(kelancaran)

Upload: mohd-zul-hafis

Post on 08-Jul-2018

217 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

  • 8/19/2019 (kelancaran)

    1/10

    JURNAL PENDIDIKAN FPPM UPSI

    Hakcipta zainiah 2010

    KELANCARAN MEMBACA KANAK-KANAK PRASEKOLAH.

    Pn. Zainiah Mohamed Isa.

    Pendahuluan

    Kelancaran merupakan satu matlamat akhir kemahiran membaca. Pembaca yang lancar

    mampu membaca secara spontan serta memahami pembacaannya. Sepatutnya kelancaran

    membaca ini diberikan penekanan sebagai matlamat akhir dalam bilik darjah prasekolah.Tidak ramai guru menetapkan matlamat kelancaran bacaan sebagai matlamat akhir tahun

     bagi setiap kanak-kanak. Setakat ini tumpuan lebih diberikan kepada samada kanak-

    kanak prasekolah telah boleh membaca atau tidak dan bukannya samada kanak-kanaktelah lancar atau tidak. Ini mungkin kerana istilah kelancaran ini tidak berapa jelas kerana

    ramai guru menganggap jika kanak-kanak telah boleh membaca dengan laju mereka telah

    lancar membaca. Walaupun kanak-kanak membaca dengan laju dengan penyebutan yang

     betul,tidak semestinya mereka dapat memahai pembacaan secara spontan (Topping,;dalam Rasinski, T., Blachowicz, C., Lems, K., 2006)). Kelajuan membaca ini perlu

    dikaitkan dengan kefahaman kerana kefahaman merupakan tujuan utama kita membaca.

    Oleh itu artikel ini akan menjelaskan dengan terperinci tentang kelancaran, kaedah pengajaran dan pembelajaran yang boleh dilakukan, serta kaedah penilaian yang sesuai

    dijalankan.

    Apa itu kelancaran?

    Apabila disebut membaca secara lancar, dapat kita bayangkan kanak-kanak akan

    membaca sesuatu teks dengan betul dan cepat. Ukuran biasa bagi kanak-kanak yang telah

    lancar membaca ialah mereka membaca dengan senyap, dan secara spontan (denganmudah) mengenali perkataan.

    Ahli teori spontan (automaticity theory)menyatakan bahawa jika kanak-kanak

    masih diperingkat menyah kod perkataan demi perkataan, mereka akan menggunakan

     banyak kapasiti kognitif semasa melakukan proses ini. Oleh itu agak sukar bagi merekauntuk menggunakan kapasiti kognitif untuk proses pemahaman. Apabila kebolehan

    mereka untuk menyah kod telah berkembang, kurang kapasiti kognitif digunakan bagi

    memproses perkataan-perkataan, jadi kapasiti kognitif untuk pemahaman mulai berkembang (Allington, 2009).

    Oleh itu menurut Samuels (2006), pembaca lancar adalah pembaca yang boleh

    menyah kod dan memahami pada masa yang sama. Oleh itu maksud bagi pembaca lancaradalah pembaca yang membaca secara spontan, berintonasi dan ekspresi serta memahami

    apa yang dibacanya.

    Bagaimana kelancaran berkembang

  • 8/19/2019 (kelancaran)

    2/10

    JURNAL PENDIDIKAN FPPM UPSI

    Hakcipta zainiah 2010

    Jean Chall, (1983; dalam Allington, 2009) menyatakan peringkat pertama membaca

    adalah tumpuan kepada perkataan. Kanak-kanak menunding semasa mereka membaca.

    Apabila mereka telah dapat memadankan sebutan dan tulisan, menunjukkan mereka telahfaham konsep “perkataan” dan mula memberikan perhatian kepada teks yang dibacanya.

    Apabila kanak-kanak telah memahami yang membaca sebenarnya adalah tulisan

    teks, dan mereka telah melepasi peringkat membaca perkataan demi perkataan, merekatelah boleh membaca frasa demi frasa. Kanak-kanak mula memberikan perhatian kepada

    kelompok-kelompok frasa berpandukan frasa-frasa perbualan. Mereka tahu

     pengelompokan frasa dan tahu penekanan intonasi yang sesuai seperti contoh di bawah:

    Pada suatu hari Ali pergi bermain bola sepak.

