isu rasuah profesionali ethic one line721120015494
TRANSCRIPT
-
7/27/2019 Isu Rasuah Profesionali Ethic One Line721120015494
1/27
OUMM3203 2013
FALKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA
OUMM 3203
PROFESSIONAL ETHICS
MEI 2013
ROHAYATI BT MAHMOOD
NO MATRIK : 721120015494001
NO. I/C : 721120015494
NO.TEL : 012-7614553
EMAIL : [email protected]
LEARNING CENTER : BATU PAHAT LEARNING CENTER
mailto:[email protected]:[email protected]:[email protected] -
7/27/2019 Isu Rasuah Profesionali Ethic One Line721120015494
2/27
OUMM3203 2013
ISI KANDUNGAN MUKA SURAT
1. Pengenalan 32. Definisi dan Sejarah Rasuah 43. Rasuah Serta kesan Ekonomi 74. Rasuah dan undang-Undang 135. Etika dan Rasuah 17
4.1 Teori Ulitirariansme 19
4.2 Teori Hukum Alam 20
4.3 Teori Kantian Right 21
4.4 Etika Nomatif 22
6. Rumusan
-
7/27/2019 Isu Rasuah Profesionali Ethic One Line721120015494
3/27
OUMM3203 2013
1.0 PENGENALAN
Era di gital ini menyaksikan pertumbuhan ekonomi yang begitu rancak dan bersaing.
Namun dalam usaha menuju era globalisasi dunia tanpa sempadan, Malaysia amnya terpaksa
bersemuka dengan satu penyakit sosial yang agak kritikal sehingga meranapkan peradaban
bangsa kita, iaitu amalan rasuah.
Rasuah ialah penyakit sosial yang boleh mencemarkan imej sesebuah negara dan rakyatnya.
Sebagainya pelacuran, yang disifatkan sebagai kerjaya tertua sejak wujudnya peradaban
manusia, perbuatan rasuah juga telah wujud sekian lama, malah semakin menjadi amalan biasa.
Walau bagaimana pun amalan yang sudah menjadi kebiasaan harus dibendung dan dibanteras.
Jika ianya telah diterima sebagai amalan biasa oleh masyarakat, ianya akan membawa
kehancuran kepada seluruh masyarakat, bangsa dan negara seperti yang berlaku dalam sejarah
tamadun besar dunia. Malaysia juga tidak terkecuali daripada fenomena ini. Kesedaran seluruh
masyarakat amat diperlukan walaupun gejala ini belum dikatakan berleluasa seiring dengan
suasana pertumbuhan ekonomi yang pesat.
Rasuah merupakan satu tindakan pemerasan yang dilakukan oleh seseorang dengan tujuan untuk
mendapatkan pertolongan dan faedah dirinya sendiri. Ini kerana apabila melalui prosedur-
prosedur biasa, dia tidak akan memperolehi apa-apa yang dikehendakinya Secara amnya rasuah
bermakna kuasa yang diberikan kepadanya disalah gunakan dan bertindak untuk kebaikan diri
sendiri dan bersikap pilih kasih dalam tindakannya.
Biasanya, rasuah dijadikan sebagai jalan pintas seseorang untuk mengecapi kehidupan mewah
atau erti kata lain ingin menjadi kaya dalam masa yang singkat. Kebiasaannya mereka yang
-
7/27/2019 Isu Rasuah Profesionali Ethic One Line721120015494
4/27
OUMM3203 2013
menjadikan budaya ini dalam kehidupannya tidak memikirkan kesan buruk yang akan berlaku,
sebaliknya mereka akan memikirkan keuntungan kepada diri mereka.
Rasuah jika tidak dikawal dan dibanteras dari awal lagi akan memberi kesan buruk terhadap
sistem pentadbiran negara. Ianya juga turut mengugat kestabilan sosial negara. Malaysia kini
sedang menuju ke arah pembangunan perindustrian yang bertujuan menjadikan Malaysia sebagai
negara maju. Gejala ini akan turut menjejaskan keyakinan orang ramai terutamanya pelabur
asing terhadap kecekapan dan keberkesanan serta sistem perundangan dan birokrasi negara ini.
Kita singkap laporan rasuah oleh Transperency international 2010 yang melaporkan bahawa
Malaysia masih lagi berada di tangga 56 pada Indeks Persepsi Rasuah. Wabak penyakit ini
dikatakan sangat berbahaya dan boleh menjangkiti orang lain. Masyarakat yang mengamalkan
rasuah akan bertindak di luar batasan yang telah ditetapkan.
1.1 Definisi Dan Sejarah Rasuah
Sejarah rasuah bermula sejak awal kehidupan manusia bermasyarakat lagi, iaitu pada tahap
organisasi kemasyarakatan yang rumit mulai wujud. Gejala rasuah telah membelenggu manusia
sejak beribu tahun lamanya. Kegiatan yang berlaku juga adalah berbeza-beza pada tempat dan
waktu yang berlainan. Terdapat banyak catatan kuno yang menceritakan kisah berkaitan dengan
gejala rasuah yang telah berlaku di masa lalu contohnya, mengenai masalah penyuapan terhadap
para hakim dan tingkah laku pegawai pemerintah. Kegiatan rasuah ini terus menular dan berlaku
sehingga kini dan telah meninggalkan kesan kesan yang negatif kepada sesebuah negara.
Misalnya Empayar Rom, Empayar Uthmaniah, Dinasti Ming dan sebagainya yang tidak terurus
-
7/27/2019 Isu Rasuah Profesionali Ethic One Line721120015494
5/27
OUMM3203 2013
pentadbirannya sehingga menyebabkan tentera dan kakitangan awamnya terpaksa mengamalkan
rasuah sehingga akhirnya meruntuhkan pemerintahan negara tersebut.
Mengikut sejarah, kegiatan rasuah di negara ini berlaku sejak zaman Kesultanan Melaka lagi.
Kejatuhan Kesultanan Melaka di tangan orang-orang Portugis dikatakan ekoran dari sogokan
wang dan hadiah oleh tentera-tentera portugis kepada pegawai-pegawai tertentu yang bertugas di
istana Sultan Melaka. Kegiatan rasuah ini terus wujud sehingga pemerintahan British di Tanah
Melayu dan buktinya bila mana pentadbiran orang-orang British ketika itu telah
menguatkuasakan undang-undang rasuah dalam tahun 1871 di mana perbuatann menerima
hadiah yang boleh disifatkan sebagai kanun keseksaan, 1871. Kemudian budaya rasuah ini terus
menular dan berlaku di Malaysia seperti tiada jalan penyelesaiannya.
