katalog pameran hikayat hang tuah: lagenda pahlawan melayu

50
Hakcipta Terpelihara © 2010 – Perpustakaan Negara Malaysia Hakcipta Terpelihara © 2010 – Perpustakaan Negara Malaysia

Upload: lythuan

Post on 12-Jan-2017

300 views

Category:

Documents


8 download

TRANSCRIPT

Page 1: Katalog Pameran Hikayat Hang Tuah: Lagenda Pahlawan Melayu

Hakcipta Terpelihara © 2010 – Perpustakaan Negara Malaysia

Hakcipta Terpelihara © 2010 – Perpustakaan Negara Malaysia

Page 2: Katalog Pameran Hikayat Hang Tuah: Lagenda Pahlawan Melayu

Hakcipta Terpelihara © 2010 – Perpustakaan Negara Malaysia

Hakcipta Terpelihara © 2010 – Perpustakaan Negara Malaysia

Page 3: Katalog Pameran Hikayat Hang Tuah: Lagenda Pahlawan Melayu

Katalog Pameran Hikayat Hang Tuah : Legenda Pahlawan M elayu

Perpustakaan Negara Malaysia Kuala Lumpur

2010

Hakcipta Terpelihara © 2010 – Perpustakaan Negara Malaysia

Hakcipta Terpelihara © 2010 – Perpustakaan Negara Malaysia

Page 4: Katalog Pameran Hikayat Hang Tuah: Lagenda Pahlawan Melayu

Perpustakaan Negara Malaysia Kementerian Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan

Cetakan Pertama 2010 © Perpustakaan Negara Malaysia

Hak Cipta Terpelihara. Tidak dibenarkan mengeluar ulang mana-mana bahagian artikel, ilustrasi, dan isi kandungan buku ini dalam apa juga bentuk dan dengan cara apa jua sama ada secara elektronik, fotokopi, mekanik, rakaman, atau cara lain sebelum mendapat izin bertulis daripada Ketua Pengarah, Perpustakaan Negara Malaysia.

Diterbitkan oleh: Perpustakaan Negara Malaysia 232 Jalan Tun Razak 50572 Kuala Lumpur

Tel: 03-26871700 Faks : 03-26929767 Laman Sesawang : http://www.pnm.gov.my

Perpustakaan Negara Malaysia Data Pengkatalogan-dalam-Penerbitan

Katalog pameran Hikayat Hang Tuah : legenda pahlawan Melayu ISBN 978-967-931-227-0 1. Hang Tuah, fl . 1470-Exhibitions. 2. Legends, Malay--Exhibitions. 398.209595118

Hakcipta Terpelihara © 2010 – Perpustakaan Negara Malaysia

Hakcipta Terpelihara © 2010 – Perpustakaan Negara Malaysia

Page 5: Katalog Pameran Hikayat Hang Tuah: Lagenda Pahlawan Melayu

Jawatankuasa Penerbitan Katalog Pameran Hikayat Hang Tuah : Legenda Pahlawan Melayu

Penasihat

Ketua Editor

Editor

Penyusun

Dato' Raslin bin Abu Bakar Ketua Pengarah Perpustakaan Negara Malaysia

Siti Aishah Sheikh Kadir

Rahimah Ahmad Lee Seok Chu

Faizal Hilmie Yusof Manirah Mansor Effah Imtiaz Zainol Mohd Fairuz Zakaria Mastura Hussin Nor Azila Mohd Nor

Reka Kreatif ~ ~~

Hakcipta Terpelihara © 2010 – Perpustakaan Negara Malaysia

Hakcipta Terpelihara © 2010 – Perpustakaan Negara Malaysia

Page 6: Katalog Pameran Hikayat Hang Tuah: Lagenda Pahlawan Melayu

Kandungan

Pameran Hikayat Hang Tuah : Legenda Pahlawan Melayu

Hikayat Hang Tuah

Pengiktirafan UNESCO Memory Of The World

............................................... 2

............................................... 3

Adat dan Kesenian

Hang Tuah dan Ilmu

Keperwiraan Hang Tuah

Kesetiaan Hang Tuah

Senibina

Gaya Bahasa

Manuskrip Hikayat Hang Tua h

Artifak

Penghargaan

Hikayat Hang Tuah MSS 1713 Koleksi Perpustakaan Negara Malaysia

4 - 9

10- 12

13 -18

19 - 21

22 - 33

34 - 36

37 - 38

39 - 41

42

Hakcipta Terpelihara © 2010 – Perpustakaan Negara Malaysia

Hakcipta Terpelihara © 2010 – Perpustakaan Negara Malaysia

Page 7: Katalog Pameran Hikayat Hang Tuah: Lagenda Pahlawan Melayu

l'amcral1 Hilta\tat Ha115 Tl-Ial1 : lC5Cl1~a l'al11awal1 Mc1a\1l-l

Hikayat Hang Tuah ialah sebuah epik Melayu yang menjadi kebanggaan kepada masyarakat Melayu dan merupakan sebuah karya yang mantap yang ingin dipaparkan oleh pengarangnya sebagai suatu wadah untuk menonjolkan jati diri orang Melayu yang jelas berbeza daripada bangsa lain. Hikayat Hang Tuah terkenal bukan sahaja di kalangan bangsa Melayu tetapi juga di seluruh kawasan Nusantara. Hikayat Hang Tuah menceritakan tentang perilaku seorang rakyat ideal iaitu Hang Tuah yang mencurahkan seluruh hidupnya berbakti kepada raja. Hang Tuah juga turut digambarkan sebagai intelek ulung Melayu, hulubalang/laksamana yang bukan sahaja bergantung kepada kekuatan badan (jasmaniah) tetapi juga batiniah dan intelek.

Hikayat Hang Tuah (MSS 1713) koleksi Perpustakaan Negara Malaysia telah diiktiraf sebagai koleksi agung warisan bangsa dan didaftarkan dalam Memory of the World Register, UNESCO pada tahun 2001.

Sempena dengan Festival KL 2010, Perpustakaan Negara Malaysia mengambil inisiatif untuk menganjurkan Pameran Hikayat Hang Tuah : Legenda Pahlawan Melayu dalam usaha memasyarakatkan Hikayat Hang Tuah di kalangan rakyat Malaysia sebagai karya agung agar ianya tetap segar sepanjang masa serta menonjolkan Hang Tuah sebagai pahlawan Melayu yang terulung, gagah dan perkasa.

OBJEKTIF

Menonjolkan keperwiraan dan kepahlawan Hang Tuah sebagai wira Melayu yang t iada tolok bandingnya;

Memupukjati diri generasi muda ke arah kecintaan dan kesetiaan kepada raja dan negara;

Mengapresiasi Hikayat Hang Tuah sebagai satu karya agung.

SKOP PAMERAN

Pameran Hikayat Hang Tuah : Legenda Pahlawan Melayu menonjolkan keperwiraan dan kepahlawanan Hang Tuah sebagai perwira Melayu yang t iada tolok bandingnya. Skop pameran berdasarkan kepada manuskrip asal, poster bergambar, buku-buku, artifak dan bahan-bahan lain yang berkaitan dengan Hang Tuah dipaparkan melalui segmen-segmen berikut:

Keperwiraan Hang Tuah Pengembaraan Hang Tuah Hang Tuah dan IImu Kesetiaan Hang Tuah

Adat dan Kesenian Seni Bina Gaya Bahasa

Hakcipta Terpelihara © 2010 – Perpustakaan Negara Malaysia

Hakcipta Terpelihara © 2010 – Perpustakaan Negara Malaysia

Page 8: Katalog Pameran Hikayat Hang Tuah: Lagenda Pahlawan Melayu

ru

Hikayat Hang Tuah PENGENALAN

Hikayat Hang Tuah yang dipercayai dikarang di pertengahan abad ke-17 di Johor, merupakan epik Melayu yang menjadi kebanggaan kepada masyarakat Melayu dan satu karya yang mantap yang ingin dipaparkan oleh pengarangnya sebagai suatu wadah untuk menonjol jati diri orang Melayu yang unggul daripada bangsa lain. la terkenal bukan sahaja di kalangan bangsa Melayu tetapi juga di seluruh kawasan Nusantara.

Pengarangnya membangkitkan semula keagungan dan semangat kesultanan dan kerajaan Melayu yang berpusat di Melaka. Beliau menghidupkan semula tiga lambang kedaulatan dan keagungan negara Melayu, iaitu Sultan, Bendahara yang melambangkan kebijaksanaan pentadbiran dan Hang Tuah, yang melambangkan unsur patriotisme dan keperwiraan sebagai asas ketahanan negara. Beliau telah menghasilkan satu karya yang mengkagumkan dan dimartabatkan sebagai karya agung.

Hikayat Hang Tuah ialah teks eksempiar yang menceritakan tentang perilaku seorang rakyat yang ideal, iaitu Hang Tuah yang mencurahkan seluruh hidupnya berbakti kepada raja . Hang Tuah digambarkan sebagai intelek ulung Melayu, hulubalang/laksamana yang bukan sahaja bergantung pada kekuatan badan (jasmaniah) tetapi juga batiniah dan intelek. Perhubungan akrab di antara Hang Tuah dengan Sultan Melaka mempamerkan satu model bagi raja Melayu dan rakyat jelata. Jangka waktu yang meliputi hikayat ini, dari awal penubuhan Kesultanan Melaka (awal abad ke-15) hingga penaklukan Belanda pada tahun 1641, terlalu lama bagi hayat seorang manusia biasa. Panjangnya umur Hang Tuah dipadankan dengan jarak perjalanan pengembaraannya yang jauh, menjangkau negara China, Sumatera, Jawa, Thailand, India, Timur Tengah dan Konstantinople da lam melaksanakan misi untuk Sultan Melaka. Tujuan pengembaraannya pelbagai dan berbeza-beza. Tujuan utama ialah perluasan perhubungan perdagangan dan politik dengan negara-negara tersebut, di samping memperkembangkan pengaruh Kerajaan Melaka. Taat setianya di atas apa juga perintah raja mengkagumkan. Kuasa yang ada pada Hang Tuah untuk memberi perlindungan dan keselamatan kepada negara adalah begitu menakjubkan sehingga orang Melayu menganggap beliau kebal.lni dibuktikan dalam Hikayat Hang Tuah yang menyatakan bahawa Hang Tuah tidak mati pada tahun 1641 tetapi lari masuk ke hutan dan hidup bersama orang asli, namun tetap bersedia untuk menyumbangkan bakti bila-bila masa diperlukan.

Kegagahan, keberanian dan ketaatan Hang Tuah tidak dipertikaikan. Hikayat Hang Tuah adalah satu karya agung. Maka wajarlah ianya dipulihara dan disimpan untuk generasi kini dan akan datang.

Hakcipta Terpelihara © 2010 – Perpustakaan Negara Malaysia

Hakcipta Terpelihara © 2010 – Perpustakaan Negara Malaysia

Page 9: Katalog Pameran Hikayat Hang Tuah: Lagenda Pahlawan Melayu

Pengiktirafan UNESCO Memory Of The World

Program Memory of the World Register (MOW) adalah satu program yang telah dilancarkan oleh UNESCO pada tahun 1992 bertujuan untuk memelihara dan mempromosikan bahan-bahan warisan dokumentari yang bernila i.

Program ini mengenalpasti dokumentari penting di peringkat antarabangsa, rantau dan kebangsaan.la mewujudkan Oaftar'Memory of the World' (World Register) pada tahun 1995. Oaf tar ini menyenaraikan semua warisan dokumentari yang telah diterima oleh Jawatankuasa Penasihat Antarabangsa (International Advisory Committee (lAC) yang menepati kriteria pemilihan tertentu untuk pengiktirafan dunia.

Warisan dokumentari yang didaftarkan dalam Memory of the World Register adalah bahan yang berjaya meninggalkan kesan seni, budaya dan pemikiran yang luar biasa dalam tamadun atau tradisi sesuatu bangsa. Ookumen itu dianggap sebagai warisan bangsa dalam erti kata bahawa ia mewakili "minda" dan pengalaman bersama (kolektif) bangsa itu sepanjang zaman sebagaimana yang dipancarkan dalam sistem kepercayaan, falsafah hidup, tradisi ilmu, adat, bahasa dan pekerti budaya serta sosial yang membentuk identiti ketamadunan bangsa itu.

Hikayat Hang Tuah telah disenaraikan dalam Memory of the World Register pada tahun 2001.

United Nafio1lf Educafionol, Sch>f,ti/ic and Clfllllral OrgOlliUllioll

••• _"~""~".,,,.............. . ....................... _. . ........ Certifht. the inscription of

KuC]iC] Lumpur

tbe MemOlY of tbe Wo..Jd Register

Do<' 20 OCT 2001 KOich.h"i) M"Utlura Olroetor~nl!ral, UNESCO

Hakcipta Terpelihara © 2010 – Perpustakaan Negara Malaysia

Hakcipta Terpelihara © 2010 – Perpustakaan Negara Malaysia

Page 10: Katalog Pameran Hikayat Hang Tuah: Lagenda Pahlawan Melayu

C :J

'" >­:J '" I-Qj g>2 '" c :r: '" _ 3:

~~ ",.c -" '" .- 0..

