebut adalah tidak bermakna. Kedua budaya masyarakat penutur berkait rapat dengan bahasa kerana hanya mereka yang memahami budaya masyarakat penutur dapat bertutur secara betul melalui konteks budaya. Ketiga makna juga ditentukan bergantung kepada situasi dan perasaan penutur semasa menyampaikan sesuatu ungkapan itu. Keempat makna dalan peribahasa (kiasan/simpulan bahasa/pepatah dll) digunakan bagi membawa makna yang berbeza daripada makna asal. Terdapat beberapa faktor perubahan sifat makna seperti perkembangan bahasa itu sendiri,.tanggapan penutur ,perluasan makna ,pembatasan/penyempitan makna dan tujuan simbolik dan stilistik 1.2.2. Kelas MaknaKelas makna terbahagi kepada beberapa iaitu:1.makna denotasi ; makna tersurat (cth-tangan,muka,hidung ;semuanya anggota badan) 2.makna konotasi ; makna tersirat (cth; bunga kemboja; kematian) 3.makna emotif ; makna yang belaku akibat reaksi induvidu daripada apa yang didengar (cth;hei,lembu!) 4.makna kognitif ; makna yang boleh dijelaskan melalui analisis komponen (pohon;tumbuhan yang ada batang,daun serta kukuh dan tinggi) 5.makna referensial ; makna yang merujuk pada sesuatu benda/perkara 6.makna piktorikal ; makna yang muncul daripada bayangan pendengar/penutur mengikut kefahaman masing-masing. 1.2.3 Lewah dalam maknaLewah bererti penggunaan kata/gabungan kata yang berlebihan dengan makna kata. contohnya seperti : mereka semua ,kasut boot , papa kedana, demi untuk. Terdapat beberapa faktor berlakunya lewah dalam makna: a. pengulangan - contoh mereka-mereka, ibu bapa ibu bapa,b. Penambahan imbuhan yang tidak diperlukan contohnya-memperbesarkan, sepatutnya memperbesar ,dipersetujui, sepatutnya disetujui dan diperhalusi, sepatutnya dihalusi . c.kata sendi yang berturut-turut contoh demi untuk dan selain daripada itu1.3 Makna LeksikalSINONIMANTONIM

MAKNALEKSIKAL

HIPONIMPOLISEM

HIMONIM

Makna leksikal juga disebut sebagai makna kata. Makna leksikal atau kata merupakan subbidang linguistik yang merujuk kepada kajian tentang apa yang ditunjukkan atau dimaksudkan oleh sesuatu perkataan dalam sesuatu bahasa. Secara umumnya , perkataan dapat digunakan untuk memberikan makna kepada sesuatu benda atau sesuatu perkara. Kata juga menggambarkan sesuatu konsep yang bergantung pada pemilihan kata dan semantik lesikal yang digunakaMakna-makna perkataan yang terdapat di dalam kamus disebut makna lesikal, iaitu makna perkataan itu sendiri tanpa melibatkan penggunaannya dalam ayat. Kamus menjadi pegangan dan rujukan penting bagi penutur bahasa tersebut. 2.3.1.Sinonim Sinonim ialah kesamaan makna perkataan, iaitu kata-kata yng mempunyai makna yang sama atau hampir sama. Secara umumnya, sinonim disebut sebagai perkataan seerti , misalnya perkataan kereta dan motokar, sejuk dan dingin, suka dan gemar, ganggu dan kacau, lupus dan luput, loncat dan lompat dan sebagainya. Dalam bahasa Melayu, terdapat kamus sinonim yang mengandungi senarai perkataan seerti bahasa Melayu. Dalam kehidupan kita seharian kita biasa bersua dengan penggunaan sinonim di sekeliling kita. Sebagai contoh, di kawasan zoo kita akan melihat papan tanda yang tertulis Tolong jangan usik, kacau atau ganggu binatang-binatang di kawasan ini. Di perpustakaan pula, terdapat kata-kata yang berbunyi Dilarang membuat bising, bercakap dan berbual-bual. Perkataan-perkataan tersebut mempunyai makna yang hampir sama. Walau bagaimanapun tidak terdapatperkataan yang bersinonim atau mempunyai makna yang benar-benar sama secara tepat. Dalam semantik, ada beberapa jenis sinonim, iaitu sinonim pinjaman, konteks, laras sosial, dan kolokasi.1.3.2. Antonim Antonim ialah pertentangan makna perkataan atau kata-kata yang mempunyai makna yang tidak sama. Secara umumnya, antonim disebut sebagai perkataan berlawanan, misalnya sejuk lawannya panas, baik lawannya jahat, cantik lawannya hodoh, tinggi lawannya rendah, miskin lawannya kaya dan sebagainya. Namun demikian, tidak semua perkataan mempunyai pertentangan makna satu lawan satu seperti contoh tersebut. Oleh itu kata nafi tidak kadang kala digunakan bagi menunjukkan pertentangan makna tersebut, misalnya perkataan lena lawannya tidak lena ataupun mati bermaksud tidak hidup. . Terdapat beberapa jenis antonim seperti: (a) Antonim pasangan komplemen (b) Antonim hubungan darjah (c) Antonim hubungan bertentangan 2.1.2.1 Antonim pasangan komplemen Antonim pasangan komplemen merupakan pasangan perkataan berlawanan yang saling melengkapi antara satu sama lain. Cotohnya, perkataan tidur-jaga, hidup-mati, duduk-bangun, tajam-tumpul, kembang-kuncup, sihat-sakit, gembira-sedih dan sebagainya. 1.3.3 HiponimHiponim Hiponim ialah kata yang maknanya terangkum dalam makna kata yang lain. Sebagai contoh, melur, mawar,melati,kemboja dan cempaka ialah hiponim kepada bunga. Secara umumnya, hiponim merupakan kata umum yang mempunyai hubungan kekeluargaan dengan kata-kata yang lebih khusus atau dalam erti kata lain ialah kata umum yang mempunyai lingkungan atau anggotanya terdiri daripada kata yang khusus. 1.3.4. Homonim Homonim Homonim merujuk kepada hubungan antara homonim. Iaitu dua kata atau lebih yang mempunyai, sama ada bunyi atau ejaan yang sama, tetapi berlainan makna. Perkataan yang mempunyai sebutan yang sama, tetapi berbeza makna seperti yang disebutka tadi dikatakan mempunyai hubungan homonim. Sebagai contoh, perkataan kepala yang membawa maksud ketua tidak sama maknanya dengan kepada kereta api. kepada manusia dan kepala surat. Penggunaan homonim dalam pertuturan atau ayat boleh menimbulkan kekeliruan jika tidak berlatar belakangkan konteks tertentu. Hal ini kerana homonim mempunyai sebutan dan bentuk ejaan yang sama, tetapi berbeza dari segi makna. 1.3.5 PolisemPolisem ialah perkataan yang mempunyai beberapa makna yang berkaitan sama ada secara konseptual atau sedarjah. Dengan kata lain, polisem ialah hubugan kata atau frasa yang mempunyai dua makna atau lebih dan mempunyai etimologi yang sama. Sebagai contoh, kata bantu tentang boleh bermaksud berkaitran sesuatu perkara. Ada masanya perkataan tentang boleh membawa maksud lawan, seperti dalam ayat Kita tentang habis-habisan. Contoh lain ialah perkataan bisa yang membawa maksud sakit sangat dan boleh. Dalam perbualan di Indonesia, secara normalnya bisa digunakan untuk menggantikan perkataan boleh. Berdasarkan contoh-contoh tersebut, tentang dan bisa bervariasi maknanya, tetapi kewujudan polisem ditinjau dengan berasaskan konteks penggunaan.1.4 Makna AyatMakna Terselindung

