kertas kerja penggunaan kaedah mnemonik

31
PENGGUNAAN KAEDAH MNEMONIK DALAM MENINGKATKAN KEMAHIRAN MURID TAHUN 6 DALAM MEMBUAT HIPOTESIS ASRULLIDA BT ABDUL SAMAT INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS SULTAN ABDUL HALIM 2014 1

Upload: asrullida-abdul-samat

Post on 18-Nov-2015

165 views

Category:

Documents


18 download

TRANSCRIPT

PENGGUNAAN KAEDAH MNEMONIK DALAM MENINGKATKAN KEMAHIRAN MURID TAHUN 6 DALAM MEMBUAT HIPOTESIS

ASRULLIDA BT ABDUL SAMAT

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUSSULTAN ABDUL HALIM

2014

PENGGUNAAN KAEDAH MNEMONIK DALAM MENINGKATKAN KEMAHIRAN MURID TAHUN 6 DALAM MEMBUAT HIPOTESIS

1.0 PENDAHULUANKemahiran Proses Sains telah diberikan penekanan dalam perkembangan kurikulum pendidikan sejak suku abad yang lepas. Malahan perkembangan kemahiran ini dianggap sebagai menjadi salah satu matlamat utama dalam pendidikan sains. Kemahiran Proses Sains Bersepadu yang terdiri daripada aktiviti mengformulasi hipotesis, mendefinisi secara operasi, mengawal pembolehubah, merekabentuk eksperimen, dan mentaksir maklumat adalah antara kemahiran yang diperlukan untuk proses penyelesaian masalah dalam bidang sains. Kemahiran ini dikatakan boleh dikuasai oleh murid sekiranya aktiviti-aktiviti yang terlibat dalam proses pengajaran dan pembelajaran bersesuaian dengan tahap perkembangan kognitif pelajar. Oleh yang demikian, suatu kurikulum yang mantap, serta kaedah pengajaran yang bersesuaian diperlukan dalam usaha meningkatkan tahap pemerolehan kemahiran proses sains bersepadu ini.

1.1 REFLEKSI PENGAJARANSetelah hampir 2 tahun mengajar Sains Tahun 6, saya mendapati bahawa masih terdapat murid-murid Tahun 6 yang tidak dapat membuat hipotesis dalam ayat yang lengkap dengan betul. Berdasarkan sesi pengajaran dan pembelajaran, pada peringkat permulaannya ternyata murid menunjukkan minat dan seolah-olah memahami konsep-konsep yang telah dipelajari. Namun, apabila murid menjawab soalan ujian atau peperiksaan ternyata mereka tidak dapat menjawab setiap soalan yang dikemukakan. Murid seakan-akan keliru dengan pernyataan yang diberikan dimana mereka mencampuradukkan pelbagai maklumat untuk membuat hipotesis bagi soalan-soalan tertentu. Ada diantaranya langsung tidak dapat menjawab soalan-soalan berkaitan hipotesis ini dan tidak kurang juga yang menyalin semula soalan pada ruang jawapan. Bagi yang dapat menjawab, jawapan yang diberikan menunjukkan mereka masih tidak dapat membezakan diantara pembolehubah yang dimanipulasikan dan yang bergerakbalas.Setelah membuat beberapa analisis terhadap keputusan peperiksaan tersebut, saya cuba menyediakan beberapa contoh pembolehubah untuk mereka menyatakan hipotesis eksperimen yang berkaitan. Murid masih tidak dapat membuat perkaitan diantara pembolehubah dimanipulasikan dan pembolehubah bergerakbalas. Kebanyakan murid menggunakan kaedah menghafal untuk mengingati maklumat- maklumat atau pembolehubah yang diberikan guru. Oleh yang demikian, murid beranggapan bahawa kemahiran proses sains membuat hipotesis ini adalah satu kemahiran yang sukar. Seterusnya meninggalkan kesan negatif dalam diri murid sehingga menimbulkan rasa tidak minat terhadap subjek sains. Situasi ini menyebabkan saya menjadi bimbang kerana kegagalan murid dalam mengenalpasti pembolehubah dan seterusnya gagal membuat hipotesis, ia amat merugikan kerana soalan-soalan seumpana ini merupakan soalan bonus mark yang dapat membantu murid mendapatkan markah pada soalan UPSR bahagian B. Jika dibiarkan berlanjutan, maka ia akan memberikan kesan kepada minat murid mempelajari Sains itu sendiri. Rentetan itu, saya mula memikirkan satu kaedah yang terbaik untuk menukarkan kaedah pengajaran dan memilih kaedah Mnemonik bagi membantu meningkatkan kemahiran murid dalam menjawab soalan hipotesis.Oleh yang demikian, pengkaji merasakan kajian terhadap penggunaan kaedah Mnemonik ini dalam kalangan murid tahun 6 ini perlu dijalankan untuk mengetahui keberkesanannya dalam menambahbaik amalan pengajaran guru di bilik darjah.

