kesusasteraan melayu.docx
TRANSCRIPT
KESUSASTERAAN MELAYUHBML4203
SEMESTER MEI 2015
SABAH CENTRE LEARNINGSEMESTER MEI 2015
NAMA : ZAINUM BINTI SIBIN
NO. MATRIKULASI : 660111125118002
NO.KAD PENGENALAN : 660111-12-5118
NO.TEL : 013-8753343
E-MEL : [email protected]
ISI KANDUNGAN
0
M/Surat
Pengenalan…………………………………………………………………… 2
Isi-isi ……………………………………………………………………………
i) Penjelasan tentang konsep TM 4
ii) Huraian tentang prinsip-prinsip penggunaan
Komputer yang berkesan dalam P&P bahasa melayu 6
iii) Huraian tentang strategi menggunakan komputer sebagai
alat pengajaran kesusasteraan melayu yang berkesan 9
Rumusan………………………………………………………………………….. 13
Rujukan………………………………………………………………………….. 14
1.0 PENGENALAN
1
Teknologi maklumat boleh ditakrifkan sebagai satu kaedah yang digunakan untuk memindah,
menyebar dan memapar maklumat. Teknologi Maklumat menurut Kamus Dewan Edisi Keempat
teknologi maklumat ialah teknologi yang berkaitan dengan pe-merolehan, penyimpanan,
pemprosesan, dan penyebaran maklumat secara elektronik. Maklumat tersebut boleh wujud
dalam pelbagai bentuk sama ada dalam bentuk fizikal contohnya kertas dan buku, bentuk suara,
paparan visual, pergerakan atau dalam bit.
Teknologi Maklumat (Information Technology) atau IT serta Teknologi Maklumat dan
Komunikasi (Information and Communication Technology) atau ICT merupakan teknologi yang
diperlukan untuk proses pemprosesan data. Ruang lingkup tajuknya sangat luas iaitu berkenaan
segala aspek dalam pengurusan dan pemprosesan maklumat. Secara tepat dan mudah,
penggunaan komputer dan perisian adalah untuk mengubah, menyimpan, melindungi,
memproses, memindah, melihat, dan mendapatkan maklumat tanpa mengira tempat dan waktu.
Secara umumnya, teknologi maklumat ialah suatu alat utama dalam era maklumat.Alat ini
digunakan untuk mencapai, menyimpan dan menyebar maklumat terutama maklumat berbentuk
digital.
Informasi teknologi dari konsep kecil menurut sistem maklumat oleh Turban, McLean &
Wetherbe (1996) terdiri daripada perkakasan, perisian pengkalan data, rangkaian perisian dan
peralatan lain serta kemahiran. Definisi informasi teknologi yang lebih insentif oleh Daniels
(1994) adalah terhad kepada perkakasan dan perisian computer sahaja. Sebenarnya ia juga
berkaitan dengan bentuk fizikal elektronik informasi teknologi iaitu elektronik, digital,
telekomunikasi,mesin cetak,alat pemprosesan dan skrin.
British advisory council for applied Research and Development mentakrifkan teknologi
maklumat sebagai suatu disiplin saintifik, teknologi dan kejuruteraan serta teknik pengurusan
yang digunakan dalam pengendalian dan pemprosesan maklumat serta penggunaannya;
komputer dan saling tindakan antara mesin (komputer dan manusia; dan hal yang berkaitan
dengan sosial, ekonomi dan kebudayaan. (British advisory council for applied Research dan
Development: Report on Information Technology; H.M. Stationery Office. 1980)
2
Behan dan Homes (1990) pula mentakrifkan teknologi maklumat adalah suatu istilah untuk
memerihalkan teknologi yang membolehkan kita untuk merekod, menyimpan,
memproses,mendapat semula,menghantar dan menerima maklumat.
Martin dan rakan-rakannya mentakrifkan teknologi maklumat terdiri dari semua bentuk
teknologi yang terlibat dalam pengumpulan, manipulasi, komunikasi, persembahan dan
menggunakan data (E.W. Martin et al. 1994).
Definisi informasi teknologi boleh diringkaskan sebagai satu proses pengaliran, penyebaran,
pemprosesan dan penyimpanan maklumat berperantaraan teknologi. Seperti yang diketahui
umum, teknologi disifatkan sebagai satu bentuk pemudah cara yang membolehkan pengaliran
maklumat menjadi sangat pantas. Sebenarnya informasi teknologi tidak terhad kepda internet dan
komputer sahaja tetapi ia melibatkan televisyen, telefon mudah alih, faks, telegram, pda, MSC
dan sistem satelit dalam menyampaikan maklumat kepada penerima.
