kajian tindakan-komponen

16
1.0 REFLEKSI PENGALAMAN YANG LALU Komponen elektronik adalah salah satu topik dalam mata pelajaran. Kemahiran Hidup Sekolah Rendah Tahun 4 hingga 6. Pengalaman saya mengajar topik ini pada satu tahun yang lepas adalah murid-murid tahun 4 sukar mengingat komponen elektronik. Sewaktu meyemak latihan murid, didapati mereka tidak dapat menjawab soalan latihan yang diberi dengan betul. Murid-murid mengeliru tentang nama, simbol dan fungsi komponen tertentu. Tajuk ini dianggap sukar oleh pelajar kerana melibatkan banyak komponen elektronik yang perlu diingat. Tambahan pula, terdapat beberapa komponen elektronik yang mempunyai lebih dari satu simbol yang hampir serupa dan ada komponen mempunyai lebih dari satu fungsi. Ini telah mengelirukan murid untuk memahami tajuk ini. Jika masalah ini tidak diatasi, murid-murid tidak akan memahami kompenon elektronik apabila sampai ke tahun 6 nanti. Oleh itu, kajian tindakan perlu

Upload: ying-yin

Post on 11-Aug-2015

192 views

Category:

Documents


20 download

TRANSCRIPT

Page 1: kajian tindakan-komponen

1.0 REFLEKSI PENGALAMAN YANG LALU

Komponen elektronik adalah salah satu topik dalam mata pelajaran.

Kemahiran Hidup Sekolah Rendah Tahun 4 hingga 6. Pengalaman saya

mengajar topik ini pada satu tahun yang lepas adalah murid-murid tahun 4 sukar

mengingat komponen elektronik. Sewaktu meyemak latihan murid, didapati

mereka tidak dapat menjawab soalan latihan yang diberi dengan betul. Murid-

murid mengeliru tentang nama, simbol dan fungsi komponen tertentu. Tajuk ini

dianggap sukar oleh pelajar kerana melibatkan banyak komponen elektronik

yang perlu diingat. Tambahan pula, terdapat beberapa komponen elektronik

yang mempunyai lebih dari satu simbol yang hampir serupa dan ada komponen

mempunyai lebih dari satu fungsi. Ini telah mengelirukan murid untuk

memahami tajuk ini.

Jika masalah ini tidak diatasi, murid-murid tidak akan memahami

kompenon elektronik apabila sampai ke tahun 6 nanti. Oleh itu, kajian tindakan

perlu dijalankan agar guru dapat membantu murid mengatasi masalah tersebut

dengan berkesan. Dengan aktiviti yang dirancangkan, diharap murid dapat

menjawab soalan-soalan tentang komponen elektronik dengan berkesan.

2.0 FOKUS KAJIAN

Fokus terhadap masalah murid-murid untuk mengenalpasti nama, simbol,

rupa sebenar dan fungsi komponen elektrik. Masalah ini menyebabkan pelajar

tidak dapat menjawab soalan-soalan peperiksaan yang berkaitan dengan tajuk

elektronik.

Page 2: kajian tindakan-komponen

Antara kesilapan murid-murid yang dialami oleh mereka ialah:

i. Kesilapan menamakan komponen berdasarkan rupa sebenar dan

simbol.

ii. Kesilapan mengenal pasti atau melukiskan simbol berdasarkan rupa

sebenar atau namanya.

iii. Kesilapan menyatakan fungsi komponen berdasarkan nama, rupa

sebenar atau simbolnya.

3.0 OBJEKTIF KAJIAN

Selepas kajian ini dijalankan murid diharapkan mencapai objektif berikut:

3.1 Objektif Umum

Meningkatkan kefahaman dan kemahiran mengingat nama, rupa sebenar,

simbol dan fungsi setiap komponen elektronik.

3.2 Objektif Khusus

Murid-murid dapat menjawab soalan-soalan peperiksaan yang berkaitan

dengan komponen elektronik.

4.0 KUMPULAN SASARAN

Kumpulan sasaran terdiri daripada 30 orang murid dari Tahun 4A.

