kajian tahap pengetahuan penyakit hiv aids dalam kalangan pelajar tingkatan 5 di smk tambun, ipoh...
TRANSCRIPT
KAJIAN TAHAP PENGETAHUAN PENYAKIT HIV/AIDS DALAM KALANGAN PELAJAR TINGKATAN 5 DI SMK
TAMBUN, IPOH PERAK.
BIL NAMA NO. MATRIKS
01 MUHAMMAD NASRULLAH BIN MOHD ALI BPP2013 – 1661
02 MUHAMMAD KHUSHAIRY BIN MD KHAIRAT BPP2013 – 1659
03 NUR SHUHADA BINTI ABDULLAH BPP2013 – 1695
04 NURUL JAMEELAH BINTI HASSIM BPP2013 – 1703
UNTUK MEMENUHI SEBAHAGIAN DARIPADA KEHENDAK KURSUS DIPLOMA PEMBANTU PERUBATAN
TARIKH PENYERAHAN : 01 OKTOBER 2015
NAMA PENYELIA : JAAFAR B. ABU SEMAND
IPLO
MA
PEM
BA
NT
U PE
RU
BA
TA
N K
SKB
SAS 2013
BIL. NAMA NO. K/P NO. KAD MATRIX
1 MUHAMMAD NASRULLAH BIN MOHD ALI 911016-xx-xxxx BPP2013 – 1661
2 MUHAMMAD KHUSHAIRY BIN MD KHAIRAT 940720-xx-xxxx BPP2013 – 1659
3 NUR SHUHADA BINTI ABDULLAH 920621-xx-xxxx BPP2013 – 1695
4 NURUL JAMEELAH BINTI HASSIM 940902-xx-xxxx BPP2013 - 1703
PENGAKUAN
“ Kami mengakui bahawa karya kajian tahap pengetahuan penyakit HIV / AIDS
dalam kalangan pelajar tingkatan 5 di SMK Tambun, Ipoh Perak merupakan hasil
kerja kami sendiri kecuali nukilan dan ringkasan yang tiap – tiap satunya telah
kami jelaskan sumbernya ”
…………………………………MUHAMMAD NASRULLAH BIN MOHD ALI
911016-xx-xxxx
…………………………………MUHAMMAD KHUSHAIRY BIN MD KHAIRAT
940720-xx-xxxx
…………………………………NUR SHUHADA BINTI ABDULLAH
920621-xx-xxxx
…………………………………NURUL JAMEELAH BINTI HASSIM
940902-xx-xxxx
PENGHARGAAN
Assalamualaikum dan salam sejahtera buat semua pembaca, Ucapan ribuan terima
kasih tidak terhingga kepada semua pengajar, ahli keluarga dan rakan-rakan
seperjuangan yang terlibat secara lansung menjayakan kertas kajian ini. Kerjasama
dan bantuan yang dihulurkan dalam mempersiapkan kertas kajian ini akan dikenang
seumur hidup kami. Penghargaan tidak terhingga juga kami sampaikan kepada
Penyelia HSR kami, Encik Jaafar Bin Abu Seman yang juga Penyelaras bersama
Kelas Diploma Pembantu Perubatan Kumpulan 32 bersama Encik Pairul Hisham B
Awang atas kesempatan yang diperuntukkan mencurah ilmu dan juga tidak jemu
memberikan panduan, dorongan serta membimbing kami bersama sehingga lahirnya
sebuah kajian yang kami boleh banggakan. Tidak juga dilupakan Pengetua SMK
Tambun , Encik Rosli Bin Shuaid yang membenarkan kami melakukan kajian
melibatkan pelajar beliau. Seterusnya, Ucapan terima kasih dipanjangkan kepada
pelajar tingkatan 5 SMK Tambun yang terlibat sebagai responden kerana memberikan
kerjasama dan kepada ahli keluarga tersayang yang banyak memberikan galakkan
yang membina kepada kami dalam terus berusaha dan meningkatkan kualiti diri dalam
profession yang dipilih. Semoga segala apa yang kami curahkan ini akan diberkati
Allah S.W.T dan menjadi panduan berguna kepada para pembaca sekalian dan bakal
penyelidik akan datang.
ABSTRAK
PENGENALAN :. Penyakit AIDS (sindrom kurang daya tahan melawan penyakit)
berpunca daripada virus HIV (Human Immunodeficiency virus ). secara ringkasnya
merupakan penurunan daya keimunan terhadap serangan penyakit sehingga
membawa maut.
KENYATAAN MASALAH Belakangan ini penularan penyakit HIV / AIDS
menunjukkan trend peningkatan. Oleh itu melalui kajian penyelidik dapat menilai
sejauh manakah pemahaman pelajar daripada kalangan remaja ini mengenai
penyakit HIV / AIDS. Selain itu, Pengkaji juga cuba mengenalpasti faktor-faktor
yang mempengaruhi tahap pengetahuan dan memberikan cadangan untuk
mempertingkatkan pengetahuan pelajar tentang penyakit HIV / AIDS
METODOLOGI : Seramai 30 orang responden dipilih dalam kalangan pelajar
tingkatan 5 SMK Tambun daripada pelbagai bangsa, agama dan jantina dipilih
secara rawak. Kaedah kajian yang digunakan oleh penyelidik adalah deskriptif
kuantitatif.
DAPATAN KAJIAN : Keputusan kajian mendapati faktor media massa dan
elektronik yang paling banyak menyumbang dalam tahap pengetahuan pelajar
mengenai penyakit HIV / AIDS iaitu sebanyak 90%. Namun, Faktor pengaruh
rakan sebaya dan ibubapa paling kurang menyumbang iaitu hanya 10% dalam
tahap pengetahuan pelajar .
CADANGAN : Kempen-kempen tentang bahayanya penyakit AIDS haruslah
dilakukan dengan lebih kerap tanpa mengira batasan umur dan sempadan
geografi
SENARAI KANDUNGAN
BAB PERKARA MUKA SURAT
PENGAKUAN
PENGHARGAAN
ABSTRAK
SENARAI KANDUNGAN
BAB 1 PENGENALAN
1.1 PENGENALAN
1.2 KENYATAAN MASALAH
1.3 OBJEKTIF KAJIAN
1.4 DEFINISI OPERASIONAL
1.5 KEPENTINGAN KAJIAN
1.6 RUMUSAN
BAB 2 KAJIAN SEMULA
2.1 PENGENALAN
2.2 KAJIAN-KAJIAN DALAM NEGARA
2.3 KAJIAN-KAJIAN LUAR NEGARA
2.4 RUMUSAN
BAB 3 METODOLOGI KAJIAN
3.1 PENGENALAN
3.2 REKA BENTUK KAJIAN
3.3 LOKASI KAJIAN
3.4 SAMPEL KAJIAN
3.5 ALATAN KAJIAN
3.6 KAEDAH PENGUMPULAN DATA
3.7 KAEDAH MENGANALISIS DATA
3.8 ISU ETIKA
3.9 LIMITASI KAJIAN
3.10 RUMUSAN
BAB 4 ANALISIS DATA
4.1 PENGENALAN
4.2 DEMOGRAFIK
4.3 TAHAP PENGETAHUAN
4.4 RUMUSAN
BAB 5 PERBINCANGAN
5.1 PENGENALAN
5.2 PERBINCANGAN
5.3 RUMUSAN
BAB 6 RUMUSAN
6.1 PENGENALAN
6.2 DAPATAN KAJIAN
6.3 CADANGAN
6.4 RUMUSAN
RUJUKAN DAN BIBLIOGRAFI
LAMPIRAN A – BORANG PROPOSAL
LAMPIRAN B – CARTA GANTT
LAMPIRAN C – CARTA BUIH
LAMPIRAN D – BORANG SOAL SELIDIK
BAB 1
PENGENALAN
1.1 PENGENALAN
Penyakit AIDS berpunca daripada virus HIV (Human Immunodeficiency virus ).
Virus HIV atau virus kurang daya tahan manusia yang membawa kepada
penyakit AIDS (sindrom kurang daya tahan melawan penyakit) secara ringkasnya
merupakan penurunan daya keimunan terhadap serangan penyakit sehingga
suatu tahap pesakit mudah dijangkiti pelbagai mikroorganisma dan sistem
keimunannya lumpuh sepenuhnya sehingga membawa maut.
Penularannya di seluruh pelusuk dunia telah mencecah sebanyak 39.5 juta orang
seperti yang dilaporkan dalam Global Summary of the AIDS Epidemic
(UNAIDS,2006) . Di asia sahaja bilangan orang yang hidup dengan membawa
gen HIV/AIDS positif mencecah 8.6 juta. Malaysia juga tidak terkecuali terpalit
dengan penularan virus ini. Di Malaysia kes HIV/AIDS positif pertama dikesan
pada disember 1986 . Bermula dari kes itu, penghidap HIV / AIDS meningkat
dari saban tahun sehinggalah mencecah kepada 77084 kes pada tahun 2010.
Kementerian Kesihatan Malaysia menganggarkan jumlah ini akan terus
menunjukkan trend peningkatan kepada 300000 kes menjelang tahun 2015.
Bilangan ini sebenarnya mengejutkan dan menunjukkan seakan-akan tiada
penghalang mengawal penularan virus ini.
