judul : faktor - faktor yang mempengaruhi · pdf filetesis dimaksudkan sebagai tesis bagi...
TRANSCRIPT
PZS 19 : 16 (Pind. 1/97)
UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS
JUDUL : FAKTOR - FAKTOR YANG MEMPENGARUHI PEMILIHAN PROFESION
KEGURUAN DI KALANGAN PELAJAR-PELAJAR JABATAN PENDIDIKAN TEKNIKAL KEJURUTERAAN
SESI PENGAJIAN : 2007/2008
Saya : __________HANISAH BINTI HAMDAN_________________
(HURUF BESAR) Mengaku membenarkan tesis (PSM/ Sarjana/ Doktor Falsafah)* ini disimpan di Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dengan syarat-syarat kegunaan seperti berikut:
1. Tesis adalah hak milik Universiti Teknologi Malaysia. 2. Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dibenarkan membuat salinan untuk
tujuan pengajian sahaja. 3. Perpustakaan dibenarkan membuat salinan tesis ini sebagai bahan pertukaran antara
institusi pengajian tinggi. 4. ** Sila tandakan ( )
SULIT (Mengandungi maklumat yang berdarjah keselamatan atau kepentingan Malaysia seperti yang termaktub di dalam AKTA RAHSIA RASMI 1972)
TERHAD (Mengandungi maklumat TERHAD yang telah ditentukan oleh organisasi/badan di mana penyelidikan dijalankan)
TIDAK TERHAD Disahkan oleh
____________________________ ____________________________ (TANDATANGAN PENULIS) (TANDATANGAN PENYELIA) ALAMAT TETAP: POF MADYA DR OTHMAN BIN MD
JOHAN NO 48, LOT 2444, TAMAN DESA GURU, JALAN SULTAN TENGAH, 93050 KUCHING, SARAWAK. Tarikh: 30 APRIL 2008 Tarikh: 30 APRIL 2008 CACATAN: * Potong yang tidak berkenaan ** Jika tesis ini SULIT atau TERHAD, sila lampirkan surat daripada pihak yang berkuasa/organisasi berkenaan dengan menyatakan sekali sebab dan tempoh tesis ini perlu dikelaskan sebagai SULIT atau TERHAD Tesis dimaksudkan sebagai tesis bagi Ijazah Doktor Falsafah dan Sarjana secara penyelidikan atau disertasi bagi pengajian secara kerja kursus dan penyelidikan atau Laporan Projek Sarjana Muda (PSM).
2
“Saya akui bahawa saya telah membaca karya ini dan pada pandangan saya karya ini
adalah memadai dari segi skop dan kualiti untuk tujuan penganugerahan Ijazah
Sarjana Muda Teknologi serta Pendidikan (Kemahiran Hidup)”.
Tandatangan : ....................................................
Nama Penyelia : PROF MADYA DR OTHMAN BIN MD JOHAN
Tarikh : 30 APRIL 2008
3
FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI PEMILIHAN
PROFESION KEGURUAN DI KALANGAN PELAJAR-
PELAJAR JABATAN PENDIDIKAN TEKNIKAL
KEJURUTERAAN
HANISAH BINTI HAMDAN
Laporan projek ini dikemukakan sebagai memenuhi sebahagian daripada
syarat penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Teknologi Serta Pendidikan
( Kemahiran Hidup )
Fakulti Pendidikan
Universiti Teknologi Malaysia
APRIL 2008
4
“Saya akui karya ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan ringkasan
yang tiap-tiap satunya telah saya jelaskan sumbernya.”
Tandatangan : …………………………….....
