kesultanan melayu melaka

4
Kesultanan Melayu Melaka. Jika kita menyebut sahaja Kesultanan Melayu Melaka pasti tergambar di fikiran berkenaan dengan Hikayat Hang Tuah yang sinonim dengan kekuatan dan kesetiaan. Pada tahun 1536, telah wujudnya teks Sulalatus Salatin atau Sejarah Melayu yang dipercayai teks terawal dan pertama yang mempunyai catatan „sejarah‟ berkenaan dengan Kesultanan Melayu Melaka yang diceritakan dalam bentuk berhikayat. 1 Kesultanan Melayu Melaka merupakan salah satu periode yang sangat penting dalam sejarah Malaysia kerana telah memberikan banyak sumbangan kepada pemantapan bangsa serta memberi pengaruh dan kesan terhadap negara kita kini. Pada awal abad ke-14, Melaka hanyalah merupakan sebuah perkampungan kecil nelayan. 2 Penduduknya hanya terdiri daripada Orang Laut dan Orang Selat menjalankan aktiviti menangkap ikan dan berdagang secara kecil-kecilan sebagai cara untuk menyara hidup mereka. Bermula daripada perkampungan kecil nelayan, Melaka telah berubah dan menjadi sebuah empayar yang besar, kuat dan berpengaruh. Kedudukan Melaka yang terletak di laluan perdagangan iaitu di Selat Melaka yang merupakan kawasan lalulintas di antara Timur dan Barat telah mendorong ia berkembang pesat menjadi sebuah pusat perdagangan Melayu di timur. 3 Oleh kerana kedudukan Melaka adalah strategik dan berada di persisir pantai, mereka amat sensitif dengan keadaan laut dan juga semua perubahan kegiatan laut yang dihadapinya. Pengasas Kesultanan Melayu Melaka ialah Parameswara pada sekitar tahun 1400. Parameswara telah berhijrah ke Tanah Melayu untuk membuka penempatan baru setalah meninggalkan kerajaan Majapahit. Semasa berburu di muara Sungai Bertam, sedang Parameswara berehat di sebuah pokok, beliau telah menyaksikan seekor pelanduk menendang salah seekor daripada anjing-anjing buruannya. Parameswara tertarik dengan kegagahan pelanduk itu lalu beliau memutuskan membina sebuah penempatan di kawasan tersebut dan Parameswara telah menamakan penempatan tersebut „Melaka‟sempena nama pokok yang 1 Muhammad Yusoff Hashim, 1989. Kesultanan Melayu Melaka, Dewan Bahasa Dan Pustaka Kementerian Pendidikan Malaysia Kuala Lumpur, hlm xxiii-xxiv. 2 Tan Ding Eng. 1975. Sejarah Malaysia dan Singapura. Kuala Lumpur. Siri Sejarah Fajar Bakti. Hal. 1 3 Muhammad Yusoff Hashim. 1992. The Malay Sultanate of Malacca. A study of various aspect of Malacca in 15 th and 16 th centuries in Malaysian history. Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur, pages 180.

Upload: far-hanie

Post on 25-Jun-2015

766 views

Category:

Documents


10 download

TRANSCRIPT

Page 1: Kesultanan Melayu Melaka

Kesultanan Melayu Melaka. Jika kita menyebut sahaja Kesultanan Melayu Melaka pasti

tergambar di fikiran berkenaan dengan Hikayat Hang Tuah yang sinonim dengan kekuatan dan

kesetiaan. Pada tahun 1536, telah wujudnya teks Sulalatus Salatin atau Sejarah Melayu yang

dipercayai teks terawal dan pertama yang mempunyai catatan „sejarah‟ berkenaan dengan

Kesultanan Melayu Melaka yang diceritakan dalam bentuk berhikayat.1 Kesultanan Melayu

Melaka merupakan salah satu periode yang sangat penting dalam sejarah Malaysia kerana telah

memberikan banyak sumbangan kepada pemantapan bangsa serta memberi pengaruh dan kesan

terhadap negara kita kini.

Pada awal abad ke-14, Melaka hanyalah merupakan sebuah perkampungan kecil

nelayan.2 Penduduknya hanya terdiri daripada Orang Laut dan Orang Selat menjalankan aktiviti

menangkap ikan dan berdagang secara kecil-kecilan sebagai cara untuk menyara hidup mereka.

Bermula daripada perkampungan kecil nelayan, Melaka telah berubah dan menjadi sebuah

empayar yang besar, kuat dan berpengaruh. Kedudukan Melaka yang terletak di laluan

perdagangan iaitu di Selat Melaka yang merupakan kawasan lalulintas di antara Timur dan Barat

telah mendorong ia berkembang pesat menjadi sebuah pusat perdagangan Melayu di timur.3 Oleh

kerana kedudukan Melaka adalah strategik dan berada di persisir pantai, mereka amat sensitif

dengan keadaan laut dan juga semua perubahan kegiatan laut yang dihadapinya.