:r: '" c-C '" C ~ <lJ <lJ en E <lJ ",...J

0..

en o ] ~

Adat Dan Kesenian Adat Pertabalan Raja

Adat ini merupakan majlis rasmi bagi raja-raja. la dijalankan sejak zaman yang lampau, jika sekiranya seseorang raja yang memerintah telah tua atau meninggal dunia. Berdasarkan HHT adat ini dilakukan apabila merajakan seseorang anak raja di sebuah negeri yang baru dibuka atau belum ada raja .

Sebagai contoh, peristiwa Sultan Mahmud yang dirajakan Lingga dan Sultan Ahmad di Bentan. Maka diadakanlah

upacara khas pertabalan yang dihadiri oleh semua pembesar, pegawai, hulubalang dan rakyat jelata. Perhatikan gambaran yang dibuat oleh pengarang terhadap Sultan Ahmad di Bentan.

"Maka laksamana pun mengerahkan segala pegawai dan pertuanan berjaga-jaga. Maka segala menteri dan pegawai pun berjagalah

terlalu ramai dengan segala bunyi-bunyian. Setelah genap tujuh hari tujuh malam maka baginda naiklah ke atas perarakan. Maka cogan alamat yang

bermalaikan emas pun terdirilah. Maka nobat dan tabal pun dipalu oranglah. Maka baginda beraraklah berkeliling negeri itu dengan bunyi-bunyian. Setelah

genap tiga kali, lalu berarak masuk ke istana. Maka baginda pun duduk di atas singgahsana yang keemasan. Maka laksamana pun mengatur segala

pegawai dan pertuanan. Maka pedang kerajaan pun terpikullah. Maka nobat dan tabal pun dititir oranglah. Maka menteri dan pegawai dan pertuanan pun sekaliannya sujud serta menundukkan kepalanya ke tanah serta mengatakan, "Daulat tuanku! Dirgahayu Paduka Seri Sultan,

yutawwilu IIahu umra kumus-Sultanil-azimillkarimi syah-syah bani fil-judilkirami syha-syah bani Adam." setelah genap tiga kali maka nobat dan tabal pun berhentilah."

(HHT. halaman 498-499)

Adat Memberi Anugerah

Sudah menjadi ad at sejak zaman yang silam dilakukan oleh golongan raja-raja apabila ada pihak-pihak tertentu atau individu telah menyumbangkan tenaga dan jasa demi menaikkan imej untuk negeri berkenaan. Biasanya akan memberi persalinan atau anugerah kepada orang-orang yang berkenaan.

Hakcipta Terpelihara © 2010 – Perpustakaan Negara Malaysia

Hakcipta Terpelihara © 2010 – Perpustakaan Negara Malaysia

Page 11: Katalog Pameran Hikayat Hang Tuah: Lagenda Pahlawan Melayu

Sebagai contoh, perutusan meminang ke Inderapu ra dan ke Majapahit, apabi la rombongan Patih Kerma Wijaya, Hang Tuah dan empat orang sahabatnya serta utusan dari Benua Keling yang diketuai oleh Raden Aria, Demang dan Jaksa Temandera Kanuruan berada di Majapah it :

"Setelah sudah Seri Betara berpesan kepada Patih Kerma Wijaya dan Tun Tuah itu, maka baginda pun memberi persalin akan mereka yang keenam itu, terlalu banyak anugerah itu, tetapi lebih juga akan Tun Tuah. Maka setelah sudah itu maka Seri Betara pun memberi anugerah akan Raden Aria dan Demang dan Rangga Bagung dan Jaksa Temandera Kanuruan."

(HHT. halaman 137)

Adat Menyembah Raja dan Bahasanya

Biasanya ia adalah gambaran terhadap para pembesa r, pegawa i kerajaan dan kadangkala juga oleh rakyat biasa untuk memberitahu sesuatu perkara atau masalah, agar raja mengetahui kedudukan sebenarnya. Bahasa yang digunakan ketika menghadap adalah berbeza dengan bahasa yang digunakan sehari-hari.

Sebagai contoh, apabila berada di ruang balai penghadapan raja maka seseorang itu perlu tunduk menyembah, langkah tiga atau tujuh kali kemudian menyembah dan seumpamanya, yang selaras dengan penggunaan komunikasi lisan kepada raja yang di hadapannya. Gambaran tersebut dapat diperhatikan dengan menggunakan ungkapan-ungkapan seperti 'Daulat Tuanku, patik yang hina, menjunjung dul i dan sebagainya.

"Maka sembah Laksamana, "Daulat tuanku, mohonkan amp un dan kurnia. Patik hendak bermohon ke bawah duli, kerana perjanjian patik dengan paduka anakanda tiga bulan juga pergi datang. Akan sekarang enam bulan sudah patik di Majapahit."

(HHT. halaman 310)

Ln C :J

'" >­:J '" f-(jj g'2 '" C I '" _ 3:

'" '" >--",..c -'" '" .- a.. I '" CC>

'" C ~ '" '" Cl E '" ",...J

a.. Cl o l'i '" '"

Hakcipta Terpelihara © 2010 – Perpustakaan Negara Malaysia

Hakcipta Terpelihara © 2010 – Perpustakaan Negara Malaysia

Page 12: Katalog Pameran Hikayat Hang Tuah: Lagenda Pahlawan Melayu

Adat Mengawal Keselamatan Raja, Para Pembesar atau Ketua

Sudah menjadi kebiasaan bahawa apabila para pembesar dan terutamanya seseorang raja sedang mengadakan lawatan, bersiar-siar, tidur, berehat di sesebuah tempat maka kawalan ketat akan dilakukan bagi menjamin keselamatan mereka.

"Maka orang minum pun sudahlah. Maka ratu Melayu pun masuklah beradu pada tempatnya. Maka Patih Kerma Wijaya dan Adipati Palembang dan Tun Tuah, Hang Jebat, Hang Kasturi, Hang Lekir, Hang Lekiu dan segala biduanda sekalian bertunggu pada tempat Melayu beradu itu."

(HHT. halaman 77-72)

Keadaan hampir serupa juga berlaku sewaktu raja Melaka yang diiringi oleh para pembesar, pegawai dan hulubalang tiba di Majapahit.

"Arakian maka baginda pun naiklah ke atas gajah kenaikan itu. Maka Tun Tuah dan Hang Jebat, Hang Kasturi, Hang Lekir, Hang Lekiu pun memakai keris panjang berpendua dan kelimanya orang itu tiada jauh daripada gajah baginda itu. Maka segala biduanda empat puluh itu pun semuanya memakai keris panjang berpendua berjalan dahulu. Maka Patih Kerma Wijaya dan segala hulubalang naik gajah dan kuda sekalian di hadapan raja. Setelah sudah maka payung iram kuning pun terkembanglah dan cogan alamat yang bermalaikan emas itu pun terdirilah. Maka berbunyilah gendang arak-arakan dan nobat dan nafiri, madili, merangu empat puluh bagai itu pun berbunyilah. Maka raja pun berangkatlah diiringkan oleh segala raja-raja dan ceteria, perdana menteri, kasteria, sida-sida, hulubalang dan segala pegawai dan pertuanan dan segala rakyat isi negeri Majapahit itu pun sekalian mengiringkan, penuh sesak dengan jalan raya."

(HHT. halaman 749-750)

Adat Perkahwinan

Melalui adat perkahwinan juga terdapat cara yang memang telah diamalkan sejak dahulu lagi. Apabila di kalangan raja mengadakan majlis perkahwinan maka dimestikan seseorang pengantin itu dihiasi pakaian yang indah-indah.

Umpamanya, perkahwinan antara Tuan Puteri Kemala Ratna Pelinggam dengan

Hakcipta Terpelihara © 2010 – Perpustakaan Negara Malaysia

Hakcipta Terpelihara © 2010 – Perpustakaan Negara Malaysia

Page 13: Katalog Pameran Hikayat Hang Tuah: Lagenda Pahlawan Melayu

Sang Perta Dewa, secara ringkas digambarkan oleh pengarang:

"Setelah sudah, maka Tuan Puteri Kemala Pelinggam pun dihiasi oranglah dengan segala pakaian yang indah-indah dari keinderaan. Setelah sudah berhias, maka Sang Perta Dewa pun dikahwinkan oranglah dengan tuan puteri seperti adat raja-raja yang besar-besar berkahwin."

(HHT. halaman 5)

Gambaran yang sama juga dilakukan pada masa upacara perkahwinan antara raja Melaka dengan Raden Emas Ayu di Majapahit.

"Setelah sudah maka raja Melaka dan Raden Emas Ayu pun dihiasi oranglah dengan segala pakaian kerajaan yang indah-indah. Setelah sudah berhias maka dinaikkan di atas peterana yang bertatahkan ratna mutu manikam, lalu diarak oranglah berkeliling pancapersada itu; tiada kali naik ke atasnya pancapersada itu. Maka raja Melaka dan Raden Emas Ayu pun dilangiri oranglah oleh segala raja-raja yang tua. Maka bunyi-bunyian pun dipalu oranglah terlalu gempita bunyinya. Maka segala raja-raja itu pun berlontar-Iontar mutia dan permata dan sembur-semburan air mawar daripada mulut naga itu seperti hujan yang lebat turun di lang it; demikianlah. Maka segala raja-raja itu pun bersoraklah terlalu gempita bunyinya."

(HHT. halaman 176-177)

Adat Menyambut Tetamu

Bangsa Melayu sangat mengutamakan tetamu-tetamu. Tetamu selalunya disambut dengan baik dan diberi layanan yang agak istimewa. Adat menyambut tetamu ini banyak dipaparkan dalam HHT. Umpamanya, ketika Sang Agung Tuban menyambut kedatangan Patih Kerma Wijaya ke istananya.

"Maka Sang Agung Tuhan pun keluar mengalu-alukan Patih Kerma Wijaya dengan segala orangnya yang kaya-kaya di tanah Tuban. Setelah bertemu dengan Patih, maka ia berpeluk bercium dengan Sang Agung Tuban itu. Maka dibawanya ke

Hakcipta Terpelihara © 2010 – Perpustakaan Negara Malaysia

Hakcipta Terpelihara © 2010 – Perpustakaan Negara Malaysia

Page 14: Katalog Pameran Hikayat Hang Tuah: Lagenda Pahlawan Melayu

dalam lalu ke peseban, didudukkan di atas peterana yang keemasan, dipermulianya dengan serba kemuliaannya, diperjamunya makan minum dengan sepertinya."

(HHT. halaman 57)

Demikian juga ketika Hang Tuah berada di Inderapura, inangda bersiap-siap untuk menyambut kedatangan Tun Teja dan Hang Tuah ke rumahnya.

"Maka inangda pun menghias rumahnya mengenakan tirai kelambu dan langit-Iangit berpakankan emas yang berumbai-umbaikan mutiara dan dibubuhnya hamparan daripada j.y.y.m dan dibubuhnya di atas hamparan itu suatu peterana yang keemasan dan bertatah ratna mutu manikam berumbai-umbaikan mutiara."

(HHT. halaman 236)

Adat Menyambut Utusan atau Pembesar

Raja, pembesar dan utusan ataupun bingkisan yang datang dari negara luar akan disambut dengan penuh adat istiadat negara. Misalnya ketika menyambut kedatangan raja muda, Sang Jaya Nantaka,

"Setelah sampailah orang menyambut itu maka Sang Jaya Nantaka pun memakailah pakaian takhta kerajaan yang dilengkapi oleh ayahanda baginda di Bukit Siguntang itu. Setelah sudah memakai maka baginda pun berjalanlah diiringkan oleh bendahara dan temenggung. Setelah sampai ke pantai maka bag in do pun naik gajah kenaikan baginda, di kepala an ok Bendahara Tun Mat, dibuntutnya anak temenggung. Maka payung berapit dan terkembanglah. Maka bendahara pun naik gajah berjalan dahulu; temenggung naik kudo berjalan di belakang; segala pegawai oleh pertuanan sekalian mengiringkan; Tun Tuah dan Hang Jebat dan segala biduanda berjalan di hadapan kenaikan baginda.

(HHT. halaman 78)

Hakcipta Terpelihara © 2010 – Perpustakaan Negara Malaysia

Hakcipta Terpelihara © 2010 – Perpustakaan Negara Malaysia

Page 15: Katalog Pameran Hikayat Hang Tuah: Lagenda Pahlawan Melayu

Adat Menyambut Surat atau Bingkisan

Adat menyambut dan membawa surat atau bingkisan dari negara luar diadakan dengan penuh adat istiadat. Sebagai contoh, adat menyambut dan membawa surat dari Betara Majapahit digambarkan seperti berikut:

"Hai Tuah datang/ah engkau?" Maka sembah Tun Tuah, "Dau/at Tuanku Syah A/am, datang patik seka/ian ini dengan sempurnanya dan empat orang pegawai besar-besar datang mengiringkan surat paduka betara." Serta baginda mendengar sembah Tun Tuah demikian itu, makatitah baginda, "Ayuh mamak bendahara, segera/ah ber/engkap menyambut surat itu."

