kesan persekitaran utm dalam membangunkan … filekajian rintis menunjukkan realiibility coefficient...
TRANSCRIPT
KESAN PERSEKITARAN UTM DALAM MEMBANGUNKAN INTELEKTUAL
PELAJAR PENDIDIKAN TEKNIKAL DAN KEJURUTERAAN, FAKULTI
PENDIDIKAN
NADILA BINTI MOHD YUSOFF
UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA
v
ABSTRAK
Persekitaran merupakan satu faktor penting dalam mempengaruhi budaya dan
pembangunan diri pelajar. Penyelidikan deskriptif ini bertujuan meninjau tahap
keberkesanan faktor persekitaran UTM dalam membangunkan intelektual pelajar
Jabatan Teknikal dan Kejuruteraan, Fakulti Pendidikan. Lima faktor persekitaran yang
dilihat adalah Hal Ehwal Pelajar (HEP), fakulti, kokurikulum, kolej kediaman dan rakan
sebaya. Kajian ini hanya menggunakan soal selidik untuk mendapatkan maklum balas
responden. Kajian rintis menunjukkan realiibility coefficient soal selidik adalah 0.891.
Seramai 180 orang pelajar tahun akhir, Jabatan Teknikal dan Kejuruteraan, Fakulti
Pendidikan dipilih sebagai responden dengan menggunakan kaedah rawak mudah. Data-
data diproses dengan menggunakan ‘Statistical Package for Social Science’ (SPSS versi
16.0) bagi mendapatkan nilai min, sisihan piawai, korelasi Pearson dan ANOVA. Hasil
kajian menunjukkan kesemua faktor persekitaran memberikan kesan ditahap tinggi
terhadap pembangunan intelek pelajar kecuali faktor HEP di tahap sederhana. Secara
keseluruhanya, faktor rakan sebaya mencatatkan nilai min yang tertinggi iaitu 3.90.
Analisis ANOVA menunjukkan tidak terdapat perbezaan yang signifikan antara faktor
rakan sebaya terhadap pembangunan intelektual berdasarkan CGPA pelajar. Manakala
korelasi Pearson secara keseluruhanya menunjukkan terdapat hubungan yang signifikan
antara kelima-lima faktor persekitaran dalam membangunkan intelektual pelajar.
Sebagai kesimpulannya dirumuskan bahawa faktor persekitaran di UTM berjaya
membangunkan intelektual pelajar. Akhir sekali, beberapa cadangan kajian lanjutan
telah dikemukakan untuk penyelidikan pada masa hadapan.
vi
ABSTRACT
Environment is an important factor which influence culture and students self-
development. The purpose of descriptive research was to observe the level of
effectiveness of UTM environmental factors in bringing up intellectual students of
technical and engineering department in educational faculty. The effectiveness of
UTM’s environmental factors is seen according to five factors in which are student
affairs (HEP), faculty, co-curriculum, hostels and peers. This research only use set of
questionnaire to get feedback from respondents. Pilot study shows the set of
questionnaire reliability coefficient for question answer is 0.891. 180 final year students
of technical and engineering department of educational faculty were chosen as
respondents from four different technical courses using random sample method. Data’s
were analyzed using Statistical Package for Social Science (SPSS 16.0 version) to get
the min value, standard deviation, Pearson Correlation and one-way ANOVA. Results of
the research showed all the environmental factors were at high level except for student
affairs which is at medium level. Overall, peer factor showed highest min value at 3.90.
Analysis ANOVA showed no significant difference between peer factors in bringing up
intellectual based on students CGPA. While Pearson Correlation in overall showed a
significant relationship between environmental factors in bringing up intellectual
students. As a conclusion, it can be summarized that UTM environmental factors are
able to bring up intellectual students. Finally, there has been several identified
recommendation for further research in the future.
