kementerian pendidikan malaysia garis panduan program ... panduan program... · latihan ini...
TRANSCRIPT
1
Kementerian Pendidikan Malaysia
GARIS PANDUAN PROGRAM
BIASISWA SUB KEPAKARAN
DI BAWAH TAJAAN
BAHAGIAN BIASISWA, KPM
ISI KANDUNGAN
BIL PERKARA MUKA
SURAT
1. Tujuan 1
2. Latar Belakang 3
3. Takrifan 3
4. Punca Kuasa dan Peraturan 4
5. Prinsip-Prinsip Asas 5
6. Gaji, Emolumen, Elaun dan Kemudahan 6
7. Ikatan Perjanjian, Ganti Rugi dan Penalti 7
8. Tanggungjawab Urus Setia Cuti Belajar 7
9. Tanggungjawab Urus Setia Biasiswa SLAB/SLAI/SKPD 9
10. Tanggungjawab Pegawai 12
11. Tarikh Kuat Kuasa 14
12. Pemakaian 15
13. Lampiran A: Syarat-Syarat Pemberian Elaun dan Kemudahan
14. Lampiran B: Jenis-Jenis Tindakan Penalti yang Dikenakan kepada Pemegang Biasiswa dalam Perkhidmatan yang Gagal Menamatkan Pengajian dengan Jaya
15. Lampiran C: Borang Senarai Semakan Permohonan Biasiswa Subkepakaran
16. Lampiran D: Carta Aliran Permohanan Biasiswa SLAB/SLAI/SKPD
17. Lampiran E: Senarai Pejabat Education Malaysia di Luar Negara
18. Lampiran F: Jenis-Jenis Penyakit Kronik
1
1. TUJUAN
1.1. Garis panduan ini bertujuan memberi panduan mengenai pelaksanaan
program Biasiswa Sub Kepakaran secara sepenuh masa di bawah tajaan
Bahagian Biasiswa, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM).
2. LATAR BELAKANG
2.1. Biasiswa Sub Kepakaran adalah ditawarkan kepada skim perkhidmatan
Pensyarah Perubatan di Universiti Awam (UA) untuk melanjutkan pengajian
di peringkat Ijazah Lanjutan. Objektif biasiswa ini adalah untuk:
2.1.1. meningkatkan mutu pengajaran dan pendidikan di UA melalui
latihan berterusan dalam pelbagai kepakaran bagi seseorang
pensyarah;
2.1.2. menyokong pelaksanaan rancangan latihan sedia ada yang
dijalankan oleh UA; dan
2.1.3. menggalakkan seseorang pensyarah mempunyai dua (2) bidang
kepakaran yang berlainan dalam memantapkan pembangunan modal
insan.
2.2. Semenjak biasiswa ini diperkenalkan pada tahun 2009, tempoh maksima
penajaan adalah selama 24 bulan bagi kursus yang dijalankan sama ada
sepenuhnya dalam negara ataupun sepenuhnya luar negara. Pada tahun
2013, terdapat keperluan untuk melihat kembali tempoh penajaan yang
dibenarkan dan pelaksanaan biasiswa yang bersesuaian. Mesyuarat
Jawatankuasa Biasiswa SLAB/SLAI/SKPD Bil. 5 Tahun 2013 telah bersetuju
supaya tempoh penajaan dipinda kepada tiga (3) hingga empat (4) tahun.
Tempoh maksima penajaan ke luar negara yang dibenarkan adalah setahun
seperti mana dasar penajaan KKM.
2.3. Program biasiswa bagi pensyarah UA adalah berbeza dengan program
biasiswa yang ditawarkan oleh Kementerian lain. Polisi yang digunapakai
oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dalam program Sub Kepakaran
bagi skim Pegawai Perubatan Kerajaan menjadi landasan bagi garis
panduan ini. Walau bagaimanapun pelaksanaan KKM adalah lebih menjurus
kepada Pegawai Perubatan yang dilantik dan berkhidmat dengan Kerajaan
Persekutuan sedangkan UA pula merupakan agensi Kerajaan bertaraf badan
berkanun. Cadangan-cadangan berkaitan isu dan pelaksanaan Biasiswa Sub
Kepakaran telah dibincangkan dalam dua bengkel berbeza iaitu pada 23 Mei
2014 dan 21 Ogos 2014.
2.4. Justeru itu, garis panduan ini yang dibentuk berlandaskan kepada dasar dan
pelaksanaan KKM akan bertindak sebagai platform penghubung dalam
memastikan proses-proses pengurusan biasiswa antara KPM sebagai
Kerajaan Persekutuan dan UA sebagai badan berkanun berjalan lancar.
2
3. TAKRIFAN
3.1. Bagi tujuan Garis Panduan ini:
3.1.1. “Biasiswa” bermaksud kemudahan yang diperuntukkan oleh
Kerajaan Persekutuan, Kerajaan Asing atau Badan Antarabangsa bagi
membiayai yuran pengajian, elaun sara hidup dan kemudahan-
kemudahan lain semasa dalam tempoh berkursus;
3.1.2. “Cuti Belajar” bermaksud cuti yang diluluskan oleh Kerajaan kepada
seseorang Pegawai bagi mengikuti kursus jangka sederhana dan
kursus jangka panjang secara sepenuh masa. Dalam tempoh tersebut,
Pegawai dibenarkan meninggalkan tugas untuk berkursus dan tidak
dikira sebagai putus perkhidmatan atau sebagai berhenti kerja;
3.1.3. “Kursus” bermaksud bermakna sebarang kursus atau latihan
berbentuk akademik atau kemahiran atau kepakaran, latihan amali/
latihan praktikal, program sangkutan/internship;
3.1.4. “Kursus Jangka Panjang” bermaksud kursus sepenuh masa yang
tempohnya melebihi dua belas bulan kalendar termasuk hari
kelepasan mingguan, kelepasan am dan cuti akademik;
3.1.5. “Kursus Jangka Sederhana” bermaksud kursus sepenuh masa yang
tempohnya melebihi tiga (3) bulan tetapi tidak melebihi dua belas
(12) bulan kalendar termasuk hari kelepasan mingguan, kelepasan
am dan cuti akademik;
3.1.6. “Majikan” bermaksud universiti awam termasuk Universiti Islam
Antarabangsa Malaysia (UIAM) dan diselia oleh KPM;
3.1.7. “Pegawai” bermaksud seseorang yang diambil bekerja secara tetap,
sementara atau kontrak dibawah skim perkhidmatan pensyarah atau
yang bersamaan dengannya oleh UA, dan dibayar emolumen oleh UA
itu, dan termasuklah seseorang yang dipinjamkan ke mana-mana
