kajian ilmiah ekonomi stpm
DESCRIPTION
Tajuk kajian : imbangan akaun dagangan Malaysia dalam akaun semasaTRANSCRIPT
950719-10-58581
1. LATAR BELAKANG KAJIAN
1.1. Pengenalan Akaun Semasa
Sejajar dengan kenaikan harga komoditi pada tahun 2008, lebihan akaun semasa
mencatat paras tertinggi pada 17.6% daripada PNK pada tahun tersebut. Namun, Krisis
Kewangan Global (Global Financial Crisis, GFC), menandakan permulaan trend yang lebih
sederhana dalam lebihan akaun semasa. Permintaan global yang lebih lembap dan harga
komoditi yang lebih rendah menyebabkan eksport Malaysia menurun beberapa tahun
kebelakangan ini. Import sebaliknya meningkat dengan ketara, didorong oleh permintaan
dalam negeri yang lebih kukuh.Hasil daripada trend tersebut ialah lebihan simpanan-pelaburan
yang lebih kecil.1
Meskipun imbangan akaun semasa mencerminkan lebihan eksport berbanding dengan
import, namun imbangan ini turut memaparkan lebihan simpanan-pelaburan dalam sesebuah
ekonomi. Dalam kata lain,imbangan akaun semasa boleh dinilai dari sudut perdagangan
antarabangsa dan juga tingkahlaku simpanan-pelaburan dalam ekonomi. Dalam ekonomi
tertutup, aktiviti pelaburan dibiayai oleh simpanan dalam negeri sahaja.Walaubagaimanapun,
dalam ekonomi terbuka seperti Malaysia, aktiviti pelaburan boleh dibiayai melalui simpanan
dalam negeri atau luar negeri.
Jika sesebuah ekonomi lebih banyak menyimpan daripada melabur, ekonomi itu akan
mencatat lebihan akaun semasa. Simpanan lebihan ini boleh digunakan untuk mengumpul rizab
yang berfungsi sebagai penampan terhadap ketidaktentuan luar atau disalurkan ke luar negeri
untuk membiayai aktiviti penggunaan dan pelaburan ekonomi lain, sama ada dalam bentuk
pemberian pinjaman atau pelaburan di luar negeri. Defisit akaun semasa sebaliknya
950719-10-58582
menandakan bahawa sesebuah ekonomi lebih banyak melabur daripada menyimpan. Dalam hal
ini, ekonomi tersebut sama ada akan meminjam dana dari luar negeri atau menerima aliran
masuk pelaburan asing untuk membiayai keperluan penggunaan dan pelaburan dalam
negerinya.
Lebihan akaun semasa yang menjadi semakin kecil di Malaysia dan beberapa negara
Asia lain baru- baru ini adalah sejajar dengan pengimbangan semula persekitaran global yang
berterusan, disokong oleh peralihan dalam sumber pertumbuhan ekonomi serantau. Bagi
Malaysia, permintaan dalam negeri yang berdaya tahan telah menyokong pertumbuhan import
yang teguh, dengan itu mengatasi empat sektor awam merujuk kepada Kerajaan Am dan
perusahaan awam. Lima sektor awam mencatat defisit 2.2% daripada PNK dalam tempoh
2000-2002.
Akaun ini ialah rekod transaksi antarabangsa bagi barangan, perkhidmatan, pendapatan
dan pindahan semasa.Ia mencerminkan pendapatan dan perbelanjaan Malaysia dari segi
tukaran asing dalam tempoh tertentu. Lebihan akaun semasa berlaku apabila pendapatan
melebihi perbelanjaan, jika sebaliknya, maka berlaku defisit.
Anggaran imbangan pembayaran Malaysia memaparkan prestasi ekonomi Malaysia
berbanding negara-negara lain dari segi magnitud dan jenis transaksi dalam Akaun Semasa dan
juga di dalam aliran Akaun Modal serta Kewangan. Berdasarkan rajah di atas, menunjukkan
bahawa imbangan akaun semasa mencatatkan lebihan dari tahun ke tahun.Secara khususnya,
kedudukan Akaun Semasa menunjukkan ringkasan tentang transaksi yang berlaku dalam item/
komponen barangan, perkhidmatan, pendapatan primer dan pendapatan sekunder, dan
menggambarkan tentang pendapatan dan perbelanjaan yang dinilai dari segi pertukaran asing
keseluruhan Malaysia bagi tempoh di bawah kajian.
