kes study sem_3
TRANSCRIPT
1
UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS
Penulisan Kajian Kes : Perkembangan Fizikal, Emosi dan Sosial Kanak-Kanak Pintar
Cerdas
Fakulti Pendidikan dan Pembangunan Manusia
Pendidikan Khas
Semester 3
2010/2011
Perkembangan Fizikal, Emosi, dan Murid-murid Pintar Cerdas
KBC 3023
3 Jam Kredit
Rabiatul Adawiyah binti Abdul Ghani
D20091034762
2
ISI KANDUNGAN MS
1.0 Perkembangan Fizikal, Emosi dan Persekitaran Kanak-Kanak Pintar Cerdas
dan Berbakat
1.1 Temperamen Perilaku dan Persekitaran 3
1.2Perkembangan Fizikal 4
1.3 Perkembangan Emosi dan Sosial 5
1.3.1 Perfectionist 5
1.3.2 Super-Sensitivity 6
1.3.3 Kesukaran Memilih Kawan 6
2.0 Maklumat Respondent 7
2.1 Perkembangan Fizikal 8
2.2 Perkembangan Emosi 8
2.2.1 Super-sensitivity 8
2.2.2 Bersikap Dominan dalam Semua Perkara 9
2.2.3 Perfectionist 9
2.3 Perkembangan Sosial 10
3.0 Model yang Digunakan : Model Pembentukan Identiti Pintar Cerdas & Berbakat 10
4.0 Memahami Kanak-Kanak Pintar Cerdas dari Luar dan Dalam 12
4.1 Kaunseling 12
4.2 Intervensi 1 : Memulihkan dan Mengurangkan Masalah yang Responden
Hadapi 13
4.2.1 Aktiviti untuk Mengurangkan perasaan Perfectionist pada kanak-kanak
13
4.2.2 Aktiviti untuk Mengurangkan perasaan Perfectionist pada kanak-kanak
14-16
4.2.3 Aktiviti untuk menggalakkan komunikasi dan sosial dengan kanak-kanak
sebaya 16-21
Rujukan 22
Lampiran 23-24
3
1.0 Perkembangan Fizikal, Emosi dan Persekitaran Kanak-Kanak Pintar Cerdas dan
Berbakat
Tahun-tahun awal kehidupan seseorang anak akan memperlihatkan suatu keunikan
untuk menggalakkan perkembangan yang sihat, dan kajian telah menegaskan kepentingan
lima tahun pertama yang dialami oleh kanak-kanak termasuklah perkara positif mahupun
negatif dalam membentuk perkembangan kognitif, tingkah laku, sosial dan emosi. Penyataan
ini sudah cukup menerangkan risiko yang dihadapi oleh kanak-kanak dalam emosi, sosial,
perilaku masalah serta desakan untuk mendapat kelayakan, memberi sumbangan dan
pengguanaan perhidmatan.
1.1 Temperamen Perilaku dan Persekitaran
Walaupun temperamen perilaku adalah peting untuk dikenalpasti dan bagaimana ia memberi
kesan kepada kepada tingkah laku dan sikap terhadap kehidupan dan pembelajaran,
teperamen perilaku kanak-kanak tidak semestinya akan menentukan personalitinya.
Namun, ciri-ciri awal ini memberi kesan kepada perhubungan dan ia akan menjejaskan
perhubungan bagi kedua-dua pihak bukan kepada satu pihak sahaja. Seorang bayi seringkali
belajar untuk menilai bagaimana orang lain memberi tindak balas dan membina gambaran
mengenai diri mereka sendiri. Perkara ini merupakan perkembangan pertama dalam konsep
dan keyakinan diri.
1.1.1 Konsep Kendiri dan Keyakinan Diri
Kebanyakan pengamal bersetuju bahawa membina konsep kendiri bagi setiap kanak-kanak
merupakan kunci utama dalam proses pembelajaran kerana apabila kanak-kanak berkeyakinan
terhadap diri mereka, mereka akan mudah mendapat kawan, menerangkan kepada orang yang
dipercayai mengenai keinginan mereka dan bersemangat untuk mempelajari perkara-perkara
baru.
Konsep kendiri
Konsep kendiri merujuk kepada pandangan sesorang tentang dirinya sendiri. Ia juga
merangkumi tentang apa yang orang lain fikirkan tentang dirinya. Konsep kendiri boleh
menjadi positif atau negatif. Oleh itu, ibu bapa dan guru harus peka dan berusaha gigih untuk
membentuk konsep kendiri yang baik dalam kalangan kanak-kanak.
4
Keyakinan Diri
Kanak-kanak akan membaca reaksi yang diberikan orang lain dan akan cuba
mengklasifikannya sebagai positif atau negatif. Perkara ini akan memberi pandangan
automatik kepada diri mereka sendiri iaitu ‘ Apa yang saya fikirkan tentang diri saya
bergantung apa yang orang lain fikirkan tentang diri saya!’. Sekali lagi, penilaian kanak-
kanak tidak akan tepat. Tetapi disebabkan oleh apa yang mereka lihat adalah betul seperti
pengaruh terhadap pandangan tentang diri sendiri dan juga perilaku yng dihasilkan, pengamal
akan bekerja keras untuk berinteraksi dengan setiap kanak-kanak di dalam cara yang positif.
1.2 Perkembangan Fizikal
Contrasting Milestone
Normal
(bulan)
30% maju
Perkembangan Fizikal
Mengangkat dagu sambil berbaring di lantai 1 0.7
Berguling 3 2.1
Duduk dengan bantuan 4 2.8
Duduk dengan sendiri 7 4.9
Berdiri dengan bantuan 8 5.6
Berdiri dengan sendiri 11 7.7
Berjalan sendiri 12.5 8.7
Merangkak menaiki tangga 15 10.5
Berjalan menaiki tangga 18 12.6
Berjalan dengan baik 24 16.8
Melompat-lompat (2 kaki daripada tanah) 30 21.0
Menaiki basikal tiga roda menggunakan pedal 36 25.2
Melempar bola 48 33.6
Melompat – alternatif kaki
60 42.0
Perkembangan Motorik Halus
Bermain dengan permainan 3 2.1
Memegang objek di antara ibu jari dan jari 9 6.3
Coretan spontan 13 9.1
Melukis orang dengan dua bahagian badan 48 33.6
Melukis orang yang dikenali dengan badan 60 42
Melukis orang dengan leher, tangan dan baju 72 50.4
(Christine Macintyre 2008).
