ke pimpin an

20
10/15/2015 kepimpinan http://welead.blogspot.my/2008/03/1.html 1/20 0 More Next Blog» Create Blog Sign In saturday, march 1, 2008 1.0 Maksud etika Perkataan etika berasal dari perkataan Greek – ethos, yang bermaksud “keperibadian” atau “sikap berkumpulan atau berkomuniti”.[1] Kamus Oxford menafsirkan etika – a science that deals with moral correctness, satu ilmu mengenai kelakuan yang baik.[2] Kamus Webster pula mendefinisikan etika satu disiplin berkaitan perkara baik dan buruk dan berkaitan tanggungjawab dan kewajipan.[3] Sarjana pengurusan mendefinisikan etika – sains moral ( science of morals ) dan prinsipprinsip moral ( moral principles ) yang mana ia bertanggungjawab menentukan sesuatu tindakan seseorang samada baik atau buruk. Dalam erti kata lain mematuhi nilai moral.[4] Etika juga merupakan satu konsep yang berhubung kait dengan penilaian terhadap satu perlakuan atau tindakan. Etika boleh juga diertikan sebagai satu sistem peraturan yang menyusun atau mengatur kedudukan nilainilai. Apa yang lebih penting, ia menjadi asas kepada perhubungan serta bagaimana ia menghendaki orang lain bertindak terhadap dirinya.[5] 2.0 Sumbersumber nilai etika Pengurus dalam manamana masyarakat dipengaruhi oleh empat punca utama dalam membentuk nilainilai etika yang mana ia memberi tekanan yang berbeza dalam mengawal para pengurus. Sumbersumber tersebut ialah agama, falsafah, pengalaman blog archive 2008 (5) March (5) PRINSIPPRINSIP KEPIMPINAN manusia dan keperluan kepimpinan Kaedah Dan Corak Pemerintahan Islam Syura Dalam Kepimpinan Islam 1.0 Maksud etika Perkataan etika berasal da... about me welead View my complete profile kepimpinan

Upload: haswady-husaini

Post on 05-Dec-2015

235 views

Category:

Documents


2 download

DESCRIPTION

leadership

TRANSCRIPT

10/15/2015 kepimpinan

http://welead.blogspot.my/2008/03/1.html 1/20

0 More Next Blog» Create Blog Sign In

saturday, march 1, 2008

1.0 Maksud etika

Perkataan etika berasal dari perkataan Greek – ethos, yangbermaksud “keperibadian” atau “sikap berkumpulan atau

berkomuniti”.[1]

Kamus Oxford menafsirkan etika – a science that deals withmoral correctness, satu ilmu mengenai kelakuan yang baik.[2]

Kamus Webster pula mendefinisikan etika – satu disiplinberkaitan perkara baik dan buruk dan berkaitan tanggungjawabdan kewajipan.[3]

Sarjana pengurusan mendefinisikan etika – sains moral ( scienceof morals ) dan prinsipprinsip moral ( moral principles ) yangmana ia bertanggungjawab menentukan sesuatu tindakanseseorang samada baik atau buruk. Dalam erti kata lain

mematuhi nilai moral.[4]

Etika juga merupakan satu konsep yang berhubung kaitdengan penilaian terhadap satu perlakuan atau tindakan. Etikaboleh juga diertikan sebagai satu sistem peraturan yangmenyusun atau mengatur kedudukan nilainilai. Apa yang lebihpenting, ia menjadi asas kepada perhubungan serta bagaimana ia

menghendaki orang lain bertindak terhadap dirinya.[5]

2.0 Sumbersumber nilai etika

Pengurus dalam manamana masyarakat dipengaruhi oleh empatpunca utama dalam membentuk nilainilai etika yang mana iamemberi tekanan yang berbeza dalam mengawal para pengurus.Sumbersumber tersebut ialah agama, falsafah, pengalaman

blog archive 2008 (5)

March (5)PRINSIPPRINSIP KEPIMPINAN

manusia dan keperluankepimpinan

Kaedah Dan Corak PemerintahanIslam

Syura Dalam Kepimpinan Islam

1.0 Maksud etika Perkataan etikaberasal da...

about mewelead

View my complete profile

kepimpinan

10/15/2015 kepimpinan

http://welead.blogspot.my/2008/03/1.html 2/20

budaya, dan undangundang.[6]

2.1 Agama

Agama merupakan sumber tertua kepada nilai etika. Sebagaicontoh, para pengurus yang beragama Islam akan terikat dengannilainilai yang digariskan di dalam AlQur’an dan apa yangtelah diajar oleh Nabi Muhammad S.A.W. melalui hadis baginda.Para pengurus yang beragama Kristian pula akan menggunakankitab Injil sebagai pembimbing mereka. Mengikut kajiansebagaimana yang dilaporkan oleh Steiner et al. (2000), paraeksekutif di 100 syarikat terbesar di Amerika Syarikat, sebanyak65 peratus daripada mereka menghadiri gereja. Selain itu, banyaksyarikat di Amerika Syarikat cuba memasukkan ajaranajarankeagamaan ke dalam operasi mereka.[7] Kajian ini menunjukkanbahawa agama memainkan peranan penting dalam membentuketika yang murni.

2.2 Sistem falsafah

Ianya bermula lebih 2000 tahun yang lalu yang mana dalamtempoh tersebut dikemukakan pandangan dan pemikiran baharudalam menilai etika. Pandangan dan pemikiran tersebut tidakditerima dengan mudah di mana ia melibatkan perbahasan antarapemikir etika di setiap zaman dalam menilai samada betul atausalah sesuatu tindakan yang diambil apabila wujudnyapenambahan nilainilai baru dalam etika. Sebagai contoh, ahliahli falsafah Greek pada zaman ahli falsafah Homer telahmembincangkan tanggungjawab yang perlu dilakukan olehmasyarakat pada waktu itu seperti pahlawan, ahli perniagaan,petani, rakyat biasa dan raja. Perkara yang sama juga dilakukanoleh ahliahli falsafah selepas itu seperti Socrates, Plato,Aristotle, dan ahliahli pemikir yang seterusnya apabila berlakuperubahan dan pandangan yang berbeza. Hal yang

sama juga dilakukan oleh ahliahli falsafah Timur yang telahmembuat kajian tentang bagaimana membuat sesuatu yang baikdan mengelak daripada melakukan sesuatu yang jahat. Hal inidibuktikan dalam salah satu falsafah Cina, “Perkara yang tidakmahu berlaku ke atas kamu, jangan kamu buat terhadap oranglain”. Berdasarkan perkara di atas, perbahasan tentang etikatelah berlaku samada di negara Barat atau nagara Timur.[8]