Terdapat tiga asas penting dalam penggunaan teknologi maklumat iaitu teknologi maklumat
adalah untuk mengumpul maklumat. Ia digunakan untuk suntingan dengan menggunakan
teknologi contohnya, dengan menggunakan komputer ia boleh merekod bunyi,imej dan sebagai
pengesan gerakan.Kedua,memanipulasikan maklumat dan memprosesan semula
imej.Ketiga,ianya digunakan untuk berkomunikasi iaitu ia menjelaskan bagaimana teknologi
maklumat digunakan untuk berkomunikasi bagi mendapatkan maklumat daripada sumber kepada
penerima contohnya, penggunaan alat elektronik LCD skrin untuk menyampaikan kuliah.
Percetakan, telefon dan televisyen memainkan peranan penting dalam media untuk
menyampaikan ilmu dan maklumat kepada masyarakat. Namun, penyebaran maklumat bahan-
bahan media ini adalah satu hala dan tidak interaktif seperti internet. Ini membolehkan
pengawalan maklumat dilakukan secara berkesan. Malah, kebanyakan negara mempunyai
peraturan undang-undang yang mengawal percetakan dan kandungan televisyen. Contohnya di
Malaysia, sebarang percetakan yang disebarkan kepada orang awam memerlukan permit yang
sah. Kemunculan internet sebagai alat komunikasi terkini menjanjikan satu wadah penyebaran
maklumat yang memantapkan ilmu dan maklumat.
3
Penggunaan teknologi yang canggih pada masa ini membolehkan penerima mendapatkan
maklumat dari pelbagai laman web untuk mendapatkan pengetahuan, hiburan dan berita daripada
seluruh dunia. Hal ini kerana, teknologi maklumat banyak memberi kebaikan kepada
masyarakat.
2.0 PENJELASAN TENTANG KONSEP TEKNOLOGI MAKLUMAT KHUSUSNYA
BIDANG PENGKOMPUTERAN DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN
Istilah "teknologi maklumat" muncul pada sekitar dekad 1970-an. Pada abad ke-20, banyak
industri bertumbuh dengan pesat dalam membangunkan sektor elektronik, sektor
pengkomputeran, dan juga bidang-bidang teknologi yang lain. Pada ketika itu, terdapat banyak
penyelidikan telah dilakukan bagi membiayai inovasi serta permbaharuan dalam bidang jentera
dan pengkomputan.Komputer komersil yang pertama ialah UNIVAC I yang direka bentuk oleh
J. Presper Eckert dan John Mauchly untuk Biro Banci Amerika Syarikat. Pada akhir dekad 1970-
an, penciptaan mikrokomputer dan diikuti oleh penciptaan komputer peribadi IBM pada tahun
1981.
Sejak itu, empat generasi komputer telah berkembang, dengan setiap generasi melambangkan
satu langkah yang dicirikan oleh perkakasan yang semakin kecil dan dan mempunyai pelbagai
fungsi.Pada ketika itu, generasi pertama menggunakan tiub vakum, manakala generasi-generasi
kedua dan ketiga masing-masing menggunakan transistor dan litar bersepadu. Generasi keempat,
iaitu generasi terkini, menggunakan sistem-sistem yang lebih rumit seperti penyepaduan skal
sangat besar (VLSI). Teknologi Maklumat dan Komunikasi atau ICT (Information and
Communication Technology) merupakan teknologi yang diperlukan untuk pemprosesan data.
Ruang lingkup tajuknya sangat luas. Ia boleh berkenaan denagan segala aspek dalam pengurusan
dan pemprosesan maklumat. Secara tepat dan mudahnya adalah penggunaan komputer dan
perisian untuk mengubah, menyimpan, melindungi, memproses, memindah, melihat, dan
mendapatkan maklumat tanpa mengira tempat dan waktu.
Perkembangan teknologi maklumat dan komunikasi telah banyak mempengaruhi budaya
kehidupan masa kini, dalam bidang pendidikan khususnya, pengaplikasian teknologi ini dalam
4
pengajaran dan pembelajaran memberikan satu anjakan baru dalam teknik pedagogi guru.