Makna tekanan

Makna Tersurat (DENOTATIF)

Makna gaya

Makna ayat

Makna sempit

Makna afektif

Makna emotif

Makna luas

Makna merupakan satu unsur penting dalam mana-mana ujaran atau tulisan. Tanpa unsur ini, maka apa sahaja yang diujarkan atau yang dituliskan tidak akan memberi sebarang kefahaman kepada orang yang dilawan bercakap atau orang yang membaca sesuatu yang ditulis.Setiap perkataan dan setiap ayat lazimnya dikaitkan sekurang-kurangnya dengan satu makna. Dalam setiap bahasa untuk membentuk suatu ayat, perkataan hendaklah disusun dan untuk mendapatkan makna ayat bergantung pada makna perkataan yang terdapat dalam ayat tersebut. Terdapat juga perkataan yang memiliki dua makna dan ada juga yang mempunyai tiga makna. Adakalanya terdapat juga perkataan yang digunakan tanpa membawa apa-apa makna.Dalam kita berbahasa, adakalanya kita tidak menyebut atau menulis beberapa perkataan kerana kita menganggap pendengar atau penulis dapat memahami makna yang kita sampaikan. Begitu juga dalam bahasa Melayu, sering kali apa yang kita ucapkan atau tuliskan tidak serupa dengan apa yang kita maksudkan.Dalam bahasa Melayu makna ayat boleh dibahagikan kepada beberapa jenis seperti berikut.1.4.1.Makna Konotatif ( Tersirat)Makna konotatif ialah makna yang diperolehi berbeza daripada makna yang tertulis atau makna yang diujarkan. Bahasa seperti ini wujud dalam masyarakat melayu kerana timbulnya keinginan menyatakan sesuatu dengan maksud yang lain. Makna konotatif ialah makna yang ada kaitan dengan nilai rasa, baik positif mahupun negatif ( Nik Safiah Karim, 2004). Sekiranya nilai rasa itu tidak wujud, maka sifat perkataan itu nanti mungkin tidak memihak mana-mana. Walaupun perkataan perempuan dan wanita mempunyai makna denotatif yang sama tetapi, kedua-dua perkataan ini mempunyai nilai rasa yang berbeza. Perkataan perempuan mempunyainilai rasa yang rendah manakala perkataan wanita mempunyai nilai rasa yang tinggi.Selain daripada itu makna konotatif ( tersirat) juga saling dikaitkan dengan peribahasa. Peribahasa lazimnya ( termasuk simpulan bahasa ) mengandungi hanya satu makna walaupun terdiri daripada dua atu lebih perkataan.. Misalnya buah tangan, naik angin, kuah tumpah kenasi, dan harapkan pagar, pagar makan padi. Tegasnya makna peribahasa ialah makna yang diperolehi hasil daripada gabungan kata-kata terkadang didalamnya itu kerana, maknanya tidak difahami secara literal tetapi secara kiasan. Makna Konotatif ini boleh dilihat kepada beberapa aspek iaitu, makna konotatif ini tidak spesifik pada bahasa tetapi dikongsi bersama sistem komunikatif seperti seni visual dan muzik. Contohnya, barangan atau produk yang diiklankan di televisyen tidak sama seperti produk yang diilustrasikan. Kedua ialah makna konotatif tidak stabil, bervariasi menurut budaya, tempoh masa dan pengalaman individu. Orang yang terpelajar atau orang yang menimba ilmu, dan berpengalaman menjadikannya berbeza pendapat apabila melihat sesuatu atau memberikan pendapat.Ketiga, makna konotatif sukar dipastikan dan bersifat keterbukaan.Penggunaan kata-kata halus, sedap di dengar, tepat dan sesuai pada masanya telah digunakan secara meluas oleh masyarakat Melayu. Contohnya, perkataan kudapan digunakan untuk menggantikan minum dan makan pagi dengan mengambil kuih-muih sedikit, iaitu kudap-kudap sahaja (makanan ringan seperti minuman kopi dan kuih-muih yang dimakan sekadar mengalas perut dalam sesuatu majlis antara waktu minum pagi dantengah hari atau pada waktu minum petang atau selepas makan malam). (Kamus Dewan,2004). Makna konotatif ditentukan oleh makna asosiatif dan makna afektif.