5
1.3 Perkembangan Emosi dan Sosial
1.3.1 Perfectionist
Di antara pendidik yang berbakat, hubungan antara bakat dan perfeksionisme jelas ditetapkan.
Kecenderungan ke arah kesempurnaan umumnya muncul sebagai item pada skala penilaian
dan senarai semak digunakan oleh orang tua dan guru untuk mencalonkan pelajar berpotensi
dan berbakat.
Artikel pada keperluan kaunseling bagi indvidu pintar cerdas dan berbakat secara rutin
menyebutkan kesempurnaan sebagai risiko bagi pelajar berbakat. Ada dua kebimbangan
utama tentang kesempurnaan untuk pelajar berbakat: kemunduran dan gejolak emosional.
Kecenderungan perfeksionis membuat beberapa pelajar berbakat terdedah kepada bahaya
yang dihadapi kerana mereka tidak akan menyerahkan kerja kecuali sekiranya kerja mereka
itu sempurna.
Berikut merupakan tanda-tanda Kesempurnaan yang ditunjukkan oleh individu pintar cerdas
dan berbakat :
Berasa malu dengan kesalahan yang dilakukan
Marah apabila dirinya dikritik oleh orang lain
Cemas apabila menyatakan pendapatnya kepada orang lain
Risau secara keterlaluan mengenai semua perkara
Berasa marah apabila rutinnya terganggu
Berdebar-debar apabila semua di sekelilingnya kotor
Takut dan cemas pada setiap masa
Kepenatan dan tidak mampu untuk berehat
Terganggu dengan kebencian yang ada dalam diri
Takut akan menjadi individu yang tidak dapat bersaing
Takut ditolak oleh sesuatu
Malu apabila mempunyai rasa takut
Hilang semangat
Berasa bersalah jika membuatkan orang lain kecewa dengan dirinya
(Thomas S. Greenspon 2002).
6
1.3.2 Super Sensitivity
Kebanyakan kanak-kanak pintar cerdas dan berbakat sangat sensitif. Mereka tampaknya
mengambil segala sesuatu ke dalam hati dan menjadi sangat marah dengan kata-kata dan
perbuatan yang kanak-kanak lain boleh mengabaikan atau melupakannya lebih cepat.
Kanak-kanak pintar cerdas sering mengalami konflik batin yang terdedah, sering
mengutuk diri sendiri, kegelisahan dan perasaan rendah diri. Para doktor dalam perubatan
sering melihat konflik ini sebagai gejala dan label neurotik orang pintar cerdas dan berbakat.
Mereka juga memunyai sistem saraf yang amat sensitif yang membuat mereka mudah membri
tindakbalas kepada diskriminasi daripada rangsanagn luar serta lebih analitis dan kritis
terhadap diri mereka sendiri dan juga orang lain.
1.3.3 Kesukaran Memilih Kawan
Semua orang memerlukan kawan untuk dijadikan teman ketika keluar, bergembira dan tempat
kita meluahkan perasaan dan berkongsi masalah. Bukanlah mudah untuk kanak-kanak pintar
cerdas dan berbakat bagi mencari kawan yang sesuai dan boleh menerima kelebihan yang
mereka ada. Fromm (1957), Sullivan (1953), Erickson (1963) dan Selman (1981) telah
menerangkan beberapa fungsi persahabatan iaitu teman, stimulasi, sokongan fizikal dan ego,
kasih sayang, keintiman dan perbandingan sosial.
Oleh itu, Judy Galbaraith 1999 telah menggariskan Tiga Petua Persahabatan yang
boleh dicuba untuk menggalakkan kanak-kanak pintar cerdas dan berbakat mendapat kawan
yang mereka inginkan. Petua pertama ialah mintalah ibu bapa untuk membantu kanak-kanak
berhubung dengan kanak-kanak pintar cerdas yang lain. Kanak-kanak pintar cerdas mungkin
boleh berkata kepada guru atau kepada guru program pintar cerdas di sekolah lain. Mereka
juga boleh memasuki National Association of Gifted Children (NAGC) ataupun organisasi
persekutuan yang lain untuk membantu kanak-kanak ini.
Petua kedua ialah carilah rakan menulis surat dan bertukar maklumat. Kanak-kanak
boleh mencari alamat dengan menyertai kumpulan rakan menulis surat kebangsaan di dalam
internet. Petua ketiga pula ialah dapatkanlah seorang mentor bagi setiap kanak-kanak pintar
cerdas dan berbakat. Mentor mestilah merupakan orang dewasa yang akan memberi panduan
dan menggalakkan kamu dan bersama kamu untuk menerokai minat kamu.
7
2.0 Maklumat Responden
Nama : Ayin (bukan nama sebenar)
Umur : 7 tahun
Alamat : Negeri Sembilan.
Jantina : Perempuan
Bangsa : Melayu
Agama : Islam
Status Pekerjaan : Murid
Tangan Dominan : Kanan
Sebab-sebab Pemilihan : Pintar Cerdas dalam Akademik
Konsep Kendiri :
Konsep kendiri merupakan nama yang diberi oleh kanak-kanak kepada gambar yang mereka
lukis mengenai diri mereka sendiri. Oleh itu, pemerhatian yang saya lakukan kepada
responden seperti , ‘Saya seorang kanak-kanak perempuan yang cantik dan kecantikan yang
saya miliki semulajadi daripada bayi; saya bersaiz kecil seperti anak patung walaupun telah
berumur tujuh tahun; saya suka menonton kartun; saya mampu mendapat markah tertinggi
dalam ujian; dan sebagainya merujuk kepada konsep kendiri bagi responden.
