istana menanti

30
TEMA, PERSOALAN, NILAI & PENGAJARAN NOVEL ISTANA MENANTI TEMA Sikap berani dan rasa ingin tahu serta ketabahan menghadapi cabaran dalam usaha mengekalkan warisan sejarah. PERSOALAN NILAI PENGAJARAN HURAIAN / CONTOH Semangat setia kawan. Setia kawan Kita hendaklah mempunyai semangat setia kawan. Fadhil, Ramasamy dan Ah Seng berkawan baik walaupun berbeza agama dan bangsa. Keberanian menghadapi cabaran. Berani Kita mestilah berani walaupun terpaksa menghadapi kesusahan. Ah Seng berani masuk ke dalam terowong seorang diri ketika mncari tempat untuk membuang air besar. Sikap kasih sayang antara ahli keluarga. Kasih sayang Kita hendaklah ada rasa kasih sayang dan ambil berat terhadap anak-anak. Ibu bapa Fadhil amat meyayanginya dan berasa risau apabila Fadhil dan rakan-rakannya belum pulang dari Gunung Datuk. Sikap Bekerjasama dan bermuafakat. Kerjasama Kita mestilah bekerjasama antara satu sama lain. Penduduk kampung bekerjasama dengan polis mencari Fadhil dan rakan-rakannya yang hilang di Gunung Datuk. Menghargai bantuan yang diberi. Mengenang budi Kita mestilah mengenang budi orang yang pernah membantu kita. Pihak polis mengucapkan tahniah kepada Fadhil dan rakan-rakannya kerana membantu polis menangkap penjenayah.

Upload: hana-farhanah

Post on 31-Dec-2015

800 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

Istana menanti

TRANSCRIPT

Page 1: istana menanti

TEMA, PERSOALAN, NILAI & PENGAJARAN NOVEL ISTANA MENANTI

TEMASikap berani dan rasa ingin tahu serta ketabahan menghadapi cabaran dalam usaha mengekalkan warisan sejarah.

PERSOALAN NILAI PENGAJARAN HURAIAN / CONTOHSemangat

setia kawan.Setia kawan Kita hendaklah mempunyai

semangat setia kawan.Fadhil, Ramasamy dan Ah

Seng berkawan baik walaupun berbeza agama dan bangsa.

Keberanian menghadapi

cabaran.

Berani Kita mestilah berani walaupun terpaksa

menghadapi kesusahan.

Ah Seng berani masuk ke dalam terowong seorang diri ketika mncari tempat untuk

membuang air besar.Sikap kasih

sayang antara ahli keluarga.

Kasih sayang Kita hendaklah ada rasa kasih sayang dan ambil berat

terhadap anak-anak.

Ibu bapa Fadhil amat meyayanginya dan berasa risau

apabila Fadhil dan rakan-rakannya belum pulang dari

Gunung Datuk.Sikap

Bekerjasama dan

bermuafakat.

Kerjasama Kita mestilah bekerjasama antara satu sama lain.

Penduduk kampung bekerjasama dengan polis mencari Fadhil dan rakan-rakannya yang hilang di

Gunung Datuk.Menghargai

bantuan yang diberi.

Mengenang budi

Kita mestilah mengenang budi orang yang pernah

membantu kita.

Pihak polis mengucapkan tahniah kepada Fadhil dan

rakan-rakannya kerana membantu polis menangkap

penjenayah.

Page 2: istana menanti

Novel: Istana Menanti

1. Huraikan tiga pengajaran yang terdapat dalam novel yang telah anda kaji.

Tiga pengajaran yang terdapat dalam novel Istana Menanti karya Abdul LatipTalib ialah pertama,_______________________________________________________________ ___________________________________. Contohnya, Fadhil, Ah seng dan Ramasamy berkawan baik walaupun mereka berlainan bangsa dan agama. Mereka sentiasa bersama-sama menghadapi kesusahan ketika terperangkap di dalam bilik istana lama itu. Pengajaran kedua ialah ________________________________________ ____________________ _____________________________________. Contohnya, Fadhil dan rakan-rakannya tabah dan cekal mencari jalan keluar ketika mereka terperangkap di dalam bilik istana lama. Pengajaran ketiga ialah ___________________________________________ _____________________________________. Contohnya, Menteri Besar dan Ketua Polis Daerah memberi penghargaan kepada Tuk Ngah,Fadhil , Ramasamy ,Ah Seng dan Khairil Anuar kerana membantu pihak polis menangkap penjahat yang mahu mencuri harta karun di dalam Istana Menanti.

2. Jelaskan tiga nilai murni dalam novel ini. Banyak nilai murni terdapat dalam novel Istana Menanti karya Abdul Latip Talib. Antara nilai murninya ialah______________________________. Contohnya, Kharil, Anuar, Fadhil ,Ramasamy, dan Ah Seng mempunyai semangat patriotisme yang kuat kerana minat mengkaji sejarah tanah air terutama sejarah Istana Menanti dan perjuangan bangsa menentang penjajah. Terdapat juga nilai______________________________. Contohnya Fadhil, Ramasamy, dan Ah Seng hormat akan ibu bapa dengan meminta kebenaran daripada ibu bapa masing-masing untuk mendaki puncak Gunung Datuk bagi melihat Istana Menanti. Nilai________________________juga di tonjolkan dalam novel ini. Contohnya, Fadhil ,Ramasamy ,dan Khairil Anuar bekerjasama untuk mencari Ah Seng yang hilang di dalam terowong di Istana Menanti itu.

