kemasukan undang
TRANSCRIPT
2.0 KEMASUKAN UNDANG-UNDANG INGGERIS BERDASARKAN AKTA
UNDANG-UNDANG SIVIL 1956.
Inggeris memperkenalkan dan memperkukuhkan pemakaian undang-undang mereka
secara rasmi dengan berperingkat-peringkat.
Sebelum campur tangan British di Negeri-negeri Melayu,boleh dikatakan apa
sahaja kuasa perundangan yang ada di negeri terletak ditangan Sultan-sultan
Melayu .Undang-undang yang diikuti pada dasarnya ialah undang –undang islam dan
bahagian tertentu undang-undang adat seperti yang diterima atau wujud.Contohnya dalam
kes Ramah lwn Laton1, Mahkamah rayuan telah memutuskan undang –undang Islam
bukan undan-undang asing tetapi undang-undang tempatan dan ia juga Undang-undang
Negara .Autoriti dipetik dan disokong dalam kes Fatimah binti Hanis lwn Haji Ismail
bin Tamin 2 ,Hakim Mills memutuskan undang-undang Islam adalah sebahagian
daripada undang –undang negeri Johor.
Namun undang-undang Inggeris diperkenalkan di Negeri Melayu melalui
perundangan dan keputusan yang dibuat oleh hakim-hakim British .Malah sebahagian
besar undang-undang itu diterima sebelum Enakmen Undang –undang Sivil 1937
digubal .Ini kerana disebabkan oleh kekurangan dalam enakmen Undang –undang Sivil di
1 [1929]6 FMSLR 1282 [1939] MLJ 134
1
Tanah Melayu ,maka pengantungan terhadap undang-undang Inggeris diperluasakan
untuk mengisi apa-apa lacuna dalam undang-undang.
Sebagaimana kata Pemangku Hakim Besar Terral (S.S) dalam kes Yong Joo lin lwn
Fung Poi Fong 3
“Prinsip undang-undang inggeris telah lama diterima oleh Negeri –Negeri Melayu
bersekutu apabila tiada peruntukan yang dibuat oleh statut .Dengan itu,Seksyen 2(1)
Enakmen Undang-undang Sivil hanya memberi penerimaan statutori kepada amalan
yang telah diikuti oleh mahkamah.”
Selain itu Inggeris telah berjaya memaksa penduduk tempatan di tanah melayu
untuk menggunapakai undang-undang melalui keputusan hakim yang menunjukkan kes
dahuluan & tidak ketinggalan penggenalan undang-undang secara tidak rasmi dari
semasa ke semasa .Degan pengguatkuasaan undang-undang sivil tersebut juga bermakna
segala kes sivil sadalah terletak di bawah prinsip undang-undang Inggeris.
Walaubagaimanapun ganguan undang-undang British di tanah melayu secara
rasmi bermula di negeri Melayu Bersekutu degan penggubalan serta perlaksanan
Enakmen Undang-undang Sivil dalam tahun 1937.
Enakmen Undang-undang 1937 yang diperkenalkan untuk melaksanakan
common law & kaedah-kaedah ekuiti ke Negeri Melayu Bersekutu .Ianya memberi
kesan besar kepada kedudukan undang-undang Inggeris di Tanah Melayu .Malahan ia
3 [1941] MLJ 63 , 64:
2
juga merupakan penggesahan kepada amalan penggambilan prinsip Common Law
Inggeris sejak lama sebelum itu.
Ia kemudianya telah berkembang ke Negeri Melayu Tidak Bersekutu sebagai
Ordinan Undang-undang Sivil ( perluasan )1951 ,selepas negeri tersebut bergabung
menjadi anggota Persekutuan Tanah Melayu pada tahun 1948.
Pada tahun 1956 undang-undang tersebut digantikan dengan Ordinan Undang-
undang Sivil 1956 dan kemudiannya telah diperluaskan pemakaiannya merangkumi
Pulau.Pinang dan Melaka. Enakmen dan ordinan undang-undang Sivil 1956 yang
terpakai di seluruh Negeri-negeri Melayu termasuk Pulau Pinang dan Melaka ini telah
menformalkan amalan yang diterima pakai .Kemudian Ordinan Undang-undang Sivil
1956 telah digantikan dengan Akta Undang-Undang Sivil 1956 dan kemudiannya telah
diperluaskan kuatkuasanya untuk Sabah dan Sarawak.