1.2 KENYATAAN MASALAH
HIV/AIDS telah membunuh lebih daripada 25 juta orang sejak pertama kali
ditemui pada tahun 1981. Sindrom HIV/AIDS bukanlah penyakit yang boleh
dipandang remeh dan ia seharusnya dibendung agar dapat dielakkan daripada
terus merebak kepada generasi akan datang. Malaysia merupakan tempat
terdapatnya epidemic AIDS yang kelima paling pesat merebak di rantau Asia
Timur dan Pasifik dengan kadar semasa jangkitan HIV berganda setiap tiga
tahun. (UNICEF). Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) melaporkan seramai
35.3 juta orang di seluruh dunia menghidapi AIDS pada tahun lalu. Laporan juga
menunjukkan seramai 2.1 juta remaja berusia antara 10 hingga 19 tahun dikesan
menghidapi HIV. (Berita Harian, Disember 2012)
Di Malaysia, kes HIV / AIDS pertama kali dikesan pada tahun 1991 iaitu
sebanyak 38 kes ditemui dan 30 daripadanya telah meninggal dunia. Mereka
adalah penagih-penagih tegar yang menagih dadah secara suntikan (IVDU). Pada
tahun 1991 tersebut seramai 2,5255 orang telah dikesan sebagai pembawa virus
HIV dimana 2,020 orang (80%) adalah penagih dadah (IVDU)
Pengetahuan tentang penyakit HIV/AIDS mempengaruhi tahap kecenderungan
remaja untuk terlibat dalam pemasalahan ini. Menurut Mahtab Mohammadi
(2010), pengetahuan tentang HIV / AIDS adalah penting bagi golongan remaja
bagi membendung mereka daripada terjerumus di dalam pemasalahan yang
membawa kepada risiko dijangkiti HIV / AIDS. Menurut kajiannnya juga, majority
(77.7%) daripada pelajar mengetahui bahawa penyakit HIV / AIDS boleh
membawa maut. Namun begitu, hamper 52% tidak sedar bahawa tiada ubatan
untuk merawat penyakit tersebut. Terdapat pelbagai komplikasi yang boleh
berlaku akibat dari penyakit AIDS. Antaranya ialah Sarcoma Kaposi, Kanser
Limfoma, Pneumonia Pneumocystis, pembengkakan kelenjar nodus limfa, organ
hepar dan limpa iaitu Progressive Generalised Lymphadenopathy (PGL), Herpes
Simplex, Candidiasis Oral dan Tuberkulosis. Dilaporkan seramai 30 juta
penghidap HIV di seluruh dunia mati akibat virus HIV manakala ketika Ini kira-
kira 34 juta orang menderita akibat penyakit yang boleh merosakkan sel darah
yang penting untuk sistem imun seseorang. (Berita Harian, Jun 2013).
Oleh yang demikian, dalam kajian ini penyelidik telah memilih 30 orang
responden dalam kalangan pelajar Tingkatan 5 SMK Tambun, Ipoh untuk
mengetahui tahap pengetahuan tentang penyakit AIDS / HIV dalam kalangan
remaja.
1.3 OBJEKTIF KAJIAN
Objektif Am :
Mengkaji tahap pengetahuan penyakit HIV/AIDS dalam kalangan pelajar tingkatan 5 di
SMK Tambun, Ipoh Perak.
Objektif Khusus :
1. Mengenalpasti tahap pengetahuan pelajar tentang penyakit HIV/AIDS.
2. Mengenalpasti faktor-faktor yang mempengaruhi tahap pengetahuan pelajar
tentang penyakit HIV/AIDS
3. Memberikan cadangan untuk mempertingkat tahap pengetahuan pelajar
tentang penyakit HIV/AIDS
1.4 DEFINISI OPERASIONAL
Penyelidikan ini adalah bertujuan untuk mengkaji sejauh mana tahap
pengetahuan pelajar tingkatan 5 di SMK Tambun, Ipoh Perak mengenai penyakit
HIV / AIDS. Setiap data yang diperolehi akan diambil dan direkodkan untuk
dianalisis secara menyeluruh bagi menjawab persoalan mengenai tahap
pengetahuan pelajar tersebut tentang penyakit HIV/AIDS. Kumpulan penyelidik
menggunakan pendekatan kajian secara deskriptif dan kuantitatif di mana
kaedahnya menggunakan borang kaji selidik yang mengandungi beberapa
komponen soalan berkaitan kajian yang dijalankan sebagai medium untuk
memperoleh data dan maklumat penyelidikan.
Lokasi kajian yang dipilih adalah di SMK Tambun, Ipoh Perak. Penyelidik
menggunakan pemilihan corak persempelan secara rawak mudah iaitu sebanyak
30 orang responden dipilih dikalangan kelompok pelajar lelaki dan perempuan
pada jumlah yang sama banyak bagi berlainan jantina tetapi dalam tngkatan 5
sahaja.
Setelah semua borang yang diedarkan tersebut siap diisi, Kumpulan penyelidik
akan merekodkan data-data yang diperolehi dan diklasifikasikan serta dianalisis
dalam bentuk carta pai, carta bar dan jadual berkala. Aplikasi Microsoft Excel akan
digunakan untuk memudahkan lagi proses pengkelasan data dijalankan.
1.5 KEPENTINGAN KAJIAN
Penyakit ini mula membunuh generasi muda, Iaitu generasi yang sepatutnya
membentuk masa depan negara (Pusat Perkembangan Kurikulum, 1993). Para
ibubapa dan Kementerian Pendidikan telah menunjukkan kebimbangan apabila
berita mengenai pelajar-pelajar sekolah merupakan diantara mereka yang
tersenarai dalam perangkaan terbaru mangsa HIV / AIDS di negara ini. Berita
seterusnya yang telah betul-betul memeranjatkan ibubapa dan kementerian yang
berkaitan apabila tersiarnya berita mengenai lima ratus orang pelajar telah
disahkan dijangkiti virus HIV / AIDS di negara ini (Roslan, 1996) dan kali
pertama dalam sejarah pendidikan negara tiga orang pelajar disahkan mati akibat
daripada AIDS (Raymond & Khairunnisa, 1996).
Oleh sebab itu, Kumpulan penyelidik tertarik dengan isu ini . Kajian ini
dijalankan untuk mengkaji sejauh mana tahap pengetahuan remaja mengenai
bahayanya penyakit HIV / AIDS kepada mereka serta menilai sejauh mana
kesedaran golongan remaja ini terhadap komplikasi atau masalah yang bakal
dihadapi seandainya tiada langkah-langkah pencegahan awal bagi menghalang
penyakit ini merebak, setelah pelbagai penerangan dan penyebaran maklumat
dilakukan melalui media cetak mahupun elektronik serta melalui pameran tentang
penyakit HIV / AIDS yang telah diadakan oleh kerajaan melalui Kementerian
Kesihatan Malaysia dan badan-badan bukan kerajaan (NGO) .Selain I tu, kajian ini
juga bertujuan untuk mengenalpasti penerimaan remaja terhadap penerangan dan
kempen –kempen yang dijalankan.
Melalui kajian ini juga kami cuba untuk menilai tahap kefahaman golongan
remaja ini, samaada mereka memahami dan mengetahui akan bahaya serta
komplikasi penyakit HIV / AIDS dan langkah yang boleh diambil bagi menghalang
penyakit ini berleluasa. Selain itu juga , kajian ini bertujuan untuk mengetahui
keberkesanan kempen-kempen serta program-program kesihatan yang telah
dijalankan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia selama ini.
Penyelidik juga berharap agar kajian ini dapat dijadikan sebagai panduan untuk
penyelidik baru dan juga panduan untuk perancangan kerajaan Malaysia
khususnya KKM serta terhadap banyak lagi pihak yang berminat pada masa
akan datang.
1.6 RUMUSAN
Di dalam bab ini penyelidik membincangkan serba sedikit berkaitan HIV / AIDS
terutamanya dalam skop definisi, cara rebakan, patofisiologi dan objektif kajian
ini dilakukan. Semua keterangan diatas adalah bertujuan bagi memenuhi
prospek kajian penyelidik mengenai tahap pengetahuan remaja berkenaan
penyakit AIDS serta komplikasinya jika tidak mengambil langkah pencegahan
awal. Segala maklumat yang dinyatakan diperolehi daripada bahan bacaan
yang terdapat di perpustakaan dan juga melalui pencarian di laman sesawang.
BAB 2
KAJIAN SEMULA
2.1 PENGENALAN
Sejarahnya bermula selepas sahaja tamat peperangan dunia ke 2. Dunia masa
itu berlumba-lumba dari segi persaingan persenjataan dan ketika itu sainstis juga
tidak terkecuali terlibat dalam penyelidikan dan eksperimen perubatan melibatkan
tahanan perang. Perkembangan pesat dalam bidang teknologi ketika itu dilihat
dipelopori oleh Amerika Syarikat kerana pelbagai perubahan berlaku seperti
dalam bidang perubatan, pil perancang kehamilan dikalangan wanita diperkenalkan
. Perubahan yang mendadak di era baru pasca peperangan dunia kedua ini
mencetuskan evolusi dalam kehidupan masyarakat mereka. Ketika itu kaum
homoseksual menemui kebebasan meluahkan kehidupan mereka, penggunaan
dadah dikalangan remaja tidak terkawal dan senantiasa berkembang . Rentetan
daripada perkembangan pesat teknologi dan keruntuhan kehidupan sosial yang
makin parah di Amerika Syarikat, Pada satu hari dalam tahun 1981, satu berita
mengejutkan telah terpampang dalam dada akhbar. Ini merupakan rekod pertama
dalam sejarah manusia mengenai kes immune deficiency ( namun ketika itu
ianya tidak digelar HIV/AIDS kerana saintis belum menemui mengenainya )
dikalangan kumpulan kecil golongan homoseksual di Los Angeles, Amerika
Syarikat rujuk kepada US Department of health and Human Services, (1984).
Dua orang saintis Amerika Syarikat iaitu Dr. Robert Gallo ( National Cancer
Institute ) dan Dr. M. Essex ( Harvard AIDS institute ) membuat kenyataan rasmi
pada tahun 1982 iaitu “GRID/AIDS mungkin berpuca daripada retrovirus” .
Sejurus dengan itu, apabila penyakit berjangkit itu dikatakan dating dari golongan
homoseksual, ianya digelar sebagai GRID ( Gay Related Immunodeficiency
Syndrome ) dan ditukar kepada AIDS ( Acquired Immune Deficiency Syndrome )
menurut US Department of health and Human Services, (1984).
Penamaan HIV juga mempunyai sejarahnya tersendiri. Nama Human
Immunodeficiency Virus ialah satu terminologi yang telah diterima pakai setelah
dua nama yang berlainan digunakan untuk virus ini. Seorang profesor Perancis ,
Lue Montagnier telah menamakan virus itu sebagai Lymphadenopathy Associated
Virus (LAV). Ini diikuti pula oleh Profesor Gallo dari Institut Kanser Nasional
Amerika Syarikat memberi huraian tentang virus yang diasingkan daripada tisu
pesakit yang terkena AIDS dan menamakannya Human T-Cell Lymphotropic
Virus Type III (HTLV III). Kini kesemua ahli penyelidik telah menerima akan
persamaan LAV dan HTLV III dan bersetuju kepada nama biasa HIV yang
disyorkan oleh International Committee on The Taxonomy of Virus pada bulan
Mei 1986 . merujuk kata-kata Dr. Jit Singh Kaur, (1994).