Nama Penulis : HANISAH BINTI HAMDAN
Tarikh : 29 APRIL 2008
5
DEDIKASI
Teristimewa buat,
Ayahanda ku yang tercinta
Hamdan bin Jemuni
Segala pengorbanan mu menjadi perangsang diri ku,
Bonda ku yang amat ku kasihi,
Siti Ramlah binti Sairi
Nasihat dan doa mu yang menjadi pedoman hidup ku,
Untuk adik-beradik yang ku sayangi ,
Nurafifah, Nur Mahfuzah dan Muhammad Firdaus
Kamu semua adalah perangsang semangat ku,
Terima kasih yang tidak terhingga,
Prof Madya Dr Othman Md Johan
Segala tunjuk ajar mu akan kekal sepanjang hayat ku,
Untuk sahabat-sahabat yang ku hormati,
PMI, JKSK, A03, SPH,
Kejayaan ini kejayaan kita bersama,
Terima kasih di atas segala sokongan dan pengorbanan yang telah kalian berikan…
Semoga Allah akan membalasnya dengan sebaik-baik ganjaran.
InsyaAllah…
6
PENGHARGAAN
Syukur alhamdulillah ke hadrat Ilahi, kerana dengan limpah kurnia-Nya
penyelidikan yang dijalankan ini dapat disiapkan sepenuhnya mengikut masa yang
telah ditetapkan.
Di kesempatan ini, penyelidik ingin merakamkan penghargaan ikhlas buat penyelia
penyelidikan Prof Madya Dr Othman Md Johan yang telah banyak membantu
dengan penuh komited dalam membimbing, menasihati, memberi dorongan serta
tunjuk ajar yang berguna di sepanjang tempoh penyelidikan ini dijalankan.
Penyelidik juga ingin merakamkan sekalung budi buat Pensyarah Fakulti Pendidikan
Universiti Teknologi Malaysia dan rakan-rakan yang turut membantu dalam
menyiapkan penyelidikan ini.
Tidak lupa juga jutaan terima kasih disampaikan buat semua pelajar – pelajar
JPTK tahun tahun satu hingga empat, Fakulti Pendidikan dalam memberikan
kerjasama yang tidak terhingga dalam memastikan penyelidikan ini berjalan dengan
lancar mengikut perancangan yang telah ditetapkan. Penghargaan juga ditujukan
kepada sesiapa sahaja yang terlibat dalam penyelidikan ini secara langsung mahupun
tidak langsung.
Akhir sekali, terima kasih kepada ayahanda dan bonda yang dikasihi serta
keluarga yang banyak berkorban, sehingga penyelidik siap menjalankan
penyelidikan ini. Semoga Allah s.w.t. jua menerima amal ikhlas dan diberikan
ganjaran syurga yang abadi di akhirat.
Sekian, terima kasih...
7
ABSTRAK
Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti faktor-faktor yang mempengaruhi
pemilihan profesion keguruan di kalangan pelajar-pelajar Jabatan Pendidikan
Teknikal Kejuruteraan di Fakulti Pendidikan. Seramai 248 pelajar tahun satu hingga
emapt telah dipilih sebagai responden kajian. Satu set soal selidik telah digunakan
untuk mengetahui pengaruh minat,keluarga, rakan sebaya, jaminan kerjaya dan
ganjaran dalam pemilihan kerjaya guru di kalangan pelajar-pelajar Jabatan
Pendidikan Teknikal Kejuruteraan. Data kajian dianalisis dengan menggunakan
kekerapan, peratus dan min. Analisis ini dijalankan menggunakan ‘Statistical
Package for the Social Science version 13.0’ (SPSS). Dapatan kajian menunjukkan
faktor minat dan faktor keluarga merupakan dua faktor yang mempunyai tahap yang
tinggi dalam mempengaruhi pelajar dalam memilih profesion keguruan sebagai
kerjaya mereka. Sementara faktor ganjaran, jaminan kerjaya dan rakan sebaya
berada pada tahap sederhana dalam mempengaruhi pemilihan kerjaya pelajar-pelajar
yang dikaji. Beberapa cadangan telah dikemukakan untuk membantu bakal-bakal
guru yang meminati profesion keguruan ini supaya mempunyai pandangan positif
terhadap kerjaya mereka.