3
3.0 PEMAKAIAN UNDANG-UNDANG INGGERIS MELALUI AKTA
UNDANG –UNDANG SIVIL 1956
3.1 SEKSYEN 3
Mengikut seksyen 3 telah memperuntukkan
Undang-undang Inggeris berkuatkuasa dan digunapakai di seluruh Malaysia mengikut
Seksyen 3 Akta Undang-Undang Sivil 1956.
3(1) Pemakaian undang-undang Inggeris terlaksana sekiranya tidak ada
penggubahsuaian yang dibuat oleh mana-mana undang-undang bertulis yang
berkuatkuasa di Malaysia .Oleh itu mahkamah hendaklah :
a)Mahkamah di Malaysia Barat atau di mana-mana bahagian daripadanya hendaklah
memakai undang-undang Inggeris iaitu (Common Law & Kaedah Ekuiti4) seperti yang
ditadbirkan di England pada 7 April 1956.
b)Di sabah , perlu memakai Common law England dan Kaedah-kaedah Ekuiti bersama
dengan Statut-statut pemakaian am5 ,seperti yang ditadbirkan atau berjalan kuatkuasanya
di England pada 1 Disember 1951.
4 Merupakan undang-undang yang di buat oleh hakim dan bukannya yang di gubal oleh sessuatu badan perundangan .5 Undang-undang yang digubal oleh badan perundangan .
4
c)Di Sarawak mengguatkuasakan Common Law England , Kaedah-kaedah Ekuiti
bersama dengan Statut-statut pemakaian am seperti yang ditadbirkan di England pada 12
Disember 1949.
3(2) Menyatakan jika terdapat pertentangan diantara Common Law & Kaedah
Ekuiti dalam persoalan atau masalah yang sama maka Kaedah Ekuiti akan diutamakan
pemakaianya . Pemakaian seksyen ini juga disyaratkan bahawa Common Law Kaedah-
kaedah Ekuiti dan Statut Pemakaian Am akan terpakai sejauh mana yang diizikan oleh
keadaan di negeri-negeri dalam Malaysia dan penduduknya juga tertakluk kepada
penyesuaian yang dianggap bersesuaian oleh keadaan tempatan .
3(3) Tanpa menyentuh keluasan makna sub-seksyen (b) dan (c) dan biarpun sub-
seksyen 1(c):
(1) Dengan ini dinyatakan bahawa perbicaraan sepertimana di England
dibicarakan di bahagian crown daripada Queen s Bench Division bagi High Court dengan
cara Habeas Corpus6 atau untuk perintah mandamus7, perintah larangan (prohibition ),
perintah pembatalan (certiorari) atau perintah tegahan (injunction ). Iaitu Menegah
seorang yang bertugas di dalam jawatan yang dia tidak berhak bertugas , ianya boleh
diperolehi di Sabah setakat mana untuk tujuan-tujuan dan maksud seperti yang diperolehi
di England .
6 Digunakan untuk mencabar kesahihan penahanan seseorang (Lihat Per.5(2) PP)7 Perintah Mahkamah tinggi yang mengarahkan satu tribunal bawahan ,pegawai awam ,perbadanan ,bagi menjalankan tugas awam.
5
(2) Akta Parlimen United Kingdom yang telah diperkenalkan di Sarawak di
bawah seksyen 3 dan 4 Ordinan Pemakaian undang-undang Sarawak ,dan yang
disebutkan dalam Jadual Akta ini setakat mana yang disebutkan disebutkan di dalam
jadual itu , ianya hendaklah terus berjalan dan berkuatkuasa dengan perubahan –
perubahan rasmi dan pindaan yang perlu untuk membolehkan Akta tersebut dipakai
menurut keadaan –keadaan di Sarawak ,dan khasnya tertakluk kepada ubahsuaian yang
dinyatakan di dalam ruang ketiga jadual itu.
6
3.1.1 Penerimaan Common Law , Kaedah –Kaedah Ekuiti ,Dan Statut Pemakaian Am
Di Malaysia.