AIDS merupakan cabaran utama kesihatan awam dekad ini. Sehingga kini masih
belum lagi ditemui vaksin untuk mencegah jangkitan dan ubat untuk
menyembuhkannya. Ini adalah kerana, Bila HIV memasuki dalam salur darah
mangsa, ia mengfokuskan serangan terhadap sel-T. Kecenderungan serangan
terhadap sel-T menyebabkan gerak balas imun ( sel hemopoietik, monosit, sel
limfoid, limfosit dan sel makrofaj ) terjejas dan tidak berfungsi untuk
mempertahankan tubuh badan dari serangan penyakit . Mengikut satu kajian,
AIDS mungkin terjadi dalam masa 12 bulan atau bilangan sel-T kurang daripada
200/µl.
Pesakit AIDS selalunya akan meninggal dunia bukan kerana virus HIV itu sendiri
secara lansung. Tetapi berpunca dari kesan sampingan jangkitan berkenaan.
Misalkata, Kematian berlaku apabila mangsa terdedah kepada pelbagai ancaman
penyakit dan jangkitan lain ketika system imun tubuh lumpuh sepenuhnya. Jadi,
pengetahuan tentang AIDS, pengesanan awal kes, penjagaan kesihatan dan
amalan cara hidup sihat merupakan benteng utama menghadapi ancaman wabak
AIDS .
Hubungan seks, perkongsian darah serta cecair badan yang tercemar dengan
virus HIV serta transmisi secara transplasenta masih merupakan 3 cara asas
bagi menularkan virus ini daripada individu pembawa virus kepada individu lain.
AIDS merupakan tahap terakhir jangkitan HIV pada seseorang apabila berlaku
kemusnahan sistem imun yang membolehkan segala jenis mikrob dan virus
menyerang mangsa AIDS. menurut Dr. Jit Singh Kaur, (1994).
Seseorang yang dijangkiti virus HIV tidak serta merta mengalami klinikal penyakit
AIDS . AIDS mengambil masa di antara 5-10 tahun . Tempoh ini dinamakan
tempoh pengeraman (inkubasi), iaitu tempoh virus itu bertindak ke atas sel-sel
darah putih mangsa jangkitan sehingga memusnahkan serta melumpuhkan
benteng pertahanan tubuh mangsa. Apabila daya ketahanan mangsa mencapai
peringkat yang paling merunsingkan , maka akan timbullah tanda-tanda dan
gejala-gejala yang diakibatkan oleh kombinasi kelemahan tubuh mangsa seperti
Caposy Sarcoma, Mycobacterium Tuberculosis, Pneumocystic Carinii dan
Candidiasis kenyataan Professor Madya Dr Rusli Nordin , (1997).
Dalam pandangan Islam, AIDS adalah penyakit kelamin akibat perzinaan dan
merupakan seksaan dari Allah S.W.T yang tidak terperi kerana oleh tindakan
manusia sendiri. Sebelum penemuan penyakit HIV/AIDS, kita sudah mengenal
penyakit lain yang sama waktu dengannya seperti gonorrhea dan Sifilis.
Rasulullah SAW bersabda: "Apabila perzinaan dan riba telah melanda suatu
negeri, maka mereka (penghuninya) sudah menghalalkan seksaan Allah atas
mereka sendiri" (HR. At- Tabrani dan Al-Hakim).
AIDS berkait rapat dengan isu moral serta sosial, maka kerjasama pelbagai
agensi adalah sangat penting dalam mengawal dan mencegah penularan
penyakit ini. AIDS boleh dihidapi oleh pelbagai golongan sesuatu masyarakat
tanpa mengira had umur, bangsa, warna kulit, agama, pekerjaan, mahupun
kumpulan etnik.
Oleh sebab itu , semakin banyak artikel-artikel yang memperkatakan berkenaan
dengan AIDS seperti komplikasi serta bahayanya penyakit ini jika tidak dicegah,
cara bagaimana penyakit ini boleh menjangkiti seseorang, mereka yang berisiko
tinggi menghidapi penyakit ini, langkah-langkah kawalan dan pencegahan yang
dilakukan bagi menghalang penyakit tersebut dan bermacam-macam lagi. kata
Cadwell,( 1988)
Melalui bab ini, Penyelidik akan membincangkan dan meninjau kajian-kajian lepas
yang berkaitan dengan tajuk kajian ini. Kajian yang berkaitan dengan tahap
pengetahuan penyakit HIV / AIDS dalam kalangan pelajar tingkatan 5 SMK
Tambun, Ipoh, Perak berkaitan kajian lepas sama ada dalam Negara mahupun
luar Negara . Tujuan utama adalah untuk melihat persamaan , perbezaan dan
hubungkait yang akan didapati daripada kajian lalu.
2.2 KAJIAN-KAJIAN DALAM NEGARA
Di Malaysia, jangkita-jangkitan HIV / AIDS yang baru kini berganda dua kali
setiap tiga tahun dengan purata 17 orang diuji HIV positif setiap hari. Daripada
74.000 orang yang telah dijangkiti di Malaysia, lebih kurang empat puluh peratus
(40%) daripada mereka adalah berumur kurang daripada 29 tahun. Jangkitan HIV
daripada ibu kepada anak juga telah meningkat daripada 0.2% pada tahun 1991
kepada 1.2% pada tahun 2005. Rujukan dari UNICEF Malaysia, (2005)
Stigma masyarakat masih menganggap ia adalah penyakit berjangkit walhal kita
tahu HIV tidak mudah untuk berjangkit melainkan melalui berkongsi jarum dadah
dengan insan yang telah djangkiti, bersetubuh tanpa perlindungan dengan
pembawa HIV positif dan tidak menerima rawatan berkaitan HIV / AIDS. Seramai
30 juta penghidap HIV di seluruh mati akibat virus HIV manakala ketika ini kira-
kira 35 juta orang menderita dengan peyakit ini dalam Artikel Stigma HIV – Berita
Harian (2013)
Kes berkaitan HIV di Malaysia masih lagi ditakuk membimbangkan dengan
17,000 kes dilaporkan setakat ini, menurut Majlis AIDS Malaysia (MAM), 90
peratus kes jangkitan HIV terdiri daripada lelaki di mana 26 peratus terdiri
daripada golongan muda yang berumur antara 13 hingga 29 tahun, 60 peratus
berusia 30 hingga 49 tahun dan selebihnya berusia 50 tahun ke atas.
Berdasarkan laporan terkini, Pengamal seks rambang merupakan yang paling
banyak dijangkiti HIV diikuti dengan penyalahgunaan dadah, menurut Majlis AIDS
Malaysia, (2013)
Menjelang tahun 2015, Diunjurkan seramai 300,000 warga Malaysia akan
dijangkiti HIV sekiranya TIADA program pencegahan efektif dilaksanakan. ‘Harm
Reduction’ merupakan program khusus untuk mencegah dan mengawal penularan
HIV di kalangan penagih dadah tegar dan juga kepada pasangan seks mereka.
Penagih dadah HIV positif boleh menularkan HIV kepada isteri dan seterusnya
kepada janin dalam kandungan. Dengan ini, berlakunya penularan HIV / AIDS ke
dalam keluarga dan masyarakat umum. Program ‘ Harm Reduction’ akan memberi
ruang dan peluang kepada penagih-penagih dadah untuk mendapatkan rawatan
serta penjagaan berkaitan HIV / AIDS. dalam natijah Program ‘Harm Reduction’,
Kementerian Kesihatan Malaysia. ( 2013)
Kajian pada peringkat tempatan mengenai pengetahuan dan sikap terhadap HIV /
AIDS dikalangan remaja masih lagi terbatas. Kajian yang dilakukan oleh
Samsudin dan Herman (1996) yang mendapati pendedahan media untuk
mendapatkan maklumat AIDS adalah sederhana dikalangan remaja. Secara
Umumnya, remaja lebih berpengetahuan tentang pencegahan jangkitan AIDS,
sementara pengetahuan tentang pencegahan jangkitan AIDS adalah lebih rendah.
Kajian tempatan yang lain yang berkaitan juga dilakukan oleh Shammie (1992)
yang mengkaji pengetahuan, sikap dan kesediaan bekerja dengan pesakit HIV /
AIDS dikalangan pelajar kerja sosial di Malaysia, Singapura dan Thailand. Hasil
kajian tersebut menunjukkan bahawa pengetahuan pelajar kerja sosial di
Malaysia tentang HIV / AIDS adalah rendah namun memiliki kesediaan bekerja
dengan orang yang dijangkiti HIV / AIDS. Dapatan lain dari kajian ialah
pengetahuan tentang AIDS tidak mempengaruhi untuk mengurangkan tingkah laku
negatif yang boleh menyebabkan remaja terjebak dengan jangkitan AIDS.
2.3 KAJIAN-KAJIAN LUAR NEGARA
Di seluruh dunia, kanak-kanak di bawah umur 15 tahun mewakili 1 daripada 6
kematian yang berkaitan dengan HIV / AIDS dan 1 daripada 7 jangkitan
melibatkan HIV yang baru. Seorang kanak-kanak di bawah umur 15 tahun
meninggal dunia disebabkan oleh penyakit yang berkaitan dengan AIDS setiap
minit setiap hari, seorang anak muda di antara umur 15-24 tahun mendapat
jangkitan HIV setiap 15 saat manakala 15 juta orang kanak-kanak di seluruh
dunia telah menjadi anak yatim disebabkan oleh AIDS . Gaye Phillips, (2006)
Sejak awal wabak ini, hampir 70 juta orang telah dijangkiti oleh virus HIV dan
lebih 35 juta meninggal dunia akibat AIDS. Di peringkat global, 35 juta orang
hidup dengan jangkitan HIV pada akhir tahun 2011. Dianggarkan seramai 0.8%
orang dewasa berumur 15-49 tahun hidup bergelumang dengan jangkitan HIV di
seluruh dunia. Sub-Sahara Afrika kekal mengungguli kes keterukan HIV hampir 1
dalam 20 orang dewasa iaitu sebanyak 4.9 % hidup dengan HIV di seluruh
dunia. (Global Health Observatory,(2013).