8
ABSTRAC
The objective of this research is to identify factors that influence students
from Technical Engineering of Education Department at Faculty of Education to
choose teaching as their profession. This research is conducted among 248 students
range from first year to fourth year students. A set of questionnaire is being used to
know the influence of interest, family, peer, job guarantee and career reward in
selecting teaching as a career among students from Technical Engineering of
Education Department. Data from the research was analyzed by using ‘Statistical
Package for the Social Science version 13.0’ (SPSS) to obtain the frequency,
percentage and mean. The findings from the research showed that interest factor and
family factor were the two most important factors that influence students in selecting
teaching as their profession. Meanwhile, other factors such as reward, job guarantee
and peer were second in influencing these students to choose teaching. In order to
help these teachers to love their profession and have positive perception, some
suggsetions were forwarded.
9
KANDUNGAN
BAB PERKARA MUKA SURAT
JUDUL i
PENGAKUAN ii
DEDIKASI iii
PENGHARGAAN iv
ABSTRAK v
KANDUNGAN vii
SENARAI JADUAL xii
SENARAI SINGKATAN DAN SIMBOL xiii
SENARAI LAMPIRAN xiv
BAB I PENDAHULUAN
1.1 Pengenalan 1
1.2 Latar Belakang Masalah 3
1.3 Pernyataan Masalah 7
1.4 Objektif Kajian 7
1.5 Persoalan Kajian 7
1.6 Kepentingan Kajian 8
1.6.1 Kementerian Pendidikan Malaysia 8
1.6.2 Universiti Teknologi Malaysia 9
1.6.3 Individu 9
1.7 Batasan Kajian 9
1.8 Skop Kajian 10
1.9 Definisi 10
10
1.9.1 Minat 10
1.9.2 Rakan Sebaya 10
1.9.3 Keluarga 10
BAB II SOROTAN KAJIAN
2.1 Pengenalan 11
2.2 Teori Pemilihan Kerjaya 11
2.3 Faktor Minat Dalam Pemilihan Kerjaya 15
2.4 Faktor Dorongan Keluarga Dan Rakan Sebaya 18
2.5 Faktor Jaminan Kerjaya Dan Ganjaran 20
2.6 Kesimpulan 22
BAB III METODOLOGI
3.1 Pengenalan 23
3.2 Reka Bentuk Kajian 23
3.3 Sampel Kajian 24
3.4 Instrumen Kajian 25
3.5 Kajian Rintis 27
3.6 Pengumpulan data 28
3.9 Penganalisiaan data 28
BAB VI ANALISIS DATA
4.1 Pengenalan 30
4.2 Analisis Data 30
4.3 Analisis Data Bahagian A
(Latar Belakang Responden)
4.3.1 Jantina 31
4.3.2 Program 31
11
4.3.3 Tahun Pengajian 32
4.3.4 Umur 32
4.3.5 Kelulusan 33
4.4 Analisis Data Bahagian B (Persoalan Kajian)
4.4.1 Minat Sebagai Faktor Dalam Memilih
Kerjaya Guru 35
4.4.2 Keluarga Sebagai Faktor Dalam Memilih
Kerjaya Guru 37
4.4.3 Rakan Sebaya Sebagai Faktor Dalam
Memilih Kerjaya Guru 40
4.4.4 Jaminan Kerjaya Sebagai Faktor Dalam
Memilih Kerjaya Guru 42
4.4.5 Ganjaran Sebagai Faktor Dalam Memilih
Kerjaya Guru 45
4.5 Kesimpulan 48
BAB V RUMUSAN, PERBINCANGAN, KESIMPULAN DAN
CADANGAN
5.1 Pengenalan 49
5.2 Perbincangan Dapatan Kajian
5.2.1 Adakah minat sebagai faktor dalam
pemilihan kerjaya guru di kalangan
pelajar-pelajar JPTK di UTM? 50
5.2.2 Adakah keluarga sebagai faktor dalam
pemilihan kerjaya guru di kalangan