vii
KANDUNGAN
BAB PERKARA MUKA SURAT PENGAKUAN ii
DEDIKASI iii
PENGHARGAAN iv
ABSTRAK v
ABSTRACT vi
KANDUNGAN vii
SENARAI JADUAL xi
SENARAI RAJAH xiv
SENARAI LAMPIRAN xv
SENARAI SINGKATAN xvi
1 PENDAHULUAN
1.1 Pengenalan 1
1.2 Latar Belakang Masalah 6
1.3 Penyataan Masalah 10
1.4 Objektif Kajian 10
1.5 Persoalan Kajian 11
1.6 Hipotesis Kajian 12
1.7 Rasional Kajian 12
1.8 Kepentingan Kajian 13
1.9 Skop dan Batasan Kajian 14
1.10 Kerangka Kajian 15
1.11 Definisi Kajian 16
1.11.1 Pembangunan pelajar 16
viii
1.11.2 Intelek 17
1.11.3 Kesan 17
1.11.4 Faktor Persekitaran 17
1.11.5 Hal Ehwal Pelajar (HEP) 18
1.11.6 Fakulti 18
1.11.7 Kokurikulum 19
1.11.8 Kolej Kediaman 19
1.11.9 Rakan Sebaya 20
2 SOROTAN KAJIAN
2.1 Pengenalan 21
2.2 Konsep Pembangunan Pelajar 21
2.3 Teori Pembangunan Intelek Pelajar 24
2.3.1 Teori Vektor Pembangunan Pelajar 24
2.3.2 Teori Erik Erikson 24
2.3.3 Teori Sandford 25
2.3.4 Teori Struktur Kognitif 26
2.3.5 Teori Kecerdasan 26
2.3.6 Teori Berorentasikan Sifat Kognitif 28
2.4 Pencapaian dan Kecemerlangan Akademik 30
2.5 Faktor Persekitaran UTM 32
2.5.1 Peranan Hal Ehwal Pelajar (HEP) 32
2.5.2 Peranan Fakulti 33
2.5.3 Peranan Kokurikulum 34
2.5.3.1 Bidang Kokurikulum 35
2.5.3.2 Implikasi Kokurikulum Dalam
Pencapaian Akademik 36
2.5.4 Peranan Kolej Kediaman 37
2.5.5 Rakan Sebaya 39
2.6 Kajian Lepas 40
2.6.1 Kajian Lepas Tempatan 41
ix
2.6.2 Kajian Lepas Luar Negara 42
2.7 Penutup 43
3 METODOLOGI
3.1 Pengenalan 44
3.2 Reka Bentuk Kajian 44
3.3 Tempat, Populasi dan Sampel Kajian 45
3.4 Instrumen Kajian 46
3.4.1 Bahagian A 47
3.4.2 Bahagian B, C, D, E, dan F 47
3.5 Kajian Rintis 49
3.6 Prosedur Pengedaran Soal Selidik 50
3.7 Penganalisisan Data 50
3.8 Penutup 52
4 ANALISIS DATA
4.1 Pengenalan 53
4.2 Analisis Data Latar Belakang Responden 54
4.3 Analisis Berdasarkan Persoalan Kajian 56
4.3.1 Tahap Sumbangan Faktor Persekitaran Terhadap
Pembangunan Intelektual Pelajar 57
4.3.2 Kesan Faktor Persekitaran UTM Terhadap
Pembangunan Intelektual Pelajar Mengikut
Turutan 57
4.3.3 Pengujian Hipotesis 68
4.3.3.1 Hipotesis nol 1 69
4.3.3.2 Hipotesis nol 2 70
4.4 Rumusan Dapatan 71
5 RUMUSAN, PERBINCANGAN DAN CADANGAN
5.1 Pengenalan 73
x
5.2 Rumusan 73
5.3 Perbincangan dan Kesimpulan 75
5.3.1 Kesan Faktor Persekitaran UTM Terhadap
Pembangunan Intelektual Pelajar 75
5.3.2 Faktor Rakan Sebaya Terhadap Pembangunan
Intelektual Berdasarkan CGPA Pelajar 78
5.3.3 Hubungan Antara Faktor-Faktor Persekitaran
UTM Terhadap Intelektual Pelajar 79
5.4 Cadangan Kajian 80
5.4.1 Cadangan Tindakan 81
5.4.2 Cadangan Kajian Lanjutan 82
5.5 Penutup 84
BIBLIOGRAFI 86
LAMPIRAN 93
xi
SENARAI JADUAL
NO. JADUAL TAJUK MUKA SURAT
2.1 Kitaran Usia Mengikut Peringkat Umur 25 3.1 Pemilihan Sampel Kajian 46
3.2 Bilangan Item Mengikut Bahagian, Lima Elemen 48
Persekitaran yang Dikaji dan Nombor Soalan
3.3 Skala Likert 48
3.4 Garis Panduan Analisis Markat Min 51
3.5 Kekuatan Hubungan Guilford (r) 52
4.1 Taburan Frekuensi dan Peratus Responden 54
Mengikut Jantina
4.2 Taburan Frekuensi dan Peratus Responden 54
Mengikut Umur
4.3 Taburan Frekuensi dan Peratus Responden 55