perbadanan subsidiari atau syarikat UA berkenaan atau mana-mana
Kementerian, Jabatan atau Agensi Kerajaan Persekutuan atau mana-
mana Jabatan atau Agensi Kerajaan Negeri atau mana-mana syarikat
yang dalamnya Kerajaan Persekutuan atau Kerajaan mana-mana
Negeri mempunyai kepentingan;
3.1.8. “SLAB” bermaksud Skim Latihan Akademik Bumiputera;
3.1.9. “SLAI” bermaksud Skim Latihan Akademik IPTA;
3
4. PUNCA KUASA DAN PERATURAN
4.1. Garis panduan program Biasiswa Sub Kepakaran ini disediakan berdasarkan
peraturan/rujukan daripada senarai yang berikut:
DASAR PENAJAAN
4.1.1. Surat Edaran Bilangan 3 Tahun 2014: Penajaan ke Universiti Terbaik
Dunia bagi Penajaan di Peringkat Biasiswa dibawah Tajaan
Kementerian Pendidikan Malaysia bagi Tahun 2014;
4.1.2. Surat Edaran Bilangan 2 Tahun 2014: Kenaikan Kadar Biasiswa
Persekutuan bagi Pegawai dan Pelajar Tajaan Kerajaan di New
Zealand dan Indonesia;
4.1.3. Surat Edaran Bilangan 1 Tahun 2014: Pemilihan Tempat Pengajian
Luar Negara yang Menggunakan Biasiswa dibawah Tajaan
Kementerian Pendidikan Malaysia bagi Tahun 2014;
4.1.4. Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 1 Tahun 2013: Pemeriksaan
Kesihatan bagi Maksud Pelantikan ke dalam Perkhidmatan Awam;
4.1.5. Bahagian Pembangunan Modal Insan, Jabatan Perkhidmatan Awam
(JPA): Garis Panduan Kemudahan Cuti Belajar kepada Pegawai yang
Mengikuti Kursus Jangka Sederhana dan Kursus Jangka Panjang
Secara Sepenuh Masa;
4.1.6. Bahagian Pengurusan Latihan, KKM: Buku Panduan Syarat-Syarat
dan Kadar-Kadar Kemudahan Tajaan bagi Program Subkepakaran;
4.1.7. Bahagian Pembangunan Modal Insan, Jabatan Perkhidmatan Awam
(JPA): Garis Panduan Dasar Pelaksanaan Tindakan Mengenakan
Penalti kepada Pemegang Biasiswa dalam Perkhidmatan yang Gagal
Menamatkan Pengajian dengan Jayanya;
4.1.8. Jabatan Perdana Menteri (JPM): Garis Panduan Tindakan ke atas
Sokongan yang Diterima daripada Pemimpin Kerajaan, Individu
Berpengaruh atau Mana-Mana Orang Mengenai Sesuatu Urusan
Kerajaan;
4.1.9. Surat Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 5 Tahun 2007: Bayaran
Pasport dan Visa bagi Pegawai yang Diluluskan Mengikuti Kursus
Jangka Sederhana dan Kursus Jangka Panjang di Luar Negara;
KEWANGAN
4.1.10. Pekeliling Perbendaharaan Malaysia W.P. 1.3/2013: Kadar dan
Syarat Tuntutan Elaun, Kemudahan dan Bayaran bagi Pegawai-
Pegawai Perkhidmatan Awam kerana Memindahkan Barang-Barang
Persendirian Sebelum dan Selepas Berkursus;
4.1.11. Pekeliling Perbendaharaan Malaysia W.P. 1.10/2013: Kadar dan
Syarat Tuntutan Elaun, Kemudahan dan Bayaran kepada Pegawai
Perkhidmatan Awam Semasa Berkursus Kecuali Kursus Pra-
Perkhidmatan;
SKIM PERKHIDMATAN PENSYARAH
4
4.1.12. Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 12 Tahun 2012: Pindaan Skim
Perkhidmatan Pensyarah Perubatan dan Pensyarah Pergigian;
4.1.13. Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 8 Tahun 2012: Bayaran Insentif
Akademik Pensyarah Perubatan di Institusi Pengajian Tinggi Awam;
4.1.14. Akta A1443: Akta Perubatan (Pindaan) 2012;
4.1.15. Akta A1433: Akta Universiti dan Kolej Universiti (Pindaan) 2012;
4.1.16. Akta 605: Akta Badan Berkanun (Tatatertib dan Surcaj) 2000;
4.1.17. Akta 50: Akta Perubatan 1971;
KEMUDAHAN CUTI
4.1.18. Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 5 Tahun 2014: Kemudahan Cuti
Menjaga Anak;
4.1.19. Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 1 Tahun 2013: Pemeriksaan
Kesihatan Bagi Maksud Pelantikan Ke Dalam Perkhidmatan Awam;
4.1.20. Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 29 Tahun 2009: Cuti Tanpa Gaji
Bagi Pegawai Yang Mengikuti Pasangan Bertugas Atau Berkursus Di
Dalam Atau Berkursus Di Dalam Atau Luar Negeri;
4.1.21. Surat Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 5 Tahun 2009:
Penambahbaikan Kemudahan Cuti Bersalin Pegawai Perkhidmatan
Awam; dan
4.1.22. lain-lain peraturan/pekeliling/akta berkaitan yang berkuat kuasa
semasa.
4.2. Garis panduan ini disediakan dengan beranggapan bahawa kesemua
peraturan yang disenaraikan pada perenggan 4.1 diterimapakai oleh UA
sebagai Majikan bagi Pegawai berkenaan.
5. PRINSIP-PRINSIP ASAS
5.1. Pegawai yang berminat untuk memohon Biasiswa ini perlu memenuhi
syarat-syarat yang berikut:
5.1.1. warganegara Malaysia;
5.1.2. telah disahkan dalam jawatan;
5.1.3. bebas daripada tindakan tatatertib;
5.1.4. berkhidmat sekurang-kurangnya satu (1) tahun selepas
dianugerahkan PhD atau Sarjana Kepakaran;
5.1.5. diperakukan oleh Majikan;
5.1.6. lulus dengan jayanya Kursus Khas Kenegaraan anjuran Biro
Tatanegara; dan
5.1.7. IELTS/TOEFL dikecualikan.
5.2. Terdapat dua jawatankuasa yang terlibat dalam pemberian Biasiswa Sub
Kepakaran iaitu Jawatankuasa Cuti Belajar peringkat Majikan dan
Jawatankuasa Biasiswa SLAB/SLAI/SKPD di peringkat Kementerian. Kuasa
melulus Cuti Belajar bagi Pensyarah Perubatan adalah Naib Canselor UA
berkenaan tertakluk kepada perubahan polisi semasa UA. Kuasa melulus
5
Biasiswa Sub Kepakaran pula adalah Ketua Setiausaha II, Kementerian
Pendidikan Malaysia.