pelajar-pelajar JPTK di UTM? 52
5.2.3 Adakah rakan sebaya sebagai faktor
dalam pemilihan kerjaya guru di kalangan
pelajar-pelajar JPTK di UTM? 52
5.2.4 Adakah jaminan kerjaya sebagai faktor
dalam pemilihan kerjaya guru di kalangan
pelajar-pelajar JPTK di UTM? 53
12
5.2.5 Adakah ganjaran sebagai faktor dalam
pemilihan kerjaya guru di kalangan
pelajar-pelajar JPTK di UTM? 54
5.3 Cadangan 55
5.4 Cadangan Kajian Lanjutan 56
5.5 Rumusan 56
BIBLIOGRAFI 59
LAMPIRAN
13
SENARAI JADUAL
NO. JADUAL TAJUK MUKA SURAT
2.1 Hiraki Keperluan Abraham Maslow 15
3.1 Taburan Responden Kajian Mengikut 24
Pengkhususan dan Jantina
3.2 Pembahagian Item Bahagian A Mengikut 25
Latar Belakang Responden
3.3 Pembahagian Item Bahagian B Berdasarkan 26
Faktor Yang Mempengaruhi Pemilihan
Kerjaya Keguruan.
3.4 Pemeringkatan Skala Likert 26
3.5 Pekali Alpha Cronbach 27
3.6 Pengkelasan Skor Skala Likert 28
3.7 Analisis Petanda Skor Min 28
4.1 Taburan Dan Peratusan Responden Berdasarkan
Jantina 31
4.2 Taburan Kekerapan Dan Peratusan Berdasarkan
Program 31
4.3 Taburan Kekerapan Dan Peratusan Berdasarkan
Tahun Pengajian 32
4.4 Taburan Kekerapan Dan Peratusan Responden
Umur 32
4.5 Taburan Kekerapan Dan Peratusan Responden
Kelulusan 33
4.6 Penentuan Tahap Dan Peratusan 34
4.7 Skala Min 34
14
4.8 Taburan Kekerapan, Peratusan Dan Min Bagi
Faktor Minat 35
4.9 Taburan Kekerapan, Peratusan Dan Min Bagi
Faktor Keluarga 37
4.10 Taburan Kekerapan, Peratusan Dan Min Bagi
Faktor Rakan Sebaya 40
4.11 Taburan Kekerapan, Peratusan Dan Min Bagi
Faktor Jaminan Kerjaya 42
4.12 Taburan Kekerapan, Peratusan Dan Min Bagi
Faktor Ganjaran 45
15
SENARAI SINGKATAN DAN SIMBOL
KPM - Kementerian Pelajaran Malaysia
JPTK - Jabatan Pendidikan Teknikal Dan Kejuruteraan
PTK - Pendidikan Teknikal Dan Kejuruteraan
UTM - Universiti Teknologi Malaysia
SPJ - Program Sarjana Muda Teknologi Serta Pendidikan
(Kejuruteraan Jentera)
SPE - Program Sarjana Muda Teknologi Serta Pendidikan
(Kejuruteraan Elektrik)
SPA - Program Sarjana Muda Teknologi Serta Pendidikan
(Kejuruteraan Awam)
SPH - Program Sarjana Muda Teknologi Serta Pendidikan
(Kemahiran Hidup)
SPSS – Statistical Package For Social Science
SS – Sangat Setuju
S – Setuju
HS – Hampir Setuju
TS – Tidak Setuju
STS – Sangat Tidak Setuju
n - Numbers of respondent
f – Frekuensi
% - Peratus
16
SENARAI LAMPIRAN
LAMPIRAN PERKARA MUKA SURAT
A Borang Soal Selidik 61
B Surat Pengesahan Pelajar 67
17
BAB I
PENDAHULUAN
1.1 Pengenalan
Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Dr. Mahathir Mohamad, pada 28
Febuari 1991, telah mengemukakan satu pandangan jangka masa panjang yang
dibentangkan kertas kerja dengan bertajuk “ Malaysia Melangkah Ke Hadapan",
pada sidang pertama Majlis Perdagangan Malaysia. Berdasarkan kertas kerja
tersebut jelas mengandungi visi menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara industri
moden pada tahun 2020, yang kemudiannya dikenali sebagai Wawasan 2020. Kini
