kesan, pengaruh dan peranan islam dalam tamadun

9
KESAN, PENGARUH DAN PERANAN ISLAM DALAM TAMADUN MELAYU

Upload: farah-farzana

Post on 20-Nov-2015

283 views

Category:

Documents


10 download

DESCRIPTION

KESAN

TRANSCRIPT

KESAN, PENGARUH DAN PERANAN ISLAM DALAM TAMADUN MELAYU

KESAN, PENGARUH DAN PERANAN ISLAM DALAM TAMADUN MELAYU

PENGENALANAgama Islam di Melaka dihayati oleh masyarakat ketika itu sejak agama ini diterima oleh Raja Mahkota Iskandar Shah. Masyarakat Melaka telah reIa menerima Agama Islam yang telah dianuti oleh raja mereka. Kesan utama yang dibawa oleh Islam ialah terhadap akidah dan kepercayaan. Sebagai contoh : Masyarakat Melayu telah meninggalkan ajaran agama HinduBuddha dan kepercayaan animisme Masyarakat Melayu juga merayakan hari-hari kebesaran Islam seperti mengadakan sambutan Maal Hijrah, sambutan Maulidur Rasul dan Nuzul al-Quran Masyarakat Melayu telah diperkenalkan dan diyakinkan dengan keyakinan yangberteraskan tauhid (membuahkan kehidupan beribadah, menghiasi akhlak serta mencetus perubahan lain dalam bidang politik, perundangan, pendidikan dan sebagainya)

1) Pendidikan Golongan bawahan menerima pendidikan yang sama seperti golongan atasan. Sistem pendidikan yang bermula di istana berubah ke institusi pendidikan Islam (pondok dan medrasah)Golongan pemerintah dan pembesar-pembesar bertanggungjawan mengembangkan ilmu pengetahuan.Lahirnya para cendiakawan dan ulama Melayu yang menjadi pegawai-pengawai pemerintah, guru-guru dan ahli agama. Contohnya : Syeikh Abdul Malik AbdullahSheikh Wan Hasan Wan Ishak

Memperkenalkan metod ilmu berteraskan ilmiah dan rasional sejajar dengan tuntutan Islam. Meninggalkan sesuatu yang bersifat tahyul serta memuja sesuatu yang bersifat estetik, kepada sesuatu yang mementingkan akal, pemahaman ilmu metafizik serta pandangan hidup yang munasabah pada akal yang sihat Kebanyakan guru-guru agama terdiri dari bangsa Arab. Ilmu-ilmu yang dipelajari ialah :ilmu usuluddinfiqh dan tasawwuf Kitab-kitab utama yang menjadi pegangan masyarakat di Melaka ketika itu ialah: aI-Oar al-Manzum oleh Abu Ishak aI-ShiraziIhya Ulumuddin oleh al-Ghazali Minhaj al- Talibin oleh al-Nawawi.

2) Bahasa dan Kesusteraan Bahasai) Tulisan Jawi Bahasa Melayu telah menerima pengaruh ajaran Islam bermula abad ke-14 Masihi dan berkembang sehingga akhir abad ke-18 Masihi. Masyarakat Melayu mengubahsuai perkataan Arab dan dikenali sebagai tulisan Jawi. Digunakan untuk menulis kitab-kitab agama, hikayat-hikayat, undang-undang dan pentadbiran

ii) Bahasa Melayu Sebagai bahasa komunikasi di Tanah Melayu, bahasa Melayu merupakan aspek terawal menerima pengaruh Islam. Pemindahan ilmu berupa ajaran Islam daripada al-Quran dan al-Hadith yang kedua-duanya dalam bahasa Arab berlaku dalam gerakan dakwah secara langsung yang dijalankan oleh pendakwah-pendakwah dari negara Arab, India dan China.Digunakan sebagai bahasa pengantar persuratan dan juga sebagai alat penyebaran dan penyampaian Agama Islam di seluruh Alam Melayu.Faktor: Sifat dalaman bahasa Melayu Peranan yang dimainkan oleh wilayah dan daerah Melayu di Sumatera dan di Semenanjung Tanah Melayu dalam penyebaran Agama Islam ke seluruh kepulauan Melayu.

Kesusteraan Melayu Contoh kesusteraan Melayu : Hikayat Nabi Muhammad S.A.W Hikayat Para Nabi dan Rasul Hikayat Para Sahabat Contoh puisi yang dipengaruhi sastera Islam: Syair Perahu Syair Burung Pingai oleh Hamzah Fansuri Syair Makrifat oleh Abdul Rauf Fansuri. Kesusteraan Melayu juga turut diperkembangkan oleh tulisan Jawi Kata-kata pinjaman serata istilah daripada bahasa Arab telah diserapkan ke dalam bahasa Melayu. Sebagai contoh buku-buku Sejarah yang mempunyai tajuk asal dalam bahasa Arab:Sulalatus Salatin, Tuhfat al-Nafis, Bustanus-Salatin

3) Perundangan Menurut beberapa orang sarjana barat seperti William R. Roff dan Alfred P. Rubin, Hukum Kanun Melaka atau Undang-Undang Melaka pada asalnya berasaskan Undang-undang Islam di samping berpegang kepada hukum akal dan hukum adat. Pendapat-pendapat tersebut adalah sejajar dengan perkataan-perkataan yang terdapat di dalam undang-undang tersebut antaranya :"...Mengikut hukum Allah, pada hukum Allah, menurut dalil al-Quran menurut amr bi al-ma'ruf wa nahyi'ani al-munkar".Terdapat juga undangundang yang berhubung dengan jenayah, muamalah, kekeluargaan, keterangan dan acara yang berpandukan undang-undang Islam

Undang-undang adat yang tidak bertentangan dengan ajaran Agama Islam dikekalkan. Contohnya: Hakim boleh menggunakan budi bicaranya sama ada menjatuhkan hukuman potong tangan bagi kesalahan mencuri ataupun didenda dan dipenjara sahaja.Undang-unadang berubah kepada sistem adat dan Islam. Contohnya: Melaka mempunyai Hukum Kanun Melaka yang meliputi tanah, sungai, dusun dan setiap tanah jajahan takluk Melaka. Undang-undang Laut Melaka meliputi perusahaan perkapalan, perdagangan di laut dan di darat dan kegiatan yang berkaitan dengannya. Kedua-dua kumpulan undang-undang ini adalah didasarkan kepada hukum syariah dan juga hukum adat yang telah wujud sejak dahulu lagiTradisi pemerintahan berdasarkan perundangan Islam Bidang kuasa tersebut sangat terbatas dan dinyatakan secara terperinci satu persatu.