5.3. Urus Setia Cuti Belajar peringkat Majikan adalah Jabatan Pendaftar UA
masing-masing manakala Urus Setia Biasiswa SLAB/SLAI/SKPD peringkat
Kementerian adalah Unit SLAB/SLAI, Bahagian Biasiswa, KPM. Merujuk
pada perenggan 5.1.5, permohonan Pegawai perlu dihantar terlebih dahulu
kepada Urus Setia Cuti Belajar. Selepas semakan dan pengesahan yang
sewajarnya dalam Mesyuarat Jawatankuasa Cuti Belajar, Urus Setia Cuti
Belajar akan memanjangkan permohonan kepada Urus Setia Biasiswa
SLAB/SLAI/SKPD mengikut tarikh tutup yang ditetapkan. Permohonan yang
tidak diperakukan oleh Jawatankuasa Cuti Belajar akan ditolak.
5.4. Pegawai tersebut belum pernah menerima hadiah latihan yang serupa di
peringkat pengajian yang sama oleh Bahagian Biasiswa KPM, KKM ataupun
Badan Penaja Kerajaan yang lain. Hadiah latihan berupa Biasiswa Sub
Kepakaran Bahagian Biasiswa KPM hanya boleh dinikmati sekali sahaja
oleh Pegawai berkenaan sekiranya memenuhi kriteria yang ditetapkan.
5.5. Penetapan kuota tahunan Biasiswa Sub Kepakaran adalah bergantung
kepada unjuran keperluan yang dikemukakan oleh Majikan kepada Urus
Setia Biasiswa SLAB/SLAI/SKPD dan juga peruntukan mengurus
Kementerian.
5.6. Program Biasiswa Sub Kepakaran boleh dilaksanakan menerusi tiga (3)
kaedah iaitu:
5.6.1. Sepenuhnya Dalam Negara
5.6.1.1. Latihan ini dijalankan sepenuhnya di dalam negara sahaja
bagi tempoh tiga (3) atau empat (4) tahun di hospital
KKM atau institusi latihan yang dikenal pasti.
5.6.1.2. Pegawai akan diberikan biasiswa penuh sepanjang
tempoh latihan.
5.6.2. Kombinasi Dalam dan Luar Negara
5.6.2.1. Latihan ini dijalankan di dalam negara terlebih dahulu
bagi tempoh dua (2) atau tiga (3) tahun dan satu (1)
tahun di luar negara dalam bidang berkaitan.
5.6.2.2. Pegawai akan diberikan biasiswa penuh bagi latihan
dalam dan luar negara.
5.6.2.3. Sekiranya latihan dijalankan di Hospital/Institut
sesebuah Universiti luar negara, Universiti berkenaan
mesti berada dalam senarai 200 universiti terbaik
berdasarkan Times Higher Education World University
Ranking ataupun senarai 100 universiti terbaik
berdasarkan QS World University Ranking by Subject .
Dasar ini adalah dikecualikan jika tempat latihan
6
merupakan hospital/institut kesihatan swasta/awam
negara berkenaan.
5.6.3. Sepenuhnya Luar Negara
5.6.3.1. Latihan ini dijalankan sepenuhnya di luar negara sahaja
bagi tempoh satu (1) tahun di hospital atau institusi
latihan yang dikenal pasti.
5.6.3.2. Pegawai akan diberikan biasiswa penuh sepanjang
tempoh latihan.
5.6.3.3. Sekiranya latihan dijalankan di Hospital/Institut
sesebuah Universiti luar negara, Universiti berkenaan
mesti berada dalam senarai 200 universiti terbaik
berdasarkan Times Higher Education World University
Ranking ataupun senarai 100 universiti terbaik
berdasarkan QS World University Rankings by Subject.
5.7. Cuti belajar boleh diberi kepada Pegawai yang diluluskan mengikuti kursus
atau pengajian yang melebihi tiga (3) bulan. Bagi kursus yang tempohnya
tiga (3) bulan atau kurang, Pegawai layak diberikan cuti menghadiri kursus.
5.8. Pegawai yang telah mengikuti cuti belajar melebihi 12 bulan di dalam atau
luar negara, boleh dipertimbangkan untuk mengikuti kursus jangka
sederhana atau jangka panjang yang berikutnya sama ada di dalam atau luar
negara selepas genap dua (2) tahun tamat mengikuti kursus yang terdahulu
dengan jayanya.
5.9. Pegawai yang telah mengikuti cuti belajar kurang 12 bulan tetapi melebihi
tiga (3) bulan di dalam atau luar negara, boleh dipertimbangkan untuk
mengikuti kursus jangka sederhana atau panjang yang berikutnya sama ada
di dalam atau luar negara selepas genap satu (1) tahun tamat mengikuti
kursus yang terdahulu dengan jayanya.
5.10. Pegawai yang diluluskan untuk mengikuti pengajian atas pembiayaan Badan
Swasta, Badan Bukan Kerajaan, Badan Antarabangsa atau Negara Asing
boleh diberikan kemudahan cuti belajar mengikut kelayakan masing-
masing.
5.11. Pegawai yang menarik diri tanpa izin/kelulusan daripada mengikuti
kursus/pengajian setelah diluluskan cuti belajar tidak layak
dipertimbangkan untuk kemudahan cuti belajar seterusnya.
5.12. Pegawai yang ingin memohon kemudahan cuti belajar untuk Kursus Jangka
Panjang, kursus yang diikuti oleh Pegawai mestilah pada peringkat yang
lebih tinggi daripada kelayakan akademik yang telah dimiliki.
5.13. Tempoh cuti belajar tidak boleh diambil kira sebagai tempoh sedang
berkhidmat bagi tujuan menyelesaikan tempoh ikatan perjanjian
7
sebelumnya atau tempoh perkhidmatan wajib seperti yang diperuntukkan
oleh undang-undang melainkan dinyatakan sebaliknya.
5.14. Pegawai yang diluluskan cuti belajar masih tertakluk kepada Akta Universiti
dan Kolej Universiti (Pindaan) 2012 dan Akta Badan Berkanun (Tatatertib
dan Surcaj) 2000 dan lain-lain peraturan yang berkuatkuasa. Pegawai yang
sedang bercuti belajar dengan biasiswa dan dikenakan tindakan
tatatertib/disiplin atau tindakan mahkamah, akan ditamatkan cuti belajar
dan biasiswa.
5.15. Pegawai yang diluluskan cuti belajar akan dikenakan ikatan kontrak
berkhidmat dengan Kerajaan dan sekiranya melanggar syarat-syarat dalam
perjanjian akan dikenakan tuntutan ganti rugi.
5.16. Kelulusan kemudahan dan penempatan latihan Pegawai adalah untuk
tempoh dan tempat yang ditetapkan/dinyatakan sahaja. Sebarang
penangguhan/pertukaran tempat latihan hendaklah dipohon dan mendapat
perakuan Majikan sebelum mendapat kelulusan daripada Bahagian
Biasiswa, KPM.