10 tahun telah berlalu, kerajaan telah berusaha untuk memastikan sembilan cabaran
yang diperincikan dalam kertas dasar tersebut akan dapat dicapai.( Berita Harian, 30
April 1997 )
Wawasan 2020 merupakan aspirasi untuk menjadikan Malaysia sebagai
sebuah negara yang maju dalam segala aspek.Visi mengenai pembentukan bangsa
dan negara ini adalah perancangan jangka panjang memastikan Malaysia baru yang
hendak dibina “dikongsi bersama” cabaran mencapai wawasan 2020 memang besar.
Garis permulaan yang dijadikan landasan sebagai penggerak wawasan ini ialah
sekolah. Guru akan menjadi nadi perancang, membentuk dan melaksanakan tugas
wawasan selepas pihak perancang di Kementeriaan Pendidikan dan Jabatan
Pendidikan Negeri.
18
Berdasarkan usaha yang dilakukan oleh kerajaan sebagaimana yang
dinyatakan tadi, sudah pasti rakyat mesti menguasai pengetahuan terutamanya dalam
bidang teknologi bagi melaksanakan usaha tersebut. Pendidikan memainkan peranan
yang penting menyediakan rakyat yang berpengetahuan tinggi dan memperolehi
kemahiran terutamanya dalam bidang teknologi kejuruteraan. Selari dengan
matlamat tersebut Kementerian Pendidikan melalui Jabatan Pendidikan Teknik dan
Vokasional telah menaikkan taraf Sekolah Menengah Vokasional kepada Sekolah
Menengah Teknik bermula tahun 1997 dan pada tahun 2000 semua sekolah
Menengah Vokasional dinaikkan taraf menjadi sekolah Menengah Teknik.(
Rancangan Malaysia Ke-7 , 1996 – 2000).Langkah tersebut bertujuan memberi
peluang kepada lebih ramai pelajar mengikuti jurusan teknikal. Mata pelajaran
Kemahiran Hidup, Reka cipta, Teknologi Kejuruteraan dan Lukisan Kejuruteraan
juga diajar di sekolah harian biasa dengan matlamat menanam minat , memberi
pengetahuan asas supaya pelajar akan terus dapat memperkembangkan idea dan
minat terhadap teknologi.
Maklum balas Kementerian Pendidikan dalam laporan yang sama
menyatakan antara usaha yang dilakukan ialah menyediakan senarai peralatan dan
bahan praktikal sains untuk sekolah rendah dan menengah, menerbitkan buku
kemahiran dan strategi berfikir secara kreatif dan kritis, mengadakan program
sandaran pelajar Rekacipta di Industri Tempatan, memperkenalkan penggunaan
“Electronic Education Kits” dalam matapelajaran Kemahiran Hidup dan Rekacipta
serta menerapkan pembelajaran secara ‘Contextual Learning’ dalam sistem
pembelajaran teknik dan vokasional.
Penaikkan taraf Sekolah Menengah Vokasional kepada sekolah Menengah
Teknik telah menambah bilangan pelajar jurusan sains dan teknikal. Menurut
Menteri Pendidikan Malaysia, Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak (1998)
pengambilan pelajar aliran teknikal ditambah 40% untuk tahun berikutnya, iaitu
pertambahan sebanyak 16,000 pelajar menjadikan jumlahnya sebanyak 35,000
berbanding 19,000 pada tahun sebelumnya. Pertambahan pengambilan pelajar ke
aliran teknikal akan terus dipertingkatkan agar ianya selari dengan penaikkan taraf
Sekolah Menengah Vokasional ke Sekolah Menengah Teknik.