1.4.2.Makna Tersurat (DENOTATIF)Makna tersurat merupakan makna yang diperolehi daripada makna yang tertulis atau makna yang diujaran sahaja. Sama ada bahasa bertulis atau bahasa lisan. Makna denotatif lazimnya diberi penjelasan sebagai makna yang sesuai dengan pemerhatian, menurut penglihatan, pendengaran, perasaan atau pengalaman lainnya. (Nik Safiah Karim, 2004). Makna denotatif berhubung rapat dengan penerangan mengenai fakta yang bersifat objektif, maka ia juga disebut makna sebenar , makna asal , makna mutlak atau makna dasar.Kita lebih bergantung kepada kebiasaan. Kita akan menganggapnya sebagai betul kerana sesuatu ayat atau bahasa itu tersebut biasa digunakan. Jesteru itu binaan ayat atau ujaran seperti yang berikut seharusnya dielakkan oleh pengguna bahasa Melayu. Perhatikan contoh-contoh berikut;(1) Mereka-mereka yang terlibat dikehendaki menghadiri mesyuarat hari ini.(2) Ibu bapa Ali sudah meninggal dunia petang tadi.(3) Ibu merasa kesal dengan perbuatan adik(4) Pekerja-pekerja akan mulakan kerja mereka bila hujan berhenti.(5) Pak Ismail berdukun sejak lima belas tahun lalu.(6) Ayah menghadaihkan saya jam tangan.Dalam ayat di atas, berlaku kekeliruan dalam memahami makna yang terkandung dalam ayat-ayat tersebut. Umpamanya , mereka-mereka dalam ayat (1) merupakan kelewahan semantik atau dengan kata lain makna yang berlebihan di mana ianya tidak diperlukan.Demikian juga bagi ayat (2), tidak jelas siapa yang meninggal dunia, sama ada ibu kepada bapa Ali atau kedua-dua ibu dan bapanya yang meninggal dunia. Sementara itu dalam ayat (3) , perkataan merasa membawa makna mengalami sesuatu menggunakan indera dan bukannya mengalami sesuatu dengan hati.Perkataan berdukun pada ayat (5) maknanya agak kabur kerana berdukun boleh membawa dua makna, iaitu orang yang berubat atau orang yang mengubati orang lain. Ayat (6) perlu diperbetulkan menjadi Ayah menghadiahkan sebuah jam tangan kepada saya atau Ayah menghadiahi saya sebuah jam tangan, kerana dalam ayat ini yang dihadiahkan bukanlah jam tetapi saya.Selain itu kata penjodoh bilangan merupakan salah satu keistimewaan bahasa Melayu namun jika penggunaannya tiodak tepat ia dapat menimbulkan kekeliruan makna. Perhatikan contoh yang berikut:-(7).Saya mahu pergi ke pasar membeli dua ekor kambing.Ayat (7) mengandungi dua makna. Makna yang pertama bermakna bahawa saya memhu membeli kambing dua ekor dan yang kedua bermakna bahawa saya mahu membeli ekor kambing dua. Perhatikan pula contoh yang berikut:-1.4.3.Makna TerselindungMakna terselindung ialah makna yang terselindung sesuatu ayat kerana perkataannya tidak dihadirkan. Walaupun sesuatu perkataan ini tidak hadir tetapi dapat dikesan oleh pendengar (1) Siti di rumah Mak Cik Bibah.Dalam ayat (1) tidak dihadirkan kata kerja, namun si penerima ( pendengar atau pembaca) memahami bahawa siti ada ( berada) di rumah Mak Cik Bibah. Kata sendi nama ke memberi maklumat makna terselindung pergi manakala kata sendi nama di memberi maklumat makna terselindung ada atau berada. Berdasarkan huraian dan contoh, ini membuktikan bahawa dalam bahasa Melayu kata sendi memiliki tugas yang penting dalam binaan ayat