2.0 FOKUS KAJIAN / ISU KEPRIHATINANFokus kajian saya ialah masalah kemahiran membuat hipotesis berdasarkan sesuatu penyataan bagi murid Tahun 6. Secara keseluruhannya, murid Tahun 6 dapat mengenalpasti pembolehubah-pembolehubah yang terlibat dalam sesuatu eksperimen jika diberikan di dalam bentuk jadual. Namun, murid tidak dapat mengenalpasti pembolehubah dimanipulasikan dan pembolehubah bergerakbalas jika pembolehubah tersebut dinyatakan di dalam satu ayat atau pernyataan. Kesukaran mengenalpasti menyebabkan mereka tidak dapat membuat perkaitan atau menyatakan hubungan diantara pembolehubah tersebut dengan tepat.

2.1 Tinjauan MasalahPemerhatianUntuk meninjau masalah murid saya telah membuat pemerhatian semasa proses pengajaran dan pembelajaran dalam kelas, semasa menjalankan eksperimen untuk aktiviti PEKA ( Penilaian Kerja Amali Sains ) dan melalui respons murid kepada soalan-soalan yang diajukan.

TemubualKaedah lain yang saya gunakan adalah temu bual. Kaedah ini dilakukan secara tidak formal terhadap murid-murid yang telah dikenalpasti tidak mempunyai kemahiran dalam menjawab soalan kemahiran proses sains membuat hipotesis. Sesi temu bual ini dilakukan di luar waktu pengajaran dan pembelajaran.

Ujian PraUjian Pra telah dijalankan bagi menguji tahap sebenar pencapaian murid. Ujian Pra meliputi :a) Ujian bertulisb) Laporan aktiviti PEKA

2.2 Analisis Tinjauan MasalahPemerhatianBerdasarkan pemerhatian yang dibuat sepanjang proses pengajaran dan pembelajaran yang lalu, saya dapati murid - murid ini lemah dalam aspek kemahiran membuat hipotesis dan mengenalpasti pembolehubah, terutamanya jika pembolehubah tersebut diberikan di dalam satu penyataan.Contoh : Bilangan pokok yang tumbuh bergantung kepada kualiti udara

Soalan : berikan satu hubungan ( hipotesis ) antara pembolehubah dimanipulasikan dan pembolehubah bergerakbalas.

Bagi soalan di atas, murid didapati tidak dapat mengenalpasti pembolehubah dan seterusnya tidak menjawab soalan-soalan seumpamanya.

Temu bual Hasil daripada temu bual yang dijalankan adalah seperti berikut: Dalam laporan kajian ini, saya hanya memaparkan hasil temu bual saya bersama tiga orang murid sahaja

Dialog 1Guru:Faham tak apa yang cikgu ajar tentang geseran ? Murid :Faham, cikgu.Guru:Daya geseran lebih tinggi pada permukaan yang bagaimana ?Murid: Pada pasir, jalan bertar, rumput. Guru:Jarak yang dilalui oleh kereta mainan bergantung kepada jenis permukaan yang dilalui. Antara dua maklumat ini, yang manakah PM (pembolehubah dimanipulasikan) dan PB (pembolehubah bergerakbalas) ?Murid :Tak tahu, cikgu.