19
Revolusi terhadap dunia pendidikan ini menjadikan keperluan terhadap guru
teknikal turut bertambah. Ini menyebabkan Kementerian Pendidikan mewujudkan
program untuk menambah bilangan guru teknikal seperti Kursus Lepasan Ijazah
(KPLI) bagi Siswazah Kejuruteraan dan Program Keguruan Pertukangan Khas
(PTK) untuk lepasan Politeknik yang memiliki sijil kejuruteraan di Maktab Teknik,
Cheras. Universiti Teknologi Malaysia juga menawarkan Kursus Keguruan Teknikal
( Sarjana Muda Teknologi Serta Pendidikan ) kepada pemegang Sijil Kejuruteraan
Politeknik dan Diploma Kejuruteraan melalui kemasukan terus ke tahun 2 dan
keatas.
1.2 Latar belakang Masalah
Perubahan pesat yang berlaku dalam teknologi tidak pernah mengurangkan
kepentingan tugas guru terutama dalam pendidikan. Mok Soon Sang ( 1992 )
menyatakan bahawa Reformasi Pendidikan yang bermula pada awal 80an menuntut
komitmen yang lebih tinggi dari pendidik. Misalnya teknologi maklumat yang
membawa kepada kepelbagaian alatan atau teknik baru dalam pengajaran. Selari
dengan itu guru mestilah memiliki pengetahuan dan kemahiran yang mencukupi
untuk menguasai dan mengendali sumber tersebut.
Kepentingan tugas guru bukan bermakna guru ataupun profesion keguruan suatu
tugas yang mudah. Malah semakin hari profesion keguruan menghadapi pelbagai
cabaran, kritikan , cemuhan dan rungutan terutamanya dari aspek mutu dalam
pengajaran dan pembelajaran,( Mastika, Mei 1995 ). Ketua Pengarah Pendidikan
pada ketika itu, Datuk Abdul Rafie Mahat (2001) menyatakan segala apa yang
diperkatakan , dianalisis dan dijadikan perbahasan umum mestilah diterima sebagai
maklum balas untuk membantu memartabatkan profesion keguruan. Menurut beliau
profesion keguruan dewasa ini menghadapi berbagai cabaran , ianya bersaing
dengan profesion lain yang menawarkan ganjaran yang lebih lumayan. Ada
sesetengah masyarakat menganggap profesion ini sebagai kerja yang darjatnya
menurun kerana kelakuan anggotanya sendiri yang dianggap tidak lagi memenuhi
kehendak masyarakat.
Kenyataan yang diakui oleh Datuk Rafie Mahat di atas menunjukkan
masyarakat sekarang melihat profesion keguruan secara kritikal serta menyeluruh
termasuklah aspek ganjaran atau gaji, minat dan komitmen guru terhadap tugas dan
tanggung jawab. Tinjauan terhadap golongan remaja yang menuntut di Institut
Pengajian Tinggi Awam (IPTA) menunjukkan bahawa golongan ini berpendapat gaji
yang ditawarkan untuk kerjaya sebagai seorang guru atau pendidik adalah kecil jika
dibandingkan dengan kelayakan yang mereka ada. Mereka juga berpendapat kerjaya
pilihan ada kaitan dengan status hidup, oleh itu ramai remaja memilih untuk
menceburi profesion yang lebih berprestij seperti jurutera dan doktor.
Tokoh pendidik negara Tan Sri Ainuddin Wahid (1990) menyatakan orang
sekarang melihat tinggi rendah seseorang itu berdasarkan apa yang mereka miliki.