    Pada suatu/ hari Ali/ pergi bermain/ bola sepak./   (Kelompok frasa yang salah oleh pembaca yang tidak lancar.)

    Pada suatu hari/ Ali pergi/ bermain bola sepak./   (Kelompok frasa yang betul oleh

     pembaca lancer dan ini membantu pemahaman)

    Faktor-faktor kanak-kanak tidak lancar membaca

    Terdapat beberapa punca menagapa kanak-kanak tidak lancar pembacaannya. Antara

    sebab paling utama ialah kebolehan mereka untuk menyah kod masih belum mantap lagi.Bagi tujuan memantapkan proses menyah kod ini kaedah membaca secara berulang kali

    teks yang sama boleh dilakukan. Kajian-kajian (Begeny, Daly dan Valleley, 2006;

    Therrien dan Kubina, 2009; dalam Azizah Zain, 2010) semuanya menunjukkan kesanyang positif terhadap kelancaran membaca kanak-kanak setelah pembacan secara

     berulang dijalankan.

    Sealain daripada menyah kod, teks yang terlalu sukar juga boleh menyebabkankanak-kanak tidak lancar membaca. Teks yang sukar biasanya banyak mengandungi

     perkataan-perkataan yang panjang ataupun rumit cara penyebutannya, dan juga perkataan

    yang jarang-jarang digunakan oleh kanak-kanak. Jika guru kerapkali memberikan kanak-

    kanak teks yang sukar, tipislah peluang kanak-kanak untuk memperbaiki pembacaanseterusnya melancarkan bacaannya (Allington, 2009). Disamping itu juga guru harus

    mengambil kira minat dan kecenderungan kanak-kanak dalam memilih buku untuk

    dibaca oleh kanak-kanak kerana jika buku tersebut disukai oleh kanak-kanak, merekaakan secara sukarelanya akan cuba membaca buku tersebut berulang-ulang kali yang

    akan menghasilkan kelancaran pembacaan.

    Oleh itu untuk menjadi pembaca yang lancar kanak-kanak perlu memperkembangkankemahiran-kemahiran berikut:

    •  Strategi menyah kod yang efisien.

    •  Perbendaharaan kata yang mereka tahu maknanya.

    •  Simpanan perkataan-perkataan yang boleh dikenali sekali imbas.

    •  Motivasi untuk membaca dengan bertujuan dan sukarela.

  • 8/19/2019 (kelancaran)

    3/10

    JURNAL PENDIDIKAN FPPM UPSI

    Hakcipta zainiah 2010

    Kaedah-kaedah pengajaran bagi melancarkan bacaan murid.

    Walaupun kebanyakan pembaca awal akan menjadi pembaca yang lancar (yang bolehmembaca secara spontan, frasa demi frasa, dengan menggunakan ekspresi dan

     pemahaman), guru masih boleh mempromosikan perkembangan yang kelancaran yang

     pesat dengan melakukan pelbagai aktiviti yang dapat mempertingkatkan kelancaran.Diantara aktiviti-aktiviti yang dicadangkan ialah:

    a) Membaca secara kuat.

    Bagi pelajar-pelajar yang masih lemah dalam pembacaan, membaca secara kuat adalah

    cara yang paling baik bagi mempertingkatkan kelancaran pembacaan mereka. Menurut

    Smith, 1979, dalam Allington, 2009) membaca secara kuat adalah aktiviti yang berfaeadah bagi mempertingkatkan ketepatan pembacaan dan juga kelancaran membaca

    kanak-kanak. Dalam kajian yang dilakukan oleh beliau, beliau telah membacakan buku

    kapada kanak-kanak setiap hari.

    Berikut adalah langkah-langkah bagi teknik membaca secara kuat:Sebelum bercerita;

    •  Pastikan kanak-kanak telah bersedia sebelum memulakan sessi bercerita.

    •  Perkenalkan secara ringkas tentang buku yang hendak dibaca, seperti, “ Ini kucing

    kesayangan cikgu, namanya hitam, cikgu bawa Hitam hari ini sebab kita akanmembaca buku mengenai kucing”.

    •  Tunjukkan kepada kanak-kanak kulit buku, nyatakan juga tajuk buku tersebutsambil menunding kepada tajuk buku tersebut.

    •   Nyatakan juga penulis dan pelukis ilustrasinya.