Dialog 2Guru:Faham tak apa yang cikgu ajar tentang geseran ? Murid :Faham, cikgu.Guru:Daya geseran lebih tinggi pada permukaan yang bagaimana ?Murid: Jalan bertar, simen. Guru:Jarak yang dilalui oleh kereta mainan bergantung kepada jenis permukaan yang dilalui. Antara dua maklumat ini, yang manakah PM (pembolehubah dimanipulasikan) dan PB (pembolehubah bergerakbalas) ?Murid :PM .jarak yang dilalui , PB.jenis permukaanGuru: buat satu hubungan antara PM dan PB ?Murid : tak tahu, cikgu

Dialog 3Guru:Faham tak apa yang cikgu ajar tentang geseran ? Murid :Faham, cikgu.Guru:Daya geseran lebih tinggi pada permukaan yang bagaimana ?Murid: Permukaan yang kesatGuru:Jarak yang dilalui oleh kereta mainan bergantung kepada jenis permukaan yang dilalui. Antara dua maklumat ini, yang manakah PM (pembolehubah dimanipulasikan) dan PB (pembolehubah bergerakbalas) ?Murid :PM jenis permukaan , PB.jarak yang dilaluiGuru: buat satu hubungan antara PM dan PB ?Murid : Semakin bertambah jarak, semakin bertambah jenis permukaan.

Hasil temubual tersebut, saya dapati terdapat murid yang langsung tidak tahu, membuat hipotesis dan tidak kurang juga yang salah membuat hipotesis atau hubungan di antara dua pembolehubah. Di mana murid hanya menyambungkan pembolehubah yang berada di hadapan dengan pembolehubah yang berada di belakang tanpa mengenalpasti yang manakah PM dan PB.

Ujian PraJadual 1 menunjukkan dapatan daripada ujian pra yang telah dijalankan.Jadual 1 : Tahap kemahiran menjawab soalan Kemahiran Proses Sains Membuat HipotesisAspek / PerkaraKumpulan Sasaran ( 6 orang )

Tidak dapat mengenalpasti Pembolehubah3

Salah menentukan Pembolehubah dimanipulasi (PM) dan Pembolehubah bergerakbalas (PB)2

Dapat membuat hubungan (hipotesis) antara Pembolehubah tetapi tidak tepat1

Berdasarkan Jadual 1 di atas, didapati daripada 6 orang murid di dalam kumpulan sasaran, 3 orang tidak dapat mengenalpasti semua pembolehubah, manakala 3 yang lain dapat mengenalpasti pembolehubah. Walaubagimanapun, 2 orang tidak dapat mengenalpasti setiap pembolehubah tersebut, iaitu PM dan PB. 1 orang murid dapat mengenalpasti PM dan PB dengan tepat. Namun salah dalam membuat hipotesis diantara kedua-dua pembolehubah tersebut. Data-data ini menunjukkan bahawa murid Tahun 6 tidak dapat mengenalpasti pembolehubah dan lemah dalam menjawab soalan berkaitan hipotesis.