Rasuah boleh ditafsirkan sebagai ganjaran atau imbuhan yang diperolehi hasil daripada
melakukan kerja yang tidak sepatutnya dilakukan. Rasuah bukan sahaja boleh diberi atau
diterima dalam bentuk wang ringgit tetapi juga dalam bentuk material. Gejala rasuah merupakan
satu jenayah atau kesalahan undang-undang di mana seseorang itu mendapat kebebasan, kontrak
perniagaan atau keistimewaan dari pihak berkuasa atau syarikat tertentu selepas menyogok pihak
terbabit dengan wang, hadiah atau pemberian yang lain kepada pihak terbabit. Secara amnya
rasuah bermakna kuasa yang telah diberikan kepadanya telah disalah gunakan dan bertindak
untuk kebaikan diri sendiri dan bersikap pilih kasih dalam tindakannya. Mereka juga lebih
cenderung bersikap pilih kasih dan bermuka-muka dalam setiap tindakan bagi mengelak dari
perbuatannya diketahui umum.
Perkataan rasuah adalah berasal dari perkataan Arab iaitu I-risywah. Di dalam Al-Quran,
rasuah digolongkan dalam kata umum batil, iaitu meliputi juga perkataan jenayah lain seperti
-
7/27/2019 Isu Rasuah Profesionali Ethic One Line721120015494
6/27
OUMM3203 2013
merompak, menipu dan memeras ugut. Dalam Al-Quran itu sendiri telah mendefinisikan
perkataan rasuah ini adalah berkaitan dengan sesuatu yang tidak baik dan dilaknat.
Daripada Abu Hurairah RA. Ia telah berkata bahawa Rasullah SAW telah mengutuk orang
yang suka memberi rasuah dan orang yang suka menerima rasuah dalam soal hukum
menghukum.
Biasanya rasuah dijadikan jalan mudah untuk seseorang untuk mengecapi kehidupan mewah atau
sama maksudnya mahu manjadi kaya dalam masa yang singkat. Perbuatan rasuah ini adalah
perbuatan yang sangat keji dan berdosa. Mereka yang terjebak dalam budaya rasuah akan
memperoleh balasan yang setimpal dengan perbuatan mereka. Secara keseluruhannya rasuah
merupakan satu perbuatan yang sangat terkutuk dan dibenci bukan sahaja oleh agama malah
kemanusiaan sekali pun.
Dari segi taipologi, rasuah dapat dibahagikan kepada tujuh jenis iaitu rasuah transtaktif, rasuah
yang memeras, rasuah invensif, rasuah perkerabatan, rasuah defensive, rasuah autogenic, dan
rasuah dukungan.
Rasuah menurut bahasa Latin pula berasal dari perkataan corroptio iaitu dari kata kerja
corrurumpere yang membawa maksud busuk, rosak, memutar belitkan dan menyogok. Rasuah
juga merupakan satu tindakan pemerasan yang dilakukan oleh seseorang dengan tujuan
mendapatkan pertolongan dan faedah dirinya sendiri. Ini kerana apabilan melalui prosedur-
prosedur biasa, dia tidak akan memperoleh apa-apa yang dikehendaki itu. Secara amnya rasuah
bermakna kuasa yang telah diberikan kepadanya telah disalah gunakan dan bertindak untuk
kebaikan diri sendiri dan bersikap pilih kasih dalam tindakannya.
-
7/27/2019 Isu Rasuah Profesionali Ethic One Line721120015494
7/27
OUMM3203 2013
Rasuah merupakan suatu jenayah atau kesalahan undang-undang di mana seseorang mendapat
kebebasan, kontrak atau keistimewaan dari pihak berkuasa atau sesebuah syarikat selepas
memberi wang, hadiah, keraian kepada pihak-pihak tertentu. Menurut Suruhanjaya Pencegahan
Rasuah Malaysia terdapat empat kesalahan rasuah yang utama :
Meminta atau menerima rasuah Menawarkan atau memberi rasuah Membuat Tuntutan Palsu Menyalahgunakan Jawatan dan Kedudukan
Dalam skop rasuah politik pula bermaksud penyalahgunaan jawatan awam untuk kepentingan
peribadi. Semua bentuk pemerintahan dan organisasi pasti terdapat salah laku rasuah, sama ada
sedar atau tidak. Pemberatan kes berbeza-beza, daripada yang seringan dalam bentuk
penggunaan pengaruh dan sokongan untuk memberi dan memberi pertolongan hinggalah kepada
rasuah yang dianggap satu prosedur rasmi dan sebagainya. Kemuncak segala rasuah ialah satu
keadaan yang digelar kleptoktrasi yang bererti pemerintahan oleh para pencuri sama
maksudnya dengan pura-pura bertindak jujur tetapi tidak ada sama sekali.
Untuk memahami masalah ini dan mencari rumusannya, sangat penting untuk membezakan
antara rasuah dengan perilaku jenayah (dalam erti kata yang sangat luas). Sama ada sesuatu itu
atau perilaku dianggap rasuah atau tidak bergantung pada praktik undang-undang di sesebuah
negara.
-
7/27/2019 Isu Rasuah Profesionali Ethic One Line721120015494
8/27
OUMM3203 2013
2.0 RASUAH DAN KESAN EKONOMI
Perbincangan mengenai rasuah adalah penting kerana kegiatan rasuah akan
melumpuhkan fungsi perjalanan sesuatu organisasi. Dengan adanya kegiatan rasuah, tiada
sesiapa akan dapat mengagak tindakan seseorang atau hasil daripada sesuatu rancangan masa
depan. Kemajuan sesebuah negara bergantung kepada cerdik dan pandai dan professional yang
ada. Kegiatan rasuah akan hanya menghakis kepercayaan orang awam terhadap kebolehan
sesebuah negara.
Banyak bukti yang menunjukkan bahawa negara yang dibebani masalah rasuah mempunyai
pasaran saham yang tidak menentu, pengawasan sisitem perbankan yang tidak cekap dan pasaran
modal yang kecil. Dengan kata lain, negara yang mengamalkan rasuah membayar pada harga
yang mahal untuk program pembangunannya terutamanya dalam pembangunan ekonominya.