    •  Kaitkan cerita tersebut dengan cerita yang pernah dibaca sebelum ini.

    •  Pastikan kanak-kanak telah menumpukan perhatian sebelum memulakan cerita.

    Semasa bercerita;

    •  Tundingkan jari anda kepada perkataan yang dibaca.

    •  Perhatikan kanak-kanak (eye contact ) untuk mengetahui reaksi mereka terhadapcerita.

    •  Baca perlahan-lahan dan pastikan kanak-kanak dapat mengikuti bacaan anda.Kanak-kanak memerlukan masa untuk melihat gambar dan memikirkan apa yang

    didengari.

    •  Galakkan kanak-kanak memerhatikan illustrasi untuk membantu pemahamanmereka terhadap cerita.

    •  Tundingkan kepada watak watak apabila anda menceritakan tentang sesuatu

    watak.•  Jangan tergesa-gesa untuk meyudahkan cerita. Pelakuan senyap sebentar boleh

    menimbulkan kesan suspen dan drama kepada audien.

    •  Galakkan kanak-kanak turut serta dengan pembacaan dengan mengulangkansesuatu ungkapan yang istimewa, melakukan sesuatu perlakuan.

    •  Jika anda menyambung cerita yang berepisod, pastikan anda meringkaskanepisode sebelumnya sebelum memulakan episode baru.

  • 8/19/2019 (kelancaran)

    4/10

    JURNAL PENDIDIKAN FPPM UPSI

    Hakcipta zainiah 2010

    Selesai bercerita;

    •  Tutup buku dan menyebut tamat atau begitulah kisahnya…

    •  Tunggu beberapa ketika untuk kanak-kanak bertanya atau mengemukakan pendapat atau komen.

    •  Tunjukkan kanak-kanak illustrasi sekali lagi jika mereka masih berminat.

    • 

    Jangan tanya soalan tertutup seperti suka tak cerita tadi, sebaliknya tanyakansoalan terbuka agar kanak-kanak bebas memberikan pendapat seperti, apa

     pendapat kamu tentang kucing yang hilang tadi?

    •  Letakkan buku tadi di sudut bacaan untuk dinikmati oleh kanak-kanak di masa

    lapang.

    Melalui bacaan secara kuat, guru dapat menunjuk cara kepada kanak-kanak cara pembacaan yang betul. Semasa membaca guru akan membaca dengan lancar dan penuh

    ekspresi. Setelah selesai guru membaca murid pula akan membaca teks yang sama secara

    kuat. Selain daripada ini, guru boleh meminta kanak-kanak yang telah pandai membaca,

    orang dewasa yang lain atau ibu bapa untuk membaca secara kuat kepada kanak-kanak.

    b) Membaca secara bergilir-gilir (Reading Robin)

    Bagi kaedah membaca secara bergilir-gilir ini pula guru pada mulanya akan membacakan

    teks kepada kanak-kanak. Setiap kanak-kanak akan memiliki teks yang sama dan guru

    harus memastikan teks tersebut adalah sesuai dengan tahap bacaan kanak-kanak. Inikerana jika bahan bacaan terlalu sukar proses membaca secara bergilir-gilir ini akan

    menjadi tersekat-sekat. Seterusnya guru akan menetapkan samada kanak-kanak bergilir-

    gilir membaca mengikut ayat, perenggan, ataupun mukasurat. Setiap kanak-kanak akan

    mengambil giliran dalam membaca sehingga teks tersebut selesai dibaca.Menurut Azizah (2010) teknik ini juga boleh dilakukan secara beberapa kumpulan

    kecil. Setiap kumpulan akan diberi ayat-ayat yang terdapat dalam cerita. Mereka akanmembaca ayat-ayat tersebut mengikut urutan cerita sehingga cerita tersebut tamat.Aktiviti ini boleh juga dijalankan dengan guru menulis teks tersebut mengikut warna

    tertentu dan kanak-kanak akan membaca teks tersebut mengikut warna masing-masing

    apabila guru menunjukkan kad warna.Meyer dan Elton (1999, dalam Azizah 2010) menyatakan bacaan berulang

    menggunakan teks merupakan kaedah yang dapat meningkatkan kelancaran.

    c) Membaca secara berirama (Choral reading)

    Bacaan berirama adalah teknik membaca bersama-sama secara berumpulan membaca.