3. Huraikan tiga persoalan yang terdapat dalam novel yang telah anda kaji. Tiga persoalan yang terdapat dalam novel Istana Menanti karya Abd LatipTalib ialah pertama, ________________________________________________ Ibu bapa Fadhil, Ramasamy , dan Ah Seng sangat menyayangi anak-anak mereka. Mereka berbincang dan bersepakat untuk mencari anak-anak mereka yang tidak pulang setelah mendaki puncak Gunung Datuk. Kedua,persoalan______________________________________________. Sarjan Mokhtar mengetuai operasi menyelamat remaja yang sesat di IstanaMenanti dan seterusnya menangkap lima orang penjenayah yang paling dikehendaki oleh pihak berkuasa. Ketiga,______________________________________________________. Fadhil , Ramasamy, dan Ah Seng , dan Khairil berpura-pura memberikan kerjasama kepada lima penjenayah itu. Dalam pada itu, mereka cuba mencari idea untuk melepaskan diri.

Page 3: istana menanti

Watak Utama

Fadhil

1. Tabah

- Fadhil tabah dalam menghadapi penjenayah yang mengerahnya

untuk

menggali tanah bagi mendapatkan harta karun. Mereka diugut akan

dibunuh sekiranya tidak mengikut arahan.

2. Penyayang

- Dia teringat akan ayah dan ibunya ketika dalam tahanan

3. Berani

- Fadhil berani mendaki puncak Gynung Datuk untuk melihat

kecantikan

dan keunikan Istana Menanti walaupun diberitahu bahawa istana itu

berpuaka dan ada penunggu.

4. Taat perintah agama

- Fadhil sering bersolat Maghrib secara berjemaah dengan

keluarganya. Selepas itu, dia akan belajar mengaji al- Quran dengan

bapanya.

5. Tidak berdikari

- Fadhil tidak bersendirian mendaki puncak Gunung Datuk

tetapi pergi bersama-sama dengan Ah Seng, Ramasamy dan Tuk

Ngah.

6. Pandai mengambil hati/ memujuk

- Fadhil memicit-micit kaki Tuk Ngah semasa bercerita tentang

keistimewaan

Istana Menanti supaya Tuk Ngah terus bercerita.

Watak sampingan

Tuk Ngah

1. Penyayang

- Tuk Ngah menyayangi Fadhil, Ramasamy dan Ah Seng. Dia sanggup

melayan

Page 4: istana menanti

kerenah mereka serta menceritakan kisah sejarah sebagaimana yang

dipinta

oleh mereka.

- Dia amat senang hati dengan kedatangan mereka kerana semua

anaknya telah

bekerja dan berkahwin.

2. Bertanggungjawab

- Tuk Ngah bertanggungjawab dan mengambil berat akan keselamatan

Fadhil, Ah

Seng dan Ramasamy dengan membuat laporan kepada pihak polis

apabila

mendapati mereka hilang.

3. Baik hati

- Tuk Ngah sanggup menemani tiga sahabat tersebut untuk mendaki

puncak

Gunung Datuk walaupun sudah berusia 80 tahun.

- Beliau suka berkongsi cerita kerana beliau tahu tentang cerita sejarah

setempat

dan sejarah negara.

Dolah

1. Mempunyai sikap yang tidak baik iaitu pendendam

- Dia ingin membalas dendam terhadap kematian beratus-ratus

kawannya yang

terbunuh akibat diserang oleh tali barut Inggeris

2. Penjenayah negara yang tidak pernah insaf

- Dia berfahaman komunis yang masih tidak mengiktiraf kemerdekaan

Malaysia .

- Dia mengetuai pembelot negara.

3. Baik hati

- Dia menghulurkan plastik yang berisi minuman kepada Ah Seng

kerana dia

tahu Ah Seng dalam kehausan.

Page 5: istana menanti

Latar Masyarakat

1. Masyarakat yang berbilang bangsa dan agama o

- Penduduk di Kampung Ulu Seperi,Rembau hidup makmur meskipun

dihuni oleh

pelbagai bangsa dan agama.

- Fadhil, Ramasamy dan Ah Seng merupakan remaja yang berbilang

bangsa.

2. Masyarakat pelajar

- Fadhil,Ah Seng dan Ramasamy merupakan pelajar minat subjek

sejarah.

3. Masyarakat yang bertanggungjawab

- Ibu bapa Fadhil, Ramasamy dan Ah Seng bertanggungjawab untuk

mencari

anak-anak mereka yang tidak pulang setelah mendaki puncak Gunung

Datuk.

4. Masyarakat yang melakukan kezaliman

- Dolah dan penjenayah yang lain telah menawan Fadhil, Ah Seng,

Ramasamy

dan Khairil Anuar serta mengerah mereka menggali tanah untuk

mencari harta

karun.

5. Golongan pelajar yang minat mengkaji sejarah negara

- Fadhil,Ah Seng dan Ramasamy mewakili golongan remaja yang

sangat minat

akan subjek sejarah dan mempunyai rasa ingin tahu yang mendalam

tentang

Istana Menanti

Page 6: istana menanti

NILAI

1. Bertanggungjawab

- Tuk Ngah bertanggungjawab dan mengambil berat akan

keselamatan Fadhil,

Ah Seng dan Ramasamy dengan membuat laporan kepada pihak

polis apabila

mendapati mereka hilang

2. Kasih sayang

- Ibu-bapa Fadhil,Ah Seng dan Ramasamy sangat sayang akan anak

mereka.Mereka berasa amat risau apabila anak-anak mereka lewat

pulang dan

segera berpakat mencari mereka.

3. Ketabahan

- Fadhil, Ramasamy, Ah Seng dan Khairil tabah dalam menghadapi

penjenayah

yang mengerah tenaga mereka untuk menggali tanah bagi

mendapatkan harta

karun. Mereka diugut akan dibunuh sekiranya tidak mengikut

arahan.

4. Baik Hati

- Dolah menghlurkan plastik yang berisi minuman kepada Ah Seng

kerana dia

tahu Ah Seng dalam kehausan.

5. Keberanian

- Tiga sahabat itu berani ke puncak Gunung Datuk semata-mata untuk

melihat

keunikan Istana Menanti.Begitu juga dengan Khairil Anuar yang

berani

bersendirian semata-mata untuk mengkaji sendiri nilai sejarah yang

ada di

situ.