David Ng (2006) menyokong dengan mengatakan bahawa, Bank Dunia mengandaikan rasuah
ini sebagai satu ancaman yang terbesar kepada ekonomi dan pembangunan sosial. Ia
membantutkan pembangunan negara dan memporak perandakan undang-undang dan juga
melemahkan insitusi asas dalam pembangunan ekonomi.
Manakala Pak Hung Mo (2001) yang menjelaskan peranan rasuah dalam pertumbuhan ekonomi
dengan menyediakan penganggar kuantitatif akibat rasuah ke atas pertumbuhan dan
kepentingannya terhadap saluran perubahan. Kajian rasuah beliau adalah tertumpu ke atas 54
buah negara yang terdapat dalam Corruption Perception Index (CPI). Beliau mendapati dengan
peningkatan 1 % tingkat rasuah akan mengurangkan kadar pertumbuhan ekonomi dalam
lingkungan 0.72%. Dalam perkataan lain ialah, dengan peningkatan satu unit indeks persepsi
rasuah akan mengurangkan kadar pertumbuhan ekonomi menurun sebanyak 0.545 mata peratus.
-
7/27/2019 Isu Rasuah Profesionali Ethic One Line721120015494
9/27
OUMM3203 2013
Paolo Mauro (1995) pula telah menggunakan data yang mengandungi indeks keberkesanan dan
keluhuran birokrasi yang subjektif untuk menjelaskan kesan rasuah terhadap pembangunan
ekonomi. Analisis kajian beliau meliputi 58 buah negara yang mana kajian ini mempunyai
hubungkait di antara pelaburan dan rasuah. Padanan yang negatif terhadap rasuah dengan data
yang terhad, artikel tersebut menunjukkan hubungan tersebut kuat bagi mengawal penentu
piawai untuk pelaburan dan pertumbuhan ekonomi. Ia juga mempengaruhi kadar pelaburan dan
pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK)
Manakala menurut Alex Dreher et. Al (2007) yang menyatakan bank dunia menganggarkan
lebih daripada USD 1 trilion telah digunakan untuk membayar rasuah bagi setiap tahun. Bagi
mengatasi masalah rasuah tersebut pihak kerajaan perlu meningkatkan penguatkuasaan dan
mematuhi undang-undang kerana ia boleh meningkatkat pendapatan berkapita sesebuah negara
sebanyak 400%. Dengan penyataan ini yang dijelaskan di atas, Bank Dunia mengandaikan
bahawa sekiranya aktiviti ini dapat dihapuskan, maka peningkatan pendapatan perkapita akan
meningkat sebanyak 400%. Ini menunjukkan bahawa rasuah ini meninggalkan kesan yang amat
negatif kepada masyarakat dan negara kerana pembangunan ekonomi sesebuah negara itu boleh
terbantut akibat amalan rasuah.
Kemajuan sesebuah negara bergantung kepada cerdik pandai dan professional yang adab.
Kegiatan rasuah akan hanya menghakis kepercayaan orang awam terhadap golongan cerdik
pandai negara kita. Selain itu, pemerintahan menjadi lemah kerana setiap kali rasuah berlaku,
maka pemerintah akan kehilangan hasil atau tergelincir daripada tindakan-yang sepatutnya.
Umpamanya, jika cuai terhadap sesuatu yang dilakukan, maka pemberian rasuah telah
mengantikan wang cukai yang sepatutnya dikutip dan dimanfaatkan hanya dinikmati oleh
segelintir pemberi rasuah.
-
7/27/2019 Isu Rasuah Profesionali Ethic One Line721120015494
10/27
OUMM3203 2013
Akibatnya, ia menimbulkan masalah lain seperti kemerosoton ekonomi dan pengabaian
kepentingan masyarakat. Menurut Mohd Shauki Abd. Majid (2004), budaya rasuah juga
menghancurkan pentadbiran dan pemerintahan sesbuah negara. Seperti yang berlaku di Filipina
yang mencatatkan sejarah kejatuhan kerajaan Prisiden Marcos dari tampuk kepimpinan,
meningkatkan ketidakyakinan orang ramai, termasuk pelabur dari dalam dan luar negara,
seterusnya merosakkan imej negara di mata dunia. Ini semua akan memberi kesan buruk
terhadap usaha menarik pelaburan tempatan dan asing untuk menambah kegiatan ekonomi
negara.
Dalam pada itu, peranan pertumbuhan ekonomi ialah untuk mencapai tahap pembangunan dan
prestasi ekonomi bagi sesebuah negara kerana ia merupakan garis pengukur kepada pencapaian
aktiviti ekonomi negara yang telah direncanakan. Namun demikian, persoalan yang timbul dan
isu yang oleh dilihat ialah peningkatan kadar rasuah bagi sesebuah negara boleh merencatkan
pertumbuhan ekonomi atau pun sebaliknya.
Berdasarkan kepada sumber perancangan dan pelaksanaan selaras dengan rancangan Malaysia
Ke 10. Melalui konsep 1 Malaysia, RakyatDidahulukan Pencapaian Diutamakan yang telah
diperkenalkan oleh Perdana Menteri ke- 6, Yang Amat berhormat, Seri Najib Tun Razak sejak
perlantikannya sebagai Perdana Menteri. Gagasan 1 Malaysia menunjukan kepada enam Bidang
Keberhasilan Utama Negara (NKRA) yang disasarkan oleh kerajaan. Program Tranformasi
Kerajaan (GTP) meletakkan kepentingan rakyat sentiasa diutamakan. Ia merupakan program
terbesar negara Malaysia untuk lebih efektif dalam menyampaikan perkhidmatan dan
bertanggungjawab atas keberhasilan yang menjadi keutamaan kepada rakyat. Salah satu
daripada bidang Keberhasilan Utama Negara ialah mentranfomasikan negara kepada negara
bebas dari rasuah dengan pelbagai aktiviti membanteras rasuah.
-
7/27/2019 Isu Rasuah Profesionali Ethic One Line721120015494
11/27
OUMM3203 2013
Selain itu, dengan perbandingan di antara negara maju seperti Denmark, negara sedang
membangun seperti Malaysia sendiri dan juga negara mundur seperti Myanmar, pihak
Transparency Internasional telah menunjukkan nilai positif bersih dari sekala yang terdapat pada
Jadual 1.