Mengikut Keturunan
4.4 Taburan Frekuensi dan Peratus Responden 55
Mengikut Kursus
xii
4.5 Taburan Frekuensi dan Peratus Responden 56
Mengikut Gred Pencapaian Akademik (CGPA)
4.6 Kesan Faktor Persekitaran Terhadap Pembangunan 57
Intelektual Pelajar Jabatan Teknikal dan Kejuruteraan,
Fakulti Pendidikan UTM
4.7 Min Keseluruhan Dan Sisihan Piawai Bagi Semua Elemen 58
Dalam Memberi Sumbangan Terhadap Pembangunan
Intelektual Pelajar Jabatan Teknikal dan Kejuruteraan,
Fakulti Pendidikan
4.8 Taburan Responden Mengikut Peratus dan Kekerapan (f), 59
Min dan Sisihan Piawai bagi Elemen Hal Ehwal Pelajar (HEP)
Terhadap Pembangunan Intelektual Pelajar
4.9 Taburan Responden Mengikut Peratus dan Kekerapan (f), 61
Min dan Sisihan Piawai bagi Elemen Pengurusan
Fakulti Terhadap Pembangunan Intelektual Pelajar
4.10 Taburan Responden Mengikut Peratus dan Kekerapan (f), 63
Min dan Sisihan Piawai bagi Elemen Pengurusan
Kokurikulum Terhadap Pembangunan Intelektual Pelajar
4.11 Taburan Responden Mengikut Peratus dan Kekerapan (f), 65
Min dan Sisihan Piawai bagi Elemen Pengurusan
Kolej Kediaman Terhadap Pembangunan Intelektual Pelajar
4.12 Taburan Responden Mengikut Peratus dan Kekerapan (f), 67
Min dan Sisihan Piawai bagi Elemen Rakan Sebaya Terhadap
Pembangunan Intelektual Pelajar Fakulti Pendidikan
xiii
4.13 Min dan Nilai Signifikan Antara CGPA dengan 69
Rakan Sebaya Terhadap Pembangunan Intelektual Pelajar
Jabatan Teknikal dan Kejuruteraan, Fakulti Pendidikan
4.14 Korelasi Pearson, r dan Nilai Signifikan Antara 70
Faktor –Faktor Persekitaran (HEP, Fakulti, Kokurikulum,
Kolej Kediaman dan Rakan Sebaya) Terhadap Pembangunan
Intelektual Pelajar Jabatan Teknikal dan Kejuruteraan,
Fakulti Pendidikan
4.15 Keseluruhan Analisis Data Persoalan Kajian 71
xiv
SENARAI RAJAH
NO. RAJAH TAJUK MUKA SURAT
1.1 Kerangka Konseptual Kajian 15
2.1 Insan yang Seimbang dan Harmonis 23
2.2 Sistem Pengurusan Akademik di Fakulti 34
xv
SENARAI LAMPIRAN
LAMPIRAN TAJUK MUKA SURAT
A Surat Pengesahan Status Pelajar 94
B Surat Pengesahan Soal Selidik 95
C Analisa Kajian 96
D Set Soal Selidik 100
xvi
SENARAI SINGKATAN
UTM – Universiti Teknologi Malaysia
UKM – Universiti Kebangsaan Malaysia
IPT – Institut Pengajian Tinggi
IPTA – Institut Pengajian Tinggi Awam
IPTS – Institut Pengajian Tinggi Swasta
FPK – Falsafah Pendidikan Kebangsaan
IQ – Intelligence Quotient
EQ – Emotional Quotient
SQ – Social Quotient
HEP – Hal Ehwal Pelajar
RMK-9 – Rancangan Malaysia Ke-9
FPPSM – Fakulti Pengurusan dan Pembangunan Sumber Manusia
CGPA – Cumulative Grade Point Average
SPA – Sarjana Muda Teknologi serta Pendidikan (Kejuruteraan Awam)
SPE – Sarjana Muda Teknologi serta Pendidikan
(Kejuruteraan Elektrik) SPJ – Sarjana Muda Teknologi serta Pendidikan
(Kejuruteraan Mekanikal)
SPH – Sarjana Muda Teknologi serta Pendidikan (Kemahiran Hidup)
BAB 1
PENDAHULUAN
1.1 Pengenalan
Sistem pendidikan Malaysia pada dasarnya mempunyai matlamat dalam
mempertingkatkan kualiti pendidikan negara demi memperkembangkan potensi setiap
individu secara sepenuhnya melalui penetapan Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK).