2.1 Pengalaman budaya

10/15/2015 kepimpinan

http://welead.blogspot.my/2008/03/1.html 3/20

Setiap budaya menyebarkan satu set nilai tradisional, undangundang, dan tahap yang menetapkan kelakuan yang bolehditerima atau pun tidak. Contoh yang dapat kita lihat ialahperubahan yang berlaku dalam kehidupan manusia secara umum.Manusia pada peringkat awal ketamadunan, mereka hidupberburu dan mengumpul apa sahaja yang terdapat di sekelilingmereka untuk meneruskan kehidupan. Nilainilai etika yangterbentuk pada waktu itu sesuai dengan situasi tersebut di manamereka bersedia untuk bertarung untuk meneruskan kehidupandalam serba kepayahan. Dalam situasi ini, yang lebih gagah akanberjaya. Perubahan seterusnya berlaku menuju ke zamanpertanian dan zaman perindustrian. Nilainilai etika mulaberubah dan perubahan ini biasanya biasan terhadap berlakunyaperubahan terhadap institusi, intelek dan perubahan ekologipersekitaran.[9]

2.2 Sistem perundangan

Undangundang merupakan peraturan yang diwujudkan olehkerajaan yang berautoriti. Biasanya, kerajaan akan merekodkanetika yang diharapkan dan biasanya dan biasanya kodkod etikaini akan berubah apabila gejalagejala tidak sihat berlaku. Tigabentuk tindakan yang biasa dikenakan terhadap perbuatan yangsalah dengan undangundang ialah mendenda, diarah membayarpampasan oleh mahkamah, dan menghukum pengurus yangmelakukan tindakan tidak beretika.[10]

3.0 Teori etika

Ia terhasil dari pemikiran ahliahli falsafah, para cendiakawan,dan ahliahli pengurusan. Umumnya, teori ini memberi garispanduan kepada para pengurus yang membolehkan merekamembuat sebarang keputusan yang boleh bertahan berdasarkanpenelitian etika.[11]

Antara teoriteori tersebut ialah :

3.1 Teori utilitarianisme

Teori ini hanya berhubung dengan akibat sesuatu tindakan tanpamempedulikan maksud sesuatu tindakan. Sebagai contoh,sekiranya seorang pengurus atau organisasi terlibat dalamsesuatu projek, tindakannya akan dinilai samada baik atau burukberdasarkan hasil dari projek tersebut. Sasarannya ialah untukmemastikan terdapat faedah untuk masyarakat dengan kerugian

10/15/2015 kepimpinan

http://welead.blogspot.my/2008/03/1.html 4/20

atau kerosakan yang minimum.[12]

3.2 Pendekatan deontologikal

Pendekatan ini menetapkan bahawa sesuatu tindakan bukanalasan dari segi akibat dan hasil mereka, walaupun tindakantersebut mempunyai nilai pada asasnya. Contohnya, sesetengahtindakan mungkin dari segi moralnya adalah salah, tidak kirasebaik mana hasil yang diperoleh. Oleh sebab itu, Michael JSegon menjelaskan bahawa sebarang tindakan harusberpandukan kepada pendekatan yang diambil dalam membuatkeputusan.[13]

3.3 Etika egoisme

Teori ini tertumpu kepada individu. Sebaris dengan kapitalisme,ia menyatakan bahawa individu harus menggunakan sumbersecara optimum untuk manfaat dirinya sendiri. Sedemikian itu,kita lihat masyarakat menghabiskan masa yang lama semasabekerja, memperkenal apakah kehendak pasaran, dan sentiasamerebut peluang. Oleh sebab itu, teori ini menyatakan bahawasesuatu tindakan mendatangkan faedah yang lambat kepadaseseorang, ini adalah benar dan oleh sebab itu ia termasuk dalametika. Ianya mudah untuk dilihat bahawa teori ini bercanggahandengan teori yang lain.[14]

4.0 Enam sistem etika utama yang menyumbang kepadapemikiran etika.

Terdapat enam sistem etika pada masa kini yangmenyumbangkan kepada pemikiran etika moden[15] :

4.1 Relativisme keputusan bererika yang dibuatberdasarkan kepada kepentingan diri sendiri.

4.2 Utilitarianisme keputusan beretika yang dibuatberdasarkan hasil keputusan ini ( perkiraan pelaburandan keuntungan ). Sesuatu tindakan dianggap beretikasekiranya keputusan yang diperolehi mendapatkeuntungan yang besar bagi orang ramai dalamjumlah yang besar.

4.3 Universalisme keputusan beretika yang menekankanmaksud sesuatu keputusan atau tindakan. Setiap orangberada dalam situasi yang sama patut mendapatkeputusan yang sama.

10/15/2015 kepimpinan

http://welead.blogspot.my/2008/03/1.html 5/20

4.4 Hak keputusan beretika yang menekan nilaiperseorangan; kebebasan, dan berdasarkan kepadahak individu dan memastikan kebebasan dalammemilih.

4.5 Pembahagian yang adil keputusan beretika yangmenekankan nilai perseorangan; keadilan, danmemastikan pembahagian kekayaan dan faedahsecara samarata.( adil dan saksama )

4.6 Undangundang kekal keputusan beretika yangdibuat berdasarkan undangundang kekal – yang telahdidedahkan di dalam kitabkitab suci.