NEGARA DENMARK MALAYSIA MYANMAR
2002 2 33 -
2003 3 37 129
2004 3 39 142
2005 4 35 155
2006 4 44 160
2007 1 43 179
2008 1 47 178
2009 2 56 178
Jadual 1 : Sumber dari Transparency Internasional
Negara maju seperti Denmark telah mencapai nilai bersih dari rasuah dengan mempunyai skala 1
ke-4 sahaja. Manakala bagi negara Malaysia mempunyai skala mencecah dari 33 hingga 56.
Terakhir sekali, Myanmar sebagai negara mundur menunjukkan betapa gejala rasuah
membantutkan ekonomi negara itu dengan memegang skala 129178.
Hasil dari kajian dan penyelidikan oleh ahli-ahli akademik seperti Gunner Mydal, Colin Leys,
James Scott, David H. Narey dan lain-lain menunjukkan kesan positif jika dinilai dari segi fungsi
rasuah. Walau bagaimana pun, iannya bergantung kepada sistem nilai dan norma masyarakat
-
7/27/2019 Isu Rasuah Profesionali Ethic One Line721120015494
12/27
OUMM3203 2013
berkenaan. Walau apa pun tanggapan individu dalam menilai kesan-kesan rasuah, namun
hakikatnya rasuah melahirkan lebih banyak keburukan dan kebinasaan. Umpamanya walaupun
pemberi rasuah boleh mempercepatkan proses kerja jika nilai dari segi fungsi positif rasuah
sebagai catalsyt namun sebaliknya berlaku keburukan yang mana ia mengajar seseorang itu
malas bekerja, kurang inisiatif, tidak amanah serta ketiadilan sosial berlaku.
Pakar ekonomi berpendapat, antara punca ekonomi beberapa buah negara Asia dan Afrika
berkembang lemah, ialah rasuah yang berbentuk penagihan sewa yang menyebabkan
perpindahan penanaman modal ke luar negara, bukannya dilaburkan di dalam negara. Telah
diberitakan didaktor Afrika mempunyai bank di swiss. Berbeza pula dengan pemimpin di Asia
seperti Suharto yang sering meminta sogokan daripada setiap pembiayaan atau keuntungan
projek. Pakar University Massachussets menjelaskan bahawa dari tahun 1970 hingga 1996
pelarian modal 30 buah negara Sub Sahara berjumlah $187 bilion melebihi jumlah hutang luar
negara-negara tersebut.
Rasuah juga telah menyebabkan tumpuan pelaburan dan pembangunan tidak seimbang dan
saksama, iaitu jika berlakunya rasuah dan penyelewengan, maka ia akan mewujudkan golongan
masyarakat yang terpaksa menanggung kesan buruknya. Tumpuan pembangunan dan pelaburan
berpusu ke sektor tertentu sahaja. Ketidakseimbangan ini wujud bukan kerana sektor ini
mempunyai permintaan dan keuntungan yang tinggi tetapi kerana rasuah. Maka berlakunya
pertumbuhan ekonomi yang berat sebelah dan sektor-sektor lain yang tidak ada peluang untuk
melakukan rasuah, maka ia tidak dikembangkan.
Rasuah juga menyebabkan ekonomi sesebuah negara terjejas. Kekacauan politik berlaku kerana
amalan rasuah yang sudah tentu boleh menjejaskan keputusan pilihanraya negara. Institusi
-
7/27/2019 Isu Rasuah Profesionali Ethic One Line721120015494
13/27
OUMM3203 2013
kerajaan yang ampuh dan mapan ini akan menjadi porak peranda dan huru hara, akhirnya rakyat
akan menderita. Kesannya pelabur asing akan menghentikan keinginan mereka untuk melabur di
negara kita ini. Kekurangan modal seterusnya boleh membantuttkan perkembangan ekonomi
negara. Lantaran ini, perjalanan projek-projek mega akan tergendala dan syarikat-syarikat akan
muflis.
3.0 RASUAH DAN UNDANG-UNDANG
Menurut Transperency International rasuah ialah perilaku buruk di jabatan-jabatan atau
pejabat-pejabat awam, termasuklah para politikus dan pegawai-pegawai yang secara tidak wajar
dan tidak sah menurut undang-undang, mengayakan diri atau memperkayakan kerabatnyanya
(keluarga dan sahabat handai), dengan menyalahgunaan kuasa dan kepercayaan awam yang
diberi kepada mereka.
Dari sudut undang-undang pula, perbuatan rasuah mencakupi, kesan melanggar undang-undang
yang dikuatkuasakan, penyalahgunaan harta negara yang merugikan negara dan memperkayakan
diri sendiri dan kaum kerabat.
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia atau SPRM adalah sebuah badan tunggal dan bebas
yang mengendalikan kes-kes yang berkaitan dengan rasuah serta merupakan tunggak utama
dalam program anti rasuah di Malaysia. ASPRM telah ditubuhkan pada Januari 2009,
menggantikan agensi sebelumnya iaitu Badan Pencegah Rasuah (BPR) mengikut akta yang baru
digubal iaitu akta Surauhan Jaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009.
-
7/27/2019 Isu Rasuah Profesionali Ethic One Line721120015494
14/27
OUMM3203 2013
Peranan dan Objektif ASPRM ini ditubuhkan ialah bertujuan untuk membasmi dan
membanteras segala bentuk jenayah rasuah, penyalahunaan kuasa dan penyelewengan yang
berlaku di samping untuk mengukuhkan intergriti dan memantapkan kepakaran melalui program
pembangunan sumber manusia secara terancang dan berterusan
Keberkesanan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah meliputi kebebasan yang bermaksud
Surahanjaya yang bebas dalam melaksanakan tugas-tugasnya dan tidak terpengaruh dan terikat
dengan mana-mana pihak. Tugasnya akan dilaksanakan dengan amanah, tegas dan dan adil.
Keduanya ketelusan untuk memastikan supaya ianya telus, jelas, nyata dalam membuat
keputusan tanpa menimbulkan keraguan, ketidakpuasan hati serta kecurigaan masyarakat.
Ketiga, Profesioanlisme di mana para anggota suruhanjaya mempunyai ilmu, kemahiran,
kompetan, kreatif, inovatif, efektif serta bertindak berlandaskan prinsip undang-undang negara
dan kod etika jabatan.