Keyakinan Diri :
Sekali pandang, ramai orang akan mengetahui responden merupakan kanak-kanak pintar
cerdas dan berbakat yang mempunyai keyakinan diri yang tinggi. Responden menghargai
kelebihan yang dia perolehi dan tidak menganggap kelebihan itu sebagai sesuatu yang
membuat dia berbeza daripada orang lain. Oleh tu, Ayin mengambil langkah untuk
menyerlahkan kelebihannya kerana Ayin gemar dipuji
.
8
2.1 Perkembangan Fizikal
Perkembangan Responden (bulan)
Perkembangan Fizikal 0.9
Mengangkat dagu sambil berbaring di lantai 3
Berguling 4
Duduk dengan bantuan 6
Duduk dengan sendiri 7
Berdiri dengan bantuan 10
Berdiri dengan sendiri 11
Berjalan sendiri 13
Merangkak menaiki tangga 16
Berjalan menaiki tangga 20
Berjalan dengan baik 28.5
Melompat-lompat (2 kaki daripada tanah) 32
Menaiki basikal tiga roda menggunakan pedal 41
Melempar bola 58
Melompat – alternatif kaki 30
Perkembangan Motorik Halus 11.5
Bermain dengan permainan 47
Memegang objek di antar ibu jari dan jari 50
Coretan spontan 69
2.2 Perkembangan Emosi
2.2.1 Super sensitivity
Ayin suka menangis dan merajuk sekiranya apa yang dikehendakinya tidak dapat diperolehi.
Bagi Ayin, apa yang dikehendakinya mesti dipenuhi jikalau tidak Ayin akan menangis
sepanjang hari.
Ayin merupakan seorang kanak-kanak yang mementingkan kecantikan merangkumi
pakaian, kebersihan diri serta kekemasan rambut. Ayin berasa gembira jika keluarga, sanak-
saudara mahupun rakan-rakan memuji kecantikannya dan hal ini telah memberi semangat
kepada Ayin untuk memelihara kecantikan semulajadinya. Sekiranya Ayin lalu di kedai baju
9
dan dia menginginkan baju tersebut, dia akan merengek-rengek kepada ibunya agar
kehendaknya dipenuhi. Sekiranya tidak diperoleh, Ayin akan menangis di kedai itu
sehinggalah Ayin dapat apa yang diinginkan.
Ayin juga mudah kecil hati sekiranya ibunya tidak memenuhi janji untuk meluangkan
masa bersamanya. Misalnya, ibu Ayin telah berjanji akan pulang terus ke rumah selepas kerja
untuk bermain congkak dengannya. Namun, disebabkan beberapa hal yang penting ibunya
terpaksa membantu ayah Ayin selama sejam di kedai runcit milik keluarga. Ayin akan
merajuk jika ibu tidak pulang mengikut waktu yang dijanji dan masa yang lama diambil untuk
memujuk Ayin sehinggalah perasaan kecil hatinya beransur-ansur hilang.
2.2.2 Bersikap dominan dalam semua perkara
Ayin sering menjadi ketua dalam kalangan rakan sebaya. Dia selalu mengetuai perbincangan
dan permainan secara berkumpulan kecil yang dilakukan guru. Selain itu, Ayin juga bersikap
dominan dengan adik-beradik di rumahnya.
2.2.3 Perfectionist
Perfektionis boleh dikenalpasti melalui cara seseorang kanak-kanak pintar cerdas dan
berbakat itu berfikir. Responden akan berasa malu dengan kesalahan yang dia lakukan dan
mementingkan kesempurnaan . Respondent yang manja dengan panggilannya di rumah iaitu
‘Ayin’ gemar melakukan aktiviti melukis dan mewarna. Oleh itu, ibubapanya telah
menyediakan kelengkapan melukis dan mewarna lengkap untuk dirinya. Setiap kali Ayin
melukis, dia akan pastikan lukisannya sempurna mengikut daya kreatif yang dia kehendaki.
Sekiranya lukisannya comot dan tidak memenuhi kepuasan hatinya, Ayin akan marah lalu
mengoyak-ngoyakkan kertas lukisan tersebut. Namun, dia tidak akan berputus asa dan akan
terus mencuba sehinggalah berjaya memenuhi impiannya.
Selain itu, Ayin akan memasang impian yang tinggi untuk mendapat markah terbaik di
dalam kelas terutamanya bagi subjek Bahasa Melayu. Sekiranya Ayin tidak berjaya mendapat
markah tertinggi di dalam kelas, dia akan balik ke rumah dan menunjukkan mimik muka yang
sedih dalam beberapa tempoh. Ayin berkata kepada ibunya ‘Ayin tidak pandai sebab itu Ayin
tidak dapat markah tertinggi di dalam kelas’. Ayin merasakan itu sebagai suatu kegagalan
walaupun markah yang diperolehinya juga tinggi.
10
2.3 Perkembangan Sosial
Responden menghadapi kesukaran dalam mencari rakan yang sesuai. Kebanyakan rakan yang
dipilih adalah lebih tua dari dirinya. Responden berminat untuk bermain dan berkongsi
aktiviti dengan rakan sebaya mahupun rakan-rakan lain dimana umur bukanlah faktor utama
yang responden tetapkan. Bagi dirinya, minat yang sama serta kematangan dalam berbicara
adalah lebih penting. Responden akan mencari rakan–rakan yang menghargai dan memahami
kelebihannya.
Disamping itu, responden akan berperwatakan peramah sekiranya personaliti rakan
baru yang dijumpai bersesuaian dengan dirinya. Pada pertemuan yang pertama, Ayin akan
memerhati responden daripada jauh dan jika peribadai orang yanag baru dikenali boleh
diterima, responden akan datang untuk menegur rakan baru itu.