    Untuk membaca secara berirama, murid-murid menggunakan buku yang sama ataupundapat melihat bahan bacaan dengan jelas semasa membaca. Pemilihan buku perlu sesuaiiaitu teksnya tidak terlalu panjang dan sepadan dengan tahap pembacaan murid. Buku

    yang berunsur penekaan dan pengulangan seperti bahan berbentuk puisi amat sesuaidigunakan kerana mudah untuk dibaca oleh murid. Guru perlu menunjuk cara bacaan

    yang lancar terlebih dahulu. Kemudian baca dan diikuti oleh murid secara beramai-ramai.

    Menurut Carbo, dalam Azizah (2010) aktiviti membaca secara berirama boleh

    dipelbagaikan seperti membahagikan kanak-kanak kepada kumpulan kecil dan mereka

  • 8/19/2019 (kelancaran)

    5/10

    JURNAL PENDIDIKAN FPPM UPSI

    Hakcipta zainiah 2010

    akan membaca petikan ayat dalam cerita mengikut giliran setiap kumpulan. Aktiviti

    membaca ini hendaklah dilakukan secara berulang dengan bacaan berirama. Suara

     pembaca boleh menjadi kuat dan perlahan semasa membaca. Bacaan sepatutnya menjadikuat apabila kanak-kanak teragak-agak menyebut perkataan ketika membaca dan menjadi

     perlahan apabila sebutannya adalah betul. Apabila kanak-kanak mempunyai kebolehan

    membaca, mereka boleh membaca secara berirama bersama-sama.Kajian yang dijalankan oleh Stoltz, (2006; dalam Azizah Zain) menunjukkan

    kanak-kanak yang menggunakan bacaan secara berirama selama enam minggu dapat

    meningkatkan kadar bacaan dari segi ketepatan dan kelancaran berbanding dengan

    kanak-kanak dari kumpulan kawalan.

    d) Membaca secara berpasangan

    Bagi membaca secara berpasangan, murid yang lancar boleh dipasangkan dengan murid

    yang kurang lancar. Ibu bapa atau tutor juga boleh menjadi pasangan murid berkenaan.

    Dalam aktiviti ini pasangan-pasangan ini akan membaca secara kuat secara

     bergilir-gilir. Murid yang lebih lancar membaca satu perenggan atau satu muka surat.Pasangannya akan mengikuti bacaan tersebut.

    Kebaikan aktiviti ini ialah kanak-kanak yang lebih lancar akan membantu dalam

    mengecam perkataan, memberi respon dan galakan terhadap bacaan pasangannya.Pembaca yang lemah pula akan berlatih membaca sehingga memperolehi kelancaran.

    Selain daripada pasangan lancar dan tidak lancar, cara ini juga boleh dilakukan

    menggunakan pasangan yang tahap bacaannya hampir sama. Untuk pasangan ini guruakan membacakan dahulu teks tersebut sebelum murid-murid ini berlatih

    membaca.Gunakan teks yang mudah.

    Dalam kajian –kajian yang dijalankan berkenaan dengan kaedah membaca secara berpasangan ini menunjukkan kanak-kanak yang lemah membaca akan mendapat

    manaafaat yang banyak daripada kaedah ini.Kaedah ini juga telah dapat menggalakkan

    kanak-kank yang enggan membaca kepada mahu membaca, menambahkan kelancaran,membetulkan kesilapan membaca, dan juga meningkatkan kemahiran menyah kod

    (Topping, 2001; dalam Rasinski, Blachowicz dan Lems, 2006)

    e) Membaca dengan bantuan alat perakam suara

    Bagi menggunakan bantuan alat perakam suara, guru boleh melakukan sendiri proses

    rakaman tersebut. Caranya ialah guru memerlukan buku yang boleh dibaca oleh kanak-kanak secara berdikari. Pilih buku yang mudah dibaca oleh kanak-kanak dan tidak terlalu

     panjamg. Buku sebegini biasanya boleh dibaca dengan lancar dengan kadar 80 ke 100

     perkataan seminit. Pastikan juga isi kandungan buku tersebut dapat menarik minat kanak-kanak. Guru boleh merakamkan pembacaannya menggunakan cara bacaan yang betul dan

    lancar. Rakaman tersebut tidak memerlukan sound effect  ataupun muzik. Letakkan bahan

    rakaman tersebut bersama-sama dengan buku tersebut.