Peruntukan baru dalam ASPRM mengikut jenis-jenis kesalahan rasuah mengikut Akta ( 694)
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009 ialah
i. Meminta / Menerima rasuah (seksyen 16&17 (a) ASPRM 2009ii. Memberi Suapan (seksyen 17 9b) ASPRM 2009
Seksyen ini berdasarkan kepada mana-mana orang atau ejen secara rasuah meminta /menerima
satu suapan untuk melakukan sesuatu perkara. Suapan didefinisikan sebagai apa-apa harta sama
ada ambil alih atau tidak, dialih atau apa-apa manfaat seumpamanya. Ia juga di maksudkan
sebagai apa-apa perjanjian untuk memberi pekerjaan atau memberi perkhidmatan atas apa-apa
sifat dan apa jua jenis balasan seperi harga, diskaun, komisen, rebet, bonus, potongan atau
peratus atau apa juga perbuatan menahan diri daripada menuntut wang atau benda berharga.
-
7/27/2019 Isu Rasuah Profesionali Ethic One Line721120015494
15/27
OUMM3203 2013
Suapan merupakan musuh pembangunan. Akhir-akhir ini kerajaan mendapati ramai pegawai
awam terlibat dengan amalan suapan. Amalan menerima atau memberi hadiah telah menjadi
budaya dalam masyarakat untuk memberi gambaran seolah-olah bertujuan untuk melahirkan rasa
terima kasih, penghargaan, sedekah, kasih sayang , persahabatan dan persaudaraan .
Sebagai contoh kes suapan : peristiwa yang berlaku pada 21/12/2012. Alor Setar. Seorang Guru
besar didakwa menerima lima tuduhan suapan bernilai RM32,400 membabitkan bekalan pakaian
seragam Ko-kurikulum sekolah pada 2008 dan 2009. Bagi pertuduhan pertama , Zakaria di
dakwa menggunakan jawtannya untuk mendapat suapan dengan memilih ZNR Kuala Nerang
Enterprise sebagai pembekal set pakaian Puteri Islam bernilai RM3,300 dan di dakwa
mempunyai kepentingan kerana ZNR merupakan adikna sendiri, Ros Adimas Md Lazim.
Bagi pertuduhan kedua, ketiga dan keempat, Zakaria juga dituduh menggunakan jawatannya
untuk mendapat suapan dengan memilih ZNR sebagai pembekal set pakaian PBSM bernilai RM
6,300 set pakaian TKRS bernilai RM8,200 dan set pakaian bernilai RM 8,700.
Semua kesalahan itu dituduh dilakukan di SKTB pada November 2008 dan di dakwa mengikut
Seksyen 15 (21) Akta Pencegahan Rasuah 1997 (undang-undang Malaysia Akta No.575) dan
boleh dihukum menurut Seksyen 16 akta yang sama.
iii. Mengemukakan tuntutan palsu (seksyen 18 ASPRM 2009)Bermaksud mana-mana orang yang mengemukana tuntutan (resit, invoice) yang mempunyai
butiran matan palsu dengan niat untuk memperdayakan principal (pejabatnya).
Sebagai contoh : Bekas Penolong Pengarah, Bahagian Khidmat Masyarakat, Majlis Perbandaran
Subang Jaya, dihadapkan ke Mahkamah Seksyen Shah Alam hari ini atas tuduhan
-
7/27/2019 Isu Rasuah Profesionali Ethic One Line721120015494
16/27
OUMM3203 2013
mengemukakan dokumen mengandungi butir palsu membabitkan pembekalan papan tanda dan
tong sampah Zon Bersih sekitar kawasana Subang Jaya bernilai RM 256,120.00
Ahmad Faizal bin Azhar, 41, Bekas Pegawai Tadbir N41 dituduhkan melakukan 15 kesalahan
dibaeah Seksyen 18, akta Suruhanjaya, Pencegahan Rasuah Malaysia kerana mengemukakan
tuntutan palsu mengandungi butiran matan palsu pada invois dalam pesanan kerajaan kepada
pegawai atasannya bagi pembekalan 100 papan tanda dan 470 tong sampah.
Sekiranya sabit kesalahan, tertuduh boleh dihukum dibawah Seksyen 24(1) ASPRM 2009 dan
boleh dikenakan hukuman penjara tidak lebih 20 tahun dan denda tidak kurang lima kali ganda
nilai suapan.
iv. Salah guna kuasa (seksyen 23 ASPRM 2009)Kesalahan ini melibatkan badan Awam atau anggota Pentadbiran Kerajaan dalam membuat
keputusan atau mengambil apa-apa tindakan berhubung dengan sesesuatu perkara di mana dia,
saudara atau sekutunya mempunyai kepentingan.
Dewasa ini, banyak kes yang kita dengar berhubung dengan salah guna kuasa oleh sesetengah
pihak. Jenayah ini pula berlaku demi menjaga nama dan maruah seseorang itu dari dikenakan
tindakan undang-undang daripada jenayah yang telah dilakukan.
Kuasa dan pangkat juga digunakan bertujuan untuk menjatuhkan seseorang. Ianya juga digunakan
untuk menipu dan memberi rasuah. Jikalau dilihat dari segi agama ia secara terang ditentang
kerana ianya dianggap tidak bermoral dan tidak berlaku adil kepada mereka lain. Mereka yang
terlibat dalam penyalahgunaan kuasa dianggap sebagai mementingkan diri sendiri dan
mengenetepikan norma-norma masyarakat. Mereka juga menggunakan kuasa untuk menyalah
-
7/27/2019 Isu Rasuah Profesionali Ethic One Line721120015494
17/27
OUMM3203 2013
gunakan maklumat yang diberikan untuk tujuan memberi keuntungan kepada keluarga dan rakan-
rakan dalam pemberian kontrak atau dalam menguruskan pinjaman atau subsidi.
Contohnya : Pengarah Bahagian Senggara Fasiliti Bangunan, Jabatan Kerja Raya (JKR)
dihadapkan ke Mahkamah Seksyen Khas Rasuah di berhubung kesalahan guna kedudukan
menyalah gunakan kedudukan untuk memberi dua kontrak pengurusan bernilai RM230,800
kepada Syarikat milik adiknya dua tahun lalu.
Dato Abd Rahin, 57 yang berkhidmat di Ibu Pejabat JKR di dakwa melakukan kesalahan
dibawah seksyen 23 Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia kerana menggunakan
kedudukannnya sebagai penjawat awam bagi tujuan tersebut.