Relativisme

Ia menekankan kepentingan diri seseorang individu. Ia jugamembayangkan keberatan dalam menerima sebahagiankeputusan yang dibuat, kerana mereka boleh atau tidakmelakukan sesuatu perbuatan dengan melihat kepadakepentingan mereka sendiri. Islam mengambil pendekatan yangberbeza di atas dua perkara.

a. Islam menekankan bahawa nilai dan sikap individu yangberetika mesti berdasarkan kepada criteria yangtermaktub di dalam AlQuran dan AsSunnah.

b. Islam tidak menggalakkan keputusan berdasarkan ke ataspandangan seorang individu sahaja dalam sesuatu situasi,sebaliknya menggunakan konsep perundingan atau Shuraantara satu sama lain yang pada asasnya sebahagiandaripada cara untuk membuat sesuatu keputusan bagi ahliperniagaan yang beragama Islam. Egoisme tidak adatempat di dalam Islam.[16] Firman Allah s.w.t. (45:23) :

23. Dengan yang demikian, bagaimana fikiranmu (Wahai Muhammad)terhadap orang yang menjadikan hawa nafsunya: tuhan yang dipatuhinya,dan ia pula disesatkan oleh Allah kerana diketahuiNya (bahawa ia tetapkufur ingkar), dan dimeteraikan pula atas pendengarannya dan hatinya, sertadiadakan lapisan penutup atas penglihatannya? maka siapakah lagi yangdapat memberi hidayah petunjuk kepadanya sesudah Allah (menjadikan diaberkeadaan demikian)? oleh itu, mengapa kamu (Wahai orangorang yangingkar) tidak ingat dan insaf?

Utilitarianisme

Secara umumnya tertumpu kepada hasil sesuatu tindakan. Apa

10/15/2015 kepimpinan

http://welead.blogspot.my/2008/03/1.html 6/20

sahaja yang baik untuk majoriti, ia dikatakan beretika. Dalammelihat kepada bagaimana rumit sistem ini, terdapat beberapaaspek yang perlu diambil untuk dipertimbangkan.[17]

a. Siapakah yang menentukan apa yang terbaik untukmajoriti?

b. Apakah perkara yang perlu dipertimbang untuk golonganminoriti?

c. Perkaraperkara luar jangkaan seperti kesihatan perludiambil kira dalam pelaburan dan keuntungan.

d. Hak individu diketepikan dalam menyokong hak bersamasesuatu majoriti.

e. Sistem ini memastikan sifat etika semulajadi pada masaakan datang dinilai melalui pelaburan mereka berlawanandengan keuntungan mereka, dan boleh dibawa denganmudah secara keterlaluan. Pada hakikatnya, duniaperniagaan Amerika merupakan contoh terbaik di managaris dasar yang merencana sesuatu keputusan di dalambilik lembaga berlawanan dengan kepentingan beretikamereka.

Bertentangan dengan pendekatan mikroekonomi dalam etikaperniagaan, mendapat keuntungan yang maksimum sepatutnyabukan matlamat utama perniagaan dalam Islam. Firman Allahs.w.t (18:46):

46. harta benda dan anak pinak itu, ialah perhiasan hidup di dunia; danamalamal soleh yang kekal faedahnya itu lebih baik pada sisi Tuhanmusebagai pahala balasan, dan lebih baik sebagai asas yang memberi

harapan.

Universalisme

Berlawanan dengan Utilitarianisme, ia memberi tumpuan kepadamaksud sesuatu tindakan atau keputusan. Kepentingan sistem inimemberi tumpuan kepada tanggungjawab seseorang individuterhadap individu yang lain.[18]

Walaubagaimana pun, maksud yang baik sahaja tidak bolehmenjadikan yang tidak beretika menjadi beretika. Seperti yangdikatakan oleh Yusuf alQardawi, “maksud atau matlamat yangbaik tidak menjadikan yang haram boleh diterima.” Apabila

10/15/2015 kepimpinan

http://welead.blogspot.my/2008/03/1.html 7/20

seseorang Muslim melaksanakan sesuatu niat yang baik dengantindakan yang dibenarkan, tindakannya itu akan menjadi satuibadah.[19]

Tambahan lagi, sekiranya tindakan tersebut haram, makaIslam tidak membenarkan tindakan tersebut digunakan sebagaimaksud untuk mendapat kebaikan. Sekiranya seseorangmendapat harta secara haram dan membuat kebajikan denganmenggunakan harta tersebut, dia tidak mendapat sebarang faedahdari kebajikan tersebut dan bebanan dosa masih kekal.[20]

Hak

Untuk menjadi pertimbangan yang beretika, semua keputusandan tindakan mesti berdasarkan ke atas hak individu dalammemastikan kebebasan memilih. Pendekatan ini mencadangkansetiap individu mempunyai hak yang tidak boleh dipertikai.Seorang pekerja harus boleh mengharapkan gaji yang bagus dansuasana bekerja yang bersih. Demikian juga dengan pengurusyang sama mengharapkan perniagaannya dilindungi.[21]

Pendekatan ini boleh disalahgunakan. Sesetengah individumungkin akan memaksa hak mereka diambil keutamaanberbanding mereka yang lain. Contohnya dapat dilihat diAmerika Syarikat yang mempunyai masalah dengan undangundang kawalan senjata api terhadap mereka yang tidakmempunyai senjata api yang mempunyai masalah denganmasyarakat yang menginginkan keselamatan di jalanan.[22]

Berbeza dengan pandangan barat, Islam adalah kebebasan.Firman Allah s.w.t. (2:256) :

256. tidak ada paksaan dalam agama (Islam), kerana sesungguhnya telahnyata kebenaran (Islam) dari kesesatan (kufur). Oleh itu, sesiapa yangtidak percayakan taghut, dan ia pula beriman kepada Allah, makasesungguhnya ia telah berpegang kepada simpulan (tali agama) yangteguh yang tidak akan putus. dan (ingatlah), Allah Maha Mendengar,lagi Maha Mengetahui.