Menurut beliau, ganjaran yang kurang menarik berbanding profesion yang lain,
menyebabkan profesion keguruan dijadikan Jaring Penyelamat untuk orang mencari
kerja. Apabila mereka tidak mendapat pekerjaan yang mereka idamkan, mereka akan
beralih kepada profesion keguruan. Apakah fenomena ini menunjukkan mereka yang
memilih profesion keguruan sebahagiannya bukanlah mereka yang berminat atau
bercita –cita menjadi guru?
Tajul (1995) menyatakan salah satu daripada ciri penting yang perlu ada pada
seseorang guru atau bakal guru ialah mereka mestilah mempunyai minat mendalam
terhadap keseluruhan tugasnya baik di sekolah mahupun dalam menangai sebarang
isu kemasyarakatan ketika berada di luar sekolah. Mereka yang menjadi guru hanya
kerana gaji ataupun kerana tidak mendapat pekerjaan lain perlulah segera mengubah
sikap. Mereka perlulah segera menanam kecintaan terhadap bidang keguruan supaya
mereka tidak menipu diri sendiri dan masyarakat. Ini menunjukkan seseorang yang
ingin menjadikan profesion keguruan sebagai kerjaya mereka mestilah meminati
profesion ini.
Zuria (1998) menyatakan orang melamar kerja kerana adanya gaji tetapi gaji
tidak menimbulkan kepuasan kerja .Pada masa dahulu mereka yang memilih
profesion keguruan bukan kerana gaji yang lumayan tetapi keadaan kerja pada masa
itu dianggap sessuai dengan keperluan, nilai , falsafah hidup, ciri kerja separuh hari ,
21
ada cuti yang panjang , mobiliti yang mudah, peluang mengasuh dan mendidik dan
memberikan kasih sayang.
Ini menunjukkan ciri kerja separuh hari dan cuti yang panjang dianggap suatu
faktor yang menyebabkan kerjaya keguruan dipilih. Malah tugas guru tidak terhad
kepada kepada waktu persekolahan sahaja, guru perlu mengendalikan kegiatan
kokurikulum seperti permainan dan persatuan serta lain–lain aktiviti yang telah
dirancang oleh pihak pentadbiran. Guru juga terpaksa membawa balik kerja –kerja
menyemak kerja pelajar, menyemak jawapan ujian dan peperiksaan, rekod – rekod
pelajar untuk disiapkan di rumah.
Hakikatnya guru tidaklah diperuntukkan cuti seperti mana cuti persekolahan.
Menurut Surat Pekeliling Iktisas Bil.5/1977 Kementerian Pendidikan menegaskan
guru adalah kakitangan kerajaan, maka semua guru tertakluk kepada Perentah Am
Bab C, perenggan 50 menyatakan “Ketua jabatan boleh memanggil guru-guru
menjalankan tugas selain daripada tugas-tugas biasa semasa percutian penggal
sekolah.”
Manakala Surat Pekeliling Iktisas 1/1981 Kementerian Pendidikan
menyatakan bahawa waktu tidak mengajar adalah masa bekerja bagi guru-guru dan
pengetua boleh mengarahkan guru menggunakan masa tersebut mengantikan guru
yang tidak hadir, membuat persediaan mengajar, memeriksa buku latihan dan lain-
lain tugas yang difikirkan perlu.
Tugas guru meliputi berbagai aspek, bukan hanya sekadar mengajar di bilik
darjah. Selain dari tugas hakiki tersebut guru ternyata memikul beban tugas yang
banyak. Selain mengajar, menguji, menilai, membimbing dan memulihkan pelajar,
Guru juga menguruskan rekod pelajar, biasiswa, buku teks, yuran, surat kepada
ibubapa, disiplin, kecerian sekolah, panitia mata pelajaran , juga dalam gerak kerja
kokurikulum seperti penasihat persatuan dan kelab, jurulatih, pengangkutan dan
jaminan keselamatan serta tugas perhubungan awam seperti perbincangan dengan
ibubapa, masyarakat dan juga agensi kerajaan atau swasta.