Beliau telah didakwa menggunakan kedudukannya sebagai Pengarah Projek berkenaan untuk
mendapatkan suapan iaitu dengan meminta Saipollyazan M. Yusop, Pengarah Operasi Kumpulan
Syarikat Advanced Maintenance Sdn Bhd yang bertanggungjawab bagi projek pengurusan
fasiliti dua bangunan berkenaan melantik syarikat YBA Teknilogy Sdn. Bhd milik adik
kandungnya, Mohd Yusri Ahmad bagi menjalankan kerja subkontrak masing-masing bernilai
RM196,00 dan RM 34,800
Sekiranya sabit kesalahan , tertuduh boleh dipenjarakan selama tempoh tidak melebehi 20 tahun
dan didenda tidak kurang daripada lima kali ganda suapan.
-
7/27/2019 Isu Rasuah Profesionali Ethic One Line721120015494
18/27
OUMM3203 2013
4.0 ETIKA DAN RASUAH
Malaysia kini menitikberatkan penghasilan modal insan dan individu yang berkualiti,
berdaya saing dan juga memiliki etika dan berintergriti tinggi. Namun begitu, masih terdapat
kes-kes rasuah dan pecah amanh berlaku. Menurut laporan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah
Malaysia (SPRM) terdapat 580 tangkapan kes rasuah sepanjang Januari sehingga November
2009. Hal ini menunjukkan kes rasuah masih besar dan ini menunjukkan adakah rakyat
Malaysia masih belum memiliki etika dan nilai intergreti yang tinggi. Jika dilihat dari statistik
negara maju jelas menunjukkan jumlahnya lebih kecil dibandingankan dengan negara
membangun. Contohnya laporan daripada Ireland Bisness News, Malaysia berada di tangga 43
manakala singapura ditangga ke- 4. Pada masa ini hampir semua bentuk pemerintahan dan
organisasi pasti terdapat perilaku rasuah, sama ada secara sedar atau tidak, berat atau ringan.
Sama ada dalam penggunaan pengaruh dan sokongan untuk memberi dan menerima sehingga
rasuah sudah dianngap satu prosedurrasmi. Amat dikhuatiri pada satu tahap kita akan tiba pada
keadaan yang digelar klepttorasi atau secara tersiratnya pemerintahan oleh pencuri iaitu
berpura-pura jujur.
Etika didefinisikan sebagai prinsip-prinsip kelakuan seseorang individu yang dapat diterima
secara moral melibatkan kepercayaan tentang betul atau salah berkaitan dengan suatu tingkah
laku atau perbuatan. Etika merupakan amalan-amalan murni yang menjadi pegangan seseorang
individu, kumpulan, persatuan, pekerjaan dan sebagainya yang diterima masyarakat dan
berupaya membentuk akhlak dan sah siah diri serta kumpulan.
Amalan etika yang baik akan menjadi amalan kakitangan organisasai yang bekerja dengan jujur,
amanah , menepati masa, cekap, berkhemah dan produktif. Etika yang baik memberi gambaran
-
7/27/2019 Isu Rasuah Profesionali Ethic One Line721120015494
19/27
OUMM3203 2013
atau imej positif kepada organisasi, syarikat dan jabatan. Etika ini juga mempunyai hubungan
yang rapat dengan tingkahlaku sesuatu organisasi. Etika yang bersih menggambarkan kecekapan
sesuatu organisasi.
Terdapat beberapa teori telah wujud bagi melahirkan pandangan berkaitan dengan etika
antaranya ialah :
4.1 Teori Utilitariansm
Terdapat beberapa teori yang menjelaskan tentang etika, Mengikut pandangan etika ulilitariansm
berpendapat bahawa sesorang perlu menilai di lema dalam kemungkinan akan berlaku kerosakan
atau faedah akibat dari sesuatu tindakan. Perdapat pertama teori Utilitarianisme adalah seseorang
mestilah berfikir atau merenung baik-baik tentang akibat-akibat atau kesan-kesan tindakannya
supaya tindakannya membawa keseronokan kepada orang ramai, Sebaliknya, jika seseorang
melakukan sesuatu tindakan yang membawa keburukkan kepada minoriti adalah dibenarkan
untuk mengelakkan sesuatu yang tidak baik ke atas majoriti.
Utilitarianisme berasal daripada perkataan utility yang mempunyai maksud yang sama dengan
kegembiraan atau juga sebagai kepuasan. Namun demikian, maksudnya tersebut ditafsir
berlainan bagi orang yang berlaianan. sekiranya diteliti, maksudnya kegembiraan atau kepuasan
itu adalah bergantung kepada nilai yang ada pada diri seseorang. Perlakuan Utilitarianisme
membicarakan tentang tindakan moral dengan menentukan sama ada tindakan menghasilkan
uitili yang banyak atau kurang.
-
7/27/2019 Isu Rasuah Profesionali Ethic One Line721120015494
20/27
OUMM3203 2013
Pandangan dari teori ini jelas bahawa seseorang individu haruslah mempunyai prinsip dan etika
dalam melakukan sesuatu tindakan dengan berfikir secara teliti tentang sesuatu tindakan serta
memikirkan kesan dan akibat yang melibatkan diri sendiri dan orang lain umpamanya seseorang
penguasa kerajaan tempatan menerima sogokan wang yang banyak dan sebagai imbalannya dia
memberikan pula lesen perniagaan kepada yang pihak yang lain. Dengan kata lain rasuah adalah
perbuatan yang tidak beretika yang merupakan penyakit dalam masyarakat. Dalam kes rasuah
ini seseorang individu hanya memiikirkan kepentingan diri mengatasi kepentingan yang lain.
Sebagai contoh yang berlaku di syarikat yang membuat pengambilan pekerja baru. Pegawai
yang memilih pekerja biasanya mengambil pekerja dari kaum keluarganya sahaja dengan
harapan ia disenangi oleh kaum keluarganya. Sebearnya dia telah menyekat peluang orang lain
untuk mencari rezeki. Jika keadaan ini tidak berlaku sudah tentu dapat membantu masyarakat
dengan menaikkan taraf sosio ekonomi keluarga lain dengan memberi peluang pekerjaan.
4.2 Teori Hukum Alam
Teori ini menekankan agama dan kepercayaan. Kedua-duanya saling berkait rapat. Kepercayaan
sesebuah masyarakat atau kaum bergantung kepada pegangan agama dan kepercayaan. Setiap
agama telah menetapkan hukum untuk sesuatu kaumnya dan harus mematuhi hukum yang telah
ditetapkan. Kelebihan yang ada pada teori ini ialah ia diterima oleh semua golongan yang
berpegang pada agama dan ia diterima sepanjang zaman. Namun sesetengah golongan tidak
menerima dan menjadi teori ini tidak sempurna disebabkan ia dianggap universal kerana setiap
agama mempunyai pegangan, pemahaman dan kepercayaan masing-masing, jadi mereka
mempunyai moral, etika dan nilai murni yang berbeza.