Islam, walaubagaimana pun, adalah untuk keseimbangan danmenolak tanggapan atau idea mengenai kebebasan tanpasebarang bangkangan dan bantahan. Oleh sebab itu, kebebasanyang utama dicapai dengan penyerahan diri kepada Allah.Dengan itu, apabila seseorang itu beriman kepada Allah danhidup dengan berpandukan perintah dan suruhan Allah s.w.t, diaakan mencapai kepuasan yang berlainan. Islam membebaskan

10/15/2015 kepimpinan

http://welead.blogspot.my/2008/03/1.html 8/20

Muslim daripada perhambaan kepada sesuatu atau seseorangmelainkan Allah.

Pembahagian yang adil

Ia adalah satu sistem yang bergerak di sekitar satu nilai iaituadil. Sebelum dikatakan sebagai beretika, keputusan dantindakan yang diambil harus dipraktikkan dengan adil untukmempastikan pembahagian kekayaan, faedah, dan harta bendadilakukan secara sama rata.

Terdapat lima prinsip yang digunakan untuk memastikanpembahagian ini sesuai[23] :

a. Perkongsian yang adil

b. Mengikut keperluan seseorang

c. Mengikut usaha seseorang

d. Berpandukan sumbangan sosial

e. Berpandukan kepada kewajaran

Berdasarkan AlQuran, semua para rasul yang diutuskanmembawa ajaran yang menekan mengenai keadilan. FirmanAllah s.w.t (57:25) :

25. Demi sesungguhnya! Kami telah mengutus rasulrasul Kamidengan membawa buktibukti dan mukjizat yang jelas nyata, danKami telah menurunkan bersamasama mereka Kitab suci danketerangan yang menjadi neraca keadilan, supaya manusia dapatmenjalankan keadilan dan Kami telah menciptakan besi dengankeadaannya mengandungi kekuatan yang handal serta berbagaifaedah lagi bagi manusia. (dijadikan besi dengan keadaan yangdemikian, supaya manusia menggunakan faedahfaedah itu dalamkehidupan mereka seharihari) dan supaya ternyata pengetahuanAllah tentang orang yang (menggunakan kekuatan handalnya ituuntuk) menegak dan mempertahankan agama Allah serta menolongrasulrasulNya, padahal balasan baiknya tidak kelihatan(kepadanya); Sesungguhnya Allah Maha Kuat, lagi Maha Kuasa.

Prinsip Islam dalam pembahagian secara adiltermasuk[24] :

a. Setiap orang mempunyai hak terhadap hartanya.

b. Golongan yang tidak berkemampuan boleh menuntutsebahagian harta yang dikumpul oleh mereka yang kayasekadar memenuhi keperluan asas seseorang.

10/15/2015 kepimpinan

http://welead.blogspot.my/2008/03/1.html 9/20

c. Eksploitasi dalam sebarang tahap, bentuk, dan keadaanadalah bertentangan dengan Islam dan di mana sahaja iadipraktikkan, ia mesti dihentikan.

Islam pada umumnya bersetuju dengan pendekatan ini,tetapi mesti dalam keadaan yang seimbang. Kesimpulannya, adilpada pandangan Islam tidak boleh diubahsuai mahupun ditokoktambah berdasarkan tahap keistimewaan yang tersendiri.

Undangundang kekal

Keputusan yang dibuat berasaskan undangundang kekal telahdidedahkan dalam kitabkitab suci dan fitrah semulajadi. Ramaipenulis percaya, dengan mengkaji kitab suci atau alamsemulajadi, manusia boleh menjadi orang yang beretika hasil darikesedaran[25].

Berdasarkan AlQuran, surah 96:15; 68:12; 55:13, Taha JabiralAlwani menyimpulkan bahawa Allah telah menetapkankepada manusia agar melakukan dua jenis pemerhatian secaraserentak : pemerhatian terhadap ayatayat AlQuran danpemerhatian terhadap alam semulajadi. Sesiapa yang hanyamemerhati ayatayat AlQuran sahaja, seperti pemerhatian secaramembuta tuli akan menyebabkan seseorang itu tidak mampuuntuk berfikir secara terbuka dan bebas. Bagi yang terlalumenekan pemerhatian terhadap alam semesta sahaja, ia bolehmenyebabkan seseorang tidak mampu untuk menjawab “soalanyang paling hebat” dan umumnya mereka mengenepikan sesuatuyang berada di luar kemampuan mereka seperti persoalan alamghaib.[26]

Melalui dua pemerhatian ini dapat disimpulkan, cara Islam tidakseperti cara yang disarankan oleh agama lain. Islam tidakmenyarankan untuk mengasingkan diri dari kehidupan duniadengan menekankan sifat warak dan melakukan meditasi., tetapimenekankan agar berusaha dengan gigih untuk hidup di duniaini.

Dalam usaha tersebut, seseorang Muslim mestilah ingat agarmenyelaraskan tindakannya antara solat dan kehidupansehariannya. Mematuhi lima rukun Islam tidak cukup untukseseorang Muslim, dia juga perlu mematuhi etika dalam Islam.

Pandangan Islam terhadap ‘pembahagian yang adil’ termasuktiga elemen berikut[27] :

10/15/2015 kepimpinan

http://welead.blogspot.my/2008/03/1.html 10/20

a. Jaminan dalam memenuhi keperluan asas kepada semua.

b. Kesamarataan tetapi bukan samarata dalam pendapatanperseorangan.

c. Penghapusan ketidaksamarataan yang melampau dalampendapatan perseorangan.

5.0 Ciriciri nilai dan etika dalam pengurusan Islam[28]

5.1 Kebenaran

Ianya berasaskan kepada iman dan taqwa yang mana betul darisudut niat, perkataan, tingkah laku, tindakan dan dalammelaksanakan tugas. Firman Allah s.w.t. (9:119)

119. Wahai orangorang yang beriman! bertaqwalah kamu kepada Allah, danhendaklah kamu berada bersamasama orangorang yang benar.

5.2 Kemuliaan

Manusia yang paling mulia di sisi Allah s.w.t ialah mereka yangbertakwa, bukan yang mempunyai pangkat, kuasa, gelaran,kedudukan, dan sebagainya. Firman Allah s.w.t (49:13)

13. Wahai umat manusia! Sesungguhnya Kami telah menciptakan kamu darilelaki dan perempuan, dan Kami telah menjadikan kamu berbagai bangsa danbersuku puak, supaya kamu berkenalkenalan (dan beramah mesra antara satudengan yang lain). Sesungguhnya semuliamulia kamu di sisi Allah ialahorang yang lebih taqwanya di antara kamu, (bukan yang lebih keturunan ataubangsanya). Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui, lagi Maha mendalampengetahuannya (akan keadaan dan amalan kamu).