Dalam Seksyen 3 (a) (b) dan (c) memperuntukkan dengan jelas bahawa sekiranya tidak
ada peruntukan yang dibuat akan dibuat oleh undang–undang bertulis,
mahkamah-mahkamah di Malaysia hendaklah memakai Common Law dan
Kaedah-kaedah Ekuiti yang ditadbir di England.
Malaysia Barat - 7 April 1956
Sabah -1 Disember 1951
Sarawak -12 Disember 1949
Seksyen 3(b) dan (c) juga membawa masuk selain daripada Common Law dan Kaedah-
kaedah Ekuiti ,iaitu Statut Pemakaian Am ke Sabah dan Sarawak.
Maka timbullah persoalan adakah Statut Pemakaian Am yang ditadbirkan di
England pada 7 April 1956 terpakai di Malaysia Barat :
Terdapat 3 hujah yang menyokong pendapat bahawa ianya terpakai:
Hujah pertama menyatakan makna Common Law ialah undang-undang yang
ditadbir di England dan ini termasuklah Statut pemakaian am .
7
Pendapat kedua menyatakan bahawa pemakaian Common Law sahaja tanpa
Statut tidak memadai dan tidak munasabah . Oleh itu ini bermakna sebahagian sahaja
daripada undang-undang Inggeris yang terpakai .Adakalanya tiada ada Common Law
yang wujud pada tarikh itu.Misalnya undang-undang itu telah diganti oleh Statut. Oleh
kerana desakan keadaan tempatan , Statut Inggeris terpaksa terpakai .Penggunaan
Common Law dan kaedah-kaedah ekuiti tanpa statut amat sukar dalam keadaan seperti
itu .Tambahan pula sub-seksyen menyatakan “seperti yang ditadbirkan di England pada
tarikh itu.”
Pendapat ketiga pula menyentuh tentang perbandingan antara perkataan yang ada
dalam seksyen 2(1) Enakmen Undang-undang Sivil (Negeri Melayu Bersekutu )1937
dengan seksyen 3 Akta 1956 ini.Seksyen 2 berbunyi “…Common Law England dan
Kaedah-kaedah Ekuiti sebagaimana yang ditadbirkan di England pada masa bermulanya
kuatkuasa Enakmen ini, selain daripada itu mana-mana pengubahsuaian undang-undang
yang tertentu atau mana-mana kaedah tertentu yang telah digubal oleh statut hendaklah
berkuatkuasa …”Seksyen ini dengan jelas tidak dimansuhkan statut tetapi dalam Seksyen
3 tidak ada perkataan seperti itu .Oleh yang demikian seseorang boleh berhujah bahawa
badan perundangan berniat untuk memasukkan statut-statut Inggeris ke dalam seksyen ini
iaitu sekysen 3.
8
Namun terdapat juga pendapat yang menolak hujah yang menyatakan Statut Pemakaian
Am terpakai di Malaysia Barat antara hujah yang dikemukakan disini ialah :
Hujah pertama ialah perbezaan perkataan dalam perenggan (a) dengan (b) dan(c)
jelas menunjukkan bahawa Statut Pemakaian Am tidak terpakai di Malaysia Barat .
Sekiranya perkataan Common Law dalam perenggan (a) termasuklah statut, mengapakah
Seksyen (b) dan (c) menyebut “Common Law dan Kaedah-kaedah Ekuiti bersama-sama
dengan statut pemakaian am”digunakan pula? Adakah menjadi satu kaedah untuk
memberi tafsiran yang sama bagi semua peruntukan dalam satu Akta.
Hujah yang kedua menyatakan bahawa makna Common Law ialah
undang-undang yang dibuat oleh hakim –hakim.Ianya merupakan sejenis undang-undang
yang bukan dicipta oleh badan perundangan.
Hujah ketiga pula menjelaskan tentang perbezaan ayat dalam seksyen 3 dengan
seksyen 5. Dalam seksyen 5 terang memperuntukkan mengenai pemakaian statut dalam
kes-kes perdangangan .Seksyen 5 menyebut “…undang-undang yang akan ditadbirkan
mestilah sama dengan undang-undang yang ditadbirkan di England …”Undang-undang
yang ditadbir di England ialah Common Law , Kaedah-kaedah ekuiti dan juga statut-
statut .Sekiranya seksyen 3(1)(a) bertujuan untuk memansuhkan statut mengapakah ayat
yang sama tidak digunakan dalam seksyen tersebut.
