kastam no. 2 (permit eksport) yang dikeluarkan · penerbitan dan perancangan. pada tahun 2006,...
TRANSCRIPT
152006 ANNUAL REPORT STIDC
Kastam No. 2 (Permit eksport) yang dikeluarkan
oleh PUSAKA bagi mengesahkan pengeksportan
barangan kayu dari Sarawak. Sehubungan dengan
itu juga, PUSAKA bersama-sama pihak MTIB telah
menganjurkan taklimat mengenai Export Licensing
for Legal Timber di Yokohama, Jepun dari 6 hingga
7 November 2006.
PUSAKA terus memantau perkembangan
Perjanjian Perdagangan Bebas (FTA), khususnya
yang berkait dengan industri perkayuan dan
perdagangan amnya yang bakal dimeterai oleh
Malaysia dengan negara-negara rakan dagang.
PUSAKA dengan kerjasama Kementerian
Perusahaan Perladangan dan Komoditi (KPPK) dan
Lembaga Perindustrian Kayu Malaysia (MTIB)
telah mengadakan taklimat mengenai FTA yang
telah disertai oleh Malaysia dengan beberapa buah
negara rakan dagang seperti ASEAN-Korea,
ASEAN-India, ASEAN-China, Malaysia-USA,
Malaysia-Pakistan dan Malaysia-Australia/ New
Zealand. Taklimat tersebut diadakan pada 11 Ogos
2006 bertempat di Ibu Pejabat PUSAKA, Kuching.
PUSAKA terus menerima dan menyelaraskan
kunjungan para pelawat dari luar dan dalam negara
sepanjang tahun 2006 yang mana merupakan salah
satu usaha berterusan PUSAKA dalam memberi
maklumat dan fakta secara telus mengenai dasar
pengurusan hutan dan industri perkayuan di
Sarawak.
Selain terlibat secara aktif dengan mesyuarat berkait
dengan aktiviti FLEGT VPA, PUSAKA juga
terlibat aktif dalam mesyuarat dan forum yang
berkait dengan industri perkayuan di peringkat
nasional dan antarabangsa seperti Mesyuarat
Kumpulan Kerja Pakar bagi “Heart of Borneo, 41st
Session of ITTO Council and Associated Session
of the Committee dan Legality Verification System.
the 11th August 2006 at STIDC Headquarters,
Kuching.
Throughout 2006, STIDC continues to receive
visitors from both local and foreign countries as
part of its ongoing efforts to provide them with
insights on the existing legislation of the state
forestry sector and Sarawak timber industry. Apart
from its active participations in FLEGT VPA
meetings and activities, STIDC also engaged in
meetings and forums at both the national and
international levels such as Expert Working Group
Meeting for the Heart of Borneo, 41st Session of
ITTO Council and Associated Session of the
Committee and Legality Verification System
meetings.
Lawatan Wakil Perdagangan Kesatuan Eropah ke Sarawak.
Familiarization visit by the EU Trade Representatives to Sarawak.
Panel penceramah semasa Seminar Perkayuan Sarawak sempena Misi
Jualan Kayu di Vietnam.
Panel of speakers during the Sarawak Timber Seminar held in
conjunction with the Timber Selling Mission in Vietnam.
PUSAKA LAPORAN TAHUNAN 200616
Perdagangan Domestik
Domestic Trade
Fungsi utama Perdagangan Domestik PUSAKA
ialah untuk mengeluarkan Permit Eksport dan
Import untuk kayu dan produk kayu serta
menyelenggarakan data statistik berkenaan dengan
eksport dan import kayu dari Sarawak untuk tujuan
penerbitan dan perancangan.
Pada tahun 2006, pengeluaran eksport permit telah
meningkat sebanyak 4.5 peratus iaitu meningkat
daripada 32,541 kepada 34,030. Daripada jumlah
permit yang dikeluarkan , 39 peratus atau 13,331
permit untuk papan lapis, 22 peratus atau 7,656
permit untuk kayu balak, 20 peratus atau 6,851
permit untuk kayu gergaji, 5 peratus atau 1,624
permit untuk papan gentian ketumpatan sederhana,
3 peratus atau 911 permit untuk venir dan
selebihnya 11 peratus atau 3,657 permit untuk
produk lain.