Page 7: istana menanti

6. Setia kawan / Bantu membantu

- Fadhil, Ramasamy dan Ah Seng mempunyai semangat setiakawan

yang sangat

kuat. Mereka bersepakat untuk mengetahui sejarah serta keunikan

Istana

Menanti.

PENGAJARAN

1. Kita hendaklah bertanggungjawab melaksanakan tugas atau amanah

yang diberikan

- Tuk Ngah bertanggungjawab dan mengambil berat akan keselamatan

Fadhil, Ah Seng dan Ramasamy dengan membuat laporan kepada pihak

polis apabila mendapati mereka hilang

2. Kita harus hormat dan taat kepada ibu bapa

- Fadhil, Ah Seng dan Ramasamy meminta keizinan ibu bapa mereka

untuk pergi ke Istana Menenti

3. Kita perlulah membantu golongan yang memerlukan

- penduduk kampung dan anggota polis menjalankan gerakan mencari

tiga orang remaja yang hilang di sekitar Gunung Datuk .

4. Kita mestilah menyanyangi sesama insan

Ibu-bapa Fadhil,Ah Seng dan Ramasamy sangat sayang akan anak

mereka.Mereka berasa amat risau apabila anak-anak mereka lewat

pulang dan segera berpakat mencari mereka.

5. Kita perlulah bersikap setia kawan

Fadhil, Ramasamy dan Ah Seng mempunyai semangat setiakawan yang

sangat kuat. Mereka bersepakat untuk mengetahui sejarah serta keunikan

Istana Menanti.

6. Kita mestilah tabah menghadapi dugaan hidup

Fadhil, Ramasamy, Ah Seng dan Khairil tabah dalam menghadapi

penjenayah yang mengerah tenaga mereka untuk menggali tanah bagi

Page 8: istana menanti

mendapatkan harta karun. Mereka diugut akan dibunuh sekiranya tidak

mengikut arahan.

7. Kita janganlah terlibat dalam kegiatan yang menyalahi undang-

undang/ masalah sosial

Dolah sanggup bersekongkol

dengan pihak komunis dalam usaha untuk menjatuhkan kerajaan selepas

Tanah Melayu Merdeka.

8. Kita mestilah berani menegakkan kebenaran

- Tiga sahabat itu berani ke puncak Gunung Datuk semata-mata untuk

melihat keunikan Istana Menanti.Begitu juga dengan Khairil Anuar yang

berani bersendirian semata-mata untuk mengkaji sendiri nilai sejarah

yang ada di situ.

PLOT

BINAAN PLOT

PERMULAAN- Permulaan plot ialah sewaktu tiga orang remaja iaitu Fadhil, Ramasamy dan Ah Seng berbual dengan Tuk Ngah di rumah Tuk Ngah. Perbualan mereka berkisar tentang sejarah setempat terutamanya tentang sebuah Istana yang lama ditinggalkan iaitu Istana menanti.   Minat ketiga-tiga sahabat itu terhadap sejarah  membuatkan mereka ingin mendaki Gunung Datuk untuk melihat Istana Menanti dari dekat.

.

PERKEMBANGAN-      Tuk Ngah bersetuju menemani ketiga-tiga sahabat itu ke puncak Gunung datuk. Akhirnya mereka memasuki istana Menanti . Fadhil. Ramasamy dan Ah Seng memasuki istana dan sampai ke sebuah bilik iaitu bilik peraduan raja. Mereka terperangkap kerana pintu bilik itu terkunci dan gagal mencari jalan keluar . Kemudian mereka menemui sebuah terowong bawah tanah.Mereka menemui Khairil yang mendakwa turut sama tersesat di dalam istana itu. Ah Seng telah ditawan oleh seorang pemuda. Ramasamy,Fadhil dan Khairil turut dibawa ke tempat AhSeng dan mereka dipaksa mengali tanah untuk mempercepatkan proses mencari harta tersebut

KLIMAKS      Klimaks novel ini bemula daripada penemuan harta yang digali oleh Fadhil, Ramasamy , Ah Seng dan Khairil.

Selepas harta itu dijumpai kelima-lima lelaki itu meninggalkan Khairil, Fadhil dan rakan-rakannya.      Sarjan Mokhtar, beberapa anggota polis dan ornag kampung melakukan gerakan mencari Fadhil dan

rakan-rakannya. Kelima-lima penjenayah tersebut diberkas  ketika mengheret keluar peti besi.

PELERAIAN

Page 9: istana menanti

-      Fadhil dan rakan-rakannya akhirnya ditemuiadhil, Ramasamy, Tuk Ngah, Ah Seng dan Khairil di balai raya yang dihadiri oleh Menteri Bear,ketua polis, guru besar dan orang kampung.-      Mereka diberi hadiah  dan peristiwa itu tersiar  di dalam akhbar

TEKNIK PLOT

1.Teknik Pemerian / penceritaan  -  Pengarang mengetengahkan latar masa yang menjelaskan suasana waktu senja iaitu cahaya siang bertukar kepada malam yang gelap.- Pengarang menyatakan tentang bilik peraduan raja.Pengarang menyatakan di dlam bilik itu terdapat sebuah katil besi, sebuah almari yanag telah usang, beberapa batang tombak dan seluruh bilik itu dihiasi dengan ukiran kayu

2. Teknik imbas kembali Tuk Ngah menceritakan kembali kepada Fadhil, Ramasamy dan Ah Seng  tentang tiga oranag kegagalan tiga orang pelancong Eropah mencari Istana Menanti di Gunung Datuk

3. Teknik dialog-  Perbualan antara Ah Seng dan Ramasamy tentang penunggu di dalam istana.-  Perbualan antara Fadhil dengan Khairil tentang siapa khairil sebenarnya.