Jawatan pengurusan samada pengurus, pengarah, ketua jabatan,atau sebagainya harus mengutamakan ciri iman dan taqwa darisudut Islam di samping kelayakan akademik, kepakaran,kemahiran, pengalaman dan sebagainya.[29]

5.3 Kebaikan

Kebaikan yang dikehendaki oleh Islam sebagai nilai dan etikadalam pengurusan ialah berdasarkan kepada sifat ikhlas, benar,amanah, berdisiplin dan belas kasihan.[30]

5.4 Ihsan

Dari satu segi, ia membawa maksud bahawa Allah s.w.t. melihatsegala perbuatan manusia samada secara terang atau sembunyi.Oleh itu, seseorang kakitangan pengurusan harus merasakansetiap tindakannya diperhatikan olehNya.[31]

10/15/2015 kepimpinan

http://welead.blogspot.my/2008/03/1.html 11/20

Dari segi yang lain, ia membawa maksud belas kasihan, baikhati, dan bertimbang rasa dalam pengurusan organisasi. Allahs.w.t. telah menjanjikan syurga kepada mereka yang mempunyaisifat ini. Firman Allah s.w.t. ( 10:26)

26. untuk orangorang yang berusaha berbuat baik(ihsan) dikurniakan segalakebaikan serta satu tambahan yang mulia dan air muka mereka pula (berseriseri) tidak diliputi oleh sebarang kesedihan dan kehinaan. Mereka itulah ahlisyurga, mereka kekal di dalamnya selamalamanya

.5.5 Keadilan

Dari segi bahasa bermaksud meletakkan sesuatu pada tempatnya.Dari segi istilah bermaksud meletakkan sesuatu pada tempatnyaberdasarkan kepada ketentuan akidah, syariah, dan akhlak sertabersumberkan AlQuran dan AsSunnah. Ianya meliputi kepadadiri sendiri dan orang lain.[32]

Dalam bidang pengurusan organisasi, keadilan itu meliputisemua hal dan bidang samada dari segi peraturan, undangundang, nilai, etika, pemilihan calon, agihan kerja dan gaji.[33]

5.6 Amanah

Amanah ialah nilai dan etika pengurusan yang diutamakan olehIslam. Islam menegaskan perancangan dalam pengurusanmestilah adil, jujur, dan adil. Dalam Islam, berani memberiteguran secara bijaksana ( hikmah ) termasuk dalam sifatamanah. Teguran tersebut mestilah bersifat dua hala. Pihakatasan mesti membimbing dan memberi teguran kepada pihakbawahan dan begitu juga sebaliknya.[34]

5.7 Kesederhanaan

Kesederhanaan digalakkan oleh Islam dalam semua hal. MalahIslam itu sendiri merupakan agama yang sederhana, pertengahan,dan umatnya menjadi teladan kerana kesederhanaannya. Ianyadigalakkan oleh Islam dalam semua perkara termasuk ibadatkhusus dan umum. Solat, sedekah, perbelanjaan, pertuturan,perbuatan, pemakaian, makanan dan sebagainya wajardilaksanakan secara sederhana.

Firman Allah s.w.t. (17:110) :

110. Katakanlah (Wahai Muhammad): "Serulah nama " Allah" atau nama"ArRahman", Yang mana sahaja kamu serukan (dari keduadua nama ituadalah baik belaka); kerana Allah mempunyai banyak namanama yang baik

10/15/2015 kepimpinan

http://welead.blogspot.my/2008/03/1.html 12/20

serta mulia". dan janganlah Engkau nyaringkan bacaan doa atausembahyangmu, juga janganlah engkau perlahankannya, dan gunakanlahsahaja satu cara, yang sederhana antara itu.

5.8 Keberanian

Dalam Islam, ianya diperlukan dalam pengurusan organisasi. Iaseharusnya disertai dengan keimanan dan keyakinan kepadaAllah s.w.t. untuk menegakkan keadilan dan mencegah perkaramungkar.[35] Firman Allah s.w.t ( 34:23) :

Ÿ23. dan tidak berfaedah syafaat di sisi Allah kecuali bagi orang yang telahdiizinkan Allah, (maka orangorang yang hendak memohon syafaat terpaksamenunggu izin itu dengan penuh perasaan takut dan bimbang) sehinggaapabila dihapuskan Allah perasaan takut dari hati mereka (dengan pemberianizin itu) bersukarialah mereka dengan bertanyatanyaan sesama sendiri:"Apakah yang telah dititahkan oleh Tuhan kamu?" sebahagian di antaramereka menjawab: "Tuhan telah menitahkan kebenaran"; dan Dia lah juaYang Maha Tinggi keadaannya, lagi Maha Besar kekuasaanNya.

5.9 Berdisiplin

Islam juga menjadikan disiplin sebagai nilai dan etika yangpenting dalam organisasi pengurusan. Yang dimaksudkan denganberdisiplin ialah berusaha dengan gigih, berdedikasi,bersungguhsungguh dan tekun dalam melaksanakan tugas dantanggungjawab. Selepas itu, barulah bertawakal kepada Allahs.w.t. Semestinya kesungguhan bekerja itu memberi kesankepada kepatuhan jadual kerja, peraturan, menghormati masa dansebagainya yang termasuk dalam bidang berdisiplin.[36]

5.10 Tepati janji

Seseorang kakitangan wajib menunaikan janji jika membuattemujanji atau menyempurnakan tugas atau menyerahkan hasilkerja yang ditetapkan tepat pada waktunya. Tidak menepati janjiamat ditegah dalam Islam dan dianggap sebagai pecah amanah,melakukan penganiayaan dan memutuskan harapan orang.[37]Firman Allah s.w.t. ( 23:8) :

8. dan mereka yang menjaga amanah dan janjinya;

5.11 Menghargai masa

Masa lebih berharga dari emas kerana dalam masa itulah

10/15/2015 kepimpinan

http://welead.blogspot.my/2008/03/1.html 13/20

manusia boleh melakukan kebaikan, kebajikan, meningkatkankeimanan, beramal soleh, nasihatmenasihati, melakukankebenaran dan banyak bersabar khususnya ketika melaksanakantugas dan tanggungjawab pengurusan organisasi.[38]

Firman Allah s.w.t. (103:15) :

1. Demi Masa! 2. Sesungguhnya manusia itu Dalam kerugian 3. kecualiorangorang yang beriman dan beramal soleh, dan mereka pulaberpesanpesan dengan kebenaran serta berpesanpesan dengansabar.