5.17. Pegawai yang disahkan mengidap penyakit kronik sebelum memulakan
latihan tidak akan dipertimbangkan untuk biasiswa dan tawaran biasiswa
akan ditarik balik. Bagi Pegawai yang jatuh sakit dan disahkan mempunyai
penyakit kronik dalam tempoh latihan, Urus Setia Biasiswa
SLAB/SLAI/SKPD/SKPD melalui perakuan Jawatankuasa Cuti Belajar pihak
Majikan akan membawa kes untuk pertimbangan Jawatankuasa Biasiswa
SLAB/SLAI/SKPD/SKPD sama ada boleh meneruskan latihan atau
sebaliknya.
5.18. Jabatan Perdana Menteri (JPM) telah menetapkan bahawa semua Pegawai
Kerajaan yang akan mengikuti kursus di luar negara untuk tempoh
melebihi tiga (3) bulan diwajibkan mengikuti Kursus Kenegaraan
anjuran Biro Tatanegara (BTN), JPM. Kegagalan mengikuti kursus ini
dengan jaya akan menyebabkan Pegawai tidak dibenarkan berlepas ke luar
negara.
5.19. Tempoh sah laku sijil Kursus Kenegaraan adalah dua (2) tahun dari
tarikh sijil dikeluarkan . Sijil tersebut mesti dalam tempoh sah laku
semasa permohonan Pegawai diangkat untuk kelulusan Jawatankuasa
Biasiswa SLAB/SLAI/SKPD/SKPD dan semasa berangkat ke luar negara.
6. GAJI, EMOLUMEN, ELAUN DAN KEMUDAHAN
6.1. Pegawai dalam latihan Sub Kepakaran adalah layak dibayar elaun dan
kemudahan mengikut kaedah latihan yang diikuti dan tempoh yang
dibenarkan. Penajaan adalah berbentuk single program iaitu tanggungan
terhadap Pegawai sahaja tidak termasuk kos-kos yang melibatkan keluarga.
8
Segala urusan pembayaran elaun dan tuntutan adalah dibawah
tanggungjawab Bahagian Biasiswa, KPM.
6.2. Tiada sebarang kemudahan membawa keluarga diberikan kepada Pegawai.
Segala perbelanjaan adalah dibawah tanggungan Pegawai sekiranya ingin
membawa keluarga bersama semasa menjalani latihan.
6.3. Pegawai yang pasangannya juga menerima/sedang menjalani latihan atau
sedang menerima biasiswa Kerajaan bagi melanjutkan pengajian ijazah
lanjutan akan dipertimbangkan elaun dan kemudahan program mengikuti
pasangan (spouse program). Sebagai contoh, Pegawai akan menerima
Biasiswa Sub Kepakaran bertaraf spouse program kerana pasangannya
sedang melanjutkan pengajian peringkat Sarjana Kepakaran. Pegawai boleh
memohon kepada Bahagian Biasiswa KPM untuk mendapatkan biasiswa
penuh sekiranya pasangannya telah menamatkan tempoh latihan Sub
Kepakaran.
6.4. Elaun dan kemudahan yang diberikan bagi Program Biasiswa Sub
Kepakaran adalah seperti berikut:
6.4.1. Elaun Sara Hidup;
6.4.2. Elaun Buku;
6.4.3. Elaun Alat Perkakas;
6.4.4. Elaun Penempatan;
6.4.5. Elaun Akhir Pengajian;
6.4.6. Elaun Pakaian Panas (luar negara);
6.4.7. Elaun Tesis (jika berkaitan);
6.4.8. Yuran Pengajian (jika berkaitan);
6.4.9. Tiket penerbangan (luar negara);
6.4.10. Tuntutan Pasport dan Visa (luar negara);
6.4.11. Yuran Pendaftaran Profesional (jika berkaitan); dan
6.4.12. Insurans (bagi negara tertentu bagi penajaan luar negara).
Perincian elaun adalah seperti di Lampiran A.
6.5. Sebarang bentuk cukai contohnya council tax yang dikenakan oleh negara
berkenaan merupakan tanggungjawab Pegawai.
6.6. Sebarang tuntutan hendaklah sampai ke Bahagian Biasiswa KPM selewat-
lewatnya pada 7hb bulan yang berikutnya selepas perbelanjaan dibuat .
Sebagai contoh, perbelanjaan yang dibuat pada Januari 2015 hendaklah tiba
di Bahagian Biasiswa KPM sebelum 7 Februari 2015. Sekiranya Pegawai
lewat mengemukakan tuntutan, bayaran balik tidak akan diproses dan tidak
dipertimbangkan.
6.7. Tuntutan bagi bulan Disember setiap tahun perlu dihantar selewat-
lewatnya pada 2 Januari tahun yang berikutnya. Sebagai contoh,
9
perbelanjaan yang dibuat pada Disember 2015 hendaklah tiba di Bahagian
Biasiswa KPM sebelum 2 Januari 2016. Sekiranya Pegawai lewat
mengemukakan tuntutan, bayaran balik tidak akan diproses dan tidak
diberi pertimbangan. Walau bagaimanapun, tarikh tutup penghantaran
tuntutan bagi bulan Disember setiap tahun mungkin berbeza mengikut
polisi kewangan yang berkuat kuasa dari semasa ke semasa. Pegawai
digalakkan untuk menghubungi Bahagian Biasiswa KPM terlebih dahulu
bagi mendapatkan pengesahan tarikh tutup terkini.
6.8. Pegawai perlu memastikan pembayaran dimasukkan ke akaun yang masih
aktif dengan mengemukakan salinan muka depan buku akaun bank yang
jelas mencatatkan nombor akaun bagi tujuan bayaran. Salinan ini adalah
diperlukan setiap kali menghantar tuntutan yang dibuat.
6.9. Tuntutan yang dikemukakan perlulah munasabah. Majikan dan Bahagian
Biasiswa KPM boleh menolak pembayaran bagi tuntutan yang meragukan
dan tidak diperuntukkan bagi Program Biasiswa Sub Kepakaran.
6.10. Segala pembayaran dan tuntutan mengambil masa 14 hingga 21 hari
bekerja untuk dikreditkan ke akaun Pegawai/Institusi. Pegawai perlu
menghubungi Bahagian Biasiswa KPM sekiranya tuntutan belum diperolehi
dalam tempoh yang dianggarkan.
6.11. Pegawai yang sedang menjalani latihan di luar negara dan kembali ke
Malaysia dalam tempoh tersebut atas sebab menjalani latihan amali,
penyelidikan tesis, bercuti dan seumpamanya tanpa kebenaran Majikan dan
Bahagian Biasiswa KPM, akan diberhentikan pembayaran elaun sara hidup
sepanjang Pegawai tidak berada di negara berkenaan. Segala tuntutan
tambang perjalanan dan elaun juga tidak akan diberi pertimbangan
walaupun tujuan kembali ke Malaysia adalah berkaitan dengan kerja kursus.