Akaun semasa mencatatkan semua urus niaga barangan (dagangan), perkhidmatan,
pendapatan dan pindahan semasa. Segala hasil yang diterima dari luar negara kerana
mengeksport barang dan perkhidmatan akan dikreditkan ke dalam akaun semasa. Sebagai
contoh, Malaysia mengeksport minyak kelapa sawit dan barang elektronik ke luar negara serta
pelajar asing melanjutkan pelajaran di Negara kita.
Segala pembayaran ke luar Negara akibat mengimport barang dan perkhidmatan akan
didebitkan ke dalam akaun semasa. Contohnya, Malaysia mengimport barang perantaraan
seperti makanan dan minuman yang diproses, bahan api dan pelincir serta alat ganti dan
950719-10-58583
aksesori. Barang modal pula seperti jentera dan mesin serta menggunakan perkhidmatan
perkapalan dan insurans dari negara lain. Segala pendapatan yang diterima dari luar Negara
seperti pendapatan pelaburan dalam bentuk faedah dan dividen , pampasan pekerja, urus niaga
kerajaan akan dikreditkan ke dalam akaun semasa dan semua pendapatan yang dibayar ke luar
negara akan didebitkan ke dalam akaun semasa.
Semua bayaran pindahan rasmi dan swasta yang diterima dari luar negara akan
dikreditkan ke dalam akaun semasa. Sebaliknya, semua bayaran pindahan rasmi dan swasta ke
luar Negara akan didebitkan ke dalam akaun semasa. Contohnya, bayaran pindahan seperti
bantuan kewangan, ekonomi dan ketenteraan (pindahan rasmi)dan kiriman individu (pindahan
swasta) kepada negara luar.
Akaun semasa merangkumi komponen berikut:
(i) Barangan
(ii) Perkhidmatan
(iii) Pendapatan
(iv) Pindahan semasa
1.2 Pengenalan Akaun Dagangan( Barangan )
Imbangan perdagangan membentuk sebahagian daripada akaun semasa yang juga
termasuk transaksi lain seperti pendapatan daripada kedudukan pelaburan antarabangsa dan
juga bantuan antarabangsa. Jika akaun semasa berada dalam lebihan, kedudukan aset
antarabangsa negara bersih meningkat dan juga sebaliknya.
Imbangan perdagangan sama seperti perbezaan antara keluaran negara dan permintaan
domestik (perbezaan antara barangan yang dikeluaran oleh negara dan barangan yang dibeli
dari luar ini tidak termasuk wang yang diguna semula untuk saham asing juga tidak termasuk
import barangan yang digunakan untuk mengeluarkan barangan bagi pasaran
tempatan).Pengiraan imbangan perdagangan boleh menimbulkan masalah kerana masalah
merekod dan mengumpul data.
Imbangan perdagangan atau eksport bersih, juga kadangkala diwakilkan dengan simbol
NX adalah perbezaan antara nilai eksport barang nampak dengan nilai import barang nampak
950719-10-58584
bagi sesebuah negara dalam masa-masa tertentu.Imbangan perdagangan yang positif dikenali
sebagai lebihan perdagangan dan menunjukkan eksport melebihi import, sementara imbangan
perdagangan negatif dikenali sebagai defisit perdagangan atau jurang perdagangan.
Barangan meliputi komponen dagangan am, barangan untuk diproses, perkhidmatan
penyelenggaraan atas barangan, barangan diperoleh oleh pesawat di lapangan terbang dan
kapal di pelabuhan dan emas bukan monetari.
Kredit merupakandagangan eksport yang diperoleh daripada data perdagangan luar
negeri (pengisytiharan kastam) perlu dibuat penyesuaian liputan yang tidak diliputi dalam
perangkaan perdagangan tetapi melibatkan pertukaran hak milikseperti air yang dieksport ke
Singapura dan penjualan kapal dan pesawat udara komersial oleh syarikat residen yang
dihantar ke luar Malaysia. Ia juga tidak termasuk barangan yang tidak melibatkan pertukaran
hak milik. Barangan tersebut adalah seperti barangan yang dikembalikan. Barangan ini telah
diimport dan dikembalikan semula kerana didapati rosak atau tidak menepati spesifikasidan
kenderaan terpakai yang dieksport untuk kegunaan persendirian.