"Maka bendahara pun menyembah , /a/u ke/uar duduk di ba/ai gendang mengerahkan sega/a pegawai dan pertuanan ber/engkap masing pada ketumbukannya. Maka masing dengan senjatanya, dan gajah kuda akan tempat surat itu pun dihiasi orang/ah. Sete/ah sudah /engkap,maka dinaikkan/ah ke atas gajah. Maka payung kerajaan empat pu/uh itu pun terkembang/ah. Maka sega/a bunyi-bunyian pun dipa/u orang/ah /a/u berja/an masuk ke da/am kota ter/a/u ramai, sega/a orang Me/aka mengiringkan surat dan bingkis itu. Sete/ah datang ke ba/airung maka surat dan bingkis itu pun disambut orang/ah dari atas gajah itu. Maka titah baginda kepada Tun Tuah, "Sambut surat itu." Maka surat itu pun disambut o/eh Tun Tuah dengan hormatnya dan sega/a pegawai pun turun ke tanah berdiri. Maka surat itu pun dibawa ke hadapan baginda. Maka surat itu pun dibaca orang/ah di hadapan raja; ter/a/u baik bunyi rencananya. Maka raja pun ter/a/u sukacita mendengar bunyi da/am surat itu."

Hakcipta Terpelihara © 2010 – Perpustakaan Negara Malaysia

Hakcipta Terpelihara © 2010 – Perpustakaan Negara Malaysia

Page 16: Katalog Pameran Hikayat Hang Tuah: Lagenda Pahlawan Melayu

Hang Tuah dan Ilmu Menuntut ilmu dengan Syeikh

Semasa bersembunyi di sebuah dusun di Hulu Melaka, Hang Tuah telah belajar agama dari Syeikh Mansur. Beliau telah menerima mastul (azimat dari syeikh tersebut

"Maka pada dusun itu ada seorang Syeikh Mansur namanya, tempat segala orang hulu Melaka itu berguru. Maka laksamana pun memakai serba hitam berbaju hayat dan memakai cindai pada bahunya dan pisau yang dianugerahkan oleh Betara Majapahit berhulukan cula bersarung emas yang berpermata manikam dan intan puspa itu dipakainya. Maka ia pun pergilah pada tempat syeikh itu."

(HHT. halaman 352-353)

Menuntut ilmu dengan Aria Putera

Keghairahan Hang Tuah kepada ilmu terus dipaparkan oleh pengarang dengan menggambarkan sikap Hang Tuah yang ingin berguru kepada Aria Putera, seorang pertapa. Semasa usianya sepuluh tahun, dia telah berguru kepada tokoh ini, dan In! menggambarkan bahawa Hang Tuah mencapai kematangan lebih awal daripada usianya.

Padahal pada ketika itu, kanak-kanak sebaya dengannya masih gemar bermain-main tanpa tujuan.

"Maka Hang Tuah, Hang Jebat, Hang Kasturi, Hang Lekir, Hang Lekiu pun diajarnyalah oleh Aria Putera, bagai-bagai ilmu isyarat hulubalang dan firasat dan ilmu penjurit, tetapi lebih juga Hang Tuah diajarnya barang ilmu dan isyarat. Setelah sudah, maka Aria Putera pun berpesan pada Hang Tuah, "Hai cucuku, jika engkau pergi ke Majapahit kelak, jangan tidak engkau berguru pada saudaraku bernama Sang Persata Nala itu, terlalu banyak tahunya daripada aku. 10 menjadi ajar-ajar, tiada ia merasai dunia. Bermula aku pun belajar padanya sedikit banyak."

(HHT. halaman 31-32)

Hakcipta Terpelihara © 2010 – Perpustakaan Negara Malaysia

Hakcipta Terpelihara © 2010 – Perpustakaan Negara Malaysia

Page 17: Katalog Pameran Hikayat Hang Tuah: Lagenda Pahlawan Melayu

Diberi kuasa hikmat

Hang Tuah mempunyai ilmu-ilmu kebatinan seperti kebal iaitu tiada lut ditikam sebarang senjata termasuklah bedilan peluru meriam Feringgi. Ini jelas memperlihatkan keperwiraan Hang Tuah.

"Setelah sudah katanya demikian, maka Petala Bumi pun menjadikan dirinya seekor anjing terlalu besar dengan hebatnya. Maka anjing itu pun berjalan masuk ke balairung mendapatkan laksamana. Maka tatkala itu laksamana pun sudah hadir memegang keris panjangnya sudah terhunus. Apabila dilihat oleh laksamana anjing itu datang, maka laksamana pun segera melompat lalu diparangnya; anjing itu berteriak lalu terjun lari. Maka segera diu sir oleh laksamana. Akan anjing itu pun menjadikan dirinya harimau, lalu diusirnya akan laksamana. Maka laksamana pun berdiri menantikan harimau itu. Maka harimau itu pun datanglah ke hadapan laksamana dengan suaranya terlalu hebat hendak menerkam akan laksamana itu. Maka laksamana pun melompat, diparangnya harimau itu. Maka ia pun melompat; salah parang laksamana itu. Maka laksamana pun menjadikan dirinya seekor harimau pula, lalu bertangkap keduanya terlalu gempita bunyinya. Maka dilihat oleh Barit Ketika harimau itu bertangkap, maka tewas Petala Bumi oleh laksamana. Maka Petala Bumi pun menjadikan dirinya raksasa, mulutnya ternganga-nganga dan matanya bernyala-nyala seperti api, lalu diusirnya akan laksamana, seperti ribut datangnya. Maka laksamana pun menjadikan dirinya yang sedia, lalu menghunus keris panjangnya, lalu diparangnya; maka kena kepala Petala Bumi, belah dua."

(HHT. halaman 334)

Menguasai pelbagai bahasa

Hang Tuah ialah anak luar biasa dan sejak keeil lagi beliau telah belajar mengaji dengan seorang lebai dan belajar bahasa Jawa, Keling, (ina, Siam dan Arab. Hang Tuah dikatakan boleh menguasai 12 jenis bahasa.

'Telah berapa lamanya Hang Tuah mengaji Quran, maka pengajian itu pun tamatlah. Maka Hang Tuah mengaji nahu pula. Telah sudah tamat pengajiannya, maka ia berkata kepada bapanya, "Ayuh bapaku, pada bicara hamba, hendak mengaji pada lebai Keling pula, supaya hamba tahu pula bahasanya." Maka kata Hang Mahmud, " Benarlah seperti bicara anakku itu." Maka Hang Tuah pun

Hakcipta Terpelihara © 2010 – Perpustakaan Negara Malaysia

Hakcipta Terpelihara © 2010 – Perpustakaan Negara Malaysia

Page 18: Katalog Pameran Hikayat Hang Tuah: Lagenda Pahlawan Melayu

ru ,..

berkata pada bapanya hendak mengaji pada lebai Siam pula supaya diketahuilah akan bahasanya. Setelah sudah diketahuinya akan bahasa Siam itu maka Hang Tuah pun mengaji pula pada seorang lebai Cina. Dengan tiada berapa lamanya maka ia pun tamatlah mengaji bahasa Cina itu; maka habislah diketahuinya bahasa Cina itu. Maka Hang Tuah pun mengaji pula pada lebai Jawa hendak diketahuinya akan bahasa Jawa itu. Kalakian, setelah habislah rata diketahuinya duo belas bahasa itu, maka Hang Tuah pun pulanglah ke rumahnya bersama-sama dengan ibu bapanya mencari makan sehari-hari."

(HHT. halaman 23)

Keris Majapahit (Sandang) Berlok tujuh Hulu anak ayam teleng Wrangka bersalut perak Sampir dan hulu diperbuat daripada gading

Sumber: Koleksi Silam Bara Antik

Hakcipta Terpelihara © 2010 – Perpustakaan Negara Malaysia

Hakcipta Terpelihara © 2010 – Perpustakaan Negara Malaysia

Page 19: Katalog Pameran Hikayat Hang Tuah: Lagenda Pahlawan Melayu

Keperwiraan Hang Tuah

Semasa Kecil

Kegagahan, keberanian dan kehandalan Hang Tuah telah terserlah sejak beliau keeil lagi. lanya terbukti apabila beliau berjaya membunuh seorang pengamuk, menyelamatkan nyawa Bendahara Paduka Raja ketika berumur 10 tahun.

''Apabila Hang Tuah mendengar kata ibunya, maka Hang Tuah berbangkit berdiri serta memegang hulu kapaknya menantikan am uk orang itu. Maka orang mengamuk itu pun datanglah ke hadapan Hang Tuah serta ditikamnya dada Hang Tuah. Maka Hang Tuah pun melompat menyalahkan tikam orang itu; maka salah tikamnya itu. Maka Hang Tuah pun melompat, maka diparangnya kepala orang mengamuk itu dengan kapok, keno, belah duo; maka lalu larilah. Maka orang mengamuk itu pun rebahlah lalu mati. Maka segala orang banyak itu semuanya hairan melihat akan laku Hang Tuah membunuh orang mengamuk itu dengan kapok. Maka kata orang banyak itu, "Kita lihat pun hairan, budak sepuluh tahun umurnya dapat mengembari orang mengamuk dengan kapok juga."Kata seorang lagi, "Sungguhnya budak inilah akan menjadi hulubalang besar pada tanah Melayu inC'

(HHT. halaman 35)

Melawan Pahlawan Jawa dari Majapahit

Semasa berlangsungnya majlis perkahwinan antara raja Melaka dan Raden Mas Ayu, Patih Gajah Mada telah menyuruh seorang penjurit meneabar Hang Tuah bermain senjata dan meneuri peluang untuk membunuh Hang Tuah. Walau bagaimanapun, Hang Tuah akhirnya dapat mengalahkan penjurit itu.

"Hoi pelenter pencuri! Akulah yang bernama Tun Tuah hulubalang raja Melaka; dan aku datang ini hendak membunuh engkau. Aku dititahkan Seri Betara kerana engkau sangat pencuri di dalam negeri Majapahit ini." Setelah penjurit

Hakcipta Terpelihara © 2010 – Perpustakaan Negara Malaysia

Hakcipta Terpelihara © 2010 – Perpustakaan Negara Malaysia

Page 20: Katalog Pameran Hikayat Hang Tuah: Lagenda Pahlawan Melayu

itu mendengar kata Tun Tuah demikian itu, maka ia pun terlalu marah, seperti api bernyala-nyala mukanya, serta dikisarnya tombaknya lalu ditikamnya kepada dada Tun Tuah. Tun Tuah pun segera melompat serta dihunus keris panjangnya lalu diparangnya mata tombak itu lalu putus. Penjurit itu pun segera menghunus kerisnya lalu ditikamnya pada dadanya Tun Tuah. Maka Tun Tuha segera melompat menyalahkan tikam penjurit itu sambil

itu menyarungkan keris panjangnya. Maka kata Tun Tuah, "Sayangnya aku tatkala pekerjaan tuanku ini belum selesai;jika tiada, sekarangjuga engkau kubunuh."

(HHT. halaman 767)

Melawan perwira Jepun

Dalam melaksanakan tanggungjawabnya sebagai pahlawan Melaka, Hang Tuah banyak mengembara kerana mengerjakan perintah raja. Salah satu negara tersebut ialah Siam. Semasa di Siam, keperwiraan Hang Tuah telah dicabar oleh tujuh orang pendekar Jepun untuk berlawan pedang di hadapan raja Siam. Hang Tuah berjaya menewaskan lima orang daripadanya manakala dua orang lagi telah melarikan diri.

"Seketika lagi maka Jepun itu pun keluar, lalu ia mengamuk di tengah pesara itu. Maka laksamana pun lalu menyinsing kainnya lalu keluar dengan segala orangnyo"' mendapatkan Jepun itu. Maka dilihat oleh Jepun itu laksamana datang; maka diparangnya akan laksamana. Maka disalah oleh laksamana; laksamana pun lalu diparangnya, kena lehernya, putus terpelanting. Maka datang pula hendak memarang laksamana, itu pun mati dibunuh oleh laksamana. Dengan demikian Jepun itu pun mati lima orang; temannya yang dua itu pun larilah."

(HHT. halaman 473-474)

Kepentingan raja diutamakan (Menyelamat mahkota Raja Melaka jatuh ke dalam laut)

Watak Hang Tuah sebagai wira ternyata apabila beliau dengan berani menawarkan diri untuk mendapatkan mahkota tersebut walaupun air laut di situ terdapat banyak buaya.

