kajian kes lampiran 5 the mascot

16
1.0 LATAR BELAKANG KES 1.1 Sinopsis Cathy Anderson merupakan guru pelatih yang mengajar kanak-kanak berumur 11 hingga 13 tahun dan mendapat tutor bernama Mrs. Clem. Permasalahan berlaku apabila cara Mrs. Clem memperkenalkan Cathy kepada murid-muridnya menyebabkan dirinya seperti mascot. Mrs. Clem keberatan untuk membenarkan Cathy mengajar sehinggalah minggu ketiga daipada 8 minggu tempoh praktikalnya. Masalah lain timbul apabila Mrs. Clem meminta Cathy membincangkan pelbagai isu mengenai St. Patrick’s Day. Malah, mengganggunya dengan maklumat yang salah tentang cara penyebaran Aids. Cathy juga merancang pengajarannya untuk menggunakan ‘Science Kit’ sebagai bahan bantu mengajar. Namun, masalah timbul daripada pihak Mrs. Clem dan murid – muridnya. Cathy telah mengingatkan Mrs. Clem untuk membawa ‘Science Kit’ tersebut. Apabila Cathy bertanya, dia mengatakan bahawa “Science kit’ itu berada di kereta. Cathy ingin mengambil tetapi Mrs. Clem tidak membenarkannya. Cathy tidak mahu bertelagah dan setelah itu, Cathy mendenda Jabar dengan menahannya keluar rehat lewat 15 minit tetapi Mrs Clem membenarkan Jabar keluar rehat sebelum waktunya. Tindakan ini dikesali Cathy. Cathy mengambil keputusan untuk

Upload: meloddeis-syahiruddin

Post on 11-Aug-2015

136 views

Category:

Documents


2 download

DESCRIPTION

Kajian Kes Lampiran 5 The Mascot

TRANSCRIPT

Page 1: Kajian Kes Lampiran 5 The Mascot

1.0     LATAR BELAKANG KES

1.1     Sinopsis

          Cathy Anderson merupakan guru pelatih yang mengajar kanak-kanak berumur 11

hingga 13 tahun dan mendapat tutor bernama Mrs. Clem. Permasalahan berlaku

apabila cara Mrs. Clem memperkenalkan Cathy kepada murid-muridnya menyebabkan

dirinya seperti mascot. Mrs. Clem keberatan untuk membenarkan Cathy mengajar

sehinggalah minggu ketiga daipada 8 minggu tempoh praktikalnya.

          Masalah lain timbul apabila Mrs. Clem meminta Cathy membincangkan pelbagai

isu mengenai St. Patrick’s Day. Malah, mengganggunya dengan maklumat yang salah

tentang cara penyebaran Aids. Cathy juga merancang pengajarannya untuk

menggunakan ‘Science Kit’ sebagai bahan bantu mengajar. Namun, masalah timbul

daripada pihak Mrs. Clem dan murid – muridnya. Cathy telah mengingatkan Mrs. Clem

untuk membawa ‘Science Kit’ tersebut. Apabila Cathy bertanya, dia mengatakan

bahawa “Science kit’ itu berada di kereta. Cathy ingin mengambil tetapi Mrs. Clem tidak

membenarkannya.

          Cathy tidak mahu bertelagah dan setelah itu, Cathy mendenda Jabar dengan

menahannya keluar rehat lewat 15 minit tetapi Mrs Clem membenarkan Jabar keluar

rehat sebelum waktunya. Tindakan ini dikesali Cathy. Cathy mengambil keputusan

untuk berjumpa Jabar dan bertanya mengapa Jabar berkelakuan nakal. Jawapannya

ialah Jabar menyangka Cathy tidak menyukainya.

          Justeru, Cathy mahu menggunakan pelbagai kaedah dan pendekatan untuk

mengatasi masalah yang dihadapi. Cathy sedar hubungan yang kurang mesra dan

tiada persefahaman antara Mrs. Clem banyak mempengaruhi tingkah laku murid dan

mengganggu kelancaran proses pengajaran dan pembelajaran.