    Cara pembacaan ialah semasa mula membaca murid mengikuti pembacaandengan cara menunding lepada perkataan yang dibacakan di dalam buku masing-masing.

    Kemudian murid akan cuba membaca bersama-sama dengan rakaman bacaan tersebut.

  • 8/19/2019 (kelancaran)

    6/10

    JURNAL PENDIDIKAN FPPM UPSI

    Hakcipta zainiah 2010

    Membaca bersama rakaman ini diteruskan sehingga murid boleh membaca secara

     berdikari tanpa mendengar rakaman lagi.

    Kajian Lanford (2001) menunjukkan kanak-kanak yang menggunakan bantuanalat perakam sebagai vahan bacaan mendapat 1.2 tahun peningkatan dalam tahap bacaan

    dan kefahaman, serta 9.7 bulan peningkatan dalam pengecaman perkataan. Kesemua

    kanak-kanak yang terlibat menyatan mereka merasakan peningkatan pembacaan merekadan berasa seronok menjalani sesi pembacaan menggunakan alat rakaman ini.

    f) Teater Pembaca

    Teater pembaca adalah satu kaedah yang memberikan peluang kepada kanak-kanak

     berlatih membaca dalam konteks yang bermakna. Ia adalah suatu proses yang interaktif

    iaitu kanak-kanak melibatkan diri secara aktif dalam memberi tindakbalas danmenafsirkan sesuatu karya (Carrick, 2006; dalam Allington et al, 2006)).

    Bagi prosedur teater pembaca, guru perlu menyediakan set skrip lakonan. Bagi

    memilih skrip, pilihlah teks yang kaya dengan dialog. Sediakan beberapa salinan skrip

    mengikut bilangan watak atau pembacanya. Tandakan dengan warna yang berlainan bagiwatak yang berlainan untuk memudahkan pembaca mencari lokasi pembacaannya. Suara

    latar boleh digunakan di samping pelakon-pelakon bagi menceritakan kisah tersebut.

    Semasa persembahan teater,setiap watak akan membacakan skrip mereka secara bergili-gilir mengikut urutan cerita. Teater pembaca akan menggalakkan murid untuk membaca

    secara berulang-ulang bagi menghafal skrip dan ini akan mempertingkatkan kelancaran

     bacaan.Menurut Carrick (2001), Teater pembaca juga akan menggalakkan kerjasama di

    kalangan murid dan membuatkan aktiviti membaca sebagai sesuatu yang menarik. Teater

     pembaca membawa keseronokan ke dalam bilik darjah dan mendedahkan kanak-kanakkepada elemen drama, mengabungkan literasi dalam pembelajaran. Kanak-kanak

    daripada pelbagai tahap pembacaan akan teruja untuk melibatkan diri dalam teater

     pembaca.

    g) Membaca dengan bimbingan

    Bagi kanak-kanak yang lemah dalam pembacaannya, guru harus menjalankan kaedahmembaca dengan bimbingan. Adalah dicadangkan bimbingan bacaan ini terhad kepada

    seorang kanak-kanak sahaja bagi memudahkan guru membimbing serta mengenalpasti

    kelemahan kanak-kanak tersebut.Sebagai langkah permulaan, guru harus memastikan bahan bacaan yang sesuai

    dengan tahap bacaan serta menggunakan pelbagai bahan bacaan. Pilihlah sebuah buku

    yang sesuai dengan tahap bacaan dan juga minat kanak-kanak yang hendak dibimbing.Seterusnya bacakan buku kepada kanak-kanak tersebut. Selepas itu minta kanak-kanak

    membacakan semula buku itu. Semasa kanak-kanak membaca guru perlu mendengar dan

    memberi panduan kepada kanak-kanak mengenai strategi-strategi membaca. Gunakan

    strategi tunggu sebentar, beri panduan dan berikan pujian. Melalui kaedah ini semasakanak-kanak melakukan kesilapan dalam bacaan, guru harus menunggu sebentar bagi

    memastikan kanak-kanak menyedari kesilapan tersebut dan membetulkannya sendiri.

