kajian tindak balas bahan kimia ke atas pelbagai jenis … tindak balas... · 2015. 5. 15. ·...
TRANSCRIPT
i
KAJIAN TINDAK BALAS BAHAN KIMIA KE ATAS PELBAGAI JENIS
FABRIK UNTUK MENGHASILKAN TEKSTURA
LEE SIEW HSIA
Projek ini merupakan salah satu keperluan untuk
Ijazah Sarjana Seni Gunaan Dengan Kepujian
(Teknologi Seni Reka Tekstil dan Fesyen)
Fakulti Seni Gunaan dan Kreatif
UNIVERSITI MALAYSIA SARAWAK
2007
ii
UNIVERSITI MALAYSIA SARAWAK
BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS/LAPORAN
JUDUL: KAJIAN TINDAK BALAS BAHAN KIMIA KE ATAS PELBAGAI JENIS
FABRIK UNTUK MENGHASILKAN TEKSTURA
SESI PENGAJIAN: 2004/2005
Saya LEE SIEW HSIA
mengaku membenarkan tesis/Laporan * ini disimpan di Pusat Khidmat Maklumat
Akademik, Universiti Malaysia Sarawak dengan syarat-syarat kegunaan seperti berikut:
1. Tesis/Laporan adalah hakmilik Universiti Malaysia Sarawak
2. Pusat Khidmat Maklumat Akademik, Universiti Malaysia Sarawak dibenarkan
membuat salinan untuk tujuan pengajian sahaja
3. Pusat Khidmat Maklumat Akademik, Universiti Malaysia Sarawak dibenarkan
membuat pendigitan untuk membangunkan Pangkalan Data Kandungan Tempatan
4. Pusat Khidmat Maklumat Akademik, Universiti Malaysia Sarawak dibenarkan
membuat salinan tesis/laporan ini sebagai bahan pertukaran antara institusi
pengajian tinggi
5. *sila tandakan
Disahkan
__________________________ ___________________________
Tandatangan Penulis Tandatangan Penyelia
Tarikh: Tarikh:
Alamat Tetap:
P.O.Box 78,
89608 Papar, Sabah.
Catatan: *Tesis/Laporan dimaksudkan sebagai tesis bagi Ijazah Doktor Falsafah, Sarjana dan Sarjana Muda
*Jika Tesis/Laporan ini SULIT atau TERHAD, sila lampirkan surat daripada pihak berkuasa
Organisasi berkenaan dengan menyatakan sekali sebab dan tempoh tesis/laporan ini perlu dikelaskan
Sebagai SULIT atau TERHAD
(Mengandungi maklumat yang berdarjah
keselamatan atau kepentingan seperti termaktub di
dalam AKTA RAHSIA RASMI 1972)
(Mengandungi maklumat Terhad yang telah ditentukan
oleh Organisasi/badan di mana penyelidikan dijalankan) SULIT TERHAD
SULIT
TIDAK TERHAD
iii
Projek bertajuk “Kajian Tindak Balas Bahan Kimia Ke Atas Pelbagai Jenis Fabrik
Untuk Menghasilkan Tekstura” telah disediakan oleh Lee Siew Hsia dan telah
diserahkan kepada Fakulti Seni Gunaan dan Kreatif sebagai memenuhi syarat untuk Ijazah
Sarjana Muda Seni Gunaan dengan Kepujian (Teknologi Seni reka Tekstil dan Fesyen)
Diterima untuk diperiksa oleh:
__________________________
(Dr. Nazlina Shaari)
Tarikh:
__________________________
iv
Penghargaan
Saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih terutama kepada penasihat saya iaitu Dr.
Nazlina Shaari yang telah memberi banyak tunjuk ajar dan bimbingan sepanjang saya
menjalankan penyelidikan ini.
Di samping itu, saya juga ingin memberi penghargaan kepada pensyarah lain yang
turut membimbing serta menyumbang idea dalam menyiapkan penyelidikan saya terutamanya
Cik Norhayati Suleiman, Prof. Madya Dr. Haji Khairul Aidil Azlin dan En. Louis Ringah Ak
Kanyan.