-
7/27/2019 Isu Rasuah Profesionali Ethic One Line721120015494
21/27
OUMM3203 2013
Adalah penting menjadikan agama sebagai pegangan untuk menangani segala bentuk
pelanggaran etika seperti amalan rasuah. Malah, ilmu pendidikan ini juga perlu dilaksanakan
seawl mungkin kerana lebih awal nilai-nilai ini diterapkan lebih hasil yang akan diterima. Ini
diperlukan kerana rasuah ini memberi berbagai kesan negatif malah mampu untuk meruntuhkan
negara dan sesebuah organisasi.
Jika dilihat kejayaan Nabi Muhamad menyampaikan ajarannya adalah disebabkan baginda
seorang yang beretika tinggi dan meletakkan dirinya jauh dari rasuah. Ketika Rasullah
ditawarkan dengan berbagai kesenangan hidup, harta dan tahta oleh kaum Quraish mereka telah
menetapkan beberapa syarat iaitu Rasullah S.A.W meninggalkan perjuangan untuk
mendaulatkan agama islam, meninggalkan jihad, meninggalkan dakwah. Walau bagaimanapun
Rasullah tidak pernah tunduk.
Berdasarkan cerita ini, seseorang yang beretika tidak akan mengamalkan perbuatan yang
menyalahi undang-undang seperti menerima atau memberi rasuah dan seterusnya mendapat
segala yang dikehendaki dan juga yang dihasratkan. Sebaik-baik pekerjaan biarlah ikhlas dalam
mencari keredhoannya. Kejayaan yang diperolehi adalah hasil usaha sendiri dan tidak
menghianati orang lain.
Kesimpulannya, individu yang tidak bermoral dan beretika mudah terjerumus kepada gejala
rasuah. Pendukung teori ini percaya bahawa perlakuan rasuah merebak akibat lemahnya tata
kelola pemerintah (poor government), lemahnya sarana penegakan hukum dan lemahnya
mekanisma pengawasan (weak monitoring sistem). Bahawasanya rasuah disebabkan oleh
pemerintahan yang lemah, dan tidak berpandukan kepada pegangan agama dan pemerintahan
-
7/27/2019 Isu Rasuah Profesionali Ethic One Line721120015494
22/27
OUMM3203 2013
yang lemah. Pemerintahan mesti kuat agar rasuah lenyap, dan tidak berlaku korupsi baru lenyap
bila pemerintahan kuat.
4.3 Teori Kantian Right
Menurut pandangan ahli falsafah Imamanuel Kant, Kantian/hak mengandaikan bahawa setiap
orang mempunyai hak asas yang tertentu dan mempunyai hak untuk membuat seperti apa mereka
mahu dalam kehidupan peribadi mereka dan ada hak untuk mengawal atau mendedahkan tentang
aktiviti peribadi mereka.
Pandangan beliau juga meliputi, setiap orang mempunyai hak untuk tidak melakukan sesuatu
sekiranya iannya melanggar prinsip moral yang mereka pegang dan jika seseorang percaya hak
mereka dicabuli, mereka mempunyai hak kepada suatu perbicaraan yang adil dan saksama.
Sekiranya semua orang memahami maksud teori ini, sudah tentu perlakuan rasuah tidak akan
berlaku kerana manusia akan mengambil sikap berhati dan sedar bahawa semua manusia
memerlukan hak yang sama rata. Kerendahan moral ditambah dengan nafsu yang tidak lagi dapat
membezakan antara nilai-nilai yang baik dan buruk, hingga mengenepikan nilai-nilai suci dan
hak-hak orang lain. Justeru itu, individu seperti ini akan memperhambakan dirinya kepada nafsu
yang mengongkong kehidupannya.
Teori ini juga turut menekankan tanggungjawab terhadap masyarakat. Tidak wajar
mementingkan keuntungan semata-mata tanpa memikirkan akibat pekerjaan tersebut kepada
masyarakat dan alam sekitar. Sebagai contoh, sesebuah syarikat pemaju perumahan tidak wajar
menggondolkan suatu kawasan hutan dan menyogok dalam apa juga bentuk dengan sesuka hati
-
7/27/2019 Isu Rasuah Profesionali Ethic One Line721120015494
23/27
OUMM3203 2013
demi apa yang dikatakan sebagai pembangunan. Perbuatan tersebut bukan sahaja menjejaskan
alam sekitar, malah juga sumber pendapatan penduduk setempat.
Tanggungjawab terhadap masyarakat amat penting kerana banyak projek-projek dewasa ini
hampir melupakan faktor-faktor yang memberi kesan kepada masyarakat. Peranan ahli-ahli
teknokrat amat penting dalam menekankan etika tanggungjawab mereka kepada masyarakat
melebihi kepentingan mereka sendiri.
4.4 Etika normatif.
Etika normatif merujuk kepada panduan dan peraturan yang berkaitan dengan tingkahlaku yang
baik dan jahat. Ianya juga menjurus kepada kenyataan yang memberitahu apa yang mesti
dilakukan dan apa yang betul. Ia bertujuan untuk menilai, mengkritik dan membuat keputusan
terhadap sistem moral yang ada di samping menerangkan sesuatu undang-undang moral yang
dianggap terbaik, bukan undang-undang moral yang sedia ada dan sedia diterima. Etika normatif
mengemukakan sistem moral yang piawai berpandukan sistem sedia ada. Etika normatif
menyedarkan kita bahawa meski pun budaya mengalami perubahan tidak semua nilai moral
berubah mengikut perubahan masa tetapi ada yang terus kekal dipelihara. Inilah yang dikatakan
sebagai nilai mutlak dan biasanya berkait rapat dengan agama.
