kaum kintak

Upload: gayatheri-marimuthu

Post on 04-Apr-2018

247 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

  • 7/29/2019 Kaum Kintak

    1/12

    BUDAYA DAN PEMBELAJARAN

    ADAT DAN BUDAYA ORANGASLI

    DISEDIAKAN OLEH:

    GAYATHERI MARIMUTHULAXMI PANNEER SELVAM

    UMA NANTINI SUBRAMANIAM

  • 7/29/2019 Kaum Kintak

    2/12

    LATAR BELAKANG

    Kintak merupakan satu di antara dua rumpun

    bangsa Orang Asli daripada suku kaum Negrito

    atau asalnya dikenali sebagai Semang .

    Kintak juga dikenali sebagai Tak, Kentok, dan

    Kintok. Mereka secara khususnya terbahagi

    kepada beberapa subkumpulan, anatara yang

    dikenal pasti adalah Kintak Bong dan Kintak Nakil.

  • 7/29/2019 Kaum Kintak

    3/12

    Orang Kintak sejak dahulukala tinggal di pinggir-

    pinggir hutan berhampiran dengan penempatanmasyarakat Melayu atau Siam.

    Biasanya mereka memilih kawasan pamah

    berhampiran dengan sungai yang masih kaya

    dengan spesis-spesis tumbuhan, haiwan buruan

    serta ikan yang menjadi sumber makanan dan

    ekonomi mereka.

  • 7/29/2019 Kaum Kintak

    4/12

    SOSIO-BUDAYA

    Masyarakat Kintak pengamal sistemkeluarga nuklear atau sekelamin. Setiap

    keluarga ini mempunyai rumah sendiri.

    Keluarga mereka terdiri suami, isteri dan

    anak.

    Keluarga nuklear diketuai oleh suami yang

    berkuasa dalam membuat keputusan.

  • 7/29/2019 Kaum Kintak

    5/12

    ADAT PERKAHWINAN

    Di kalangan suku kaum Negrito termasukmasyarakat Kintak adat perkahwinan merekaterlalu mudah.

    Tidak diatur secara rasmi dan tidak diraikan.

    Kahwin kepada mereka memadai dengan kedua-

    dua pasangan membina tempat perlindungan dantidur bersama.

    Ini tidak bermakna mereka mengamalkan bebas

    seks. Biasanya perkahwinan mereka berasaskan pilihan

    sendiri atau dasar suka sama suka. Perkahwinanatas pilihan keluarga amat kurang berlaku.

  • 7/29/2019 Kaum Kintak

    6/12

    ADAT KEMATIAN

    Biasanya apabila berlaku kematian, sanak-saudara

    simati yang jauh dan dekat, penghulu serta penduduk

    kampung akan diberitahu.

    Penghulu sebagai ketua adat akan mengatur kerja-

    kerja pengurusan mayat dan upacara pengebumian.

    Bagi menghormati simati, segala kegiatan harianmasyarkat pada hari berkenaan terpaksa

    ditangguhkan.

  • 7/29/2019 Kaum Kintak

    7/12

    Larangann ini jika dingkari dipercayai roh simati

    akan marah dan akibatnya akan ditimpa

    malapetaka.

    Mayat biasanya tidak dikebumikan pada hari

    kematian, kerana ingin memberi peluang kepada

    saudara mara simati yang jauh, hadir untuk

    memberi penghormatan terakhir.

  • 7/29/2019 Kaum Kintak

    8/12

    ADAT KELAHIRAN

    Dalam mempastikan ibu yang sedang mengandung

    sentiasa dalam keadaan sihat, untuk mengelakan

    komplikasi kepada si ibu semasa melahirkan dan

    bagi menjamin anak dilahirkan sihat serta

    sempurna sifatnya berbagai-bagai pantang larang

    serata pemilihan makanan yang sesuai yang perlu

    dipatuhi oleh pasangan suami isteri, sama ada

    sepanjang tempoh mengandung mahupun selepas

    bersalin.

  • 7/29/2019 Kaum Kintak

    9/12

    SEMASA MENGANDUNG

    * Pantang yang dikenakan kepada isteri:-

    Pantang/Tak boleh 1. Makan pucuk paku

    2. Makan pucuk labu

    Makan ikan yang dipancing

    Akibat /Dipercayai

    Kandungan dan bayi lemah

  • 7/29/2019 Kaum Kintak

    10/12

    PERAYAAN

    Musim Buah-buahan

    Musim Menuai Padi

  • 7/29/2019 Kaum Kintak

    11/12

    PEKERJAAN

    Kesan kepesatan pembangunan negara turut

    dirasai dan sekaligus mengancam kehidupan danmenggugat ekonomi masyarakat ini walaupun

    mereka tinggal agak jauh di pedalaman .

    Bilamana penerokaan hutan untuk projek-projektadahan air, hidro-elektrik, pembinaan lebuhraya,

    perusahaan pembalakan dan sebagainya

    menyebabkan pencemaran sungai dan

    kemusnahan hutan, sekaligus mengancam

    kehidupan flora dan fauna yang menjadi sumber

    makanan dan ekonomi mereka.

  • 7/29/2019 Kaum Kintak

    12/12