Sejajar dengan matlamat ini, Kementerian Pelajaran Malaysia mempunyai matlamat
tersendiri yang menghendakkan peningkatan taraf pendidikan tempatan sehingga
menjadikan sistem pendidikan negara kita bertaraf dunia (Wan Mohd Zahid, 1993).
Dasar sistem pendidikan di Malaysia sentiasa berhasrat untuk memastikan
kecemerlangan pencapaian akademik dan bukan akademik di kalangan para pelajar sama
ada di peringkat rendah, menengah mahupun universiti. Dengan itu, pelbagai tindakan
telah dijalankan bagi memastikan keseimbangan akademik dan aktiviti kokurikulum
bagi melahirkan pelajar yang serba boleh.
Bagi melahirkan pelajar yang serba boleh, institusi pendidikan perlu memainkan
peranan yang cukup besar dalam mendidik pelajar ke arah memenuhi matlamat dan
hasrat FPK. Matlamat utama institusi pendidikan adalah untuk menyediakan dan
melengkapkan pelajar untuk menghadapi alam pekerjaan dan dunia luar. Bagi
memastikan institut pendidikan tinggi (IPT) melaksanakan tugas ini, maka prestasi
pelajar dijadikan kayu ukur.
2
Pelajar merupakan sebahagian daripada sumber manusia. Apabila
membincangkan tentang pelajar yang serba boleh, maka ia perlu dilihat berdasarkan
pembangunan pelajar di institusi itu sendiri. Nedler dalam Jamaludin et. al (1996)
mentakrifkan pembangunan sumber manusia sebagai satu proses pembelajaran
terancang dalam jangka masa tertentu yang boleh mengubah prestasi melalui
pembelajaran.
Konsep pembangunan pelajar berkait rapat dengan konsep pembangunan
manusia. Ini kerana pelajar adalah sebahagian daripada manusia. Mereka perlu
dibangunkan dari dua aspek iaitu fizikal dan spiritual sesuai dengan fitrah kejadiannya
bagi melahirkan kehidupan yang diredhai (Abdul Jalil, 1995).
Menurut Abdul Halim et. al. (1994) pula mentakrifkan pembangunan sumber
manusia sebagai satu proses pembangunan dan pengembangan manusia melalui
pembelajaran dan latihan yang terancang. Kedua-dua takrifan ini merupakan takrif
umum pembangunan sumber manusia sebagai satu proses pembelajaran yang disusun
dan dilaksanakan secara terancang. Walau bagaimanapun, takrifan di atas tidak
mengaitkan matlamat individu atau sesebuah organisasi yang menaungi sumber manusia
yang menjadi penentu kepada bentuk dan hala tuju pembangunan sumber manusia. Oleh
itu, dalam konteks pembangunan pelajar lebih tepat jika ditakrifkan bahawa
pembangunan pelajar sebagai satu proses pembelajaran dan latihan yang di susun dan
dilaksanakan secara terancang selaras dengan matlamat institusi dan FPK.
Aspek latihan yang telah disebutkan di atas merupakan satu aktiviti yang
membantu pelajar meningkatkan pengetahuan, kemahiran dan perubahan sikap serta
nilai terhadap kerja dan tanggungjawab yang diamanahkan. Segala pengetahuan,
kemahiran, sikap dan nilai yang dipelajari melalui aktiviti-aktiviti latihan dalam program
pembangunan pelajar perlu dirancang dengan teliti dan jelas supaya dapat dipraktikkan
pada masa akan datang.
3
Dalam hal ini, Jamaludin et. al (1996) melihat aktiviti pembangunan pelajar
haruslah didokong oleh organisasi-organisasi IPT pelajar. Aktiviti ini penting kerana
boleh membantu para pelajar mengetahui perubahan-perubahan teknologi dan sosial
yang terkini. Oleh yang demikian, sesuatu program pembangunan pelajar perlu
mempunyai matlamat yang jelas supaya dapat menentukan bentuk pelajar yang ingin
dilahirkan.
