kepimpinan sekolah dan iklim akademik murid

1
KEPIMPINAN SEKOLAH DAN IKLIM AKADEMIK MURID : SATU PERSPEKTIF SOSIOLOGI PENDIDIKAN Posted on March 10, 2013 by Dr. R. Dhanapal ABSTRAK Kertas kerja ini mengkaji persepsi kepimpinan sekolah khususnya guru besar sekolah terhadap iklim akademik murid. Iklim akademik murid terdiri daripada lima dimensi yang penting iaitu i) kesia-siaan akademik murid ii) penilaian dan jangkaan masa depan murid iii) penilaian dan jangkaan ibubapa dan guru terhadap murid iv) galakan dan norma guru dan v) norma akademik murid. Kesemua dimensi ini dikaji dengan kaedah temubual separa berstruktur dengan guru-guru besar. Guru Besar terdiri daripada 3 profil sekolah iaitu seorang guru besar sekolah bandar, seorang guru besar sekolah pinggir bandar dan tiga orang guru besar sekolah ladang. Kaedah temubual ini dipilih untuk menjawab soalan kajian iaitu Apakah input guru besar terhadap kelima-lima dimensi tersebut? Pemimpin sekolah yang dimaksudkan dalam kajian ini ialah guru besar iaitu seorang individu yang paling penting dan berpengaruh di sesebuah sekolah. Kepimpinannya menentukan nada sekolah, iklim pembelajaran dan darjat keprihatinan terhadap murid dan sekolah. Guru besar juga bertindak sebagai pentadbir yang menyebabkan sekolah itu berjaya, inovatif, fokus murid, terkenal dengan kecemerlangan dalam pembelajaran dan cemerlang dalam melahirkan murid yang gigih dan berjaya. Iklim akademik murid mencakupi persepsi guru- guru besar dari ketiga-tiga kawasan sekolah terhadap kelima-lima dimensi yang dinyatakan. Soalan soalan temubual dibina oleh penyelidik berdasarkan instrumen Iklim Akademik Murid yang diubah suai daripada Model Brookover yang pernah digunakan di Michigan, Amerika Syarikat. Antara kandungan temubual tersebut adalah mengenai jangkaan, penilaian, tanggapan dan aspirasi mereka terhadap murid sekolah. Dapatan menunjukkan bahawa iklim akademik murid di sekolah bandar adalah lebih positif berbanding dengan sekolah di pinggir bandar dan ladang. Keywords : School Leadership, School Academic Climate, Student Academic Climate

Upload: aerieattha

Post on 16-Nov-2015

222 views

Category:

Documents


1 download

DESCRIPTION

KEPIMPINAN SEKOLAH DAN IKLIM AKADEMIK MURID : SATU PERSPEKTIF SOSIOLOGI PENDIDIKAN

TRANSCRIPT

KEPIMPINAN SEKOLAH DAN IKLIM AKADEMIK MURID : SATU PERSPEKTIF SOSIOLOGI PENDIDIKAN

Posted on March 10, 2013 by Dr. R. Dhanapal

ABSTRAK

Kertas kerja ini mengkaji persepsi kepimpinan sekolah khususnya guru besar sekolah terhadap iklim akademik murid. Iklim akademik murid terdiri daripada lima dimensi yang penting iaitu i) kesia-siaan akademik murid ii) penilaian dan jangkaan masa depan murid iii) penilaian dan jangkaan ibubapa dan guru terhadap murid iv) galakan dan norma guru dan v) norma akademik murid. Kesemua dimensi ini dikaji dengan kaedah temubual separa berstruktur dengan guru-guru besar. Guru Besar terdiri daripada 3 profil sekolah iaitu seorang guru besar sekolah bandar, seorang guru besar sekolah pinggir bandar dan tiga orang guru besar sekolah ladang. Kaedah temubual ini dipilih untuk menjawab soalan kajian iaitu Apakah input guru besar terhadap kelima-lima dimensi tersebut? Pemimpin sekolah yang dimaksudkan dalam kajian ini ialah guru besar iaitu seorang individu yang paling penting dan berpengaruh di sesebuah sekolah. Kepimpinannya menentukan nada sekolah, iklim pembelajaran dan darjat keprihatinan terhadap murid dan sekolah. Guru besar juga bertindak sebagai pentadbir yang menyebabkan sekolah itu berjaya, inovatif, fokus murid, terkenal dengan kecemerlangan dalam pembelajaran dan cemerlang dalam melahirkan murid yang gigih dan berjaya. Iklim akademik murid mencakupi persepsi guru-guru besar dari ketiga-tiga kawasan sekolah terhadap kelima-lima dimensi yang dinyatakan. Soalan soalan temubual dibina oleh penyelidik berdasarkan instrumen Iklim Akademik Murid yang diubah suai daripada Model Brookover yang pernah digunakan di Michigan, Amerika Syarikat. Antara kandungan temubual tersebut adalah mengenai jangkaan, penilaian, tanggapan dan aspirasi mereka terhadap murid sekolah. Dapatan menunjukkan bahawa iklim akademik murid di sekolah bandar adalah lebih positif berbanding dengan sekolah di pinggir bandar dan ladang.

Keywords : School Leadership, School Academic Climate, Student Academic Climate