Tidak lupa juga kepada kedua-dua tutor program fesyen dan tekstil iaitu Cik Dayang
Marinawati Bt. A. Mohd. Reduan dan Puan Faridah bt. Maqbool Rahman yang telah banyak
memberi sokongan dan cadangan yang diperlukan sewaktu saya dalam keadaan tegang dan
keliru.
Selain daripada itu, saya juga ingin memberi mengucapkan terima kasih keluarga saya
yang telah banyak memberi sokongan dalam bentuk kewangan bagi menyiapkan penyelidikan
ini. Tidak lupa juga kawan-kawan yang telah menghulurkan bantuan dan sokongan kepada
saya.
v
Abstrak
Kajian ini tertumpu kepada penghasilan tekstura daripada penggunaan bahan-bahan kimia.
Eksperimen ini telah dijalankan untuk mengenalpasti reaksi bahan-bahan kimia dengan fabrik.
Teknik shibori, ikat dan jahitan digunakan untuk menghasilkan tekstura yang berbentuk 3D
pada permukaan fabrik. Kajian ini juga telah berjaya mengenalpasti bahan kimia yang dapat
menambah nilai astetik yang baru tanpa merosakan kualiti fabrik.
vi
Abstract
This research is focused on producing textures by using chemical substances. The analysis
covers identification of chemical reaction with new fabrics. The shibori, tie, and stitches
techniques were applied to produce 3D effects to the fabric surface. The end results
successfully shows that certain chemical could enhance new and aesthetic look without ruined
the quality of fabric.
KANDUNGAN MUKA SURAT
Halaman tajuk i
Borang pengesahan status dokumentasi ii
Tandatangan penyelia iii
Penghargaan iv
Abstrak v
Abstract vi
BAB 1: PENDAHULUAN
1.0 Pengenalan 1 - 2
1.1 Objektif kajian 3
1.2 Penyataan masalah 3
1.3 Hipotesis kajian 4
1.4 Limitasi kajian 5
1.5 Skop Penyelidikan 5 - 6
BAB 2: METODOLOGI PENYELIDIKAN
2.l Metodologi 7
2.1.1 Kaedah primer 7
2.1.1.1 Permerhatian 8
2.1.1.2 Eksperimen 8
2.1.2 Sekunder 8 – 9
BAB 3: HASIL DAPATAN KAJIAN
3.0 Pengenalan 10
3.1 Eksperimen 10 - 11
3.2 Pemerhatian 11 - 12
BAB 4: EKSPERIMEN
4.0 Pengenalan 13 - 14
4.1 Penyediaan proses eksperimen 15 - 17
4.2 Peralatan 17 - 18
4.3 Penyediaan bahan 18 - 19
4.4 Proses pembentukan tekstura 19
4.4.1 Eksperimen 1 : Proses rendaman 19 - 20
4.4.1.1 Proses rendaman : Teknik ikatan 20 - 22
4.4.1.2 Proses rendaman : Teknik jahitan 23 - 26
4.4.2 Eksperimen 2 : Proses rebusan 27
4.4.2.1 Proses rebusan : Teknik shibori 27 - 29
4.4.2.2 Proses rebusan : Teknik pleats’ 30 - 32
4.4.2.3 Proses rebusan : Teknik Ikat 33 - 35
4.4.3 Eksperimen 3 : Teknik cetakan 36
4.5 Hasil eksperimen- Penganalisa data 37 - 38
BAB 5: CADANGAN
5.0 Pengenalan 39
5.1 Cadangan produk 39 - 40
5.1.1 Konsep 40 - 41
5.1.2 Pilihan Warna 41 - 43
5.1.3 Kombinasi Fabrik 43 - 44
5.1.4 Tekstura yang terhasil daripada ujikaji atau eksperimentasi 44 - 45
5.1.5 Jenis produk 45 - 49
5.1.6 Proses reka bentuk 49
5.1.6.1 Lakaran lampu 49 - 51
5.1.6.2 Lakaran sarung kusyen 52 - 54
5.2 Produk akhir
5.2.1 Sarung kusyen 55 - 56
5.2.2 Lampu lantai 57 - 58
BAB 6: KESIMPULAN 59
RUJUKAN
LAMPIRAN
1
BAB 1: PENDAHULUAN
1.0 Pengenalan
Bahan kimia telah digunakan dalam bidang perindustrian secara meluas. Walaupun ia
merupakan bahan yang merbahaya dan membawa mudarat kepada manusia dan alam sekitar,
namun penggunaan secara betul dapat mengurangkan kemudaratan sebaliknya mendatangkan
manfaat kepada pengguna, perindustrian dan alam sekitar. Dalam bidang perindustrian tekstil,
penggunaan bahan kimia adalah secara meluas adalah untuk menghasilkan produk yang tahan
lama dan meningkatkan nilai estetik pada produk yang dihasilkan.