2.3 Tinjauan Literatur berkaitanSatu kajian telah dijalankan bertepatan dengan tajuk kajian yang telah saya pilih oleh Hanis Athirah Bt Rusli (2013) bertajuk Penggunaan Kaedah i-SAMBAL dalam meningkatkan penguasaan murid bagi mengenalpasti perubahan warna kertas litmus, dimana beliau juga telah menggunakan kaedah Mnemonik Kata Kunci untuk meningkatkan tahap ingatan dan pemahaman murid dalam perubahan kertas litmus. Hanis Athirah (2013) telah menunjukkan bahawa kaedah Mnenomik ini dapat meningkatkan tahap penguasaan murid. Daripada analisis data yang telah dibuat, didapati bahawa peningkatan sebanyak 30% berbanding dengan keputusan ujian pra yang dibuat kepada 6 orang responen. Sekaligus, meningkatkan minat murid dalam mempelajari topik tersebut. Daripada kajiannya juga peningkatan perubahan tingkahlaku purata adalah sebanyak 14%, dimana sebelum intervensi adalah sebanyak 33% dan pertambahan menjadikan hasil sebanyak 47%.Nurul Munirah (2011, seperti dinyatakan dalam Hanis Athirah, 2013), menyatakan bahawa telah berlaku peningkatan daya ingatan murid dalam mengahafal kata kunci dan seterusnya membantu mereka untuk mengingati dalam jangka masa yang singkat. Malah, Nur Zitra (2013), juga menyatakan di dalam kajiannya bahawa penggunaan Mnemonik Kata Kunci dapat meningkatkan kemahiran murid dalam menjawab soalan-soalan Sains Bahagian B. Kenyataan beliau telah disokong dengan data yang telah dikumpul dan dianalisis.

Teori Pemprosesan Maklumat Gagne Penggunaan kaedah Mnemonik ini bertepatan dengan teori pemprosesan maklumat Gagne. Menurut Mok Song Sang ( 2002 ) Teori Gagne , ransangan-ransangan dari persekitaran luar diterima dalam sistem saraf melalui deria-deria manusia. Maklumat ini akan ditafsirkan dalam stor ingatan jangka pendek, kemudian dihantar ke stor ingatan jangka panjang dan seterusnya ke penggerak tindak balas melalui sistem saraf. Di dalam stor ingatan jangka pendek, maklumat yang diterima akan dikodkan secara bermakna dalam rangka yang lebih mudah diingati, iaitu dalam bentuk gambar mental atau simbol bahasa ringkas berdasarkan jenis maklumat yang diterima. Maklumat yang dikodkan akan disimpan dalam masa 15-30 saat sahaja dan kemudian dihantar ke stor ingatan jangka panjang untuk disimpan dalam beberapa minit atau selama-lamanya. Menurut Gagne, maklumat- maklumat yang disimpan dalam stor ingatan jangka panjang adalah penting bagi manusia untuk mengaitkannya dengan pengalaman-pengalaman baru, demi memudahkan proses pembelajaran baru berlaku.( Mark Meyer, 2006). Douglas (2000), juga berpendapat bahawa kaedah mnemonik merupakan salah satu strategi kognitif, namun tidak didedahkan di sekolah pada masa kini.Ahmad Hanizar (2007) juga menyatakan bahawa Teori pemprosesan maklumat Gagne memberi penekanan kepada proses-proses mental yang berinteraksi dengan pengajaran (luaran).

Kaedah MnemonikMnemonik mempunyai pelbagai tafsiran makna. Menurut Mohammad & Saed ( 2011 ) perkataan Mnemonik ini adalah berasal daripada bahasa Greek iaitu mnemosyne iaitu yang banyak berkaitan dengan pemikiran atau minda. Kaedah mnemonic bermaksud mengorganisasikan fakta-fakta untuk memudahkan ingatan. Ingatan merupakan proses kebolehan manusia untuk menerima maklumat, memproses dan menyimpannya dalam otak kemudian mengeluarkannya ketika diperlukan. Gaya pembelajaran teknik Mnemonik terbahagi kepada tiga gaya pembelajarn iaitu Mnemonik Peg, Mnemonik Berkatian dan Mnemonik Kata Kunci. Kaedah Mnemonik Kata Kunci adalah kaedah yang lebih banyak digunakan dalam pengajaran dan pembelajaran dengan mencipta formula tertentu untuk menjadi kata kunci mengingati istilah atau sesuatu konsep.( Robert J.,Marzano, 2007).Pada peringkat asas pembelajaran, sesuatu perkataan itu tidak dapat diingat secara efektif dengan menggunakan konteks ayat dan mesti digunakan perkataan tunggal atau berpasangan. Kata kunci ialah kata yang terdengar seperti kata baru dan mudah digambarkan. Kemudian diciptakan sebuah gambaran atau bayangan dari kata kunci dan definisi tersebut bersama. Hal tersebut penting ketika saling berinteraksi dan tidak ditampilkan dalam gambaran atau bayangan yang sama. ( Carter, 2013 ). 3.0 OBJEKTIF KAJIANObjektif kajian ini adalah untuk mengkaji penggunaan kaedah mnemonik dalam meningkatkan kemahiran murid Tahun 6 dalam menjawab soalan membuat hipotesis.