"Maka laksamana pun menyembah baginda lalu terjun turun ke dalam atr ItU menyelam. Maka ia diraba oleh laksamana mahkota itu, bertemu; maka

Hakcipta Terpelihara © 2010 – Perpustakaan Negara Malaysia

Hakcipta Terpelihara © 2010 – Perpustakaan Negara Malaysia

Page 21: Katalog Pameran Hikayat Hang Tuah: Lagenda Pahlawan Melayu

dipegangnya lalu ia bawa timbul. Apabila hampir ke perahu, maka datang ekor buaya putih, matanya bernyala-nya/a. Maka disambarnya oleh buaya keris pada tangan laksamana itu, dapat oleh buaya itu. Maka laksamana pun terkejut. Maka mahkota pada tangannya itu pun terlepas jatuh ke dalam air itu pula."

(HHT. halaman 576)

Keris Majapahit (Sandang) Berlok tujuh Hulu anak ayam teleng Hulu dan sampir diperbuat daripada kayu Pamor di tengah-tengah keris

Sumber: Koleksi Silam 8ara Antik

Ln ,..

Hakcipta Terpelihara © 2010 – Perpustakaan Negara Malaysia

Hakcipta Terpelihara © 2010 – Perpustakaan Negara Malaysia

Page 22: Katalog Pameran Hikayat Hang Tuah: Lagenda Pahlawan Melayu

tD ,...

Pengembaraan ke Benua Keling

Raja Melaka telah menghantar Hang Tuah mengetuai rombongan ke Benua Keling kerana Hang Tuah boleh berbahasa Keling. Tujuan penghantaran Hang Tuah ke

Benua Keling adalah bermaksudkan politik iaitu untuk merapatkan hubungan antara kedua buah negara. Ini j elas da lam surat yang diutuskan oleh raja Melaka kepada raja Benua Keling.

"Salam doa kakanda Seri Sultan Melaka datang kepada adinda Seri Sultan Benua Keling yang empunya kerajaan negeri Bijaya Nagaram yang amat masyhur ke bawah angin.

Kemudian daripada itu, kurnia kakanda menyuruhkan laksamana dan maharaja setia menghadap ke hadirat paduka adinda, kerana kakanda terlalu rindu dan den dam hendak mendengarkan kalam yang muazam daripada adinda. Syahadan pada bicara kakanda, antara Melaka dan Benua Keling itu hendaklah dihampirkan, janganlah lagi helat dalamnya."

(HHT. halaman 47 7)

Pengembaraan ke Benua China

Pengembaraan Hang Tuah ke Benua China bukanlah atas t itah perintah raja atau ingin melaksanakan tugas

raja Melaka. Hang Tuah telah dipilih mengetuai rombongan ke China oleh raja Benua Keling sebab beliau amat mempercayai kebolehan Hang Tuah. Pengembaraan itu adalah bertujuan politik kerana raja Benua Keling hendak memperteguhkan lagi hubungannya dengan raja Benua China sebuah kerajaan yang besar ketika itu.

"Maka titah Kisna Rayan, "Hai laksamana, dapatkah kita suruhkan ke Benua China itu?" Maka sembah laksamana, "Oaulat tuanku, mengapa tah maka patik tiada dapat dititahkan ke Benua China itu? Jika ke Benua Rom pun dapat, kerana pekerjaan Ouli Syah Alam itu pekerjaan paduka kakanda Sultan di Melaka; patik hamba ke bawah duli paduka kakanda."

(HHT. halaman 434)

Hakcipta Terpelihara © 2010 – Perpustakaan Negara Malaysia

Hakcipta Terpelihara © 2010 – Perpustakaan Negara Malaysia

Page 23: Katalog Pameran Hikayat Hang Tuah: Lagenda Pahlawan Melayu

Pengembaraan ke Siam

Melaka juga turut menjalinkan hubungan diplomatik dengan negara Siam yang juga dianggap negara yang besar. Hang Tuah telah diutus oleh raja Melaka untuk membeli gajah sempena pertabalan Raden Bajau di Bukit Siguntang. Meskipun Melaka dan Siam saling bermusuhan, tetapi demi kepentingan ekonom i, Melaka dan Siam tetap menjalinkan hubungan diplomatik.

"Hai mamak Bendahara, akan sekarang kita hendak mengutus ke Benua Siam, minta beli gajah pada raja barang empat ekor yang jan tan, dua ekor betina. Siapa baik kita suruhkan?" Maka sembah bendahara, "Oaulat Tuanku Syah Alam, patik mohonkan ampun dan kurnia; jikalau lain daripada laksamana adalah lambat pergi datang." Maka raja pun memandang kepada laksamana, laksamana pun menyembah, "Oaulat tuanku, patiklah ke Benua Siam itu."

(HHT. halaman 469)

Pengembaraan ke Rom

Melaka menjalinkan perhubungan diplomatik dengan negara Rom apabila Hang Tuah diutus ke Rom untuk membeli kelengkapan perang iaitu bedil bagi mempertahankan Melaka daripada ancaman-ancaman musuh. Hang Tuah juga turut membawa barang-barang dagangan untuk diniagakan. Penghormatan yang diberi

oleh Raja Rom untuk menemuinya sendiri sebagai suatu penghormatan dari negara-negara besar kepada negara seperti Melaka.

"Maka titah baginda, "Hai bendahara dan laksamana, apa bicara kita, kerana kita hendak mengutus ke Benua Rom hendak beli bedil meriam itu, kerana anak kita yang laki-Iaki itu habislah sudah masing-masing dengan negerinya? Oi Melaka ini kita hendak rajakan anak kita yang perempuan, Puteri Gunung Ledang itu, akan ganti kita, kerana kita sudah tualah. Kita hendak bersetia berbuat amal sementara akan mati. Sebab inilah maka kita hendak mencari senjata yang besar-besar. Pada bicara kita, kita hendaklah kotai dengan bedillah negeri Melaka in i, kerana anak kita perempuan."

(HHT. halaman 529)

n.. .,....

Hakcipta Terpelihara © 2010 – Perpustakaan Negara Malaysia

Hakcipta Terpelihara © 2010 – Perpustakaan Negara Malaysia

Page 24: Katalog Pameran Hikayat Hang Tuah: Lagenda Pahlawan Melayu

CD T"'"

Pengembaraan ke Judah (Jeddah)

Oi dalam perjalanan ke Turki, Hang Tuah sempat singgah di Judah (Jeddah) untuk bertemu Malik R.s.t.1 dan melawat kubur Siti Hawa.

"Maka kelihatanlah alamat negeri Judah itu. Maka kata laksamana, "Hai mualim, apa nama negeri ini?" Maka kata mualim, "Inilah negeri Judah namanya, pangkalan Makkah. Tempat Siti Hawa; negeri Judah inilah kuburnya. Bermula segala orang naik haji pun naik berjalan di Judah inilah pergi ke Makkah." Setelah laksamana mendengar kata mualim itu demikian, maka kata laksamana, "Berapa hari jauhnya berjalan dari Judah ini maka sampai ke Makkah itu?" Maka kata 1\

mualim, "Ada dua malam perjalanan jauhnya." Maka kata laksamana pada jurumudi itu, "Beloklah Mendam Berahi ini; hamba hendak singgah mengunjung I kubur Siti Hawa itu mengambil berkatnya." ~

(HHT. halaman 533-534)

Pengembaraan ke Makkah

Semasa dalam perjalanan ke Turki, Hang Tuah dan Maharaja Setia sempat menunaikan ibadah haji di Makkah bersama Sharif Ahmad, Raja negeri Makkah.

"Setelah sudah maka datanglah pada sembilannya hari bulan Zulhijah. Maka berhimpunlah berjalan sekalian orang Makkah itu pergi dengan Sharif Ahmad itu masing-masing dengan takhta kebesarannya, beberapa ratus tunggul panji-panji daripada sakhlat dewangga, baldu dan kimka berkibaran seperti kota cemara, pergi haji ke Bukit Arafah. Maka laksamana dan maharaja setia pun pergilah bersama-sama dengan orang Makkah sekalian itu mengerjakan seperti rukun haji itu. Setelah sudah habislah dikerjakannya, lalu turun ke Mina pula melontar batu yang bernama Jamratul-akabah dan Jamratul-wusta dan Jamratul-ula itu. Setelah sudah, lalu mengorban. Maka laksamana dan maharaja setia pun bercukur. Maka habislah rata seperti syarat perintah haji dan ziarah dan haji umrah semuanya dikerjakannya. Maka laksamana dan maharaja setia pun kembalilah ke Makkah dengan sekalian orang banyak itu lalu ziarah pula pada makam Ibrahim. Maka sampailah pada sepuluh hari bulan; tirai kaabahtullah pun disalin oranglah. Maka laksamana pun membelilah tirai itu barang sedapatnya. Setelah keesokan harinya maka laksamana pun masuklah ke dalam kaabahtullah sembahyang lalu mencium batu yang bernama Hajarulaswad. Setelah sudah lalu keluar bersama-sama dengan orang banyak lalu tawaf pula ia akan tawaf rukun. Telah selesailah habis dikerjakannya maka laksamana dan maharaja setia pun mengambil air pada telaga zamzam itu lalu berjalan ke Madinah bersama-sama dengan kafilah yang banyak itu."

(HHT. halaman 539-540)

l J

Hakcipta Terpelihara © 2010 – Perpustakaan Negara Malaysia

Hakcipta Terpelihara © 2010 – Perpustakaan Negara Malaysia

Page 25: Katalog Pameran Hikayat Hang Tuah: Lagenda Pahlawan Melayu

Kesetiaan Hang Tuah Pertikaman dengan Hang Jebat

Hang Tuah sanggup membunuh Hang Jebat, sahabat karibnya semenjak keeil yang dikatakan telah menderhaka meskipun penderhakaan yang dilakukan oleh Hang Jebat adalah sebagai membalas dendam terhadap tindakan raja Melaka yang zalim kerana menghukum Hang Tuah tanpa usul periksa.

"Maka dilihatnya oleh laksamana Hang Jebat membuka pintu istana itu, maka laksamana pun menyingsing tangan bajunya. Maka kata laksamana, "Cih, Si Jebat derhaka! Mari engkau olehkuf" Maka Hang Jebat pun segera menutup pintu istana itu, seraya berkata, "Siapa engkau yang datang hendak bertikam dengan aku itu dan siapa namamu1" Maka kata laksamana, "Hai Si Jebat derhaka takutkah engkau akan aku bertanya? Akulah laksamana, baharu datang dari berguru di hulu Melaka." Maka sahut Jebat "Hai laksamana, bahawa aku tiada takut akan engkau. Kudengar engkau sudah dibunuh oleh bendahara; sebab itulah maka aku hairan." Maka kata laksamana, "Akulah Hang Tuah dititahkan Ouli Yang Oipertuan membunuh engkau, kerana aku tiada mati; aku ditaruh oleh bendahara di hulu Melaka."

"Setelah Hang Jebat mendengar kata laksamana demikian, maka ia pun hairan, seraya berkata, "Hai orang kaya laksamana, keranamulah maka aku berbuat pekerjaan ini. Pada bicaraku, engkau tiada dalam dunia ini lagi. Jika aku tahu akan engkau ada hidup, demi Allah dan Rasul-Nya, tiada aku berbuat pekerjaan ini." Maka kata laksamana, "Hai Si Jebat, menyesalkah engkau 1" Maka kata Hang Jebat, "Hoi laksamana, sekali-kali tiada aku menyesal dan takut akan mati, tetapi aku sudah tahu akan kematianku ini pada tanganmu, di mana dapat kusalahi lagi? Tetapi tuan hamba lihatlah tikam Si Jebat derhaka ini, empat puluh hari orang Melaka membuangkan bangkai dalam negeri Melaka ini dan tiada menderita bau busuk bangkai. Sepala-pala jahat jangan kepalang; kuperbuat sungguh-sungguh."

(HHT. halaman 382)

(jj .,...

Hakcipta Terpelihara © 2010 – Perpustakaan Negara Malaysia

Hakcipta Terpelihara © 2010 – Perpustakaan Negara Malaysia

Page 26: Katalog Pameran Hikayat Hang Tuah: Lagenda Pahlawan Melayu

Cl ru

Meminang Tun Teja

Kesetiaan Hang Tuah tidak pernah luput terhadap raja Melaka. Untuk mendapatkan semula kepercayaan sultan kepadanya, Hang Tuah telah mengetahui betapa pentingnya Tun Teja terhadap dirinya dan terhadap raja Melaka. Oleh itu, Tun Teja telah dipergunakan oleh Hang Tuah sebagai tebusan dan dipersembahkan kepada raja Melaka. Raja Melaka amat gembira dan menyedari akan kesetiaan Hang Tuah.

