kajian awal mengenai kehidupan

14

Click here to load reader

Upload: ahmad-fitri

Post on 14-Jun-2015

417 views

Category:

Education


4 download

DESCRIPTION

Kajian awal mengenai kehidupan.

TRANSCRIPT

Page 1: Kajian awal mengenai kehidupan

KAJIAN A

WAL M

ENGENAI

KEHIDUPA

N

PENGANTAR BIOLOGI (BBR26303)

AHMAD FITRI MD LASIMDB100939

PPG MATEMATIK SEKSYEN 4

Page 2: Kajian awal mengenai kehidupan

TEORI-TEORI TENTANG ASAL USUL KEHIDUPAN1. Teori Ciptaan (Special Creation) : menyatakan bahwa kehidupan dicipta

oleh suatu zat supranatural

2. Teori Mantap : menyatakan bahwa kehidupan tiada asal-usul (keadaan mantap)

3. Teori Kosmozoan : menyatakan bahwa kehidupan berasal dari spora kehidupan yang datangnya dari luar angkasa

4. Teori Generatio Spontanea : menyatakan bahwa makhluk hidup tercipta secara spontan.

5. Teori Abiogenesis : menyatakan bahwa makhluk hidup berasal dari benda bukan hidup.

6. Teori Biogenesis : menyatakan bahwa makhluk hidup berasal dari makhluk hidup sebelumnya.

7. Teori Naturalistik/Evolusi Organik/Neoabiogenesis/Oportunistik : menyatakan bahwa kehidupan tercipta melalui proses evolusi kimia dan evolusi biologi berdasarkan pada konsep biologi moden.

Page 3: Kajian awal mengenai kehidupan

TEORI ABIOGENESIS

Teori yang dikemukakan Aristoteles ini menyatakan bahawa makhluk hidup terciptadari benda bukan hidup yang berlaku secara spontan (generatio spontanea).

Misalnya cacing berasal dari tanah, ikan dari lumpur, dan sebagainya.

Page 4: Kajian awal mengenai kehidupan

TEORI BIOGENESIS

Teori ini bertentangan dengan teori Abiogenesis, kerana menganggap bahawa makhluk hidup berasal dari makhluk hidup yang telah ada sebelumnya.

Tiga tokoh terkenal yang mempercayai teori ini adalah Francesco Redi, Lazzaro Spallanzani, dan Louis Pasteur.

Page 5: Kajian awal mengenai kehidupan

FRANCESCO REDI

Redi merupakan orang pertama yang melakukan eksperimen untuk membantah teori abiogenesis.

Dia melakukan eksperimen dengan menggunakan bahan daging segar yang dimasukkan dalam balang.

• Balang I : diisi daging segar dan dibiarkan terbuka

• Balang II : diisi daging segar dan ditutup dengan kain kasa

• Balang III : diisi daging segar dan ditutup rapat

Page 6: Kajian awal mengenai kehidupan

Ketiga-tiga balang tersebut diletakkan di tempat yang sama selama beberapa hari dan hasilnya seperti berikut:

Balang I    :  dagingnya busuk, banyak terdapat berenga

Balang II   :  dagingnya busuk, terdapat sedikit berenga

Balang III  :  dagingnya tidak busuk, tidak terdapat berenga

Menurut Redi berenga yang terdapat pada daging berasal dari telur lalat. Balang ke III tidak terdapat berenga kerana tertutup rapat sehingga lalat tidak dapat masuk.

Page 7: Kajian awal mengenai kehidupan

LAZZARO SPALLANZANI

Spallanzani juga melakukan eksperimen untuk membantah teori Abiogenesis, tetapi menggunakan air rebusan daging.

• Bekas I : diisi air rebusan daging, dipanaskan dan dibiarkan terbuka

• Bekas II : diisi air rebusan daging, ditutup dengan gabus dan kemudian dipanaskan

Page 8: Kajian awal mengenai kehidupan

Setelah sejuk kedua-dua bekas tersebut diletakkan di tempat yang sama. Beberapa hari kemudian keputusannya adalah seperti berikut.

• Bekas I : berubah busuk dan keruh, banyak mengandungi mikrorganisma.

• Bekas II : tetap jernih, tidak mengandung mikrorganisma.

Menurut Spallanzani mikrorganisma yang wujud dan menyebabkan air rebusan daging tersebut berubah busuk berasal dari mikrorganisma yang wujud di udara.

Page 9: Kajian awal mengenai kehidupan

LOUISE PASTEUR

Louise Pasteur berjaya menyempurnakan eksperimen Redi dan Spallanzani. Beliau menggunakan air rebusan daging dalam balang yang disumbat dengan gabus.

Gabus tersebut disambung dengan paip berbentuk leher angsa (huruf S) dan kemudian dipanaskan. Setelah sejuk, balang tersebut dibiarkan selama beberapa hari.Ternyata air rebusan daging tetap jernih dan tidak wujud mikrorganisma.

Page 10: Kajian awal mengenai kehidupan

Menurut Pasteur, mikrorganisma yang wujud dalam air rebusan daging tersebut berasal dari udara. Mikrorganisma tidak dapat masuk kerana disekat oleh bentuk paip.

Perkara ini dapat dibuktikan apabila balang tersebut dicondongkan sehingga air rebusan daging mengalir dan menyentuh hujung paip dan beberapa hari kemudian air rebusan daging tersebut berubah menjadi busuk.

Page 11: Kajian awal mengenai kehidupan

TEORI EVOLUSI ORGANIK

Alexander Ivanovich Oparin, Harold Urey dan Stanley Miller adalah orang yang pertama mengajukan hipotesis tentang kewujudan sel hidup yang pertama berdasarkan konsep biologi moden, terutama biokimia.

Page 12: Kajian awal mengenai kehidupan

ALEXANDER IVANOVICH OPARIN

Alexander Ivanovich Oparin mengajukan hipotesis, bahawa atmosfera bumi pada suatu ketika dahulu terdapat air (H2O), hidrogen (H2), amonia (NH3), dan metana (CH4).

Dengan bantuan tenaga yang ada pada ketika itu misalnya seperti tahap kepanasan bumi, sinar matahari, sinar ultra ungu, sinar kosmo ataupun petir, menyebabkan bahan-bahan tersebut terurai, maka terbentuklah molekul-molekul organik.

Page 13: Kajian awal mengenai kehidupan

HAROLD CLAYTON UREY

Harold Clayton Urey menyatakan bahawa pada suat ketika dahulu atmosfera bumi sangat kaya dengan molekul metana, hidrogen, wap air, dan amonia.

Berpunca daripada pengaruh radiasi sinar kosmik dan aliran kilat, maka terjadilah reaksi yang menghasilkan zat hidup.

Menurut Urey, zat hidup yang pertama telah mengalami perkembangan dan perubahan selama berjuta-juta tahun. Hasilnya, wujud berbagai jenis makhluk yang hidup seperti hari ini.

Page 14: Kajian awal mengenai kehidupan

STANLEY MILLER

Stanley Miller, mahasiswa dan pelajar Urey di Chicago University, mencipta alat yang digunakan untuk membuktikan hipotesis Urey.

Beliau memasukkan gas hidrogen, metana, amonia, dan air, kemudian dipanaskan selama seminggu sehingga gas-gas tersebut bercampur di dalamnya. Sebagai pengganti kepada pancaran petir,

Miller menggunakan pancaran elektrik bervoltan tinggi. Berberapa ketika kemudian, pemeriksaan yang dilakukan terhadap air tersebut menjujukkan wujudnya senyawa organik sederhana seperti asid amino, adenin, dan gula sederhana seperti ribosa.