4. Teknik saspen -   Pembaca tertanya-tanay adakah Fadhil, Ramasamy, Ah Seng dan Tuk Ngah berjaya sampai ke puncak Gunung Datuk dan menemui Istana menanti.-    Pembaca tertanya-tanya tapak kaki siapakah yanag didengar oleh Fadhil, Ramasamy dan Ah Seng ketika mereka berada di bilik peraduan raja.-   Pembaca juga tertanya-tanya  siapa sebenarnya Khairil. Adakah benar dia juga tersesat atau mempunyai niat yang lain.

5. Monolog dalaman  - Ah Seng memikirkan nasib yang bakal menimpanya apabila ditwan. Dia bersa cemas apabila melihat beberapa orang mengali tanah kerana menyangka mereka sedang mengali kubur untuknya

Page 10: istana menanti
Page 11: istana menanti

Teknik Plot( Persamaan )

Teknik Plot( Persamaan )

1.Teknik Pemerian / penceritaan  -  Pengarang mengetengahkan latar masa yang menjelaskan

suasana waktu senja iaitu cahaya siang bertukar kepada malam yang gelap.

-  Pengarang menyatakan tentang bilik peraduan raja.Pengarang menyatakan di dlam bilik itu terdapat sebuah katil besi, sebuah almari yanag telah usang, beberapa batang tombak dan seluruh bilik itu dihiasi dengan ukiran kayu

1.Teknik Pemerian / penceritaan- Pengarang mengetengahkan latar masa iaitu pada waktu petang. Pada petang itu. Narius, Jais dan Jamadi duduk di bawah sebatang pokok yang rendang sambil menunggu Doktor Fikri pulang dari sekolah. Pokok itu terletak di pinggir jalan.

2. Teknik imbas kembaliTuk Ngah menceritakan kembali kepada Fadhil, Ramasamy dan Ah Seng  tentang tiga oranag kegagalan tiga orang pelancong Eropah mencari Istana Menanti di Gunung Datuk

2. Teknik imbas kembali-   Ingatan Cikgu Saiful menerawang pada ketika isterinya

mula-mula mengandung dahulu. Puan Halipah mengalami munta-muntah sewaktu kandungannya berusia dua bulan.Dia juga hilang selera makan.

3. Teknik dialog-  Perbualan antara Ah Seng dan Ramasamy tentang penunggu di

dalam istana.-  Perbualan antara Fadhil dengan Khairil tentang siapa khairil

sebenarnya.

3. Teknik dialog-   Dialog yang diucapkan oleh Cikgu Saiful ketika

memberitahu isterinya, Puan Halipah nama yang bakal diberikan kepada bayi lelaki mereka.Daia meletakkan nama Doktor Fikri bersempena nama seorang doktor yang budiman yang turut bersolat di surau bersama-samanya dan mendoakan keselamatan Puan Halipah dan anak mereka..

4. Teknik saspen -   Pembaca tertanya-tanaya adakah Fadhil, Ramasamy, Ah Seng

dan Tuk Ngah berjaya sampai ke puncak Gunung datuk dan menemui Istana menanti.

-    Pembaca tertanya-tanya tapak kaki siapakah yanag didengar oleh Fadhil, Ramasamy dan Ah Seng ketika mereka berada di bilik peraduan raja.

-   Pembaca juga tertanya-tanya  siapa sebenarnya Khairil. Adakah benar dia juga tersesat atau mempunyai niat yang lain.

4. Teknik SaspenPembaca tertanya-tanya akan nasib dan masa depan Doktor Fikri yang cacat.Apabila bersekolah, dia diejek oleh rakan-rkan dan beberapa orang guru. Di sini , pembaca akan dapat melihat kemampuanayau menepis semua ejekan itu sama ada meneruskan persekolahan atau tidak.

5. Monolog dalaman  - Ah Seng memikirkan nasib yang bakal menimpanya

apabila ditwan. Dia bersa cemas apabila melihat beberap orang mengali tanah kerana menyangka mereka sedang mengali kubur untuknya

-5. Monolog dalaman

   - Doktor Fikri bercakap dalam hatinya tentang rakan-rakannya yanag sedang berbisik dan ketawa. Doktor Fikri menganggap rakan-rakannya itu sedang memperkatakan sesuatu tentang dirinya

1. Diksi / pemilihan perkataanBahasa Arab- Alhamdulillah, Astaghfirullahalazim

Bahasa istana-  bersemayam, ditabalkan, baginda, peraduan -

1. Diksi   - Bahasa Ingeris – ‘nurse’, ‘   - Bahasa Arab – Allah,nauzubillahiminzalik

2. Peribahasa - Masuk akal, tali barut.

2. Simpulan Bahasa   - Buku lima, keras hati

3. Metafora – membuka diari ingatannya, 3. Metafora   - Kilang fikirannya bekerja keras.

4. Simile -   ‘...atapnya melentik seperti tanduk kerbau,

Seperti tidak masuk akal

4.Simile   -  Telapak tangannya berasa sejuk

darah.

Page 12: istana menanti

GAYA BAHASA

- suasananya agak bising bagaikankucing.

5. Personafikasi   - Mustahil angin yang menguncinya

- angin petang berhembus perlahan

5. Personafikasi   - Senja sudah menjamah suasana.

6. Sinkop   - kalau kamu nak selamat

- Kepala kau berdarah

6. Sinkop  -  Sekarung besar itu ayam boleh habiskan

sebulan

PLOT

PERMULAAN- Permulaan plot ialah sewaktu tiga orang remaja iaitu Fadhil, Ramasamy dan Ah Seng berbual dengan Tuk Ngah di rumah Tuk Ngah. Perbualan mereka berkisar tentang sejarah setempat terutamanya tentang sebuah Istana yang lama ditinggalkan iaitu Istana menanti.      Minat ketiga-tiga sahabat itu terhadap sejarah  membuatkan mereka ingin mendaki Gunung Datuk untuk melihat Istana Menanti dari dekat.

.