Debit merupakan nilai barangan diimport yang diperoleh daripada dokumen
pengisytiharan kastam, dibuat penyesuaian liputan termasuk item yang tidak diliputi dalam
perangkaan perdagangan tetapi melibatkan pertukaran hak milik sepertibarangan
tentera,pembelian kapal dan pesawat udara komersial oleh syarikat residen yang dihantar ke
luar Malaysia dan air yang diproses diimport dari Singapura. Ia juga tidak termasuk tambang
(muatan) dan insurans untuk mendapatkan nilai import bersih. Sebaliknya, tambang (muatan)
dan insurans diklasifikasikasi di bawah komponen „Pengangkutan‟.Ia tidak termasuk barangan
yang tidak melibatkan pertukaran hak miliksepertibarangan yang dikembalikan. Barangan ini
telah dieksport tetapi telah dikembalikan semula kerana didapati rosak atau tidak menepati
spesifikasi dan kenderaan terpakai bagi kegunaan persendirian.
950719-10-58585
Berdasarkan rajah di atas, jumlah eksport barangan bersih menunjukkan peningkatan
dalam peratusan dari tahun 1978 hingga tahun 2012.Hal ini menunjukkan bahawa eksport
barangan bersih memberi sumbangan terbanyak kepada Keluaran Dalam Negara Kasar
(KDNK) Malaysia
Jadual 1 : Contoh eksport dan import barang Nampak
Eksport barang Nampak Import barang nampak
*Elektrik dan elektronik*Tekstil, pakaian, dan kasut*Keluaran Kayu*Keluaran Getah*Makanan, minuman, dan tembakau*keluaran petroleum*kimia, keluaran kimia, dan plastic*Besi,keluli, dan keluaran logam*Kelengkapan pengangkutan*Minyak sawit*Kayu Gergaji*Getah*Kayu Balak*Minyak isirung kelapa sawit*Lada hitam*koko
*barang penggunaan*barang perantaran*barang pelaburan (modal)*barang import untuk dieksport semula*barang import lain
950719-10-58586
2. PENYATAAN MASALAH
Sejak dilanda krisis kewangan Asia, imbangan akaun semasa Malaysia telah mencatat
lebihan secara konsisten dan sentiasa meningkat. Eksport barangan telah mengatasi import, dan
lebih daripada mengimbangi defisit dalam akaun perkhidmatan dan pendapatan.Prestasi kukuh
eksport Malaysia sebahagian besarnya disebabkan oleh pempelbagaian produk yang meluas
dan pengembangan perdagangan dalam pasaran baharu. Secara khusus, eksport komoditi, yang
mempunyai kandungan import yang rendah memainkan peranan penting dalam menyumbang
kepada pertambahan lebihan akaun semasa.
Seterusnya , arah aliran akaun dagangan menunjukkan data yang tidak konsisten iaitu
mengalami turun naik pada setiap tahun. Imbangan akaun dagangan meningkat disebabkan
oleh peningkatan jumlah eksport barang melebihi peningkatan jumlah import barang manakala
imbangan akaun dagangan menurun kerana peningkatan jumlah import melebihi peningkatan
jumlah eksport.
Kajian ini dijalankan bertujuan untuk mengenalpasti jumlah eksport dan jumlah import
Malaysia dari tahun 2005 hingga tahun 2012 dan mengenalpasti arah aliran jumlah dagangan
Malaysia dari tahun 2005 hingga tahun 2012.
Eksport barangan yang terjejas oleh permintaan luar negeri yang lemah dan harga
komoditi yang lebih rendah. Pertumbuhan aktiviti pelaburan yang lebih kukuh dan simpanan
yang lebih rendah juga menyebabkan lebihan akaun semasa menjadi lebih kecil. Eksport
barangan tumbuh 4.2 peratus pada 2011 selepas merekodkan pertumbuhan dua digit 11.3%
pada 2010. Pertumbuhan ini disokong oleh permintaan bagi Produk Petroleum, Barangan
Perkilangan dan Minyak , Lemak Binatang serta Sayur-sayuran. Eksport barangan meningkat
RM5.8 bilion (3.5 %) kepada RM170.9 bilion berbanding RM165.0 bilion pada suku
lalu.Pertumbuhan dalam eksport disebabkan oleh peningkatan eksport dalam petroleum
mentah, cecair gas asli dan getah.Republik Rakyat China, Singapura dan Jepun adalah tiga
destinasi eksport utama.
