kambing boer ppk slim river -...

3
ekalan daging kambing untuk keperluan dalam Negara adalah amat terhad. Justeru itu, Malaysia hanya mampu membekal permintaan terhadap daging kambing tidak sampai 10 peratus. Selebihnya diimport dari Australia dan negara-negara jiran lain seperti Indonesia, Vietnam dan sebagainya yang mempunyai jumlah ternakan yang banyak berbanding dengan Malaysia. Dijangkakan, Malaysia akan mengambil sekurang-kurangnya masa 10 tahun untuk memenuhi bekalan permintaan daging kambing secara meluas. Sekiranya tiada usaha gigih dilaksanakan bagi mengatasinya. Kambing Boer PPK Slim River Oleh : Shahzunizam Bin Zulkafli (Ibu Pejabat LPP) [email protected] B Bagi mencapai matlamat tersebut, satu program pembiakan perlu dilakukan secara agresif dan intensif. Program yang dijalankan meliputi dari aspek pembiakan, pemakanan, kesihatan ternakan dari pelbagai penyakit dan pemasaran. Kerajaan senantiasa menekankan tentang kepentingan program-program sedemikian yang boleh membantu mengembangkan industri ternakan kambing di Malaysia. Terdapat banyak arahan-arahan yang berkaitan kearah meningkatkan jumlah ternakan yang telah dikeluarkan oleh kerajaan kepada syarikat berkaitan kerajaan atau Government-Linked Company (GLC) agar beralih kepada industri ternakan dan 7 Lahir Peladang Progresif http://www.lpp.gov.my

Upload: vanhuong

Post on 02-Mar-2019

236 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: Kambing Boer PPK Slim River - 103.8.163.254103.8.163.254/document/upload/UKzU8d9Mt2ZI2ydkdZhmOtw6RMkoY2zH.pdf · Kangsar Perak, PT Lembah Hijau Multifarm Solo, Indonesia, Projek Kaprima,

7Lahir Peladang Progresif

http

://w

ww.

lpp.

gov.m

y

ekalan daging kambing untuk keperluan dalam Negara adalah amat terhad. Justeru itu, Malaysia hanya mampu membekal permintaan terhadap daging

kambing tidak sampai 10 peratus. Selebihnya diimport dari Australia dan negara-negara jiran lain seperti Indonesia, Vietnam dan sebagainya yang mempunyai jumlah ternakan yang banyak berbanding dengan Malaysia. Dijangkakan, Malaysia akan mengambil sekurang-kurangnya masa 10 tahun untuk memenuhi bekalan permintaan daging kambing secara meluas. Sekiranya tiada usaha gigih dilaksanakan bagi mengatasinya.

Kambing Boer PPKSlim River

Oleh : Shahzunizam Bin Zulkafli (Ibu Pejabat LPP)[email protected]

B

Bagi mencapai matlamat tersebut, satu program pembiakan perlu dilakukan secara agresif dan intensif. Program yang dijalankan meliputi dari aspek pembiakan, pemakanan, kesihatan ternakan dari pelbagai penyakit dan pemasaran. Kerajaan senantiasa menekankan tentang kepentingan program-program sedemikian yang boleh membantu mengembangkan industri ternakan kambing di Malaysia. Terdapat banyak arahan-arahan yang berkaitan kearah meningkatkan jumlah ternakan yang telah dikeluarkan oleh kerajaan kepada syarikat berkaitan kerajaan atau Government-Linked Company (GLC) agar beralih kepada industri ternakan dan

7Lahir Peladang Progresif

http

://w

ww.

lpp.

gov.m

y

Page 2: Kambing Boer PPK Slim River - 103.8.163.254103.8.163.254/document/upload/UKzU8d9Mt2ZI2ydkdZhmOtw6RMkoY2zH.pdf · Kangsar Perak, PT Lembah Hijau Multifarm Solo, Indonesia, Projek Kaprima,

8 Lahir Peladang Progresif

Berita Transformasi Pertanian

tani. Sehingga hari ini, seruan kerajaan telah disahut oleh syarikat-syarikat korporat dengan memulakan rancangan mereka untuk menerokai industri ini didalam memenuhi matlamat tersebut.