1.4.4. Makna afektifMakna ini muncul akibat reaksi pendengar atau pembaca terhadap penggunaan kata.Penggunaan perkataan teratak,pondok , rumah yang tidak sepertinya dalam makna afektif orang yang mengujarkan perkataan ini ingin merendah diri.1.4.5. Makna emotifMakna yang sama tetapi berbeza nilai rasa bahasanya.Perkataan meninggal dunia, mangkat, wafat, mampus ,kojol bermaksud makna emotif. Kesemua contoh kata tersebut mendukung maksud mati1.4.6. Makna LuasMakna yang terkandung dalam sesuatu perkataan menunjukkan lebih luas daripada maknas sebenar.Contoh, sekolah menggambarkan institusi pengajian tempat mempelajari pelbagai bidang ilmu.Makna luas sekolah merangkumi pelbagai aspek seperti guru besar, guru,bilik darjah dan murid.1.4.7.Makna sempitMakna yang terkangdung dalam perkataan tersebut semata-mata.Contoh, jari budak itu berdarah terkena pisau.Hanya anggota jari sahaja yang kena dan bukan pada keseluruhan anggota.1.4.8.Makna gayaPerkataan khas yag selalu dikemukakan oleh seseorang pengarang dalam karyanya.Contoh , gaya penulisan Shahnon Ahmad boleh dikenali ,misalnya beliau gemar menggunakan dialek kedah dalam penulisannya.1.4.9.Makna TekananPerkataan yang diberi penekanan semasa ujaran.Perkataan itu mewakili makna utama dalam keseluruhan ujaran tersebut.Contoh, Amira melahirkan bayi perempuan. Amirah melahirkan bayi perempuan.