Pengasas Kesultanan Melayu Melaka ialah Parameswara pada sekitar tahun 1400.

Parameswara telah berhijrah ke Tanah Melayu untuk membuka penempatan baru setalah

meninggalkan kerajaan Majapahit. Semasa berburu di muara Sungai Bertam, sedang

Parameswara berehat di sebuah pokok, beliau telah menyaksikan seekor pelanduk menendang

salah seekor daripada anjing-anjing buruannya. Parameswara tertarik dengan kegagahan

pelanduk itu lalu beliau memutuskan membina sebuah penempatan di kawasan tersebut dan

Parameswara telah menamakan penempatan tersebut „Melaka‟sempena nama pokok yang

1 Muhammad Yusoff Hashim, 1989. Kesultanan Melayu Melaka, Dewan Bahasa Dan Pustaka Kementerian Pendidikan Malaysia

Kuala Lumpur, hlm xxiii-xxiv. 2 Tan Ding Eng. 1975. Sejarah Malaysia dan Singapura. Kuala Lumpur. Siri Sejarah Fajar Bakti. Hal. 1 3 Muhammad Yusoff Hashim. 1992. The Malay Sultanate of Malacca. A study of various aspect of Malacca in 15th and 16th

centuries in Malaysian history. Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur, pages 180.

Page 2: Kesultanan Melayu Melaka

menjadi tempat teduhnya itu.4 Maka, wujudlah sebuah kerajaan di Tanah Melayu yang dikenali

sebagai Melaka dan telah mencipta sejarahnya yang terunggul dari zaman ke zaman.

Jika ada kerajaan haruslah ada pemerintahnya. Maka, penerintahan ini telah bermula dari

Parameswara sendiri (1400-1414) dan kemudian diperturunkan kepada anaknya Megat Iskandar

Syah (1414-1424) kemudian kepada Muhamad Syah (1424 -1445) dan seterusnya. Pemerintahan

kesultanan Melayu Melaka ini dapat di bahagikan kepada empat fasa iaitu pada fasa pembukaan

sekitar 1400-1424 yang diperintah oleh Parameswara dan anaknya Mahkota Iskandar Syah

sendiri. Pada fasa kedua pula ialah fasa pengukuhan iaitu pada tahun 1424-1446 dibawah

pemerintahan Sultan Muhammad Syah seterusnya pengganti baginda manakala pada fasa ketiga

ialah fasa dimana kegemilangan dicapai pada 1446-1488 dibawah pemerintahan Sultan Mansur

Syah dan fasa kejatuhan iaitu pada 1488-1511 dibawah kepimpinan Sultan Mahmud Syah.5

Setiap sultan yang memerintah Melaka mempunyai sumbangan mereka yang tersendiri dalam

kemajuan dan pembangunan Kerajaan Melaka.

Kejayaan terulung Kerajaan Melaka adalah dalam sektor perdagangan dan perkapalan

sehinggakan menjadi sejarah penting di dunia dan banyak catatan yang tertulis berkenaan dengan

Melaka. Terdapat banyak faktor yang mendorong kerajaan Melaka dalam mencapai kejayaan

dapam perdagangan antaranya adalah kedudukan yang strategik, sistem pentadbiranya, faktor

pemimpin dan banyak lagi. Menurut pendapat Fernand Braudel tentang Kesultanan Melaka

sebagai super-world-economy, ia mempunyai tiga syarat iaitu sempadan berubah secara

perlahan, di tengah sebuah bandar raya kapitalis yang gagah dan sentiasa wujud hiraki zon dalam

ekonomi-dunia.6 Syarat yang pertama adalah berkenaan dengan bermulanya fenomena yang

serupa dimana terdapatnya atau wujudnya zon yang wajib diterokai untuk aktiviti ekonomi.

Menurut pendapat Fernand Braudel, zon atau sempadan yang harus terokai haruslah yang

berkeadaan istimewa, dimana ia sukar untuk diteroka atau ditembusi pada mulanya seperti

kerang yang tebal. Sempadan yang diterokai juga haruslah member pulangan yang setimpal

untuk aktiviti perdagangan dan pelaburan. Oleh itu, ini juga merupakan salah satu faktor dari

4 Wikipedia, Kesultanan Melayu Melaka. 7 september 2010.

Dari:http://ms.wikipedia.org/wiki/Kesultanan_Melayu_Melaka#Parameswara 5 Rahmat Saripan. 1983. Dokumentasi Seminar Sejarah Melaka. Melaka Marathon Engriving. Hal 19 6 Fernand Braudel. 1992. The Perspective of the World: Civilization and Capitalism 15Th-18th Century, University of California Press, Berkeley, Los Angeles Vol. 3. Pages 26-36

Page 3: Kesultanan Melayu Melaka

segi geografi dimana kerajaan Melaka sensitif dengan perubahan kedudukan dan kegiatan laut

yang dihadapinya. Ini kerana, perubahan kegiatan laut atau sempadannya akan menentukan

perubahan dan perkembangan persejarahannya. Perubahan ini pernah dialami oleh kerajaan-

kerajaan lain seperti Langkasuka, Srivijaya, Perlak, Pasai dan lain-lain sebelum abad ke-15.7

Antara perubahan atau masalah yang dilalui oleh kerajaan-kerajaan ini adalah Kawasan

pinggiran sedikit kegiatan dan kosong, sangat sukar untuk diterokai dan berbagai rintangan lain.