3.0 Model yang Digunakan : Model Pembentukan Identiti Pintar Cerdas dan Berbakat
Model Pembentukan Identiti Pintar Cerdas dan Berbakat ini merupakan panduan dalam
memahami kerumitan dan perbezaan halus yang terdapat pada golongan pintar cerdas dan
berbakat. Model ini menyediakan rangka kaunseling yang membantu individu pintar cerdas
dan berbakat berwaspada dan memahami kesan pintar cerdas yang mereka miliki terhadap
perkembangan kehidupan. Kaunselor menggunakan model ini untuk mentaksir kerumitan
persekitaran individu pintar cerdas dan bagaimana pintar cerdas ini tergolong dalam
perkembangan sihat ataupun tidak sihat kepada individu.
Model ini berperanan sebagai panduan untuk mencipta intervensi, latihan atau strategi
untuk memudahkan proses memberi kaunseling. Model ini tidak bermakna digunakan sebagai
skala kriteria untuk kesihatan mental ataupun untuk membandingkan perkembangan individu.
Ia mempunyai tiga tujuan kecil dalam menyediakan kaunseling iaitu sebagai alat kajian,
membantu dalam perkembangan intervensi kaunseling dan sebagai panduan dalam proses
kaunseling.
Model ini turut menyediakan sebuah konteks untuk memahami pintar cerdas sebagai
sebahagian sifat manusia yang berterusan. Ia membenarkan pintar cerdas ditempatkan di
dalam konteks perkembangan positif daripada disalah ertikan sebagai tidak normal atau
pathologikal. Dengan rangka ini, para kaunselor mendapat cabaran untuk mengembara berbai-
bagai kejadian diri seorang individu pintar cerdas dan kepentingannya di dalam skop yang
besar dalam kejadian manusia.
11
Dengan menggunakan jadual dia atas yang mengandungi empat pembahagian iaitu
Validation, Affirmation, Affiliation, dan Affinity serta 12 sistem iaitu Self, Family, Family of
Origin, Cultural, Vocational, Environmental ,Educational, Social, Psychological, Political,
Organic Physiological dan Developmental, kaunselor bersama pelanggannya dapat
menjelajah, membincangkan dan membuat rajah dalam komponen perkembangan identiti
yang mendedahkan pintar cerdas sebagai pemboleh ubah. Sebagai contoh, apabila mengkaji
dari setiap pembahagian dan sistem, adalah penting untuk menjelajah samaada pintar cerdas
mempunyai nilai positif atau sebaliknya.
12
4.0 Memahami Kanak-kanak Pintar Cerdas dari Luar dan Dalam
Pintar cerdas, berkemampuan tinggi atau apa sahaja yang ingin kita labelkan menyebabkan
anak-anak pintar cerdas dan berbakat boleh menjadi unik, memiliki rasa humor yang aneh,
menjadi perfeksionis dan mempunyai kecendurangan obsesif. Mereka juga boleh menjadi
sangat sensitif serta memiliki kecenderungan untuk melihat dunia secara berbeza. Sebagai
guru, kita perlu melengkapi diri kita dengan pengetahuan sebanyak mungkin untuk
membolehkan kita memahami anak-anak ini dan memberi respons dalam tingkahlaku
berbeza.
Aktiviti-aktiviti bersesuaian perlu diambil agar masalah tingkah laku yang dihadapi
murid-murid pintar cerdas dan berbakat boleh dikurangkan ke tahap paling minimal tanpa
murid berasa terpaksa melakukannya. Aktiviti yang dilakukan perlulah dalam kumpulan kecil
agar murid-murid pintar cerdas yang mempunyai masalah untuk bersosial tidak terkejut dan
mampu membiasakan diri dengan keadaan pembelajaran baru. Aktiviti dalam kumpulan besar
dikhuatiri tidak dapat mencapai matlamat utama pembelajaran kerana guru tidak dapat
memberi tumpuan sepenuhnya kepada semua murid. Aktiviti secara berpasangan juga perlu
dielakkan kerana kesalahan yang dilakukan ketara dilihat oleh kedua-dua murid pintar cerdas.
4.1 Kaunseling
Guru bukan sahaja berperanan untuk mengajar di dalam kelas tetapi juga memainkan peranan
yang amat penting sebagai kaunselor kepada pelajar pintar cerdas dan berbakat ini. Sekiranya
murid-murid pintar cerdas dan berbakat mempunyai masalah perfectionist atau kesempurnaan
dalam diri mereka, beritahu dan jelaskan kepada mereka tentang Tiga Perkara Benar
Mengenai Kesempurnaan.
Perkara pertama ialah tiada manusia yang sempurna dan tiada siapa yang bagus dalam
semua perkara. Albert Einstein merupakan salah seorang saintis terkenal di dunia dan beliau
tidak dapat belajar untuk membaca sehinggalah berumur tujuh tahun.
Perkara kedua mengenai kesempurnaan pula menyatakan adalah baik untuk menjadi
tidak sempurna. Responden pasti pernah mendengar ayat ini iaitu ‘Kita belajar dengan baik
daripada kesilapan yang dilakukan’. Orang yang tidak mengambil peluang yang berisiko
tinggi ialah orang yang takut melakukan kesilapan dan tidak belajar seperti orang yang pernah
melakukan kesilapan. Gershen Kaufman dan Lev Raphael menyokong kebenaran ayat tadi
13
dengan menyatakan ‘Setiap manusia mempunyai hak untuk melakukan empat kesilapan besar
dalam sehari’.
Perkara ketiga menyatakan dengan melakukan semuanya dengan sempurna tidak
membuatkan kamu seorang yang benar-benar berjaya kerana faktor-faktor lain turut dikira.