Terdapat sebahagian besar kumpulan belia di Taiwan tidak mempunyai maklumat
yang tepat berkaitan HIV terutamanya berkaitan kaedah jangkitan penyakit
tersebut. Usaha untuk mencegah penularan wabak HIV/AIDS perlu melibatkan
keluarga, system pendidikan, media massa dan masyarakat secara
keseluruhannya . Tung, Hu, Davis, Tung dan Lin ,(2008). mendapati bahawa
ketiadaan pengetahuan seks yang selamat serta tingkahlaku seksual yang tidak
dilindungi adalah faktor utama yang menyebabkan berlakunya penyebaran
jangkitan virus HIV . Chao, Lin, Ma, Ku, Tsai dan Shi ( 2010).
Terdapat 35.4 juta orang hidup dengan HIV pada tahun 2012. Peningatan ini
dilihat drastik kerana pada tahun 2001 hanya 29.4 juta kes sahaja yang
dilaporkan. HIV adalah punca kematian utama di Afrika. Kes HIV baru telah
meningkat sebanyak 33% sejak tahun 2001 di 26 buah negara berpendapatan
rendah. Namun, terdapat lebih 2.3 juta jangkitan baru dilaporkan pada tahun
2012 atau lebih 6,300 kes setiap hari. menurut UNAIDS, The Global HIV / AIDS
Epidemic. (2012)
Seramai lebih satu per empat rakyat United Kingdom tidak sedar bahawa
mereka hidup dengan HIV. Fakta yang diperoleh mendapati lebih 90% penduduk
United Kingdom dijangkiti HIV / AIDS melalui hubungan seks. . Transforming the
UK’s response to HIV, World AIDS Day. (2011)
2.4 RUMUSAN
Melalui bab ini, Kajian lepas menunjukkan, membincangkan dan berhubungkait
dengan tajuk kajian ini. Kajian tentang tahap pengetahuan HIV / AIDS dalam
kalangan julat umur remaja telah banyak dilakukan sama ada tentang
kepentingannya, kesan-kesan serta keburukkan telah terjadi. Hasil kajian-kajian
lepas ini juga telah dijadikan sebagai sokongan untuk menjalankan kajian ini
serta memudahkan penyelidik untuk memastikan pemboleh ubah yang berkaitan.
BAB 3
METODOLOGI KAJIAN
3.1 PENGENALAN
Metodologi mempunyai maksud yang luas berkaitan prosedur dan cara
pengolahan data bagi menyelesaikan atau menjawab persoalan penyelidikan
termasuk menguji hipotesis menurut Prof. Madaya Dr. Aziz Yahaya (2006). Namun,
dalam kajian ini kami tidak menguji hipotesis, Cuma menilai tahap pengetahuan pelajar
sahaja. Aspek – aspek yang perlu diambilkira meliputi kaedah dan reka bentuk
penyelidikan, instrument penyelidikan, sampel serta teknik pengolahan dan
analisis data.
Metodologi penyelidikan penting dalam membentuk himpunan data yang
diperlukan dalam penyelidikan kata Prof. Madaya Syed Mohamed Shafeq Syed
Mansur Al-habni (2008). Dengan erti kata lain, metodologi penyelidikan memberi
panduan dalam pelaksanaan serta cara pelaksanaan penyelidikan tersebut.
Caranya adalah tentukan jenis data yang hendak dikumpul, tentukan alat yang
digunakan, dari manakah data diperoleh, berapa banyak yang diperlukan,
bagaimana data dipersembahkan dan sebagainya.
Sebelum membuat penyelidikan, kita mestilah menguasai unsur – unsur
penyelidikan seperti yang dijelaskan di atas. Sebahagian besar daripada unsur –
unsur itu mestilah dapat mencerminkan turutan penyelidikan (susulan penyelidikan)
dan wujud dalam pelaksanaan penyelidikan daripada kajian lapangan.
3.2 REKA BENTUK KAJIAN
Sebelum kajian ini dijalankan, penyelidik terlebih dahulu merujuk kepada penyelia
HSR (Health System Research ) untuk mendapatkan maklumat serta kefahaman
mengenai model kajian. Setelah itu, Penyelidik mendapati bahawa kajian ini perlu
diberikan perhatian tentang bentuk atau cara untuk melakukan kajian ini.
Daripada penerangan Penyelia HSR, Encik Jaafar Bin Abu Seman, Maka
penyelidik memilih kajian Deskriptif. Pendekatan ini dipilih kerana jalan
pendekatannya akan menjadikan kajian ini lebih terperinci dan sistematik. Teknik
persempelan yang digunakan adalah jenis simple random sampling. Satu
komponen yang besar dalam kajian ini adalah Kajian Semula. Secara umumnya,
kajian semula akan mengkaji dan mengembangkan secara terperinci tentang
beberapa kajian yang pernah dijalankan oleh para pengkaji terlebih dahulu. Ini
bermaksud kajian-kajian yang terdahulu dijadikan satu sumber rujukan untuk
membuktikan bahawa kajian yang akan dijalankan ada nilainya.
Pendekatan diskriptif terbahagi kepada dua aspek iaitu aspek kualitatif dan aspek
kuantitatif. Aspek kualitatif bermaksud fakta-fakta dan data-data yang tidak boleh
dikira seperti tahap pengetahuan dan pemahaman tentang sesuatu perkara di
dalam sesebuah komuniti . Aspek kualitatif pula bermaksud aspek yang boleh
dikira serta penghuraian ciri-ciri melalui carta-carta pai, graf dan jumlah
keseluruhan dalam sesebuah kajian.
Menurut Simon (1987), beliau menyatakan bahawa analisis data yang terbaik
adalah analisis yang dapat menunjukkan data yang penting dalam bentuk yang
mudah difaham i oleh pembaca . Kajian berbentuk diskriptif atau tinjauan telah
digunakan dalam menjalankan kajian ini. Manakala menurut Gay (1996), kajian
diskriptif melibatkan pengumpulan data dalam usaha untuk menguji hipotesis
atau menjawab persoalan kajian dengan melihat status semasa terhadap perkara
yang dikaji Bentuk kajian ini dipilih kerana ianya memudahkan penyelidik didalam
menjalankan kajian tanpa memerlukan perbandingan data yang akan diperolehi
dengan data kawalan
Bentuk kajian yang dipilih perlulah bersesuaian dengan kajian yang dilakukan
bagi mendapatkan hasil kajian yang tepat dan menjawab segala permasalahan
yang dikemukakan. Reka bentuk kajian jenis diskriptif juga dipilih kerana
mempunyai banyak kelebihan. Contohnya apabila maklumat yang ingin diperolehi
boleh dikutip terus daripada responden untuk tujuan menggubal atau merancang
polisi atau menilai sesuatu program menurut Fink & Koscoff (1998).
Di samping itu, kaedah ini juga membolehkan pengkaji membuat generalisasi
dapatan kajian kepada populasi sekiranya kesilapan-kesilapan pengumpulan data
diberi perhatian semasa instrument digubal. Menurut Talbot, L.A. (1995), Satu
kajian mengenai satu fenomena yang berlaku dalam persekitaran yang natural di
mana satu keadaan yang hendak dikaji itu sememangnya berlaku tetapi kurang
diketahui umum.
Ketika menjalankan sesuatu kajian, pengkaji juga perlu mempertimbangkan faktor-
faktor kos, masa, kemudahan untuk mengutip data dan sebagainya. Tambahan
pula, kaedah tinjauan mempunyai kelebihan dari segi faktor kos kerana ia tidak
melibatkan perbelanjaan yang banyak, di samping faktor penjimatan masa dan
juga kemampuan menjangkau kawasan geografi yang luas. Pengkaji boleh
memperoleh data dengan lebih mudah dan cepat berbanding dengan kaedah
kualitatif yang memerlukan data yang dikutip secar a mendalam dan ini akan
mengambil masa yang lama.
3.3 LOKASI KAJIAN
Kajian dilakukan di SMK Tambun, Ipoh. Perak
3.4 SAMPEL KAJIAN
3.4.1 CORAK PERSAMPELAN
Sampel untuk kajian ini adalah seramai 30 orang pelajar tingkatan 5
SMK Tambun.
3.4.2 RESPONDEN KAJIAN
Kajian ini dijalankan dikalangan pelajar tingkatan 5 yang dipilih
secara rawak .Ini adalah kerana saiz populasi yang agak besar.
3.5 ALATAN KAJIAN
Kajian ini dilaksanakan dengan mengedarkan borang kaji selidik (
Questionaires Form ) yang diedarkan kepada 30 orang responden secara
rawak dikalangan pelajar yang ditetapkan.. Responden berkenaan akan diberi
penerangan dan diberi masa untuk menjawab beberapa bahagian soalan.
Borang kaji selidik ini terdiri kepada 3 bahagian iaitu Bahagian A dan B
Bahagian A : (Demografik)
Bahagian ini merangkumi soalan berkaitan rekod dan data maklumat
kendiri serta latar belakang responden.
Contoh : Jantina, Bangsa dan Agama
Bahagian B : (Faktor yang Mempengaruhi)
Bahagian ini merangkumi soalan yang menguji tahap pengetahuan
responden mengenai HIV/AIDS.
Ia terdiri daripada set soalan yang tertutup yang hanya memerlukan
responden menjawab samada ‘ya’, ‘tidak’ atau ‘kurang pasti’.
3.5.1 Pilot Study
Sebelum pengedaran kertas soalan dilakukan pada responden, terlebih dahulu
‘pilot study’ dilakukan kepada 5 Pelajar tingkatan 5 SMK Tambun, Ipoh. Perak. Ianya
bertujuan untuk menilai sejauh mana soalan yang dikemukakan dapat difahami
dan berkesan serta menepati objektif kajian yang dilakukan. Ini juga untuk
mengelakkan sebarang salah faham, kurang faham atau kecelaruan yang akan
membuatkan responden tidak dapat menjawab sepatutnya dengan baik. Jika tidak,
hasil keputusan yang akan diperolehi tidak memuaskan.