Sementara itu, Import mengalami pertumbuhan 6.2 % berbanding 15.6 % pada
2010.Barang-barang perantaraan, modal dan penggunaan telah mendorong pertumbuhan dalam
Import. Import barangan menurun RM4.2 bilion atau 3.2% kepadaRM128.5 bilion daripada
RM132.7 bilion yang dicatatkan pada S4 2010. Penurunan ini disebabkan oleh permintaan
yang berkurangan bagi tiga kategori utama import penggunaan-akhir iaitu barang modal,
barang penggunaan dan barang pengantara yang menurun, masing-masing sebanyak
950719-10-58587
17.7 %, 3.4 % dan 2.1%. Tiga sumber import utama adalah Singapura, Jepun dan Republik
Rakyat China.
Tahun-ke-tahun, kedua-dua eksport barangan dan import barangan meningkat masing-
masing sebanyak 7.5 % dan 12.2 %. Peningkatan import pada kadar yang lebih pantas daripada
eksport menyebabkan penurunan dalam lebihan akaun barangan sebanyak RM2.1 bilion atau
4.6 % daripada RM44.4 bilion dicatatkan dalam tempoh yang sama setahun lalu.
Melangkah ke hadapan, dalam keadaan pemulihan pertumbuhan global yang sederhana
dan pengembangan berterusan dalam permintaan dalam negeri, kajian ini diharapkan lebihan
akaun semasa Malaysia dijangka menjadi lebih kecil dalam tempoh terdekat. Sebagai ekonomi
yang sangat terbuka, perubahan dalam akaun semasa Malaysia, terutamanya eksport, banyak
bergantung pada faktor luaran (exogenous) terhadap ekonomi.
Diharapkan pihak kerajaan mengambil langkah efektif dalam menangani masalah di
yang dinyatakan. Antara langkah yang boleh diambil adalah mengurangkan kebergantungan
pada pinjaman daripada negara luar dan mengawal selia aliran keluar mata wang ke luar negara
melalui bank-bank tempatan. Seterusnya, tekanan harga barangan mentah dan siap di pasaran
domestik perlu dikawal ketat untuk memastikan tidak berlaku lambakan barangan di pasaran
domestik , mengurangkan defisit fiskal kerajaan persekutuan secara beransur-ansur tanpa
menjejaskan pertumbuhan keseluruhan dan sentiasa mengekalkan imbangan pembayaran dan
kedudukan rizab yang kukuh.
Konklusinya, kajian ini amat penting untuk mengetahui jumlah import dan eksport
Negara serta masalah eksport barangan melebihi import perlu diatasi supaya imbangan akaun
semasa atau akaun dagangan Malaysia tidak mencapai tahap defisit yang akan menyebabkan
hutang Negara semakin bertambah ekoran pinjaman Negara kian meningkat serta peningkatan
dalam lebihan akaun dagangan dapat diatasi.
950719-10-58588
3. OBJEKTIF KAJIAN
i. Mengenalpasti jumlah eksport dan jumlah import Malaysia dari tahun 2005 hingga tahun
2012
ii. Mengenalpasti arah aliran jumlah dagangan Malaysia dari tahun 2005 hingga tahun 2012
4. KAEDAH KAJIAN
Data sekunder merupakan kaedah mengumpul, merekod, menyalin, kajian kepustakaan,
mengumpul laporan agensi kerajaan dan swasta serta muat turun sumber daripada Internet .
Pengumpulan data sekunder tidak melibatkan kos yang tinggi serta menjimatkan masa dan
tenaga kerja berbanding pengumpulan data primer.
i. Data sekunder
Penyelidik banyak mendapatkan maklumat daripada sumber internet dan
kebanyakannya sumber melalui rencana tentang akaun dagangan Malaysia seperti Laman
Sesawang Jabatan Perangkaan Malaysia dan buku rujukan Ekonomi Malaysia. Penyelidik
memuat turun data-data terkini tentang jumlah dagangan Malaysia supaya maklumat yang
ditampilkan dalam tugasan ini adalah benar.
ii. Penganalisisan data
Kaedah diskriptif dalam bentuk nilai peratusan dan graf telah digunakan untuk
menganalisis data yang telah dikumpul. Analisis data telah dilakukan selepas memperolehi data
sekunder daripada Laporan Ekonomi Malaysia dari tahun 2005 hingga 2012, Imbangan
Pembayaran (BPM6), Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF). Mulai tahun 2013, format
imbangan akaun semasa telah disusun berdasarkan Manual Imbangan Pembayaran Edisi
Keenam yang dikeluarkan oleh Tabung Kewangan Antarabangsa pada tahun 2009. Data-data
yang diperolehi akan dipastikan, disunting, dan ditukarkan kepada analisis dalam bentuk
angkabagi mencapai tahap analisis yang tepat.