Sejajar dengan ledakan teknologi maklumat dan
penghayatan sejagat teknologi siber, Sistem
ePermit PUSAKA iaitu sistem aplikasi permit yang
berasaskan web atau secara elektronik ini telah
dilaksanakan sejak November 2006, antara lain
bertujuan untuk mempertingkatkan mutu
perkhidmatan yang diberikan oleh PUSAKA
kepada pelanggan-pelanggannya. Proses
pengeluaran permit eksport bagi produk-produk
berasaskan kayu akan menjadi lebih cekap dan
efektif sekali gus berupaya untuk memangkinkan
usaha ke arah kecemerlangan industri.
The main function of STIDC’s Domestic Trade is
to be responsible for the issuance of import and
export licenses for timber and timber products from
Sarawak and to manage the timber trade statistics
for publication and planning purposes.
In 2006, the total number of export licenses issued
has increased by 4.5 percent, i.e. from 32,541 to
34,030. From the total number of licenses issued,
39 percent or 13,331 licenses were issued for
plywood, 22 percent or 7,656 licenses for logs, 20
percent or 6,851 licenses for sawn timber, 5 percent
or 1,624 licenses for medium density fiberboard
(MDF), 3 percent or 911 licenses for veneer and
the balance 11 percent or 3,657 licenses for other
timber products.
Since November 2006, STIDC has implemented an
ePermit System, a web based permit application
system for the import and export of timber and
timber products. This is in line with the worldwide
approach towards information and cyber
technology which aims at enhancing the quality of
services provided to the customers. Export permit
issuance process for the wood based products will
become more efficient and effective hence able to
craft excellence in the industry.
172006 ANNUAL REPORT STIDC
Pembangunan Sumber
Resource Development
Aktiviti utama Pembangunan Sumber PUSAKA
adalah untuk memastikan sumber bahan mentah
yang lestari dan tenaga kerja industri perkayuan
menepati kehendak semasa.
Ia dilaksanakan menerusi Sistem Kuota Balak yang
telah diaplikasikan sejak 1988 lagi, berdasarkan
ketetapan 60 peratus untuk pemprosesan tempatan
dan 40 peratus untuk eksport; selain kerja-kerja
pemantauan untuk operasi pembalakan di konsesi
Lesen Hutan PUSAKA secara konsisten sepanjang
2006. Selain itu, PUSAKA juga telah mengeluarkan
Sijil “Sustainable Forest Management Legality
Statement” kepada syarikat-syarikat pengeksport
produk kayu dari Sarawak, sesuai dengan kriteria
dan objektif ITTO bagi Pengurusan Lestari Hutan
Asli.
Bagi menyokong saranan Kerajaan Negeri untuk
mengkomersialkan sektor perladangan hutan,
PUSAKA sedang giat menjalankan kajian sejak
2005 lagi terhadap kadar tumbesaran spesis kayu
untuk perladangan hutan seperti Acacias.
Tumpuan turut diberi kepada pembangunan sumber
tenaga manusia dalam industri perkayuan menerusi
pelbagai program pembangunan modal insan
seperti latihan berasaskan kemahiran berstruktur
dalam bidang perkayuan. Di samping itu, PUSAKA
juga merupakan salah sebuah agensi dalam
Jawatankuasa Pengambilan Pekerja Asing Negeri
Sarawak yang bertanggungjawab dalam
memastikan keperluan tenaga kerja dalam industri
perkayuan adalah memenuhi keperluan dan kapasiti
semasa.
The main function of STIDC in Resource
Development is to ensure the raw material
resources are sustainable and the industry’s
workforce are meeting current requirement of the
industry.
This is performed through the Log Quota System
which had been implemented since 1998 of which
60 percent for local processing and 40 percent for
export; apart from consistently monitoring logging
operations at STIDC’s Forest License concessions
throughout 2006. Besides that, STIDC has also
been awarding “Sustainable Forest Management
Legality Statement” Certificate for Sarawak timber
product exporters based on ITTO objectives and
criteria for Sustainable Natural Forest
Management.
To support the State Government’s aspiration to
commercialize the forest plantation sector, STIDC
has been actively conducting researches to
determine the average growth rate of timber species
for forest plantation such as Acacias since 2005.
Focus has also been given on human resource
development in the industry of which the human
capital development programs were channelled via
structured technical based trainings in timber
related discipline. Apart from that, STIDC is also
one of the agencies involved in the Foreign Workers
Recruitment Committee who are reponsible to
ensure that the industry’s workforce is meeting the
current capacity and needs of the industry.
Datu Haji Len (kanan) sedang menunjukkan beberapa karya seni kepada
para pelatih.
Datu Haji Len (right) is showing some of the artworks to the trainees.
