kebakaran motorsikal

3
1. Tajuk : Penyiasatan Kebakaran Sebuah Motorsikal Di Tapak Konvo, Gerai No. 38 2. Tarikh : 23 September 2011 (Jumaat) Dan Masa 11.30 pagi 3. Lokasi : Kawasan Parkir Pusat Pengajian Sains Kajihayat 4. Ringkasan/Kronologi Kejadian ±Jam 11.00 pagi seorang penggerai telah meletakkan motorsikalnya berhampiran dengan dapur gas gerai no. 38 (gerai miliknya) yang pada ketika itu sedang merebus kacang kuda. Beliau meninggalkan motorsikalnya seketika untuk menguruskan barang-barang di gerai. ±Jam 11.05 pagi, penggerai tersebut menyedari motorsikalnya telah terbakar apabila ternampak asap dan api di bahagian depan motorsikal. Beliau segera menarik motorsikalnya jauh sedikit daripada dapur dan cuba memadam dengan air paip dari gerainya tetapi gagal. Tanpa berfikir panjang, beliau mengambil periuk yang sedang digunakan untuk merebus kacang kuda dan menyimbah air panas dalam periuk (dengan kacang kudanya sekali) ke atas motorsikal tersebut tetapi api masih belum padam. Dalam keadaan kelam kabut itu, pemilik gerai no. 15 datang memberi pertolongan dengan membawa alat pemadam api jenis CO 2 yang diambil daripada kenderaan miliknya. Api berjaya dipadam dalam beberapa saat sahaja oleh beliau. Tindakan pantas beliau berjaya menyelamatkan motorsikal tersebut dan orang ramai daripada kejadian yang berbahaya. Pada masa kejadian, terdapat anggota keselamatan yang bertugas di simpang jalan berhampiran tapak konvo dan

Upload: asroramli

Post on 20-Dec-2015

218 views

Category:

Documents


2 download

DESCRIPTION

Penyiasatan kebakaran sebuah motorsikal semasa pesta konvokesyen

TRANSCRIPT

Page 1: Kebakaran motorsikal

1. Tajuk : Penyiasatan Kebakaran Sebuah Motorsikal Di TapakKonvo, Gerai No. 38

2. Tarikh : 23 September 2011 (Jumaat)Dan Masa 11.30 pagi

3. Lokasi : Kawasan Parkir Pusat Pengajian Sains Kajihayat

4. Ringkasan/Kronologi Kejadian

±Jam 11.00 pagi seorang penggerai telah meletakkan motorsikalnya berhampiran dengan dapur gas gerai no. 38 (gerai miliknya) yang pada ketika itu sedang merebus kacang kuda. Beliau meninggalkan motorsikalnya seketika untuk menguruskan barang-barang di gerai.

±Jam 11.05 pagi, penggerai tersebut menyedari motorsikalnya telah terbakar apabila ternampak asap dan api di bahagian depan motorsikal. Beliau segera menarik motorsikalnya jauh sedikit daripada dapur dan cuba memadam dengan air paip dari gerainya tetapi gagal. Tanpa berfikir panjang, beliau mengambil periuk yang sedang digunakan untuk merebus kacang kuda dan menyimbah air panas dalam periuk (dengan kacang kudanya sekali) ke atas motorsikal tersebut tetapi api masih belum padam.

Dalam keadaan kelam kabut itu, pemilik gerai no. 15 datang memberi pertolongan dengan membawa alat pemadam api jenis CO2 yang diambil daripada kenderaan miliknya. Api berjaya dipadam dalam beberapa saat sahaja oleh beliau. Tindakan pantas beliau berjaya menyelamatkan motorsikal tersebut dan orang ramai daripada kejadian yang berbahaya.

Pada masa kejadian, terdapat anggota keselamatan yang bertugas di simpang jalan berhampiran tapak konvo dan memaklumkan kepada kaunter Jabatan Keselamatan melalui ’walkie talkie’.

±Jam 11.15 pagi beberapa anggota keselamatan telah bergegas ke tempat kejadian sejurus menerima maklumat. Apabila tiba di tempat kejadian, mereka mendapati api telah berjaya dipadamkan. Anggota keselamatan meminta penggerai terbabit dan urusetia tapak konvo membuat laporan rasmi di pejabat Jabatan Keselamatan tentang kejadian tersebut.

Page 2: Kebakaran motorsikal

5. Kesan Kebakaran

Bahagian ‘mud guard’ dan ‘white cover’ depan motorsikal hangus terbakar.

6. Punca Kebakaran

(i) Punca Langsung :

- Disambar oleh api dari dapur gas.

(ii) Punca Tidak Langsung :

- Kedudukan motorsikal terlalu dekat dengan dapur gas yang sedang digunakan oleh Penggerai.

7. Ulasan

Kejadian seperti ini boleh berulang jika pihak urusetia tidak mengambil langkah-langkah proaktif untuk mengawal kejadian seperti ini daripada berlaku lagi. Adalah dicadangkan supaya diadakan:

(i) Taklimat keselamatan dan syarat mematuhi Panduan Keselamatan Penggunaan Selinder Gas Memasak.

(ii) Kawasan parkir atau kenderaan hendaklah berada jauh daripada kawasan gerai.