4.0 SOALAN KAJIANDalam kajian ini, saya mengemukakan beberapa persoalan bagi menentukan objektif kajian tercapai, antaranya ialah :a) Adakah kaedah mnemonik dapat meningkatkan kemahiran murid dalam menjawab soalan membuat hipotesis ?

5.0 PERANCANGAN TINDAKAN5.1 Kumpulan Sasaran Sasaran kajian adalah pelajar Tahun 6 Efisien. Kajian melibatkan enam orang murid yang dipilih sebagai responden. Mereka terdiri daripada empat orang murid lelaki dan dua orang murid perempuan. Kesemua mereka merupakan warganegara Malaysia, beragama Islam, berketurunan Melayu. Kebanyakan pelajar kelas ini datang dari keluarga bersosioekonomi sederhana. Responden mempunyai prestasi akademik rendah dan dipilih berdasarkan pencapaian markah soalan sains bahagian B dalam ujian OTI 1.

5.2 Langkah-langkah tindakanSaya telah menggunakan model Kemmis & Mc. Taggart sebagai model kajian tindakan. Menurut Kemmis & Mc. Taggart (1988, dlm. Pasukan Penyelidik, 2013), model tersebut menyatakan empat langkah kajian tindakan iaitu mereflek, merancang, melaksana dan memerhati.

MEREFLEKBERTINDAKRajah 1 : Model Kemmis & Mc. Targart (1988)

MERANCANGMEMERHATI

MereflekProses mereflek bermula selepas ujian OTI 1 dijalankan. Hasil penandaan kertas ujian murid menunjukkan murid tahun 6 Efisien masih gagal menjawab soalan-soalan yang berkaitan membuat hipotesis. Tahap pencapaian murid masih di tahap yang kurang memberangsangkan. Hasil penelitian kertas jawapan, terdapat sesetengah murid yang meninggalkan kosong pada ruang jawapan, menyalin semula soalan dan menulis jawapan yang tiada kaitan.

MerancangLangkah 1 Saya merangka untuk membina dua mnemonik kata kunci dalam mengatasi masalah ini. Mnemonik pertama bagi menentukan PM ( Pembolehubah Manipulasi ) dan PB ( Pembolehubah Bergerakbalas ) . Manakala mnemonik kedua bagi membina ayat hipotesis.

Mnemonik PertamaPBPMJenis permukaan mempengaruhi jarak yang dilalui oleh kereta mainan

Di dalam penyataan ini, murid akan diminta untuk mengenalpasti perkataan pemisah diantara dua maklumat. Contohnya perkataan mempengaruhi. Kemudian murid akan menandakan abjad pertama pada perkataan tersebut. Abjad M....menghampiri PM (Pembolehubah Manipulasi). Maka, maklumat pertama iaitu jenis permukaan adalah Pembolehubah Manipulasi dan jarak yang dilalui oleh kereta mainan adalah Pembolehubah Bergerakbalas

PBjarak yang dilalui oleh kereta mainan bergantung kepada Jenis permukaan

PM

Dalam penyataan ini pula, perkatan pemisah adalah bergantung kepada dan abjad B dibulatkan menandakan abjad pertama dalam perkatan tersebut. Maka maklumat pertama adalah PB (Pembolehubah Bergerakbalas), manakala maklumat kedua adalah PM (Pembolehubah Manipulasi).Jika perkataan pemisah tersebut adalah bergantung,dipengaruhi dan berkait dengan maka maklumat sebelumnya adalah pembolehubah bergerakbalas. Manakala, jika perkataan mempengaruhi berada diantara dua maklumat di dalam penyataan, maka maklumat pertama itu adalah pembolehubah dimanipulasikan.