Beberapa penyelidikan lepas telah membuktikan bahawa penggunaan teknologi telah dapat
merevolusikan teknik pengajaran guru, kaedah murid belajar dan secara keseluruhannya cara
pendidikan dikendalikan sesuai dengan era masa kini. Masanya juga telah tiba untuk budaya
persekolahan berubah kepada amalan bermaklumat, kreatif, bijak berfikir dan penyayang dengan
mengaplikasikan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT).
Sejajar dengan itu, inisiatif pewujudan Sekolah Bestari pada tahun 1999 merupakan langkah
yang diharap dapat memberi tempat dan ruang seluas-luasnya kepada teknologi komputer dalam
sistem pendidikan. Langkah ini diharap dapat merapatkan jurang digital di antara golongan
berada yang berupaya menggunakan teknologi di rumah dengan golongan kurang berada.
Kemudahan ini dapat memberikan peluang kepada semua pelajar meneroka, menguasai dan
memperkembangkan pelbagai kemahiran dalam ilmu pengetahuan secara lebih berkesan dan
bermakna dan seterusnya dapat mengaitkan pengetahuan dengan realiti sebenar. Ini akhirnya
akan dapat melahirkan generasi berilmu dan bijaksana yang berdaya saing untuk merealisasikan
wawasan negara 2020, seterusnya membentuk tamadun yang lebih maju. Pada awal tahun 2000
yang lalu, hampir semua ksekolah menengah telah diakses ke internet secara berperingkat.
Kementerian Pendidikan dengan kerjasama dan bantuan kepakaran MIMOS telah melancarkan
Projek Jaringan Pendidikan ( Sulaiman,1996 ). Melalui projek ini Kementerian Pendidikan telah
menyediakan perkhidmatan rangkaian kepada para pelajar dan pendidik di samping
menyediakan program latihan yang berterusan kepada guru-guru. khususnya Bahagian
Pendidikan Guru telah dan sedang menjalankan Kursus Dalam Perkhidmatan (14 minggu)
kepada guru-guru bertempat dibeberapa buah maktab.Melalui kursus ini guru-guru didedahkan
kepada pelbagai kemahiran generik termasuk bidang teknologi maklumat yang menjadi tapak
utama sebagai sumber dan alat penyebaran maklumat yang cepat dan berkesan.
Mantan Perdana Menteri Malaysia, Tun Dr. Mahathir Mohamad, menekankan bahawa Malaysia
perlu membangunkan ekonomi dengan tidak mengabaikan aspek politik, sosial, rohaniah,
psikologi dan budaya. Untuk memastikan matlamat ini tercapai, Malaysia perlu mencapai
sembilan cabaran utama dalam Wawasan 2020. Salah satu matlamat teknologi maklumat di
Malaysia adalah untuk menjadi negara membangun pada tahun 2020. Cabaran keenam daripada
sembilan strategi mencapai wawasan 2020 adalah menyatakan bahawa Malaysia mesti
5
mewujudkan masyarakat yang saintifik dan progresif, masyarakat yang inovatif yang bukan
sahaja menjadi pengguna kepada teknologi malah menjadi penyumbang kepada dunia sains dan
teknologi pada masa depan (Mahathir Mohamad, 1998).
3.0 HURAIAN TENTANG PRINSIP-PRINSIP PENGGUNAAN KOMPUTER YANG
BERKESAN DALAM PNP BAHASA MELAYU
Mengikut statistik, terdapat 900,000 pengguna Internet di Malaysia, namun jumlahnya hanya
kira-kira 8% daripada keseluruhan penduduk negara ini (Daily Express, 2007). Ini disokong oleh
fakta daripada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) yang menyatakan
bahawa pada suku pertama tahun 2007 hanya 689,800 bilangan isi rumah yang melanggan
perkhidmatan jalur lebar (Suruhanjaya Komunikasi Multimedia Malaysia, 2007). Sementara itu,
dapatan lain menyatakan bahawa hanya 30% daripada kira-kira 300,000 guru di negara ini
memiliki komputer peribadi dan kira-kira 20% sahaja yang mempunyai akses Internet (The Star,
2007).