Mendapat ‘A’ dalam Matematik dan Sains tidak bermakna kamu seorang yang baik yang
hanya mahir dalam matematik dan pembacaan. Luangkanlah sedikit masa kamu dengan
mempelajari serta membantu orang lain dan ini akan lebih membantu kamu untuk berjaya
dalam hidup.
Di samping itu, guru boleh meminta responden menulis dan memulakan jurnal.
Galakkan responden menulis pendapatnya, puisi, coretan, ulasan tayangan bergambar, idea-
idea baru atau semua pekara-perkara kreatif yang pernah terlintas di fikiran di dalam jurnal
sebagai aktiviti mengisi masa lapang.
Menurut penulis muda Totally Private & Personal : Journaling Ideas for Girls and
Young Women, terdapat dua perkara utama yang perlu dititik beratkan ketika penulisan jurnal
iaitu tarikh bagi setiap penulisan dan jangan membuat apa-apa peraturan ketika menulisnya.
Tulislah segala yang terlintas tanpa perasaan ragu-ragu. Penulisan jurnal ini akan mampu
memberi kesedaran kendiri kepada kanak-akank pintar cerdas apabila membacanya semula.
Selain itu, penulisan jurnal ini secara tidak langsung dapat memperkembang penggunaan ayat
dan bahasa kanak-kanak pintar cerdas dan berbakat secara berperingkat.
4.2 Intervensi 1 : Memulihkan dan Mengurangkan Masalah yang Responden Hadapi
4.2.1 Aktiviti Untuk Mengembangkan kemahiran Interpersonal-Intrapersonal ataupun
Kecerdasan Emosi
Kemahiran interpersonal-intrapersonal ataupun kecerdasan emosi biasanya ditunjukkan di
dalam situasi di mana kanak-kanak menunjukkan keprihatinan kepada perasaan orang lain.
Kanak-kanak yang mampu bersosial akan boleh membaca isyarat-isyarat bukan verbal namun
ramai kanak-kanak pintar cerdas dan berbakat menghadapi kesukaran dalam hal ini.
Aktiviti : Tunjukkan kanak-kanak gambar kanak-kanak lain yang sedang
menunjukkan pelbagai emosi melalui mimik muka.
Aktiviti ini melatih kanak-kanak pintar cerdas dan berbakat agar lebih sensitif terhadap
keperluan dan perasaan orang lain. Dalam aktiviti ini, guru akan menunjukkan gambar
14
beberapa kanak-kanak yang mempunyai pelbagai emosi yang ditunjukkan melalui mimik
muka. Guru akan meminta kanak-kanak cuba membaca emosi yang gambar tersebut
tunjukkan. Misalnya, guru akan bertanya ‘Apa yang kamu fikir tentang perasaan budak lelaki
ini? Bagaimana awak tahu apa yang dirasakannya?’ Pada pendapat kamu, apa yang dia rasa
atau alami begitu? Bagaimana awak tahu dia sedang sedih/marah/gembira? Apa yang boleh
kita lakukan untuk membantu dia?.
Guru memainkan peranan yang amat penting untuk mewujudkan perasaan ambil berat
dalam kalangan murid-murid. Guru boleh menayangkan sebuah cerita wayang yang
mengisahkan kejadian buli dan bantu kanak-kanak memahami mengapa hal ini tidak boleh
diterima dalam kalangan masyarakat. Guru juga perlu beri tindak balas positif dan bantu
kanak-kanak memahami yang mereka boleh menggalakkan kanak-kanak lain dengan memberi
sokongan kepada mereka.
Disamping itu, guru boleh melakukan aktiviti keyakinan diri. Pengkaji mendapati
bahawa kanak-kanak 8- 9 tahun adalah tegas, mempunyai keyakinan dan penghargaan kendiri
yang tinggi. Dalam aktiviti meningkatkan keyakinan diri ini, guru perlu membantu kanak-
kanak membuat senarai tentang apa yang mereka fikir perkara baik yang mereka lakukan
termasuklah kanak-kanak pintar cerdas dan berbakat dimana nilai serta kemampuan mereka
tidak dihargai orang sekeliling.
Selain itu, perbincangan kumpulan dan pelaksanaan projek boleh dilakukan. Guru
perlu memberi galakan kepada kanak-kanak pintar cerdas dan berbakat bekerja dengan teman-
teman yang boleh menerima dan memberi sokongan kepada mereka. Guru harus membuat
kanak-kanak pintar cerdas dan berbakat menyedari tentang kewujudan kanak-kanak lain yang
kurang bernasib baik dan mempunyai masalah yang lebih besar berbanding masalah yang
mereka hadapi melalui filem kanak-kanak di dalam dunia ketiga.
4.2.2 Aktiviti untuk Mengurangkan perasaan Perfectionist pada kanak-kanak
Aktiviti pemikiran Kreatif : Jadikan tubuh anda lebih baik
Idea sebenar diambil daripada De Bono’s yang menekankan tentang pemikiran lateral. Kanak-
kanak daripada semua lapisan umur akan berasa gembira ketika melakukan aktiviti ini.
Setelah kanak-kanak diajar untuk memahami perasaan orang lain, mereka diajar pula untuk
memahami tentang konsep manusia iaitu semua kanak-kanak itu tidak sempurna dan tidak
15
semua idea yang dihasilkan adalah baik. Aktiviti ini akan dilakukan dalam kumpulan kecil
sebanyak 3-4 orang.
Guru akan melukis gambar seorang kanak-kanak yang lengkap. Kemudian kanak-
kanak akan menambah idea mereka dengan melukis atas lukisan tadi kemudian guru akan
meminta kanak-kanak tersebut menceritakan mengapa dia memilih idea tersebut. Kemudian,
guru akan membincangkan kebaikan dan keburukan daripada idea yang diambil. Aktiviti ini
secara tidak langsung mnyedarkan dan memberi penekanan kepada kanak-kanak pintar cedas
dan berbakat bahawa tiada siapa pun dalam ahli kumpulan mereka mahupun kanak-kanak lain
sempurna di dunia ini. Aktiviti ini juga membuat murid menerima kekurangan di sebalik idea
yang mereka beri.