9
Terdapat beberapa kes yang diputuskan untuk menyokong pendapat kedua
ini .Iaitu statut pemakaian am tidak terpakai di Malaysia Barat .Antara contoh-contoh
kesnya ialah :
Dalam kes Mokhtar v Arumugam 8. Mahkamah rayuan memutuskan bahawa:
(terjemahan)
Adalah jelas di England kuasa mahkamah untuk memberikan ganti rugi dalam
bentuk faedah kerana kelewatan dalam dalam memulangkan barangan tertentu adalah
satu remedi yang diberikan oleh Statut dan tidak ada di sini.
Oleh kerana statut tidak dimasukkan di bawah Seksyen 3(1)(a) maka menurut seksyen itu
hanya common law sahaja yang boleh diterima pakai di Malaysia.
Maka tidak semua Common Law Inggeris terpakai di Malaysia .Menurut seksyen
3 hanya Common Law dan Kaedah Ekuiti yang ada pada tarikh yang tertentu sahaja
terpakai untuk mengisi kekosongan dalam undang-undang .Ini dapat dilihat dalam kes:
Leong Bee & Co v Lim Nam Rubber Works 9
Satu kebakaran telah berlaku di sebuah bangunan kilang di Tampoi , Johor
Bahru yang di didiami oleh responden dan api itu telah merebak ke bangunan
sebelahnya yang dimiliki dan didiami oleh perayu dan turut memusnahkanya .Perayu
menuntut gain rugi atas kerosakan disebabkan oleh kecuaian dan kacau ganggu . Hakim
perbicaraan memberikan keputusan yang memihak kepada perayu dalam tindakan
kecuaian tetapi tuntutan kacau ganggu ditolak .Ketika merayu di Mahkamah Agung
8 (1957) MLJ 2329 [1970] 2 MLJ 45
10
keputusan hakim perbicaraan tentang kecuaian telah diakaskan .Rayuan balas kerana
kacau ganggu juga telah diketepikan .
Semasa membuat rayuan selanjutnya ke Majlis Privy , telah diputuskan bahawa
Mahkamah Agung telah membuat keputusan yang betul dalam mengenepikan keputusan
hakim perbicaraan oleh sebab keputusan berhubung kecuaian terhadap responden tidak
disokong oleh bukti.
Oleh itu dalam kes ini Majlis Priy memutuskan bahawa anggapan common law
yang telah diambil alih oleh statut Inggeris tidak menjadi sebahagian dari common law
England yang dijalakan di England pada 7 April 1956.Ini bermakna common law yang
terpakai ialah common law yang masih berkuatkuasa pada masa itu sahaja .
Permodalan Plantations Sdn.Bhd.lwn Rachuta Sdn.Bhd 10.
Perayu telah membuat suatu perjanjian dengan responden untuk membeli benih
kelapa mawa daripada syarikat mereka .pertikaian kemudianya mula timbul dan perayu
mengemukakan saman dua saman sivil terhadap responden .Isu yang dihadapkan ke
mahkamah adalah sama ada responden berhak untuk menolak sebahagian daripada
wang yang dituntut perayu .
Penolang Pendaftar Kanan ,yang mendengar permohonan perayu bagi
penghakiman muktamad , memutuskan bahawa perayu tidak berhak ke atas jumlah
keseluruhan yang mereka tuntut tetapi sebahagian sahaja daripadanya ,manakala
bakinya akan ditahan sehingga tolakan dan tuntutan balas responden dibicarakan .
Rayuan ke Mahkamah Tinggi telah ditolak dan perayu kemudianya merayu kepada
Mahkamah Agung .Rayuan mereka itu juga ditolak.
10 [1985] 1 MLJ 157
11
Ini jelas menunjukkan Mahkamah Agung telah menolak penggunaan statut Inggeris dan
mengeluarkan statut dari makna common law.
Walaubagaimanapun di Malaysia mahkamah bebas untuk mengembangkan
Common Law .Ini dapat dibuktikan dalam kes-kes berikut:
Jamil Bin Harun v yang kamsiah and Anor11 .