6.12. Majikan dan Bahagian Biasiswa akan membuat pelarasan dan kutipan balik
pembayaran berlebihan sekiranya berkaitan dengan kaedah yang
dipersetujui oleh kedua-dua pihak tertakluk bahawa kaedah berkenaan
adalah yang dibenarkan oleh prosidur kewangan Kementerian. Pegawai
adalah bertanggungjawab untuk memastikan lebihan bayaran diselesaikan
dalam tempoh yang dibenarkan oleh Majikan dan Bahagian Biasiswa KPM.
6.13. Pegawai adalah layak menerima kemudahan gaji dan semua elaun seperti
yang diterima sedia ada sepanjang tempoh latihan Sub Kepakaran kecuali
semasa menjalani latihan Sub Kepakaran di luar negara dimana Elaun
Kritikal tidak dibayar. Pembayaran ini akan dilaksanakan oleh Majikan
masing-masing.
6.14. Bayaran Insentif Akademik juga tidak dibayar semasa mengikuti latihan Sub
Kepakaran melebihi 92 hari dalam negara.
10
6.15. Jika Pegawai menerima apa-apa bayaran gaji/elaun atau apa-apa bayaran
daripada mana-mana pihak selain Kerajaan semasa mengikuti latihan Sub
Kepakaran:
6.15.1. jumlah yang diterima itu akan ditolak daripada bayaran gaji/elaun
yang dibayar oleh Kerajaan kepada Pegawai.
6.15.2. Pegawai perlu memaklumkan Majikan dan Bahagian Biasiswa KPM
mengenai bayaran gaji/elaun yang diterima supaya pemotongan
boleh dibuat dengan sewajarnya.
6.15.3. Majikan dan Bahagian Biasiswa KPM akan mengenakan tindakan
tatatertib yang sewajarnya menarik balik kemudahan biasiswa
Pegawai sekiranya menerima pengesahan bahawa Pegawai tidak
mengisytiharkan bayaran tersebut.
7. IKATAN PERJANJIAN, GANTI RUGI DAN PENALTI
7.1. Terdapat dua (2) perjanjian yang perlu Pegawai tandatangani iaitu
perjanjian dengan Majikan dan perjanjian dengan Kementerian.
7.2. Pegawai dikehendaki menandatangani kedua-dua dokumen perjanjian
sebelum mengikuti latihan. Kegagalan mematuhi urusan ini akan
menyebabkan tawaran biasiswa ditarik balik.
7.3. Pegawai dikehendaki kembali berkhidmat dengan Kerajaan berdasarkan
kepada tempoh ikatan perjanjian Kementerian berdasarkan kepada Jadual
yang berkaitan iaitu:
11
No. Tempoh Latihan
Berbiasiswa
Tempoh Ikatan Perjanjian Bagi Kursus Bertaraf
Profesional (Tahun)
Jumlah Ganti Rugi (RM)
Dalam Negeri
Luar Negeri & IPTS
7.3.1. Tempoh kurang 3 bulan
Tiada Tiada Tiada
7.3.2. Tempoh 3 bulan hingga 1 tahun
3 40,000 Kos Sebenar
7.3.3. Tempoh melebihi 1 tahun hingga 2 tahun
5 100,000 Kos Sebenar
7.3.4. Tempoh melebihi 2 tahun hingga 3 tahun
6 120,000 Kos Sebenar
7.3.5. Tempoh melebihi 3 tahun
7 160,000 Kos Sebenar
Jadual 1: Jumlah Tuntutan Ganti Rugi Biasiswa bagi
Penajaan Sebelum 1 Januari 2015
Tempoh Penajaan
Tempoh Ikatan Perjanjian Jumlah Ganti rugi
Dalam Negara
Kombinasi Dalam & Luar
Negara
Dalam Negara
Kombinasi Dalam & Luar
Negara Tempoh pengajian lebih 3 bulan hingga 1 tahun
3 tahun 3 tahun Kos sebenar
Tempoh pengajian lebih 1 tahun hingga 2 tahun
4 tahun 5 tahun Kos sebenar
Tempoh pengajian lebih 2 tahun hingga 3 tahun
5 tahun 6 tahun Kos sebenar
Tempoh pengajian lebih 3 tahun
6 tahun 7 tahun Kos sebenar
Jadual 2: Jumlah Tuntutan Ganti Rugi Biasiswa bagi
Penajaan Mulai 1 Januari 2015
7.4. Kos sebenar merangkumi segala perbelanjaan yang ditanggung oleh pihak
Kerajaan termasuk segala jenis yuran, elaun, perbelanjaan tiket kapal
terbang, kemudahan, gaji dan elaun.
7.5. Bagi Pegawai yang gagal menamatkan pengajian dengan jaya, tindakan
penalti seperti di Lampiran B akan dikenakan.
7.6. Kutipan balik ganti rugi akan dibuat sebaik sahaja Pegawai ditamatkan
penajaan kerana gagal menamatkan pengajian dengan jayanya.
7.7. Sekiranya Pegawai ingkar dan tidak mematuhi mana-mana syarat, Kerajaan
berhak menarik balik kemudahan ini. Walau bagaimanapun, peruntukan
yang dinyatakan dalam garis panduan ini, Kerajaan berhak meminda syarat-
12
syarat kemudahan ini dari semasa ke semasa tanpa memberi notis dan
Pegawai adalah tertakluk kepada pindaan-pindaan tersebut.
8. TANGGUNGJAWAB URUS SETIA CUTI BELAJAR
8.1. Memastikan permohonan yang diperakukan memenuhi syarat-syarat di
perenggan 5.1 dan dihantar mengikut tarikh tutup yang ditentukan oleh
Kementerian. Senarai Semak Permohonan adalah seperti di Lampiran C.
8.2. Memantau perjalanan dan status latihan Pegawai supaya berjaya
disempurnakan.
8.3. Memastikan Pegawai mengikuti taklimat persediaan sebelum ke luar
negara.
9. TANGGUNGJAWAB URUS SETIA BIASISWA SLAB/SLAI/SKPD/SKPD
9.1. Mengeluarkan takwim tarikh tutup permohonan kepada Urus Setia Cuti
Belajar pada sebelum atau pada bulan Januari tahun berkenaan.
9.2. Memproses permohonan yang diperakukan UA untuk dibentangkan di
Mesyuarat Jawatankuasa Biasiswa SLAB/SLAI/SKPD. Carta Aliran
Permohonan Biasiswa SLAB/SLAI/SKPD seperti di Lampiran D.