Berdasarkan E – Kamus Versi 1.0, kimia dapat didefinisikan sebagai ilmu sains asas
yang berkaitan dengan struktur, kelakuan, komposisi dan sifat tindak balas yang berlaku
antara atom, ion, unsur, atau sebatian serta hukum-hukum yang menerangkan fenomena kimia.
Unsur-unsur kimia dapat diklasifikasikan mengikut jadual berkala unsur kimia yang
terdiri daripada susunan unsur menurut struktur elektron dan setiap unsur disenaraikan
mengikut tertib nombor atom dan simbol kimia ( rujuk lampiran 12 ).
Selain itu, bahan kimia merupakan bahan yang boleh mengubah sifat-sifat atau fizikal
fabrik. Fabrik terdiri daripada gentian semulajadi iaitu selulosa dan haiwan ( rujuk lampiran
13 ). Manakala gentian sintetik dan mineral merupakan gentian tiruan yang dihasilkan oleh
manusia seperti poliester, getah, kaca dan lain-lain ( rujuk lampiran 13 ).
Fabrik adalah hasil daripada penghasilan gentian semulajadi atau gentian sintetik yang
telah diproses dan dijadikan benang. Untuk menghasilkan fabrik, benang yang dihasilkan akan
dianyam dan dikait dan lain-lain dengan menggunakan mesin. Setiap jenis fabrik yang
dihasilkan mempunyai sifat-sifat yang berbeza dari segi kekuatan fabrik, kestabilan dimensi,
2
ketumpatan, kadar penyerapan, tindak balas kimia dan kepekaan terhadap alam sekitar.
Tindak balas bahan kimia seperti alkali, asid dan bahan pelarut terhadap fabrik yang
berlainan akan memberi kesan yang berbeza dari segi warna, ketahanan dan tekstura akan
terbentuk. Hal ini bergantung kepada kuantiti bahan kimia dan masa yang digunakan ketika
menjalankan eksperimen.
Kajian tindak balas bahan kimia ke atas pelbagai jenis fabrik untuk menghasilkan
tekstura dijalankan dalam penyelidikan ini. Kajian ini dilakukan secara eksperimentasi bahan
dengan mengkategorikan jenis-jenis fabrik dan mengenalpasti jenis-jenis bahan kimia yang
berpotensi untuk digunakan. Melalui eksperimen ini, tekstura fabrik yang terhasil daripada
tindak balas kimia akan diasingkan mengikut sukatan dan masa, untuk menganalisa tekstura
yang dihasilkan daripada kepelbagaian jenis fabrik dan bahan kimia.
Kajian ini adalah untuk membentuk permukaan baru di atas fabrik dengan tindak balas
bahan kimia yang digunakan.
3
Objektif Kajian
Objektif kajian ini adalah :-
i. Mengkaji bahan kimia dan fabrik yang berpotensi untuk menghasilkan tekstura.
ii. Mengaplikasikan pelbagai teknik untuk menghasilkan tekstura pada permukaan
fabrik.
iii. Menghasilkan produk hiasan dalaman daripada fabrik yang mempunyai tekstura
hasil daripada tindak balas bahan kimia.