Page 2: Kajian Kes Lampiran 5 The Mascot

1.2     Watak dan Perwatakan

1.2.1  Cathy Anderson

          Seorang guru praktikum selama 8 minggu yang mengajar kelas bagi kanak-kanak

yang berumur dalam lingkungan 11 hingga 13 tahun yang kesemuanya murid – murid

lelaki. Beliau mengharapkan tunjuk ajar dari Mrs. Clem kerana ianya adalah

pengalaman yang baru baginya. Beliau masih keliru tentang apa yang perlu

diadaptasikan untuk mengajar. Beliau ingin belajar dengan Mrs. Clem kerana Mrs. Clem

seorang guru yang berpengalaman kerana telah mengajar selama 20 tahun.

1.2.2  Mrs. Clem

          Beliau merupakan guru kelas yang telah ditetapkan sebagai tutor kepada Cathy.

Beliau menganggap murid di dalam kelasnya adalah seperti keluarganya dan melayan

murid-muridnya seperti anaknya di rumah. Pada awal kehadiran Cathy, Mrs. Clem

banyak mengadu kepada kelasnya tentang kesusahannya dalam bertanggungjawab

menyediakan murid-murid ke arah masa depan mereka. Beliau seorang yang autokratif

dan tidak boleh menerima teguran orang lain tentang pengajarannya.

1.2.3  Jabar

          Seorang pelajar yang cerdik dan petah berkata – kata. Dia sering mengganggu

rakan lain agar rakannya tidak dapat menyiapkan kerja yang diberikan  oleh guru lebih

awal daripadanya.  Jabar merupakan murid pilihan Mrs. Clem kerana selalu mendapat

perhatian yang utama di dalam kelas berbanding rakan – rakannya yang lain.

2.0     PENYATAAN MASALAH

          Guru yang efektif amat penting dalam menjadikan iklim bilik darjah bersistematik

dan mampu dikawal serta mampu menghasilkan pembelajaran yang berkesan. Kes ini

dengan jelas menyatakan guru yang tidak efektif telah mengucar kacirkan pengurusan

bilik darjah. Situasinya ialah Mrs. Clem sebagai guru pembimbing tidak memiliki ciri –

ciri guru efektif dan hal ini telah mendatangkan pelbagai masalah sampingan kepada

Cathy selaku guru pelatih. Segala masalah yang ditimbulkan oleh Mrs. Clem

Page 3: Kajian Kes Lampiran 5 The Mascot

sememangnya menyukarkan Cathy untuk mengajar apatah lagi merasai perasaan

sebenar sebagai guru.

           Hasil dapatan daripada analisis kes ini, Mrs. Clem dilihat sebagai masalah utama

yang menyebabkan kepada isu –isu atau permasalahan lain yang telah tercetus kepada

Cathy yang merasakan dirinya sebagai mascot kepada Mrs. Clem. Sikapnya dan

perangainya langsung tidak mencerminkan ciri – ciri seorang guru yang efektif. Lorin W.

Anderson (1989) menerangkan bahawa guru yang efektif tahu serba serbi apa yang

ingin diajar, prihatin terhadap murid dan melayan mereka dengan rasa hormat serta

mampu untuk membuat keputusan yang bijak.

          Antara isu –isu atau peristiwa yang menunjukkan Mrs. Clem bukannlah seorang

guru yang efektif ialah ketika Mrs. Clem bersungut tentang kehidupannya yang sibuk

terhadap murid – muridnya. Selain itu, Mrs. Clem tidak berpendirian tetap dan sesuka

hati mengubah sesuatu malah memberikan maklumat yang salah kepada murid tentang

Aids. Mrs. Clem juga seorang yang tidak suka ditegur dan dibetulkan kesalahannya.

Selain itu, Mrs. Clem juga tidak memperkenalkan Cathy dengan baik pada sesi

perkenalan Cathy dengan murid kelasnya buat pertama kali.