5.12 Kesabaran

Sabar ialah ketahanan rohani dan jasmani untuk melaksanakanperintah Allah s.w.t. dan meninggalkan segala laranganNya.Sabar dari satu segi ialah ketabahan menghadapi kesusahan dankecekalan dalam menyelesaikan sesuatu masalah. Dalampengurusan organisasi, masalah dan cabaran adalah asam garamyang tidak dapat dielakkan. Firman Allah s.w.t. (31:17) :

17. "Wahai anak kesayanganku, dirikanlah sembahyang, dan suruhlahberbuat kebaikan, serta laranglah daripada melakukan perbuatan yangmungkar, dan bersabarlah atas segala bala bencana yang menimpamu.Sesungguhnya yang demikian itu adalah dari perkaraperkara yangdikehendaki diambil berat melakukannya.

Dari segi lain ia membawa maksud keteguhan ilmu yangberkaitan dengan kudrat dan iradat Allah s.w.t. yang menentukanqada’ dan qadar manusia. Hal ini penting dalam pengurusanorganisasi. Contohnya kenaikan pangkat, ianya satu perkara yangberkait rapat dengan daya ikhtiar dan dedikasi kakitanganpengurusan organisasi serta qada’ dan qadar Allah s.w.t.Keimanan terhadap qada’ dan qadar itu menjadikan seseorangkakitangan akan bersyukur jika dia dinaikkan pangkat danbersabar jika tidak mendapatnya.[39]

Dari sudut yang lain, ianya membawa maksud keupayaan untukmengawal nafsu yang membawa kejayaan jangka panjangkepada seseorang khususnya kakitangan pengurusan organisasi.Keupayaan mengawal nafsu menjadikan seseorang itu tidaktamak, gelojoh, dan gelap mata apabila diamanahkan denganpengurusan wang dan harta awam. Kebiasaannya, sifat itulahyang mendorong seseorang kakitangan terlibat dengan rasuah,

10/15/2015 kepimpinan

http://welead.blogspot.my/2008/03/1.html 14/20

penyalahgunaan wang awam, penipuan dan sebagainya.[40]Firman Allah s.w.t. (18:28) :

28. Dan bersabarlah kamu bersamasama dengan orang yang menyeruTuhannya pada waktu pagi dan petang dengan mengharap keredaanNya danjanganlah kedua matamu berpaling dari mereka (kerja) yang mengharapkanperhiasan kehidupan dunia ini dan janganlah kamu mengikuti orang yanghatinya telah Kami lalaikan dari mengingati Kami, serta menuruti hawanafsunya dan adalah keadaannya itu melewati batas.

Sifat sabar adalah sifat mulia yang perlu dihayati oleh setiapkakitangan pengurusan organisasi kerana ianya dimiliki oleh pararasul. Kesabaranlah yang membimbing seseorang mencapaikejayaan setelah mengalami penderitaan, kesakitan, ketakutan,kelaparan, kerugian, kehilangan harta, dan sebagainya.[41]

5.13 Toleransi

Toleransi ialah menerima perbezaan tanpa merasa iri hati, marah,dan dendam. Ia meliputi semua bidang dan peringkat pengurusanorganisasi seperti dari segi perbezaan pendapat dan sebagainya.Dalam pengurusan organisasi, toleransi penting untukmewujudkan dan mengekalkan suasana kerja yang harmoni,mesra, dan menyeronokkan.[42] Firman Allah s.w.t. (2:256)

256. tidak ada paksaan dalam agama (Islam), kerana sesungguhnya telahnyata kebenaran (Islam) dari kesesatan (kufur). Oleh itu, sesiapa yang tidakpercayakan Taghut, dan ia pula beriman kepada Allah, maka sesungguhnyaia telah berpegang kepada simpulan (tali agama) yang teguh yang tidak akanputus. Dan (ingatlah), Allah Maha Mendengar, lagi Maha Mengetahui.

5.14 Kebaktian

Tiada yang lebih berharga dalam kehidupan manusia ini apabilameluasnya kasih sayang, tolong menolong dan saling bantumembantu antara satu sama lain. Masingmasing boleh berbaktisamada dengan harta dan wang ringgit, tenaga, nasihat, simpati,dan sebagainya. Setiap manusia boleh berbakti mengikut kadarkemampuannya.[43] Firman Allah s.w.t. (3:92) :

92. kamu tidak sekalikali akan dapat mencapai (hakikat) kebajikan dankebaktian (yang sempurna) sebelum kamu dermakan sebahagian dari apayang kamu sayangi. Dan sesuatu apa jua yang kamu dermakan, makasesungguhnya Allah mengetahuinya.

Bagi yang alim dan mempunyai pelbagai jenis ilmu pengetahuanserta kemahiran wajar berbakti dengan ilmu dan kepakarannya.

