kerosakan akidah

17
Kerosakkan Aqidah Dalam Kalangan Umat Islam Nama: Wan Mohd Aizat Bin Wan Abd Rahman Kumpulan: RBT 2 Mata Pelajaran: Agama Islam Nama Pensyarah: Pn Mastura

Upload: azfar-afandi-n

Post on 29-Jun-2015

1.585 views

Category:

Documents


6 download

TRANSCRIPT

Page 1: kerosakan akidah

Kerosakkan AqidahDalam Kalangan

Umat Islam

Nama: Wan Mohd Aizat Bin Wan Abd RahmanKumpulan: RBT 2Mata Pelajaran: Agama IslamNama Pensyarah: Pn Mastura

Page 2: kerosakan akidah

Pengenalan• Aqidah merupakan maksud lain bagi iman dengan makna tasdiq (membenarkan).

• Tasdiq berlaku melalui i’tiqad dengan hati, berikrar dengan lidah serta mengamalkan dengan perbuatan.

• Merupakan aspek terpenting dalam kehidupan seorang manusia bergelar muslim.

Sabda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud : ‘Iman itu ialah kamu beriman kepada Allah, malaikatnya, kitab- kitabnya, rasul-rasulnya, hari akhirat dan kamu beriman kepada ketentuan baik dan buruk.’                                                                                                                    (riwayat Muslim)

Page 3: kerosakan akidah

Contoh-contoh Kerosakkan Aqidah

1. Menyembah/mengabdikan diri /menghambakan diri selain Allah.

Keadaan: apabila kita menyeru sesuatu makhluk kerana menginginkan sesuatu daripadanya ataupun berasa takut padanya. Contoh : Perbuatan memuja pantai apabila ingin

menurunkan perahu baru. Meminta izin daripada penunggu hutan untuk tumpang lalu.

2. Menafikan sifat tersendiri bagi Allah

Keadaan: Menidakkan sifat agung bagi Allah yang tiada pada makhluk

Page 4: kerosakan akidah

3. Mengangkat sifat mahkluk menyamai sifat tersendiri bagi Allah

Keadaan: Menganggap bahawa sesuatu yang baik atau buruk datang daripada medium lain, bukan daripada Allah S.W.T. Contoh : Saya sembuh daripada demam kerana panadol. (sepatutnya Allah yang mempunyai sifat penyembuh telah menyembuhkan demam tersebut).

Contoh : Pelaku maksiat mengatakan tiada guna dia bertaubat.

(menidakkan sifat maha pengampun Allah).

4: Menurunkan sifat Allah sehingga menyamai sifat makhluk

Keadaan: Tidak percaya bahawa Allah Maha Melihat lagi Maha Mengetahui. Contoh : Membuat maksiat di luar pengetahuan manusia dan menganggap Allah tidak nampak perbuatannya.

Page 5: kerosakan akidah

Selain Itu…..• Murtad (riddah) seperti kes Lina Joy.

• Budaya Hedonisme (budaya kuning) yang menjadi pegangan hidup masyarakat barat yang mementingkan keseronokkan atau kesenangan hidup semata-mata.

• Lebih mengagung-agungkan rancangan realiti berbentuk hiburan semata-mata seperti Akademi Fantasia, Mentor dan One In A Million.

• Wujud kumpulan seperti Black Metal serta JIT (Jangan Ikut Tuhan) yang menghina Islam dan melakukan perbuatan seperti membakar Al-Quran dan memuja syaitan.

Page 6: kerosakan akidah

Kesan Umum AkibatKepincangan Akidah

• Terkeluarnya seseorang itu daripada agama Islam/ terbatal aqidahnya melalui cara-cara: -mengingkari atau mencela sifat-sifat Rububiyyah dan Uluhiyyah. -mengingkari atau mencela Asma’Allah dan sifat-sifatnya. -mengingkari atau mencela Rasulullah S.A.W dan kerasulannya.

• Tiada batasan atau perbezaan antara norma-norma kehidupan beragama Islam dan juga agama kaum kafir seperti: -Tingkah laku dalam pergaulan -Adab berpakaian -Budaya berfesyen

Page 7: kerosakan akidah

• Sekularisma (dokrin/pendirian yang menolak nilai-nilai keagamaan dalam kehidupan sosial manusia) yang mula menular dalam kehidupan terutamanya bagi remaja. Namun perbuatannya seperti tidak tertonjol ataupun tidak nampak. Seperti contoh: -Pelajar Islam memakai seluar pendek ketika bersukan -Menyarung jersi sukan dengan lambang salib

Page 8: kerosakan akidah

Faktor KeruntuhanAqidah

1. Sistem pendidikan yang tidak memberi kesan kepada jiwa• Unsur sekularisme telah diterapkan dalam sistem pendidikan kini• Pendidikan berunsur ilmu logik dan bukan lagi terdapat penghayatan ilmu dalam kehidupan seharian.

2. Sistem keluarga Islam tidak dipraktikkan.

• Kemasukkan budaya barat ke dalam institusi

kekeluargaan• Nilai-nilai murni dalam kekeluargaan

semakin lupus.