950719-10-58589
5. HASIL DAN PERBINCANGAN KAJIAN
5.1. Jumlah Eksport dan Import Malaysia dari tahun 2005 hingga 2012
TahunAkaun Semasa
( RM/juta )
Akaun Barangan
( RM/juta ) Peratus ( % )
Eksport Import Eksport Import
2005 78,367 540,681 410,529 56.84 % 43.16 %2006 96,029 592,215 452,726 56.67 % 43.32 %2007 102,190 606,512 475,687 56.04 % 43.95 %2008 131,414 662,455 492,076 57.37 % 42.62 %2009 110,727 552,920 412,565 57.26 % 42.73 %2010 87,183 641,135 504,384 55.96 % 44.03 %2011 102,426 699,591 548,026 56.07 % 43.92 %2012 57,348 703,152 577,538 54.90 % 45.09 %
Sumber: Jabatan Perangkaan Malaysia; Bank Negara Malaysia
Jadual 2 :Jadual perangkaan imbangan pembayaran malaysia 2005-2012(RM juta)
Perkembangan dalam imbangan akaun semasa boleh dinilai dari segi perubahan dalam
eksport serta import barangan dan perkhidmatan, dan juga imbangan bersih pendapatan dan
pemindahan semasa. Di Malaysia, lebihan akaun semasa didorong terutamanya oleh lebihan
dalam akaun barangan, manakala komponen lain kekal dalam defisit.
Berdasarkan jadual 2 di atas, secara keseluruhannya , didapati bahawa peratusan jumlah
eksport dan import barangan adalah tidak konsisten namun tidak mempunyai jurang yang
besar. Jika dapat kita lihat, jumlah eksport barangan semakin meningkat dari tahun 2005
hingga tahun 2008 namun menurun pada tahun 2009 dan kemudiannya meningkat kembali
pada tahun seterusnya hinga tahun 2012.
Seterusnya, jumlah import barangan pula mengalami peningkatan dari tahun 2005
hingga tahun 2008 kemudian menurun pada tahun 2009 dan meningkat pada tahun seterusya
hingga tahun 2012.
950719-10-585810
57%
43%
Eksport dan Import Barangan 2005
Eksport
Import
Rajah 1 : Eksport dan Import barangan pada tahun 2005
Berdasarkan rajah 2, pada tahun 2005, Malaysia mencatatkan nilai dagangan sebanyak
RM 1.3 juta di mana jumlah eksport barangan sebanyak RM 540 juta bersamaan 57 % dan
jumlah import barangn sebanyak RM 410 juta bersamaan 43 %.
57%
43%
Eksport dan Import Barangan 2006
Eksport
Import
Rajah 2: Eksport dan Import barangan pada tahun 2006
Pada tahun 2006 , Malaysia telah mencatatkan nilai dagangan sebanyak RM 139 juta
iaitu jumlah eksport barangan RM 592 juta besamaan 57 % dan jumlah import barangan
sebanyakRM 452 juta bersamaan 43 %.
950719-10-585811
56%
44%
Eksport dan Import Barangan 2007
Eksport
Import
Rajah 3 : Eksport dan Import barangan pada tahun 2007
Nilai dagangan pada tahun 2007 mencatatkan jumlah sebanyak RM130 juta di mana
jumlah eksport barangan RM 606 juta bersamaan 56 % dan jumlah import barangan RM 475
juta bersamaan 44 %.
57%
43%
Eksport dan Import Barangan 2008
Eksport
Import
Rajah 4 : Eksport dan Import barangan pada tahun 2008
Pada tahun 2008, nilai dagangan Malaysia mencatatkan sebanyak RM 170 juta di mana
jumlah eksport barangan sebanyak RM 662 juta bersamaan 57 % dan jumlah import barangan
sebanyak RM 492 juta bersamaan 43 %.
950719-10-585812
57%
43%
Eksport dan Import Barangan 2009
Eksport
Import
Rajah 5 : Eksport dan Import barangan pada tahun 2009
Malaysia mencatatkan nilai dagangan sebanyak RM 140 juta pada tahun 2009 dengan
jumlah eksport barangan sebanyak RM 552 juta bersamaan 57 % dan jumlah import barangan
sebanyak RM 412 juta bersamaan 43 %.