Page 3: kajian tindakan-komponen

5.0 PELAKSANAAN KAJIAN

5.1 Tinjauan Masalah

5.1.1 Menyemak Buku Latihan

Berdasarkan pengalaman mengajar pada tahun lepas, terdapat ramai

murid kurang kefahaman terhadap topik komponen elektrik ini. Saya

memulakan tinjauan masalah ini dengan menyemak buku latihan murid

untuk menilai sejauh mana amalan saya dalam pengajaran dan

pembelajaran berkesan atau tidak. Didapati bahawa murid-murid kurang

jelas terhadap nama, simbol dan fungsi sesuatu komponen elektrik,

banyak kesilapan dibuat dalam latihan yang diberi.

5.1.2 Ujian Lisan

Saya telah menjalankan ujian lisan kepada setiap murid untuk mengesan

tahap penguasaan murid terhadap komponen elektrik. Saya meminta

murid menyebut nama ataupun fungsi sesuatu komponen elektronik

berdasarkan kad gambar yang saya tunjukkan. Akhirnya, saya dapati

hampir 100% murid tidap dapat menguasai tajuk ini dengan sepenuhnya.

5.1.3 Ujian Pra

Untuk mendapat data yang lebih tepat dan sah, saya telah mengadakan

Ujian Pra. Setiap murid dikehendaki menjawab kertas soalan yang

diberikan.

Page 4: kajian tindakan-komponen

5.2 Tindakan Yang Dijalankan

i. Aktiviti 1 - Mengenalpasti nama dan rupa sebenar komponen

elektronik .

ii. Aktiviti 2 - Menyatakan nama, simbol dan fungsi komponen

elektronik.

iii. Ujian Pasca

Kesemua aktiviti ini dijalankan dengan 3 sesi Pengajaran dan Pembelajaran (60 minit

setiap sesi).

5.2 Pelaksanaan Tindakan, Pemerhatian dan Refleksi

5.2.1 Aktiviti 1 - Mengenalpasti nama dan rupa sebenar komponen

elektronik .

Aktiviti ini diperkenalkan kepada murid untuk meningkatkan kefahaman

tentang nama dan rupa sebenar komponen elektronik. Semasa menjalankan

aktiviti ini, saya mengarahkan murid-murid menyediakan buku teks

sebagai rujukan. Cara pelaksanaan adalah seperti berikut:

Langkah 1: Murid dibahagikan 6 kumpulan, setiap kumpulan mempunyai

5 orang murid.

Langkah 2: Guru memberi kertas Dam Ular kepada setiap kumpulan.

Langkah 3: Setiap kumpulan diminta menulis nama komponen

elektronik di dalam kertas Dam. Untuk komponen yang hanya

Page 5: kajian tindakan-komponen

memberi nama, murid dikehendaki melukis gambar

kompenen tersebut. Murid boleh merujuk buku teks semasa

melukis gamabar tersebut.

Langkah 4: Murid dikehendaki mewarnakan setiap komponen elektronik

yang dilukis.

Langkah 5: Setelah menyiapkan, guru mengadakan perbincangan

berdasarkan kertas Dam Ular tersebut.

Pemerhatian:

Pengajaran dapat dijalankan dengan lancar. Semua murid seronok

menjalankan aktiviti ini. Mereka juga bersungguh-sungguh mencari nama ,

melukis dan mewarnakan gambar komponen elektronik. Masalah bising

juga dapat dikurangkan kerana semua murid mengambil peluang untuk

mencari jawapan mereka.

Refleksi:

Murid-murid pada awalnya mengeluh kerana mereka menjangkakan perlu

membuat amali elektronik sekali lagi. Apabila diterangkan dengan jelas,

barulah mereka faham apa yang perlu dibuat. Semasa penerangan diberi,

murid memberi tumpuan sepenuhnya. Semua murid mengambil bahagian

dalam sesi perbincangan.

Page 6: kajian tindakan-komponen

5.2.2 Aktiviti 2 - Menyatakan nama, simbol dan fungsi komponen

elektronik.

Selepas melaksanakan aktiviti 1, murid diberi masa seminggu

untuk membaca dan menghafal komponen elektronik yang berkaitan.