10/15/2015 kepimpinan

http://welead.blogspot.my/2008/03/1.html 15/20

Ia juga dikira sebagai amal jariah. Semua hal ini penting dalampengurusan organisasi bagi meningkatkan lagi kecekapan,kemahiran dan kualiti pengeluaran. Oleh sebab itu, ia dijadikansalah satu daripada nilai dan etika pengurusan.[44]

5.15 Pemaaf

Salah dan silap merupakan satu daripada fitrah manusia. Salahdan silap tidak semestinya disengajakan. Justeru itu, jika iaberlaku tanpa niat dan tanpa disengajakan, perbuatan tersebutharus dimaafkan. Dalam pengurusan organisasi, kemaafandigalakkan oleh Islam untuk memberi peluang kepadakakitangan yang melakukan kesilapan memperbaikinya. Tetapi iawajar diulangi oleh kakitangan yang telah dimaafkan.[45]Firman Allah s.w.t. (24:22) :

Ÿ22. dan janganlah orangorang yang berharta serta lapang hidupnya darikalangan kamu, bersumpah tidak mahu lagi memberi bantuan kepada kaumkerabat dan orangorang miskin serta orangorang yang berhijrah pada jalanAllah; dan (sebaliknya) hendaklah mereka memaafkan serta melupakankesalahan orangorang itu; tidakkah kamu suka supaya Allahmengampunkan dosa kamu? dan (ingatlah) Allah Maha Pengampun lagiMaha Mengasihani.

5.16 Kejahatan dibalas kebaikan

Sifat iri hati, hasad dengki, dendam, dan sebagainya merupakannafsu yang ada dalam diri manusia. Pada keseluruhannya, iaboleh merosakkan diri seseorang jika tidak dikawal. Dalammengawal sifatsifat ini, Islam telah menggalakkan agarseseorang itu membalas kejahatan atau penganiayaan orangterhadap dirinya dengan kebaikan. Hal ini bukan mudah untukdilakukan kerana orang yang teraniaya itu telah menderita darisegi fizikal dan jiwanya. Tetapi itulah bukti kemuliaan budi danakhlak seseorang. Demikian juga dalam pengurusan organisasi.Matlamatnya adalah untuk mengeratkan silaturahim danperpaduan agar organisasi menjadi lebih kukuh dan dapatmemberikan perkhidmatan yang berkualiti dan cemerlang kepadaumat Islam.

5.17 Nilai diri

Meningkatkan mutu kerja dan kualiti hasil pengeluaranmerupakan salah satu tanggungjawab dan tugas seseorang

10/15/2015 kepimpinan

http://welead.blogspot.my/2008/03/1.html 16/20

pekerja untuk menuju kecemerlangan. Salah satu caranya ialahdengan menilai kelemahan diri, kekurangan, kesilapan dankesalahan yang dilakukan. Pihak pengurusan atau pihak laintidak berkesempatan untuk mengawasi seseorang pekerja. Justeruitu, dengan menilai diri setiap masa akan membantu pihakpengurusan meningkatkan mutu kerja dan kualiti hasilpengeluaran.

Dalam Islam digunakan istilah “muhasabah” iaitumenyenaraikan segala kelemahan diri yang pernah dilakukan danberusaha untuk mengatasi dan mengelakkan mengulanginya.[46]

5.18 Kesyukuran

Sifat ini harus ada dalam setiap kakitangan pengurusan. Hal inipenting untuk membantu organisasi mencapai matlamatnyadalam keadaan yang harmoni, aman, dan baik. Dengan sifat ini,seseorang kakitangan organisasi akan berasa aman, sejahtera, danbahagia dari segi jiwanya rahmat dan nikmat yang diberikanAllah s.w.t. Dia seharusnya melihat nasib orang yang beradalebih rendah daripadanya, bukan melihat orang yang lebih tinggidaripadanya. Sifat ini bukan sahaja menghilangkan perasaandengki, iri hati, sebaliknya berusaha dalam kadar keupayaanuntuk mencapai kecemerlangan dan kejayaan dari semasa kesemasa dengan perasaan gembira, bahagia, dan bersyukur.[47]

6.0 Kaedah melaksanakan nilainilai etika dalamorganisasi[48]

Terdapat banyak kaedah dalam melaksanakan nilainilai etikadalam organisasi, antaranya :

6.1 Membentuk pengawalan etika di tempat kerja

Untuk meningkatkan amalan etika di syarikat, syarikatsyarikatperlu membentuk kawalan etika dan kaedahkaedah kawalantersebut bagi kerjakerja harian samada untuk pengurus ataupekerja. Organisasi boleh mengambil beberapa tindakan untukmemberi kesedaran etika kepada pekerja, antaranya :

6.1.1 Kod etika

Merupakan satu kenyataan bertulis untuk dijadikan garispanduan kepada pekerja dan pengurus apabila merekamengalami masalah etika seperti menerima hadiah daripadapembekal, mengambil saudara terdekat bekerja dan sebagainya.

10/15/2015 kepimpinan

http://welead.blogspot.my/2008/03/1.html 17/20

Banyak kod etika mengandungi perkaraperkara yangmenjelaskan tentang kejujuran, integrity, perasaan hormat dankeadilan. Sebagai contoh, kod etika yang mengarah pekerjauntuk berlaku adil, jujur dan bertanggungjawab terhadap semuapelanggan. Untuk mendapat keberkesanan daripada kod etikatesebut, denda atau hukuman perlu dikenakan terhadap sesiapayang melanggar kod etika yang telah ditetapkan. Kod etika perludisemak supaya ia selaras dengan perubahan persekitaran. Walaubagaimanapun, terdapat kelemahan dalam melaksanakan kodetika kerana ia lebih menjaga hak syarikat dari menjaga pekerjadan orang awam.

6.1.2 Komiti etika

Membentuk jawatankuasa etika untuk memberi garispanduan terhadap perkaraperkara etika. Kod etika yangberkesan biasanya dilakukan dalam keadaan yang terbukadengan melibatkan pekerjapekerja.

6.1.3 Pegawai etika

Mewujudkan tugas pegawai etika. Umpamanya untukhotline etika, latihan dan lainlain.

6.1.4 Orang tengah

Ia dilantik bertujuan menerima atau mendengar masalahmasalah daripada pekerja berkaitan dengan masalah etika, dimana masalah tersebut tidak diberitahu secara terus atau enggandiberitahu kepada penyeliapenyelia.