Melalui Rodgers (1990) pembangunan pelajar adalah satu cara bagaimana pelajar
membesar, bertindak, dan menambahkan perkembangan kemahiranya sebagai hasil dari
pengajianya di IPT. Miller & Winston et. al (1991) menyatakan pembangunan pelajar
adalah suatu pengaplikasian prinsip-prinsip pembangunan manusia ke atas pelajar dalam
persekitaran pengajian tinggi. Oleh sebab itu, pembangunan pelajar boleh dianggap
sebagai satu asas teori dan falsafah tentang tujuan pengajian tinggi dan sebab wujudnya
bidang Hal Ehwal Pelajar (HEP).
Pembangunan dan kemajuan yang berlaku di sesebuah negara banyak bergantung
kepada perkembangan ilmu di institusi pengajian tinggi (IPT) negara tersebut. Ini
bermakna peranan IPT amatlah penting bukan sahaja untuk melahirkan tenaga mahir
dalam pelbagai bidang pekerjaan, tetapi juga untuk membentuk serta mengawal sahsiah
seseorang insan supaya dapat mengembangkan ilmu dan daya kognitifnya bagi
menghadapi segala cabaran hidup termasuk cabaran pekerjaan (Noran Fauziah, 1993).
Bagi semua IPT, pencapaian akademik pelajar merupakan salah satu
tanggungjawab penting pembangunan pelajar dan merupakan kayu ukur pembangunan
pelajar sesebuah universiti. Pencapaian akademik seseorang pelajar itu banyak di
pengaruhi oleh kecerdasan minda pelajar atau melihat pada tahap Intelligence Quotient
(IQ) mereka.
4
Kecerdasan minda atau Intelligence Quotient (IQ) seseorang pelajar itu banyak
dipengaruhi oleh faktor baka. Baka yang diwarisi oleh seseorang itu, boleh menentukan
sama ada IQ seseorang itu tinggi atau rendah. Walau bagaimanapun, faktor persekitaran
juga memainkan peranan dalam menilai tahap ketinggian IQ yang di warisi oleh
seseorang itu. Kajian-kajian kecerdasan tentang tahap ketinggian IQ menunjukkan
bahawa nisbah antara baka yang diwarisi dengan faktor persekitaran adalah 51:49
peratus (Nik Azis, 1999). Setiap individu dilahirkan mewarisi beberapa ciri dari kedua
ibu bapa serta saudara sedarah sebelumnya. Begitu juga dengan aspek intelek, baka
menentukan had kecerdasan seseorang. Menurut ahli Psikologi seperti Galton, Goddard,
Newman, dan Shieldo dalam Nik Azis (1999), setiap individu mempunyai kecerdasan
dan kebolehan intelek yang berbeza dari rakan-rakan sebayanya ini boleh diperhatikan
melalui prestasi pelajaran dalam kelas.
Kematangan IQ bagi seseorang pelajar itu tidak mempunyai hadnya. Biasanya,
kematangan IQ akan meningkat, iaitu bermula daripada kegiatan mental yang paling
mudah bergerak kepada proses mental yang lebih kompleks (pendekatan induktif).
Tahap IQ seseorang itu boleh dinilai dengan melihat kepada sejauhmanakah keupayaan
pemikiran seseorang itu berada. Keupayaan IQ yang tinggi seperti ini perlu ditekankan
terutamanya dalam hubungan dengan kesediaan belajar.
Menurut Piaget dalam rencana motivasi Akanizam (2007), beliau mendefinisikan
kecerdasan sebagai kebolehan menggunakan pengalaman ataupun apa yang diketahui
dengan cekap bagi penyesuaian pada persekitaran. Ahli-ahli psikologi mendapati
kecerdasan mempunyai beberapa jenis termasuk kecerdasan bahasa, kebolehan umum
belajar, dan memahami bacaan dengan baik, kebolehan menyelesaikan masalah fikiran
dan penaakulan abstrak seperti menggunakan pengetahuan kepada masalah yang ada dan
mengenalpasti hubungan antara idea-idea dan kecerdasan praktikal mengukur situasi
dengan baik, menentukan bagaimana hendak mencapai matlamat, dan cekap bersosial.
5
Mahasiswa di IPT boleh dilihat sebagai satu contoh pembangunan pelajar yang
ketara. Ini kerana pelajar boleh menggunakan kecerdasan minda mereka dalam pelbagai
sudut bukan sahaja dalam bidang akademik, tetapi bidang kemasyarakatan, sukan dan
sebagainya. Mahasiswa merupakan satu aset yang penting kepada sesebuah institusi
pendidikan dalam memberi gambaran atau imej yang baik kepada institusi berkenaan.