Bagi merealisasikan hasrat yang disarankan oleh Kerajaan, Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK) Slim River, Perak yang ditubuhkan dengan bertujuan untuk memajukan ekonomi dan kebajikan ahli serta usahawan peladang telah mula merangka program dengan penglibatan kepada projek ternakan kambing khasnya kambing boer untuk pasaran tempatan.

Berdasarkan sejarah, asal usul Kambing Boer pada dasarnya tidak begitu jelas, tetapi ramai penyelidik mempercayai ia mempunyai gene pool dari pelbagai baka terutama kambing asli Afrika yang menjadi binatang ternak suku Namaqua Hottentots dan suku asli yang berhijrah dipanggil ‘Souhtern Bantu’. Di percayai juga terdapat pengaruh kambing dari India, Angora dan Eropah. Kelahiran kambing polled (tidak bertanduk) dipercayai mempunyai pengaruh baka kambing susu dari Eropah.

Justeru itu, pada 4 Ogos 2007 PPK Slim River Perak mula mengambil ketetapan dan keputusan untuk melaksanakan projek ternakan kambing boer diatas tanah seluas 6.1 hektar di kawasan Intergrasi Agro Peladang, Sungai Belau berdekatan dengan Sungkai Perak. Projek ini diterajui

Pengurus Besar PPK Slim River iaitu Haji Rosli bin Mohd Ghaus dan di bantu oleh Encik Ishak bin Ahamad serta dua (2) orang pekerja. Ahli-ahli Projek ternakan kambing boer ini terdiri daripada empat orang usahawan iaitu Puan Salina binti Samsudin, Encik Seli bin Ali, Encik Hashim bin Ishak dan Encik Ismail bin Ibrahim. Projek tersebut merupakan salah satu daripada 15 projek ladang intergrasi PPK seperti nenas, nangka, kelapa sawit, koko, kelapa dan lain-lain yang dijalankan mengikut fasa diatas tanah PPK Slim River seluas 40 hektar yang mengikut fasa.

Fasa pertama pelaksanaan adalah merangkumi modal permulaan dikeluarkan oleh usahawan yang menyertai Program ini sebanyak RM 40,000.00 sebagai ekuiti. Sebanyak RM 372,000.00 lagi disalurkan oleh kerajaan melalui Lembaga Pertubuhan Peladang. Peruntukan yang ada digunakan untuk membeli 147 induk baka kambing boer dari Australia dan pembinaan infrastuktur termasuklah mengadakan ladang padang rumput dan pembinaan rumah pekerja. Peruntukan tersebut juga dibelanjakan untuk pembersihan tapak projek ternakan dan pembinaan pagar bagi mengelakkan ternakan terdedah kepada bahaya binatang liar seperti anjing dan lain-lain.

PPK amat meniitik beratkan aspek pembinaan kandang kerana kandang kambing tidak sesuai di tanah disebabkan peratus penyebaran penyakit didapati tinggi. Atas alasan itulah mengapa kandang yang di bina tinggi daripada tanah. Selain itu kandang tinggi, dapat memberi sistem pengedaran udara yang baik dan memudahkan dicuci.

Atas daya usaha dan ketekunan, kini terdapat 168 ekor kambing boer yang telah sedia untuk dipasarkan kepada pelanggan yang ingin mendapatkan kambing boer untuk pelbagai tujuan seperti akikah, korban dan dijadikan ternakan. Bagi memantapkan projek di fasa pertama ini, PPK Slim River senantiasa mencari formula yang terbaik untuk mengemaskini kandang-kandang yang sedia ada. Walau bagaimanapun, ia memerlukan kos yang tinggi dan perancangan yang rapi perlu dibuat sebelum kerja-kerja pengemaskini di jalankan oleh pihak pengurusan.