Page 9: kerosakan akidah

3. Pengaruh Media Massa• Media massa dan media cetak kerapkali menyogok unsur hiburan yang melampau.• Rancangan hiburan telah menjadi tarikan

utama penonton.

4. Makanan yang membinasakan aqidah.• Makanan yang halal lagi baik memberi kesan yang baik kepada rohani dan fizikal seseorang.• Produk makanan yang tidak baik dapat melemahkan umat Islam secara umumnya kerana tidak menepati piawaian yang dikehendaki Islam.

Page 10: kerosakan akidah

Langkah-langkahPenyelesaian

1. Bincangkan Islam melalui pengajaran moden

• Seorang pendidik yang beragama Islam haruslah pandai dan mampu menyampaikan bidang ilmu yang diajar bersama dengan ilmu aqidah Islam.

• Al-Quran seharusnya dijadikan sumber rujukan utama kerana di dalamnya mengandungi fakta-fakta saintifik yang tidak ada dalam kitab suci yang lain

Page 11: kerosakan akidah

2. Menanamkan aqidah dalam diri anak-anak

Konsep aqidah harus disemai sejak dari kecil lagi

(seelok-eloknya pada usia 2 tahun,iaitu ketika mereka boleh bercakap) dan ajarkan kalimah-

kalimah seperti Alhamdulillah, Astaghfirullah, Insya-Allah dan Allahuakbar.

Proses pembelajaran ini diteruskan dengan mempelajari Al-Quran, menghafaz surah-surah serta hadis pendek dan nama para nabi serta malaikat serta membawa anak mereka menghadiri syarahan ataupun ceramah agama.

Page 12: kerosakan akidah

3. Menyemai kefahaman aqidah secara tidak langsung

Ibu bapa perlu mendidik dan mengasuh anak-anak dengan membuat perkaitan antara aktiviti harian dengan ilmu aqidah

Contohnya: - setiap kali makan bersama tanamkan dalam jiwa anak-anak bahawa rezeki yang ada adalah pemberian Allah s.w.t., - apabila melihat bencana yang berlaku di luar negara di kaca televisyen, ceritakan bahawa azab Allah s.w.t. di akhirat nanti lebih berat,

Page 13: kerosakan akidah

Penutup

• Secara keseluruhannya, semua pihak mesti mengambil bahagian dalam mengatasi permasalahan keruntuhan aqidah umat Islam ini dari sekecil-kecil peranan yang boleh dilakukan secara individu sehinggalah usaha yang dilakukan secara berjamaah(berkumpulan).

• Aqidah atau iman di dalam diri sentiasa perlu dibajai, dijaga dan dipagar agar diri tidak terjerumus ke lembah-lembah kehinaan mahupun dikuasai oleh anasir-anasir luar yang sentiasa mencari jalan untuk menjatuhkan umat Islam.

Page 14: kerosakan akidah

TAUHID ULLUHIYYAH

Menurut Ismail Omar (1999) mengesakan Allah S.W.T yang berhak disembah dalam segala jenis ibadat dan tidak selain daripada-Nya.

Tauhid Uluhiyyah merupakan perkara pertama dan terakhir dalam agama.

Tauhid ini membezakan antara golongan yang mengesakan Allah S.W.T.dengan golongan musyrikin .

Tauhid ini menentukan sama ada seseorang itu memasuki syurga atau neraka.

Page 15: kerosakan akidah

BERIMAN KEPADA TAUHID ULLUHIYYAH

Bererti beriktikad bahawa hanya Allah S.W.T sahaja berhak disembah ,dicintai ,dipatuhi dan meminta pertolongan .

Tauhid ini menuntut seseorang meyakini bahawa Allah S.W.T yang menguasai alam ini.

Ia juga bererti meletakkan seluruh percakapan ,perbuatan dan tingkah laku di atas petunjuk dan perintah Allah S.W.T semata-mata.

Tauhid Ulluhiyyah juga bermaksud menolak segala selain Allah S.W.T serta mengakui dan dan menghayati sepenuhnya kalimah laa ilaahaillallah.

Page 16: kerosakan akidah

TAUHID RUBUBIYYAH

Mengikut Ismail Omar (1999) ,tauhid Rububiyyah ialah iktikad yang kukuh bahawasanya Allah S.W.T itu adalah Tuhan (ar-rab ) bagi segala sesuatu dan tiada tuhan selain darinya.

Menurut Haji Said Ibrahim(1995),tauhid rububiyyah ialah iktikad yang penuh yakin bahawa pentadbiran dan pengurusan semua benda dan perkara di alam ini berada dibawah tadbir dan urusan Allah S.W.T.

Page 17: kerosakan akidah

BERIMAN KEPADA TAUHID RUBUBIYYAH

Beriman kepada tauhid rububiyyah bererti mempercayai Allah S.W.T sebagai Ar-Rab atau pencipta dan pengauasa terhadap segalanya.

Juga didefinisikan sebagai tuhan ialah yang mencipta alam,mentadbir dan memilikinya, memberi rezeki dan segalanya di bawah pengetahuan –Nya yang tidak terhingga.

Tauhid ini juga merupakan pengakuan tegas, mantap dan penuh yakin bahawa Allah S.W.T ialah tuhan yang esa,pencipta dan pengatur alam ini.