    Jika kanak-kanak tidak berbuat demikian, guru harus memberikan panduan dalam bentuk

  • 8/19/2019 (kelancaran)

    7/10

    JURNAL PENDIDIKAN FPPM UPSI

    Hakcipta zainiah 2010

    klu agar kanak-kanak terfikir sendiri akan kesilapan tersebut. Setelah kanak-kanak

     berjaya membetulkan kesilapannya guru harus memuji kejayaan kanak-kanak tersebut

     bagi menyakinkan kanak-kanak tentang kebolehannya sendiri. Kaedah membaca dengan bimbingan ini perlu dilakukan dengan kerap bagi

    membantu kanak-kanak mempertingkatkan pembacaannya.

    Bagaimana mengenal pasti murid yang tidak lancar bacaannya.

    Untuk mengenalpasti samada kanak-kanak telah lancar ataupun belum guru bolehmenjalankan penilaian secara mendengar bacaan kanak-kanak. Melalui proses

     pembacaan mereka, guru boleh membuat penilaian samada kanak-knak ini mempunyai

    kelemahan dalam kelancaran membaca. Berikut adalah ciri-ciri kanak-kanak yang belumlancar bacaannya dan perlu diberikan perhatian:

    a)  Jika guru memberikan murid membaca secara lisan, teks yang belum pernah

    dibacanya, murid melakukan lebih daripada 10 peratus kesalahan.

     b) 

    Jika murid tidak dapat membaca dengan spontan, berintonasi dan mengunakanekspresi.

    c)  Jika selepas membaca secara lisan, murid masih tidak dapat menjawab latihan-

    latihan kefahaman dengan baik.

    Kaedah Penilaian Kelancaran Pembacaan

    Sebagai langkah permulaan, guru perlu memilih bahan bacaan yang sesuai dengan tahap

     bacaan kanak-kanak. Guru memilih satu perenggan teks daripada buku untuk dibaca olehmurid yang hendak dinilai. Setelah mendengar bacaan murid, berikan penilaian mengikut

    tahap-tahap berikut:

    Tahap-tahap kelancaran bacaan;

    Tahap 1

    Membaca perkataan demi perkataan, dan pembacaan tidak dapat menunjukkan kanak-kanak faham apa yang dibacanya. Terlalu banyak fokus kepada pengejaan sesuatu

     perkataa.

    Tahap 2

    Pembacaan kanak-kanak tersangkut-sangkut, membaca dua atau tiga kumpulan

     perkataan. Banyak kali berhenti di tempat yang tidak sepatutnya berhenti, membunyikanhuruf semasa mengeja, menyebut abjad atau perkataan berulang-ulang, dan kurang

    intonasi dan ekspresi semasa membaca.

    Tahap 3Membaca dengan perlahan dalam dua atau tiga perkataan dalam satu frasa, intonasinya

    tersekat-sekat kerana berhenti untuk mengeja dan mengulang perkataan. Kelajuan yang

  • 8/19/2019 (kelancaran)

    8/10

    JURNAL PENDIDIKAN FPPM UPSI

    Hakcipta zainiah 2010

    sederhana tetapi penyebutan yang tidak tepat dan juga intonasi yang tidak sesuai. Tiada

    ekspresi yang ditunjuukan semasa membaca.

    Tahap 4

    Membaca frasa yang panjang dengan lancar dan bermakna. Mengunakan jeda yang betul

    serta membaca dengan ekspresi dan mempunyai intonasi yang baik.

    Skor Kelancaran;

    Skor bagi pembaca cemerlang adalah 4.

    Skor bagi pembaca maju adalah 3.Skor bagi pembaca yang sederhana 2.

    Skor bagi pembaca yang lemah adalah 1.

    Pembaca yang mendapat skor 2 dan 1 adalah lemah dan memerlukan banyak latihan

    untuk membaca. Bagi pembaca ditahap ini buku-buku yang patut dipilih adalah daripada

     buku bacaan mudah. Mereka juga perlu banyak mendengat pembacaan secara kuat oleh

    guru ataupun rakan mereka.

    Penilaian empat skala kelancara di atas adalah berasaskan National Assessment of

    Educational Progress yang diterjemahkan daripada Pinnell et all, 1995.