PERMULAAN-     Bahagian permulaan plot novel Di Sebalik Wajah

mengisahkan Cikgu Saiful yanag menunggu kelahiaran bayinya di Hospital Ratu Elizabeth.

-     Kemudian, isterinya Puan Halipah telah selamat melahirkan seorang bayi lelaki, namuan bayi itu balar. Anak itu dinamakan Doktor Fikri

PERKEMBANGAN-      Tuk Ngah bersetuju menemani ketiga-tiga sahabat itu ke

puncak Gunung datuk. Akhirnya mereka memasuki istana Menanti . Fadhil. Ramasamy dan Ah Seng memasuki istana dan sampai ke sebuah bilik iaitu bilik peraduan raja.

-      Mereka terperangkap kerana pintu bilik itu terkunci dan gagal mencari jalan keluar . Kemudian mereka menemui sebuah terowong bawah tanah.Mereka menemui Khairil yang mendakwa turut sama tersesat di dalam istana itu.

-       Ah Seng telah ditawan oleh seorang pemuda. Ramasamy,Fadhil dan Khairil turut dibawa ke tempat AhSeng dan mereka dipaksa mengali tanah untuk mempercepatkan proses mencari harta tersebut

PERKEMBANGAN-      Doktor bertukar ke Sekolah Menengah Kebangsaan

Menggatal kerana mengikut bapanya berpindah. Dia mejadi bahan ejekan di sekolah kerana namanya yang unik dan penampilannya yang berbeza.. Di Sekolah, dia berkawan baik dengan Sanin,Aziz, Dayang Mahani, Suriani dan Josy. Doktor Fikri berkongsi hobinya iaitu berkebun dengan lima orang rakannya.

-     Doktor Fikri dibuli oleh Narius dan rakan-rakannya.Mereka memeras ugut  Doktor Fikri untuk memberikan wang sebagai cukai kepada mereka.Namun akhirnya mereka tertangkap oleh pihak sekolah dan dihukum rotan di hadapan perhimpunan sekolah.Rentetan itu mereka berdendam kepada Doktor Fikri

-     Mereka memfitnah Doktor Fikri mencuriperpustakaan, pen dan dompet yang dilaporkan hilang . Nama baik Doktor Fikri tercemar dan dipulaukan oleh rakan-rakanya.

KLIMAKS      Klimaks novel ini bemula daripada penemuan harta yang

digali oleh Fadhil, Ramasamy , Ah Seng dan Khairil.  Selepas harta itu dijumpai kelima-lima lelaki itu meninggalkan Khairil, Fadhil dan rakan-rakannya.

      Sarjan Mokhtar, beberapa anggota polis dan ornag kampung melakukan gerakan mencari Fadhil dan rakan-rakannya. Kelima-lima penjenayah tersebut diberkas  ketika mengheret keluar peti besi.

KLIMAKS-     Narius dan rakan-rakanya ditahan polis atas tuduhan mencuri .

Mereka berkomplot di bawah kelolaan seorang bekas-     Cikgu saiful menjamin  Narius keluar dari lokap atas pujukan

Doktor Fikri. Setelah itu , hubungan Narius dan Doktor Fikri menjadi rapat.

-     Kehilangan Doktor Fikri selama dua hari menjadi tanda tanya. Rakan-rakannya berasa khuatir akan kemungkinan bahawa Doktor Fikri terjerumus ke arah kejahatan.

PELERAIAN-      Fadhil dan rakan-rakannya akhirnya ditemuiadhil,

Ramasamy, Tuk Ngah, Ah Seng dan Khairil di balai raya yang dihadiri oleh Menteri Bear,ketua polis, guru besar dan orang akampung.

-       Mereka diberi hadiah  dan peristiwa itu tersiar  di dalam

Page 13: istana menanti

PLOTakhbar

http://cikguchom.blogspot.com/2013/05/analisis-novel-istana-menanti-bab-1-bab.html

Page 14: istana menanti

Arahan:  Baca Bab 1 hingga 4, Novel Istana Menanti  Isi tempat-tempat kosong dengan perkataan yang sesuai bagi melengkapkan sinopsis Jawapan boleh diperoleh dalam bab-bab tersebut sahaja.

 ANALISIS NOVEL ISTANA MENANTI - BAB 1

1. Tiga orang sahabat iaitu Fadhil, Ramasamy dan Ah Seng telah mengunjungi rumah Tuk Ngah iaitu Seorang lelaki tua yang tinggal di ________________________ dan berusia hampir __________. Mereka telah mendengar dengan penuh minat cerita dripada Tuk Ngah tentang kewujudan Istana Menanti yang berada di ______________________. 2. Istana Menanti merupakan artifak peninggalan sejarah yang sungguh benilai kerana dikaitkan dengan beberapa peristiwa penting. Antaranya Istana Menanti dikaitkan dengan kedatangan orang _______________ di negeri Sembilan dan _______________________ yang masih diamalkan terutama di _____________________. 3. Selain itu Istana Menanti juga pernah dijadikan tempat persembunyian ________________________ yang berundur dari negeri Melaka setelah dikalahkan oleh _____________________ pada tahun _______. 4. ________________________ telah menyelamatkan Sultan Melaka dan dibawa ke Gunung Datuk lalu didirikan sebuah istana untuk baginda yang dipanggil Istana Menanti. 5. Beberapa kejadian yang cuba untuk memusnahkan istana itu namun tidak berjaya. Antaranya ________________ cuba membakar istana itu setelah mengetahui Sultan bersembunyi di situ. 6. Istana itu juga pernah cuba dirobohkan oleh __________________ . 7. Semasa serangan __________pada tahun __________, Istana Menanti telah dihujani bom tetapi tidak musnah dan wujud sampai sekarang. 8. Istana yang berusia ___________________ dikatakan dibina oleh ________________________ dan juga _________________________________ serta dijaga oleh _____________________________. Maklumat ini sangat menarik hati tiga orang sahabat untuk mengetahui lebih lanjut tentang Istana Menanti. 9. Namun kewujudan istana itu kini terbiar bertahun-tahun sehingga kawasan sekitarnya dipenuhi dengan ________________________________ dan mungkin didiami oleh makhluk _________________ kerana terlalu lama ditinggalkan oleh manusia. 10. Dalam usaha untuk mencari Istana lama itu, ramai pelancong telah sesat di puncak Gunung Datuk kerana tiada ___________________, Namun ada yang bernasib baik menjumpai istana itu dan dapat menjumpai _______________________________________________yang sangat berharga.  11. Remaja tiga bersahabat itu semakin berminat untuk mengetahui keistimewaan Istana Menanti . Dengan bantuan Tuk Ngah, mereka telah melukis _____________ jalan-jalan menuju ke sana. Menurut Tuk Ngah untuk sampai ke Istana Menanti yang terletak betul-betul di puncak Gunung Datuk, mereka terpaksa mengikut jalan _____________________________ dan perjalanan pergi hendaklah menuju ke arah __________________________ manakala semasa balik pula menghala ke arah _________________________________. 12. Maklumat terakhir tentang keistimewaan istana Menanti yang diceritakan oleh Tuk Ngah ialah istana lama itu menjadi tempat ________________________ berlindung semasa penjajahan Jepun.