Sekiranya masalah timbul maka langkah penyelesaian akan dapat diambil lebih
awal. Pilot study yang telah dijalankan ini amat penting dalam memastikan
kejayaan kajian ini. Hasil pilot study ini menunjukkan bahawa kawasan yang
telah dipilih ini sesuai dan semua masalah yang timbul telah pun diatasi. Maka
borang soal selidik diteruskan pengedaran mengikut responden yang telah dipilih .
3.6 KAEDAH PENGUMPULAN DATA
Dalam pengumpulan data, teknik yang digunakan untuk pengumpulan data dalam
kajian ini adalah menggunakan teknik borang kaji selidik. Responden akan
diberikan masa selama 30 minit untuk menjawab semua soalan yang diberikan.
Namun, kelonggaran masa diberikan sehingga kesemua diantara mereka telah
selesai menjawab semua soalan yang dibekalkan. Setelah semua selesai
menjawab, semua set soalan yang diedarkan akan dikutip dan di kumpul untuk
dianalisa satu per satu. Borang yang telah siap diisi responden akan dikutip sendiri
oleh penyelidik bagi memastikan privasi setiap responden dijaga dan sedia
dianalisa data yang didapati. Justeru itu, ini menjadikan cara pengumpulan data
ini tepat, mudah dan tidak membelanjakan kos yang tinggi. Selain itu, hasil
keputusan kajian yang dilakukan juga tidak berat sebelah.
3.7 KAEDAH MENGANALISIS DATA
Perisian Microsoft Excel akan digunakan untuk menganalisa data dari hasil kajian
yang dijalankan . Data ini kemudiannya dianalisia setelah cukup kesemua borang
kaji selidik sebanyak 30 salinan itu telah siap dilengkapkan oleh responden.
3.8 ETIKA KAJIAN
Setiap data yang diperolehi akan dijamin kerahsiaannya serta salinan borang
yang akan diedarkan tidak akan diletakkan nama responden yang dipilih...
Penjagaan kualiti juga akan diambil kira untuk mengelakkan daripada berlakunya
penipuan dan plagiarism . Setiap responden diminta untuk berlaku jujur dengan
jawapan yang diberikan..
3.9 LIMITASI KAJIAN
Kami kumpulan penyelidik akan menggariskan beberapa limitasi yang dihadapi
dalam menjalani kajian agar kajian ini dapat dijalankan dengan lebih efisien serta
relevan sepanjang kajian dijalankan dengan mengikut teknik kajian yang
ditetapkan.
1. Tempoh kajian yang singkat
Tempoh kajian yang diperuntukkan tidak mencukupi untuk
membuat persiapan yang lebih teratur dan kemas .
2. Borang kaji selidik
Kemungkinan beberapa borang kaji selidik mungkin tidak akan
lengkap dengan jawapan yang diisi oleh responden..
3. Kerjasama responden
Sesetengah responden memberi kerjasama yang baik
manakala ada yang tidak memberi kerjasama seperti tidak
menjawab kehendak soalan.
4. Sikap pengkaji
Sikap pengkaji sendiri yang kurang ilmu pengetahuan
mengenai kajian yang dijalankan mungkin kerana pertama kali
menjalankan kajian sendiri.
3.10 RUMUSAN
Secara rumusannya, bab ini telah menerangkan mengenai bagaimana kajian ini
akan dijalankan oleh penyelidik. Hal ini memudahkan penyelidik untuk
menjalankan kajian mengikut panduan yang betul.
BAB 4
ANALISIS DATA
4.1 PENGENALAN
Penganalisaan data telah menggunakan analisis statistik diskriptif kuantitatif di
mana hasil kajian akan diterangkan dalam bentuk jadual yang menunjukkan
kekerapan serta peratusan skor bagi soalan-soalan yang diajukan kepada
responden. Kesemua data yang diperolehi akan dianalisis menggunakan
‘Microsoft Excel’. Bahagian ini mengemukakan keputusan statistik kuantitatif yang
telah diperolehi melalui kaedah peratusan.
Seramai 30 orang responden lelaki dan perempuan yang terdiri daripada pelajar
tingkatan 5 SMK Tambun, Ipoh yang telah dipilih secara rawak untuk diedarkan
borang soal selidik untuk membantu kajian ini. Borang soal selidik ini
merangkumi tiga (3) bahagian iaitu Bahagian A (maklumat peribadi responden)
dan Bahagian B (merangkumi soalan yang berkaitan kajian yang dijalankan) iaitu
mengkaji tahap pengetahuan penyakit HIV/AIDS dalam kalangan pelajar tingkatan
5 SMK Tambun, Ipoh. Perak.
4.2 DEMOGRAFI
Untuk bahagian ini, maklumat peribadi responden yang diambil ialah jantina,
bangsa dan agama.
BIL DEMOGRAFIK
01 JANTINA Lelaki : 13 Perempuan : 17
02 BANGSA Melayu : 23 Cina :4 India : 3 Lain-lain : 0
03 AGAMA Islam : 23 Buddha :4 Hindu : 3 Kristian : 0
Bahagian A
Soalan 1 : Jantina
Untuk jantina, hasil keputusan mendapati jantina lelaki seramai 13 orang
(43.33%) dan perempuan pula seramai 17 orang (56.67%).
43%
57%
Pecahan Jantina Responden Tingkatan 5 SMK Tambun, Ipoh. Perak
Lelaki Perempuan
Soalan 2 : Bangsa
Untuk pecahan taburan bangsa . Responden berbangsa melayu adalah seramai
23 orang (76.67%) . Manakala, Responden berbangsa Cina pula seramai 4 orang
(13.33%). Responden yang berbangsa India direkodkan seramai 3 orang
(10.00%).
77%
13%
10%
Pecahan Bangsa Responden Tingkatan 5 SMK Tambun, Ipoh. Perak
Melayu Cina India
Soalan 3 : Agama
Untuk pecahan agama pula . Responden beragama Islam adalah seramai 23
orang (76.67%) . Manakala, Responden beragama buddha pula seramai 4 orang
(13.33%). Responden yang beragama Hindu direkodkan seramai 3 orang
(10.00%).
77%
13%
10%
Pecahan Agama Responden Tingkatan 5 SMK Tambun, Ipoh. Perak
Islam Buddha Hindu
4.3 TAHAP PENGETAHUAN DAN FAKTOR YANG MEMPENGARUHINYA
Untuk bahagian ini, Tahap pengetahuan responden mengenai penyakit HIV / AIDS
diuji dengan beberapa set soalan tertutup. Soalan yang dipilih berdasarkan
empat (4) faktor utama yang dikenalpasti mempengaruhi pengetahuan responden.
Empat (4) faktor itu ialah Sikap responden , Faktor sekeliling responden , Media
dan. Kawasan.
BIL TAHAP PENGETAHUAN RESPONDEN DAN FAKTOR YANG MEMPENGARUHINYA
01 SIKAP – Kurang Prihatin Ya : 17 Tidak : 2 Kurang Pasti : 11
02 SIKAP – Tidak Ambil Peduli Ya : 15 Tidak : 3 Kurang Pasti : 12
03 PENDIDIKAN – Ceramah di sekolah Ya : 22 Tidak : 5 Kurang Pasti : 3
04 PENDIDIKAN – Melalui Kain Rentang dan Risalah
Ya : 22 Tidak : 2 Kurang Pasti : 6
05 PENGARUH RAKAN SEBAYA – Informasi dari kawan-kawan
Ya : 8 Tidak : 17 Kurang Pasti : 5
06 PENGARUH RAKAN SEBAYA – Mencari Maklumat Bersama
Ya : 7 Tidak : 17 Kurang Pasti : 6
07 IBUBAPA – Informasi dari Ibubapa Ya : 11 Tidak : 13 Kurang Pasti : 6
08 IBUBAPA – Menggalakkan Penyertaan Program
Ya : 9 Tidak : 6 Kurang Pasti : 15
09 MEDIA – Media Elektronik Ya : 27 Tidak : 1 Kurang Pasti : 2
10 MEDIA – Media Cetak Ya : 27 Tidak : 2 Kurang Pasti : 1
11 KAWASAN – Pusat Hiburan Ya : 5 Tidak : 22 Kurang Pasti : 3
12 KAWASAN – Aktiviti Penagihan Dadah Ya : 2 Tidak : 17 Kurang Pasti : 11
Bahagian B
Soalan 1 : Adakah anda prihatin mengenai informasi tentang HIV / AIDS ?
Untuk faktor sikap, seramai 17 orang (56.67%) prihatin mengenai informasi
berkaitan penyakit HIV/AIDS. Lagi 2 orang (6.67%) kurang prihatin dan baki lagi
11 orang responden (6.66%) pula kurang pasti.
Soalan 2 : Jika terdapat program tentang penyakit HIV / AIDS , Adakah anda akan
mengambil peduli dan melibatkan diri dalam program tersebut.
Seramai 15 orang (50.00%) ambil peduli mengenai program tentang penyakit HIV
/ AIDS dan melibatkan diri. Namun, seramai 3 orang (10.00%) responden
memilih tidak dan baki 12 orang (40.00%) kurang pasti.
Prihatin Ambil Peduli
56.6750
6.67 10
36.66 40
Sikap Responden Mengenai Informasi dan Program Berkaitan HIV/AIDS
Ya Tidak Kurang Pasti
Faktor seterusnya yang diuji dalam set soalan yang disediakan ialah faktor
sekeliling responden. Untuk faktor ini, terbahagi kepada tiga (3) komponen kecil
iaitu pendidikan, pengaruh rakan sebaya serta ibubapa. Berikut merupakan
dapatan data yang diperolehi.
Soalan 3 : Pernahkah anda menerima sebarang bentuk pendidikan seperti
ceramah mengenai penyakit HIV / AIDS di sekola h anda.
Dari segi pendidikan, seramai 22 orang (73.33%) mengakui telah menerima
sebarang bentuk pendidikan formal seperti ceramah berkaitan HIV / AIDS di
sekolah. Namun, 5 orang (16.67%) responden memilih tidak menerima serta lagi
3 (10.00%) responden kurang pasti.