Aktiviti 2 diperkenalkan kepada murid untuk meningkatkan

kefahaman murid tentang nama, simbol dan fungsi kompenen

elektronik. Permainan Dam Ular adalah permainan tradisional yang

menyeronokan murid-murid. Ini dapat memupuk keminatan murid

untuk belajar bersungguh-sungguh demi mendapat kemenangan.

Kumpulan yang menang akan mendapatkan hadiah. Cara pelaksanaan

adalah seperti berikut:

Langkah 1: Murid dibahagikan 6 kumpulan, setiap kumpulan

mempunyai 5 orang murid.

Langkah 2: Guru memberi kertas Dam Ular yang disiapkan oleh

murid-murid pada minggu lepas kepada setiap

kumpulan.

Kemudian, setiap kumpulan mengambil sebiji dadu.

Langkah 3: Guru menerangkan peraturan-peraturan permainan Dam

Ular kepada murid-murid.

Langkah 4: Pertandingan ini bermula dari kumpulan satu, seorang

murid memusingkan dadu, murid mengerakkan catur di

atas kertas Dam Ular sendiri mengikut nombor. Jika

Page 7: kajian tindakan-komponen

catur berada di tempat yang ada soalan. Murid itu

dikehendaki menjawab soalan tersebut. Sekiranya

jawapan yang diberikan salah, rakan sekumpulan boleh

menolong untuk menjawab. Jika kumpulan itu tidak

dapat menjawab soalan tersebut, catur akan diturun ke

bawah mengikut arah yang ditujukan.

Langkah 5: Langkah 3 diulang oleh kumpulan lain mengikut giliran

sehingga mereka menghabiskan semua nombor di atas

kertas dam ular. Tempat pertama akan dimenang oleh

kumpulan yang cepat menghabiskan permainan dam ular

ini. Kumpulan lain akan meneruskan permainan ini

sehinggalah tempat kedua dan ketiga dilahirkan.

Langkah 6: Selepas itu, guru mengadakan perbincangan berdasarkan

soalan-soalan yang dikemukakan di atas kertas dam ular.

Pemerhatian:

Kelihatan murid-murid seronok bermain permainan Dam Ular ini. Pada

awalnya, masalah bising wujud di kalangan murid kerana mereka sedang

berbincang permainan ini dengan rakan sekumpulan. Kadang-kadang

murid mengambil masa lebih daripada 5 minit untuk menjawab soalan.

Jika jawapan diberi salah, rakan sekumpulan mengambil masa yang lama

untuk mendapatkan jawapan yang betul. Namun, aktiviti ini dijalankan

dengan berkesan kerana semua murid bersedia untuk disoal.

Page 8: kajian tindakan-komponen

Refleksi:

Terdapat beberapa murid yang berkeyakinan tinggi untuk menjawab

soalan walaupun jawapan yang diberikan kurang tepat. Ini menunjukkan

aktiviti ini sedikit sebanyak meningkatkan tahap keyakinan murid.

Saya bangga kerana kebanyakan murid dapat menjawab soalan yang

dikemukakan di dalam kertas Dam Ular dengan baik. Ini menunjukkan

kefahaman mereka terhadap komponen elektronik telah ditingkatkan.

5.2.3 Aktiviti 3 - Ujian Pasca

Ujian Pasca diberikan kepada pelajar selepas menjalankan aktiviti 1 dan

2. Ujian ini mengambil masa sebanyak 40 minit. Sebelum ujian

dilaksanakan, saya memberi masa 10 minit untuk murid membaca nota

komponen elektronik. Soalan-soalan ujian ini melibatkan perkara-

perkara seperti berikut:

(i) Namakan komponen elektronik.

(ii) Melukis simbol komponen elektronik.

(iii) Memadankan fungsi komponen elektronik mengikut gambar.

Pemerhatian:

Refleksi:

Page 9: kajian tindakan-komponen

Tindakan Yang Dicadangkan

Perancangan Tindakan

Perancangan Cara Mengumpulkan Data

Perancangan Cara Menganalisis Data

Perancangan Pelaksanaan Kajian

Perancangan Pelaksanaan Kajian

Rujukan

Lampiran