3.0     KENALPASTI MASALAH

          Keseluruhan masalah ini mempunyai kaitan rapat dan hubungkait dengan ciri –

ciri guru yang efektif. Apabila ciri – ciri guru yang efektif diabaikan dan jenis guru asertif

tidak diamalkan dalam rutin harian kelas, maka ianya telah mendatangkan masalah

kepada guru permulaan seperti Cathy. Mrs. Clem nampaknya bukanlah seorang guru

yang efektif sehinggakan keseluruhan masalahan dalam kes ini mempunyai kaitan

dengan dirinya.

3.1     Murid Tidak Menghormati Cathy

          Masalah yang terjadi ini sememangnya dicetuskan oleh Mrs. Clem. Antara

masalah yang dihadapi oleh Cathy ialah murid – murid tidak begitu menghormati Cathy

sebagai guru mereka. Contohnya, Jabar dengan sesuka hati bertindak keluar kelas

apabila ditegur Cathy dan menjawab dengan nada memberontak. Jabar juga kerap

menunjukkan tindak balas atau rangsangan negatif apabila ditegur Cathy. Alasan Jabar

Page 4: Kajian Kes Lampiran 5 The Mascot

atas kelakuannya ialah dia merasakan Cathy tidak menyukainya sepertimana Mrs.

Clem yang selalu memberi perhatian kepadanya.

3.2     Kawalan Kelas Tidak Sistematik dan Tidak Teratur

          Selain itu, kawalan kelas juga menjadi tidak sistematik dan tidak teratur. Cathy

amat khuatir dengan kawalan kelasnya apabila dia keluar daripada kelas untuk

mengambil ‘science kit’ dan nyata apabila pulang daripada mengambil ‘science kit’ itu,

Jabar dan tujuh orang murid sedang berkerumun untuk menyiapkan ‘science kit’

tersebut. Semua itu kerana arahan Mrs. Clem mendahului arahannya. Apa yang

dikhuatirinya, nyata terjadi. Malah, apabila pulang ke kelas selepas rehat, Jabar, Isaac

dan Thomas sedang bergaduh di atas lantai sedangkan Mrs. Clem turut berada dalam

kelas. Apa peranan dan tanggungjawab Mrs. Clem semasa di dalam kelas? Itulah

persoalan yang timbul.

3.3     Hasrat Cathy Menjadi Guru Sebenar Terbatas

          Malah, Cathy tidak berpeluang untuk menjadi dan merasai perasaan sebagai

guru sebenar. Hasrat Cathy untuk mempelajari sesuatu dan memperoleh pengalaman

sebagai guru permulaan daripada Mrs. Clem yang telah berpengalaman mengajar

selama 20 tahun tidak kesampaian apabila dia melihat sifat Mrs. Clem yang terlalu

banyak bersungut tentang bebanan kerjanya dan kehidupannya yang sibuk kepada

murid. Pada pandangan Cathy, itu bukanlah sesuatu yang wajar dicontohinya malah

Cathy juga merasakan dia bakal berhadapan dengan satu tempoh masa praktikal yang

sukar sebagai seorang guru jika sikap negatif Mrs. Clem ini berterusan dan langsung

tidak membantunya.

4.0     KEMUNGKINAN PUNCA MASALAH

          Secara dasarnya , punca kepada masalah ini disebabkan oleh cara didikan dan

pengajaran Mrs. Clem sendiri. Sifat – sifat dan ciri – ciri guru efektif tidak dipraktikkan

dalam kelasnya apatah lagi diamalkannya. Justeru, pendekatan yang diambil oleh

Cathy seperti penggunaan ‘good work tickets’ tidak berkesan.

4.1     Sikap Mrs. Clem yang Pilih Kasih

Page 5: Kajian Kes Lampiran 5 The Mascot

          Punca bagi masalah kurangnya hormat murid terhadap Cathy adalah disebabkan

oleh sikap Mrs. Clem yang pilih kasih dan tidak adil kepada murid – muridnya.