Responden kedua ,Yang Salibah telah dilanggar oleh sebuah bas dan akibat
daripada kemlangan itu dia mengalami kecederaan otak yang teruk dan menjadikannya
seorang kanak-kanak subnormal dengan kecacatan fizikal selama-lamanya.Hakim
perbicaraan memberikan jumlah keseluruhan sebanyak $75000 sebagai ganti rugi am.
Semasa merayu ke Mahkamah Agung ,telah diputuskan bahawa dalam kes kecederaan
diri yang boleh mengwujudkan unsur kerugian dan kerosakan pada masa akan datang
perlu bagi Mahkamah menyenaraikan dan membuat tafsiran berasingan di bawah setiap
tajuk kerugian dan kerosakan .Dalam melaksanakan perkara tersebut ,Mahkamah
Agung telah mengikuti autoriti Inggeris seperti yang telah diputuskan oleh House of Lord
dalam kes Lim Poh Choo lwn Camden and Islington Area Health Authority [1980]
AC174 dan keputusan terdahulunya dalam kes Murtadza bin Mohamed Hassan lwn
Chong Swee Pian [1980] 1 MLJ 216.
Oleh itu peguam bagi perayu telah mengkritik penghakiman Mahkammah Persekutuan .
Beliau berhujah bahawa penghakiman tersebut tidak menggambarkan undang-undang
Malaysia tetapi undang-undang England . Dia telah menghujahkan bahawa mahkamah
persekutuan telah silap dalam membuat keputusan kerana mengikuti nas Inggeris
11 (1984)1 MLJ 217
12
terutama sekali keputusan House of Lords dalam kes Lim Poh Choo lwn Camden and
Islington Health Authority12 .Dia merujuk kepada seksyen 3 Akta Undang-undang Sivil
1956 , kesan darinya ialah perkembangan selepas tarikh-tarikh yang dinyatakan oleh
seksyen tersebut tidak menjadi sebahagian daripada undang-undang Malaysia.Lord
Scarman memberi pendapatnya di Majlis Privy (terjemahan):
“…adalah tidak dapat dinafikan bahawa bagi mahkamah di Malaysia yang membuat
keputusan ,tertakluk kepada Statut Persekutuan ,sama ada hendak mengikut kes undang-
undang Inggeris atau tidak . Autoriti Inggeris yang moden mungkin berbentuk
“persuasive”atau menggalakkan atau tidak mengikat .Dalam menentukan sama ada
hendak menerima panduan mereka ,mahkamah akan memberi perhatian kepada keadaan
dalam negeri di Malaysia dan akan berhati-hati dalam menggunakannya hanya setakat
yang diizinkan oleh undang-undang bertulis dan tidak lebih dari yang mereka rasakan
adil berbuat demikian .Mahkamah Persekutuan adalah tempat yang sesuai untuk
memutuskan sama ada dan sejauh mana panduan autoriti undang-undang Inggeris
moden patut diterima .Dalam Rayuan Jawatan kuasa Kehakiman pada lazimnya akan
menerima pandangan Mahkamah Persekutuan mengenai kesan menyakinkan undang-
undang kes moden Inggeris di dalam keadaan Negeri –negeri di Malaysia ,melainkan
boleh ditunjukkan bahawa Mahkamah Perseketuan tidak terlihatkan atau telah tersalah
tafsir peruntukan sesuatu statut yang tertentu atau telah melakukan kesilapan dari segi
prinsip undang-undang yang diiktiraf di Malaysia.”
Walaupun mahkamah bebas untuk mengembangkan Common Law namun Seksyen 3
telah membataskanya .Oleh itu sama ada undang-undang Inggeris itu terpakai atau tidak
12 [1980] AC 174
13
dalam keadaan tempatan bergantung kepada tabiat hakim yang membuat keputusan
dalam sesuatu kes.Maka kita dapat lihat bahawa mahkamah bersikap liberal terhadap
adat-adat tempatan ,ini dapat dibuktikan melalui kes Six Windows13 dan juga Isaac
Penhas case 14.Kedua-dua kes ini boleh dibandingkan dengan kes Khoo Hoi Leong v
Khoo Chong Yeoh15 dan Leong and Anor v Lim Beng Chye 16.
