k1 integrasi nasional
TRANSCRIPT
Hasil Pembelajaran
Mengenal pasti isu-isu dan cabaran
semasa(1.1)
Menghuraikan dengan contoh-contoh tentang
integrasi nasional (1.1)
Konsep Isu Dan Cabaran Pendidikan
ISU
KAMUS DEWAN (2007) – Perkara pokok atau persoalan yang dibincangkan.
CABARAN
KAMUS DEWAN (2007) – Sesuatu unsur atau faktor yang menguji kemampuan dan ketabahan sesuatu organisasi.
Isu Dan Cabaran Semasa
PELAN PEMBANGUNAN PENDIDIKAN MALAYSIA(PIPP- 2013-2025)
Integrasi Nasional
“Malaysia tidaklah harus menjadi negara yang maju dari segi ekonomi semata-mata tetapi perlu merangkumi semua aspek. Kita hendaklah mencapai kemajuan sepenuhnya dari segi perpaduan negara dan kesepaduan sosial, ekonomi, keadilan sosial, kestabilan politik, sistem pemerintahan, mutu kehidupan, nilai-nilai sosial dan kerohanian, selain mempunyai rasa bangga dan keyakinan akan bangsa sendiri. (Tun Dr. Mahathir Mohamad,The Way Forward
Vision 2020, 1991)
Definisi Perpaduan (Integrasi)
Satu proses yang menyatupadukan anggota masyarakat dan negara seluruhnya melalui ideologi negara supaya setiap anggota masyarakat dapat membentuk satu identiti dan nilai bersama serta satu perasaan kebangsaan bersama dalam kalangan mereka.
Perpaduan masyarakat merupakan sebahagian komponen yang penting daripada pembangunan negara. Oleh itu, mustahak bagi kita meneliti latar belakang dan ciri-ciri masyarakat majmuk di negara kita (Sanusi Osman, 1989).
Sistem pendidikan merupakan salah satu cara memupuk integrasi dan mewujudkan perpaduan di antara kaum dan etnik.
Dari situlah pelbagai kaum atau etnik dapat mempelajari nilai-nilai murni sesuatu kaum dan sterusnya menghayati proses sosialisasi secara mudah.
1. Bahasa Malaysia
Menerusi Dasar Pendidikan Kebangsaan, pelbagai strategi telah digubal untuk mencapai matlamat perpaduan kaum antaranya ialah menjadikan Bahasa Malaysia sebagai bahasa pengantar utama.
2. Kurikulum
Kurikulum yang seragam dan berorientasikan Malaysia di semua sekolah tanpa mengira bahasa pengantarnya juga telah diperkenalkan.
3. Pendidikan Kewarganegaraan
Unsur-unsur pendidikan kewarganegaraan juga telah diterapkan ke dalam semua mata pelajaran.
Pendidikan berperanan memupuk semangat patriotik kepada negara di kalangan pelajar sekolah. Di samping itu, pendidikan turut membentuk sifat-sifat toleransi, persefahaman dan tolak ansur bagi melahirkan sebuah masyarakat yang bersetupadu.
4. Peruntukan & Perhatian
Peruntukan dan perhatian diberikan dengan adil, tidak kira sama ada bersekolah di dalam bandar atau di luar bandar mahupun golongan yang tidak bernasib baik.
Semua kaum atau etnik dapat menikmati kemudahan yang sama dalam pendidikan sama ada mereka bersekolah di dalam bandar atau di luar bandar.
Di samping itu alat-alat yang dibekalkan seperti kerusi, meja, almari adalah seragam di semua sekolah.
Sekolah-sekolah yang berbeza aliran juga mendapat kemudahan-kemudahan yang sama. Walaupun mereka menggunakan bahasa penghantar yang berlainan tetapi sukatan, buku teks, jadual waktu dan peperiksaan diselaraskan secara berpusat.
Pelajar-pelajar dari pelbagai etnik tidak disekat untuk untuk bersekolah di mana-mana sekolah di negara kita. Mereka boleh memilih sekolah pilihan masiang-masing.
Hak-hak kebudayaan kumpulan-kumpulan etnik lain untuk mempelajari bahasa dan kebudayaaan kumpulan etnik masing-masing patut dihormati dan diberi perlindungan yang sewajarnya. Perubahan ini hendaklah dilakukan secara saksama dan adil.
Pupuk Integrasi Nasional
Akibat keretakan Integrasi Nasional
Perbezaan Agama dan Budaya
Ketidakpuasan hati
Kedudukan Geografi
Perkasa Bahasa Kebangsaan
Pemantapan aktiviti
Pupuk kefahaman
Dasar Pelajaran Kebangsaan
Halangan Integrasi Nasional Perbezaan Agama dan Budaya
Dasar Penjajahan
Sistem Pendidikan
Amalan Ekonomi
Perbezaan politik
Pemupukan Integrasi Nasional Melalui RIMUP
Kecemerlangan akademik
Sukan dan permainan
Ko-kurikulum
Khidmat masyarakat
Aktiviti berbentuk patriotik
Tindakan KPM Pupuk Intergrasi Nasional
Sekolah sebagai alat perpaduan
Sistem persekolahan yang sama
Penggunaan Bahasa Kebangsaan
Pendekatan kepada nilai
Seminar / Forum
SEKOLAH WAWASAN
Konsep belajar bersama-sama dibawah satu bumbung / satu kawasan yang sama tanpa kira kaum dan agama
Dua / tiga buah sekolah berlainan aliran dan pentadbiran disatu tempat
Matlamat
1. Mewujudkan perpaduan
2. Memupuk semangat integrasi
3. Melahirkan sifat toleransi dan persefahaman
4. Menggalakkan interaksi maksimum
Ciri-ciri
Pentadbiran & Pengurusan
i. dua / tiga aliran di satu kawasan
ii.sekolah masing-masing mempunyai nama sekolah yang tersendiri termasuk lencana,lagu dll
iii.Pentadbiran yang berasingan
iv.Identiti asal sekolah dikekalkan
v.Berkongsi kemudahan seperti padang,kantin dll
vi. JK penyelaras dibentuk bagi selaras dari segi kebersihan,keceriaan dan keselamatan. (terdiri daripada guru besar dan 2 orang wakil guru setiap sekolah)
Ciri-ciri
Kurikulum dan Bahasa Pengantar
i. Menggunakan kurikulum kebangsaan
ii. Bahasa pengantar bagi SK adalah bahasa melayu manakala SJKC dan SJKT menggunakan bahasa ibunda masing-masing
iii.P&P mengikut aliran masing-masing.
iv.Gurunya mengikut norma perjawatan yang telah ditetapkan
Ciri-ciri
Kokurikulum
i. Bahasa pengantar mengikut sekolah masing-masing
ii.Dalam pertandingan,setiap sekolah menghantar wakil terbaik masing-masing
iii.Digalakkan mengadakan sukan tahunan,hari guru dll secara bersama
iv.Perhimpunan bulanan adalah secara bersama