Berdasarkan kes, Mrs. Clem terlalu meletakkan harapan yang tinggi kepada Jabar dan

kerap memilih Jabar untuk membuat sesuatu untuknya. Contohnya, beliau dengan

nekad tetap mahukan Jabar mengambil ‘science kit’ itu meskipun Cathy telah memilih

Tai dan Juny.

          Faktor utama dalam menguruskan tingkah laku di dalam bilik darjah menurut

Kounin adalah berkaitan dengan kebolehan guru untuk mengawasi semua perkara

yang berlaku di dalam bilik darjahnya pada setiap masa disebut sebagai ‘withitness’.

Mrs. Clem tidak begitu peka dengan masalah tingkah laku yang ditimbulkan Jabar dan

menganggap ianya adalah kebiasaan sikap sesetengah murid.

4.2     Campur Tangan Mrs. Clem

          Punca bagi masalah kedua iaitu kawalan kelas yang tidak sistematik dan tidak

teratur adalah disebabkan oleh sikap Mrs. Clem yang suka campur tangan terhadap

sesi pengajaran Cathy. Contoh isu yang terdapat dalam kes ini ialah apabila Mrs. Clem

dengan sesuka hati mengarahkan Jabar menyiapkan atau menyediakan ‘science kit’

tanpa menghormati dan menunggu arahan daripada Cathy. Apabila keadaan ini

berlaku, murid – murid lain yang melihat akan turut serta bersama – sama Jabar.

Kesannya, berlaku masalah kawalan kelas hanya kerana arahan yang dikeluarkan oleh

Mrs. Clem  apatah lagi dengan sikap Jabar yang tidak mendengar arahan Cathy.

          Amalan yang tidak efektif yang dilakukan Mrs. Clem dalam situasi ini ialah

‘fragmentation’ iaitu Mrs. Clem telah mengarahkan Jabar dan diikuti tujuh murid lain

untuk menyediakan ‘science kit’ padahal ‘science kit’ itu adalah untuk semua murid.

4.3     Mrs. Clem bukan Pembimbing yang Baik

          Masalah daripada aspek emosi Cathy dapat dinyatakan apabila Cathy

merasakan dirinya bukan seperti guru sebenar. Sebagai seorang guru permulaan,

Cathy amat berharap agar diberi peluang oleh Mrs. Clem untuk mengajar apa yang

telah dirancangnya sebelum sesi P& P. Namun, sebaliknya terjadi apabila Mrs. Clem

Page 6: Kajian Kes Lampiran 5 The Mascot

dengan mudahnya dan sesuka hati mengubah dengan tiba – tiba kandungan isi

pengajaran Cathy. Segala masalah ini berpunca daripada sikap Mrs. Clem yang

keberatan untuk membenarkan Cathy mengajar sehinggalah minggu ketiga daripada

lapan minggu tempoh praktikalnya, malah terpaksa mengajar rancangan pengajaran

yang dirancang Mrs. Clem dan diminta mengajar tanpa persediaan apabila Mrs. Clem

sibuk.

          Kesimpulannya, kejadian dan isu – isu yang terjadi terhadap kelas pengajaran

Cathy samada daripada aspek kawalan kelas, rasa hormat murid kepada Cathy dan

perasaan emosi Cathy terhadap profesion keguruan adalah berpunca daripada Mrs.

Clem sendiri. Justeru, segala punca kepada masalah ini perlu diatasi dengan

menerapkan nilai – nilai dan ciri – ciri guru efektif kepada Mrs. Clem. Mrs. Clem perlu

berubah menjadi guru yang efektif agar masalah ini mendapat penyelesaiannya.

5.0     CADANGAN PENYELESAIAN MASALAH

          Kualiti peribadi guru yang efektif akan membantu guru dalam melaksanakan

tugas dengan lebih baik di dalam bilik darjah. Ada kualiti ini sememangnya sudah sedia

ada dalam diri seseorang guru. Ada pula guru yang perlu dilatih atau diingatkan tentang

kualiti yang diperlukan untuk membantunya dalam pengurusan bilik darjah. (Haliza dan

Joy Nesamalar, 2008).