"Setelah raja mendengar sembah Tun Tuah demikian itu, maka raja pun memandang pada Tun Ratna Diraja dan Tun Bija Sura. Maka Tun Ratna Diraja dan Tun Bija sura pun bangkit daripada tempatnya duduk itu lalu datang ke bawah peterana itu; maka oleh Tun Ratna Diraja segala hal-ehwalnya Tun Tuah melarikan Tun Teja itu pun peri laksamana dan Seri Mahajraja Lela dititahkan oleh raja Inderapura mengikut Hang Tuah itu sekaliannya dipersembahkannya kepada baginda. Setelah raja mendengar sembah Tun Ratna Diraja itu maka titah baginda, "Tun Tejakah kaubawa itu?" Maka sembah Hang Tuah, "Daulat Tuanku Syah Alam, cermin yang am at bercahaya seperti jauhar ada patik bawa akan persembah patik ke bawah Duli Syah Alam, kerana patik derhaka tujuh bulan meninggalkan Duli SyahAlam. "

(HHT. halaman 249)

Melawan Feringgi (Portuguese>

Kesetiaan Hang Tuah terhadap raja Melaka ketika kedatangan Feringgi untuk menyerang Melaka jelas digambarkan apabila Hang Tuah sanggup melawan Feringgi walaupun dalam keadaan sakit.

"Maka titah baginda, "Kita terlalu terkejut hati kita mendengar kata laksamana sa kit. Akan sekarang apa bicara laksamana, ghali empat puluh buah datang akan menyerang Melaka ini?" Maka sembah laksamana, "Apatah bicara patik, melainkan patik mohonkan ke bawah Duli Yang Dipertuan mengeluari dia juga. Adapun yang nyawa patik ini patik persembahkan ke bawah Duli Yang Dipertuan. Jikalau ada seribu patik persembahkan ke bawah Duli Syah Alam."

(HHT. halaman 523)

Hakcipta Terpelihara © 2010 – Perpustakaan Negara Malaysia

Hakcipta Terpelihara © 2010 – Perpustakaan Negara Malaysia

Page 27: Katalog Pameran Hikayat Hang Tuah: Lagenda Pahlawan Melayu

Sanggup ditanam hidup-hidup

Hang Tuah ma:~ menunjukkan sikap taat setia yang t idak berbelah bagi walaupun usianya sudah tua. Beliau sanggup ditanam hidup-hidup semata-mata kerana raja Melaka ingin mengetahui keadaan orang se lepas mati di alam akhirat.

"Maka sembah laksamana, "Daulat tuanku, mana titah patik junjung, tetapi patik pohonkan kurn ia minta Duli Yang Dipertuan menghadapi sendiri tatkala patik akan ditanam itu. Tatkala patik gerakkon suatu tali ala mat itu, maka hendaklah Duli Syah Alam suruh orang segera gali bangat-bangat." Maka titah baginda, "Baiklah, mana kata laksamana itu kita ikut."

(HHT. halaman 582)

Menyelam ke dalam telaga tahi

Kesetiaan Hang Tuah kepada raja Melaka dan negaranya memang tidak dapat dinafikan lagi. Hang Tuah sa nggup melakukan apa sahaja sebagai tanda taat setia yang tidak berbelah bagi terhadap rajanya. (ontohnya, Hang Tuah sanggup menyelam ke dalam telaga tahi untuk mengeluarkan Kuda Tezi yang telah terjatuh ke dalamnya.

""Maka laksamana pun menyelam dalam telago tahi itu; dengan mudahnya juga kuda itu pun ditarik oranglah. Maka kuda itu pun lepaslah dari dalam telaga tahi itu."

(HHT. holaman 283)

Hakcipta Terpelihara © 2010 – Perpustakaan Negara Malaysia

Hakcipta Terpelihara © 2010 – Perpustakaan Negara Malaysia

Page 28: Katalog Pameran Hikayat Hang Tuah: Lagenda Pahlawan Melayu

ru ru

Senibina Pengenalan Senibina

Senibina dalam ketamadunan Melayu tidak dapat dipisahkan walaupun ianya tidaklah sehebat ataupun se-gah senibina yang terdapat daripada bangsa dan ketamadunan dunia lain. Tambahan pula, senibina ketamadunan lain seringkali di canang- canang serta diangkat-angkat akan kehebatannya sehingga mencapai penciptaan seni yang Maha Agung, menjadi simbol kepada keajaiban di dunia serta mencetus revolusi dalam bidang seni bina pada dunia masa kini .

Warisan senibina sangat penting dari aspek sejarah dan nilai ketamadunan sesuatu bangsa kerana melaluinya, kemajuan teknologi, ketinggian nilai seni serta corak budaya kehidupan sesuatu bangsa dapat digambarkan di dalam pemikiran serta diterjemahankan di dalam penulisan.

Di dalam ketamadunan Melayu, boleh dikatakan lahirnya reka bentuk senibina Melayu yang kini menjadi bahan bukti kepada keunikan dan kehebatan tentang ketamadunan kita bermula dari senireka bagi rumah-rumah penginapan masyarakat Melayu, senibina lanskap istana di zaman silam, pembinaan kapal-kapal, seni ukir kayu dan sebagainya yang menjadi titik tolak kepada perkembangan yang lebih hebat.

Senibina Di Zaman Hang Tuah

Keagungan Kesultanan Melayu Melaka sebagai sebuah kerajaan yang kuat d i Gugusan Kepulauan Melayu pada abad ke -15 dan awal abad ke -16 berserta kehebatan Laksamana Hang Tuah sebagai pahlawan di Melaka banyak di ceritakan di dalam Sejarah Melayu karya Tun Sri Lanang.

Selain kegemilangan Kesultanan Melayu Melaka dikaitkan sebagai sebuah kerajaan yang kuat, pusat perdagangan yang hebat dan pusat penyebaran agama yang mantap, Kesultanan Melayu Melaka juga gah dari segi seni binanya. Berdasarkan catatan lama di dalam kitab Sulalatus Salatin, terdapat dua senibina yang boleh dianggap sebagai senibina agung pada Kesultanan Melayu Melaka pada itu iaitu:

Istana Hawa Nafsu Kapal Mendam Berahi

Hakcipta Terpelihara © 2010 – Perpustakaan Negara Malaysia

Hakcipta Terpelihara © 2010 – Perpustakaan Negara Malaysia

Page 29: Katalog Pameran Hikayat Hang Tuah: Lagenda Pahlawan Melayu

Istana Kesultanan Melayu Melaka

Di dalam kitab Sulalatus Salatin (Sejarah Melayu) ada menerangkan dan memberi gambaran mengenai senibina istana diraja ini yang menjadi singgahsana Sultan Mansur Syah (1456-1477) semasa menjadi pemerintah Kerajaan Melaka. Berdasarkan penceritaan di dalam kitab tersebut yang ditulis oleh Tun Seri Lanang pada abad ke-17, istana ini digelar sebagai "Istana Hawa Nafsu" atau "Mah ligai Hawa Nafsu" oleh rakyat Melaka.

Melalui penulisannya, kita boleh membayangkan keindahan rupa bentuk istana diraja Kesu ltanan Melaka tersebut yang terdiri daripada beberapa komponen bangunan dan komponen hadapan istananya yang terd iri da ri tuj uh belas ruang, bentuk bumbung bertingkat-tingkat dan juga anjung gajah menyusur.

"Sekaliannya diukir dan bersangkuap. Pada anta ra pengkuap itu diperbuat berlalang bersagi, sekaliannya dicat dengan air emas. Terlalu indah pembuatan istana itu, sebuah pun istana raja di bawah angin in i tiada seperti d i zaman itu" (Sejarah Melayu).

"". tersebut sebuah istana yang besarnya 17 ruang, bersayap layang-Iayang beru ki r, d iukir jenang pintu itu dan em pat puluh banyak pintunya selain d icat dibubuh air emas ... " (Sejarah Melayu)

Istana ini juga merupakan sejarah awal dalam senibina Melayu yang menggunakan bahan-bahan dari China seperti penggunaan atap dari tembaga, timah disisipkan dan berd indingkan cermin berwarna dan cat air. Namun, dari sudut pembinaannya, ianya lengkap dibina oleh tukang-tukang tempatan. Senibina istana ini juga digambarkan menyerupai rumah adat Minangkabau dari jenis rumah Gadangsalayong Kudo Balari tetapi dari segi bentuk-bentuk asas senibina rumah Melayu sahaja. Namun demikian, dari sudut struktur bangunan istana, tukang - tukang kayu tempatan yang berkemahiran perlu pandai mengubah strukturnya supaya ianya lebih sesuai dengan fungsi Istana pada ketika itu yang bukan sa haja menjadi singgahsana raja untuk bersemayam semata-mata tetap i turut berperanan sebagai pusat kegiatan pentadbiran dan pemerintahan.

Hakcipta Terpelihara © 2010 – Perpustakaan Negara Malaysia

Hakcipta Terpelihara © 2010 – Perpustakaan Negara Malaysia

Page 30: Katalog Pameran Hikayat Hang Tuah: Lagenda Pahlawan Melayu

do ru e :>

'" '" :> '" r-v g'2 '" e

I '" ~ ;;: '" '" "'-"'.<::

-'" '" .- 0-

I '" eLl '" e ~ OJ OJ Ol E OJ ",--, 0-

Ol 0 "iii ro '"

Seni ukiran Melayu memainkan faktor penting di dalam pembinaan Istana di zaman Kesu ltana n Melaka kerana istana tersebut akan dihias dan dibina dengan kayu dan hiasan yang terbaik seperti yang tercatat di dalam Sejarah Melayu mengenai senibina "Mah ligai Hawa Nafsu" yang menjadi singgahsana Sultan Mansur Shah (1456-1477).

Oi dalam Hikayat Hang Tuah, turut dijelaskan mengenai kepentingan seni ukir yang te lah lama menetap dan bertapak di alam Melayu sehingga memberi kesan kepada perkembangannya setelah kedatangan Islam pada abad ke 14.

" .. .. maka Bendahara dan Temenggong pun membangunkan istana tujuh belas ruangan, maka diperbuatnya istananya bertingkat tujuh terlalu indah-indah, Hang Tuah berbuat dua tingkat, Hang Jebat, Hang Kasturi mengukir dua, dan Tun Mamat, Tun Lekiu dan Tun Lekir, Hang Kamari kerana orang tujuh itulah yang bijak mengukir. . . (Hikayat Hang Tuah)

" .. . sulur dan batangnya merah berukiran setangkai awan . .. " (Hikayat Hang Tuah)

Terdapat dua komponen yang cukup sinonim dengan cerita berkenaan Istana Mahl igai Hawa Nafsu tersebut iaitu:

Balairung Istana Melaka Singgahsana Oiraja

Balairung Istana Melaka

Sejarah senibina mengenai Balairung Istana Melaka dan segala keindahan tentang Istana Sultan Mansur Syah ini hanya tergambar melalui catatan di dalam Sejarah Melayu. Berdasarkan catatan sejarah ini, apabila raja Melaka menyuruh bendahara membina istana dan balairung, terdapat 13 struktur yang diberi penekanan terhadap binaan tersebut iaitu:

1. Istana Besar 8. Pemandian 2. Balairung 9. Balai Kendi 3. Balai Penghadapan 10. Bangsal Gajah 4. Penanggahan 11 . Masjid 5. 3 buah Istana Keci l 12. Pagar Istana 6. Balai Jawatan 13. Kota Awang. 7. Ba lai Apit

Hakcipta Terpelihara © 2010 – Perpustakaan Negara Malaysia

Hakcipta Terpelihara © 2010 – Perpustakaan Negara Malaysia

Page 31: Katalog Pameran Hikayat Hang Tuah: Lagenda Pahlawan Melayu

Di dalam Hikayat Hang Tuah ada menyebut tentang gambaran saiz dan keluasan kawasan Balairung Istana Melaka seperti petikan-petikan di bawah: "Syahdan gajahku yang bernama Syah Kertas yang gila makan minyak ini kurandungkan pada balairung raja Melaka yang tujuh belas ruang itu"

Pembahagian Balairung

Pembahagian balairung pula dibahagikan kepada beberapa peringkat dan kawasan-kawasan yang dikhursuskan samada bagi kedudukan pegawai-pegawai atau untuk meletak perkakasan diraja.

1) Seribalai

Selain daripada singgahsana tempat raja bersemayam, Seribalai merupakan kawasan utama bagi kedudukan para menteri dan para pembesar Melaka. Di kiri kanan seribalai ini dibina tempat duduk panjang yang diberi nama naga-naga. Kedudukan orang besar- besar Melaka di nag a-nag a adalah secara berhadapan dan beri ringan antara satu sama lain . Mereka akan mengambil tempat di tikar duduk masing-masing apabila ketibaan raja datang mengadap. Di bahagian tengah seri balai ialah tempat bagi segala aktiviti berkaitan dengan ha l ehwal kenegaraan, pentadbiran dan antarabangsa. Di bahagian belakang seri balai pula merupakan tempat duduk pegawai-pegawai lain yang turut diringi oleh beberapa hulubalang yang memikul pedang sambil berdiri hingga ke pintu besar istana.