3.2 SEKSYEN 5
Menurut Seksyen 5:
(1) Dalam semua soal dan isu yang timbul dan harus diputuskan di Negeri-negeri
Malaysia Barat berkenaan dengan undang-undang perkongsian ,perbadanan,bank
dan urusan bank ,principal dan ejen pengangkutan dengan jalan udara , darat dan
laut , insurans laut , kerugian laut, insurans api , dan nyawa ,dan berkenaan
dengan undang-undang persaudagaran umumnya , undang-undang yang akan
ditadbirkan di England dalam perkara yang serupa itu pada tarikh undang-undang
ini dikuatkuasakan , seolah-olah soal atau isu telah timbul atau harus diputuskan
di England ,kecuali dalam mana – mana keadaan di mana peruntukan lain telah
atau akan dibuat dalam mana-mana undang-undang bertulis.
(2) Dalam semua soal atau isu yang timbul atau yang terpaksa diputuskan
di Melaka, Pulau Pinang ,Sabah dan Sarawak berkenaan perkara-perkara yang
tersebut dalam sub- seksyen terdahulu daripada ini, undang-undang yang akan
ditadbirkan di England dalam perkara-perkara yang serupa pada masa yang sama
seolah-olah soal dan isu tersebut timbul atau harus diputuskan di England, 13 (1908) 12 SSLR 1208.14 [1953] MLJ 73.15 [1930] AC 346.16 [1955] MLJ 153.
14
kecuali peruntukan lain telah dibuat atau akan dibuat dalam undang-undang
bertulis.
Ketika ini juga banyak statut tempatan telah wujud terutama sekali dalam bidang
perdagangan seperti Akta Syarikat 1965, Akta sewa-Beli 1967,Akta
kebangkrapan 1967 , Akta Perkongsian (Pindaan) 1974 ,Akta Kontrak 1950
(Pindaan 1974)
Oleh itu dalam seksyen 5 telah memperuntukkan penerimaan undang-undang Inggeris
dalam hal –hal persaudagaran .Bagi Malaysia Barat (selain daripada Pulau Pinag dan
Melaka ) pemakaian undang-undang Inggeris terhad kepada undang-undang yang
ditadbirkan di England pada 7 April 1956 .Sementara bagi negeri Melaka ,Pulau Pinang
Sabah dan Sarawak , undang-undang Inggeris yang terpakai ialah undang-undang yang
ditadbirkan di England pada masa kes itu diputuskan . Misalnya ,jika sesuatu kes dibawa
ke mahkamah pada Ogos 1997 dan akan didengar di Pulau Pinang , maka undang-undang
yang terpakai ialah undang-undang yang berkuatkuasa di England pada masa itu dan
bukannya seperti negeri-negeri yang lain pada 7 April 1956 .Ini bermakna penerimaan
berterusan undang-undang Inggeris mengenai perkara –perkara persaudagaran di kedua-
dua bekas negeri-negeri Selat dan negeri-negeri Borneo.
Persoalan yang timbul daripada seksyen 5 ini “apakah yang dimaksudkan dengan
undang-undang persaudagaran ” dan “undang-undang”? Adakah perkataan undang-
undang itu merujuk kepada kepada semua undang-undang di England atau hanya
merujuk kepada undang-undang persaudagaran sahaja. Merujuk kepada kepada kes Seng
Djit Hin lwn Nagurdas Purshotumdas & Co 17 satu tindakan untuk ganti rugi telah
17 [1923] AC 444.