56%
44%
Eksport dan Import Barangan 2010
Eksport
Import
Rajah 6 : Eksport dan Import barangan pada tahun 2010
Nilai dagangan Malaysia pada tahun 2010 pula mencatatkan sebanyak RM 136 juta
dengan jumlah eksport barangan sebanyak RM 641 juta barsamaan 56 % dan jumlah import
barangan RM 504 juta bersamaan 44 %.
950719-10-585813
56%
44%
Eksport dan Import Barangan 2011
Eksport
Import
Rajah 7 : Eksport dan Import barangan pada tahun 2011
Pada tahun 2011 pula, nilai dagangan Malaysia mencatatkan nilai dagangan sebanyak
RM 152 juta dengan jumlah eksport barangan sebanyak RM 699 bersamaan 56 % dan jumlah
import barangan sebanyak RM 548 juta bersamaan 44 %.
55%
45%
Eksport dan Import Barangan 2012
Eksport
Import
Rajah 8 : Eksport dan Import barangan pada tahun 2012
Malaysia mencatatkan nilai dagangan berjumlahRM1.3 trilion pada tahun 2012.
Walaupunberhadapan dengan situasi yang mencabardaripada luar negara, eksport barangan
mencapai tahap barupada RM702.2 bilion bersamaan 55 % dan import barangan meningkat
kepadaRM607.4 bilion bersamaan 45 %.
950719-10-585814
Malaysia juga berjaya menarikRM162.4 bilion pelaburan langsung pada tahun2012,
melebihi nilai tahun-tahun sebelum ini.Secara keseluruhannya, pencapaian Malaysia didalam
perdagangan dan pelaburan adalahmembanggakan, di sebalik keadaan ekonomi duniayang
tidak menentu. Negara kita telahmenunjukkan perkembangan yang memuaskandi dalam
pembangunan industri bagi teknologibaru dan baru muncul, dan pada masa yang sama,negara
juga berupaya meningkatkan tarikannyasebagai hab global dan serantau bagi pembuatandan
perkhidmatan.
5.2 Arah aliran akaun dagangan Malaysia dari tahun 2005 hingga 2012
TahunAkaun Semasa
( RM/juta )
Akaun Barangan
( RM/juta )Jumlah lebihan akaun
Eksport Import barangan ( RM/ juta )
2005 78,367 540,681 410,529 130,1522006 96,029 592,215 452,726 139,4892007 102,190 606,512 475,687 130,8252008 131,414 662,455 492,076 170,3802009 110,727 552,920 412,565 140,3552010 87,183 641,135 504,384 136,7512011 102,426 699,591 548,026 151,5652012 57,348 703,152 577,538 125,190
Imbangan akaun barangan dari tahun 2005 hingga tahun 2012 adalah tidak konsisten.
Pada tahun 2005, jumlah lebihannya ialah RM 130,152 juta meningkat kepada RM 139,489
juta pada tahun 2006. Akaun barangan mengalami penurunan kepada RM 130,825 juta pada
tahun 2007 dan menunjukkan peningkatan yang banyak pada tahun 2008 kepada RM 170,380
juta seterusnya menurun kepada RM 140,355 juta pada tahun 2009 begitu juga bagi tahun 2010
RM 136,751 juta. Pada tahun 2011 , mencatatkan lebihan sebanyak RM 151,565 dan menurun
kepada RM 125,190 juta pada tahun 2012.
Secara keseluruhannya, jumlah akaun barangan mengalami turun naik dan mengalami
kenaikan apabila peningkatan jumlah eksport barang melebihi peningkatan jumlah import
barang serta mengalami penurunan apabila peningkatan jumlah import barang melebihi
peningkatan jumlah eksport barang.
950719-10-585815
6. CADANGAN
Nilai dagangan Malaysia sentiasa mengalami lebihan manakala arah aliran akaun
dagangan pula tidak konsisten serta sentiasa mengalami turun naik pada setiap tahun. Pihak
kerajaan perlu mengambil langkah yang lebih efektif bagi mengatasi masalah berikut.