    Kesimpulan

    Ole kerana kelancaran adalah penting bagi menentukan samada kanak-kanak boleh

    membaca atau tidak, guru-guru, guru perlu mendalami kepentingan kelancaran, teknik bagi mempertingkatkan kelancaran serta mampu menjalankan penilaian bagi memastikan

    kanak-kanak yang memerlukan bimbingan. Penilaian kelancaran harus dilaksanakan

    dalam bilik darjah prasekolah terutamanya dibulan-bulan akhir persekolahan. Melalui penilaian yang dijalankan guru-guru akan dapat mengenal pasti kanak-kanak yang

    memerlukan bimbingan tambahan. Jika langkah-langkah ini dijalankan, sudah tentu

    kanak-kanak yang menduduki darjag satu telah bersedia sebagai sorang pembaca yang

    lancar.Diharapkan dengan panduan yang diberikan di atas akan memberikan pandangan

    sepintas lalu kepada guru-guru mengenai kelancaran. Diharapkan juga lebih banyak

    kajian akan dijalankan bagi mendapatkan teknik-teknik baru bagi membantu kelancarankanak-kanak. Dengan usaha guru dan juga penyelidik-penyelidik, kemahiran kelancaran

    sertalain-lain kemahiran dalam bidang bacaan awal ini akan dapat dimajukan lagi di

    masa-masa akan datang.

    Rujukan

    Allington, R.L. (2009). What really matters in fluency: Research based practices acrossthe curriculum. USA: Pearson Press.

  • 8/19/2019 (kelancaran)

    9/10

    JURNAL PENDIDIKAN FPPM UPSI

    Hakcipta zainiah 2010

    Azizah Zain (2010) Penggunaan Bacaan Berulang dapat mempertingkatkan kelancaran

    dan kefahaman kanak-kanak prasekolah. Projek sarjana yang tidak diterbitkan. Universiti

    Pendidikan Sultan Idris.

    Begeny, C.J., Daly, J.E. & Valleley, J.R. (2006). Improving oral Reading fluency throughresponse opportunities: A comparison of phrase drill error correction with repeated

    readings. Journal of Behavioral, 15: 229-235.

    Carbo, M. (2007). Becoming a great teacher of Reading. USA:Corwin Press.

    Carrick, L.U. (2001). Internet resources for conducting readers theater. Reading Online,

    5(1). Diperolehi March 2010, daripada www.reading-online.org/ 

    Carrick, L.U. (2006) Readers theater across the curriculum. Dalam Rasinski, T.,

    Blachowicz, C., Lems, K. (Eds) Fluency instruction: Research based practices. London:

    Guilford Press.

    Lanford, J. (2001). Tape assisted reading for a group of lowprogress readers in a

    secondary school. Reading Today for Tomorrow, Auckland Reading Association, Newsletter , 14-21.

    Meyer, M.S., & Felton, R.H. (1999) Repeat reading to enhance fluency: Old approaches

    and new directions, Annals of Dyslesia, 49, 283-306.

    Pinnel, G.S., Pikulski, J.J., Wixson, K., Cambell, J.R., Gough, P.B., & Beatty, A.S.,

    (1995).  Listening to children read aloud.  (research report No. 378550) Washinton D.C:

     National Center for Educational Statistics.

    Rasinski, T., Blachowicz, C., Lems, K. (2006) Fluency instruction: Research based

     practices. London: Guilford Press.

    Samuels, S. J. (2006). Toward a model of Reading fluency. Dalam Samuels, S. J.&

    Farstrup (Eds.) What research say about fluency instruction (hal 24-460. Newark, D.E :International Reading Association.

    Smith, D.D. (1979). The improvement of children’s oral Reading through the use ofteacher modelling. Journal of Learning Disabilities, 12 (1), 39-42.

    Stolzt, B.M. (2006). A perfect guide early Reading intervention. Dissertation Abstracts

    International, 68(04). UMI No. 3258894)

    Therrien, W.J. & Kubina, R.M. (2009). The importance of context in repeat Reading.

    Reading Improvement. Project Innovation, 178-188.

    http://www.reading-online.org/http://www.reading-online.org/http://www.reading-online.org/http://www.reading-online.org/

  • 8/19/2019 (kelancaran)

    10/10

    JURNAL PENDIDIKAN FPPM UPSI

    Hakcipta zainiah 2010

    Topping, K.J. (2006) Impact of a tutoring method on reading accuracy, comprehension,and fluency. Dalam Rasinski, T., Blachowicz, C., Lems, K. (Eds) Fluency instruction:

    Research based practices. London: Guilford Press.