PUSAKA LAPORAN TAHUNAN 200618
Pembangunan Projek
Project Development
Pada tahun 2006, projek-projek yang telah dilaksanakan
siap mengikut jadual adalah seperti Projek Menaiktaraf
Ekspress Terminal Tanjung Manis, Projek Pengubahsuaian
“Covered Timber Shed” di IKS Kuala Baram dan Projek
Menaiktaraf Lapangan Terbang Tanjung Manis. Selain itu,
terdapat dua (2) buah projek yang masih dalam pembinaan
iaitu Projek Perumahan PUSAKA (Infrastruktur dan Sivil)
dan projek Pembinaan Masjid Baru Kampung Rajang.
Kerja-kerja Ukur & Perancangan diteruskan dalam
Rancangan Malaysia Ke-8 (RMK-8) yang mana sepanjang
tahun 2006 sebanyak RM8,887,100.49 telah dibelanjakan
untuk tujuan tersebut.
Jumlah hasil kutipan penjualan lot di Tanjung Manis, pada
tahun 2006 bernilai RM1,985,847.53. Kerja
penyelenggaraan Bandar Baru Tanjung Manis
dikendalikan oleh Tanjung Manis Development dengan
nilai RM4,075,041.00. Operasi Lapangan Terbang
Tanjung Manis berjalan seperti biasa. Jumlah penumpang
yang menggunakan lapangan terbang ini ialah sebanyak
1,576 orang untuk sektor Miri, Mukah, Tanjung Manis,
Kuching dan balik. Bagi kerja mengekstrak pasir, sejumlah
RM205,382.20 diterima dari royalti kontrak pasir pada
tahun 2006.
Pada keseluruhannya, terdapat 41 buah vendor yang
berdaftar dalam Program Vendor PUSAKA; lima vendor
beroperasi di Kuching, 12 di Kota Samarahan, 10 di
Sarikei/ Sibu/ Mukah, enam di Miri/ Limbang/ Lawas,
lima di Bintulu dan tiga di Sri Aman/ Betong. PUSAKA
membantu pihak vendor melaksanakan 5S and P&Q di
tempat kerja atau kilang mereka. Di samping itu, aktiviti-
aktiviti seperti lawatan kerja, pameran, ekspo dan seminar
turut diadakan untuk memberikan pendedahan kepada
mereka terhadap peluang pasaran yang lebih luas.
PUSAKA turut menyediakan beberapa kemudahan kepada
pihak vendor seperti Skim Kemudahan Bahan Mentah dan
Skim Pinjaman Mesin yang berjumlah RM232,962.03
telahpun digunakan dalam tahun 2006. Jumlah agihan
kontrak kepada vendor PUSAKA pula bernilai
RM3,050,711.52 pada tahun 2006.
In 2006, amongst projects completed on schedule were
Upgrading of Tanjung Manis Terminal Express,
Renovation of Covered Timber Shed in Kuala Baram SMI
and Tanjung Manis Airport Upgrading Projects. Other
than that, projects still under construction were STIDC
Housing (Civil and Infrastructure) and the New Kampung
Rajang Mosque. Survey and Planning works continued
in the 8th Malaysia Plan (8th MP) of which RM8,887,100.49
was spent for this purpose in 2006.
A total of RM1,985,847.53 was collected for the sale of
lots in Tanjung Manis in 2006 while the Tanjung Manis
New Township maintenance cost was RM4,075,041.00.
The operation of Tanjung Manis Airport remains usual
with 1,576 return psssengers commuting to sectors like
Miri, Mukah, Tanjung Manis and Kuching. Royalties
received from the sand extraction works were
RM205,382.20.
There were 41 vendors registered with STIDC Vendors
Programme of which five were operating in Kuching, 12
in Kota Samarahan, 10 in Sarikei/Sibu/Mukah, six in Miri/
Limbang/Lawas, five in Bintulu and three in Sri Aman/
Betong. STIDC assisted the vendors to implement 5S and
P & Q at their work place or factories. Apart from that,
their participations in field trips, expos, exhibitions and
seminars were also to encourage and to expose them to
better opportunities in the marketplace.
STIDC also provides credit facilities such as Raw Material
Facility Scheme and Machine Loan Scheme for the
vendors of which RM232,962.03 was utilized in 2006. The
total contracts awarded to the vendors in 2006 was worth
RM3,050,711.52.
192006 ANNUAL REPORT STIDC
Perancangan Industri
Industrial Planning
Peranan utama PUSAKA dalam Perancangan Industri
ialah untuk merancang, memantau, mengkaji semula
dan melaporkan pembangunan fizikal industri
perkayuan di negeri Sarawak. Tanggungjawab ini
dilaksanakan melalui pembabitan dalam penyediaan
perancangan strategik makro industri, pemantauan
untuk tujuan melaporkan dan mengkaji semula
pembangunan fizikal, pelaksanaan Peraturan
Pemeringkatan dan pembangunan standard teknikal
produk perkayuan.