15
dibawa kerana kegagalan menghantar barang-barang ,di mana penghantaran terhalang
kerana proses pengambihalihan semua kapal yang ada .Isu yang dibangkitkan ialah
penggunaan dua akta Inggeris iaitu English Defence of Realm (Amendment) Act 1915
dan English Courts(Emergency Powers) Act 1917.Dalam penghakimanya Lord Dunedin
berpendapat bahawa hakim-hakim yang arif dalam Mahkamah Rayuan mengasaskan
keputusan mereka di atas pandangan bahawa statut Inggeris yang disebutkan di atas
bukanlah sebahagian daripada undang-undang persaudagaran yang mereka sangka ialah
undang-undang yang sepatutnya digunakan dalam seksyen 5 Ordinan tersebut.Privy
Council telah memutuskan , pertama, tuntutan pecah kontrak dalam kes itu termasuk
dalam makna undang-undang persaudagaran dan yang kedua ,undang –undang yang
ditadbirkan ialah semua undang-undang tanpa mengira sama ada undang-undang tersebut
undang-undang persaudagaran atau tidak. Sepertimana yang ditadbir di England adalah
terpakai .Oleh itu biarpun Defence of the Realm Amendment Act 1915 bukan sejenis akta
mengenai undang-undang persaudagaran , Akta ini boleh digunakan sebagai pembelaan
bagi tuntutan pecah kontrak oleh kerana Akta tersebut merupakan undang-undang yang
ditadbirkan di England pada masa itu.
Namun dalam kes Shaik Sahied Abdullah lwn. Sockalingam Chettiar 18, Privy
Council telah memberikan tafsiran yang berbeza ataupun yang bertentangan dengan kes
sebelumnya . Selain dari seksyen 3 dan 5 yang telah dibincangkan di atas tidak
dinafikan bahawa seksyen 6 Akta Undang-undang Sivil 1956 juga penting untuk
dibincangkan disini. Hal ini kerana dalam Seksyen 6 Akta Undang-Undang Sivil 1956
juga memperuntukan bahawa dalam bahagian ΙΙ Akta ini dianggap memperkenalkan
18 [1933] MLJ 81
16
kepada Malaysia atau mana –mana negeri di dalamnya ,mana –mana undang-undang di
England berkenaan dengan tenure (pemegangan) or conveyancing (pindah milik ) or
assurance atau warisan mana –mana harta tak alih atau mana estet ,hak , atau faedah .
Contohnya kita dapat lihat dalam kes yang berikut:
United Malayan Banking Bhd & Anor v Pemungut Hasil Tanah , Kota Tinggi19 .
Dalam tahun 1966 pihak berkuasa negeri Johor memberi milik 20680 ekar tanah
kepada perayu kedua bagi tempoh 99 tahun sebagai balasan kepada sewa tahunan yang
ditetapkan dan syarat-syarat yang lain . Sejumlah wang yang banyak telah dibelanjakan
oleh perayu kedua bagi membangunkan tanah untuk tujuan menjadi lading tebu .
Pinjaman telah diperolehi daripada perayu pertama dan sebagai jaminan , tanah itu
telah dicagarkan kepada perayu pertama .
Dalam tahun 1977 perayu kedua gagal membayar sewa tahunan yang terakru kepada
negeri Johor dan ekorannya perbincaraan untuk merampas harta telah dikemukakan .
Tidak lama kemudian responden membuat arahan mengistiharkan tanah itu terlucut hak
kepada pihak berkuasa negeri . Isu utama yang dihadapkan ke mahkamah ialah sama
ada perayu boleh mendapatkan relief ekuiti daripada mahkamah .
Mahkamah Tinggi memberikan keputusan berpihak kepada perayu tetapi ketika
merayu ke Mahkamah Perseketuan , mahkkamah memberikan keputusan membenarkan
rayuan tersebut. Semasa membuat rayuan seterusnya kepada Privy Council ,telah
diputuskan bahawa oleh sebab Kanun Tanah Negara adalah kanun undamg-undang
19 [1984] 2 MLJ 87
17
yang lengkap dan menyeluruh yang menentukan pemegangan tanah di Malaysia ,tidak
terdapat ruang bagi membawa masuk sebarang kaedah undang-undang tanah Inggeris
dan justeru itu relief ekuiti tehadap perlucutan hak harta tidak boleh diberikan kepada
perayu.
Dalam kes di atas jelas menunjukkan bahawa tidak ada tempat untuk membawa masuk
mana-mana peraturan undang-undang Inggeris dalam bidang itu kecuali kanun itu sendiri
yang memperuntukkannya 20.