Kemampuan seseorang pelajar itu bertindak dengan cemerlang di dalam diri mereka dan
masyarakat akan dapat meningkatkan nama dan memberi gambaran yang baik kepada
institusi itu.
Kecemerlangan seseorang pelajar semasa di universiti itu sedikit sebanyak
menunjukkan tahap kematangan IQ pelajar itu. Kecemerlangan ini dipengaruhi oleh
suasana pembelajaran di fakulti, kehidupan di kampus, peranan Hal Ehwal Pelajar
(HEP) dan pengaruh rakan sebaya. Pelajar yang aktif sama ada dalam kokurikulum,
bidang akademik, sosial, agama mahupun bidang sukan semasa menuntut di universiti
biasanya dapat menampilkan dirinya dengan mudah dalam masyarakat.
Wawasan 2020 dan FPK sesungguhnya telah menjadi pendorong dan panduan
kepada IPT supaya dapat menggariskan wawasannya yang tersendiri sesuai dengan
peranan dalam lapangan keilmuan yang berasaskan kepada sains dan teknologi.
Harapan negara terhadap graduan yang dihasilkan daripada IPT adalah sangat tinggi.
Graduan yang dihasilkan hendaklah berilmu, berketerampilan, berakhlak mulia,
bertanggungjawab, dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi
sumbangan kepada keharmonian dan kemakmuran masyarakat dan negara. Falsafah
Pendidikan Kebangsaan menyatakan;
Pendidikan di Malaysia adalah satu usaha berterusan ke arah perkembangan
potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan
yang seimbang dan harmonis daripada segi intelek, rohani, emosi dan jasmani
berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah bagi
melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketerampilan,
6
berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan
diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran
masyarakat dan Negara.
Justeru itu, IPT perlu memenuhi cabaran untuk melahirkan bilangan graduan
yang secukupnya untuk menampung keperluan tenaga manusia dalam berbilang jurusan
serta memenuhi keperluan dan kehendak industri semasa.
1.2 Latar Belakang Masalah
Pendidik dan persekitaran pendidikan merupakan dua elemen terpenting dalam
proses pembangunan pendidikan. Pendidik bukan sekadar menyampaikan ilmu, tetapi
juga perlu mentarbiah pelajar supaya wujud keseimbangan dalam proses perkembangan
diri pelajar yang meliputi aspek jasmani, emosi, rohani dan intelek. Untuk menyokong
proses ini supaya boleh dilaksanakan dengan lebih berkesan, persekitaran pendidikan
yang terbaik perlu disediakan yang mana dapat menampung keperluan-keperluan asas
pendidikan itu sendiri (Jamaludin et. al, 1996).
Secara keseluruhan, FPK jelas berpaksikan kepada ketuhanan yang mempunyai
beberapa perkara pokok antara lain mahu melahirkan cendekiawan Malaysia yang baik,
memperkembangkan potensi individu yang bersifat menyeluruh dan bersepadu dengan
ciri-ciri insan yang seimbang. Pendidikan secara total diperlukan bagi pelajar untuk
meningkatkan ilmu pengetahuan dan mengembangkan kekuatan minda bagi
membolehkan seseorang itu bertindak dengan bijak dalam mengatur hidupnya di tengah
masyarakat dalam era globalisasi ini.
Falsafah Pendidikan UTM, sebagaimana FPK, juga menekankan bahawa
pendidikan adalah usaha yang berterusan ke arah memperkembangkan potensi individu
7
sebagai ahli teknologi secara menyeluruh dan bersepadu yang berkeupayaan mencapai
kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran
masyarakat dan negara berasaskan kepatuhan kepada Tuhan. Asas yang sama juga
digunakan Hal Ehwal Pelajar (HEP) UTM yang mana mempunyai matlamat untuk
melengkapkan sistem pendidikan di universiti terutama dalam aspek pendidikan secara
formal dan tidak formal.
Menurut Profesor DiRaja Ungku Aziz dalam rencana A. Amri (2008), walaupun
hampir setengah abad Malaysia mengharungi zaman kemerdekaan, namun secara
umumnya budaya ilmu di kalangan masyarakat dan para cendekiawan di negara ini
belum banyak berubah. Ini kerana kadar pembacaan buku ilmiah di kalangan pelajar
dan masyarakat Melayu adalah rendah.