Jumlah ini merupakan satu jumlah yang rendah kerana guru memainkan peranan yang penting
sebagai agen perubahan kepada inovasi di dalam pendidikan. Dalam beberapa tahun
kebelakangan ini, beberapa perubahan penting telah berlaku dalam sistem pendidikan di rantau
Asia yang guru-guru khususnya dikehendaki mempertingkatkan kemahiran teknologi maklumat
mereka (Tan et al., 1999 dalam William, 2000). Sesetengah daripada perubahan ini adalah kesan
daripada perubahan polisi kerajaan yang berkaitan dengan teknologi maklumat di sekolah
manakala selebihnya disebabkan oleh perkembangan teknik pedagogi dan perkembangan
teknologi maklumat.
Di negara-negara maju seperti Amerika dan Eropah, komputer telah dianggap sebagai agen yang
berupaya untuk meningkatkan potensi dan kemahiran belajar dalam kalangan pelajar. Oleh itu,
langkah Malaysia mewujudkan sekolah bestari adalah langkah bijak yang seiring dengan negara-
negara lain di Asia yang mula menggerakkan aplikasi teknologi maklumat di sekolah seperti
Australia, Hong Kong, New Zealand dan Singapura (William, 2000). Langkah mengadaptasikan
komputer sebagai media pengajaran dan pembelajaran di sekolah ini, dilihat oleh pakar sebagai
gabungan multimedia sebagai alat baharu yang boleh menjana era pendidikan baharu.
6
Dalam konteks pembelajaran berbantukan komputer di Malaysia, ia telah mula diperkenalkan
pada tahun 1992 melalui Program Komputer dalam Pendidikan. Dalam program ini 60 buah
sekolah menengah di Semenanjung Malaysia telah disediakan makmal komputer yang
mempunyai 21 buah komputer yang telah dirangkaikan. Susulan daripada langkah ini, pada
tahun 1994 program Computer Aided Instruction telah diperkenalkan di 15 buah sekolah rendah
di Selangor dengan setiap sekolah dibekalkan 21 buah komputer yang menggunakan perisian
Microsoft Windows 3.1, beberapa perisian koswer untuk pengajaran juga telah diedarkan untuk
digunakan oleh guru-guru.
Langkah ini diteruskan lagi dengan Program Komputer dalam Pendidikan yang dilaksanakan
secara berperingkat dalam tiga fasa iaitu pada tahun 1995, 1996 dan 1997. Dalam fasa pertama,
50 buah sekolah menengah telah dibekalkan dengan empat buah komputer yang mempunyai
akses Internet. Dalam fasa kedua, 90 buah sekolah menengah dan 20 buah sekolah rendah telah
dibekalkan dengan komputer multimedia dengan local area network (LAN), manakala dalam
fasa ketiga, ia diperluaskan lagi kepada 222 buah sekolah rendah dan 111 buah sekolah
menengah dan seorang guru daripada setiap sekolah akan mengikuti kursus 14 minggu di
maktab-maktab perguruan yang terpilih.
Pelaksanaan sekolah bestari telah menyokong usaha kerajaan untuk melahirkan modal insan
yang celik teknologi maklumat. Pada tahun 2003, pengajaran sains dan matematik dalam bahasa
Inggeris telah diimplementasikan di sekolah rendah dan sekolah menengah seluruh negara.
Sebanyak Ringgit Malaysia 1.3 bilion telah dibelanjakan oleh kerajaan untuk membekalkan
peralatan ICT ke sekolah-sekolah. Manakala, dalam Rancangan Malaysia ke-9, Kementerian
Pelajaran Malaysia melalui Blue print Pendidikan Kebangsaan memperuntukkan 123,725 buah
komputer dan 3,205 pusat akses Internet di semua sekolah seluruh negara (The Star, Julai 2007).
Ini menunjukkan betapa seriusnya kerajaan khususnya Kementerian Pelajaran Malaysia dalam
usaha mengintegrasikan teknologi maklumat dalam pengajaran dan pembelajaran. Program-
program tersebut adalah langkah kerajaan untuk membangunkan modal insan yang berilmu dan
celik IT yang seiring dengan cabaran globalisasi.
Oleh itu, guru merupakan medium utama yang memainkan peranan untuk memastikan program
ini berjaya mencapai matlamatnya. Pada bulan Januari hingga Jun 2007 sahaja, sebanyak
123,725 buah komputer telah dibekalkan ke seluruh sekolah di Malaysia dan 2,043 buah sekolah
7
menengah telah dibekalkan dengan 8,172 unit komputer, 2,043 buah pencetak digital untuk
tujuan pihak pengurusan sekolah (Kementerian Pelajaran Malaysia, 2007). Sejajar dengan hasrat
kerajaan untuk membangunkan modal insan yang berkualiti, guru merupakan agen perubahan
yang penting. Oleh itu, penguasaan teknologi maklumat dalam kalangan guru adalah dituntut. Ia
penting bukan sahaja untuk meningkatkan keberkesanan proses pengajaran dan pembelajaran
malah daripada aspek pentadbiran dan pengurusan sekolah.