Penyataan Masalah
Setiap kajian dimulakan dengan mengenalpasti masalah. Dengan itu, beberapa
penyataan kajian untuk mengetahui punca-punca masalah penyelidikan telah dikemukakan
dalam penyelidikan. Antara permasalahan kajian yang terdapat dalam kajian penyelidikan ini
ialah:-
i. Tiada spesifikasi fabrik yang sesuai untuk menghasilkan tekstura daripada bahan
kimia.
ii. Penggunaan teknik tekstura berdasarkan bahan kimia kurang diaplikasikan dalam
produk hiasan dalaman.
4
Hipotesis Kajian
Hipotesis merupakan andaian-andaian penyelidik terhadap hasil penyelidikannya.
Dengan itu, beberapa andaian dibuat dalam penyelidikan.
Antara andaian penyelidikan ini ialah kajian yang dibuat mampu menghasilkan
tekstura yang baru hasil daripada tindak balas bahan kimia dengan kepelbagaian jenis fabrik.
Dengan itu, mengkaji sejauh mana potensi tindak balas bahan kimia ke atas permukaan fabrik
dapat dikaji untuk menghasilkan tekstura. Kajian dan penyelidikan yang terperinci terhadap
keberkesanan bahan kimia terhadap permukaan fabrik melalui eksperimentasi yang telah
dijalankan.
Dengan itu, tekstura yang dibentuk daripada hasil dapatan eksperimen mempunyai
keindahan yang tersendiri tanpa merosakkan fabrik dengan penggunaan bahan kimia. Hasil
daripada tekstura ke atas fabrik dapat diaplikasi dalam hiasan dalaman atau fesyen. Oleh ini,
tekstura yang terhasil mempunyai nilai estetik yang mampu diperluaskan dalam industri
tekstil.
Di samping itu, penghasilan tekstura melalui tindak balas bahan kimia ke atas
permukaan fabrik dijangka mempunyai nilai pasaran dalam bidang fesyen. Hal ini kerana
tekstura yang terbentuk boleh diaplikasi dalam pakaian dan mempunyai nilai kecantikan
tersendiri apabila dipakai serta wujud daya tarikan daripada pengguna setelah beberapa
cadangan diterima oleh penyelidik daripada maklum balas pengguna.
Selain itu, juga menjangka kewujudan tekstura dengan penggunaan teknik baru
mampu membuka peluang baru kepada pengusaha dalam industri tempatan. Justeru, banyak
peluang pasaran baru dapat diwujudkan dalam bidang perindustrian tekstil negara, mahupun
dalam bidang fesyen.
5
1.4 Limitasi Kajian
Kajian yang dijalankan ini hanya tertumpu kepada penggunaan bahan kimia komersial
yang selamat digunakan di dalam bidang perubatan dan kegunaan di rumah. Antara limitasi
kajian yang terdapat pada kajian penyelidikan ialah :-
i. Bahan kimia yang digunakan adalah sukar diperoleh serta mempunyai kos yang
tinggi.
ii. Kesukaran untuk memperolehi sumber rujukan dalam kajian penyelidikan ini.
Hal ini berlaku kerana buku teks yang diperolehi adalah terhad di perpustakaan,
ini boleh menyebabkan kesukaran menjalankan kajian penyelidikan ini.