Page 15: istana menanti

 ANALISIS NOVEL ISTANA MENANTI BAB2 – SEJARAH REMBAU DI NEGERI SEMBILAN

1. Istana Menanti mempunyai kaitan dengan sejarah Rembau yang namanya berasal daripada pokok ___________. _______________yang ingin mendiami kawasan di kaki Gunung Datuk telah berjaya menebang pokok tersebut yang apabila tumbang, pucuknya jatuh hingga ke Sungai Ujung yang sekarang dikenali sebagai _____________. 2. Istana Menanti juga merupakan istana yang pertama dibina di _________________yang berkaitan dengan sejarah kedatangan orang Minangkabau di Negeri Sembilan. Mereka telah datang ke Tanah Melayu sejak _____________________ melalui ____________dan kebanyakannya tinggal di _________. 3. Negeri Sembilan telah masuk di bawah jajahan _____________apabila jajahan Melaka jatuh ke tangan _____________. Untuk mengawasi Negeri Sembilan daripada pengaruh orang _________ Raja Minangkabau telah menghantar ________________ untuk memerintah Negeri Sembilan. Baginda telah bersemayam di _____________ dan kemudiannya kekal bersemayam di ___________________ 4. Istana Menanti dibina di puncak Gunung Datuk sebagai satu strategi untuk mengelakkan serangan musuh seperti ___________ dan ____________ yang menggunakan sungai untuk memburu pahlawan-pahlawan Melayu. 5. Namun, negeri Melaka telah jatuh ke tangan orang Portugis kerana sikap pembesar-pembesar Melayu yang bukan sahaja ____________________ malah ada pembesar istana yang __________________ serta _________________. 6. Ketiga-tiga remaja bersahabat itu bertekad untuk pergi melihat istana lama itu walaupun Nek Timah memberi amaran bahawa istana itu _____________ dan mempunyai sebuah _____________ di bawah istana tersebut yang boleh memerangkap orang yang termasuk ke dalamnya. 7. Memandangkan mereka sangat berminat untuk mengkaji sejarah istana lama itu, Tuk Ngah telah berjanji untuk ________________________________________ menyebabkan Fadhil, Ramasamy dan Ah Seng gembira mendengarnya.  

ANALISIS NOVEL ISTANA MENANTI BAB 3 – SEJARAH ISTANA MENANTI 1. Ketiga-tiga remaja itu tidak sabar-sabar untuk melihat Istana Menanti lebih dekat kerana istana tersebut banyak meninggalkan kesan sejarah yang berkaitan dengan sejarah kedatangan orang Minangkabau ke negeri Sembilan, ________________________, ___________________________, dan ____________________________ . Mereka mengambil keputusan utnuk pergi pada ________________________. 2. Kajian sejarah juga menunjukkan, semasa ___________________ berlaku pada tahun 1831, orang Rembau telah membantu _______________ menentang orang Inggeris sehingga beroleh kemenangan, namun pada tahun 1832 dalam _________________ orang Rembau tidak dapat membantu menyebabkan Inggeris berjaya menakluki _________________.  3. Istana Menanti mempunyai kaitan dengan peristiwa sejarah tersebut kerana istana ini menjadi tempat pertama bersemayamnya _________________ sebelum berpindah ke _________________ dan selain itu istana lama itu juga menjadi tempat perkumpulan _________________dalam usaha 

Page 16: istana menanti

mereka menentang penaklukan ___________dan _________, pahlawan-pahlawan Melayu juga menjadikan istana lama itu sebagai ________________________________. 

ANALISIS NOVEL ISTANA MENANTI BAB 4 – PERANG BUKIT PUTUS  1. Istana Menanti juga mempunyai kaitan dengan peristiwa sejarah perang Bukit putus yang berlaku pada _____________. Peperangan ini berlaku antara Inggeris dengan para pengikut ___________ diketuai oleh ______________di _________. 2. Istana Menanti telah menjadi _________________ kedua-dua orang pahlawan Melayu tersebut sebelum mereka pergi ke Johor untuk __________________. Dengan bantuan Sultan Johor, akhirnya ______________ dapat memerintah semula melalui perjanjian dengan pihak_____________ pada 1 Januari 1877 dan beliau balik semula ke ____________. 3. Mereka telah membuat perancangan yang rapi untuk pergi melihat Istana Menanti pada ______________ jam ____________ dengan ditemani oleh tuk Ngah. –

Page 17: istana menanti

http://belajarbersamacikgulatifah.blogspot.com/2010/03/nota-istilah-sastera.html

NOTA ISTILAH SASTERA

A. Konsep penting yang perlu diketahui dalam komponen sastera:

1. Personafikasi:

Personafikasi bermaksud “member unsur manusia atau benda hidup kepada bukan benda

hidup”.