Oleh itu, langkah-langkah seperti bengkel dan kursus berkaitan teknologi maklumat giat
dijalankan untuk memantapkan guru-guru khususnya dalam aspek berkaitan teknologi maklumat.
Kursus komputer dalam kalangan guru di Malaysia dikendalikan oleh tiga pihak yang utama
iaitu Jabatan Pelajaran Negeri, Bahagian Teknologi Pendidikan (BTP) dan wakil yang dilantik
oleh Kementerian Pelajaran Malaysia. Dalam pada itu, Bahagian Pendidikan Guru (BPG) juga
mengadakan kursus dalam perkhidmatan selama 14 minggu iaitu berkaitan dengan kurikulum
sekolah bestari. Mengikut statistik daripada Kementerian Pelajaran Malaysia, dalam Rancangan
Malaysia ke Lapan iaitu dari tahun 2002 hingga Jun 2007 seramai 247,804 orang guru telah
mengikuti kursus kemahiran ICT (Kementerian Pelajaran Malaysia, 2007) dan jika angka ini
diambil kira ia menghampiri jumlah keseluruhan guru di Malaysia.
Namun begitu, masih banyak perlu dilakukan untuk meningkatkan tahap kemahiran teknologi
maklumat guru-guru. Ini dibuktikan dengan beberapa kajian lepas yang menunjukkan bahawa
masih terdapat guru yang belum dapat menguasai kemahiran teknologi maklumat, situasi ini
kerap kali merujuk kepada guru-guru yang berkhidmat di luar bandar dan pedalaman
(Mohammed Sani et al., 2004; Noor Awanis, Nora & Nurazariah, 2006; Megat et al., 2008).
Dalam senario ini faktor jarak, kemudahan telekomunikasi serta accessibility sekolah khususnya
di sekolah-sekolah pedalaman memberikan impak yang signifikan. Rentetan daripada faktor ini,
beberapa isu lain akan timbul, contohnya, maklumat kursus lewat diterima, peralatan komputer
mengambil masa yang lama untuk dibaiki dan sebagainya (Johan, 2005).
4.0 HURAIAN TENTANG STRATEGI MENGGUNAKAN KOMPUTER SEBAGAI
ALAT PENGAJARAN KESUSASTERAAN MELAYU YANG BERKESAN
8
Untuk menjayakan rencana pengajaran dan pembelajaran melalui teknologi maklumat ini,
beberapa produk asas perlu disediakan. Pertama sekali perlunya laman Web khusus yang dapat
menemukan pelajar dan pengajar dalam suatu situasi yang sesuai untuk proses pengajaran-
pembelajaran berlangsung dengan jayanya. Selain itu, laman Web tersebut perlulah menarik,
canggih dan interaktif supaya dapat menawan perhatian pelajar untuk suatu jangka waktu
tertentu.
Di samping itu juga, bahan ajar dan alat bantu lain yang sesuai perlu disediakan dengan
mengambil kira khalayak pelajar, termasuk faktor peringkat/usia, negara asal dan sebagainya.
Produk utama yang lain termasuklah e-Pedoman (untuk tatabahasa, ejaan dan sebagainya) dan e-
Rujukan seperti kamus, tesaursus, dan istilah. Petikan majalah bahsaa Melayu dan rakaman
perbualan (audio atau video) dalam situasi sebenar juga perlu disediakan pada Web agar pelajar
asing dapat turut menghayati suasana dan situasi berbahasa yang semula jadi.Jikalau diteliti
contoh laman e-pendidikan berbahasa Melayu yang sedia ada pada Web kini, memang ketara
kuantiti dan kualitinya masih jauh terkebelakang berbanding dengan laman Web untuk bahasa-
bahasa utama dunia yang lain (umpamanya bahasa Inggeris atau Perancis).