2.0 ULASAN DAN ANALISIS TEKS CERPENBahagian ini memerlukan saya untuk mengkaji secara kritikal mengenai kata singkatan, antonim dan akronim di dalam cerpen atau teks yang telah saya kaji.Sebelum itu saya akan menerangkan definisi definisi bagi kata singkatan, antonim dan akronim.Kata singkatan ialah sesuatu yang disingkatkan atau dipendekkan.. Menurut Mansoer Pateda (1995:168) singkatan adalah pemendekan kata-kata yang teratur mewujudkan satu bentuk kata. Proses singkatan tidak melibatkan gabungan.Kata singkatan sebenarnya melibatkan pembuangan huruf yang terdapat dalam beberapa perkataan. Singkatan terbahagi kepada beberapa jenis yang melibatkan pembuangan huruf antaranya adalah singkatan perkataan yang melibatkan enam perkataan seperti bilangan disingkatkan menjadi bil, dan perkataan yang tidak boleh disingkatkan sehingga satu huruf dan telah utuh dalam penggunaannya seperti perkataan halaman disingkatkan menjadi h. Walau bagaimanapun, kata singkatan ini sebenarnya tidak termasuk dalam golongan kata singkatan kerana kata-kata yang telah disingkatkan ini lebih kepada bentuk tulisan. Kata-kata ini ditulis dalam penulisan novel, majalah, komik dan sebagainya untuk menjimatkan ruang dan masa..Di dalam cerpen ini, kata singkatan yang digunakan melibatkan menggugurkan vokal atau konsonan atau suku kata yang disingkatkan.Di Antara perkataan yang disingkatkan yang digunakan di dalam cerpen ini adalah seperti ini menjadi ni, itu menjadi tu, dekat menjadi kat, tahu menjadi tau dan sudah menjadi dah. Penggunaan singkatan ni dan tu paling banyak digunakan di dalam teks. Ini mengambarkan bahawa penulis ingin menyatakan mengenai watak dalam cerpen menginginkan sesuatu.Sebagai contoh .Hoi! Apa lagi tu? Tercongok macam tunggul kayu mati, Along tak nak beli ke bunga ke? Belilah sejambak.Ayat ini jelas membuktikan penulis ingin menekankan penggunaan kata singkatan yang kerap digunakan di dalam teksnya memberi makna yang begitu besar.Seterusnya di dalam teks atau cerpen ini, penggunaan kata singkatan representasi perasaan atau perbuatan juga digunakan. Misalnya singkatan seperti Hoi,Amboi,Eh, dan Aik. Melalui kata singkatan reprepsentasi bunyi yang disenaraikan jelaskan bahawa penulis mengaitkan pelbagai emosi dalam cerpen beliau.Kata singkatan Hoi mengambarkan perasaan marah contohnya di dalam ayat ini . Hoi, kalau nak cepat pun, beradablah sikit. Manakala singkatan Amboi; mengambarkan perasaan kagum disebabkan sesuatu perkara. Ini dapat dlihat melalui ayat ini Amboi! Gembira nampak. Kena nombor loteri ke?. Selain tu juga penggunaan singkatan Eh dan Aik mengambarkan perasaan terkejut, seperti di dalam ayat Eh, May, marilah sini. Suraya menarik tangan Maisarah. dan jugaAik, tak guna punya adik, sindir Along ye Izlan membaling bantal ke arah Maisarah. Jelas di sini pengguaan kata singkatan representasi bunyi ini amat membantu penulis menguatkan lagi cerpennya. Sekiranya tiada penggunaan kata singkatan jenis ini sudah tentu teks cerpen yang dihasilkan begitu hambar dan lemah kerana tidak menekankan perasaan pembaca.Seterusnya di dalam cerpen ini , penggunaan antonim ada digunakan. Di dalam teks yang saya kaji penggunaan antonim sebagai mengayakan bahasa di dalam cerpen agar cerpen yang dihasilkan lebih menarik. Kata antonim selalunya difahamkan sebagai merujuk kepada perkataan-perkataan yang mempunyai makna yang berlawanan.Kamus Dewan Edisi Keempat (2007: 69) memberi maksudantonim ialahkata yang berlawanan maknanya dengan kata lain, misalnya tinggi lawan rendah. Perkataan antonim berasal daripada perkataan Yunani kuno, iaitu anoma yang bererti nama dan anti yang bererti melawan(Nik Safiah Karim & Norliza Jamaluddin, 2004 dlm. BML3083). Oleh itu, antonim bermaksud perkataan yang maknanya dianggap berlawanan atau kebalikan daripada perkataan lain. Di dalam teks yang saya kaji, terdapat beberapa perkataan antonim yang digayakan di dalam cerpen ini.Terdapat antonim berpasangan di dalam teks ini seperti ayat berikut Hoi, kalau nak cepat pun, beradablah sikit. Ingat jalan ni bapa engkau punya ke? Lagak macam jantan. Tak sedar diri tu perempuan?Antonim jenis ini dipanggil sebagai antonim penggenap oleh ahli bahasa. Antonim berpasangan ini juga disebut sebagai komplimentarian. Hal ini membawa maksud bahawa item-item leksikal ini saling melengkapi antara satu sama lain. Namun