Ya73%
Tidak17%
Kurang pasti10%
Menerima Pendidikan HIV/AIDS di Sekolah
Soalan 4 : Tahukah anda bahawa pendidikan kesihatan tentang penyakit HIv /
AIDS boleh didapati daripada risalah-risalah dan kain rentang (banner).
Seramai 22 orang (73.33%) bersependapat bahawa pendidikan kesihatan
berbentuk risalah serta kain rentang (banner) yang berkaitan dengan HIV / AIDS
boleh didapati. Namun, 2 orang (6.63%) responden membangkang dan lagi 6
orang (20.00%) responden kurang pasti mengenai perihal ini.
Ya73%
Tidak7%
Kurang pasti20%
Pecahan Responden Berpendapat Bahan Pendidikan Kesihatan Berkaitan HIV/AIDS
Boleh Didapati
Soalan 5 : Pernahkah anda mendapat informasi atau maklumat daripada rakan-
rakan anda mengenai perihal penyakit HIV / AIDS
Untuk pengaruh rakan sebaya pula, seramai 8 orang (26.66%) bersependapat
pernah mendapatkan informasi berkaitan HIV / AIDS dari pada rakan masing-
masing . Namun , 17 orang (56.67%) responden lain menyatakan mereka tidak
pernah berbuat demikian. Baki lagi 5 orang (16.67%) responden pula kurang
pasti mengenai hal ini.
Ya
Tidak
Kurang Pasti
0 10 20 30 40 50 60
26.66
56.67
16.67
Pecahan Responden yang Pernah Menerima Maklumat Berkaitan HIV/AIDS dari kalangan
kawan-kawanPecahan Responden yang Pernah Menerima Maklumat Berkaitan HIV/AIDS dari kalangan sahabat
Soalan 6 : Pernahkah anda dan rakan-rakan anda mencari maklumat mengenai
penyakit HIV / AIDS
Seramai 7 orang (23.33%) responden menyatakan bahawa pernah mencari
maklumat HIV / AIDS bersama rakan boleh didapati . Namun, 17 orang (56.67%)
responden membangkang dan lagi 6 orang (20.00%) responden kurang pasti
mengenai perihal ini
Ya
Tidak
Kurang Pasti
0 10 20 30 40 50 60
23.33
56.67
20
Pecahan Responden yang Pernah Menerima Maklumat Berkaitan HIV/AIDS dari kalangan
kawan-kawanPecahan Responden yang Pernah Mencari Maklumat Berkaitan HIV/AIDS Bersama-sama Kawan
Soalan 7 : Pernahkah anda mendapatkan informasi daripada ibubapa anda
mengenai perihal HIV / AIDS
Untuk komponen terakhir dalam faktor sekeliling responden , iaitu dari segi
penglibatan ibubapa, seramai 11 orang (36.67%) bersependapat pernah
mendapatkan informasi berkaitan HIV / AIDS daripada ibubapa masing-masing .
Namun , 13 orang (43.33%) responden lain menyatakan mereka tidak pernah
berbuat demikian. Baki lagi 6 orang (20.00%) responden pula kurang pasti
mengenai hal ini.
YaTidak
Kurang Pasti
01020304050 36.67 43.33
16.67
Pecahan Responden yang Pernah Menerima Maklumat Berkaitan HIV/AIDS dari Ibubapa
SendiriPecahan Responden yang Pernah Menerima Maklumat Berkaitan HIV/AIDS dari Ibubapa Sendiri
Soalan 8 : Adakah ibubapa anda menggalakkan anda mengikuti sebarang
program berkaitan penyakit HIV / AIDS
Seramai 9 orang (30.00%) responden menyatakan bahawa ibubapa pernah
memberikan galakkan untuk menyertai sebarang program berkaitan penyakit HIV /
AIDS. Namun, 6 orang (20.00%) responden membangkang dan lagi 15 orang
(50.00%) responden kurang pasti mengenai perihal ini
YaTidak
Kurang Pasti
01020304050
30
20
50
Pecahan Responden yang Ibubapa Pernah Memberikan Galakkan Menyertai Sebarang
Program Berkaitan Penyakit HIV/AIDSPecahan Responden yang Ibubapa Pernah Memberikan Galakkan Menyertai Sebarang Program Berkaitan Penyakit HIV/AIDS
Faktor seterusnya yang diuji dalam set soalan yang disediakan ialah faktor
Media. Untuk faktor ini, terbahagi kepada dua (2) jenis media iaitu media
elektronik dan media cetak. Berikut merupakan dapatan data yang diperolehi
berdasarkan media berkenaan.
Soalan 9 : Pernahkah anda melihat atau mendengar berkaitan penyakit HIV / AIDS
di televisyen, radio, atau media elektronik yang lain
Seramai 27 orang (90.00%) mengakui telah melihat atau mendengar berkaitan
HIV/AIDS melalui media elektronik . Namun, 1 orang ( 3.33%) responden memilih
tidak menerima serta lagi 2 orang (6.67%) responden kurang pasti.
Ya
Tidak
Kurang Pasti
0 10 20 30 40 50 60 70 80 90
90
3.33
6.67
Pecahan Responden yang Pernah Melihat atau Mendengar Maklumat Berkaitan
HIV/AIDS Melalui Media ElektronikPecahan Responden yang Pernah Melihat atau Mendengar Maklumat Berkaitan HIV/AIDS Melalui Media Elektronik
Soalan 10 : Pernahkah anda melihat atau terbaca artikel berkaitan penyakit HIV /
AIDS di surat khabar majalah atau media cetak yang lain
Untuk pengaruh media cetak pula, seramai 27 orang (90.00%) bersependapat
pernah melihat atau terbaca artikel berkaitan HIV/AIDS melalui media cetak .
Namun , 2 orang (6.67%) responden lain menyatakan mereka tidak pernah
berbuat demikian. Baki lagi 1 orang (3.33%) responden pula kurang pasti
mengenai hal ini.
Ya
Tidak
Kurang Pasti
0 10 20 30 40 50 60 70 80 90
90
6.67
3.33
Pecahan Responden yang Pernah Melihat atau Terbaca Artikel Maklumat Berkaitan
HIV/AIDS Melalui Media CetakPecahan Responden yang Pernah Melihat atau Terbaca Artikel Maklumat Berkaitan HIV/AIDS Melalui Media Cetak
Faktor terakhir yang diuji dalam set soalan yang disediakan ini ialah faktor
Kawasan. Untuk faktor ini, terbahagi kepada dua (2) jenis kawasan iaitu pusat
hiburan dan tempat penagihan dadah. Berikut merupakan dapatan data yang
diperolehi berdasarkan kawasan berkenaan.
Soalan 11 : Adakah tempat tinggal anda berhampiran dengan pusat-pusat
hiburan?
Seramai 5 orang (16.67%) mengakui kawasan tempat tinggal mereka dekat
pusat hiburan . Namun, 22 orang (73.33%) responden memilih tidak manakala
lagi 3 orang (10.00%) responden kurang pasti.
Ya
Tidak
Kurang Pasti
0 10 20 30 40 50 60 70 80
16.6773.33
10
Pecahan Responden yang kawasan tempat tinggalnya terdapat pusat hiburan
Pecahan Responden yang Pernah Melihat atau Terbaca Artikel Maklumat Berkaitan HIV/AIDS Melalui Media Cetak
Soalan 12 : Adakah terdapat aktiviti penagihan dadah di sekitar kawasan tempat
tinggal anda?
seramai 2 orang 6.67%) responden menyatakan bahawa terdapat aktiviti penagihan
dadah di kawasan sekitar tempat tinggal mereka . Namun, 17 orang (56.67%)
responden membangkang dan lagi 11 orang (36.66%) responden kurang pasti
mengenai perihal ini
Ya
Tidak
Kurang Pasti
0 10 20 30 40 50 60
6.67 56.67
36.66
Pecahan Responden yang kawasan tempat tinggalnya terdapat aktiviti penagihan
dadahPecahan Responden yang kawasan tempat tinggalnya terdapat pusat hiburan
4.4. RUMUSAN
Secara rumusannya bab ini telah menerangkan mengenai maklumat- maklumat
yang diperolehi daripada responden dan menganalisis maklumat- maklumat
tersebut . Hasil analisis yang diperolehi diterjemahkan dalam bentuk gra f dan
jadual ringkas untuk mudah difahami pembaca.
BAB 5
PERBINCANGAN
5.1 PENGENALAN
Maklumat dan penemuan daripada hasil kajian yang diperolehi pengkaji
diketengahkan kepada beberapa faktor penting yang menjadi objektif teras kajian
ini. Setiap maklumat penting yang diperolehi telah dikenal pasti dan dibincangkan
dalam sesi perbincangan. Kerjasama yang diberikan oleh responden kepada
penyelidik adalah amat memberansangkan .
Dalam bab ini, penyelidik akan membincangkan mengenai maklumat dan data
yang dipersembahkan . Borang soal selidik dijadikan sebagai satu alat atau bahan
untuk mendapatkan semua jawapan. Hasil daripada pemprosesan dan
penganalisaan data daripada borang soal selidik yang telah dilakukan, kami
sebagai pengkaji mendapati tahap pengetahuan responden yang terdiri daripada
pelajar tingkatan 5 di SMK Tambun tentang penyakit HIV / AIDS adalah baik dan
memuaskan.
5.2 PERBINCANGAN
Dalam proses pengumpulan data, kami memilih responden dalam kalangan
remaja sekolah menengah iaitu pelajar tingkatan 5 tanpa mengira bangsa dan
agama. Ini kerana penyakit AIDS merupakan salah satu penyakit yang
berbahaya serta boleh menggugat kestabilan sesebuah negara di mana ia boleh
dihidapi oleh pelbagai golongan masyarakat tidak kira warna kulit, umur, jantina,
bangsa, agama mahupun kumpulan etnik jika langkah-langkah pencegahan awal
tidak diambil. Golongan remaja menjadi sasaran dalam kajian ini kerana golongan
ini kebiasaannya mudah terjebak dengan pelbagai masalah sosial termasuk
masalah penyalahgunaan dadah disebabkan keinginan yang kuat untuk mencuba
sesuatu yang baru tanpa mengambil kira kesan yang bakal dihadapi. Menurut
Zainuddin Abdul Wahab (1994), golongan remajalah yang banyak terjebak
dengan amalan gaya hidup yang sememangnya berisiko tinggi seperti
penyalahgunaan dadah serta perlakuan seks rambang.