Pengajaran dan pembelajaran bahasa Melayu melalui Internet (e-pendidikan) masih lagi pada
fasal awal. Walau bagaimanapun, adanya (biarpun jumlahnya kecil) laman-laman Web yang
direka bentuk khusus untuk belajar-mengajar bahasa Melayu memberi semangat dan harapan
untuk kita menyediakan dan menyajikan teknik dan bahan ajar yang lebih baik dan bermutu agar
pengembangan dan penyebaran bahasa Melayu kepada masyarakat luar/asing dapat digiatkan
dan ditingkatkan. Sesungguhnya usaha ini wajar dilaksankan dengan lebih giat bahasa Melayu
dapat terus dikembangkan menerusi wadah dan wahana World Wide Web yang luwes dan luas
jangkauannya.
Daripada perspektif Behavioris, model reka bentuk pengajaran Skinner (1953, 1954, & 1958)
adalah berasaskan tiga prinsip, iaitu, (a) maklumat dalam langkah-langkah kecil yang
menambah, (b) penglibatan aktif pelajar, dan (c) pengukuhan respons yang tepat. Ini telah
membawa ke pengajaran berasaskan komputer lelurus atau bercabang (Crowder, 1960). Teori-
teori kognitif tentang pembelajaran menjadikan pengaruh kuat terhadap reka bentuk pengajaran
sistematik dengan gol dan ciri-ciri pelajar sebagai asas reka bentuk dan perkembangan, serta
9
penentuan strategi instruksi yang selari dengan penilaian formatif sebagai ciri utama reka bentuk
instruksi yang baik.
Perbezaan pandangan kognitif daripada Behavioris adalah pelajar memproses secara mental
dengan aktif apa yang diterima dan memberi respons dalam pelbagai cara mengikut perbezaan
individu. Pakar teori kognitif semasa berkembang daripada rangka ini (contoh: Salomon,
Perkins, & Globerson, 1991). Penegasan terhadap struktur pengetahuan, strategi metakognitif
untuk menyelesai masalah, dan perubahan dalam reka bentuk kepada bidang pandangan
konstruktivis. Prinsip-prinsip konstruktivis menyebelahi pembelajaran sebagai mencipta maksud
daripada pengalaman.
Pelajar membina takwilan peribadi dunia berasaskan pengalaman dan interprestasi. Mereka yang
berbeza pendapat dalam mazhab konstruktivis bersetuju bahawa pembelajaran bukanlah
penghantaran daripada individu ke individu, dan boleh terjadi melalui penjelajahan bukanlah
penghataran daripada individu ke individu, dan boleh terjadi melalui penjelajahan peribadi,
perbincangan tentang pengalaman, dan apa yang digelar kecerdasan tertabur merupakan
manifestasi kegiatan mental yang menghubungkan cara dan maksud melalui pencapaian (Pea,
1993).
Ini telah menciptakan masalah bagi reka bentuk pengajaran bahawa kononnya pelajar
mempunyai agenda sendiri yang bukanlah dipacukan gol seperti yang disarankan pendekatan
behavioris dan kognitivis! Tiga pendekatan terhadap teori pembelajaran dan perbezaannya
dibincang dengan teliti oleh Perkins (1992), Driscoll (1994), dan Molenda (1997). Jadi untuk
memastikan pembelajaran wujud kita harus sedar pembelajaran yang terlibat. Kita boleh
fokuskan ketiga-tiga perspektif terhadap aplikasi. Contohnya, pendekatan behavioris agak
berkesan bagi penguasaan isi am. Kemudian strategi kognitif mungkin berguna bagi taktik
penyelesiaan masalah di mana satu atau lebih konsep atau peraturan mungkin boleh atau tidak
boleh digunakan untuk penjanaan penyelesaian yang kreatif.
Bergantung kepada tugas, amalan pengajaran yang berjaya mempunyai ciri yang disokong
ketiga-tiga perspektif. Jadi tiada sesuatu pendekatan yang terbaik, dan ia bergantung kepada
konteks. Aplikasi multimedia dan komunikasi sinkroni atau taksinkroni oleh web dan lebuh raya
elektronik membekalkan adunan yang baik bagi pendekatan mungkin berjaya sebaik sahaja kita
10
memahami dan menggunakan prinsip-prinsip di belakang perspektif teori pembelajaran.
Tennyson dan Breuer (1997) mencadangkan model pautan yang menggunakan kekuatan setiap
satu atau kombinasi perspektif teori-teori pembelajaran.
Komunikasi pengantaraan komputer memerlukan perkakasan seperti komputer, modem,
dan talian yang dihubungkan dengan talian telefon. Dengan adanya komputer yang dihubungkan
dengan talian telefon ini, kita dapat berkomunikasi dan menyusuri lebuh raya maklumat,
mencapai maklumat, dan mendapatkan perkhidmatan yang ditawarkan melalui internet.