"Orang besar-besar setara taraf duduk berseberangan atau bertimbalan .. Apabila raja dihadap orang maka segala menteri, orang-orang besar dan sida-sida naik duduk di tempat masing-masing yang di khaskan t ikar duduk masing-masing:'

"Adapun apabi la raja dihadap orang di balairung, maka Bendahara dan Penghulu Bendahari dan Temenggung, dan segala menteri dan orang besar-besar, segala sida-sida duduk di seri balai"

2) Kelek- Kelekan Balai

Merupakan tempat duduk anak-anak raja di kelek-kelekan kiri dan kanan. Kelek-kelekan yang wajar ialah di kiri dan kanan singgahsana. Ini kerana, tidak mung kin anak-anak raja dibelakangkan oleh para menteri dan pembesar. Mereka tentunya menghadap muka ke arah seri balai, dan merupakan pengapit raja yang bersemayam di atas singgahsana.

Di bahagian depannya, berhampiran singgahsana duduk bentara kiri dan kanan. Fungsi mereka adalah menyambut surat dari utusan, menyampaikan sembah atau utusan kepada raja. Di kelek-kelekan sebelah belakang berdiri pengipas raja .

" ... maka segala anak raja-raja itu duduk di kelek-kelekan balai kiri kanak ... "

Ln CU

Hakcipta Terpelihara © 2010 – Perpustakaan Negara Malaysia

Hakcipta Terpelihara © 2010 – Perpustakaan Negara Malaysia

Page 32: Katalog Pameran Hikayat Hang Tuah: Lagenda Pahlawan Melayu

4) Ketapakan balai

Berdasarkan kamus dewan, ketapakan balai ini boleh diistilahkan sebagai tempat kehormatan di balai penghadapan. Balai penghadapan pula merupakan balai sementara untuk menghadap raja dan di ibaratkan sebagai sebuah balai keeil sebelum balairung dan di sana berdiri hulubalang-hulubalang muda menjaga keselamatan para menteri dan pembesar yang berada di balairung. Jika di teliti dari sudut penjelmaan imej balairung dalam kotak fikiran manusia, ia dapat disimpulkan bahawa Singgahsana sebagai tajuk dan kepala, seri balai sebagai tubuh badan dan ketapakan kaki sebagai kaki dan tapak untuk para hulubalang muda berdri dan menapak di situ.

" ... hulubalang muda-muda berdiri di ketapakan balai memikul pedang ... "

5) Selasar balai

Bahagian ini merupakan bahagian yang menganjung keluar atau serambi balairung. Tempat ini sesuai bagi pegawai yang muda-muda yang sederhana atau rendah tarafnya juga sederhana pakaiannya. Selasar bali yang berhampiran dengan singgahsana diduduki oleh biduanda dan didahulu i oleh penghulu biduanda. Merekalah yang membawa alat perkakasan diraja seperti ketuk, kendi, kipas dan sebagainya. Kebanyakan biduanda ini merupakan budak lelaki belasan tahun.

" ... dan bagindalah yang menjadikan anak tuan-tuan biduanda kecil, dijadikan suruh-suruhan raja dan membawa segala alat raja dan barang sebagainya:'

" ... maka segala anak tuan-tuan yang bersahaja- sahaja duduk di selasar balai"

6) Tempat letak perkakasan raja

Perkakasan yang berkemungkinan diperlukan raja seperti ketur, kendi, kipas dan sebagainya tidak dibawa ke dalam balai tetapi diletak selang-selang di belakang kawasan singgahsana dan hanya di bawa kedepan jika raja memerlukannya. Bagi pedang kerajaan dan puan yang merupakan alat -alat kebesaran diraja yang penting dalam istiadat purba dan sebagai simbolik diraja diletakkan di kelek-kelekan. Sirih anugerah diraja memainkan peranan disini. Pedang kerajaan dipikul oleh laksamana bergilir-gilir dengan hulubalang besar di kelek-kelekan. Puan dikiri dan pedang di kanan raja.

"Adapun segala perkakas raja, seperti ketur dan kendi, kipas dan barang sebagainya diselang-selang duduknya, melainkan puan dan pedang di kelek-kelekan kiri dan kanan, pedang kerajaan itu laksamana atau Seri Bija Diraja (Hu'lubalang besar)memikul pedang itu"

Hakcipta Terpelihara © 2010 – Perpustakaan Negara Malaysia

Hakcipta Terpelihara © 2010 – Perpustakaan Negara Malaysia

Page 33: Katalog Pameran Hikayat Hang Tuah: Lagenda Pahlawan Melayu

Singgahsana Diraja

Singgahsana merupakan tempat bersemayam seorang Raja yang merupakan lam bang Takhta Kerajaan bagi sesebuah Negara. Gambaran dan ceri ta mengenai Singgahsana Oiraja Melaka ini ada di ceritakan di dalam Hikayat Hang Tuah dan kitab Sejarah Melayu karya Tun Sri Lanang.

Singgahsana

ambaran singgahsana Sultan Melaka yang menjadi tempat bersemayam beliau di Istana Hawa Nafsu adalah diibaratkan seperti sebuah Singgahsana yang mempunyai t ujuh tingkat yang dilambangkan sebagai tujuh petala bumi. Bentuk tapak singgahsana yang bercorak permata bersegi tujuh dengan tujuh penjuru. Tujuh t ingkat itu naik berperingkat-peringkat hingga sampai ke puncak singgahsana. Oi puncak singgahsana yang merupakan tempat raja bersemayam, ia berbentuk permata lima inci yang melambangkan lima tiang agama.

" ... maka Sultan Mansur Shah pun duduk diatas singgahsana kerajaan di atas peterana yang bertatahkan permata" (Sejarah Melayu)

Petarana

Petarana yang merupakan kerusi diraja yang berada tingkat ke tujuh singgahsana.

" ... ke atas peterana yang keemasan yang bertatahkan ratna mutu manikam berumbai-umbaikan mutiara" (Hikayat Hang Tuah)

Payung

Singgahsana tujuh tingkat yang dilambangkan sebagai tujuh petala bumi ini dipayungi oleh payung tujuh tingkat dan bagi setiap peringkat -peringkat tujuh lapis tersebut melambangkan tujuh petala langit. Warnanya putih dan membawa maksud cahaya agama (nur) sementara warna kuning yang melambangkan sinaran kedaulatan ini terdapat pada rumbai-rumbainya. Kedua-dua warna ini mewaklll warna kesultanan.Tujuh tingkat payung ini berkembang besar di bawah d,1Il rL semakin kecil apabila mendekati siling bum bung. ru Oi bahagian belakang singgahsana, didirikan payung iram atau dlk('f),,1\ 111"h''' 11I1 sebagai payung obor-obor; tujuh kaki di sebelah kiri dan tujuh k kl <Ii wlll' I,,1 11 "110111 Payung- payung ini disusun berdasarkan warna-warna d,\11 1111'111111<111 1 II ill kedudukan seseorang dalam adat istiadat diraja M I k,\ , IldYlliHI VIII II I 11 01111111 terdekat dengan singgahsana adalah yang paling tin gl 1.lIdlllYIl '.1 1'. 11\1111\ Wi ll 1101 payung-payung tersebut seperti yang dikisahkan ell d"I.1I1l kll.\ll '11'), 11 1\11 MI 'I,tVIl adalah:

Hakcipta Terpelihara © 2010 – Perpustakaan Negara Malaysia

Hakcipta Terpelihara © 2010 – Perpustakaan Negara Malaysia

Page 34: Katalog Pameran Hikayat Hang Tuah: Lagenda Pahlawan Melayu

aJ ru

Putih Kuning Ungu Merah Hijau Biru Hitam

"Bermula payung putih lebih daripada payung kuning, kerana payung putih itu tampak dari jauh, sebab itulah maka payung putih itu lebih daripada kuning, dan pakaian raja payung putih dan pakaian anak raja payung kuning"

" ... dan payung kuning itu payung anak raja-raja dan orang besar-besar, dan payung ungu dan merah dan hijau itu payung sida-sida dan bentara hulubalang sekalian. Adapun, payung biru dan hitam itu payung akan payung barang orang bergelar jua"

Kapal Mendam Berahi

Keh idupan Orang Melayu dan laut pada masa dahulu tidak dapat diasingkan kerana pada ketika itu, laut menjadi laluan dan sumber perhubungan terpenting bagi masyarakat Melayu dan penduduk seluruh dunia untuk melakukan aktiviti perdagangan, penggembaraan, pelayaran serta tempat kapal-kapal untuk berlabuh.

Kerajaan Melaka terkenal sebagai pusat perdagangan dengan kegiatan aktiviti berdagang disebabkan kedudukan geografinya yang strategik bagi laluan Timur dan Barat. Oleh itu, sudah pasti Kerajaan Melaka juga akan hebat dalam dunia pelayaran, senibina kapal dan pemilikan kapal-kapal dagang yang pada ketika itu menjadi pengangkutan utama bagi kebanyakan manusia. Ini sejajar dengan gelaran Melaka oleh pedagang Arab sebagai Malakat, tempat berhi mpunnya segala dagang seperti yang dibanggakan dalam sejarah ketamadunan Melayu.

Mengikut Hikayat Hang Tuah, terdapat sebuah kapal yang besar, mashyur dan hebat pada zaman Kesu ltanan Melayu Melaka bermula dari zaman pemerintahan Sultan Mansur Shah sehingga pemerintahan Sultan Mahmud Shah. Kapal itu diberi nama "Mendam Berahi': Mendam Berahi yang bertindak sebagai pengangkutan utama di laut merupakan kapal yang digunakan oleh para pembesar dan pemerintah negeri Melaka terutamanya Hang Tuah bagi melakukan pelayaran dan mengadakan hubungan luar dengan kerajaan lain.

"adapun panjangnya ghali itu pun enam puluh gaz dan bukanya enam depa"

"adapun yang sebuah ghali itu terlalu besar dengan perbuatannya terlalu indah-indah perbuatannya .. . "

Hakcipta Terpelihara © 2010 – Perpustakaan Negara Malaysia

Hakcipta Terpelihara © 2010 – Perpustakaan Negara Malaysia

Page 35: Katalog Pameran Hikayat Hang Tuah: Lagenda Pahlawan Melayu

Pembinaan Kapal Mendam Berahi

Berdasarkan Hikayat Hang Tuah, pembinaan kapal Mendam Berahi ini bermula apabila rombongan dari Melaka diiringi Patih Kerma Wijaya dan Laksamana Hang Tuah hendak berangkat ke Majapahit bagi urusan meminang puteri Betara Majapahit, Raden Galoh Cendera Kirana untuk Sultan Mansur Shah. Kapal Mendam Berahi ini mengambil masa selama 40 hari untuk disiapkan berdasarkan catatan bertulis tersebut.

" ... Adapun ghali itu hendak sudahkan dalam empat puluh hari mustaid dengan segal kelengkapan, dapat dibawa oleh Patih Kerma Wijaya dan Bentara Tun Tuah itu, kerana Duli Yang Dipertuan hendak segera" (m/s 109)

" ... Maka segala tukang itu pun bekerjalah, maka dibahagi oleh Bendahara paduka Raja akan Bentara Tun Tuah di haluan dan segala tukang sama tengah, bendahara di burit. Maka segala perbuatan ghali itu dindingnya dibubuh papan kambi, maka ditampalnya dengan baldu yang kuning dan merah yang hijau .. :' (m/s 109)

" ... maka ghali itu pun sudahlah, indah-indah perbuatannya. Maka kata bendahara, "Ya Bentara, apa baik kita namakan ghali ini kenaikan Duli Yang Dipertuan:' Maka sahutTuah, "Sahaya datuk mohonkan ampun; pada bicara sahaya datuk baiklah gali ini dinamakan Mendam Berahi" (m/s 110)

Peranan Mendam Berahi

Mengikut catatan yang tertulis di dalam Hikayat Hang Tuah, kapal Mendam Berahi memainkan peranan yang penting sebagai pengangkutan bagi para pembesar dan pemerintah Melaka dalam melakukan pelayaran serta mengadakan hubungan luar dan diplomatik dengan negeri-negeri la in seperti Benua Keling, Benua China, Benua Siam,Benua Rom, Majapahit dan sebagainya .

Para pembesar Melaka juga menggunakan Kapal Mendam Berahi untuk membawa surat, bingkisan dan utusan daripada raja Melaka kepada negeri-negeri yang menjalinkan hubungan diplomatik dengan Melaka serta negeri yang berada di bawah naungan dan jajahan Melaka.