Perancangan – Industri hiliran perkayuan terus menjadi
salah satu sektor perkilangan utama yang
menyumbangkan pembangunan sosio-ekonomi negeri
Sarawak. Bagi menjamin pembangunan yang mapan,
PUSAKA terlibat aktif dalam jawatankuasa yang
menyediakan perancangan strategik bagi industri
perkayuan dalam Rancangan Malaysia ke-9 (RM Ke-
9), Pelan Induk Perindustrian ke-3 (IMP ke-3) dan Dasar
Industri Perkayuan Kebangsaan (NATIP).
Dasar pembangunan yang dilaksanakan berjaya untuk
terus menarik pelaburan baru dalam industri perkayuan.
Dalam tahun 2006, sebanyak 50 permohonan untuk
meregularisasi, memperbesar dan membangunkan
projek baru telah diterima dan diproses. Daripada
jumlah tersebut, sebanyak 30 projek telah diluluskan
oleh Jawatankuasa Penyelarasan Perindustrian dengan
nilai pelaburan berjumlah RM114 juta yang berupaya
menjanakan hampir dua ribu peluang pekerjaan.
Pembangunan – Sehingga akhir tahun 2006, terdapat
833 buah kilang berasaskan kayu di Sarawak.–Jumlah
kapasiti terpasang dan terpakai tahunan industri hiliran
utama masing-masing ialah 10.4 dan 9.4 juta meter
padu. Jumlah pengeluaran produk utama seperti papan
lapis, kayu gergaji dan venir ialah masing-masing
3,344,338 m3, 1,240,443 m3, dan 291,696 m3. Sarawak
juga berupaya mengoptimumkan penggunaan kayu
dengan memproses sisa-sisa kilang untuk mengeluarkan
produk-produk bernilai tinggi.
The role of STIDC in Industrial Planning is to plan,
monitor, review and report the physical development of
wood based industry in Sarawak. These responsibilities
are implemented through involvement in preparing
strategic macro planning for the industry, monitoring
for the purpose of reporting and reviewing physical
development, implementation of the Grading
Regulations and development of technical standards for
timber products.
Planning – The wood based industry continues to be
one of the main manufacturing sectors contributing to
the social-economic development of Sarawak. In an
effort to sustain development, STIDC is actively involved
in committees preparing wood based industry strategic
planning for the Ninth Malaysia Plan (9th MP), Industrial
Master Plan 3 (IMP3) and National Timber Industry
Policy (NATIP).
Development policies implemented has been able to
continuously attract new investment in the timber
industry. In 2006, a total of 50 applications to regularize,
expand and develop new projects were received and
processed. Out of this total, 30 applications were
approved by the Industrial Coordination Committee
(ICC) with an investment capital amounting to RM114
million generating almost two thousand employment
opportunities.
Development – By the end of 2006, there were 883 wood
based mills in Sarawak. The total annual installed and
utilized capacities of the primary processing industry
were 10.4 and 9.4 million cubic metres respectively. Total
production of primary products like plywood, sawn
timber and veneer were 3,344,338 m3, 1,240,443 m3 and
291,696 m3 respectively. Sarawak is able to optimize
utilization of wood resource by processing mill residues
into value-added products. Annual output of such
products like fibreboard, particle board and wood chip
was 264,468 m3, 127,055 m3, and 183,460 m3,
respectively.
PUSAKA LAPORAN TAHUNAN 200620
Pengeluaran produk-produk tersebut seperti papan
gentian, papan pertikel dan kayu racik ialah 264,468
m3, 127,055 m3dan 183,460 m3 masing-masing.
Kawalan Mutu – Sebagai Penguasa Pemeringkat di
Sarawak, PUSAKA bertanggunjawab untuk mengawal
selia kerja pemeringkatan yang dilakukan oleh 424
orang pemeringkat kayu yang bertauliah. Sejumlah
1,170,239 m3 kayu gergaji untuk dieskport telah
diperiksa-peringkatkan oleh PUSAKA dalam tahun
2006. PUSAKA juga terlibat dalam jawatankuasa
mengkaji semula Peraturan Pemeringkatan Kayu Keras
Gergaji Malaysia.