Berkongsi idea daripada kanak-kanak 3-11 tahun
Guru memberi contoh dengan melukis pembaikan dan penambahan kepada lukisan tubuh
badan tadi di hadapan kanak-kanak pintar cerdas dan berbakat. Aktiviti ini mesti dilakukan
dalam kumpulan yang kecil supaya semua kanak-kanak berpeluang mengeluarkan idea
masing-masing serta matlamat aktiviti dapat dicapai. Aktiviti dimulakan dengan seorang
kanak-kanak lain menambah idea pada lukisan. Akhirnya, seluruh ahli kumpulan itu akan
melukis gambar yang melambangkan badan sendiri dengan penambahan pembaikan yang
mereka lakukan. Kemudian, perbincangan dilakukan untuk melihat kebaikan dan keburukan
di sebalik idea yang diberikan.
Kanak-kanak pintar cerdas akan berasa gembira ketika menyarankan idea pembaikan
mereka. Berikut merupakan contoh idea yang dikeluarkan oleh kanak-kanak pintar cerdas dan
berbakat berumur dalam lingkungan tiga ke sebelas tahun.
Sekiranya kamu mempunyai mata di sekeliling kepala, kamu akan memerlukan
banyak cermin mata sekiranya kamu rabun dan bagaimana kamu nak baiki semua
cermin mata itu sekiranya ia rosak? Tetapi, idea ini akan banyak membantu kamu di
dalam pertandingan bola sepak sebab kamu dapat melihat seluruh padang dan dua-dua
gol pada satu masa.
Sekiranya kamu mempunyai spring sebagai kaki, ibu kamu pasti tidak akan
membenarkan kamu berjalan di atas lecak kerana amat sukar untuk membersihkannya
sebelum kamu memasuki rumah nanti.
16
Cikgu rasa butang reset akan menyebabkan kita sihat selalu dan menyebabkan kita
hidup lebih lama. Tiada siapa di bumi yang akan mati. Tetapi, bagaimana kita akan
bertemu tuhan sekiranya kita tidak mati bukan?
Kemudian, kanak-kanak akan mengundi untuk idea yang terbaik. Di akhir
pembelajaran, guru akan membuat kesimpulan tentang kebaikan dan menekankan
matlamat utama permainan ini diwujudkan.
4.2.3 Aktiviti untuk menggalakkan komunikasi dan sosial dengan kanak-kanak sebaya
1)Aktiviti : Menyusun dan Melakonkan Cerita ‘Cinderalla’
Aktiviti ini dilakukan untuk meningkatkan penghargaan kendiri terhadap diri sendiri,
menggalakkan komunikasi antara kanak-kanak serta merapatkan hubungan yang jauh di
dalam suasana yang positif. Hal ini penting kerana kebanyakan kanak-kanak pintar cerdas dan
berbakat tidak mahu berkomunikasi kerana mereka merasakan diri mereka berbeza daripada
orang lain dan rakan sekeliling tidak tahu menghargai idea mereka.
Idea ini diambil daripada Vivian Gussin Paley’s yang berpendapat bahawa aktiviti ini
amat menarik untuk dijalankan kerana kanak-kanak akan melakonkan sendiri cerita yang
mereka hasilkan. Cerita Cinderella dipilih kerana responden amat meminati Cinderella yang
digambarkan cantik serta jelita.
Guru akan memulakan cerita dengan sekumpulan anak-anak di ruangan berbentuk
pentas yang digaris besar menggunakan tape dan guru akan menjelaskan bahawa guru akan
menceritakan kisah seorang gadis bernama Mary yang menulis sebuah surat untuk mereka.
Surat itu mengisahkan tentang seorang puteri bernama Cinderella. Guru mengatakan kepada
murid-muridnya bahawa Mary akan menyimpan episod yang ditulis kepadanya secara
peribadi dan bermakna. Kemudian, guru akan membaca cerita dari komputer peribadi atau
bukunya dimana nama Mary terletas di halaman pertama. Cerita Mary amat pendek dan
mudah difahami.
Seekor rama-rama terbang masuk ke taman bunga. Rama-rama itu mendarat di atas batu.
Kemudian, rama-rama itu terbang kembali melepasi beberapa bunga kemudiannya
hinggap di jari Cinderela.
Kanak-kanak lain pasti akan kelihatan lega apabila mendengar cerita yang ringkas ini.
Mereka secara automatik menganggap yang mereka juga boleh membuat cerita. Tetapi
17
sebelum itu berlaku, kanak-kanak perlu diminta untuk melakonkan cerita tadi. Setiap kanak-
kanak dijemput untuk memegang watak sebagai bunga, rama-rama, batu dan Cinderella.
Kemudian, guru harus bertanya ‘Ada sesiapa yang mahu berkongsi ceritanya dengan Mary?’.
Perkara yang amat penting dalam aktiviti ini ialah cerita yang dihasilkan merupakan
milik mutlak kanak-kanak yang menghasilkannya. Aktiviti ini juga dapat mencipta ruang
persekitaran positif kerana kanak-kanak yang menghasilkan cerita akan mendapat
penghargaan yang tinggi daripada kawan-kawannya. Pengarah cerita tersebut akan berasa
lebih bangga apabila cerita yang dihasilkannya dilakonkan oleh kanak-kanak lain di hadapan
guru. Disamping itu, aktiviti ini akan dapat menghasilkan pengajaran yang luas serta
bermakna dalam menggalakkan keyakinan diri yang positif buat kanak-kanak pintar cerdas
dan berbakat. Kanak-kanak pintar cerdas dan berbakat akan bergembira dengan berbahasa,
mengembara dan bermain dengan perkataan serta teks.