22
Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, guru yang
mempunyai nilai-nilai etos boleh mendidik anak-anak bangsa dengan semangat atau
roh yang jitu demi melihat anak-anak bangsa berjaya dan menguasai ilmu. Katanya
nilai etos atau semangat bangsa perlu ada pada setiap guru kerana guru tidak lagi
boleh menganggap profesion keguruan hanya mengajar dalam bilik darjah semata-
mata. “Sebaliknya, mereka perlu memastikan anak-anak bangsa juga mendapat
pendedahan ilmu dalam era globalisasi dan dunia tanpa sempadan terutama di luar
darjah,” katanya ketika berucap pada sambutan Perayaan Hari Guru Daerah Pekan
2007 di Dewan Konvensyen Sultan Ahmad di Pahang. (Utusan Malaysia, 11 Ogos
2007)
Sementara Asmah (1991) menyatakan bahawa seseorang guru memainkan
berbagai peranan di sekolah . Peranan–peranan yang rencam ini adalah berkait secara
langsung dan tidak langsung antara satu sama lain. Peranan guru adalah seperti
pemberi maklumat pelajar dan pengerak kurikulum, pendisiplin, penganti ibubapa,
sebagai kaunselor dan pembimbing, penasihat atau pengerak kegiatan kokurikulum,
pembentuk peraturan sekolah, pembina sahsiah , kadang kala sebagai jurutaip, kerani
dan pekerja am dan juga sebagai pelajar.
Pemilihan kerjaya keguruan oleh seseorang kemungkinan juga melibatkan
pengaruh dan dorongan daripada pihak ketiga iaitu keluarga, terutama ibubapa dan
juga pengaruh rakan sebaya. Quek(1991), Hishammuddin(1995), Mat Khailil(2000)
dan Mohd.Aniza (2000) mendapati keluarga terutama ibubapa memang
mempengaruhi pemilihan kerjaya seseorang. Mereka juga menyatakan pengaruh
ibubapa adalah lebih dominan berbanding pengaruh rakan sebaya dalam soal
pemilihan kerjaya seseorang.
Berdasarkan bebanan kerja, kebajikan dan gaji yang kurang menarik, waktu
kerja dan cuti yang tidak tetap dan kesukaran kerajaan dalam memenuhi tuntutan
bagi meningkatkan kedudukan profesion keguruan jelas sekali profesion ini tidak
menjanjikan sesuatu yang lebih baik berbanding profesion lain. Namun masih ramai
yang memilih profesion keguruan sebagai kerjaya. Lulusan Ijazah Kejuruteraan
adalah golongan yang mempunyai latar belakang dan kemahiran dalam bidang
kejuruteraan dan mampu memilih kerjaya dalam bidang yang mereka pelajari dengan
23
mendapat gaji yang lebih baik, namun ada di antara mereka yang memilih profesion
keguruan sebagai kerjaya.
Namun apakah yang menyebabkan mereka ini memilih keguruan sebagai
kerjaya mereka. Dari persoalan ini pengkaji membuat keputusan untuk membuat
kajian apakah yang menyebabkan mereka memilih profesion keguruan. Berdasarkan
perbincangan di atas, pengkaji menetapkan faktor yang terlibat dalam kajian ini ialah
minat terhadap profesion keguruan,dorongan keluarga,faktor rakan sebaya,jaminan
kerjaya dan ganjaran.
1.3 Penyataan Masalah
Kajian ini akan dijalankan untuk mengenalpasti apakah faktor yang
mempengaruhi pelajar-pelajar Jabatan Pendidikan Teknikal Kejuruteraan di
Universiti Teknologi Malaysia memilih profesion keguruan sebagai kerjaya mereka.