Standard Perindustrian – Untuk meningkatkan
kesedaran pengguna berhubung kepentingan faktor
keselamatan dan kesihatan dalam sesuatu produk
memerlukan pengeluar tempatan untuk mematuhi
standard-standard tertentu yang ditetapkan oleh negara
pengguna seperti pengawalan pelepasan formaldehid
bagi produk panel kayu. Pembabitan aktif PUSAKA
dalam jawatankuasa pembangunan dan pemantauan
arahan pematuhan standard-standard teknikal di
peringkat antarabangsa ini bertujuan untuk memastikan
pelaksanaannya tidak menjadi halangan teknikal untuk
pengeluar tempatan menembusi pasaran antaranbangsa.
Pengurusan Maklumat – Maklumat yang tepat dan
terkini merupakan perkara asas yang diperlukan untuk
merancang, memantau dan melaporkan pembangunan
fizikal industri perkayuan tempatan. Pada tahun 2006,
sistem pengurusan maklumat elektronik telah
dibangunkan untuk menguruskan data kapasiti kilang
perkayuan, statistik pengeluaran industri dan maklumat
kelulusan pelaburan baru secara sistematik. Sistem ini
telah digunakan untuk pengurusan maklumat berhubung
dengan industri perkayuan di semua pejabat PUSAKA
seluruh Sarawak. Dalam pada itu, perancangan sedang
dibuat untuk membangunkan sistem elektronik untuk
pengurusan maklumat mengenai aktiviti-aktiviti
pemeringkatan seluruh Sarawak dengan lebih berkesan
dan teratur.
Quality Control – As the Grading Authority for
Sarawak, STIDC is responsible to supervise timber
grading activities carried out by 424 certified timber
graders. A total of 1,170,239 m3 of sawn timber
exported was checked graded by STIDC in 2006. STIDC
is also involved in reviewing the Malaysian Grading
Rules for Sawn Hardwood Timber.
Industrial Standard – To increase consumer awareness
with regards to the importance of safety and health
factors in a particular product requires domestic
producers to comply with standards imposed by the
consumer countries such as the control of formaldehyde
emissions from wood panel products. STIDC
participated actively in the development and monitoring
committee that complies to international technical
standards to help ensure that its implementation would
not create unnecessary technical barriers to local
producers penetrating global markets.
Information Management – Accurate and updated
information is the fundamental requirement for
planning, monitoring and reporting the physical
development of domestic timber industry. In 2006, an
electronic information management system was
developed to manage systematically data pertaining to
industry capacity, production statistics and information
on newly approved investments. This system has been
used to manage industry information in all STIDC
offices throughout Sarawak. In addition, planning has
been carried out to develop an electronic system to
manage information pertaining to grading activities
effectively and orderly throughout Sarawak.
212006 ANNUAL REPORT STIDC
Pencegahan & Penguatkuasaan
Preventive & Enforcement
Kegiatan Pencegahan dan Penguatkuasaan yang dijalankan
oleh PUSAKA adalah untuk menguatkuasakan peruntukan
dibawah “Sarawak Timber Industry Development
Corporation Ordinance, 1973 dan “The Sarawak Timber
Industry (Registration) Regulations, 1999” untuk mengawal
kegiatan mengimport dan mengeksport kayu dan barangan
kayu di negeri Sarawak agar pihak yang terlibat dengan
kegiatan tersebut mematuhi peraturan dan prosidur yang
berkaitan.
Sepanjang tahun 2006, aktiviti pencegahan dan
penguatkuasaan banyak tertumpu kepada kawalan
kemasukan kayu dan barangan kayu dari Indonesia
memandangkan isu ini mendapat perhatian yang meluas di
peringkat antarabangsa.
Antara inisiatif yang diambil oleh PUSAKA dalam
memastikan kayu dan barangan kayu yang diimport dari
Indonesia adalah dari sumber yang sah termasuklah
memperketatkan kawalan dan pemeriksaan di kesemua
Stesyen Pemeriksaan di depo kayu Harwood Timber Sdn Bhd
di Sematan, Biawak, Tebedu, Batu Lintang dan Lubok Antu.
Aktiviti rondaan dan pemeriksaan juga turut dipertingkatkan
di kawasan sempadan Sarawak-Kalimantan dalam usaha
untuk membanteras sebarang kegiatan penyeludupan kayu
dari negara tersebut. Antara agensi kerajaan lain yang terlibat
dalam rondaan dan pemeriksaan tersebut adalah Polis DiRaja
Malaysia, Angkatan Tentera Malaysia, Kastam DiRaja
Malaysia, Jabatan Pengangkutan Jalan, Jabatan Laut, Jabatan
Imigresen dan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia.