8 Lahir Peladang Progresif

Berita Transformasi Pertanian

Page 3: Kambing Boer PPK Slim River - 103.8.163.254103.8.163.254/document/upload/UKzU8d9Mt2ZI2ydkdZhmOtw6RMkoY2zH.pdf · Kangsar Perak, PT Lembah Hijau Multifarm Solo, Indonesia, Projek Kaprima,

9Lahir Peladang Progresif

http

://w

ww.

lpp.

gov.m

y

Sementara itu, fasa kedua pelaksanan projek perancangan bagi menambah kapasiti induk kambing boer sebanyak 400 ekor lagi dan membina ladang yang sesuai untuk pembesaran kandang kambing ini. Semua yang dilaksanakan ini adalah bertujuan untuk mencapai matlamat PPK Slim River untuk menjadi pembiak baka kambing berkualiti untuk para usahawan dan ahli PPK diseluruh Malaysia supaya kambing-kambing ini dapat membiak sehingga 1800 ekor sebelum di pasarkan menjelang tahun 2012.

Bagi menambahkan kefahaman serta minat kepada pegawai-pegawai dan usahawan-usahawan, mereka telah menghadiri beberapa siri kursus dan lawatan kerja yang berkaitan dengan ternakan kambing boer. Antaranya Kursus Teknologi Penternakan Kambing, Kursus Penternakan Kambing di Ladang Boden Negeri Sembilan, Lawatan Agrofit di Pengkalan Hulu, Perak, Projek Ternakan kambing ECER, Pekan Pahang, Syamille Agro Farm, Kuala Kangsar Perak, PT Lembah Hijau Multifarm Solo, Indonesia, Projek Kaprima, Terengganu dan Ladang Kamadenu Farm di Chenderiang, Tapah. Kesemua kursus ini diharapkan dapat menambahkan ilmu pengetahuan didalam mendalami ilmu ternakan kambing Boer. Selain itu, ia akan dapat membuka minda Usahawan dan Pihak Pengurusan didalam merencanakan teknologi terbaru bagi mengembangkan industri ternakan kambing boer dimasa hadapan.

Selain mendapat pendedahan melalui kursus yang sesuai, Usahawan dan Pihak Pengurusan PPK Slim River juga mendapatkan khidmat nasihat daripada LPP Negeri Perak dan Jabatan Perkhidmatan Verterinar Slim River bagi menangani masalah-masalah yang timbul. Tindakan yang di ambil oleh kedua-dua pihak ini amat baik dan bertetapan sekali. Tindakan ini sedikit sebanyak telah membakar semangat Pihak Pengurusan dan Usahawan untuk terus mengembangkan projek tersebut dari semasa ke semasa. Disiplin yang ketat diamalkan supaya projek mencapai kejayaan.

Rutin harian pekerja-pekerja ialah membuat pemeriksaan ternakan kambing daripada sebarang penyakit yang boleh menjangkiti ternakan. Pekerja-pekerja juga akan memotong dan memberi makan rumput napier yang dicampur bersama dedak kepada ternakan. Selain itu kerja-kerja pembersihan kandang kambing dilakukan supaya kambing-kambing ini terhindar daripada sebarang penyakit.

PPK Slim River dan Usahawan telah bersetuju agihan keuntungan hasil projek kambing boer ini akan di bahagi melalui kaedah 40 peratus kepada usahawan dan 60 peratus untuk pengurusan PPK Slim River. Melalui kaedah ini pihak pengurusan dapat meningkatkan tabungan di PPK dan secara tidak langsung akan membantu ahli-ahli PPK yang lain. PPK Slim River senantiasa menggalakan ahli-ahlinya menceburi bidang ternakan kambing kerana ia dapat memberi pulangan yang baik sekiranya diusahakan dengan betul.

Harapan begitu tinggi diletakkan oleh Pihak Pengurusan PPK Slim River dan Usahawan-Usahawan agar membangunkan ladang ternakan dijadikan sebagai pusat pengeluaran kambing boer secara bersepadu untuk seluruh Pertubuhan Peladang Kawasan. PPK bersama Usahawan juga berhasrat untuk mengeluarkan ubat-ubatan yang sesuai dengan jenama yang tersendiri untuk ternakan kambing boer ini. PPK Slim River merancang mendirikan kilang makanan dari pelepah kelapa sawit untuk dijadikan palet kepada ternakan kambing boer melalui pembiayaan sendiri atau secara kerjasama.

9Lahir Peladang Progresif

http

://w

ww.

lpp.

gov.m

y