Kerelevanan pemilihan pelajar tingkatan 5 sebagai responden sebenarnya dibuat
kerana ianya dalam julat usia remaja. Ianya sesuai dijadikan sebagai responden
kerana pada usia ini merupakan kemuncak bagi individu untuk
mengeksploitasikan dunia dan berani mencuba sesuatu yang baru. Peningkatan
kes dari tahun ke tahun kebanyakkannya terdiri daripada golongan ini. Kenyataan
ini disokong sepenuhnya oleh Kementerian Kesihatan Malaysia, (2006) yang
menyatakan bilangan golongan muda di Malaysia dengan jangkitan HIV
meningkat setiap tahun. Statistik bulan Disember 2006 daripada Kementerian
Kesihatan Malaysia mendedahkan bahawa 36% jangkitan ini berlaku dalam
kalangan umur antara 13 hingga 29 tahun. Ketidaksaksamaan jantina, stigma
negatif, diskriminasi, berdiam diri, penafian dan kejahilan diri sendiri menjadi
bahan bakar wabak ini di Malaysia. Kenyataan ini menguatkan lagi bahawasanya
usia remaja mudah untuk dijangkiti AIDS.
Kajian menunjukkan antara faktor yang mempengaruhi tahap pengetahuan pelajar
tentang penyakit HIV / AIDS ialah sikap iaitu keprihatinan dan ambil peduli
tentang informasi dan program berkaitan penyakit ini. Daripada data yang telah
dianalisa, 56.67% daripada responden yang mewakili seramai 17 orang adalah
prihatin tentang informasi berkaitan penyakit HIV / AIDS, 6.67% yang mewakili 2
orang responden kurang prihatin serta bakinya lagi 11 orang responden (6.66%)
pula kurang pasti. Seramai 15 orang (50.00%) ambil peduli terhadap program
tentang penyakit HIV/AIDS dan melibatkan diri dalam program tersebut. Namun,
seramai 3 orang (10.00%) responden memilih tidak dan baki 12 orang (40.00%)
kurang pasti. Jelaslah dapat dilihat daripada kajian ini bahawa sikap seseorang
yang prihatin dan ambil peduli terhadap informasi dan program berkaitan
penyakit ini amat membantu dalam mempertingkat tahap pengetahuan. Ini adalah
kerana, kebiasaannya informasi penting dan terbaru dapat diperoleh
memandangkan kakitangan-kakitangan yang menyediakan bahan-bahan program
adalah terlatih di bawah Kementerian Kesihatan Malaysia.
Selain itu, faktor dari segi pendidikan juga mempengaruhi tahap pengetahuan
pelajar tentang penyakit HIV / AIDS . Daripada kajian yang telah dilakukan,
seramai 22 orang (73.33%) mengakui telah menerima sebarang bentuk
pendidikan formal seperti ceramah berkaitan HIV / AIDS di sekolah. Namun, 5
orang (16.67%) responden memilih tidak menerima serta lagi 3 (10.00%)
responden kurang pasti. Selain itu, seramai 22 orang (73.33%) bersependapat
bahawa pendidikan kesihatan berbentuk risalah serta kain rentang (banner) yang
berkaitan dengan HIV / AIDS boleh didapati. Namun, 2 orang (6.63%) responden
membangkang dan lagi 6 orang (20.00%) responden kurang pasti mengenai
perihal ini . Dengan ini, dapat dilihat bahawa pendidikan sama ada dalam bentuk
formal atau risalah terutama di sekolah amat membantu dalam mempertingkat tahap
pengetahuan pelajar tentang penyakit ini. Hal ini berkemungkinan disebabkan
oleh bahan yang mudah didapati oleh pelajar iaitu kebiasaannya telah disediakan
oleh guru-guru mereka tanpa perlu mereka bersusah payah mencari dan
mendapatkannya.
Menurut Shammie Husaini Hakim, (2004) asas pencegahan global masih lagi
melalui sistem pendidikan kesihatan serta menjauhkan diri daripada melakukan
aktiviti harian yang dianggap berisiko tinggi seperti penyalahgunaan dadah
melalui jarum suntikan, homoseksualiti serta perlakuan seks secara rambang
sememangnya mempunyai risiko tinggi pembawa virus HIV. Bagaimanapun
kemungkinan untuk dijangkiti virus ini adalah lebih rendah sekiranya seseorang
individu itu mengamalkan gaya hidup yang selamat iaitu tidak menjebakkan diri
dengan perkara yang berisiko. Oleh yang demikian, amalan gaya hidup yang
sihat perlu bagi mengurangkan risiko sebagai pembawa virus HIV.
Penglibatan ibubapa juga merupakan antara faktor yang mempengaruhi tahap
pengetahuan pelajar tentang penyakit ini. Daripada analisa data yang diperoleh,
seramai 11 orang (36.67%) bersependapat bahawa pernah mendapatkan informasi
berkaitan HIV / AIDS daripada ibubapa masing-masing, 13 orang (43.33%)
responden lain menyatakan mereka tidak pernah berbuat demikian. Baki lagi 6
orang (20.00%) responden pula kurang pasti mengenai hal ini. Selain itu,
seramai 9 orang (30.00%) responden menyatakan bahawa ibubapa pernah
memberikan galakkan kepada mereka untuk menyertai sebarang program
berkaitan penyakit HIV/AIDS yang dianjurkan oleh badan kerajaan dan bukan
kerajaan . Namun, 6 orang (20.00%) responden membangkang dan lagi 15 orang
(50.00%) responden kurang pasti mengenai perihal ini. Daripada dapatan kajian
ini, dapat dilihat bahawa ibu bapa kurang melibatkan diri dalam menyampaikan
informasi tentang penyakit ini kepada anak-anak mereka. Hal ini mungkin
disebabkan oleh kekangan masa ibubapa masa kini yang berkerjaya. Selain itu,
hal ini juga berlaku mungkin disebabkan pemikiran ibubapa yang meletakkan
tanggungjawab untuk menyampaikan informasi seperti ini di bahu para guru di
sekolah anak mereka.
Selain itu juga, tahap pengetahuan pelajar tentang penyakit HIV / AIDS dalam
kalangan pelajar juga dipengaruhi oleh media cetak dan media elektronik yang
menyampaikan informasi-informasi berkaitan penyakit tersebut. Seramai 27 orang
(90.00%) mengakui telah melihat atau mendengar berkaitan HIV / AIDS melalui
media elektronik. Namun, 1 orang (3.33%) responden memilih tidak menerima
serta lagi 2 orang (6.67%) responden kurang pasti. Untuk pengaruh media cetak
pula, seramai 27 orang (90.00%) bersependapat pernah melihat atau terbaca
artikel berkaitan HIV / AIDS melalui media cetak . Namun , 2 orang (6.67%)
responden lain menyatakan mereka tidak pernah berbuat demikian . Baki lagi 1
orang (3.33%) responden pula kurang pasti mengenai hal ini. Daripada analisa
data ini jelas menunjukkan bahawa pengaruh media cetak dan media elektronik
amat menyumbang dalam usaha mempertingkat tahap pengetahuan pelajar
tentang penyakit ini. Hal ini mungkin disebabkan oleh era globalisasi masa kini
yang memudahkan pelajar untuk mendapatkan informasi-informasi menggunakan
alatan elektronik yang mereka miliki.
Selain itu juga, faktor persekitaran tempat tinggal juga merupakan antara faktor
yang mempengaruhi tahap pengetahuan pelajar tentang penyakit ini. Seramai 5
orang (16.67%) mengakui kawasan tempat tinggal mereka dekat pusat hiburan.
Namun, 22 orang (73.33%) responden memilih tidak manakala lagi 3 orang
(10.00%) responden kurang pasti. Selain itu, seramai 2 orang (6.67%) responden
menyatakan bahawa terdapat aktiviti penagihan dadah di kawasan sekitar tempat
tinggal mereka. Namun, 17 orang (56.67%) responden membangkang dan lagi
11 orang (36.66%) responden kurang pasti mengenai perihal ini. Kajian ini
menunjukkan bahawa faktor persekitaran tempat tinggal kurang mempengaruhi
tahap pengetahuan mereka tentang penyakit ini.
5.3 RUMUSAN
Pada keseluruhan kaji selidik ini, pengkaji mendapati bahawa keseluruhan
responden mempunyai tahap pengetahuan yang tinggi kerana julat keseluruhan
soal selidik yang dikira oleh pengkaji mencapai sasaran. Ada kajian yang
dilakukan oleh Gray dan Saracino (1991), Riley dan Greene (1993), Royse et.
Al (1987), menunjukkan hubungan pengetahuan yang tepat mengenai HIV / AIDS
mempunyai kesan yang positif dengan sikap diterjemahkan kepada HIV / AIDS.
Kajian ini seiring dengan kajian-kajian lain yang dijalankan di luar negara seperti
Silberman, (1991) , Temoshok et. Al (1987), Wexler (1989), Wiener dan Siegel (1990).
Berdasarkan data yang dianalisis, satu pembolehubah diperolehi peramal yang
memberi pengaruh kuat ke atas sikap terhadap HIV / AIDS iaitu pendidikan dan
pengetahuan mengenai HIV / AIDS.
Kaedah penyebaran maklumat juga mempengaruhi tahap pengetahuan responden
tentang HIV / AIDS . Ini dapat dibuktikan seramai 27 orang (90.00%) mengakui
telah melihat atau mendengar berkaitan HIV/AIDS melalui media elektronik dan
massa. Nelson (1994) menyatakan bahawa kaedah penyebaran maklumat ada
berhubungan dengan terbentuknya pengetahuan remaja yang baik tentang HIV /
AIDS .
BAB 6
RUMUSAN
6.1 PENGENALAN
Di sepanjang kajian in i dijalankan, penyelidik telah berjaya mengumpul data-data
bagi menentukan penyelidikan yang dijalankan memenuhi objektif kajian. Data-
data yang telah dikumpulkan adalah melalui soalan kaji selidik. Walaupun kaedah
ini tidak dapat memberi banyak maklumat yang tepat, ianya sedikit sebanyak
telah memenuhi kehendak penyelidik.