Berkaitan dengan kes rasuah ini adalah satu kes yang sangat berkaitan rapat dengan masalah
etika dan moral. Orang atau individu yang terlibat dengan gejala ini sama ada memberi atau
menerima rasuah adalah orang yang tidak beretika serta kurang nilai-nilai moral. Mereka yang
menjalankan kegiatan tersebut adalah bertujuan semata-mata untuk kepentingan diri sendiri serta
tidak mengambil kira hak dan kepentingan orang lain. Demi untuk kemudahan dan kesenangan
-
7/27/2019 Isu Rasuah Profesionali Ethic One Line721120015494
24/27
OUMM3203 2013
diri sendiri, mereka bukan sahaja lupa dengan tanggungjawab mereka terhadap masyarakat
malah telah meletakkan diri mereka dalam situasi yang amat membahayakan.
Walaupun terdapat perbezaan pandangan terhadap etika, namun sesiapa pun tidak menolak
peranannya dan pengaruh dalam menentukan tingkah laku dan tindakan seseorang individu. Oleh
yang demikian, sesuatu yang berasaskan kepada kebaikan adalah bergantung kepada penilaian
daripada beberapa tret sifat yang terpilih seharusnya tidak terkeliru dengan prinsip atau
kenyataan tentang apa yang sepatutnya dilakukan. Dengan kata lain, kebaikan adalah berhubung
dengan kualiti dalaman yang dimiliki oleh seseorang dan dilihat menerusi aktiviti dan tindakan
dalam kehidupan sehariannya.
RUMUSAN
Rasuah merupakan musuh pembangunan. Ia akan mebantutkan perkembangan ekonomi dan
merencatkan perjalannaya. Rasuah memberi kesan yang sangat hebat bukan sahaja kepada
individu yang terlibat malah juga kepada masyarakat dan sesebuah negara. Secara
keseluruhannya gejala rasuah merupakan gejala yang kronik dan rumit untuk untuk
dihapuskan.pandangan.
Setelah meneliti dan pelbagai pendapat para sarjana mengenai rasuah, dan kesan-kesannya dapat
disimpulkan bahawa rasuah adalah saatu gejala yang harus dibanteras dengan segera. Program
yang diatur oleh oleh pemerintah untuk menghapuskan atau melenyapkan gejala rasuah
bergantung kepada keadaan dan kemahuan kelompok pemimpin itu sendiri. Penyusunan
program bergantung kepada kesedaran mereka yang terlibat iaitu pengertian mereka terhadap
sifat, punca-punca dan kesan-kesan rasuah. Begitu juga jika satu pemerintahan menetapkan
-
7/27/2019 Isu Rasuah Profesionali Ethic One Line721120015494
25/27
OUMM3203 2013
untuk membanteras rasuah dan mempunyai kesempatan untuk itu, tidak sukar untuk mengubah
keadaan secara bertahap tetapi mantap. Kesedaran yang kuat harus wujud dari setiap sudut
organisasi dan setiap peringkat pemerintahan agar gejala rasuah ini dapat di bendung.
Perencanaan dan tindakan harus lah benar-benar dilakukan dengan teliti dan konsisten dan
tidaklah cukup dengan hanya publisiti sahaja. Masyarakat dari setiap sudut negara harus lah
prihatin terhadap masalah ini agar iannya tidak terus berlaku sehingga mereka terpaksa
menangung kesannya.
Dalam konteks yang sama juga , kerajaan semestinya mengerti bahawa kesempitan hidup akan
memaksa seseorang melakukan perkara di luar dugaan. Belitan kemiskinan dan penderitaan
disebabkan tanggungan keluarga dan sebagainya apatah lagi dalam era yang hebat dan kos
kehidupan yang tinggi menjadi factor implisit yang menyumbang kearah menyuburkan lagi
gejala yang tidak sihat ini. Sesungguhnya satu operasional dan evolusi harus bertindak secara
sistematik dan terancang dan dirangka serta diambil tindakan segera.
Berdasarkan prinsip etika pula, seseorang yang beretika tidak akan menamalkan perbuatan yang
menyalahi etika seperti perbuatan menerima dan memberi rasuah dan seterusnya akan
mendapatkan apa yang dikehendaki dan juga yang dihasratkan. Sesungguhnya sebaik-baik
pekerjaan ialah iklhas mencari keredhoaan-Nya diperolehi dari hasil usaha sendiri dan tidak
menghianati orang lain.
-
7/27/2019 Isu Rasuah Profesionali Ethic One Line721120015494
26/27
OUMM3203 2013
Rujukan
Mok Soon Sang (2005). Siri Pendidikan PTK (Teras dan Profesional).Kuala Lumpur:
Multimedia Es Resouces Sdn Bhd.
Mohd Shauki Abdul Majid. 2004. Hadhari Dalam Islam. Kuala Lumpur. I-Book Publication
Mohd Zainudin Saleh.2000.Pembiayaan Pembangunan dan Pertumbuhan . Dlm. Nor Aini Haji
Idris
Abd Razak Dan (pnyt). Teori Pertumbuhan Dan Pembangunan Ekonomi. Selangor. Universiti
Kebangsaan Malaysia
Wan Sabri Hussin. 2004. Etika Dan Amalan Perniagaan. Utusan Publications & Distributors
Sdn Bhd. Kuala Lumpur
DR Muhammad Diah Jurini. 2008. OUM320 Profesional Ethics. (cetakan kelapan) Seri
Kembangan Selangor: Open University Malaysia (OUM)
Syed Hussen Al- Attas. 1995. Rasuah, Sifat Sebab Dan Fungsi. Kuala Lumpur: Dewan bahasa
dan Pustaka
Sumber Internet
Akhbar Sinar Harian (2008)
-
7/27/2019 Isu Rasuah Profesionali Ethic One Line721120015494
27/27
OUMM3203 2013
http://www.Sinar
Akhbar utusan Malaysia 2008
http://www.utusan.com.my/utusaninfo.aspy=20087dt=1211&pub=utus
Mylms Open Universiti Malaysia
http://lms.oum.edu.mymodules/groupforum
Portal Rasmi Surahanjaya Pencegahan Rasuah 2012
http://www.sprm.gov.my/
http://www.sinar/http://www.sinar/http://www.sinar/http://www.utusan.com.my/utusaninfo.aspy=20087dt=1211&pub=utushttp://www.utusan.com.my/utusaninfo.aspy=20087dt=1211&pub=utushttp://lms.oum.edu.mymodules/groupforumhttp://lms.oum.edu.mymodules/groupforumhttp://www.sprm.gov.my/http://www.sprm.gov.my/http://www.sprm.gov.my/http://lms.oum.edu.mymodules/groupforumhttp://www.utusan.com.my/utusaninfo.aspy=20087dt=1211&pub=utushttp://www.sinar/