Komunikasi berperantaraan komputer merangkum perkhidmatan mel elektronik, papan buletin,
persidangan komputer, sembang siber, dan laman web. Melalui mel elektronik, pengguna
berkomunikasi dengan menggunakan teks sahaja. Walaupun teknologi terkini menawarkan
perkhidmatan video dan suara, komunikasi secara teks didapati digunakan dengan lebih meluas.
Guru dan pelajar dapat berkomunikasi dari komputer peribadi masing-masing dengan
menggunakan perisian tertentu, seperti Eudora, Nescape Communicator, dan Microsoft
Explorer. Perisian komunikasi ini dapat menyimpan, menghantar, dan mencetak mel elektronik.
Penerima mel pula dapat membaca dan membalas mel elektronik ini. Komunikasi melalui mel
elektronik dapat berlangsung dalam bentuk formal atau tidak formal. Mel elektronik
membolehkan komunikasi dilakukan dengan cepat dan mudah. Guru dapat menggunakan mel
elektronik untuk berunding dengan pelajar yang berada di tempat yang jauh.
Walau bagaimanapun, komunikasi melalui mel elektronik ini dianggap tidak sempurna kerana
tiada intonasi, ekspresi wajah, dan gerak laku yang turut merupakan unsur penting dalam
komunikasi. Mowrer (1996) mengatakan bahawa komunikasi pengantaraan komputer merupakan
bentuk komunikasi yang unik dan dapat membantu pembelajaran di dalam kelas. Melalui mel
elektronik, pelajar dapat berhubung dengan guru tentang pelbagai masalah bahasa. Pelajar yang
malu atau jarang-jarang bersuara dan mengeluarkan pendapat di dalam kelas akan berasa lebih
selesa apabila berkomunikasi dengan guru melalui mel elektronik.
Komunikasi pengantaraan komputer dapat membantu perhubungan pelajar-guru dan pelajar-
pelajar, di samping dapat merapatkan jurang berbezaan antara seorang pelajar dengan seorang
pelajar lain dalam kursus yang sama. Wild dan Winiford (1993) pula mengatakan bahawa mel
elektronik dapat membantu pemelajaran bahasa. Mel elektronik mengaplikasikan strategi
11
pemelajaran berbentuk kolaboratif dan komunikatif. Para pelajar dapat berkomunikasi secara
spontan. Projek bahasa berbentuk multidisiplin antara institusi yang berlainan dapat dijalankan
secara kolaboratif. Penggunaan perkhidmatan komunikasi ini membolehkan lebih banyak projek
bahasa dijalankan dalam talian sahaja. Hal ini sudah tentu menjimatkan kos dan mengurangkan
tempoh pelaksanaan suatu projek. Papan buletin dapat digunakan untuk memaparkan maklumat
terkini dan bahan pemelajaran. Guru dapat menggunakan papan buletin ini untuk memaklumkan
maklumat kursus, seperti latihan, tarikh persidangan, tempat pertemuan, dan bahan berkaitan
kepada pelajar.
Persidangan ini meliputi forum elektronik yang lebih interaktif dan melibatkan lebih banyak
pengguna. Sidang konferen ini membolehkan para pengguna membaca dan menulis mesej, serta
berbincang secara spontan tentang suatu isu. Para guru bahasa Melayu dapat menggunakan
sidang ini untuk membahaskan pelbagai isu yang berkaitan dengan bahasa. Perkhidmatan ini
membolehkan para pelajar berbual-bual dalam bentuk bertulis, iaitu dengan menggunakan teks.
Perbualan ini berlansung dalam keadaan tidak formal dan tidak terancang. Perbualan dapat
dilakukan bersama-sama dengan pengguna lain yang mengunjungi laman sembang siber ini.
Guru bahasa Melayu dapat mengatur pertemuan dengan pelajar di laman ini supaya satu bentuk
perbualan yang mencapai keperluan kemahiran bahasa pelajar dapat dilakukan. Akhir sekali
ialah laman web. Perkhidmatan ini membolehkan para guru memberikan syarahan, latihan, atau
maklumat kursus dalam talian. Laman ini dihubungkan dengan beberapa laman web lain supaya
pelajar dapat menyusur maklumat lain yang berkaitan dengan perkara yang dipelajari. Laman ini
dapat dibangunkan dengan lebih lengkap untuk tujuan pengajaran. Jika komputer mempunyai
kemudahan multimedia, pelajar juga dapat mendengar dan melihat imej yang diprogramkan.