Antara langkah bernas yang boleh dilakukan oleh pihak kerajaan adalah mengurangkan
kebergantungan pada pinjaman daripada negara luar bagi mengurangkan risiko pembayaran
balik pinjaman berkenaan Pada masa yang sama, pihak kerajaan boleh mengawal selia aliran
keluar mata wang ke luar negara melalui bank-bank tempatan. Bank-bank tempatan disarankan
untuk meningkatkan kadar bunga dalam usaha untuk meningkatkan simpanan. Ini secara tidak
langsung dapat menarik pelaburan tempatan dan asing. Simpanan tersebut boleh digunakan
untuk melabur dalam aktiviti yang melibatkan eksport. Pihak kerajaan boleh mengambil
langkah mempromosikan dan mempelbagaikan aktiviti eksport dalam usaha untuk
menstabilkan akaun semasa. Langkah ini akan dapat membantu menambah permintaan
barangan eksport dalam jangka masa panjang. Perancangan dan perlaksanaan dasar fiskal yang
sesuai perlu diaplikasikan seperti mengurangkan cukai pendapatan dan korporat untuk
menggalakkan mereka melabur dalam pasaran domestik terutama aktiviti yang melibatkan
eksport.
Selain itu, tekanan harga barangan mentah dan siap di pasaran domestik perlu dikawal
ketat untuk memastikan tidak berlaku lambakan barangan di pasaran domestik. Pihak kerajaan
perlu mengurangkan defisit fiskal kerajaan persekutuan secara beransur-ansur tanpa
menjejaskan pertumbuhan keseluruhan dan sentiasa mengekalkan imbangan pembayaran dan
kedudukan rizab yang kukuh.
Seterusnya, langkah untuk mengatasi krisis kegawatan ekonomi ialah kerajaan
mengawal pengaliran keluar wang negara ke negara lain. Jika sebelum ini, masyarakat
Malaysia gemar melancong ke negara asing, maka sekarang mereka seharusnya melancong di
dalam negara sendiri dan membatalkan rancangan untuk melancong di luar negara. Dengan
berbuat demikian, kita dapat mengelakkan pengaliran mata wang ke negara yang kita lawati
kerana salah satu penyebab dan punca kegawatan ekonomi ialah pengaliran wang yang banyak
ke negara lain. Pengaliran mata wang Malaysia juga dapat dikurangkan dengan mengurangkan
950719-10-585816
import dan menambahkan eksport. Ini perlu diberi penekanan yang sewajarnya kepada sektor
tertentu seperti sektor perindustrian. Sektor pelancongan negara juga memainkan peranan
penting, terutamanya di kawasan pedalaman yang belum diusahakan sepenuhnya oleh arus
pembangunan. Mereka harus meningkatkan atau meluaskan promosi ke seluruh dunia untuk
menggalakkan pelancong asing datang ke negara ini. Di samping itu, kita harus meningkatkan
eksport negara yang dapat membantu kerajaan menangani krisis ini dan dapat menambah
tabungan negara.
Akhirnya, rakyat Malaysia perlu bijak berbelanja dan lebih mengutamakan barangan
tempatan. Kesedaran ini wajar disemai dan dipupuk dalam sanubari setiap rakyat kerana
pembelian barang import akan menyebabkan pengaliran keluar mata wang negara kita ke
negara pengeksport. Oleh hal yang demikian, media massa memainkan peranan penting bagi
mengatasi krisis ini dengan mengadakan kempen “Belilah Barangan Buatan Malaysia”.
Sebenarnya, penduduk Malaysia kini lebih terpengaruh dengan barangan buatan luar negara,
iaitu barangan import yang dikatakan lebih tahan lama. Hal ini merupakan pemikiran yang
tidak sihat kerana telah disalahtafsirkan, terutamanya oleh suri rumah.
950719-10-585817
7. RUMUSAN KAJIAN
Kesimpulan , hail kajian mendapati bahawa jumlah eksport sentiasa melebihi import
barangan dari tahun ke tahun. Hal ini disebabkan adanya sekatan perdagangan antarabangsa di
mana nilai import dapat dikurangkan dengan mengadakan sekatan terhadap kemasukan barang
import melalui tarif import, kuota dan kawalan pertukaran asing. Galakan-galakan eksport
seperti subsidi eksport digunakan untuk menambahkan nilai eksport. Jika nilai eksport melebihi
nilai import barang, maka lebihan dagangan akan berlaku seperti data yang ditunjukkan dalam
hasil kajian didapati bahawa lebihan akaun dagangan sentiasa meningkat dari tahun ke tahun.
Selain itu, arah aliran akaun dagangan juga sentiasa mengalami turun naik dan ini
menunjukkan bahawa arah aliran akaun dagangan Malaysia tidak konsisten.