begitu, apabila ia dilihat secara teliti, ia lebih dianggap sebagai pasangan. Item-item yang kita lihat dalam teks ini adalah seperti pasangan lelaki lawannya perempuan. Seterusnya penggunaan antonim di dalam ayat di dalam cerpen yang saya kaji ialah Akhirnya, gadis itu jadi miliknya walaupun hampir kehilangannya. Terima kasih, Tuhan.Antonim yang dapat kita lihat di dalam ayat ini ialah miliknya lawannya kehilangannya, ia merupakan pasangan antonim yang menggunakan kata sifat.Selain itu juga penulis menggunakan antonim berperingkat. Antonim jenis ini juga dipanggil sebagai antonim tafsiran (Redible Antonimy). Antonim berperingkat sering dikaitkan dengan kata adjektif. Ini dapat dilihat di dalam ayat berikut. Maisarah terus mengayuh basikalnya dengan selaju-lajunya, walaupun dia merasakan seolah-olah basikalnya bergerak perlahan. Di sini dapat diperhatikan antonim berperingkat digunakan seperti perkataan selaju-lajunya lawannya perlahan..Di samping itu juga antonim berhubung yang mempunyai berlainan makna seperti ayat Maisarah semakin resah ,tetapi cuba menenangkan perasaannya.Perkataan resah lawannya tenang meggambarkan perasaan yang digambarkan oleh penulis yang menunjukkan gambaran bertentangan.Begitu juga di dalam ayat ini .Oh, nak pergi jumpa Kak Long. Patutlah wangi mengalahkan bau belacan,busuk!, usik Maisarah.Antonim di dalam ayat ini ialah wangi lawannya busuk.Penulis cuba mengambarkan bau wangi pada watak dalam cerpen dan busuk yang digunakan sebagai satu gurauan yang mengambarkan kemesraan watak dalam cerpen.Seterusnya adalah analisa penggunaan akronim di dalam cerpen.Jika dilihat di dalam cerpen terdapat beberapa penggunaan akronim yang digunakan oleh penulis.Akronim ialah kata singkatan yang terbentuk dengan menggabungkan huruf awal suku kata atau dengan menggabungkan huruf awal dan suku kata daripada rangkai kata, dan ditulis serta dilafazkan sebagai perkataan yang utuh. Dalam bahasa Melayu, akronim tergolong ke dalam kata tunggal walaupun terbentuk daripada percantuman bunyi-bunyi pertama dalam sejumlah perkataan atau percantuman bahagian-bahagian daripada beberapa patah perkataan. Pembentukan akronim tidaklah seperti pembentukan kata-kata tunggal yang lain.Di dalam cerpen yang saya kaji terdapat Kata akronim dibentuk melalui percantuman huruf awal beberapa perkataan kebanyakkannya terdiri daripada nama-nama khas tertentu. Perkataan seperti Universiti Putra Malaysia diakronimkan menjadi UPM. UPM merupakan nama khas yang mengambarkan pusat pengajian tinggi. Selain itu Sijil Pelajaran Malaysia diakronimkan menjadi SPM.Penulisan singkatan akronim ini dapat menjimatkan masa dan singkatan akronim ini telah diterima secara formal di dalam Buku Tatabahasa Dewan.Kata akronim ini banyak digunakan secara meluas di dalam media cetak danelektronik.Di dalam cerpen yang saya kaji juga terdapat Kata akronim cantuman huruf dan suku kata perkataan sesedap sebutan. Ini dapat di lihat pada perkataan MARA dan PROTON. MARA merupakan singkat kepada Majlis Amanah Rakyat manakala PROTON bermaksud Perusahaan Otomobil Nasional. Kata akronim jenis ini terhasil daripada cantuman huruf dan suku kata jumlah perkataan berdasarkan sebutan sedap tanpa urutan tertentu. Di dalam di dalam teks ini juga terdapat kata akronim cerpen yang bermaksud cereta pendek. Kata akronim jenis ini dibentuk melalui percantuman suku kata awal sejumlah perkataan.Jesteru itu jelaslah terdapat beberapa penggunaan akronim di dalam cerpen yang dikaji di mana penulis ingin menggambarkan tentang tempat,jenis kenderaan yang digunakan dan sebagainya.Kesimpulannya, pada keselurhan teks cerpen ini , penulis banyak menggunakan kata singkatan , menggunakan akronim dan antonim dalam penghasilan cerpen. Penggunaan kata singkatan banyak digunakan kerana penggunaan dialog di dalam cerpen. Penulis dapat menulis dan membawa pembaca menghayati cereta yang ditulis dengan adanya singkatan representasi yang mengambarkan perasaan dan emosi.Apabila penulis banyak menggunakan kata singkatan , sebenarnya penulis dapat menerapkan unsur santai dalam teks bacaan cerpen. Penggunaan antonim di dalam cerpen dapat menjadikan cerpen begitu menarik dengan gaya bahasa yang tidak membosankan pembaca. Penulis juga menggunakan akronim untuk mengambarkan tempat dan jenis kenderaan yang digunakan di dalam teks cerpen.