Interaksi begini sudah tentu lebih mencabar dan memberikan motivasi kepada pelajar. Para
pendidik harus menggunakan perkhidmatan ini dalam pengajaran bahasa Melayu.
5.0 RUMUSAN
12
Kepercayaan kini ialah ICT adalah cara dalam mana pendidikan yang lebih baik akan diperolehi.
Ini membanyangkan sumbangan utama teknologi untuk meningkatkan pendidikan. Contoh demi
contoh merujuk kepada teknologi perkakasan seakan-akan teknologi-teknologi itulah yang
membawa kepada hasil yang diharapkan.
Pada sebahagiannya ini mungkin benar, tetapi yang merumitkan ialah memastikan proses yang
selari dengan teknologi itu berfungsi. Kerap kali kelemahan teknologi disembunyikan dan tidak
diberi perhatian langsung. Pengajaran boleh dilatih, pelajar didorong menyertai dalam percubaan
Pembelajaran Bestari, perkakasan mungkin berada, tetapi adakah pendekatan kepada pengajaran
novel atau inovatif? Apa yang kita saksi adalah kemahiran terlatih yang ditunjuk-tunjuk dalam
masa sebenar dan yang mungkin memerlukan penyesuaian.
Beberapa pengajar mungkin tertarik dengan idea konstruktivisme, tetapi akan menghadapi
masalah melaksanakannya dalam bilik darjah. ICT boleh menjadi pemudah cara yang kuat bagi
pengajaran dan pembelajaran dengan sebab-sebab dan kebijaksanaan untuk berjaya. Jika
pengukuran pencapaian mungkin boleh dipersoalkan. Kita boleh menyepadukan ICT dengan
lebih berakal kalau kita memahami teknologi-teknologi lembut.
(2905 patah perkataan)
RUJUKAN:
13
Adenan Husin. (1999). Faktor yang Mempengaruhi Sikap Guru Terhadap Penggunaan
Komputer.Tesis Sarjana. Universiti Utara Malaysia
Azhar , H. A. (1998). Penggunaan komputer dalam kalangan Guru-guru Sekolah
Menengah di Bandaraya Kuching Utara. Tesis Sarjana. Universiti Malaysia Sarawak.
Dr Harun Jaafar. (2008).Kesusasteraan Melayu.Open Universiti Malaysia (OUM),Ogos
2014.HBML4203.
Johan Eddy Luaran. (2005). Kajian Terhadap Kemahiran dan Aras Keyakinan Guru
Terhadap Aplikasi Teknologi Maklumat (ICT) dalam Pengajaran dan Pembelajaran di
Sekolah Menengah Daerah Kudat, Sabah. Tesis Sarjana. Universiti Teknologi
Malaysia.
Johnson, D. (1996). Evaluating the Impact of Technology: The Less Simple Answer,
http://www.fromnowon.org/Jan96/reply.html. Retrieved 23 January 2007.
Kementerian Pelajaran Malaysia. (1997). Pendidikan di Malaysia. Kuala Lumpur:
Percetakan Nasional.
Kementerian Pelajaran Malaysia. (2007). Kad Laporan Pelaksanaan Pelan Induk
Pembangunan Pendidikan 2006-2010. Kuala Lumpur: Percetakan Nasional.
Krishnan, Janarthini, Mohamad Said, Mohd. Nihra. Haruzuan, Noor Azean. (2007).
Faktor-faktor yang Mempengaruhi Penggunaan E-Pembelajaran di kalangan Pelajar
Tahun Akhir Fakulti Pendidikan, Universiti Teknologi Malaysia. Smart Teaching &
Learning: Re-engineering ID, Utilization and Innovation of Technology 1: 6-12.
Mahathir Mohamed. (1998). Multimedia Super Corridor. Subang Jaya: Pelanduk
Publication (M) Sdn.Bhd.
Megat Aman Zahiri Megat Zakaria, Baharuddin Aris dan Jamalludin Harun. (2008).
Kemahiran ICT di kalangan guru-guru pelatih UTM: Satu tinjauan. Paper presented
at the 1st International Malaysian Educational Technology Convention. Kuala
Lumpur. 28 Ogos.
14
15