Sejak beberapa tahun kebelakangan ini, permintaan dalam negeri muncul sebagai
pemacu utama pertumbuhan. Penggunaan swasta dan jumlah pelaburan adalah berdaya tahan,
lantas membolehkan ekonomi berkembang meskipun berdepan dengan prestasi eksport yang
lembap. Pertumbuhan dan guna tenaga telah disokong oleh sektor berorientasikan dalam
negeri, lalu mengimbangi kelemahan dalam industri berorientasikan eksport. Keadaan ini
sebahagiannya dicapai susulan wujudnya pembaharuan struktur serta dasar ekonomi yang
teguh sejak bertahun-tahun lamanya.
Walau bagaimanapun, Malaysia kekal sebagai ekonomi yang sangat terbuka dengan
eksport menjadi sumber utama permintaan. Oleh itu, pelaburan strategik dalam industri
pertumbuhan yang tepat adalah amat penting bagi memastikan Malaysia berada pada
kedudukan yang baik supaya dapat memanfaatkan peluang baharu dalam landskap global yang
berubah-ubah. Yang ketara, keluaran dan pasaran eksport telah menjadi lebih pelbagai,
berorientasikan ke arah industri pertumbuhan baharu dan ekonomi serantau yang pesat
berkembang.Ini membolehkan Malaysia bergerak lebih tinggi dalam rantaian nilai di samping
memanfaatkan pertumbuhan global yang utama.
Melangkah ke hadapan, usaha menjana pertumbuhan yang kukuh, mampan dan
seimbang akan memerlukan pembaharuan yang selanjutnya. Pertumbuhan yang mampan perlu
disokong oleh peningkatan dalam produktiviti dan inovasi, bagi membolehkan peralihan ke
arah ekonomi bernilai tambah lebih tinggi dan berpendapatan lebih tinggi. Langkah terkini
950719-10-585818
seperti pengenalan dasar gaji minimum dan liberalisasi selanjutnya dalam industri terpilih akan
menyokong peralihan ini, sekali gus menyumbang kepada pendapatan yang lebih tinggi, yang
seterusnya menyokong pertumbuhan yang berterusan dalam penggunaan. Pewujudan jaring
keselamatan sosial yang komprehensif, termasuk penambahbaikan dalam sistem persaraan dan
penjagaan kesihatan, serta usaha berterusan untuk menggalakkan rangkuman kewangan akan
mengurangkan keperluan tabungan bagi tujuan kecemasan dan akan meningkatkan
penggunaan.
Oleh yang demikian, pihak kerajaan mengambil langkah efektif dalam menangani
masalah di yang dinyatakan. Antara langkah yang boleh diambil adalah mengurangkan
kebergantungan pada pinjaman daripada negara luar dan mengawal selia aliran keluar mata
wang ke luar negara melalui bank-bank tempatan. Seterusnya, tekanan harga barangan mentah
dan siap di pasaran domestik perlu dikawal ketat untuk memastikan tidak berlaku lambakan
barangan di pasaran domestik , mengurangkan defisit fiskal kerajaan persekutuan secara
beransur-ansur tanpa menjejaskan pertumbuhan keseluruhan dan sentiasa mengekalkan
imbangan pembayaran dan kedudukan rizab yang kukuh.
Kejayaan mengekalkan magnitud dan kualiti pelaburan akan bergantung pada kemajuan
reformasi struktur, pembangunan sektor kewangan yang berterusan, keadaan perniagaan yang
baik dan ketersediaan pekerja mahir. Pembaharuan ini, bersama-sama dengan pempelbagaian
dalam pasaran dan keluaran eksport perlu diteruskan bagi memastikan pertumbuhan yang
mampan pada masa hadapan.
950719-10-585819
8. SENARAI RUJUKAN
Imbangan akaun semasa di malaysia : perkembangan terkini
http://www.bnm.gov.my/files/publication/ar/bm/2012/cp01_001_rencana.pdf
Laman Web Bank Negara Malaysia ( 14 Julai 2014 )
http://www.bnm.gov.my/files/publication/ar/bm/2012/cp01_001_rencana.pdf
Laman Web Laporan Ekonomi Malaysia ( 19 Julai 2014 )
http://www.treasury.gov.my/
Portal Rasmi Jabatan Perangkaan Malaysia ( 14 Julai 2014 )
http://statistics.gov.my/portal/index.php?option=com_content&view
Suhiliah Mohd Salleh, 2014. Ace Ahead Teks STPM Ekonomi Penggal 3 (Ekonomi
Malaysia ). Arah aliran Akaun Semasa , halaman 77 : Penerbitan Oxford Fajar
Zaini Hassan dan Hassan Mohd Noor . Utusan Malaysia. 26 oktober 2013
950719-10-585820
LAMPIRAN