          Sememangnya pendekatan yang diambil Cathy untuk mengawal kelasnya sudah

betul namun keberkesanannya akan dapat dilihat sekiranya Mrs. Clem ditunjukkan

kesilapannya dan diterapkan dengan nilai – nilai dan ciri – ciri guru efektif.

5.1     Mrs. Clem Perlu Lebih Bersikap Universal dan Adil terhadap Muridnya

          Tanggapan awal untuk mengenalpasti guru yang efektif lebih terarah kepada ciri

– ciri yang ada pada seseorang guru tersebut seperti cara pendekatan yang digunakan,

karekter dirinya yang ceria, keinginan, sifat kebergantungan pada diri, adil, jujur, bijak,

mempunyai nilai moral yang baik dan sabar. (Charters dan Waples, 1929).

          Isu bagi kes ini ialah Mrs. Clem tidak menunjukkan ciri –ciri guru efektif malah

pendekatan terlalu memilih kasih antara muridnya telah menyebabkan Jabar

Page 7: Kajian Kes Lampiran 5 The Mascot

berkelakuan negatif terhadap Cathy. Kemungkinannya, Jabar beranggapan bahawa

perhatian yang tidak sama antara Cathy dan Mrs. Clem terhadapnya menunjukkan

bahawa Cathy tidak menyukainya.

          Tingkah laku bermasalah Jabar sememangnya mempunyai kaitan dengan Model

Akibat Logikal Dreikurs. Dreikurs (1968) mendapati bahawa tingkah laku bermasalah

berpunca daripada motif- motif berikut :

·       Mendapatkan perhatian

·       Mencabar kuasa

·       Membalas dendam

·       Mempamerkan kekurangan

          Jabar berkelakuan demikian semata – mata untuk mendapatkan perhatian Cathy

sepertimana yang diperoleh apabila dengan Mrs. Clem. Oleh yang demikian, untuk

mengubah tingkah laku Jabar ini, Mrs. Clem perlu memberi perhatian kepada tingkah

laku yang diingini. Sekiranya Jabar berkelakuan negatif, Mrs. Clem tidak wajar memberi

perhatian sebaliknya mengendahkannya. Sebaliknya, apabila Jabar berkelakuan baik

dan membuat tingkah laku yang diingini, disinilah aspek memberi perhatian perlu

ditekankan kepada Jabar. Guru yang efektif perlu sedar dan peka terhadap tingkah laku

murid – muridnya.

         

          Justeru, Mrs. Clem perlu mengubah pendekatan yang diambil terhadap Jabar.

Sikap pilih kasihnya itulah yang telah mendorong kelakuan negatif Jabar. Menurut Lorin

(1989), pendekatan kebiasaannya digunakan untuk penyampaian arahan banyak

disokong oleh ramai pendidik dan pada masa yang sama para penyelidik

mencadangkan agar lingkungan semulajadi (ciri – ciri keperluan psikologikal  Abraham

Maslow iaitu kasih sayang) dalam pengajaran yang efektif. Mrs. Clem menggunakan

pendekatan yang dirasakan bersesuaian kepada kes – kes kebiasaannya  dan kes –

kes yang selalu dijumpainya namun tidak bersesuaian untuk kes Jabar.

           Beliau perlu lebih adil dan bersikap universal terhadap semua murid dan tidak

hanya mengharapkan Jabar. Beliau perlu sedar bahawa murid – murid lain juga

Page 8: Kajian Kes Lampiran 5 The Mascot

memerlukan perhatian sama seperti yang Jabar peroleh. Sikap pendiskriminasiannya

perlu diatasi dan dikikis dan penyemaian sifat kasih sayang kepada murid – murid lain

perlu dilaksanakan.