Oleh sebab itu, masyarakat Melayu sering dianggap masyarakat yang tercicir
berbanding dengan kaum lain. Hal ini juga terjadi apabila di institusi pengajian tinggi,
pencapaian akademik pelajar melayu sering dibandingkan dengan kaum yang lain
terutamanya Cina.
Hal ini mungkin terjadi kerana kegagalan proses perkembangan atau
pembangunan diri pelajar itu semasa menuntut di IPT. Kegagalan proses pembangunan
diri melibatkan dua faktor utama iaitu baka dan persekitaran. Adakalanya seseorang
individu itu tidak banyak mewarisi faktor baka dari persekitaran dan ada juga yang
sebaliknya. Antara kegagalan yang sering berlaku di IPT ialah faktor pencapaian
akademik atau CGPA pelajar.
Kegagalan faktor ini boleh dilihat dari aspek intelek pelajar atau IQ. Ada yang
mengatakan IQ seseorang itu menentukan had kecerdasan seseorang. IQ juga diwarisi
dari baka bukannya persekitaran. Namun begitu Anastasi (1985) dalam Tang Chee Yee
(1991) mengatakan bahawa tidak kira faktor apa yang lebih penting dalam proses
pembangunan diri, tetapi apa yang lebih utama adalah membincangkan bagaimana
8
kedua-dua faktor ini iaitu persekitaran dan baka dalam proses perkembangan dan
pembangunan diri.
Ahli-ahli psikologi yang mengkaji kecerdasan seperti Alfred Binet (1857-1911),
Theodore Simon (1873-1961), dan Guilford dalam Ramlah Jantan dan rakan (2005)
percaya bahawa kecerdasan adalah diwarisi dan tidak dapat dipertingkatkan melalui
pengajaran, Borich & Tombari, (1997). Pendapat mereka ini tidak dipersetujui oleh ahli
psikologi yang mengkaji kecerdasan dari tradisi revisionis seperti Howard Gardner
(1983) dan Sternberg (1985) yang mengatakan kecerdasan yang diwarisi boleh di
pertingkatkan melalui pembelajaran.
Walau bagaimanapun, Thomas Edison pernah berkata, mereka yang mempunyai
kepintaran dan IQ tinggi yang semulajadi ini selalunya tidak dapat menghasilkan
pencapaian yang mengagumkan dunia. Ini kerana, ada faktor lain yang lebih penting
lagi iaitu daya usaha. Kejayaan seseorang terletak pada daya usaha yang tinggi iaitu
98%. Kepintaran hanya menyumbang 2% sahaja. Oleh itu, yang menentukan kejayaan
dan kepintaran adalah usaha, ketekunan serta pemikiran yang berimaginasi seperti mana
dilakukan oleh Albert Einstein dan Stephen Hawking.
Pada masa kini, kebanyakkan pelajar di IPT memperolehi pencapaian akademik
yang mendatar dan di bawah tahap yang sepatutnya. Pihak IPT sebenarnya dapat
melahirkan pelajar yang meningkat dari segi kuantiti, dan bukan dari segi kualiti. Ini
akan mewujudkan bilangan pelajar yang memperolehi kelas pertama dan kelas kedua
tinggi adalah terhad berbanding dengan bilangan pelajar yang memperoleh kelas kedua
rendah dan kelas ketiga.
Menurut H.M.Jajuli (2003) dalam rencana “Intelektual Melayu Alaf Baru”,
prestasi universiti tempatan sekarang tidak menyenangkan terhadap bilangan graduan
yang dilahirkan oleh universiti tempatan. Universiti tempatan juga kurang berkesan
9
dalam melaksanakan penyusunan semula keseimbangan intelektual antara bumiputera
dan bukan bumiputera.
Hasil kajian Zainap (1999) mendapati bahawa majoriti pelajar UTM hanya
berjaya memperolehi pencapaian yang sederhana iaitu melebihi setengah daripada
bilangan jumlah responden yang terlibat. Hanya sebilangan kecil responden iaitu 3.2
peratus yang memperolehi keputusan yang cemerlang dari segi akademik. Di mana,
masih terdapat 5.2 peratus responden yang mempunyai keputusan yang lemah dalam
akademik.