3.0 PERLAMBANGAN DALAM SIMPULAN BAHASA.Masyarakat Melayu Tradisional suatu ketika dahulu amat mementingkan penggunaan peribahasa dalam percakapan seharian. Hal ini demikian kerana pada mereka peribahasa merupakan bahasa yang halus serta indah digunakan. Selain itu, peribahasa juga melambangkan yang bahasa Melayu adalah bahasa yang sarat dengan kata kiasan tetapi pada masa yang sama peribahasa turut menitikberatkan kesantunannya ketika dituturkan.Salah satu fungsi penggunaan peribahasa adalah menyindir atau menegur tingkahlaku seseorang tanpa menyinggung perasaan orang yang ditegur itu. Inilah kesopanan masyarakat Melayu tradisional dalam berbahasa.Antara peribahasa yang digunakan untuk menyindir atau menegur seseorang dengan cara yang halus.ialah simpulan bahasa.Simpulan Bahasa adalah salah satu daripada jenis peribahasa. Simpulan Bahasa merupakan jenis peribahasa yang paling mudah dan ringkas. Biasanya simpulan bahasa terdiri daripada dua patah kata seperti ada hati, batu api, cepat tangan, dan sebagainya.Di dalam tugasan ini saya akan menkajitentang penggunaan perlambangan di dalam simpulan Bahasa.Terdapat beberapa simpulan Bahasa yang saya akan kupaskan satu persatu.Bunga Dedap membawa maksud perempuan cantik yang mempunyai perangai yang buruk. Kata "bunga" bukan sahaja mempunyai pelbagai maksud yang tersendiri.. Bunga dianggap sesuatu yang cantik dan indah terutamanya sewaktu sedang berkembang mekar. Dari segi konteks masyarakat Melayu, bunga sangat berkait rapat dalam kehidupan mereka.. Sifat fizikal bunga yang cantik, berbau harum dan berkembang mekar dikaitkan dengan keadaan fizikal wanita yang cantik, bersopan santun dan lemah lembut kelakuannya..Dedap pula merupakan sejenis pokok. Pokok Dedap adalah sejenis tumbuhan yang terdapat di hutan Malaysia .Pokok Dedap merupakan sejenis pokok beracun.Simpulan Bahasa bunga dedap ini adalah diberikan secara sinis bagi perempuan cantik yang tidak mempunyai adab yang baik.Kambing keramat membawa maksud orang yang ditakuti dan bebas membuat sekehendak hatinya Pada pandangan masyarakat Melayu, kambing dikatakan dan disimbolkan sebagai orang yang ditakuti. Selain itu, kambing juga dijadikan simbol kepada orang yang pengecut, orang yang berada dalam ketakutan, orang yang berperangai tidak senonoh, keanak-anakan, orang yang malas, orang yang tidak mempunyai kuasa/lemah kerana sifat kambing itu sendiri. Simpulan Bahasa yang menunjukkan perlambangan sifat atau keadaan. Simpulan bahasa menggunakan perkataan ayam, antaranya cakar ayam, kaki ayam, ajak-ajak ayam, tidur ayam dan sebagainya. Meskipun ayam merupakan haiwan yang amat rapat dengan masyarakat Melayu, namun mereka tidak meletakkan haiwan tersebut sebagai haiwan yang yang melambangkan sifat rajin atau tabah mencari rezeki.Contohnya kaki ayam yang bermaksud tidak memakai alas kaki. Ini mengambarkan sifat ayam itu sendiri yang berjalan ke sana sini dengan kaki yang kotor dan tanpa sebarang alas.Simpulan Bahasa ni menunjukkan perlambangan dalam bentuk sifat atau keadaan. Simpulan bahasa sekangkang kera dalam masyarakat Melayu adakalanya digunakan untuk maksud jarak yang tidak jauh bagi sesuatu tempat. Simpulan Bahasa ini mengambarkan tentang ukuran jarak atau luas sesuatu tempat. Bagi mengambarkan keluasan yang kecil perlambangan sekangkang kera digunakan bagi mengambarkan keluasan tanah atau kebun yang merka miliki.Keluasan tanah atau kebun yang dimiiki digambarkan hanya sebesar kangkang kera bagi menunjukkan betapa kecilnya keluasan tanah tersebut.Simpulan Bahasa ini menunjukkan perlambangan ukuran.Penggunaan simpulan bahasa reban ayam pula merujuk kepada bentuk rumah yang dibina oleh seseorang yang bukan tukang rumah. Hasil kerja daripada seseorang yang tidak mempunyai kepakaran dalam sesuatu bidang itu tentunya mempunyai kelemahan atau kekurangan dalam pelbagai aspek. Dengan ini mereka menggunakan reban ayam sebagai lambang untuk menggambarkan ketidaksempurnaan hasil binaan rumah tersebut. Penggunaan simpulan bahasa ini hampir sama dengan analogi yang digunakan dalam masyarakat Melayu bagi menggambarkan keadaan rumah yang kecil, buruk dan tidak sempurna dari pandangan mata iaitu teratak usang, dangau usang dan sebagainya.simpulan Bahasa ini menyentuh tentang perlambangan bentuk. Simpulan-simpulan bahasa yang merujuk kepada keadaan seseorang pula ialah nyawa-nyawa ikan yang membawa maksud hampir-hampir mati ,kebanyakan masyarakat Melayu pula tinggal di kawasan kampung-kampung berhampiran sungai, paya atau sawah padi yang menjadikan mereka lebih biasa dengan ikan sebagai hasil tangkapan .Jadi ikan dijadikan perlambangan bagi mengambarkan keadaan. Nyawa-nyawa ikan digambarkan keadaan seseorang yang hampir mati,Simpulan bahasa suara katak yang menunjukkan perlambangan bagi maksud pancaindera dengar ialah suara katak yang membawa maksud seseorang yang mempunyai suara yang tidak sedap atau sumbang untuk didengar. Simpulan bahasa ini mereka gunakan untuk menyatakan perihal suara seseorang yang tidak merdu atau sumbang semasa menyanyi ini bersesuaian dengan bunyi katak berbunyi yang tidak enak didengar terutamanya pada waktu hari hujan. Bunyi katak yang begitu nyaring menganggu ketenteraman keadaan di sesuatu tempat.Simpulan Bahasa yang melambangkan ikatan kasih sayang yang mendalam di dalam keluarga. Simpulan Bahasa Anak emas mengambarkan orang atau anak yang disayangi.jika di dalam keluarga atau disayangi