9.3. Mengeluarkan pemakluman keputusan biasiswa secara e-mel kepada Urus
Setia Cuti Belajar dan Pegawai dalam masa tujuh (7) hari bekerja. Pakej
tawaran yang boleh dimuatturun daripada laman web
https://biasiswa.moe.gov.my/ez-offer/ meliputi:
9.3.1. Surat Tawaran;
9.3.2. Financial Affidavit (bagi latihan luar negara);
9.3.3. Syarat-Syarat Tawaran Biasiswa;
9.3.4. Jadual Kadar Elaun;
9.3.5. Panduan Mengisi Dokumen Perjanjian;
9.3.6. Dokumen Perjanjian;
9.3.7. Borang Setuju Terima;
9.3.8. Borang Pemeriksaan Kesihatan.
9.4. Memastikan elaun dan kemudahan Pegawai dibayar mengikut jangka masa
yang ditetapkan.
9.5. Menuntut elaun terlebih bayar seperti mana kaedah pada perenggan 6.12.
10. TANGGUNGJAWAB PEGAWAI
10.1. Pegawai boleh menyemak keputusan melalui e-mel yang didaftarkan dalam
borang permohonan dan laman web https://biasiswa.moe.gov.my/ez-
13
offer/. Dokumen penawaran perlu dilengkapkan dalam masa 14 hari dari
tarikh surat tawaran dikeluarkan.
10.2. Sekiranya Kementerian tidak menerima sebarang dokumen ataupun
maklum balas sama ada bersetuju atau menolak tawaran dalam tempoh 14
hari, Pegawai adalah dianggap tidak berminat dengan tawaran Kementerian.
10.3. Mengembalikan dokumen-dokumen berikut untuk proses lanjut Bahagian
Biasiswa:
10.3.1. Dokumen Perjanjian Lengkap dan Dimatikan Setem dalam tiga (3)
Salinan Asal;
10.3.2. Borang Setuju Terima;
10.3.3. Borang Pemeriksaan Kesihatan; dan
10.3.4. Borang Maklumat Bank;
10.4. Slip Pembukaan Akaun Tanpa Buku Bank Islam Malaysia Bhd (Passbookless
Account) yang Jelas Menunjukkan Nombor Akaun Bank, Nama dan No. Kad
Pengenalan Pegawai;
10.5. Pegawai perlu memaklumkan dari semasa ke semasa kepada Majikan dan
Bahagian Biasiswa KPM sebarang pertukaran maklumat peribadi seperti
alamat surat-menyurat, nombor telefon dan maklumat akaun bank.
10.6. Pegawai perlu terus meningkatkan ilmu pengetahuan bagi mencapai
kompetensi yang dikehendaki dalam sub bidang tertentu.
10.7. Pegawai perlu mengikuti kitaran latihan yang telah ditetapkan dimana
Pegawai akan diberi tanggungjawab profesional secara berperingkat
dibawah pengawasan seorang penyelia berdasarkan kepada tahap latihan,
kebolehan dan pengalaman Pegawai.
10.8. Sekiranya kemudahan makan dan tempat kediaman disediakan oleh pihak
universiti dan Kerajaan dikehendaki membuat pembayaran bagi
kemudahan-kemudahan tersebut, maka Pegawai berkenaan tidak lagi akan
dibayar Elaun Sara Hidup. Oleh itu Pegawai bertanggungjawab
memaklumkan Bahagian Biasiswa, KPM jika kemudahan tersebut
disediakan.
10.9. Pegawai perlu melapor diri di Pejabat Education Malaysia/Kedutaan
Malaysia yang terdekat sama ada secara fizikal ataupun secara online,
mengikut kepada arahan daripada pejabat perwakilan Malaysia di luar
Negara (sila rujuk Lampiran E).
10.10. Laporan Kemajuan ataupun Borang P.S.D. hendaklah dilengkapkan dan
dihantar setiap enam (6) bulan sekali sehingga tamat pengajian kepada
Bahagian Biasiswa KPM. Pengisian maklumat dan aktiviti muatnaik laporan
boleh dibuat menerusi sistem eSP.
14
10.11. Pegawai perlu melapor diri apabila tamat latihan/ditamatkan/menarik diri
dengan kadar segera pada Majikan dan pada Bahagian Biasiswa KPM
menerusi sistem eSP. Elaun sara hidup akan dihentikan sekiranya Bahagian
Biasiswa KPM atau Majikan tidak menerima laporan mengikut tempoh yang
ditetapkan.
10.12. Pegawai dikehendaki melengkapkan laporan penilaian kursus menggunakan
borang seperti di Lampiran F. Borang tersebut perlu dikemukakan ke
Bahagian Biasiswa KPM dalam tempoh satu (1) bulan dari tarikh Pegawai
melapor diri dengan Majikan.
10.13. Semasa mengikuti kursus, Pegawai mestilah bertanggungjawab untuk
menjaga nama baik Kerajaan dan Negara di sepanjang pengajian.
Sehubungan dengan ini, peraturan-peraturan berikut mestilah dipatuhi:
10.13.1. tidak boleh terlibat dalam mana-mana kesalahan jenayah dan
apa-apa kegiatan yang difikirkan oleh Kerajaan tidak selaras
dengan kepentingan Pegawai atau dengan kepentingan
Kerajaan;
10.13.2. tidak dibenarkan mengambil bahagian dalam apa-apa kegiatan
yang difikirkan oleh Kerajaan tidak selaras dengan kepentingan
Pegawai atau dengan kepentingan Kerajaan;
10.13.3. tidak dibenarkan memegang apa-apa jawatan di dalam apa-apa
pertubuhan, badan berkanun atau kumpulan orang yang boleh
ditafsirkan sebagai bercorak politik tanpa terlebih dahulu
mendapat kebenaran bertulis daripada Kerajaan. Kerajaan
mengikut budibicara mutlaknya boleh memberi atau tidak
memberikan kelulusan itu; dan
10.13.4. sekiranya Pegawai berkenaan didapati masih melakukan
perkara-perkara di perenggan 10.13.2 dan 10.13.3 di atas tanpa
mendapat kebenaran KPM dan Majikan, maka Kerajaan berhak
menarik balik tawaran Hadiah Latihan tersebut dan tindakan
tatatertib akan diambil. Pegawai juga dikehendaki membayar
ganti rugi sebagaimana yang ditetapkan di dalam perjanjian.
11. TARIKH KUAT KUASA
11.1. Garis panduan ini berkuat kuasa mulai 1 September 2015.
15
12. PEMAKAIAN
12.1. Tertakluk kepada penerimaannya oleh pihak berkuasa masing-masing, garis
panduan ini terpakai kepada semua UA.
