keserasian alam sekitar
TRANSCRIPT
Mohd Sahidin CT10210496 Keserasian Alam Sekitar
1
Keserasian Alam Sekitar. Pendahuluan KONSEP KESERASIAN DALAM ALAM SEKITAR. Sumber alam ialah segala sesuatu yang memungkinkan organisme
hidup untuk meningkatkan pengubahan energi (Watt, 1973 dalam
Soeriaatmadja, 1997). Sumber semulajadi Alam adalah semua kekayaan
bumi, baik biotik maupun ambiotik yang dapat dimanfaatkan untuk memenuhi
keperluan dan kesejahteraan manusia, misalnya: tumbuhan, haiwan, udara,
air, tanah, bahan makanan, angin, cahaya matahari, dan mikrob (jasad renik).
Alam memiliki sifat yang beraneka ragam, tetapi harus serasi dan
seimbang. Oleh karena itu, pemeliharaan dan pemuliharaan alam sekitar
harus terus dilakukan untuk mempertahankan keserasian dan keseimbangan
tersebut. Semua kekayaan yang ada di bumi ini, baik biotik mahu pun
ambiotik, yang dapat dimanfaatkan untuk kesejahteraan manusia merupakan
sumber alam. Tumbuhan, haiwan, manusia, dan mikrob merupakan sumber
alam semulajadi, sedangkan faktor ambiotik lainnya merupakan sumber alam
yang bukan semulajadi. Pemanfaatan sumber alam harus diikuti oleh
pemeliharaan dan pelestarian karena sumber alam bersifat terbatas.
Manusia di dalam kehidupannya tidak terlepas dari berbagai-bagai
keperluan. Keperluan tersebut secara umum dapat dibahagi kepada:
1) keperluan asas iaitu keperluan mutlak berupa pakaian, makanan,
tempat tinggal dan udara bersih,
2) keperluan sekunder iaitu segala sesuatu yang diperlukan untuk
dapat lebih menikmati hidup berupa rekreasi, pendidikan, pengangkutan dan
hiburan.
Setiap orang memandang dan memenuhi keperluannnya mengikut
cara yang berlainan, dipengaruhi oleh faktor ekonomi, pertimbangan
Mohd Sahidin CT10210496 Keserasian Alam Sekitar
2
keperluan, sosial budaya dan waktu. Semakin tinggi tingkat pemenuhan
keperluan untuk kelangsungan hidup, maka semakin baik pula mutu hidup.
Derjat pemenuhan keperluan asas manusia dalam keadaan persekitaran
disebut mutu persekitaran. Keinginan manusia terhadap sumber alam untuk
memenuhi keperluan asasnya dibatasi oleh sokongan persekitarannya, iaitu
ketersediaannya pada alam dan adanya cukup ruang untuk hidup pada
tingkat kestabilan sosial tertentu. Sokongan persekitaran dalam hal ini dapat
dinyatakan sebagai kemampuan persekitaran untuk menyokong
perikehidupan semua makhluk hidup.
Penyebaran sumber alam di bumi ini tidaklah merata letaknya.
Misalnya, ada bahagian bumi yang sangat kaya sumber mineral, ada pula
yang tidak. Ada yang baik untuk pertanian ada pula yang tidak. Oleh karena
itu, agar pemanfaatannya dapat berkesinambungan, maka tindakan
eksploitasi sumber alam harus disertai dengan tindakan perlindungan.
Pemeliharaan dan pengembangan persekitaran hidup harus dilakukan
dengan cara yang rasional yang antara lain adalah seperti berikut:
1. Memanfaatkan sumber alam yang dapat diperbaharui dengan hati-
hati dan efisien, misalnya: air, tanah, dan udara.
2. Menggunakan bahan pengganti, misalnya hasil metalurgi
(campuran).
3. Mengembangkan kaedah menambang dan memproses yang
efisien, serta kitar semula (recycling).
4. Melaksanakan etika persekitaran berdasarkan falsafah hidup
secara damai dengan alam.
Alam merupakan suatu kesatuan, terdiri dari banyak bahagian, seperti
organisme dengan organ-organnya. Semua bagian berjalan secara harmoni,
saling melayani dan memerlukan. Tiap organ memiliki peranan masing-
masing, saling melengkapi dan memberikan sinergi untuk menghasilkan
keseimbangan secara optima, dan berkesinambungan. Setiap komponen
tidak berfikir dan bertindak hanya demi ‘aku’, tetapi untuk ‘kita’, keseluruhan
alam. Demikian halnya Alam, melindungi dan menggunakan bahagian-
Mohd Sahidin CT10210496 Keserasian Alam Sekitar
3
bahagiannya secara harmonis. Serasi dengan alam secara etika bermakna pengubahan sikap, paradigma cara berfikir manusia terhadap alam, tidak ada anggapan manusia berkuasa terhadap makhluk lain.