Memang tidak dinafikan bahawa persekitaran merupakan salah satu faktor utama
yang menyebabkan kegagalan pelajar dan juga kecemerlangan pelajar. Dalam konteks
membentuk pembangunan diri di IPT, ianya lebih tertumpu kepada berpusatkan pelajar
yakni peranan persekitaran di IPT itu sangat memberi kesan kepada pembangunan diri
pelajar kerana proses pembelajaran dan kematangan diri pelajar bergantung kepada
persekitaran mereka.
Oleh yang demikian, terdapat beberapa faktor persekitaran yang dikupas oleh
penyelidik dalam kajian ini. Persekitaran yang dimaksudkan adalah suasana
pembelajaran di fakulti, kehidupan di kampus, peranan organisasi akademik Hal Ehwal
Pelajar (HEP), pengurusan kokurikulum, dan rakan sebaya.
Sebenarnya kegagalan memperolehi pencapaian akademik yang cemerlang
bukanlah disebabkan oleh ketidakmampuan pelajar berkenaan, tetapi disebabkan oleh
persekitaran pembelajaran di universiti yang mana memerlukan keberkesanan dalam
kaedah belajar yang betul di kalangan pelajar. Sekiranya persekitaran pembelajaran
tersebut dapat dikenalpasti dan memainkan peranannya yang betul, nescaya kegagalan
pelajar untuk memperolehi pencapaian akademik yang cemerlang mungkin boleh di
kurangkan.
10
1.3 Penyataan Masalah
Persekitaran yang sihat dalam proses pembelajaran adalah faktor utama kepada
pencapaian akademik kepada seseorang pelajar institut (IPT). Di mana, persekitaran
yang dimaksudkan oleh penyelidik dalam kajian ini adalah peranan organisasi akademik
Hal Ehwal Pelajar (HEP), fakulti, kokurikulum, pengurusan kolej kediaman dan rakan
sebaya.
Dalam kajian Zainai, Asaruddin, dan Abu Azam (1995) menyatakan bahawa
pembangunan intelektual sumber manusia di semua peringkat di IPT dianggap
terpenting dalam proses melahirkan tenaga manusia yang selaras dengan Falsafah
Pendidikan Kebangsaan.
Bagaimanapun, timbul persoalan sejauhmana keberkesanan faktor persekitaran
Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Skudai berjaya membangunkan pelajar dari
aspek intelektual. Aspek intelektual yang dikaji adalah tertumpu kepada pencapaian
akademik seseorang pelajar itu. Selain itu, masalah-masalah yang wujud semasa proses
pembangunan pelajar juga dikenalpasti supaya kelemahan tersebut dapat di atasi.
1.4 Objektif Kajian.
Objektif khusus kajian ini adalah untuk :
i. Mengenal pasti tahap sumbangan faktor persekitaran UTM (Organisasi HEP,
Fakulti, Kokurikulum, Kolej Kediaman dan Rakan Sebaya) dalam
membangunkan intelektual pelajar Jabatan Teknikal dan Kejuruteraan, Fakulti
Pendidikan.
11
ii. Mengenal pasti tahap faktor persekitaran dalam membangunkan intelektual
pelajar Jabatan Teknikal dan Kejuruteraan, Fakulti Pendidikan mengikut turutan.
iii. Melihat perbezaan yang signifikan antara faktor persekitaran yang tertinggi
terhadap pembangunan intelektual berdasarkan CGPA pelajar.
iv. Melihat hubungan antara faktor-faktor persekitaran terhadap pembangunan
intelektual pelajar Jabatan Teknikal dan Kejuruteraan, Fakulti Pendidikan.
1.5 Persoalan Kajian
Berhubung dengan objektif kajian yang dinyatakan, berikut adalah persoalan-
persoalan kajian :
i. Apakah tahap sumbangan faktor persekitaran UTM (Organisasi HEP, Fakulti,
Kokurikulum, Kolej Kediaman dan Rakan Sebaya) dalam membangunkan
intelektual pelajar Jabatan Teknikal dan Kejuruteraan, Fakulti Pendidikan ?
ii. Apakah kesan faktor persekitaran dalam membangunkan intelektual pelajar
Jabatan Teknikal dan Kejuruteraan, Fakulti Pendidikan mengikut turutan ?
iii. Adakah terdapat perbezaan yang signifikan antara faktor persekitaran yang
tertinggi dengan pembangunan intelektual berdasarkan CGPA pelajar ?
iv. Adakah terdapat hubungan yang signifikan antara faktor-faktor persekitaran
terhadap pembangunan intelektual pelajar Jabatan Teknikal dan Kejuruteraan,
Fakulti Pendidikan ?