2)Aktiviti : Menghasilkan teater ‘Cinderella’ menggunakan pendekatan Six Thinking
Hat oleh Edward De Bono’s
Aktiviti ini diadakan melalui pembelajaran yang baru dan di dalam cara yang berbeza seperti
membuat drama, pembentangan oral, membuat pembentangan slaid serta karangan
bergambar, membuat mobil, memainkan peranan, mencipta lagu, membuat video atau
membuat laman web. Setelah kanak-kanak boleh berkomunikasi sedikit dengan rakan
sebayanya, lakukan aktiviti ini untuk menggalakkan komunikasi lebih berlaku. Aktiviti ini
bertujuan untuk mengalakkan kanak-kanak pintar cerdas berinteraksi dengan orang lain
melalui perundingan dan bertukar peranan di dalam perbualan. Selain itu, aktiviti ini
bertujuan menghubungkan dan mengaplikasikan pembelajaran baru di dalam situasi berbeza.
Topi diperbuat daripada kad berwarna untuk membentuk topi dengan meggunakan
stapler. Setiap warna seharusnya mencukupi bagi semua ahli kumpulan sama ada ketika ingin
memakai topi yang mempunyai warna yang sama ataupun warna berlainan.
Idea ini diilhamkan oleh Edward De Bono’s sebagai salah satu cara untuk membantu
kaank-kanak menjelaskan pemikiran mereka. Untuk memulakan aktiviti ini, kanak-kanak
pintar cerdas dan berbakat diberi satu masalah dan kemudiannya buah fikiran mereka untuk
menyelesaikan masalah tersebut perlulah selari dengan warna topi yang mereka pakai. Hal ini
akan membuatkan mereka berfikir daripada semua aspek mengenai semua penyelesaian yang
boleh diambil pada sesuatu masa dan juga meminta mereka untuk menumpukan perhatian
18
kepada satu jenis jawapan. Sekiranya kanak-kanak memberi tindak balas yang salah, guru
yang memakai topi biru boleh mengatakan ‘Woops, topi yang salah!’.
Aktiviti ini merupakan aktiviti menarik untuk berfikir secara terus, suatu permainan
yang tidak akan melukakan hati mana-mana kanak-kanak pintar cerdas dan berbakat.
Rancangan ini dapat diaplikasikan kepada semua kumpulan sama ada mengisarkan tentang
sesuatu cerita ataupun untuk mewujudkan perbincangan mahupun debat.
Topi biru berfungsi untuk mengawal keadaan dan selalunya dipegang oleh guru
sehinggalah kanak-kanak sudah biasa dengan rancangan permainan ini. Kemudian, kanak-
kanak boleh mengambil peranan itu. Orang yang memegang topi biru akan mengawal aktiviti
dan masa untuk berubah topi. Proses mengubah warna topi akan menukar titik sesuatu
perbincangan seperti ‘Baiklah, kita sudah membicarakan perkara-perkara baik tentang
perbincangan kita. Pakai topi hitam kamu sekarang dan fikirlah tentang kekurangan ataupun
perkara yang perlu kita beri perhatian’.
Topi putih pula berperanan untuk mengeluarkan maklumat atau fakta. Kanak- kanak
tidak akan memberi pendapat mereka sendiri apabila mereka memakai topi ini. Mereka hanya
akan mengimbas semula sebagai contoh ‘ Cerita ini mengisahkan apa?’ ‘Apakah masalah
yang kita perlu selesaikan?’.
Topi kuning merupakan topi gembira serta topi yang mengalakkan pemikiran positif.
Apabila kanak-kanak memakai topi ini, mereka hanya memikirkan tentang perkara gembira
yang boleh berlaku. Mereka hanya memikirkan kesan gembira sekiranya mereka
menyelesaikannya menggunakan kaedah ini.
Topi merah meminta kanak-kanak untuk memikirkan perasaan dan emosi yang
ditunjukkan oleh sesuatu karakter. Kanak-kanak pintar cerdas dan berbakat boleh
mengaplikasikan pengalaman mereka pada aktiviti pertama tadi iaitu aktiviti dimana gambar
kanak-kanak lain yang sedang menunjukkan pelbagai mimik muka ditunjukkan. Mereka
mungkin akan lebih mendalaminya dengan berfikir tentang perasaan mereka sendiri
bergantung kepada masalah yang dihadapi. Sebagai contoh ‘Apakah yang awak rasa
mengenai perkara ini’ ‘Bagaimana perasaan karakter utama cerita ini?’
Topi Hijau merupakan topi kreatif apabila kanak-kanak diminta untuk mencipta
penyelesaian berbeza untuk menyelesaikan masalah yang timbul. Contoh soalan yang
19
dikemukakan ialah ‘Apakah yang kita dapat lakukan ?’ ‘ Adakah terdapat cara lain yang kita
boleh cuba?’
Topi Hitam pula merupakan topi yang mengingatkan kita untuk berwaspada. Misalnya
‘Apakah kesukaran yang bakal kita hadapi apabila kita mencubanya?’ Adakah terdapat
bahaya sekiranya kita cuba untuk melakukannya?’ Kesimpulan dibuat di akhir perbincangan.
Aplikasi daripada Idea Edward de Bono’s
Perbincangan akan dilakukan menggunakan kaedah Six Thingking Hats yang diilhamkan oleh
Edward de Bono’s. Berikut merupakan contoh perbincangan yang boleh dilakukan agar para
guru lebih memahami bagaimana kaedah ini diaplikasikan.
Guru (Topi biru) : Kita telah membincangkan untuk memainkan drama
‘Cinderella’. Sila pakai topi putih kamu. Ada sesiapa yang ingat
cerita tersebut dan mahu berkongsi dengan kita semua?
Topi putih : Siapa yang akan datang ke persembahan kita?
Dimana ia akan diadakan?
Adakah semua orang ingin menontonnya?