1.5 Skop Penyelidikan
Kajian penyelidikan ini dijalankan di sekitar Kuching, Sarawak untuk mengumpul
maklumat dan menjalankan penyelidikan tersebut. Pemerhatian telah dibuat di kedai-kedai
lampu dan pusat beli belah yang terdapat sekitar Kuching seperti BDC, Tabuan jaya, India
Street dan Batu Kawa. Berikut adalah contoh beberapa fotograf yang diambil melalui
pemerhatian ke atas kedai lampu seperti rajah 1 dan rajah 2 di bawah :-
6
Rajah 1 : Pemerhatian ke atas lampu di kawasan BDC
Rajah 2 : Pemerhatian di kedai lampu di kawasan Batu Kawa
Berdasarkan rajah 1 dan rajah 2, tinjauan atau pemerhatian bagi kedai lampu di sekitar
kawasan BDC dan Batu Kawa telah dibuat dan beberapa fotograf diambil. Dengan itu, juga
mendapati kedai-kedai yang ada di sekitar BDC dan Batu Kawa kebanyakan menjual
rekabentuk yang tidak bertekstura seperti penggunaan kaca, plastik, kertas atau plan fabrik
pada permukaan lampu.
Selain itu, terdapat pelbagai jenis rekabentuk lampu dijual. Namun, pengaplikasian
tekstura pada lampu masih kurang diterapkan. Melalui pemerhatian yang dilakukan proses
perkembangan idea dapat dijana dalam menghasilkan produk tersebut.
7
BAB 2: METODOLOGI PENYELIDIKAN
2.1 Metodologi
Kaedah penyelidikan yang digunakan bagi menjalankan kajian ini boleh dikategorikan
kepada dua iaitu kaedah kualitatif dan kuantitatif untuk pengumpulan maklumat. Kaedah
penyelidikan berbentuk kualitatif adalah pengumpulan data melalui jurnal, surat khabar, buku-
buku ilmiah, internet, risalah, majalah dan sebagainya untuk mengukuhkan kajian
penyelidikan ini.
Kaedah penyelidikan berbentuk kuantitatif merupakan sumber daripada penganalisaan
data. Kajian ini merangkumi penyediaan borang soal selidik dan temuramah untuk
mengumpul data serta menganalisa data. Tujuannya untuk memantapkan serta mendapat fakta
yang tepat kajian ini.
Kaedah eksperimentasi dan kaedah pemerhatian akan dijalankan dalam kajian ini
untuk mendapatkan data dan maklumat. Kedua-dua kaedah penyelidikan adalah cara untuk
meningkatkan kualiti dalam kaji selidik ini.
2.1.1 Kaedah primer
Kaedah primer adalah kaedah yang penting dalam penyelidikan ini. Melalui kaedah ini,
dapat memudahkan kajian untuk mengumpul sumber maklumat melalui persampelan,
eksperimen dan permerhatian.
8
2.1.1.1 Pemerhatian
Kaedah ini digunakan untuk memerhatikan sampel-sampel yang dilakukan melalui
eksperimen sepanjang tempoh penyelidikan ini. Selain itu, fotograf akan dijalankan untuk
mengumpul data yang berbentuk visual. Kaedah ini digunakan untuk mengetahui
perkembangan kajian mengikut perubahan setiap masa dan direkodkan secara mudah dan
tepat dalam kajian tersebut.
2.1.1.2 Eksperimentasi
Eksperimen yang dijalankan dalam kajian ini adalah untuk mendapatkan keputusan
keberkesanan bahan kimia terhadap fabrik. Melalui eksperimen yang dijalankan, penyelidik
dapat mengetahui kelemahan dan kelebihan hasil kajian. Dengan itu, eksperimen ini
melibatkan kajian ke atas beberapa jenis bahan kimia dan fabrik yang berpotensi
menghasilkan tekstura. Disamping itu, dapat mengumpul maklumat secara berkesan melalui
percubaan teknik dan material yang sesuai digunakan dalam penyelidikan ini. Tujuannya
adalah membantu penyelidik mengumpul data dan maklumat secara tepat serta memberi
peluang penyelidik menerokai teknik baru untuk menghasilkan tekstura pada fabrik.
2.1.2 Sekunder
Kaedah sekunder merupakan kaedah berasaskan sumber rujukan untuk memperolehi
sumber maklumat melalui jurnal, artikel, buku-buku ilmiah, dan majalah untuk mengukuhkan
kajian penyelidikan ini. Selain itu, pengumpulan data dengan melayari internet dan bahan
9
cetakan yang berkaitan adalah bertujuan untuk membantu penyelidik mengenalpasti jenis-
jenis fabrik dan bahan kimia yang berpotensi menghasilkan tekstura baru.