Langkah 2Mnemonik keduaSeterusnya membina ayat hipotesis, saya merancang untuk membina kata kunci untuk membolehkan murid membina satu hipotesis yang betul.

Perdana Menteri...Pergi Baling Pembolehubah diManipulasi...Pembolehubah Bergerakbalas

Kata kunci ini memberikan maksud bahawa hipotesis perlu dibina dengan didahulukan dengan pembolehubah dimanipulasikan dan diikuti dengan pembolehubah bergerakbalas. Jika jenis permukaan bertambah kesat, maka jarak yang dilalui oleh kereta mainan akan menurun

BertindakLangkah 1Saya akan menggunakan kata kunci yang telah dibina ketika sesi intervensi bermula dengan memperkenalkan kata kunci bagi mengenalpasti PM dan PB di dalam penyataan. Satu penyataan diberikan kepada responden dan responden dikehendaki menandakan abjad pertama pada perkataan pemisah. Seterusnya menentukan PM dan PB berdasarkan perkataan pemisah tersebut.

Jadual 2 : Contoh kata kunci pembolehubah

PB - Bergantung PB - Dipengaruhi PB Berkait denganPM - Mempengaruhi

Contoh penyataan :Suhu planet berkait dengan jarak planet tersebut daripada matahari

Langkah 2Saya akan memberikan satu lagi kata kunci untuk membina hipotesis iaitu :Perdana Menteri...Pergi Baling. Murid akan diminta untuk membina ayat hipotesis berdasarkan kata kunci tersebut.Contoh : Semakin bertambah jarak planet daripada matahari, semakin menurun suhu planet tersebut.Proses intervensi ini akan dilaksanakan selama sebulan selepas Ujian Pra dijalankan. Selepas tempoh tersebut, Ujian Pasca aka dijalankan untuk mengukur peningkatan kemahiran membuat hipotesis bagi responden yang terpilih.

MemerhatiDaripada intervensi yang dilaksanakan, saya akan membuat pemerhatian ke atas responden yang terlibat untuk melihat keberkesanan kaedah Mnemonik yang digunakan. Jika penggunaan kaedah ini kurang berkesan, saya perlu mengulang semula gelung model di atas untuk membuat perbandingan hasil dapatan kajian.Saya akan menggunakan tiga instrumen iaitu analisis dokumen, ujian pra dan pasca serta soal selidik. Instrumen analisis dokumen akan diedarkan sebelum intervensi dan akan diedarkan semula setelah intervensi dijalankan. Saya akan menilai dokumen tersebut untuk mengetahui peningkatan kemahiran murid dengan melihat perubahan terhadap markah pada dokumen sebelum dan selepas intervensi.

5.3 Kaedah mengumpul data2 kaedah akan dipilih untuk digunakan bagi mengumpul data. Iaitu :

5.3.1 Penelitian dokumenKaedah penelitian dokumen akan dijalankan sepanjang tempoh intervensi di dalam bilik darjah semasa sesi pengajaran dan pembelajaran. Dokumen yang akan diteliti adalah laporan aktiviti amali PEKA dan latihan harian. Pemerhatian terhadap laporan PEKA dapat dibuat dengan meneliti gaya penulisan jawapan berkaitan soalan hipotesis eksperimen. Dalam PEKA, murid akan diminta menyatakan hipotesis eksperimen dan dari situ, saya akan dapat mengetahui samada, murid dapat membuat hipotesis dengan betul ataupun tidak. Manakala, latihan harian seperti lembaran kerja dan latih tubi soalan-soalan bahagian B, iaitu soalan-soalan struktur yang memerlukan murid menulis jawapan sendiri mengikut tahap kemahiran dan pengetahuan mereka.