Hasil daripada kerjasama tersebut, PUSAKA telah berjaya
mengendalikan sembilan kes yang melibatkan beberapa
pengimport kayu yang gagal mematuhi peraturan dan
prosidur berkaitan dengan kayu gergaji yang diimport dari
Indonesia sepanjang tahun 2006.
Pihak PUSAKA juga telah mengadakan beberapa
perbincangan dengan para pengimport kayu bagi
mendapatkan maklumat terkini di samping memberi
kesedaran serta mengingatkan mereka mengenai peraturan
dan prosidur yang perlu dipatuhi.
Preventive and Enforcement activities carried out by STIDC
were to enforce the provisions under “Sarawak Timber
Industry Development Corporation Ordinance, 1973 and
“The Sarawak Timber Industry (Registration) Regulations,
1999” to control the import and export of timber and timber
products to ensure that those involves with these activities
comply with the relevant regulations and procedures.
Throughout 2006, preventive and enforcement activities were
mainly focused on controlling the entry of timber and timber
products from Indonesia as this issue has attracted wide
attention at the international level.
Among the initiatives undertaken by STIDC in ensuring that
timber and timber products imported from Indonesia are from
legal source include stringent control and inspections at all
Inspection Stations at Harwood Timber Sdn Bhd depots at
Semantan, Biawak, Tebedu, Batu Lintang and Lubok Antu.
Patrol and inspection activities were also intensified along
the Sarawak-Kalimantan border areas in the effort to curb
any timber smuggling activities from taking place across the
border. Among other government agencies involved in the
patrol and inspection activities are the Royal Malaysian
Police, Malaysian Armed Forces, Royal Malaysian Custom,
Land Transport Department, Marine Department,
Immigration Department and Malaysian Maritime
Enforcement Agency. From the cooperation, STIDC has
successfully handled nine cases involving timber importers
who failed to comply with the procedures and regulations
relating to the import of sawn timber from Indonesia in 2006.
STIDC has also held discussions with timber importers to
obtain latest information as well as to create awareness and
to remind them of the regulations and procedures that they
have to comply with.
Aktiviti penguatkuasaan sedang dijalankan.
Enforcement activity being carried out.
PUSAKA LAPORAN TAHUNAN 200622
Pendaftaran & Perlesenan
Registration & Licensing
Pada tahun 2006, PUSAKA telah berjaya
mempertahankan pensijilan MS ISO 9001:2000 yang
dianugerahakan pada tahun 2004 khususnya bagi fungsi
pendaftarannya.
Sepanjang tahun 2006, PUSAKA terus giat mengadakan
kempen-kempen kesedaran kepada pihak awam dan
industri dalam usaha untuk memastikan syarikat-
syarikat yang terlibat dalam industri perkayuan
berdaftar dengan PUSAKA. Hasil daripada pengelolaan
Kempen Bertemu Pelanggan dan Program Perkongsian
Pintar dengan agensi-agensi kerajaan, sebanyak 322
buah syarikat telah berjaya didaftarkan dengan
PUSAKA, meningkat 21 peratus berbanding hanya 266
buah syarikat yang berdaftar pada tahun 2005.
Pindaan ke atas “Sarawak Timber Industry
Development Corporation Ordinance, 1973””telah
diwartakan dan akan berkuatkuasa pada 1 Januari 2007.
Dengan pindaan ini, maka ia akan memperkasakan
bidang kuasa PUSAKA dalam mengurangkan aktiviti
perdagangan kayu haram di negeri ini di samping
menjadi bukti kepada badan-badan bukan kerajaan
tentang komitmen dan pendirian PUSAKA dalam isu
berkenaan. Antara pindaan yang dibuat ialah penalti
bagi kesalahan TIDAK BERDAFTAR dengan
PUSAKA yang mana kadar penaliti telah dinaikkan
daripada RM2,000.00 kepada RM300,000.00.
Dalam pada itu, pengeluaran lesen kilang selain kilang
papan, yang akan diambil alih oleh PUSAKA daripada
Jabatan Hutan akan memantapkan lagi proses
pentadbiran sektor perkayuan tempatan di masa hadapan
dan dijangka akan dilaksanakan berkuatkuasa awal
tahun 2008.
Aktiviti Pendaftaran dan Pelesenan kini semakin
berkembang dan dengan pengambil alihan bidang kuasa
baru tersebut membuktikan keyakinan kerajaan atas
kemampuan PUSAKA dalam menyelaraskan industri
perkayuan di Sarawak.
In 2006, STIDC successfully retained its MS ISO 9001:2000
certificate obtained in 2004 particularly on its Registration
function.