Contoh:

i. Angin sepoi bahasa di pinggiran pantai itu menampar pipiku. (menampar ialah perbuatan

manusia)

ii. Dedaun kelapa di pantai melambaiku riang. (melambai/ riang ialah perbuatan/sifat manusia)

iii. Dingin malam menggigit tulangku. (menggigit ialah perbuatan manusia)

2. Metafora:

Metafora bermaksud “perbandingan sesuatu dengan sesuatu yang lain secara langsung tanpa

menggunakan kata bandingan iaitu seperti, bak, umpama dan sebagainya”.

Contoh:

i. Rambut puteri itu mayang mengurai dan cantik sekali.

ii. Suaranya lantang guruh sambut menyambut.

iii. Merah darah mengalir di tubuhku.

3. Simile:

Simile bermaksud “perbandingan sesuatu dengan sesuatu yang lain dengan menggunakan kata

bandingan iaitu seperti, umpama, bak, bagai, se dan sebagainya”.

Contoh:

i. Hatinya hampa bagai kaca jatuh ke batu.

ii. Suaranya merdu seperti buluh perindu.

iii. Dia diam bak tahu apa yang tersirat di fikiranku.

iv. Wajahnya sehebat peribadinya.

4. inversi:

Inversi ialah “pembinaan struktur frasa ayat atau ayat yang terbalik”.

Page 18: istana menanti

Contoh:

i. Semalam petang dia datang menjengukku. (sepatutnya “petang semalam”)

ii. Panas cuaca petang itu melelahkan tubuhnya. (sepatutnya “cuaca panas”)

iii. Kopi secawan diteguknya puas-puas. (sepatutnya “secawan kopi”)

5. Singkop:

Singkop bermaksud “singkatan perkataan”.

Contoh:

i. “Dia dah datang semalam, Pak Abu” kata Ariff perlahan.

ii. “Biarlah kubawa diri yang terluka ini”, balas Wan Kamariah.

iii. “Cerita tu mungkin benar”, jelas Inspektor Zamri ringkas.

6. hybrid:

Hibrid bermaksud “penggabungan beberapa perkataan menjadi satu perkataan sahaja”.

Contoh:

i. Hatinya bisupilu mendengar penjelasan itu.

ii. Dia tidak akan ikut rentaktari pengikutnya yang marah itu.

iii. Begitulah adattari kehidupan sebagai seorang nelayan.

7. Anafora:

Anafora bermaksud “pengulangan perkataan pada awal baris atau ayat”.

Contoh:

i. Dia masih berdiri di situ. Dia mengingati saat manisnya di kota Paris.

ii. Masihkah lagi kau mengingatiku. Masihkah lagi detik itu kau ingati.

iii. Belum tiba masanya dia bersuara. Belum tiba masanya dia mengakui hakikat itu.

8. Epifora:

Epifora bermaksud “pengulangan perkataan pada akhir baris atau ayat”.

Contoh:

i. Hatinya mengimbas luka lama. Perasaannya masih terpilu oleh luka lama.

ii. Biarlah Dila menangis. Atau Shafik juga akan menangis.

Page 19: istana menanti

iii. Abang membesar dengan lampu minyak tanah. Aku Berjaya juga dengan lampu minyak

tanah.

9. Diksi:

Diksi bermaksud “pemilihan perkataan yang sesuai dengan sesuatu cerita yang ditulis”.

i. Contoh: (Katakan cerita tentang perjuangan seorang tentera)

Dia menggalas rifel dan melakukan serangan hendap di garisan hadapan platun itu.

ii. Contoh: (Katakan cerita tentang keagamaan)

Malam itu dia mendengar usrah daripada ustazah. Bibit-bibit nur menjelma di jiwanya.

iii. Contoh: (Katakan cerita tentang cinta/ kasih sayang)

Hatinya terlalu rindu. Belaian kemesraan itu sering kudambakan.

10. Asonansi:

Asonansi selalunya digunakan bagi mengulas sesuatu hasil puisi (sajak/ pantun/syair dan

sebagainya). Asonansi bermaksud “pengulangan vokal dalam sesuatu baris ayat”.

Contoh:

i. Adakah ayah amat marah akan kakak lagi.

Pengulangan vokal ‘a” sebanyak 13 kali.

ii. Di sini kita masih tercari-cari erti harga diri sendiri.

Pengulangan vokal “i” sebanyak 12 kali.

iii. Untung juga usahaku rupanya.

Pengulangan vokal “u” sebanyak 6 kali.

11. Aliterasi:

Aliterasi bermaksud "pengulangan konsonan dalam sesuatu ayat".

Contoh:

i. Gadis gigih itu menggigil gementar.

Pengulangan konsonan "g" sebanyak 7 kali.

ii. kakak masih kaku ketika kita kembali.

Pengulangan konsonan "k" sebanyak 8 kali

12. Bombastik/ hiperbola:

Page 20: istana menanti

Bombastik atau hiperbola ialah "perbandingan atau pemilihan kata yang berlebih-lebihan"

Contoh:

i. Suaranya bom atom meledak bumi.

ii. Badannya ringan seringan atom yang beterbangan di udara.

13. Alusi:

Alusi bermaksud "penggunaan watak atau watak sejarah dalam puisi".