5.3.2 Ujian Pra dan Ujian PascaBagi mengukuhkan lagi kajian, saya akan melaksanakan ujian pra dan ujian pasca ke atas subjek kajian. Soalan yang terdapat di dalam ujian pra dan ujian pasca adalah sama. Ujian pra merupakan ujian awal sebelum intervensi dijalankan bagi mengesan kesalahan dan kelemahan murid dengan lebih terperinci. Manakala ujian pasca adalah untuk melihat peningkatan pencapaian dalam kemahiran membuat hipotesis. Dan akan dilaksanakan selepas selesai tindakan intervensi.

5.4 Kaedah menganalisis dataSaya bercadang untuk memilih kaedah menganalisis data secara kualitatif dan kuantitatif. Data Kuantitatif adalah data yang diperolehi dalam bentuk numerikal. Instrumen mengumpul data berbentuk numerikal adalah secara tertutup (Creswell, 2009).

5.4.1 Penelitian DokumenPenelitian dokumen ini merupakan kaedah analisis data secara kualitatip kerana melalui instrumen penelitian dokumen ini, perubahan tingkahlaku dan gaya penulisan akan dapat ditunjukkan dengan jelas berdasarkan jawapan yang diberikan pada soalan yang dikemukan pada soalan dan pernyataan hipotesis pada laporan kerja amali PEKA.

5.4.2 Ujian .Melalui instrumen ujian, perbandingan markah akan dapat menunjukkan kesan perubahan dengan jelas berdasarkan angka-angka yang dapat dicatatkan dan direkod. Hasil dapatan akan diterjemahkan dalam bentuk jadual, carta dan graf.

Jadual 3 : Analisis Skor Markah Ujian Pra dan Ujian PascaUJIAN

RESPONDENUJIAN PRAUJIAN PASCAPOLA

1

2

3

4

5

6

Jadual Analisis Skor Markah ini akan menunjukkan perbandingan markah bagi enam responden dan perubahan markah akan dicatatkan pada ruangan pola. Begitu juga dengan graf ini dapat menunjukkan perbandingan dengan lebih jelas secara visual. 5.4.2 Senarai semak Analisis dokumen menggunakan senarai semak akan digunakan untuk melihat peningkatan kemahiran responden dalam membina hipotesis

Jadual 3 : Borang senarai semak kebolehan membina hipotesisITEMLEMBARAN KERJARESPONDEN

Membina hipotesis dengan tepat1123456

2

3

4

5

5.5 Jadual pelaksanaan / Carta GanttCarta Gantt adalah perwakilan grafik tempoh tugas terhadap perkembangan masa. Ia juga merupakan alat yang berguna untuk perancangan dan penjadualan projek. Pengunaan Carta Gantt juga membantu apabila memantau kemajuan sesuatu projek itu. Jadual di bawah menunjukkan jadual pelaksanaan aktiviti dan tindakan yang dirancang dalam kajian tindakan ini.

Jadal 3 : Jadual Pelaksanaan Kajian TindakanBilTindakanTempoh masa

OgosSeptOktJanFebMacAprMei

1.Membaca bahan-bahan rujukan tentang kajian tindakan

*

2.Mengenalpasti tajuk dan masalah

*

3.Mengumpul data awal

*

4.Merancang tindakan

**

5.Melaksanakan tindakan

**

6.Membincangkan masalah yang timbul dalam tindakan

**

7.Refleksi kajian

*

8.Menulis laporan kajian

*

9.Perbentangan dapatan kajian

*

5.6 Kos kajianKos kajian yang terlibat sepanjang perancangan kajian ini ditunjukkan pada jadual kos kajian di bawah : BilJenis bahan / itemKuantiti x harga seunitJumlah kos

1.Kertas A42 rim x 12.00RM 24.00

2.Printer Cartridge3 x 20.00RM 60.00

3.Fotostat bahanRM 30.00

4.Buku catatan1 x 5.00RM 5.00

5. Buku rujukan kajian2 x 15.00RM 30.00

JUMLAH KESELURUHAN

RM 129.00

RUJUKAN

Mohammad Amiryousefr, Saed Ketabi ( 2011 ). Mnemonic Instruction : A way to boost vocabulary learning and recall. Journal of Language Learning and Research. Pp.178-182. Finland