Akta undang-undang Sivil 1956 telah menghadkan penggunaan undang-undang
Inggeris di Malaysia .Walaubagaimanapun terdapat juga statut tertentu yang
membenarkan rujukan terhadapnya dibuat terhadapundang-undang Inggeris sebagaimana
yang dinyatakan oleh Akta Undang-Undang Sivil ini . Contohnya di bawah undang-
undang keluarga bagi orang-orang bukan Islam , undang-undang yang terpakai ialah
Akta Pembaharuan (Perkahwinan dan Peceraian) 197621 dimana dari segi peceraian ,
seksyen 47 membuat peruntukan seperti berikut :
“subjects to the provision contained in this Part , the court shall in all suits and
proceedings hereunder act and give relief on principles which in the opinion of the court
are, as nearly as may be comformable to the principles on which the High Court of
Justice in England acts and gives relief in matrimonial proceedings.”
Selain daripada keadaan diatas pemakaian undang-undang dan ekuiti Inggeris dalam
undang-undang tempatan mungkin kerana wujudnya “ peruntukan penyelamat (saving 20 Bandingkan kes Chin Choy v Collector of Stamp Duties [1979] ,MLJ 69.21 Akta 164
18
provisions)”.Ini kerana di dalam Statut seperti membenarkan Mahkamah Malaysia untuk
merujuk kepada Undang-undang Perkongsian Inggeris walaupun undang-undang ini
menurut Seksyen 3 dan 5 tidak boleh dirujuk . Oleh itu kesannya ialah memperluaskan
penggunaan undang-undang Inggeris melebihi penggunaan di dalam Seksyen 3 dan 5
serta mengakibatkan penggunaan Common Law dan Ekuiti yang berlebihan walaupun
tidak dibenarkan oleh Seksyen 3 dan 5 .Peruntukan penyelamat ini boleh di dapati di
dalam Seksyen 47 (1) Akta perkongsian 1961 dan Akta Pertukaran Bil 1949 .
Seksyen 47(1) Akta Perkongsian menyebut :
Peraturan – peraturan ekuiti dan common law yang terpakai kepada perkongsian akan
terus berkuatkuasa , kecuali jika ia bertentangan dengan peruntukan akta ini.
Manakala Seksyen 101(2) Akta Pertukaran Bil menyatakan :
Tertakluk kepada peruntukan mana –mana undang-undang bertulis yang
berkuatkuasa ,kaedah common law di England ,termasuk undang –undang saudagar akan
terpakai , melainkan setakat mana peruntukan tersebut bercanggah dengan peruntukan
Akta ini , terpakai kepada pertukaran bil, janji –hutang dan cek.
4.0 KESIMPULAN
Terdapat pelbagai faktor yang mempengaruhi kemasukan dan pemakaian undang-
undang Inggeris di negeri kita .
19
Antara faktor-faktor yang mempengaruhi kemasukan dan pemakaian undang-undang
Inggeris ialah faktor sejarah iaitu kemasukan undang- undang Inggeris di Negeri –negeri
Selat .
Selain itu peruntukan yang terdapat dalam Seksyen 3 dan 5 Akta Undang-undang
Sivil1956 iaitu apabila terdapat kekosongan (lacuna) dalam undang-undang di Malaysia ,
maka undang-undang Inggeris akan terpakai .
Di samping itu juga sikap para hakim dan pengamal undang –undang pada masa itu
suka merujuk kepada undang-undang Inggeris daripada mencari jawapan daripada
merujuk di dalam undang-undang Adat atau Tempatan (Islam).
5.0 RUJUKAN
Ahmad Ibrahim dan Ahilemah Joned . 2005 . Sistem Undang-Undang Di Malaysia .
Kuala Lumpur Dewan Bahasa dan Pustaka.
20
Ustaz Mohd Zamro Bin Muda . 2005 . Nota Sistem Undang-Undang Bangi .Universiti
Kebangsaan Malaysia.
Noor Aziah Mohd Awal . 2003 . Pengenalan Kepada Sistem Perundangan Di Malaysia,
International Law Book Services.
Salleh Buang .1993. Sejarah Undang –Undang Di Malaysia Kes dan Material . Kuala
Lumpur Dewan Bahasa Dan Pustaka.
Wu Min Aun . 1981. Pengenalan kepada Sistem Perundangan Malaysia . Petaling Jaya
Longman.
Zaini Nasohah . 1998 . Pentadbiran Undang-Undang Islam Di Malaysia . Bangi Fakulti
Pengajian Islam UKM.
21