Antara adalah informasi yang diperolehi daripada buku teks adalah seperti berikut :
i. Menurut Reiko Sudo dari Nuno, penggunaan teknologi moden yang berasaskan
kraf tradisional dapat menghasil tekstil yang cantik dengan menggunakan lapisan
kain.
ii. Menurut Sharon Baurley ‘Fosil Interspered with Pleating’,1993 100 peratus
poliester yang dilipat mengikut corak akordion dapat digunakan dengan kaedah
stim.
10
BAB 3: HASIL DAPATAN KAJIAN
3.0 Pengenalan
Dalam bab ini, beberapa kajian telah dibuat melalui eksperimen dan pemerhatian.
Beberapa bacaan dan catatan dilakukan oleh penyelidik telah digunakan untuk mendapatkan
maklumat. Dapatan kajian bab ini akan dianalisa dan ditakfsir untuk mendapatkan keputusan
yang tepat dalam kajian ini.
3.1 Eksperimen
Eksperimen adalah bahagian yang penting untuk melihat hasil kajian yang telah
dijalankan. Kaedah ini dapat membantu mengetahui kelemahan dan kekuatan penggunaan
bahan kimia ke atas permukaan fabrik. Oleh demikian, kajian melalui eksperimen memakan
masa yang lama dalam eksperimentasi kajian tersebut. Dapatan kajian eksperimen telah dibuat
melalui rekod dan catatan sebagai panduan dalam proses perkembangan eksperimen yang
seterusnya.
Dengan itu, ia juga adalah salah satu kaedah mengumpul meklumat penting dalam
membantu mengenalpasti jenis bahan kimia dan fabrik yang berpotensi menghasilkan tekstura
secara berkesan. Di samping itu, setiap bahan dan proses eksperimen akan direkodkan dalam
sepanjang kajian dijalankan dengan tujuan untuk melihat perkembangan kajian dari semasa ke
semasa.
Selain itu, persampelan telah dibuat dengan ukuran yang kecil terlebih dahulu untuk
melihat kesan daripada hasil dapatan eksperimen. Dalam persampelan ini, setiap persampelan
11
yang dilakukan telah merekodkan langkah proses eksperimen dan senarai bahan kajian serta
hasil tekstura yang diperolehi. Dengan itu, dapat mengetahui sejauh mana perkembangan yang
telah dilakukan dapat diketahui dan seterusnya menganalisa dan mengenalpasti serta
menjawab objektif kajian tersebut.
Oleh demikian, setiap eksperimen yang dilakukan adalah berdasarkan resepi dan
sukatan yang berbeza mengikut keperluan eksperimen kajian. Oleh kerana resepi dan sukatan
bahan yang berbeza, hasil dapatan tekstura adalah berbeza. Justeru, ia dapat membantu
mengenalpasti kandungan bahan yang digunakan supaya tidak berlaku pembaziran. Selain itu,
sukatan untuk kandungan bahan kimia dapat dikenalpasti supaya tidak berlaku kekurangan
dan kelebihan kerana ia boleh mempengaruhi penghasilan tekstura melalui eksperimen yang
dibuat.
Di samping itu, perkiraan masa juga direkodkan dari semasa ke semasa untuk
dijadikan sebagai garis panduan dalam proses kajian yang seterusnya selain mempengaruhi
kesan dan keputusan eksperimen yang dilakukan.
3.2 Pemerhatian
Seterusnya, pemerhatian telah dibuat di sekitar Bandaraya Kuching. Pemerhatian yang
dilakukan dengan membuat pemerhatian di tempat kedai-kedai hiasan dalaman dan pasaraya.
Di samping itu, fotograf telah diambil sebagai panduan kajian tersebut. Dengan itu, didapati
kebanyakan tekstura yang dihasilkan daripada tindak balas bahan kimia adalah kurang
diaplikasikan dalam hiasan dalaman dan terhad di pasaran.