Di dalam catatan ini juga dijelaskan yang kapal Mendam Berahi banyak sekali melakukan pelayaran pada zaman Kesultanan Melayu Melaka tidak kiralah untuk pelbagai tujuan seperti urusan peminangan Sultan Melaka, mengadakan hubungan luar dan diplomatik dengan lain negeri, mengiringi utusan dan surat raja k' negeri-negeri, membawa Sultan Melaka dan keluarga bersiar-siar, berperang d lr1

menentang musuh yang cuba mengancam dan menjatuhkan Melak . Bol h dikatakan juga, kapal Mendam Berahi ini telah belayar dan mengelilingi h mplr daripada separuh dunia dan telah berjasa bagi kerajaan Melaka.

en ru

Hakcipta Terpelihara © 2010 – Perpustakaan Negara Malaysia

Hakcipta Terpelihara © 2010 – Perpustakaan Negara Malaysia

Page 36: Katalog Pameran Hikayat Hang Tuah: Lagenda Pahlawan Melayu

Berikut disenaraikan sebahagian cerita mengenai pelayaran Mendam Berahi yang diceritakan di dalam Hikayat Hang Tuah :

" ... kepada Patih Gajah Mada.Maka Patih Kerma Wijaya pun lalu berjalan mengiringkan surat dan bingkas itu lalu diarak orang turun ke perahu. Maka surat dan bingkis itu pun disambut oranglah lalu dibawa naik ke perahu.5etelah sudah, Mendam Berahi pun memasang bedil dan meriam lalu menarik layar belayarlah terlalu lajunya seperti burung terbang lakunya. (m/s: 128)

" ... maka Mendam Berahi pun berlabuh di labuhan Tuban itu menantikan perahunya yang banyak itu .. :' (m/s 129)

" ... tiga hari tiga malam sampailah ke Jayakatra.Maka Mendam Berahi pun singgah di Jayakatra .. :' (m/s 129)

" ... hatta berapa lama belayar sampai lah ke Palembang.maka Adipati Palembang dengan segala orang-orang besar pun datanglah mengalu-alukan Patih Kerma Wijaya dan Tun Tuah .. :' (m/s 129)

" Hai laksamana, yang kehendak kita pun demikian, jikalau kita sudah naik Mendam Berahi dan Kota Segara itu, mata yang mana mengikut kita!" Maka sembah laksamana, "Daulat tuanku, pada bicara patik, senegeri Majapahit ini semajakan berkaparan bangkai di laut Majapahit ini:' (m/s 170)

" ...... maka Mendam Berahi pun belayarlah terlalu laju seperti burung terbang. Berapa harinya belayar itu maka sampailah ke Pulau Tinggi:' (m/s 244)

"Berapa puluh hari belayar itu maka sampailah ke Inderapura.Maka Mendam Berahi pun berdayung mudik dengan segala bunyi-bunyian terlalu ramai:' (m/s 244)

'Maka perahu dua belas buah itu pun belayarlah mengikut Mendam Berahi tujuh hari tujuh malam. Maka laksamana pun berkata pada mualim," Hai mualim, berapa hari lagi kita bertemu dengan tanah Benua Keling? .... daripada pulau itu tiga hari tiga malam maka sampailah ke jajahan Benua Keling .... :' (m/s 383)

"Maka Adipati Solok pun diberi naik Mendam Berahi dengan segala orangnya dua buah perahu itu. Maka sauh pun bongkar oranglah lalu berdayung hilir serta menarik layarlah.Berapa lamanya maka sampilah ke Kuala Berunai:' (m/s 430)

"Setelah sampai ke kuala, lepas alangan maka Mendam Berahi pun menarik layarlah menuju tanah Inderapura. Adapun perahu serta Laksamana itu enam puluh haluan banyaknya. Hatta berapa lamanya belayar itu maka Laksamana pun sampailah ke Pulau Tinggi:' (m/s 471)

Hakcipta Terpelihara © 2010 – Perpustakaan Negara Malaysia

Hakcipta Terpelihara © 2010 – Perpustakaan Negara Malaysia

Page 37: Katalog Pameran Hikayat Hang Tuah: Lagenda Pahlawan Melayu

... Laksamana naik Mendam Berah, kenaikan Raden Emas Ayu dan baginda endiri .. .5etelah sudah beratur, maka sekaliannya pun berdayunglah hilir lalu nenarik layar menuju Singapura:' (m/s 477)

.... maka Mendam Berahi pun menarik layarlah menuju Tanah Aceh terlalu laju.Maka Jerahu yang banyak itu pun belayarlah mengikut kenaikan Laksamana itu. ,ekira-kira lima hari lima malam maka Laksamana pun sampailah ke Banda Aceh )arussalam:' m/s 492)

Maka dibelokkanlah Mendam Berahi itu menuju bandar Judah:' (m/s 495)

"Maka Laksamana dan maharaja Setia pun pergilah bersama-sama dengan orang Makkah sekalian itu mengerjakan rukun haji itu:' (m/s 500)

" ..... Laksamana pun sampailah ke Madinah yang maha mulia itu lalu masuk ke dalam Kota madinah:' (m/s 500)

" Hai jurumudi, belokkan Mendam Berahi menuju tanah Mesir itu, kerana hamba hendak singgah melihat kekayaan Allah barang sehari dua di sini dan hendak minum air Sungai Nil. .. :' (m/s 501)

"Sekira tujuh belas dari situ, dari pagi pagi-pagi hari, maka sampailah ke negeri Rom yang bernama Setambul itu.Maka Mendam Berahi pun dilabuhkan oranglah:' (m/s 506)

Berdasarkan kehebatan Kapal Mendam Berahi yang terdapat di zaman Kesultanan Melayu Melaka seperti yang digambarkan di dalam Hikayat Hang Tuah tersebut, ini jelas terbukti yang Ketamadunan Melayu pada masa dahulu juga sangat hebat kerana dapt membina kapal sehebat itu dan sangat bijak di dalam menguasai lautan dan seni pelayaran.

Kapal Mendam Berahi

Berdasarkan Hikayat Hang Tuah, terdapat sebuah kapal yang besar, mashyur dan hebat pad a zaman Kesultanan Melayu Melaka bermula dari zaman pemerintah n M Sultan Mansur Shah sehingga pemerintahan Sultan Mahmud Shah. Kapal itu dlb{ rl nama "Mendam Berahi': Mendam Berahi yang bertindak sebagai p n(j,ll1qlllt.11I utama di laut merupakan kapal yang digunakan oleh pc r,l p(llnl)lIl"" dllil pemerintah negeri Melaka terutamanya Hang Tuah ba i m('ldkllkolll Iwl tlY"1 .111 d.1I1 mengadakan hubungan luar dengan kerajaan lain.

"Maka bendahara dan Tun Tuah pun !lW\y/ullrll ",'/H/IIA //11 '/11/'111/,/1111/,1/1 1///11/1 akan kenaikan raja. Adapun ponjnlll/llYII ,//,1111 /111 /11 /11 1'/It1111 /111/11// 1/1/ ,/""

Hakcipta Terpelihara © 2010 – Perpustakaan Negara Malaysia

Hakcipta Terpelihara © 2010 – Perpustakaan Negara Malaysia

Page 38: Katalog Pameran Hikayat Hang Tuah: Lagenda Pahlawan Melayu

C\J C"J

bukanya enam depa. Maka bendahara pun mengerahlah segala tukang utas; "Adapun ghali itu hendak sudahkan dalam empat puluh hari mustaid dengan segala kelengkapan, dapat dibawa oleh Patih Kerma Wijaya dan Bentara Tun Tuah itu, kerana Duli Yang Dipertuan hendak segera." Maka sembah segala tukang, "Pada bicara sahaya datuk jikalau sama baik dan sama tahu bekerja, mau sudah sebulan lengkap." Setelah bendahara mendengar sembah segala tukang itu maka bendahara pun terlalu sukacita.

Maka segala tukang itu pun bekerjalah; maka dibahagi oleh Bendahara Paduka Raja akan Bentara Tun Tuah di haluan dan segala tukang soma tengah bendahara di burit. Maka segala perbuatan ghali itu dindingnya dibubuh papan kambi, maka ditampalnya dengan baldu yang kuning dan merah dan hijau. Maka dibubuhnya kaca kerangan dan atapnya daripada kaca kuning dan merah beberapajurai awan dan petir. Maka dibubuhnya kekuningan dan peterana dan awan berarak; yang mereka dia Ben tara Tun Tuah. Antara tiang agung ke buritan itu Bendahara Paduka Raja yang mereka dia; dari haluan datang kepada tiang agung itu Bentara Tun Tuah juga mereka dia; dan mengukir dia Hang Jebat dan Hang Lekir, Hang Lekiu; dan segala biduanda dan budak-budak raja yang berbuat dia.

Maka ghali itu pun sudahlah; indah-indah perbuatannya. Maka kata bendahara, "Yo betara, apa baik kita namakan ghali ini, kerana kenaikan baginda?" Maka sahut Tun Tuah seraya katanya, "Lebih tahu, tuanku." Maka kata bendahara, "Hendaklah kita muafakat menamai ghali ini, kerana kenaikan Duli Yang Dipertuan." Maka sahut Tun Tuah, "Seraya datuk mohonkan ampun; pada bicara sahaya datuk baiklah ghali Inl dinamai Mendam Berahi. Dalam pada itu pun bicara khadam datuk sahaya turut." Setelah bendahara mendengar kata Tun

Tuah itu, maka bendahara pun tersenyum seraya berkata, "Kita pun demikianlah, tiada bersalahan lag i."

(HHT. halaman 777)

Kumbang Nuri

"Daulat Tuanku Syah Alam, adapun kenaikan ini patik hendak bangunkan kumbang nuri supaya dapat menanggung meriam; dalam pada itu pun, mana titah patikjunjung." Maka titah baginda, "Kita pun berkenanlah kumbang nuri ini."

( HHT. halaman 747)

Hakcipta Terpelihara © 2010 – Perpustakaan Negara Malaysia

Hakcipta Terpelihara © 2010 – Perpustakaan Negara Malaysia

Page 39: Katalog Pameran Hikayat Hang Tuah: Lagenda Pahlawan Melayu

"Maka segala tukang dan utusan pun bekerjalah terlalu ramai; raja sendiri yang menghadap. Kerja itu dibahagi empat. Maka terlalu sekali bangat bekerja itu, dalam tujuh hari penuh awak. Maka Kumbang Nuri itu pun didandani oranglah; diperbuatnya bertingkat tujuh; dibubuhnya kekuningan naga bertangkap dengan beberapa jurai awan dan p.t.rkan pada tingkap itu. Yang mereka dia Bendahara Paduka Raja dan Temenggung Sarwa Diraja dan Tun Tuah kekasih raja; yang menetas dia Hang Jebat, Hang Kasturi dan Hang Lekir, Hang Lekiu dan Hang Kamar dan Hang Syamsu dan segala biduanda yang empat puluh itu. Arakian maka kumbang nuri itu pun sudahlah. Maka dinamai raja kenaikan itu Kota Segara. Maka raja pun memberi anugerah akan segala tukang dan utusan itu dan memberi persalin akan segala biduanda empat puluh itu."

(HHT. halaman 742)

Keris Bugis Berlok tujuh Hulu Burung Pekaka Sampir bersalut perak Mempunyai pamor

Sumber: Koleksi Silam Bara Antik

Hakcipta Terpelihara © 2010 – Perpustakaan Negara Malaysia

Hakcipta Terpelihara © 2010 – Perpustakaan Negara Malaysia

Page 40: Katalog Pameran Hikayat Hang Tuah: Lagenda Pahlawan Melayu

do

Gaya Bahasa Bahasa Kiasan

Penggunaan bahasa kiasan tidak dapat dipisahkan dalam teks-teks klasik dan ia seolah-olah suatu kemestian . Bahasa kiasan merupakan gaya bahasa perbandingan di antara satu perkara dengan satu perkara yang lain. Penggunaan bahasa kiasan juga dapat menghidupkan sua sana, mood dan dapat memperluas sensitiviti dalam makna. Contoh penggunaan bahasa kiasan dalam HHT:

Rupanya terlalu amat elok seperti bulan purnama empat belas hari bulan, gilang-gemilang kilau-kilauan, tiada dapat ditentangnya. (HHT. halaman 111)

Penggunaan bahasa kiasan dalam teks HHT boleh dipecahkan sebagai berikut:

Peribahasa

Ungkapan peribahasa yang terdapat dalam HHT memperindahkan lagi binaan ayat terse but dan ini jelas menunjukkan kebijaksanaan pengarang kerana menggunakan peribahasa yang sesuai dengan konteks cerita dalam HHT.

Penggunaan peribahasa juga menunjukkan kepekaan pengarang terhadap persekitaran dan ketajaman fikiran pengarang. Misalnya dalam ungkapan berikut.