6.2 Mengadakan program etika yang menyeluruh

Perkara penting dalam reka bentuk yang efektif untuk etikaadalah dengan menyatupadukan perkaraperkara yang dapatmengawal atau berkaitan dengan peningkatan nilainilai etika. Iadilakukan dengan program yang menyeluruh, iaitu denganmenggabungkan kod etika, komoti etika, pegawai etika, danorang tengah etika. Mereka yang bekerja di syarikat yangmempunyai program etika yang menyeluruh biasanya akan[49] :

6.2.1 Melihat dan merasakan syarikat bertanggungjawab untukberetika kepada kepada semua pemegang kepentingan.

6.2.2 Mempunyai persepsi yang lebih baikterhadap kerja dan lebih tinggi komitmen

10/15/2015 kepimpinan

http://welead.blogspot.my/2008/03/1.html 18/20

untuk beretika.

6.2.3 Melaporkan tindakan tidak beretika.

6.2.4 Berpuas hati dengan siasatan syarikat danbertindak balas dengan tindakan tidakberetika.

6.3 Memberi ganjaran kepada organisasi yang beretika

Syarikat yang beretika harus diberi penghormatan atas dayausaha mereka membentuk suasana beretika dan meningkatkankeupayaan untuk beretika. Syarikat ini mempunyai strategidalam menyelesaikan masalah seperti masalah etika, mempunyaiprogram dan berusaha dengan ikhlas dan menyeluruh dalamsyarikat, dan menonjol dalam salah satu aspek etika. Galakandalam bentuk memberi ganjaran untuk beretika ini dapatdilakukan sebagaimana galakan terhadap peningkatan kualitidalam sesebuah organisasi.

Rumusan

Sesungguhnya nilai dan etika kerja yang dikemukakan olehIslam lebih menyeluruh dan sempurna. Islam lebih menekankannilainilai kerohanian kerana Islam telah mengenal pasti musuhutama manusia ialah nafsu dan syaitan. Justeru itu, nilainilaitersebut merupakan perisai yang dapat mengawal nafsu danmenolak godaan syaitan.

[1] S Hadi Abdullah, Management in Malaysia, Malaysia Institute of Management, KualaLumpur, 2001, hlm. 314.

[2] Ibid.

[3] Ibid.

[4] Mustafa Haji Daud, Pengurusan Islam, Utusan Publication & Distributors Sdn. Bhd,Kuala Lumpur, 1994, hlm. 128.

[5] Jaafar Muhamad, Asas pengurusan, Penerbit Fajar Bakti Sdn. Bhd, Selangor, 2003,hlm. 1.

[6] Jaafar bin Muhamad, Asas pengurusan, hlm. 5.

[7] Ibid, hlm. 6.

[8] Jaafar bin Muhamad, Asas pengurusan, hlm. 6.

[9] Ibid, hlm. 7.

[10] Ibid.

10/15/2015 kepimpinan

http://welead.blogspot.my/2008/03/1.html 19/20

[11] S Hadi Abdullah, Management in Malaysia, hlm. 315.

[12] Ibid, hlm. 316.

[13] Ibid.

[14] S Hadi Abdullah, Management in Malaysia, hlm. 316.

[15] Khalid Ahmad, Malaysian management styles, Asean AcademicPress, United Kingdom, 2005, hlm. 105.

[16] Khaliq Ahmad, Malaysian management styles, hlm. 106.

[17] Khaliq Ahmad, Malaysian management styles, hlm. 107.

[18]Khaliq Ahmad, Malaysian management styles, hlm. 108.

[19] Ibid.

[20] Ibid.

[21] Ibid, hlm. 109.

[22] Khaliq Ahmad, Malaysian management styles, hlm. 109.

[23] Khaliq Ahmad, Malaysian management styles, hlm. 110.

[24] Khaliq Ahmad, Malaysian management styles, hlm. 110.

[25] Ibid, hlm. 111.

[26] Ibid.

[27] Khaliq Ahmad, Malaysian management styles, hlm. 114.

[28] Mustafa Haji Daud, Pengurusan Islam, hlm. 147.

[29] Syed Othman Alhabshi, Islam, ekonomi, dan pengurusan,Penerbitan Hizbi, Petaling Jaya, 1989, hlm. 137.

[30] Muhammad Abd. Rauf, Ummah the Muslim nation, Dewan Bahasadan Pustaka, Kuala Lumpur, 1991, hlm. 137.

[31] Mustafa Haji Daud, Pengurusan Islam, hlm. 148.

[32] Syed Othman Alhabshi, Islam, ekonomi, dan pengurusan, hlm. 72.

[33] Mustafa Haji Daud, Pengurusan Islam, hlm. 149.

[34] Dato’ Hassan Ibrahim, “Memahami dan menghayati nilainilai Islamdalam pentadbiran dan pengurusan organisasi”, Seminar pengurusandan pentadbiran Islam. Universiti Sains Malaysia, Pulau Pinang, 1989,hlm. 3.

[35] Mustafa Haji Daud, Pengurusan Islam, hlm. 150.

[36] Mustafa Haji Daud, Pengurusan Islam, hlm. 150.

[37] Ibid, hlm. 151.

[38] Mustafa Haji Daud, Pengurusan Islam, hlm. 151.

[39] Mustafa Haji Daud, Pengurusan Islam, hlm. 152.

[40] Ibid.

[41] Syed Othman Alhabshi, Islam, ekonomi, dan pengurusan, hlm. 72.

[42] Mustafa Haji Daud, Pengurusan Islam, hlm. 153.

10/15/2015 kepimpinan

http://welead.blogspot.my/2008/03/1.html 20/20

Newer Post

[43] Ibid.

[44] Dato’ Hassan Ibrahim, “Memahami dan menghayati nilainilai Islamdalam pentadbiran dan pengurusan organisasi”, Seminar pengurusandan pentadbiran Islam, hlm. 4.

[45]Mustafa Haji Daud, Pengurusan Islam, hlm. 154.

[46] Mustafa Haji Daud, Pengurusan Islam, hlm. 155.

[47] Ibid.

[48] Jaafar Muhamad, Asas pengurusan, hlm. 10.

[49] Jaafar Muhamad, Asas pengurusan, hlm. 11

posted by welead at 6:42 pm

no comments:Post a Comment

Home

Subscribe to: Post Comments (Atom)