5.2     Mrs. Clem Perlu Bijak Untuk Campur Tangan

          Kompetensi pengajaran dan pembelajaran merangkumi dua aspek iaitu

pengetahuan dan kemahiran dalam pendidikan. Bagi elemen pengetahuan pula adalah

terarah kepada pengetahuan am, pengetahuan ikhtisas dan pengetahuan mengenai

kurikulum. Manakala, elemen kemahiran pula menjurus kepada kemahiran pedagogi

dan kemahiran penggunaan teknologi maklumat dan komunikasi. (Haliza dan Joy

Nesamalar, 2008).

          Mrs. Clem harus mempunyai pengetahuan mengenai kurikulum sains yang diajar

oleh Cathy. Secara totalnya, kelas sains tersebut perlu diserahkan kepada Cathy tanpa

campur tangannya untuk memberi arahan kepada Jabar untuk menyiapkan ‘science kit’

tersebut. Mungkin kurikulum sains pada ketika itu memerlukan pemerhatian dan

pemantauan guru yang bertanggungjawab. Keputusannya untuk campur tangan dalam

sesi P&P tersebut menyebabkan kawalan kelas kucar kacir.

          Manakala, kemahiran pedagogi juga penting untuk memastikan kawalan kelas

dalam keadaan sistematik. Mrs. Clem seharusnya menggunakan konsep kelancaran

dan kesinambungan ketika sesi pengajaran yang diperkenalkan Kounin. Guru yang baik

akan sentiasa peka terhadap kelancaran sesi P&P dan sentiasa menarik minat murid

dan tidak sewenang – wenangnya memberikan mereka peluang untuk membuat

gangguan di dalam kelas.

          Menurut Emmer, Evertson dan Worsham (2006), pada awal persekolahan, murid

– murid masih tidak pasti apa yang akan berlaku dalam kelas. Mereka mungkin

mempunyai jangkaan berdasarkan pengalaman mereka dengan guru yang lain sebelum

ini dan berbeza dengan apa yang bakal berlaku pada sesi baru. Cathy pada mereka

Page 9: Kajian Kes Lampiran 5 The Mascot

adalah sama dengan Mrs. Clem daripada segala aspek samda pendekatan

pengajarannya mahupun sifatnya.

          Oleh yang demikian, Mrs. Clem perlu lebih prihatin terhadap sikap murid –

muridnya terutamanya Jabar. Mrs. Clem perlu menyatakan dengan jelas peraturan,

prosedur dan keperluan agar murid – murid tahu situasi sebenar mereka apabila Cathy

mengajar nanti. Kesannya, tiada lagi campur tangan Mrs. Clem sekiranya kelakuan

murid – murid telah dibentuk melalui peraturan yang diterapkan sejak awal

persekolahan.

5.3     Mrs. Clem Perlu Membimbing dan Memberi Tunjuk Ajar

          Lorin W. Anderson (2008) telah menggariskan empat langkah – langkah untuk

meningkatkan kualiti dan keberkesanan kerja  sebagai seorang guru. Antaranya:

i.       Pendidik- pentadbiran sekolah perlu menyediakan persekitaran kerja yang selesa dan

stabil serta tidak membebankan.

ii.      Guru mesti mempelajari kemahiran komunikasi dan bekerja bersama untuk

menyelesaikan masalah pendidikan.

iii.    Guru mesti bekerja ke arah kerjaya yang lebih profesional.

iv.    Masyarakat dan komuniti sekolah khususnya guru – guru berpengalaman perlulah

menunjukkan rasa hormat kepada guru sebagai guru profesional yang berpengetahuan.

          Langkah – langkah yang digariskan Lorin tersebut sebenarnya mempunyai kaitan

dengan kes ini khususnya bagi langkah 1, 2 dan 4. Ciri – ciri ini perlulah diamalkan dan

dipraktikkan oleh Mrs. Clem agar kualiti kerjayanya meningkat dan sekaligus

tergolong dalam kalangan guru – guru yang efektif.