Apabila Melaka telah berjaya mengatasi perubahan dan rintangan di sesebuah kawasan, mereka

akan mengalami kesukaran dalam menjaga laluan tersebut pula dan ini menjadi punca kepada

zaman kejatuhan Kerajaan Melaka.

Syarat yang kedua pula adalah berkenaan dengan terdapatnya sebuah bandar yang gagah

yang dikenali sebagai “super-cities”, bandar terhebat. Bandar ini adalah berperanan dalam hal-

hal pentadbiran yang mendorong kepada kejayaan sesebuah kerajaan, ekonomi dan juga

pelabuhan. Ini merupakan nadi kepada kegiatan ekonomi yang berlangsung di Kerajaan Melaka

dimana bandarnya merupakan pusat pengawalan aktiviti perdangangan yang berlaku di Melaka.

Antara aktiviti yang dikawal oleh bandar adalah penyebaran berita, perjalanan kewangan yang

berlaku, persuratan, pengubalan undang-undang dan banyak lagi. Di Melaka terdapatnya

Undang-Undang Melaka (44 fasal) dan juga Undang-Undang Laut (25 fasal) yang mengawal

perdagangan di pelabuhan mereka.8 Menurut Fernand Braudel bandaraya yang silih berganti

akan memainkan peranan dan akan memberikan kesan besar kepada semua yang terlibat

dengannya seperti apabila Melaka jatuh, Demak, Acheh, Bugis, India, Arab dan lain-lain turut

mengalami kesannya.

Syarat yang ketiga pula adalah wujudnya zon dalam ekonomi dunia. Pelbagai zon ini

mengadap ke arah satu pusat dan bersatu dalam membina satu jaringan perhubungan berterusan

ratusan tahun walaupun keadaan politik telah berubah serta hubungan perdagangan tetap

berterusan tanpa mereka menyedari apa yang telah berlaku. Ini juga dipanggil sebagai

superstructure ataupun struktur terhebat. Aktiviti perdangangan yang berlaku di Melaka tetap

7 Muhammad Yusoff Hashim, 1989. Kesultanan Melayu Melaka, Dewan Bahasa Dan Pustaka Kementerian Pendidikan Malaysia

Kuala Lumpur, hlm 236. 8 Muhammad Yusoff Hashim. 1992. The Malay Sultanate of Malacca. A study of various aspect of Malacca in 15th and 16th

centuries in Malaysian history. Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur, pages 195

Page 4: Kesultanan Melayu Melaka

berjalan seperti biasa walaupun pada ketika itu berlaku perubahan dalam pemimpinan Melaka.9

Fernand Braudel turut menyataan berkenaan teori Zon von Thunen dimana kawasan bandar

menindas luar bandar dan ini akan mewujudkan ketidaksamaan. Di Melaka, menurut de Eredia,

Barbosa, urusniaga banyak dijalankan oleh pedagang pribumi yang terbahagi kepada dua iaitu

pedagang kecil-kecilan dan pedagang besar-besaran. Menurutnya lagi, pedagang pertama

tertumpu di tebing sungai Melaka manakala pedagang kedua adalah golongan pemerintah dan

pedagang sepenuh masa yang kaya-raya. 10

Walaupun ia kelihatan tidak adil, ekonomi dunia dan

perdagangan ini tetap berjalan seperti biasa.

Kesimpulanya, kesemua aspek diambil kira dalam perkembangan dan kejayaan di

Kesultanan Melayu Melaka bermula daripada kedudukannya yang strategik, pemimpin yang

menjadi teras sehinggalah kepada faktor-faktor pentadbiran. Setiap sejarah mempunyai

kekuatannya yang tersendiri begitu juga dengan Melaka yang turut menjadi sejarah terutama

dalam sejarah melayu serta perdagangan dunia.

9 Fernand Braudel. 1992. The Perspective of the World: Civilization and Capitalism 15Th-18th Century, University of California

Press, Berkeley, Los Angeles Vol. 3. Pages 529 10 Muhammad Yusoff Hashim, 1989. Kesultanan Melayu Melaka, Dewan Bahasa Dan Pustaka Kementerian Pendidikan

Malaysia Kuala Lumpur, hlm 269.