Throughout 2006, STIDC had actively conducted awareness
campaigns in its effort to encourage the wood based
industries to be registered with STIDC. As the result of the
Meet the Customers Campaign and Smart Partnership
Program with various government agencies, the number of
companies registered with STIDC has increased by 28
percent, an increase from 266 in 2005 to 322 companies in
2006.
The amendments to “Sarawak Timber Industry Development
Corporation Ordinance, 1973” has been gazetted and will
be effective 1st January, 2007. Through this amendment,
STIDC hopes to strengthen its regulations especially in its
effort to combat illegal timber trade activities in the state.
The amendments among others also reviewed the penalty
charged against UNREGISTERED wood based companies
from RM2,000.00 to RM300,000.00.
Meanwhile, the issuance of mills license, other than sawmills,
of which will be taken over by STIDC from the Forests
Department is expected to boost the administration of the
local wood based sector in the future and it is expected to
be implemented in 2008.
The role of STIDC in Licensing and Registration activities
is becoming increasingly important especially with the newly
assigned function. This marks another milestone in the
STIDC effort to ensure effective management of the wood
based industries in Sarawak.
232006 ANNUAL REPORT STIDC
Pejabat-pejabat Bahagian & Perhubungan
Divisional & Liaison Offices
Sebagai penggerak kepada pertumbuhan dan pembangunan
industri perkayuan di Sarawak, PUSAKA sekali gus
bertanggungjawab untuk memastikan perkhidmatan yang
diberikan kepada pelanggan adalah yang terbaik dan
berkualiti. Ini termasuklah memastikan kelancaran aktiviti-
aktiviti pentadbiran di bahagian-bahagian negeri Sarawak.
Peranan inilah yang dimainkan oleh pejabat-pejabat bahagian
dan pejabat-pejabat perhubungan PUSAKA yang terletak di
Sibu, Sarikei, Tanjung Manis, Mukah, Miri, Bintulu, Miri
dan Limbang.
Berikut ialah aktiviti-aktiviti utama yang dijalankan oleh
pejabat-pejabat bahagian PUSAKA:
• Memantau perkembangan industri berasaskan kayu di
peringkat pejabat bahagian
• Melaksanakan Peraturan-peraturan Pemeringkatan
bagi kayu bergergaji
• Melaksanakan “The Sarawak Timber Industry
(Registration) Regulations, 1999”
• Menerima, memproses dan mengeluarkan permit
eksport barangan kayu
• Melaksanakan Program Pembangunan Vendor Perabot
• Mengumpul data mengenai tenaga kerja dan latihan
perindustrian dalam sektor perkayuan
• Memantau kemajuan konsesi lesen hutan PUSAKA
As the agent of growth and catalyst to the Sarawak timber
industry, it is ultimately STIDC’s responsibility to provide
the highest quality of service to its customers. This includes
ensuring the smooth flow of our administrative activities
throughout the divisions in Sarawak.
These are the roles played by STIDC divisional and liaison
offices which had been strategically set up in Sibu, Sarikei,
Tanjung Manis, Mukah, Miri, Bintulu, Miri dan Limbang.
The followings are the main activities carried out by our
offices at the divisional level:
• To monitor the development of the wood based industry
in their areas
• To implement sawn timber Grading Rules
• To implement “The Sarawak Timber Industry
(Registration) Regulations, 1999”
• To receive, process and issue export license for wood
products
• To implement Furniture Vendor Development Program
• To collect data on industry workforce and industrial
trainings for the wood based sector
• To monitor the progress of STIDC forest license
concession
Pelancaran Safari Memancing Tanjung Manis 2006.
The launching of Tanjung Manis Fishing Safari 2006.
Kontijen PUSAKA semasa Perbarisan Hari Jadi Tuan Yang
Terutama Negeri Sarawak Yang Ke-86 di Sibu.
STIDC contigent during the 86th Birthday Parade of the Tuan Yang
Terutama Negeri Sarawak in Sibu.
PUSAKA LAPORAN TAHUNAN 200624
Pelaburan Korporat
Corporate Investment
Pelaburan-pelaburan korporat PUSAKA pada tahun 2006 adalah seperti berikut:The followings were STIDC corporate investments in 2006:
Anak-anak syarikat dan aktiviti-aktiviti utama/Subsidiary companies and principal activities:
Harwood Timber Sdn Bhd Penjualan balak, pengeluaran dan penjualan kayu gergaji
Sale of logs, production and sale of sawn timber
STIDC Belian Holdings Sdn Bhd Perdagangan balak
Logs trading
Hillog Sdn Bhd Pertukangan kayu dan perkhidmatan pemprosesan kayu yang berkaitan
Woodworking and related timber processing services
Tanjung Manis Shipping Sdn Bhd Pengangkutan dan perkhidmatan dermaga, perdagangan bahan-bahan binaan
dan kerja pembinaan, sewaan bot laju dan kolam balak.
