ketokohan imam hanafi
DESCRIPTION
Ini merupakan tajuk perbincangan ahli kumpulan saya.Untuk sesiapa yang ingin mengetahui lebih mendalam secara santai mengenai Imam Hanifah,bolehla jadikan ia sebagai maklumat tambahan..Semoga mendapat manfaat.TRANSCRIPT
KETOKOHAN IMAM
HANAFI DALAM BIDANG
FIQH
Abu Hanifah An-Nu‟man Bin Tsabit Bin Zuthai At-
Taimiy Al-Kufiy
Dilahirkan di Kota Kufah dan berketurunan Parsi.
Bapanya dahulu merupakan seorang lelaki
berketurunan dari Bani Taimullah Ibnu Tsa‟labah.
Beliau telah dimerdekakan dan kerana itulah nama
beliau dinisbahkan kepada At-Taimiy iaitu nama
kepada Bani Taim.
Dilahirkan pada 80 hijrah
beliau telah meninggal dunia pada 150 hijrah
Kembara pengajian beliau bermula di Kota Kufah
Di sana beliau telah mula belajar Ilmu Kalam
sehingga beliau mahir di dalam ilmu tersebut. Lalu
beliau pun mengarang sebuah kitab yang berkaitan
dengan Ilmu Kalam yang bertajuk Fiqh Al-Akbar.
Imam Abu Hanifah merupakan seorang imam yang tidak dapat dipersoalkan lagi kealimannya.
Beliau seorang yang faaqih dan amanah dan juga merupakan seorang perawi hadith nabi yang tsiqah (terpercaya).
Imam Abu Hanifah merupakan seorang imam yang berada dan warak. Cukuplah dengan harta yang beliau perolehi dari hasil perniagaan beliau itu daripada menjawat sebarang jawatan
kewarakkanya serta ketaqwaanya terhadap Allah telah menghalang beliau daripada menjawat apa-apa jawatan di zaman pemerintahan Al-Umawi begitu juga di zaman pemerintahan Al-Abbasi,dan
sesungguhnya Yazid Bin Umar telah meminta
seorang dari pegawainya di Iraq di zaman
pemerintahan Al-Umawi iaitu Marwan Bin
Muhammad supaya menyatakan kepada Imam Abu
Hanifah untuk menjadi pentadbir di Kufah tetapi
beliau telah menolaknya,lalu beliau telah diseksa
disebabkan penolakkan beliau terhadap jawatan
tersebut. Beliau telah disebat dengan menggunakan
cambuk sebanyak 110 kali sebatan. Setiap hari
sebanyak sepuluh kali sebatan
Pada zaman pemerintahan Al-Abbasi pula Abu
Ja‟far Bin Mansur telah berkenan untuk
menjadikan beliau pentadbir di Baghdad
tetapi beliau telah menolaknya juga,lalu
sebagai hukuman beliau telah ditahan dan
diseksa lagi sekali dengan dipukul dengan
cambuk sebanyak 10 kali sebatan setiap hari
sehingga beliau hampir-hampir menemui ajal
beliau.
1) Al Quran
2) Hadith
3) Kata Sahabat
4) Ijma‟
5) Ijtihad dengan Qiasi
Abu Hanifah tidak mempedengarkan sahaja
ilmu itu secara langsung tetapi beliau
membentangkan sesuatu permasalahan
hukum fiqh
beliau akan menerangkan asas-asas atau
kaedah-kaedah perundangan Islam bagi
sesuatu hukum tersebut.
Kemudian beliau memberi peluang kepada
murid-muridnya untuk berhujah serta
berdialog dan masing-masing akan
mengemukakan pendapat mereka.
Ada sebahagian daripada mereka bersetuju dan ada
yang menentang.
Kemudian pada akhirnya, beliau akan mematahkan
hujah pendapat murid-muridnya seorang demi
seorang sehingga semuanya bersetuju dan
menerima pendapatnya yang logik itu
beliau telah menuntut ilmu daripada beberapa orang
ulama‟ yang masyhur pada zamannya.
Diantaranya ialah Imam Hammad bin Abi Sulaiman.
Abu Hanifah pernah berguru dan berdamping dengan
Imam Hammad selama 18 tahun sebelum mengambil
alih tempat gurunya itu setelah gurunya meninggal
dunia
Abu Hanifah juga pernah belajar dengan Zaid bin
„Ali Zainal „Abidin, Ja‟far al-Sadiq dan Abdullah
bin al-Hasan.
Beliau juga pernah mempelajari fiqh daripada
ulama‟ Makkah yang mempunyai ilmu yang hebat
dalam masalah fiqh dan hadis
Imam Abu Hanifah mempunyai murid yang
sangat banyak.
Ada sesetengah daripada mereka yang
belajar dan mendengar daripadanya dalam
beberapa tempoh masa yang tertentu
kemudian kembali ke negara masing-masing
selepas mengambil manhaj dan jalan
mazhabnya
Antara murid beliau yang masyhur adalah seperti
berikut
1) Abu Yusuf
2) Muhammad Binal-Hasan al-Syaibani
3) Zufar bin Hudhayl
4) al-Hasan bin Ziyad
Peringkat pertama: peringkat imam-imam mujtahid
yang mengeluarkan hukum-hukum syarak daripada
al-Quran dan as-Sunnah serta mereka yang tidak
mengikut sesiapa pun dalam kaedah berijtihad
sama ada dalam perkara usul atau perkara cabang
Peringkat kedua: Peringkat mujtahid dalam mazhab
yang mampu untuk mengeluarkan hukum-hukum
daripada dalil-dalil mengikut kaedah yang ditetapkan
oleh imam-imam mereka.
