kerja kursus sce3112

4

Click here to load reader

Upload: siti-munirah

Post on 02-Aug-2015

1.001 views

Category:

Documents


4 download

TRANSCRIPT

Page 1: Kerja Kursus SCE3112

1

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS SULTAN ABDUL HALIM PROGRAM IJAZAH SARJANA MUDA PERGURUAN DENGAN KEPUJIAN

TUGASAN PROJEK

TAJUK PROGRAM: PISMP ambilan Januari 2010

NAMA PELAJAR:

TAJUK KURSUS: Pengurusan Makmal Sains dan Sumber

KOD KURSUS: SCE3112

SEMESTER: 6

TARIKH MULA: 15 Julai 2012

TARIKH HANTAR: 25 Ogos 2012

Hasil Pembelajaran Kursus 1. Menerangkan keperluan dan kepentingan makmal sains dalam pengajaran dan

pembelajaran sains. 2. Membincangkan cara untuk memudahkan keberkesanan organisasi dan

pengurusan makmal sains. 3. Mengenal pasti langkah-langkah keselamatan yang sesuai untuk

melaksanakan aktiviti sains. 4. Menunjukkan teknik asas makmal berkenaan kerja kaca dan pengawetan

spesimen biologi. 5. Menunjukkan pengetahuan dan kemahiran dalam penyelenggaraan bahan dan

peralatan sains. 6. Meneroka bagaimana pengubahsuaian, penyediaan dan pemilihan sumber

yang sesuai dapat meningkatkan pembelajaran sains sekolah rendah. Kerja kursus ini bagi menilai hasil pembelajaran 3, 4 dan 6. Objektif Kerja Kursus 1. Merancang, melaksanakan dan membuat laporan audit pengurusan

keselamatan makmal di institusi pendidikan.

2. Menghuraikan dan menunjukkan kemahiran pengawetan spesimen biologi.

3. Merancang dan mengubah suai sumber sedia ada untuk menghasilkan bahan bantu mengajar.

Page 2: Kerja Kursus SCE3112

2

TUGASAN PROJEK

Kurikulum Sains memerlukan murid meneroka sesuatu konsep dengan pendekatan inkuiri penemuan. Makmal atau bilik Sains merupakan tempat yang penting bagi guru dan murid menjalankan amali dalam pengajaran dan pembelajaran sains.

TUGASAN 1 (40%)

Keselamatan di makmal dan bilik sains merupakan aspek utama yang perlu diberi perhatian untuk melindungi mereka yang bekerja dalam makmal dan bilik sains daripada segala kemalangan akibat kecuaian atau kejadian di luar jangkaan. Anda dikehendaki membuat rujukan lanjutan tentang pengurusan keselamatan makmal dan bilik sains. 1. Sediakan satu instrumen penilaian pengurusan keselamatan makmal sains.

2. Laksanakan audit pengurusan keselamatan makmal sains di IPGK Sultan Abdul Halim.

3. Cadangkan tindakan penambahbaikan yang harus dilakukan.

4. Laksanakan tindakan penambahbaikan yang telah dicadangkan.

Sediakan satu laporan yang mengandungi perkara-perkara di atas. Catatan: Tugasan 1 ialah tugasan kumpulan. TUGASAN 2 (50%) Guru sains perlu mempunyai pengetahuan dan kemahiran dalam penyediaan bahan yang diperlukannya supaya kerja amali dapat dijalankan dengan sempurna dan berkesan. Aktiviti 1 (30%) Pengawetan spesimen biologi merupakan salah satu kemahiran asas makmal yang perlu dikuasai oleh guru sains. (a) Huraikan dan tunjukkan bagaimana anda mengawet spesimen serangga dan

tumbuhan kecil secara kering. (b) Pamerkan spesimen yang telah anda awetkan.

Sediakan satu laporan berserta gambar dan video sebagai bukti pelaksanaan.

Page 3: Kerja Kursus SCE3112

3

Aktiviti 2 (20%) Aktiviti pengubahsuaian (improvisation) merupakan satu aktiviti yang sentiasa dilaksanakan oleh guru sains bagi memastikan proses pengajaran dan pembelajaran dapat dijalankan dengan sempurna dan berkesan. (a) Jelaskan maksud pengubahsuaian dalam aspek pengajaran sains? (b) Pilih topik daripada Kurikulum Sains Sekolah Rendah.

(i) Kenal pasti bahan bantu mengajar yang diperlukan untuk mengajar topik yang dipilih.

(ii) Huraikan dengan bantuan gambar rajah dan tunjukkan bagaimana anda mengubahsuai dan menyediakan bahan bantu mengajar yang diperlukan.

Pamerkan bahan bantu mengajar yang telah anda hasilkan. Sediakan satu laporan berserta gambar dan video sebagai bukti pelaksanaan. Catatan: Tugasan 2 ialah tugasan individu. SIKAP DAN SAHSIAH (10%) Komitmen, Nilai Murni dan Kolaborasi (5%) (i) Sentiasa menunjukkan semangat ingin tahu yang berterusan.

(ii) Boleh menjalankan kajian daripada sumber maklumat yang betul.

(iii) Sentiasa jujur dalam merekod data semasa menjalankan tugasan.

(iv) Sentiasa mengamalkan sikap saling membantu dan berkolaborasi semasa menjalankan tugasan.

(v) Kemampuan yang tinggi untuk memimpin rakan.

(vi) Sentiasa mengambil bahagian dengan sangat aktif

(vii) Sentiasa menunjukkan bertanggungjawab dan iltizam yang tinggi.

Refleksi (5%) Penulisan refleksi yang baik seharusnya terdiri daripada tiga elemen iaitu: (a) Huraian pengalaman (retell) – Penulisan difokuskan kepada beberapa aspek

penting berkaitan tugasan. Penjelasan merujuk kepada apa yang telah dilakukan dan dialami dalam tugasan berkenaan.

Page 4: Kerja Kursus SCE3112

4

(b) Hubung kait pengalaman baru dengan pengalaman lalu (relate) – Penulisan harus menjurus kepada kesan pengalaman, aspek pembelajaran atau kesedaran baru. Perkaitan pengalaman baru dengan pengalaman lama harus ditunjukkan.

(c) Huraian kesan pengalaman ke atas diri pelajar (result) – Kesan pengalaman

yang dilalui terhadap perkembangan diri sebagai seorang guru. Pelajar perlu dapat mengulas dengan membuat analisis atau penilaian ke atas pengalaman yang dilalui dan membina pemikiran atau ilmu baru yang dapat membantu mereka meningkatkan keupayaan sebagai seorang guru.

Panduan Pelaksanaan Kerja Kursus 1. Hasil kerja kursus hendaklah bertaip menggunakan font jenis Arial, saiz 12 dan

langkau 1.5 baris.

2. Sumber bahan/rujukan perlu dinyatakan mengikut format APA.

3. Bahagian kulit luar hendaklah dilengkapkan dengan maklumat berikut:

(a) Nama Pelajar (e) Kod dan Nama Kursus (b) Angka Giliran (f) Nama Pensyarah Pembimbing (c) Nombor Kad Pengenalan (g) Tarikh Serahan (d) Kumpulan / Unit

Disediakan oleh: Disahkan oleh: _____ __ ( )