6.2 DAPATAN KAJIAN
Berdasarkan keputusan yang diperolehi penyelidik dari kajian yang dibuat,
bahawa kebanyakan golongan remaja muda-mudi mempunyai tahap pengetahuan
mengenai penyakit AIDS yang agak memuaskan walaupun terdapat sebilangan
kecil daripada mereka mesih ragu-ragu mengenai penyakit ini jika tidak dicegah.
Keraguan yang timbul ini boleh dielakkan jika golongan remaja ini mempunyai
sikap bertanggungjawab untuk menjaga diri sendiri, sentiasa berwasapada serta
menjauhkan diri daripada melakukan aktiviti yang tidak sihat bagi mengelakkan
risiko dijangkiti penyakit AIDS.
Tahap kesedaran, sikap serta pengetahuan yang tinggi adalah berkait rapat di
antara satu sama lain. Groenman n et all (1992) mengatakan semua pengetahuan
itu perlu dan ianya boleh diperolehi dengan mendapatkannya daripada orang
yang berpengetahuan. Ini akan mewujudkan satu rantaian ilmu yang akan
memberi banyak manfaat kepada semua orang.
6.3 CADANGAN
Usaha yang berterusan adalah teras atau matlamat yang penting bagi
memperolehi sesuatu kejayaan yang diidamkan. Ternyata adalah sesuatu yang
amat sukar bagi menjadikan negara Malaysia ini satu negara yang bersih
daripada ancaman AIDS sepenuhnya. Atas dasar itulah Kementerian Kesihatan
Malaysia bersama-bersama dengan badan-badan bukan kerajaan (NGO) mesti
memainkan peranan utama dalam memberi kesedaran tentang bahayanya
penyakit AIDS ini.
Dalam merealisasikan matlamat ini, kempen-kempen tentang bahayanya penyakit
AIDS haruslah dilakukan dengan lebih kerap tanpa mengira batasan dan
sempadan. Ini bermaksud, kerajaan haruslah menggerakkan kempen ini daripada
peringkat akar umbi iaitu dari peringkat sekolah rendah hingga ke peringkat
Institusi Pengajian Tinggi dan bermula dari desa-desa hingga ke bandaraya.
Selain itu penerapan budaya membaca haruslah dipupuk dan disemai dari kecil
agar pengetahuan remaja mengenai masalah ini dapat dipertingkatkan dari awal
dan dibendung dengan jayanya. Kempen-kempen kesedaran AIDS dan ceramah-
ceramah mengenai AIDS juga memberi impak yang amat besar dalam
mewujudkan satu Negara yang sihat.
Di samping itu, badan-badan swasta juga perlu proaktif dalam menghadapi
dilema penyakit ini dengan mempergunakan sepenuhnya kemudahan dan
keupayaan alat-alat sebaran media cetak dan elektronik. Ini perlu dimanfaatkan
sepenuhnya bagi memastikan maklumat yang diperlukan sampai kepada
masyarakat dengan meluas.
Di harap semua pihak perlu prihatin dan melakukan reformasi untuk melahirkan
masyarakat yang berpandangan jauh serta sensitive mengenai kesihatan. Kita
haruslah bersedia untuk ditransformasikan kepada kehendak-kehendak yang
hendak direncanakan. Mudah-mudahan hasrat ini akan tercapai.
6.4 RUMUSAN
Secara keseluruhannya, Bahagian ini merumuskan segala hasil kajian yang
dilakukan oleh pengkaji untuk pemahaman yang lebih lanjut meliputi dapatan
kajian dan cadangan – cadangan untuk meningkatkan lagi tahap pengetahuan
tentang HIV dan AIDS dalam kalangan remaja sekolah.
RUJUKAN DAN BIBLIOGRAFI
Baingana, Florence ; Rachel Thomas and Christine Comblain (2005), HIV / AIDS and
Mental Health, Health, Nutrition and Population (HNP) Discussion Paper, The
World Bank, Washington.
Ministry of Health Malaysia (2005). HIV / AIDS in Malaysia, AIDS / STD Branch,
Department of General Health.
Holden, S. (2006). Good Donorship in a time for AIDS : Guidelines on a support to
partners to manage HIV / AIDS in a workplace. Amsterdam : STOP AIDS NOW !
Development Project.
Kalla, Kristin (2006), Analyzing Civil Society Participation in Country-Level HIV / AIDS
UNGASS 2006 Reporting, CARE International.
Kamarulzaman, Adeeba (2007), Harm Reduction in Asia : No More Time to Wait, 8th
International Conference on AIDS in Asia the Pacific, Colombo 19-23.
Khalib, Azrul Mohd (2008), Women and Girls : Confronting HIV and AIDS in Malaysia,
Ministry of Health Malaysia ; UNICEF – United Natons Children’s Fund Malaysia.
Third World Network & Peoples’ Health Movement, (2004). AIDS in search of a social
solution. Penang : Third World Network.
United Nations & United Nations Association Malaysia (2003) . Listen : Young people
as a force for change in a world with AIDS, a collection of essays on HIV / AIDS
by Young Malaysians. Kuala Lumpur : United Nations Association Malaysia.
Abu, B. S. (1991). An overview of the AIDS / HIV situation in Malaysia. Paper presented
at the National Seminar on AIDS , Kuala Lumpur.
Inungu, J., Mumford, V., younis, M., & Langford, S. (2009). HIV knowledge, attitudes
and practices among college students in the United States. Jhhsa Winter, 259-
277.
The Star (2006, February 15). AIDS kills more than Hepatitis B, p. W43
The Star (2006, February 17), AIDS victims bring home message to men who stray p.
N29.
Borneo Post Online (2013). 3,100 New HIV Infections Verted Due to Harm Reduction
Programmes in Malaysia. Borneo Post Online 4 July.
LAMPIRAN A – BORANG PROPOSAL
LAMPIRAN B– CARTA GANTT
AKTIVITI
BULAN
2014NOV
2015JAN
2015FEB
2015MAC
2015APR
2015MEI
2015JUN
2015JULY
2015OGOS
2015SEPT
2015OKT
2015NOV
1.Proposal2.Helaian Tajuk3.Pengenalan4.Kenyataan Masalah5.Objektif Kajian6.Kajian Literature7.Pengumpulan Maklumat8.Metodologi9.Bentuk Kajian10.Populasi/Persampelan Kajian11.Alat Kajian12.Pilot Study13.Pengumpulan Data14.Analisa Data15.Kelulusan Penyelia16.Penyerahan HSR(Bahagian 1)17.Penemuan18.Analisis19.Perbincangan20.Kesimpulan21.Cadangan22.Rujukan Dan Abstrak23.Lampiran24.Penilaian Akhir HSR Lengkap
LAMPIRAN D– BORANG SOAL SELIDIK
HEALTH SYSTEM RESEARCH ( HSR )
BORANG SOAL SELIDIK TAHAP PENGETAHUAN PENYAKIT HIV/AIDS DALAM KALANGAN PELAJAR
TINGKATAN 5 DI SMK TAMBUN, IPOH PERAK.
Arahan Kepada Responden :
1. Sila jawab semua soalan di (Bahagian A, B dan Bahagian C) yang dikemukakan
dengan tenang, selesa dan tanpa sebarang tekanan.
2. Anda dikehendaki menjawab semua soalan dengan jujur tanpa rasa malu dan takut.
3. Tidak perlu meniru atau melihat jawapan rakan disebelah.
4. Sila tandakan ( ) bagi jawapan yang betul.
5. Semua maklumat yang diberikan adalah sulit dan hanya akan digunakan untuk kajian
ini sahaja.
Kerjasama anda di dalam menjawab soalan-soalan ini amatlah dihargai dan diucapkan terima kasih.
Selamat Menjawab
BAHAGIAN A
(Maklumat peribadi responden).
1. Jantina
Lelaki
Perempuan
2. Bangsa
Melayu
Cina
India
Lain-lain
3. Agama
Islam
Buddha
Hindu
Kristian
Lain-lain
BAHAGIAN B
(Tahap pengetahuan responden dan faktor yang mempengaruhinya)
1. Adakah anda prihatin mengenai informasi tentang HIV/AIDS.
Ya
Tidak
Kurang pasti
2. Jika terdapat program tentang penyakit HIV/AIDS, adakah anda ambil peduli
dan melibatkan diri dalam program tersebut.
Ya
Tidak
Kurang pasti
3. Pernahkah anda menerima sebarang bentuk pendidikan seperti ceramah
mengenai penyakit HIV/AIDS di sekolah anda.
Ya
Tidak
Kurang pasti
4. Tahukah anda bahawa pendidikan kesihatan tentang penyakit HIV/AIDS boleh
didapati daripada risalah-risalah dan kain rentang (banner).
Ya
Tidak
Kurang pasti
5. Pernahkah anda mendapat informasi atau maklumat daripada rakan-rakan anda
mengenai perihal penyakit HIV/AIDS.
Ya
Tidak
Kurang pasti
6. Pernahkah anda dan rakan-rakan anda mencari maklumat mengenai penyakit
HIV/AIDS.
Ya
Tidak
Kurang pasti
7. Pernahkah anda mendapat informasi daripada ibubapa anda mengenai perihal
penyakit HIV/AIDS.
Ya
Tidak
Kurang pasti
8. Adakah ibubapa anda menggalakkan anda mengikuti sebarang program
berkaitan penyakit HIV/AIDS.
Ya
Tidak
Kurang pasti
9. Pernahkah anda melihat atau mendengar berkaitan penyakit HIV/AIDS di
televisyen, radio atau media elektronik yang lain.
Ya
Tidak
Kurang pasti
10.Pernahkah anda melihat atau terbaca artikel berkaitan penyakit HIV/AIDS di
surat khabar, majalah atau media cetak yang lain.
Ya
Tidak
Kurang pasti
11.Adakah tempat tinggal anda berhampiran dengan pusat-pusat hiburan.
Ya
Tidak
Kurang pasti
12.Adakah terdapat aktiviti penagihan dadah di sekitar kawasan tempat tinggal
anda.
Ya
Tidak
Kurang pasti