Kita perlu melaksanakannya dan ada pelbagai tugas yang perlu
dibahagikan. Seseorang perlu dilantik untuk memastikan semua
orang melakukan kerja mereka tepat pada masanya. Apakah
tugas-tugas yang perlu dilantik?
Topi biru : Kita boleh buat senarai dan tanya semua murid-murid mengenai
tugasan yang diminati masing-masing. Sila pakai topi kuning
kamu dan fikirkan mengenai kebaikan pelaksanaan drama ini.
Topi kuning : Drama ini menyeronokkan dan di dalam masa yang sama kita
boleh membuktikan bahawa kanak-kanak pun mampu
melakukannya.
Kita boleh melakukan tugas yang berbeza - saya suka melukis
pemandangan dan saya akan lukiskannya untuk drama ini.
Ramai orang akan datang dan melihat persembahan kita.
Mungkin kita boleh menjual tiket dan hasi duit tersebut boleh
20
kita gunakan untuk membantu murid-murid lain yang kurang
bernasib baik.
Kita boleh buat majlis tari menari selepas drama itu.
Kita boleh buat kek, menjual rantai leher dan pelbagai bunga
untuk menarik minat orang ramai hadir ke persembahan kita.
Topi biru : Drama seperti ini pasti sukar untuk dilaksanakan. Mampukah
kamu semua melaksanakan idea yang telah diberikan sebentar
tadi?. Sila pakai topi hitam kamu dan beritahu cikgu mengenai
perkara-perkara yang mungkin susah untuk dilakukan.
Topi hitam : Ibu saya mungkin tidak dapat hadir kerana adik saya masih
kecil.
Kita perlu mengalihkan semua bahan-bahan drama dan terdapat
bahan-bahan drama ini yang berat untuk diangkat.
Terlalu banyak yang perlu dipelajari dan diingati sekiranya kita
tidak mahu lupa skrip yang bakal diucapkan.
Dimana kita boleh mendapatkan muzik bersesuaian untuk drama
ini.
Kita masih tidak mempunyai orang yang memegang watak
sebagai ibu tiri kepada Cinderella.
Topi biru : Mmmm. Terlalu banyak yang perlu difikirkan. Pakailah topi
hijau kamu dan fikirkan cara-cara untuk menghadapi masalah
ini.
Topi hijau : Ibu saya boleh membawa adik kecil saya dan menyusukannya
supaya dia tertidur akibat kekenyangan sewaktu persembahan
dilakukan.
Kita boleh menulis skrip dan beraksi seperti watak sebenar.
Kita boleh pasang cd sewaktu plot tari menari.
Emily mempunyai rambut yang panjang. Saya rasa kita boleh
berikan watak itu padanya.
Topi biru : Jadi, kita telah memikirkan tentang watak dan siapa yang akan
memegang watak tersebut. Begitu juga tentang idea menjual
tiket persembahan drama ini. Adakah terdapat perkara-perkara
lain yang perlu kita lakukan? Pakai topi hijau kamu.
21
Topi hijau : Kita boleh bina poster dan tampalkannya di luar sekolah kita.
Kita boleh menggunakan marakas ketika watak kakak
Cinderella yang jahat masuk ke dalam pentas. Berapa ramai
penonton yang akan datang? Kita perlu menyediakan kerusi
yang mencukupi untuk mereka. Kita boleh meminta resepi kek
daripada ibu Mira dan kita boleh membuat serta menjualnya
sendiri. Resepi yang digunakan amat mudah.
Perbincangan ini akan dilakukan selama tiga hari selepas kanak-kanak balik ke rumah dan
mendapat idea tentang perkara yang perlu dibincangkan agar persembahan drama Cinderella
dijalankan dengan lancar.
Dengan bantuan daripada kanak-kanak pintar cerdas dan berbakat yang lebih mahir
dalam bidang penggunaan bahasa, skrip drama dapat dihasilkan. Sekiranya kanak-kanak
menghadapi kesukaran dalam menghafal, mereka boleh miming ketika melakukannya.
22
RUJUKAN
Carol Bainbridge (2000). Helping Gifted Children Cope with Intense Emotions. Diperoleh
pada Ogos 23, 2010 daripada
http://giftedkids.about.com/od/socialemotionalissues/qt/emotion_coping.htm.
Christine Macintine (2008). Gifted and Talented Children 4-11. NewYork : Routledge Taylor
and Francis Group.
James T. Webb (1993). Nurturing Social-Emotional Development Of Gifted Children.
Diperoleh pada September 18, 2010 daripada
http://www.kidsource.com/kidsource/content2/social_development_gifted.html
Judy Galbraith, M.A. (1999). The Gifted Kids Survival Guide : For Ages 10 and Under.
United States of America : Free Spirit Publishing.
Lesley Sword. Parenting Emotionally Intense Gifted Children. Diperoleh pada Ogos 30,
2010 daripada
http://talentdevelop.com/articles/ParentingEIGC.html.
Sidney M. Moon (2004). Social/Emotional Issues, Underachivement, and Counselling the
Gifted and Talented Students. California : Corwin Press Publication
Susan Windbrenner. (Ed.). Teaching Gifted Kids in the Regular Classroom. United States of
America : Free Spirit Publishing.
23
LAMPIRAN
24
Checklist on How a Perfectionist Feels
(Thomas S. Greenspon 2002)
PERFECTIONIST FEELINGS YES NO
Deeply embarrassed about mistakes she makes
Disguised or angry with herself when she is critized
Anxious when stating her opinion to others
Extremely worried about details
Angry if her routine is interrupted
Nervous when things around her are messy
Feraful or anxious a lot of the time
Exhausted and unable to relax
Plagued by self-hatred
Afraid of appearing stupid
Afraid of appearing incompetent
Afraid of being rejected
Ashamed of having fears
Discouraged
Guilty about letting others down
Conclusions Respondent have more than half
of the characteristics given. So,
respondent is a perfectionist
gifted.