Sehingga apa yang diekspresikan di alam persekitaran adalah
memanfaatkan energi yang bebas beredar, relatif tidak berbahaya, melalui
pemanfaatan sumber alam, dengan tidak meniadakan bentuk kehidupan lain
di alam. Tindakan yang selaras dan seragam terhadap alam adalah dengan
perubahan cara hidup, berupa tindakan untuk mulai berbuat sesuatu sekecil
apapun dalam kecekapan tenaga dalam kehidupan sehari-hari, tanpa
mengorbankan sesuatu yang bernilai.
Pembangunan seharusnya diarahkan pada Pembangunan
berkesinambungan yang berwawasan . Persekitaran hidup adalah keupayaan
sedar dan terencana, yang menyepadukan pesekitaran, termasuk sumber
alam, ke dalam proses pembangunan untuk menjamin kemampuan,
kesejahteraan, dan mutu hidup generasi masa kini dan generasi masa depan.
Sasaran pengelolaan alam sekitar adalah :
(a) tercapainya keselarasan, keserasian, dan keseimbangan antara
manusia dan lingkungan hidup;
(b) terwujudnya manusia sebagai insan lingkungan hidup yang memiliki
sikap dan tindak melindungi dan membina lingkungan hidup;
(c) terjaminnya kepentingan generasi masa kini dan generasi masa
depan;
(d) tercapainya kelestarian fungsi persekitaran hidup;
(e) terkendalinya pemanfaatan sumber alam secara bijaksana.
Sehubungan dengan itu, saya bersama–sama rakan sekerja telah merancang
dan menjalankan satu mini projek yang bertujuan untuk menjaga keindahan
dan seserasian alam sekitar di kawasan sekolah. Mini projek ini dikenali
sebagai projek serasi Taman Mini Hijau.
Mohd Sahidin CT10210496 Keserasian Alam Sekitar
4
Projek Serasi Taman Mini Hijau Latar Belakang.
Projek ini merupakan satu program yang dirancang khas untuk murid-
murid yang berada di tahap dua iaitu murid tahun 4,5 dan 6.
Projek Taman Mini Hijau telah dirancang khas sebagai salah satu
aktiviti yang boleh dijalankan oleh murid-murid tahun 4,5 dan 6 sebagai
sumbangan mereka bagi menghijaukan persekitaran sekolah selain
menyedarkan dalam diri murid-murid betapa pentingnya menghargai alam
sekitar. Tema Projek Sreasi Taman Mini Hijau ini ialah Satu Pokok Satu Murid
Apakah Projek Serasi Taman Hijau: Program ini merupakan pendekatan menyeluruh dalam pengurusan,
kurikulum, kurikulum dan penghijauan sekolah di kalangan warga sekolah
bersama-sama keluarga, komuniti setempat. Ia dilaksanakan menerusi
pendekatan pendidikan alam sekitar untuk membentuk masyarakat yang
prihatin dan menhargai alam sekitar pada sepanjang masa. Projek ini juga
merupakan pusat pembelajaran dan pengajaran yang dapat mempengaruhi
warga sekolah dan masyarakat ke arah kehidupan lestari.
Objektif Projek Serasi Taman Mini Hijau
• Mempertingkatkan kesedaran terhadap kepentingan memelihara dan
memulihara alam sekitar di sekolah
• Memupuk sikap positif dan cintakan alam sekitar di kalangan warga
sekolah yang menitikberatkan pemeliharaan dan pemuliharaan alam
sekitar.
• Untuk mengalakkan inovasi ke arah membentuk persekitaran sekolah
yang menitikberatkan pemeliharaan dan pemuliharaan alam sekitar.
Mohd Sahidin CT10210496 Keserasian Alam Sekitar
5
• Mengiktiraf usaha berterusan sekolah dalam program pendidikan alam
sekitar.
Konsep Projek Serasi Mini Taman Hijau
1. Amalan pemeliharaan dan pemuliharaan alam sekitar di sekolah pada
sepanjang masa.
2. Menyokong dan mengukuhkan program pendidikan alam sekitar
merentas ko-korikulum.
3. Pendekatan menyeluruh yang melibatkan warga sekolah bersama
keluarga, komuniti setempat, kerajaan, pihak swasta dan badan bukan
kerajaan.