Unit SLAB/SLAI
Bahagian Biasiswa
Kementerian Pendidikan Malaysia
08 Julai 2015
Lampiran A
1
SYARAT-SYARAT PEMBERIAN ELAUN DAN KEMUDAHAN
No. Elaun/Kemudahan Syarat-Syarat Pemberian
1. Elaun Sara Hidup (ESH)
a. Dibayar setiap empat (4) bulan sekali sepanjang tempoh tajaan dengan kadar bujang (single program)
b. ESH bagi Februari – Mei dibayar pada hujung Januari c. ESH bagi Jun – September dibayar pada hujung Mei d. ESH bagi Oktober – Januari dibayar pada hujung
September
2. Elaun Buku (EBK) a. Dibayar secara outright grant b. Setahun sekali c. Dibayar secara proportionate bagi pengajian yang kurang
daripada 12 bulan
3. Elaun Alat Perkakas (EAK)
a. Dibayar secara outright grant b. Setahun sekali c. Dibayar secara proportionate bagi pengajian yang kurang
daripada 12 bulan
4. Elaun Penempatan
(EPT)
a. Dibayar sekali sahaja sepanjang pengajian sebelum pegawai memulakan pengajian dengan kadar bujang
b. Elaun ini dibayar untuk menampung perbelanjaan seperti berikut:
i. Tambang dari rumah ke KLIA dan tambang daripada lapangan terbang berkenaan ke rumah/tempat latihan
ii. Cukai lapangan terbang iii. Perbelanjaan semasa dalam perjalanan sebelum
memulakan latihan atau sebelum mendapat rumah kediaman yang tetap dan lain-lain perbelanjaan runcit
5. Elaun Akhir
Pengajian (EAP)
a. Dibayar sekali sahaja sebelum tamat latihan dengan kadar bujang
b. Elaun ini dibayar untuk menampung perbelanjaan seperti berikut:
i. Tambang dari rumah ke lapangan terbang negara berkenaan dan dari KLIA ke rumah kediaman
ii. Cukai lapangan terbang iii. Perbelanjaan semasa dalam perjalanan selepas
tamat latihan termasuk upah mengangkut barang-barang, excess luggage dan lain-lain perbelanjaan runcit
Lampiran A
2
No. Elaun/Kemudahan Syarat-Syarat Pemberian
6. Elaun Pakaian
Panas (EPP)
a. Dibayar sekali sahaja sepanjang tempoh latihan b. Tempat latihan di negara-negara beriklim
sederhana/sejuk iaitu negara yang terletak di utara Garisan Sartan (Tropic of Cancer) dan Negara yang terletak di selatan Garisan Jadi (Tropic of Capricon)
c. Hanya pegawai yang belum menerima elaun ini dalam masa tiga (3) tahun atau lebih sahaja yang layak membuat tuntutun
d. Kadar RM1,500.00 e. Borang tuntutan perlu disahkan oleh Majikan dan
perlu direkodkan dalam buku rekod perkhidmatan
7. Elaun Tesis (jika
berkaitan)
a. Dibayar jika latihan mewajibkan pegawai menyediakan tesis
b. Sekali sepanjang tempoh latihan c. Disediakan secara individu d. Dibayar setelah setelah pegawai mengemukakan
permohonan tuntutan kepada Bahagian Biasiswa KPM semasa atau selepas melapor diri dengan mengemukakan:
i. borang permohonan elaun tesis; ii. satu salinan hard copy tesis;
iii. surat senat pengesahan bergraduat; iv. Slip Pembukaan Akaun Tanpa Buku Bank Islam
Malaysia Bhd (Passbookless Account).
8. Yuran Pengajian (jika berkaitan)
a. Bayaran akan terus dibuat kepada Institusi latihan oleh Bahagian Biasiswa KPM selepas menerima tuntutan/invois yang meliputi yuran pengajian, bayaran peperiksaan atau bayaran lain yang berkaitan
b. Pegawai perlu memastikan bahawa salinan asal invois telah dihantar ke alamat yang betul. Institusi latihan juga digalakkan menghantar salinan invois secara e-mel kepada [email protected]
9. Tiket Penerbangan a. Kerajaan akan menyediakan tiket penerbangan sekali pada permulaan dan sekali pada penghujung latihan mengikut perjalanan terdekat dan termurah
b. Penerbangan adalah dari KLIA ke lapangan terbang yang hampir dengan tempat latihan pegawai
c. Kelayakan bagi pegawai adalah Kelas Ekonomi.
Lampiran A
3
No. Elaun/Kemudahan Syarat-Syarat Pemberian
10. Bayaran Pasport dan Visa
a. Bayaran pasport dan visa hanya diperuntukkan bagi Pegawai yang diluluskan Cuti Belajar dengan Biasiswa sama ada tajaan Kerajaan Persekutuan atau Kerajaan Asing/Badan Antarabangsa untuk mengikuti kursus di luar negara yang tempohnya melebihi tiga (3) bulan.
b. Bayaran pasport dan visa bagi keluarga Pegawai adalah untuk Pegawai yang mengikuti kursus di luar negara yang tempohnya melebihi 12 bulan dan Pegawai telah diluluskan membawa keluarga. Kelulusan ini perlu dipohon kepada Majikan dan tiada jaminan bahawa keluarga Pegawai akan ditanggung oleh Majikan.
c. Bayaran pasport hanyalah untuk pasport antarabangsa Malaysia 32 muka surat sahaja dan tidak termasuk pasport kecemasan atau pasport yang baru kerana kehilangan atau kecuaian Pegawai.
d. Bayaran visa hanyalah untuk permohonan visa yang diluluskan oleh Kedutaan/Pesuruhjaya Tinggi negara yang berkenaan.
e. Bayaran pasport dan visa diuruskan oleh Bahagian Biasiswa KPM atau Majikan masing-masing melalui kaedah tuntutan dengan resit rasmi asal.
f. Pegawai juga boleh membuat tuntutan bayaran pembaharuan pasport dan visa bagi diri dan keluarga sekiranya terdapat keperluan untuk berbuat demikian sepanjang dalam tempoh latihan.
11. Kemudahan Lain a. Yuran Pendaftaran yang diwajibkan oleh institusi latihan atau badan professional di negara tempat pegawai menjalani latihan contohnya General Medical Council dan Professional Indemnity Insurance.
12. Insurans, Rawatan Perubatan dan Pergigian
a. Bagi negara yang mempunyai Skim Insurans Kesihatan, pegawai hendaklah mengambil insuran tersebut.
b. Kerajaan akan membayar premium insurans tersebut dan pembayaran premium ini terhad kepada tempoh latihan yang ditaja sahaja. Dengan pengambilan insuran ini, Kerajaan tidak lagi bertanggungjawab untuk membayar sebarang bil-bil rawatan perubatan.
c. Pegawai diminta mendapatkan insuran kesihatan yang berpatutan dan tidak melibatkan premium yang terlalu mahal. Namun begitu, pegawai dinasihatkan agar tidak mendapatkan insurans yang menawarkan perlindungan terlalu minimum sehingga menjejaskan pengajian pegawai.