Sungguhpun merka berselisih pendapat dengan imam
mereka dalam masalah cabang fiqah, namun mereka
bertaklid dalam kaedah-kaedah usul.
Mereka adalah seperti Abu Yusuf, Muhammad dan semua
murid Imam Abu Hanifah yang mencapai kedudukan
seumpama ini.
Peringkat ketiga: Peringkat mujtahid dalam masalah-
masalah yang tidak diriwayatkan oleh imam mazhab dan
murid-muridnya.
Mereka adalah seperti
- Ahmad ibnu Umar Abu bakar al-Khosof as-Syaibani (261H)
- Ahmad ibnu Muhammad ibnu Salamah Abu Ja‟far at-
Thohawi (321H)
- Ubaidillah ibnu Hasan ibnu Dilal Abu Hasan al-Khorhi
(340H)
- Ali ibnu Muhammad Abu al-Hasan Fakhrul Islam al-
Bazdawi (482H)
- Muhammmad ibnu Ahmad Abu Bkar as-Sarqosi Syamsul
Aimmah (490H).
Peringkat keempat: Peringkat ulama-ulama takhrij yang
mengikut mazhab imam mereka. Mereka adalah seperti
Abu Bakar ar-Rozi yang dikenali sebagai al-Jasos (360H)
dan seumpamanya.
Peringkat kelima: Peringkat ulama-ulama tarjih yang
mengikut mazhab imam mereka. Mereka adalah seperti
Abu Hasan al-Qaduri, pengarang kitab al-Hidayah
Peringkat keenam: Peringkat ulama-ulama
muqallid yang mampu membezakan antara
pendapat yang lebih kuat dan kuat, atau
lemah, pendapat yang mempunyai riwayat yang
kuat atau pendapat yang mempunyai riwayat yang
tidak kuat dan jarang-jarang.
Mereka adalah seperti Abu al-Barakat an-Nasafi
(pengarang kitab Kanzu ad-Daqoik, 710H), Abu al-
Fadhl al Mosuli (pengarang kitab al-Mukhtar fi
Furu‟ al-Hanafiah, 683H), Mahmud ibnu Ahmad
(pengarang kitab Wiqoyah ar-Riwayah fi Masailil
Hidayah, 673H) dan Ibnu as-Sa‟ati (pengarang
kitab Majma‟ al-Bahrain wa Multaqa an-
Nahrain, 694H).
Peringkat ketujuh: peringkat ulama muqallid
yang tidak mampu untuk sampai kepada
peringkat yang telah disebutkan di atas.
Mazhab Hanafi merupakan mazhab yang
paling luas penyebarannya.
Ini kerana perkembangan mazhab ini telah
dibantu oleh keadaan semasa yang berlaku
pada waktu itu, di mana mazhab ini menjadi
pegangan kerajaan Abbasiyyah selama 500
tahun.
Ramai dikalangan ulama mazhab tersebut
telah dilantik menjadi qadi seperti Abu Yusuf
dan Muhammad bin al-Hassan al-Shaybani
yang membantu ke arah perkembangan
mazhabnya.
Mazhab ini juga telah menjadi mazhab rasmi
bagi kerajaan Uthmaniyyah.
banyak negara telah mengikuti mazhab Hanafiseperti negara-negara bekas jajahan kerajaanUthmaniyyah sepertiMesir, Syria, Lubnan, Jordan, Iraq dan Turki.
Begitu juga, mazhab ini diikuti di negara-negaraBalkan, Afhganistan, Pakistan, Turkistan, AsiaTengah,India dan China.
Mazhab ini mempunyai pengikut yang ramai dinegara-negara yang berlainan dan dianggarkanberjumlah lebih dari 180 juta orang yangmerupakan sebahagian umat Islam di dunia.
Ia juga mempunyai hampir 25 ribu pengikut diAmerika Selatan.
Abu Hanifah tidak pernah menulis apa-apa
buku dalam bidang ilmu fiqh kecuali
hanyalah beberapa risalah kecil dalam bidang
ilmu kalam dan dakwah.
Contohnya, al-Fiqh al-Akbar
Walau bagaimanapun, murid-muridnya telah
memainkan peranan yang penting di dalam
memindah dan menulis pendapat-pendapat serta
riwayat-riwayat beliau.
Antara muridnya yang terkenal dalam usaha ini
ialah Abu Yusuf dan Muhammad bin al-Hassan al-
Shaybani yang dikenali sebagai al-Sahiban yang
bererti dua orang sahabat.
Pemergian Abu Hanifah telah memberi impak yang
besar. Salah seorang ulama Kufah berkata, “
Cahaya keilmuan telah dimatikan dari kota
Kufah, sungguh mereka tidak pernah melihat ulama
sehebat dia selamanya” (Muhammad Aizat Farhan
2012: 28). Itulah yang boleh kita ambil sebagai
pengajaran. Bahawa tutur kata adalah identiti kita.
Satu syair telah dibuat untuk kematiannya
oleh salah seorang muridnya iaitu,
“Kini fikih telah pergi, sementara kalian
tidak memiliki fikih,
Maka takutlah kepada Allah, dengan
menjadi pengganti Nu’man yang kini telah
tiada,
Lalu siapa yang akan menghidupkan
malam jika telah gelap
Semoga Allah merahmati dan
meredhainya”