          Bagi langkah 1, Mrs. Clem seharusnya membimbing dan membantu Cathy dalam

sesi pengajarannya dan bukannya membebankannya dengan mengubah isi

pengajarannya dan menyuruhnya melakukan sesuatu yang diluar jangkaannya. Situasi

pendidik bagi langkah 1 ditafsirkan sebagai Mrs. Clem memandangkan tugasnya

sebagai guru pembimbing.

          Bagi langkah 2, Mrs. Clem yang berpengalaman hampir 20 tahun sebagai guru

sewajarnya lebih peka terhadap masalah yang dihadapi Jabar dan membantu Cathy

Page 10: Kajian Kes Lampiran 5 The Mascot

untuk membentuk disiplin Jabar melalui komunikasi dan perbincangan mereka

memandangkan beliau juga lebih arif akan perihal sikap Jabar. Apa yang berlaku dalam

kes ini ialah sikap Mrs. Clem yang tidak suka ditegur dan dibetulkan kesalahannya

berdasarkan pemerhatian oleh Cathy.

          Bagi langkah 4 pula, komuniti masyarakat di sekolah yang dimaksudkan adalah

Mrs. Clem. Mrs. Clem seharusnya mengiktiraf kemampuan Cathy sebagai guru

permulaan dan memperkenalkan Cathy dengan cara yang lebih terhormat agar Cathy

tidak merasakan dirinya seperti mascot.

          Menurut Glasser (1993), guru boleh meningkatkan mutu pengajaran melalui sifat

guru yang sentiasa membimbing serta memberi galakan kepada murid untuk

memberikan yang terbaik. Malah, guru perlu bersifat pembimbing dan bukan pengarah.

          Situasinya di sini, Mrs. Clem yang bertindak sebagai guru pembimbing perlulah

sentiasa membantu Cathy dan bukannya semata – mata mengarah. Mrs. Clem juga

merendahkan keyakinan muridnya selain Jabar apabila beliau tetap mahu

mengarahkan Jabar ke keretanya untuk mengambil ‘science kit’.

6.0     RUMUSAN

          Kesimpulannya, kes ini tertumpu kepada masalah dalam aspek ciri – ciri guru

afektif. Watak utama yang menjadi pokok kepada segala masalah ialah Mrs. Clem.

Masalah yang dicetuskan oleh Mrs. Clem ini telah menyebabkan masalah kepada

Cathy dan murid – murid di dalam kelas sekaligus mengganggu sistem pengurusan bilik

darjah.

Konsep asas dan prinsip guru efektif pada pandangan Medley (1982):

          Teacher effectiveness will be used to refer to the results as a teacher gets or to

the amount of the progress the pupils make toward some specified goal of education.

Page 11: Kajian Kes Lampiran 5 The Mascot

One implication of this definition is the teacher effectiveness must be defined, and

only be assessed, in terms of behaviours of pupils, not behaviours of teachers. 

          Penyataan di atas menerangkan kesan akibat tingkah laku Jabar menandakan

ketidakberkesanan Mrs. Clem yang mendidik Jabar selama ini. Guru yang efektif tidak

akan berhadapan dengan masalah tingkah laku disiplin dalam bilik darjah. Indikator

guru yang efektif sebenarnya bergantung kepada tingkah laku muridnya yang positif.

          Gary D. Borich (2004) telah menyenaraikan empat ciri – ciri psikologikal guru

yang efektif. Antaranya ialah personaliti, atitude, pengalaman dan pencapaian (m/s.5).

Walaupun kemahiran interpersonal, emosi dan perangai yang baik dipercayai perlu

untuk pengajaran efektif (Levis,1987), ujian personaliti telah menunjukkan beberapa

bukti ke arah sosial behavior yang positif yang diperlukan dalam pengajaran efektif.

          Justeru, masalah dalam kes ini mempunyai faktor penyumbang kepada masalah

ini. Puncanya perlu dicari dan diatasi dengan beberapa langkah yang dirasakan sesuai

dengan situasi kes ini.