"Yang enggang sam a enggang, yang pipit itu sama pipit juga!" (HHT. halaman 387)

Pepatah

Penggunaan pepatah juga terdapat dalam HHT, misalnya dalam ungkapan berikut:

"Baik mati dengan nama yang baik, jangan hidup dengan nama yang jahat." (HHT. halaman 387)

C"1 Simile

C :J

~ ~ Simile atau kiasan yang membandingkan dua objek yang mempunyai sifat dan nilai ~ ~ yang setara dan se lalunya menggunakan perkataan umpama, seperti, bagaikan, :r: '" ~ :;: bak, macam, tak ubah dan sebagainya. Misalnya dalam ungkapan berikut: ~~ ~& :r: '" :ii -g "Maka Hang Jebat amarah seperti api bernyala-nyala." ~ ~ (HHT. halaman 386) ",...J

0..

Cl o ] '" '"

Hakcipta Terpelihara © 2010 – Perpustakaan Negara Malaysia

Hakcipta Terpelihara © 2010 – Perpustakaan Negara Malaysia

Page 41: Katalog Pameran Hikayat Hang Tuah: Lagenda Pahlawan Melayu

Personifikasi

'ersonifikasi ialah gaya bahasa yang menggunakan kiasan untuk memberikan ,ifat-s ifat manusia sama ada dari segi perasaan, perwatakan mahupun tindak-tanduk la innya kepada objek-objek mati atau kepada binatang.

Penggunaan personifikasi ini bertujuan untuk menghidupkan lagi ja lan cerita dan memberi kesan yang mendalam kepada pembaca. Contoh personifikasi dalam HHT ddalah seperti berikut:

"Maka ia pun turunlah ke bahteranya. Maka Raja Chulan pun belayar/ah; di mana bertemu dengan bandar yang baik-baik, di sanalah ia bermain dan menyabung. (HHT. halaman 486)

Sindiranhalus (ironi)

Ironi merupakan pernyataan yang berbentuk kiasan yang menggunakan kata-kata yang lembut dan kesannya adalah lebih mendalam, tajam dan menghiris perasaan orang yang disindirnya. Contohnya:

"Maka Tun Tuah pun memekis, katanya "Cih! Manatah Patih Gajah Modo? Dikata orang berani maka orang mengamuk seorang ini pergi membawa diri!" (HHT. halaman 165)

Sindiran kasar (sarkasme)

Menurut Glosari Istilah Kesusasteraan terbitan DBP, sarkasme bermaksud kata-kata ejekan, kejian atau penghinaan yang disampaikan secara tidak terus-terang; kata-kata sindiran yang bertujuan untuk menghina atau mengeji seseorang; kata-kata yang tajam atau pedas yang bertujuan mengejek, mengeji atau menghina seseorang, disampaikan secara tidak terus terang.

"Pada bicaraku, tua jadi penawar; ini tua menjadi racun! Benarkah engkau berani berkata-kata demikian? (HHT. halaman 230)

Hiperbola

Penggunaan bahasa hiperbola juga adalah kiasan yang terdirl dtlrlpclclcl 1111<11 oIlhlll atau ucapan yang berlebihan-Iebihan. Objektif penggun an gtlY,1 1)"1\".,,, 1111 ,II 1"I,tll untuk menarik perhatian pembaca; kiasan yang digun k, n lInllli Ill( IIqlldll 0111 kesan makna atau kesan humor cerita tersebut tetapi buk n unluk 1I\('1I<j<Jlllllh.1I1 .III

sesuatu keadaan dengan tepat. Contoh pengguna n hip rbold dellll,," ~l'I)(,111

berikut:

Hakcipta Terpelihara © 2010 – Perpustakaan Negara Malaysia

Hakcipta Terpelihara © 2010 – Perpustakaan Negara Malaysia

Page 42: Katalog Pameran Hikayat Hang Tuah: Lagenda Pahlawan Melayu

"Maka laksamana pun melihat kekayaan Nala Sang Guna: sehingga gedung berisi harta juga dua puluh gedung dan gedung yang berisi emas dan perak tujuh buah; lain daripada itu, gedung yang berisi dagangan daripada kain dan permata dan mutiara dan suf, sakhlat, ainul-banat dan tembaga suasa dan timah berpuluh gedung, lain daripada itu, beberapa ratus dagangan, beratus-ratus bahara emas modalnya. Dan hamba tebusan juga tiga ribu; lain daripada itu, orang utang-utangan lima ribu; lain daripada itu, segala upahan." (HHT. halaman 425)

Gaya Bahasa Satira

Menurut Glosari Istilah Kesusasteraan, terbitan DBP, satira adalah sesuatu dalam kesusasteraan yang mencampuradukkan sikap yang kritis dengan humor dan wit sehingga pada akhirnya berjaya menyentuh atau memperkatakan secara sindiran tentang kemanusiaan dan institusi man usia. Contohnya;

"Lihatlah Ratu Lasem ini memberi aku malu! Beberapa aku berbuat kebaktian padanya tiada juga kelihatan padanya dan beberapa pula negeri kukalahkan tiada juga berguna kebaktianku." (HHT. halaman 51)

Penggunaan Peribahasa

Penggunaan peribahasa dalam Hikayat Hang Tuah sama ada simpulan bahasa, ungkapan, bidalan, pepatah, perbilangan atau kata-kata hikmat menjadikan gaya bahasa dalam hikayat ini lebih menarik dan indah lagi.

Simpulan Bahasa: "Jikalau ada kurnia, hendaklah dikurnia nama akan dia supaya air muka patik berseri-seri dan masyhurlah nama patik ... .. " (HHT. halaman 252)

Perumpamaan ': . . ... seperti pantu Melayu, rosak bawang ditimpa jambaknya;" (HHT. halaman 387)

Peribahasa " Ada pun yang pipit itu sam a pipit juga, yang enggang itu sam a enggang j uga, ... " (HHT. halaman 774)

Penggunaan Pantun Hang Jebat Hang Kasturi Budak-budak raja Melaka Jlka hendakjangan dicuri Mari kita bertentang mata. (HHT. halaman 795 -796)

Hakcipta Terpelihara © 2010 – Perpustakaan Negara Malaysia

Hakcipta Terpelihara © 2010 – Perpustakaan Negara Malaysia

Page 43: Katalog Pameran Hikayat Hang Tuah: Lagenda Pahlawan Melayu

Manuskrip Hikayat Hang Tuah I\/ISS 3903 I-l ikayat Hang Tuah

Selesai d itulis pada 22 Syaaban 1344 HI 6 Mae 1926 M. 1194] ff.+ 10.; 34.3 x 25.5 em.; 22 baris.

Kisah bermula dengan Raja Keinderaan Sang Pertawala. Cueunya, Sang Maniaka, telah menjadi raja di Bentan. Tersebut pula kisah Hang Tuah dari Sungai Duyung telah berpindah ke Bentan bersama keluarganya. Kegagahan Hang Tuah bersama rakan-rakannya Hang Jebat, Hang Kasturi, Hang ekir dan Hang Lekiu mendapat

perhatian raja dan kemudiannya berkhidmat dengan raja. Hikayat in i seterusnya meneeritakan pengalaman dan kegagahan Hang Tuah dari negeri Melaka sehingga ke Negeri China yang

J Tlenjangkau dari abad ke 14 hingga ke pertengahan abad ke 17. Riwayat Hang Tuah dikatakan berakhir dengan pertapaanya di sebuah bukit.

Sumber: Perpustakaan Negara Malaysia

MSS 2580 [Hikayat Hang Tuah] [82] ff.; 20.8 x 16.6 em.; 22 baris.

Penulisan naskhah ini berdasarkan dua jenis kertas iaitu kertas jenis anyaman yang agak tebal dan kertas la id Eropah berwarna putih kekuningan.

Naskhah ini dimulai dengan kisah Hang Tuah memujuk Tun Teja datang ke Melaka untuk dijadikan permaisuri kepada sultan dan diakhiri dengan peristiwa Hang Jebat mengamuk.

Sumber: Perpustakaan Negara Malaysia

Hakcipta Terpelihara © 2010 – Perpustakaan Negara Malaysia

Hakcipta Terpelihara © 2010 – Perpustakaan Negara Malaysia

Page 44: Katalog Pameran Hikayat Hang Tuah: Lagenda Pahlawan Melayu

MSS 1658 Hikayat Hang Tuah

Medium penulisannya menggunakan kertas moden. Gaya penulisannya konsisten dan dipercayai disalin oleh seorang penyalin sahaja. Naskhah ini mempunyai perbezaan yang unik berbanding naskhah-naskhah lain kerana terdapat satu helaian yang ditampal di bahagian awal teks yang menyatakan bahawa hikayat ini dikarang oleh Tun Kolah/Kola, (k.w.l.h), sepupu (Iaksamana Tun Tuah).

Bahasanya lebih hampir kepada bahasa yang digunakan pada abad ke-20. Bab permulaan teks ini agak berbeza jika dibandingkan dengan teks-teks lain. Permulaannya berbunyi:

Inilah hikayat peri mengatakan Hang Tuah yang terlalu amat indah ceteranya dan terlalu amat bijaksana yang terlalulah pula besyar kebaktian kepada tuannya, tiadalah berbanding pada zaman itu. Demikianlah bunyinya.

Sumber: Perpustakaan Negara Malaysia

MSS 1713 Hikayat Hang Tuah Naskhah ini dihasilkan pada tahun 1282 H/1865 M.

Manuskrip ini merupakan sebuah sastera prosa yang dihasilkan secara baik dan teliti, kemungkinan besar dimiliki oleh golongan istana berdasarkan bentuk dan tulisan yang digunakan amat teliti dan menarik yang mengikut tradisi

(I) penulisan manuskrip Melayu disalin C"J oleh penyalin istana.

c :::>

~ ~ Halaman pertama dan kedua serta kolofon berwarna-warni dan indah. Warna yang ~~ digunakan ia lah biru, hijau, merah dan kuning dalam jalur lembut. Pada halaman ~ ~ pertama teks ini berbunyi: :>- -~ ~ Ini Hikayat Hang Tuah yang am at setiawan pada tuannya dan terlalu sangat ~ ~ berbuat kebaktian pada tuannya. ~ ~ E ~ & ...J Sumber : Perpustakaan Negara Malaysia 0\ o ~ '" '"

Hakcipta Terpelihara © 2010 – Perpustakaan Negara Malaysia

Hakcipta Terpelihara © 2010 – Perpustakaan Negara Malaysia

Page 45: Katalog Pameran Hikayat Hang Tuah: Lagenda Pahlawan Melayu

Artifak Yang Di Pamerkan

Kendi Tembaga Ketur

SetTepak Sirih Gelang Tangan

Hakcipta Terpelihara © 2010 – Perpustakaan Negara Malaysia

Hakcipta Terpelihara © 2010 – Perpustakaan Negara Malaysia

Page 46: Katalog Pameran Hikayat Hang Tuah: Lagenda Pahlawan Melayu

Gelang Tangan Pending

Dulang Tembaga Dulang Tembaga

Tengkolok Tengkolok

Hakcipta Terpelihara © 2010 – Perpustakaan Negara Malaysia

Hakcipta Terpelihara © 2010 – Perpustakaan Negara Malaysia

Page 47: Katalog Pameran Hikayat Hang Tuah: Lagenda Pahlawan Melayu

Baju Melayu

Seluar Panjang

Keris Majapahit Luk Tujuh

Baju Melayu

Seluar Panjang

Keris Bug i Luk S b I ()~

Sumber: Hikayat Hang Tuah / diselenggarakan dan diberikan p ng n,l l,1I1 hoi II I 011'111,1','011111\11111,111 Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. 1991

Koleksi Jabatan Muzium Negara

Koleksi Silam Bara Antik. Tuan Haji Abdullah &,) YahY,l bll1l\l>dll ll lrl lllllll l l, 11111111 11'11 ' 111111011111

Hakcipta Terpelihara © 2010 – Perpustakaan Negara Malaysia

Hakcipta Terpelihara © 2010 – Perpustakaan Negara Malaysia

Page 48: Katalog Pameran Hikayat Hang Tuah: Lagenda Pahlawan Melayu

ru ::::T

Penghargaan

Jabatan Muzium Negara Perbadanan Muzium Melaka (PERZIM) Muzium Etnografi, Universiti Malaya

Tuan Haji Abdullah @ Yahya bin Abdul Rahman, Silam Bara Antik, Kuala Terengganu

Hakcipta Terpelihara © 2010 – Perpustakaan Negara Malaysia

Hakcipta Terpelihara © 2010 – Perpustakaan Negara Malaysia

Page 49: Katalog Pameran Hikayat Hang Tuah: Lagenda Pahlawan Melayu

Hakcipta Terpelihara © 2010 – Perpustakaan Negara Malaysia

Hakcipta Terpelihara © 2010 – Perpustakaan Negara Malaysia

Page 50: Katalog Pameran Hikayat Hang Tuah: Lagenda Pahlawan Melayu

Hakcipta Terpelihara © 2010 – Perpustakaan Negara Malaysia

Hakcipta Terpelihara © 2010 – Perpustakaan Negara Malaysia