Transportation and wharfing services, trading in construction materials and
construction works, renting of speedboat and log ponds.
Tanjung Manis Sawmill Sdn Bhd Perdagangan kayu bakau dan sewaan kilang papan, kilang dan mesin.
Trading in peat swamp logs and letting of sawmill, plant and machinery.
Tanjung Manis Development Sdn Bhd Perkhidmatan pengurusan projek dan kerja pembinaan.Project management
services and construction works.
Tanjung Manis Furniture Sdn Bhd Pembuatan perabot
Furniture manufacturing
Saratim Insurance Agency Agensi insurans
Services Sdn Bhd Insurance agency
Tanjong Manis Realty Sdn Bhd Pemasaran, pengurusan dan penjualan rumah dan lot kosong di Sumber Alam
Sanctuary.
Marketing, managing and selling of houses and detached lots at Sumber Alam
Sanctuary
Elmhurst Sdn Bhd Kerja-kerja lanskap, pembinaan jalan dan penanaman semula hutan.
Landscaping, road construction and reforestation works.
Tanjong Manis Moulding Ind. Sdn Bhd Pembuatan produk-produk komposit plastik kayu
Manufacturing wood plastic composite products
Tanjong Manis Resources Sdn Bhd Pembuatan dan eksport kayu racik
Manufacturing and exportation of woodchips
Hornbill Skyways Sdn Bhd Perkhidmatan penerbangan
Aviation services
Teratim Sdn Bhd Pembalakan
Logging
252006 ANNUAL REPORT STIDC
Syarikat-syarikat Bersekutu dan aktiviti-aktiviti utama/Associate companies and principal activities:
Amra Timbers Sdn Bhd Konsesi pembalakan/ Logging concession
Balamra Sdn Bhd Konsesi pembalakan/ Logging concession
Houting Sdn Bhd Konsesi pembalakan/ Logging concession
Kestrel Sdn Bhd Konsesi pembalakan/ Logging concession
Tinamou Sdn Bhd Konsesi pembalakan/ Logging concession
Bintulu Adhesives & Chemicals Pembuatan dan penjualan gam dan bahan pelekat
Sdn Bhd Manufacturing and sales of glue and adhesives
Shin Yang Industries (Bintulu) Pengekstrakan dan pemasaran kayu
Sdn Bhd Extraction and marketing of timbers
PUSAKA KTS Forests Ladang kelapa sawit dan penanaman semula hutan
Plantation Sdn Bhd Palm oil plantation and reforestation
Selah Timber Sdn Bhd Konsesi pembalakan
Logging concession
Shin Yang Plywood (Bintulu) Sdn Bhd Pembuatan papan lapis hiasan dan produk-produk kayu yang berkaitan
Manufacturing of decorative plywood and other wood related products
Syarikat-syarikat Lain/ Other companies and principal activities:
Daiken Sarawak Sdn Bhd Pembuatan papan fiber berketumpatan sederhana
Production of medium density fiberboard (MDF)
Kuching Hotels Sdn Bhd Hotel dan kompleks beli belah
Hotel and shopping complex
GOS Management Holding Sdn Bhd Pegangan pelaburan
Investment holding
Kion Ling Timber-Based Industries Bhd Pemprosesan dan perdagangan kayu
Timber processing and trading
Sarawak Pulp Industries Sdn Bhd Ladang kelapa sawit
Palm oil plantation
Keresa Timber Corporation Sdn Bhd Pengekstrakan dan penjualan kayu balak
Extraction and sales of logs
PUSAKA LAPORAN TAHUNAN 200626
PUSAKA Dalam Akhbar 2006
26
272006 ANNUAL REPORT STIDC
STIDC In The News 2006
27
PUSAKA LAPORAN TAHUNAN 200628
This page has been intentionally left blank
Penyata KewanganFinancial Statements
Contents
Board Members, Officers and Professional Advisors 30
Statement by Chairman and a Board Member 31
Statutory Declaration 32
Auditors’ Report 33
Balance Sheets 34
Income Statements 35
Consolidated Statement of Changes in Equity 36
Statement of Changes in Equity 37
Cash Flow Statements 38
Notes to the Financial Statements 40