Selain itu, pemerhatian juga dibuat dengan memerhatikan sampel-sampel yang telah
dibuat dalam sepanjang tempoh kajian dilakukan di bengkel tekstil fakulti untuk mendapatkan
12
maklumat secara dekat supaya keputusan yang diperoleh adalah tepat. Setiap pemerhatian
yang dibuat adalah sentiasa berubah dan telah direkodkan sama ada telah direkodkan dalam
bentuk catatan atau fotograf. Oleh itu, hasil dapatan kajian dapat direkodkan dalam bentuk
jadual dengan lebih mudah.
13
BAB 4: EKSPERIMEN
4.0 Pengenalan
Dalam kajian yang dijalankan, terdapat beberapa eksperimen ke atas kepelbagaian
jenis fabrik dan bahan kimia untuk memperolehi hasil yang sesuai untuk membentuk tekstura
baru.
Sebelum menjalankan eksperimen, pelbagai jenis fabrik dan bahan kimia disediakan
( sila rujuk jadual 1 dan jadual 2 ). Berikut merupakan senarai jenis bahan kimia dalam
menjalankan eksperimen:-
Jadual 1 : Senarai jenis bahan kimia
Bil. Jenis Bahan Kimia
1. Sodium hydroxide
2. Hyrogen peroxide
3. Clorox
4. Tartaric acid
5. Acecate
6. Cuka getah
7. Thinner
8. Ammonia
Seterusnya, terdapat dua jenis fabrik digunakan dalam eksperimen iaitu fabrik gentian
semulajadi dan fabrik sintetik. Tujuan kedua-dua jenis fabrik ini digunakan adalah
14
mengenalpasti fabrik yang berpotensi bertindak balas dengan bahan kimia dan seterusnya
menghasilkan tekstura yang diingini.
Berikut merupakan senarai jenis fabrik yang telah dijalankan dalam eksperimen:-
Jadual 2 : Senarai jenis fabrik
Jenis fabrik
Bil. Fabrik serat semulajadi Fabrik sintetik
1. Silk Linen poliester
2. Satin silk Lining poliester
3. Habotai Satin poliester
4. kapas Poliester
5. Chiffon Organza poliester
6. Velvet
7. Brocade
8. Paper broket
9. Kapas poliester
10. Silk spandex
Berdasarkan eksperimen yang telah dijalankan, jenis fabrik sintentik menunjukkan
hasil yang positif dengan tindakbalas bahan kimia iaitu sodium hydroxide yang berpotensi
menghasilkan tekstura berbanding fabrik gentian serat semulajadi seperti organza poliester,
poliester dan linen poliester. Oleh yang demikian, eksperimen ini lebih memberi tumpuan
pada fabrik jenis sintentik yang berpotensi dikembangkan.
Sehubungan itu, pelbagai jenis bahan kimia digunakan bagi mengenalpasti bahan
kimia yang berpotensi mengekalkan hasil tekstura pada fabrik. Dengan itu, pelbagai teknik
15
digunakan dalam menjalankan eksperimen tersebut. Proses rendaman dan proses rebusan
untuk mendapatkan hasil tekstura telah digunakan dalam kajian.
4.1 Penyediaan proses eksperimen
Dalam menjalankan eksperimen, peralatan perlu disediakan sebelum melakukan
eksperimen. Tujuannya adalah untuk memudahkan dan melancarkan eksperimen.
Jadual 3 : Peringkat proses eksperimen
Berikut adalah petunjuk bagi jadual 3 peringkat proses eksperimen:-
i. Tahap 1: Pengumpulan bahan kimia dan fabrik
Bahan
Jenis Bahan Kimia
( rujuk jadual 1 )
Teknik
Rendaman
Tekstura terbentuk
Rebusan
Tahap 1
Tahap 2
Jenis Fabrik
( rujuk jadual 2 )
Tahap 3
Tahap 4
Klasifikasi eksperimen
Produk akhir