oleh majikan.Anak emas merupakan anak yang paling disayangi oleh ibu atau bapa.Juga pekerja yang disayangi oleh majikan.Penggunaan emas di dalam simpulan Bahasa ini bagi menggambarkan benda yang berharga. Bersesuaian dengan sifat emas yang begitu bernilai. Jadi sesuatu yag bernilai amat disayangi terutamanya emas. Jadi ungkapan anak emas digunakan bagi mengambarkan betapa perasaan sayang yang begitu tinggi terhadap seseorang anak itu dan ia akan dijaga dengan begitu baik.Simpulan bahasatelinga kuali, tidak bermaksud menggambarkan telinga yang dimiliki oleh kuali. Orang yang dikatakan mempunyai atau bertelinga kuali adalah merujuk kepada sifat seseorang yang tahan hati walaupun dimarahi dan dimaki hamun oleh orang lain. Orang seperti ini dianggap tahan kepada segala cemuhan dan kejian orang di sekelilingnya.Bersesuaian dengan sifat kuali itu yang tahan panas atau tahan lasak.Jadi perlambangan kuali itu digunakan bagi menunjukkan sifat ketahanannya terhadap keadaan sekitar.Simpulan terakhir ialah tangkai jering yang membawa maksud seseorang yang kedekut. Di sini perlambangan buah jering itu digunakan kerana buah jering itu sifatnya yang mempunyai tangkai yang sukar diputuskan daripada pokok. Keadaan yang liat itu dikaitkan dengan orang yang kedekut. Perlambangan itu dkaitkan dengan sikap seseorang yang dikaitkan denga sikap yang kedekut.4.0 RUMUSANSebagai kesimpulannya ialah semantik dikatakan sebahagian daripada linguistik yang mengkaji bahasa secara teliti. Semantik dapat dijelaskan sebagai sesuatu bidang yang mengkaji makna perkataan dan ayat dalam bahasa secara ringkasnya. Kajian mengenai makna kata boleh dilihat dalam aspek makna denotasi dan konotasi, makna dalam konteks, hubungan makna dengan kebudayaan, perubahan makna dan bentuk-bentuk makna daripada hubungan semantik. Sebagai pengguna Bahasa Melayu, kita bukan sahaja mengetahui morfemnya tetapi juga makna perkataan yang terbentuk. Pengetahuan kita tentang makna membolehkan kita menggunakan kata-kata itu dalam ayat dan memahami ayat-ayat yang kita dengar atau yang kita baca.5.0 REFLEKSIBersyukur kehadrat Ilahi dengan izin Nya dapat saya menyiapkan tugasan ini dengan lengkap dalam tempoh yang diberikan. Sebelum ini saya agak kabur berkaitan dengan semantik. Alhamdullah selepas menyiapkan tugasan ini saya dapat mencari definisi makna semantik dan makna-makna ayat.Di dalam tugasan ini saya perkara pertama yang saya lakukan adalah mencari maklumat tentang definisi semantik, fitur makna, makna lesikal dan makna ayat.Di dalam mencari maklumat mengenai definisi semantik , perbincangan dengan rakan-rakan , mencari maklumat di perpustakaaan dan merujuk intenet melalui blog-blog individu dan modul .Melalui pembacaan di intenet saya dapat maklumat dengan lebih jelas dan mudah.Di dalam tugasan ini juga saya menggunakan grafik untuk menerangkan secara ringkas berkenaan makna-makna ayat tersebut dengan lebih jelas dan mudah.Di sini juga saya dapati Apabila kita menganalisis fitur semantik kepada perkataan- perkataan maka teori tatabahasa generatif dapat mencakupi bidang semantk. Dengan adanya fitur-fitur tersebut, maka makna perkataan atau ungkapan yang dihasilkan melalui tatabahasa generatif dapat dijana.Bagi soalan kedua saya mengkaji mengenai teks cerpen yang dipilih.Soalan kedua ini agak mudah sebab saya menkaji tentang singkatan yang digunakan. Kebanyakkan singkatan yang digunakan terdapat di dalam dialog.Selain itu juga saya dikehendaki mencari antonim di dalam tes cerpen. Kebanyakan antonim susah dijumpai kerana tidak semua cerpen terdapat antonim iaitu kata berlawan. Alhamdulliah saya dapat mencari lima perkataan antonim di dalam cerpen tersebut. Selain itu juga terdapat perkataan akronim iaitu singkatan dari awal perkataan seperti UPM di dalam teks, singkatan suku kata MARA dan PROTON.Seterusnya bagi soalan ketiga saya mencari pperlambangan yang digunakan di dalam simpulan bahasa. Mulanya amat sukar untuk saya memahami perlambangan dalam simpulan bahasa.Setelah membuat kajian maka dengan mdah saya dapat mengungkaikan perlambangan yang dibuat dalam masyarakat melayu, Kebanyakan perlambangan yang digunakan dalam simpulan bahasa ini adalah terdiri daripada unsur alam. Ini kerana masyarakat melayu membuat perlambangan itu mengikut persekitaran mereka. Contohnya menggunaan perlambangan haiwan seperti ayam, kera, anjing dan sebagainya. Setiap apa yang dianalisa saya lakukan dengan teliti agar tidak lari dari maksud sebenar.Kesimpulannya, tugasan ini telah memberi saya banyak input yang tidak pernah saya ketahui selama ini.Banyak maklumat-maklumat mengenai makna ayat yang saya perolehi daripada pencarian di dalam intenet. Ilmu yang saya perolehi amat berguna kepada saya sebagai seorang guru.

RUJUKANAbdullah Hassan. (1987). Linguistik am untuk guru bahasa Malaysia. Petaling Jaya: Penerbit Fajar Bakti Sdn. Bhd.

Aminuddin, Drs. (1988). Semantik: pengantar studi tentang makna. Bandung: Penerbit C. V Sinar Baru.Kamus Bahasa Melayu Nusantara. (2003). Bandar Seri Begawan: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Kamus Linguistik. (1997). Kuala Lumpur: Dewan Bahasa Pustaka.

Kridalaksanan, Harimurti. (1984). Kamus Linguistik. Ed ke 2. Jakarta: Penerbit PT Gramedia.http://www.slideshare.net/chekgeeszuan/semantik-22363039http://pusatbahasaalazhar.wordpress.com/hakikat-hakiki-kemerdekaan/semantik/

MASNI MOHD ARIS | PPG AMBILAN JUN 2011 / SEM 619