Lampiran A
4
No. Elaun/Kemudahan Syarat-Syarat Pemberian
(sambungan) Insurans, Rawatan Perubatan dan Pergigian
d. Bagi negara yang tidak terdapat Skim Insurans Kesihatan pegawai boleh menuntut bayaran rawatan perubatan dan pembelian ubat mengikut prescription doktor tetapi tidak termasuk pembelian ubat-ubatan yang tidak memerlukan prescription doktor.
e. Bagi negara yang mempunyai hospital kerajaan, Kerajaan akan menanggung kos rawatan dan perubatan di hospital kerajaan negara tersebut. Walau bagaimanapun, sekiranya negara tersebut tidak mempunyai hospital atau klinik kerajaan, Kerajaan Malaysia akan menanggung kos rawatan dan perubatan di hospital/klinik swasta.
f. Rawatan pergigian yang akan dibayar oleh Kerajaan adalah terhad kepada perbelanjaan mencabut dan menampal gigi (tidak termasuk penampalan yang dibuat dengan logam yang mahal).
g. Bayaran untuk menggantikan gigi palsu, menyalut gigi dan kerja-kerja mencantikkan gigi adalah tidak diluluskan.
h. Pegawai dikehendaki kembali ke Malaysia sekiranya mendapat sakit teruk berpanjangan yang menyebabkan pengajian pegawai tidak boleh diteruskan.
i. Kerajaan akan menamatkan biasiswa ini dan tidak akan melayani apa- apa tuntutan berkenaan perkara ini.
j. Pegawai dinasihatkan mengambil Skim Insurans Kesihatan yang diperakukan oleh Bahagian Biasiswa/Majikan/Education Malaysia contoh Skim Insurans Kesihatan Berkelompok bagi tajaan di Amerika Syarikat.
Lampiran B
1
Lampiran B
2
Lampiran B
3
Lampiran B
4
Lampiran B
5
Lampiran B
6
Lampiran C
BORANG SENARAI SEMAKAN PERMOHONAN BIASISWA SUBKEPAKARAN KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA
NAMA
NO. K/P (BARU)
Sila lampirkan dokumen-dokumen permohonan Biasiswa SLAB/SLAI/SKPD dan tandakan ( / ) bagi ruangan dokumen-dokumen yang dilampirkan.
Salinan dokumen-dokumen tersebut hendaklah disahkan oleh pihak Universiti:
Borang Senarai Semakan Permohonan Biasiswa Subkepakaran
Borang Perakuan Universiti - Permohonan Biasiswa SLAB/SLAI/SKPD
(Disediakan oleh pihak Universiti)
Salinan Surat Tawaran Universiti / Institusi Pengajian
Borang JPA(L)LDP 1B/96
Salinan Sijil Lahir & Kad Pengenalan Calon
Salinan Sijil Lahir & Kad Pengenalan Ibu & Bapa
(Jika masih hidup)
Salinan Sijil / Ijazah Akademik
Salinan Keputusan Kursus Biro Tatanegara
(Bagi permohonan pengajian di Luar Negara)
*Tarikh pegawai menghadiri kursus:
1 Salinan Asal Borang Soalan Keselamatan (Am 480 Pin. 2/88)
(Bagi permohonan pengajian di Luar Negara)
Salinan Surat Pelepasan / Pemindahan Kontrak Dengan Penaja / Institusi Dahulu
(Jika berkaitan)
Lampiran D
CARTA ALIRAN PERMOHANAN BIASISWA SLAB/SLAI/SKPD PEGAWAI ALIRAN PROSES PEGAWAI YANG YANG DIRUJUK BERTANGGUNGJAWAB KPSUK(B)S PENDAFTAR IPTA KPSUK(B)S PSU(B)S Tidak Ya KPSU(B)S PSU(B)S PSU(B)S PT(B)S KSU II KPSUK(B)S SUB(B) KPSUK(B)S
MULA
Menerima permohonan daripada universiti
Menyemak borang menggunakan checklist
Setuju Kembalikan borang –
borang permohonan
atau dapatkan
maklumat – maklumat
tambahan daripada
uniersiti
Menyediakan senarai
nama dan dokumen –
dokumen yang
diperlukan untuk
mesyuarat JKB
SLAB/SLAI/SKPD
Bentangkan dalam mesyuarat
JKB SLAB/SLAI/SKPD
Maklumkan keputusan
mesyuarat kepada universiti
TAMAT
Lampiran E
SENARAI PEJABAT EDUCATION MALAYSIA DI LUAR NEGARA
No. Pejabat
1. Education Malaysia United Kingdom & Ireland
Alamat 30 – 34 Queensborough Terrace London W2 3 ST
Tel 00-44-20-7985 1252
Faks 00 44-20-7221 5615
Web http://educationmalaysia.co.uk/
E-emel [email protected] [email protected] [email protected] [email protected] [email protected] [email protected] [email protected] [email protected]
2. Education Malaysia
New Zealand
Alamat 10 Washington Avenue Brooklyn, P.O. Box 9422 Wellington 6002 New Zealand
Tel 00-644-385 2439
Faks 00-644-384 7339
Web www.msdnz.webs.com
E-emel [email protected]
3. Education Malaysia Australia
Alamat 67, Victoria Road, Bellevue Hill NSW 2023 Australia
Tel 00-612-9327 7565/7596
Faks 00-612-9363 1257
Web www.msda.org.au
4. Education Malaysia Kanada
Alamat 60 Boteler Street, Ottawa Ontario K1N 8Y7 Canada
Tel 001613–241–5182 001613–241–1213
Faks 001613–241–4723
Lampiran E
No. Pejabat
5. Education Malaysia Indonesia
Alamat Kedutaan Besar Malaysia JI. H.R. Rasuna Said Kav. X/6 Kuningan Jakarta Selatan Indonesia
Tel 006221 5224938 / 5224267 / 5224203
Faks 006221 5224958
E-emel [email protected]
6. Education Malaysia Jordan
Alamat No. 24, Moh’d Baseem Al-Khammash Street Sweifieh, P.O.Box 143310 Amman 11185 Jordan
Tel 00 962 6 5927766 / 5922998
Faks 00 962 6 5921880
7. Education Malaysia Kaherah
Alamat No. 21, El-Anab Street, Mohandessein Giza, Egypt
Tel 002–02–37610013 / 19 / 68 / 73
Faks 002–02–37610192 / 7622395
8. Education Malaysia Washington DC
Alamat 3516 International Court, NW Washington DC 20008, Amerika Syarikat
Tel 001202-572–9700
Faks 001202–572–9784
9. Education Malaysia Chicago
Alamat 820 Davis Street, Suite # 510, Evanston Illinois 60201, Amerika Syarikat
Tel 001847–328–2440/2516/2526
Faks 001847–328–2517
10. Education Malaysia Los Angeles
Alamat 550 South Hope Street, Suite 400 Los Angeles, CA 90071
Tel 001–213-9550182
Faks 001–213–9559175
Lampiran F
Lampiran F