4. Pendekatan bersepadu dalam pengurusan,ko- kurikulum dan
penghijauan sekolah.
Matlamat Projek Taman Hijau.
• Projek ini dapat membantu pihak sekolah menguruskan penghijauan
taman secara teratur supaya kelihatan indah dan serasi dengan
persekitaran sekolah.
• Pihak sekolah juga dapat menggalakkan penanaman tumbuh-
tumbuhan dalam atau luar sekolah.
• Projek Taman Mini ini adalah bertujuan untuk menambahkan lagi
keceriaan dan keindahan landskap kawasan sekolah. Projek ini telah
dijalankan selama seminggu melalui kerjasama Unit Bimbingan &
Kaunseling dengan Panitia Sains dan juga Kemahiran Hidup.
Proses Perlaksanaan Projek
• Setiap murid yang terllibat dalam menjayakan projek ini di minta membawa
satu pokok dari pelbagai jenis pokok daripada rumah masing-masing.
• Guru dan murid sama-sama menanam pokok-pokok tersebut.
Mohd Sahidin CT10210496 Keserasian Alam Sekitar
6
• Projek ini dijalankan sepenuhnya oleh murid-murid tahun 6 dan juga
kerjasama guru-guru yang ditugaskan sebagai fasilitator sepanjang
program ini berjalan. Dengan adanya kerjasama yang jitu antara murid
dengan usaha guru, maka projek ini dapat dijalankan seperti yang
dirancang.
• Seterusnya projek ini di laksanakan secara berterusan.
Mohd Sahidin CT10210496 Keserasian Alam Sekitar
7
Perjalanan dan senario Perlaksanaan projek Serasi Taman Mini Hijau di Sk
Pekan Semporna Dua Semporna.
a. Majlis Perasmian ( Pecah Tanah ) oleh Penolong Kanan Ko-Kurikulum.
Mohd Sahidin CT10210496 Keserasian Alam Sekitar
8
b. Proses Membersihkan Kawasan & Meratakan Tanah
c. Proses mengembur tanah
Mohd Sahidin CT10210496 Keserasian Alam Sekitar
9
d. Proses menanam bunga
Mohd Sahidin CT10210496 Keserasian Alam Sekitar
10
e. Menjaga dan menyiram bunga
Mohd Sahidin CT10210496 Keserasian Alam Sekitar
11
f. Tanaman mula subur
Mohd Sahidin CT10210496 Keserasian Alam Sekitar
12
Salah satu Hasil Projek setelah di jaga dengan rapi setiap hari.
Mohd Sahidin CT10210496 Keserasian Alam Sekitar
13
Gambar di bawah menunjukkan suburnya tumbuhan hijau yang di tanam di sekitar sekolah.
Mohd Sahidin CT10210496 Keserasian Alam Sekitar
14
Kesimpulan:
Sebagai seorang yang beriman, kita tidak mahu kemajuan sains dan
teknologi yang dikecapi selama ini hanya bertujuan untuk melayani kehendak
nafsu manusia semata-mata tanpa memikirkan ekosistem. Dengan
berbekalkan kesedaran inilah maka segala tindakan atau aktiviti yang diambil
terhadap alam sekitar khususnya persekitaran sekolah adalah merupakan
sebahagian daripada usaha untuk mengingatkan manusia dalam
menyempurnakan tanggungjawabnya sebagai khalifah di mukabumi.
Kesedaran terhadap pemeliharaan keindahan dan seserasian alam sekitar
haruslah dimulakan dari alam persekitaran sekolah rendah lagi. Begitu juga
dengan jalan penyelesaian yang diambil terhadap masalah alam sekitar yang
timbul tidak seharusnya bertujuan untuk memenuhi tuntutan lahiriah dan
fizikal manusia yang tidak terbatas . Kanak-kanak disekolah bukan sahaja di
didik dengan aktiviti pemeliharaan alam persekitaran sekolah bahkan
diperluaskan kepada aktiviti pemuliharaan persekitaran sekolah seperti
membersihkan parit, memungut sampah dan lain-lain lagi.
Pihak sekolah tidak seharusnya bergantung kepada tukang kebun
ataupun syarikat yang dipertanggungjawabkan untuk membersihkan sekolah.
Murid-murid harus dilibatkan dalam program keindahan dan keserasian
persekitaran sekolah. Keterlibatan murid secara langsung akan memupuk
perasaan bertanggungjawab secara tidak langsung dalam memelihara dan
memuliharan persekitaran sekolah.