Creswell, J.W. (2009). Research design : Qualitative, quantitative, and mixed methods approaches (3rd ed.). California: Sage.Robert J, Marzano, (2007). The Art and Science of teaching : A comprehensive framework for effective instruction, Association for Supervision and Curriculum Development (ASCD) : USA

Hanis Athirah Binti Rusli (2013). Penggunaan Kaedah i-SAMBAL dalam meningkatkan penguasaan murid bagi mengenalpasti perubahan warna kertas litmus, Kajian Tindakan tidak diterbitkan, IPG Kampus Dato Razali Ismail, Terengganu, Malaysia.

Nur Zitra Hanim Binti Pangat (2013). Meningkatkan kemahiran mengawal pembolehubah melalui penggunaan ZI 6 bagi murid tahun 4 Ibnu Khaldun, Kajian Tindakan tidak diterbitkan, IPG Kampus Dato Razali Ismail, Terengganu, Malaysia.

Pasukan Penyelidik (2013). Penyelidikan Tindakan : Panduan Penulisan Laporan, Kuala Lumpur : Freemind Horizons Sdn Bhd.

Kemmis, S. & McTaggart, R. (1988) The action research planner, 3rd ed. Victoria, Australia: Deakin University Press

Mark Meyer (2006). Teaching The FE Curriculum : Encouraging Active Learning in the classroom, London : Continuum International Publishing Group.

Ahmad Hanizar b Abdul Halim ( 2007). Kesan pembelajaran menggunakan Perisian SSMS sekolah bestari berbanding pengajaran dan pembelajaran secara tradisional dalam fizik, Tesis tidak diterbitkan, Universiti Sains Malaysia, Pulau Pinang, Malaysia.

Mok Song Sang, ( 2002). Pedagogi 3: Pengajaran dan persediaan mengajar, Kuala Lumpur : Kumpulan Budiman.

Kenneth E. Carter, Collen M.Seifert (2013), Learn Psychology, USA : Jones & Bartlett Learning.

LAMPIRAN 1SOALAN UJIAN PRA Nama : Set soalan ini mengandungi 5 soalan struktur. Jawab semua soalan.Bilangan bateri yang digunakan mempengaruhi jarak yang dilalui oleh kereta mainan.

1. Berdasarkan pernyataan di atas, nyata satu hubungan ( hipotesis ) di antara bilangan bateri dan jarak yang dilalui oleh kereta mainan.

.......

Jumlah oksigen di dalam sesuatu balang memberi kesan kepada masa untuk haiwan hidup

2. Berdasarkan pernyataan di atas, nyatakan satu hubungan ( hipotesis ) diantara pembolehubah yang dimanipulasikan dan yang bergerakbalas.

.......

Suhu purata permukaan planet bergantung kepada saiz orbit planet

3. Berdasarkan pernyataan di atas, nyatakan satu hipotesis diantara dua maklumat yang dikumpulkan.

.....

Masa yang diambil oleh kiub ais melebur dipengaruhi oleh suhu persekitaran

4. Berdasarkan pernyataan di atas, nyatakan satu hubungan ( hipotesis ) diantara pembolehubah dimanipulasikan dan pembolehubah bergerakbalas.

.......

Jumlah daya untuk mengangkat beban bergantung kepada jarak fulkrum dari beban

5. Berdasarkan pernyataan di atas, nyatakan satu hipotesis diantara pembolehubah yang dimanipulasikan dan pembolehubah bergerakbalas.

.........

Lampiran 2

Analisis Skor Markah Ujian Pra dan Ujian PascaUJIAN

RESPONDENUJIAN PRAUJIAN PASCAPOLA

1

2

3

4

5

6

LAMPIRAN 3

Borang senarai semak kebolehan membina hipotesisITEMLEMBARAN KERJARESPONDEN

Membina hipotesis dengan tepat1123456

2

3

4

5

28