Contoh: (sajak)

Pemudaku hari ini

gigihlah berjuang demi tanah air

bawalah pesan Hang Tuah Melayu tak kan hilang di dunia

sambutlah hasrat sang Maharajalela

14. Rima akhir:

Rima akhir bermaksud “bunyi perkataan yang ditandakan dengan ‘huruf akhir’ pada sesuatu

ayat”. Hanya digunakan untuk mengulas bahan puisi sahaja seperti sajak/ pantun/ syair dan

sebagainya.

i. Contoh: (pantun)

Dua tiga kucing berlari. (ditandai dengan “a”)

Manakan sama si kucing belang.(ditandai dengan huruf “b”)

Dua tiga boleh kucari.(ditandai dengan “a” kerana huruf akhir sama dengan baris 1)

Manakan sama ibu seorang. (ditandai dengan “b” kerana huruf akhir sama dengan baris 2)

Oleh itu, rima akhir pantun di atas ialah “abab”.

ii. Contoh: (sajak)

Matanya pejam bisu (a)

hati membarah sudah (b)

tetkala pekat malam menjelma (c)

dia hanya mampu (a)

menggalas suka duka kehidupan (d)

ranjau tajam di rantauan (d)

Oleh itu, rima akhir sajak di atas ialah “abcadd”.

12. Perlambangan/ imejan:

Page 21: istana menanti

Imejan bermaksud “penggunaan perkataan lain yang mempunyai maksud berlainan”.

Contoh:

i. Dia masih hijau ketika tanah airnya diserang penjajah. (muda)

ii. Dia tahu, dirinya sudah menghampiri senja. (tua)

iii. Adakah merpati akan menjenguk daerahku yang penuh kesengsaraan ini. (kedamaian/

kemerdekaan)

13. Watak dan perwatakan:

Watak ialah “pelaku dalam sesebuah cerita dan berfungsi untuk menyampaikan idea penulis”.

i. Watak utama : watak penting yang menghidupkan sesuatu cerita. ( watak penting 1 sahaja)

ii. Watak sampingan : watak pembantu kepada watak utama. (banyak watak sampingan)

iii. Watak bulat/ bundar : Watak yang dinamis dan boleh berubah sifat/ sikapnya.

iv. Watak pipih : watak yang statik dan tidak berlaku perubahan. Contoh: Jika jahat terus jahat

hingga akhir)

v. Watak antagonis : watak penyambut yang biasanya negatif. (Datin Salmah dalam Konserto

Terakhir)

vi. Watak protagonis : watak pemula yang biasanya bersifat positif. (Hilmi dalam Konserto

Terakhir)

vii. Watak kodi : watak nenek kebayan (Contoh: cerpen Peminangan Puteri Gunung Ledang)

14. Plot:

Plot ialah “jalinan peristiwa atau rentetan cerita yang berasaskan sebab dan akibat”.

Terbahagi dua:

i. Perkembangan plot (terbahagi 5)

Perkembangan cerita bermaksud “jalinan/ jalan cerita dari awal hingga akhir”.

a. Pengenalan

b. Perkembangan

c. Pertentangan / konflik

d. Puncak cerita / klimaks

e. Peleraian

ii. Teknik plot (terbahagi 6)

Page 22: istana menanti

Teknik plot bermaksud “cara sesuatu cerita / teknik sesuatu cerita itu disampaikan”.

i. Pemerian/ penceritaan : biasanya pengarang bertindak sebagai pencerita.

Contoh:

Hilmi datang dari kampung di Kedah. Dia hanya lulus darjah empat sekolah. Dia ke Kuala

Lumpur untuk mencari pekerjaan……..

ii. Dialog : Penceritaan melalui perbualan 2 orang watak atau lebih dengan secara jelas.

Contoh:

“Bila kau datang, Hilmi?” Datuk Johari bertanya. “Petang tadi. Ibu kirim salam”, balas Hilmi.

iii. Monolog : penceritaan melalui kaedah watak bercakap seorang diri.

Contoh:

“Oh, aku harap kau akan subur terus, cantik dan wangi!”, kata Hilmi pada bunga di hadapannya.

iv. Monolog dalaman : Watak berkata di dalam hati atau dalam fikirannya serta tidak terkeluar

kata-kata.

Contoh:

“Cis, sial sungguh budak Hilmi ini!” getus hati Datin Salmah.

v. Imbas kembali/ flashback: Pengulangan semula cerita lama.

Contoh:

Hilmi tersandar di kerusi di rumah Datuk Johari. Fikirannya melayang mengingati kisah lama.

(Saban hari menorah getah. Hasil getah dijualnya kepada Taukeh Lim. Duit itulah digunakan

menyara ibunya yang sudah tua. Ibunya sakit tenat………)

vi. Imbas muka : Menceritakan peristiwa yang belum berlaku.

Contoh:

Hilmi tersandar di kerusi di rumah Datuk Johari. Fikirannya melayang memikirkan nasib dirinya.

Alangkah baiknya jika dia juga anak orang kaya. (Setiap hari dia akan berkereta mewah.

Memandu laju sambil di kelilingi gadis kota. Setiap malam dia akan mengunjungi nite club. Kalau

tidak di Kuala Lumpur pasti dia akan ke …….)

15. latar:

Latar terbahagi kepada 3:

Page 23: istana menanti

i. Latar tempat

Latar tempat bermaksud “tempat sesuatu cerita itu berlaku”. Contohnya, di Kuala Lumpur, di

sekolah Henry Gurney, di rumah pak Mat, di kebun sayur Ah Ming dan sebagainya.

ii. Latar masa

Latar masa bermaksud “waktu atau masa sesuatu peristiwa itu berlaku”. Contohnya pada zaman

dahulu, pada tahun 2003, pada minggu lepas, pada bulan Januari, pada waktu malam, pada

siang hari, pada pukul 4.00 petang dan sebagainya.

iii. Latar budaya/ masyarakat

Latar budaya atau masyarakat bermaksud “keadaan masyarakat atau budaya di mana peristiwa

itu berlaku”. Contohnya, masyarakat Malaysia, masyarakat moden, masyarakat petani,

masyarakat seniman, masyarakat Cina, masyarakat yang suka membantu, masyarakat yang

masih mempercayai kepercayaan tahyul, masyarakat pelajar dan sebagainya.

Page 24: istana menanti

http://pelajarpkpgmoraluum.blogspot.com/p/novel-istana-menanti.html

Page 25: istana menanti