isl 1
TRANSCRIPT
http://tangkapgambar.blogspot.com/2011/09/sejarah-awal-kaunseling-di-barat.html
SEJARAH AWAL KAUNSELING DI BARAT
1.1 Kaunseling vokasional di sekolah
Kaunseling vokasional dan aktiviti bimbingan vokasional di sekolah merupakan
langkah awal dalam pembangunan bidang kaunseling. Pada tahun 1908, Frank
Parsons telah menubuhkan sebuah agensi swasta iaitu Vocational Bureau( Biro
Vokasional ) bagi membimbing para remaja dalam memilih, menyediakan diri dan
menceburi bidang pekerjaan. Setelah itu, sebelum beliau meninggal pada 1909, beliau
telah membangunkan satu proses yang dipanggil Vocational Counseling dalam proses
membimbing para remaja. Dalam tahun itu juga beliau telah melantik seramai 117
orang guru di sekolah menengah dan rendah di Boston sebagai kaunselor vokasional.
Pada 1910, kira - kira 30 buah bandar di US telah mula membangunkan program
penempatan kerja dan perancangan vokasional. Keadaan ini seterusnya membawa
kepada pengenalan subjek kaunseling vokasional di universiti Havard iaitu pada tahun
1911 dan 2 tahun selepas itu National Vocational Guidance Association ditubuhkan.
Selepas kematian Parsons’ pada 1909, sebutan Vocational guidance mula
digantikan dengan Vocational Counseling dimana beliau menekankan pada kaunseling
individu, analisis kendiri, dan menyatakan bahawa pilihan individu boleh diganti dengan
mementingkan pembahagian maklumat kerjaya melalui aktiviti bimbingan kelompok.
Penekanan beliau dalam bimbingan kerjaya diperkukuhkan lagi dengan pemberian
dana oleh kerajaan negaranya kepada sekolah - sekolah awam sebagai sokongan
kepada pendidikan vokasional melalui Smith-Huges Act (1917).
1.2 Pendidikan progresif dan kaunseling sekolah
Pada tahun 1920, pendidikan progresif telah diperkenalkan kedalam sekolah -
sekolah oleh ahli falsafah, John Dewey. Beliau mengatakan bahawa pendidik yang
progresif adalah berbeza sedikit dari segi pendekatan asas yang digunakan dalam
pengajaran. Namun demikian, semua pendidik bersetuju bahawa sekolah mempunyai
http://tangkapgambar.blogspot.com/2011/09/sejarah-awal-kaunseling-di-barat.html
tanggungjawab untuk mengubah persekitaran pelajar dan membimbing anak - anak
dalam perkembangan peribadi, sosial, dan moral. Perkembangan pendidikan progresif
tidak berterusan apabila ianya dikritik oleh ibubapa, guru, dan masyarakat awam.
Akhirnya pada tahun 1930 hampir semua aktiviti bimbingan tidak berfungsi dan
sehingga pada tahun 1940, sebanyak 10 peratus sekolah menengah mempunyai
seorang atau lebih staf yang menjadikan kaunseling sebagai pekerjaan separuh masa.
Dua per tiga daripada sekolah tersebut tidak mempunyai kaunselor dan kaunselor
sementara.
1.3 Pengaruh Humanistik dan perkembangan psikologi
Pada tahun 1940, ahli psikologi Humanistik dan psikiatari yang berbangsa yahudi
datang ke Amerika Syarikat bagi mengelakkan diri daripada dibinasakan oleh tentera
Nazi pada perang dunia ke-2. Mereka menekankan pada keadaan dan keupayaan
manusia yang turut memberikan kesan pengaruh kepada ahli psikologi Amerika
Syarikat seperti Rollo May, Abraham Maslow, dan Carl Rogers. Selepas perang dunia
ke-2, berjuta - juta veteran perang memerlukan penyesuaian diri kepada kehidupan
bermasyarakat. Kongres iaitu dibawah G.I Bill of Rights, menyediakan kolej atau
tabung latihan vokasional kepada veteran perang yang berminat. Pada tahun 1944,
pusat bimbingan vokasional Veteran Administration (VA) ditubuhkan di kolej - kolej bagi
membantu veteran dalam mengenalpasti matlamat utama semasa mempelajari bidang
vokasional. Selain itu, VA menetapkan spesifikasi kepada kaunselor vokasional dan
mereka dinamakan sebagai Ahli Psikologi Kaunseling. Maka dengan ini bermulalah
perkembangan era psikologi kaunseling yang akhirnya sampai ke Negara kita.
2.0 PERKEMBANGAN KAUNSELING DI MALAYSIA
Seperti di Amerika, Malaysia juga berkembang dengan pesatnya aktiviti
perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling. Ianya makin berkembang selepas mencapai
kemerdekaan. Sosiolasi, politik dan ekonomi Malaysia sentiasa berubah dengan
pesatnya. Proses urbanisasi dari desa ke kota dan dari perlombongan, perladangan
http://tangkapgambar.blogspot.com/2011/09/sejarah-awal-kaunseling-di-barat.html
mahupun pertanian bertukar menjadi industri. Keperluan yang drastik ini melahirkan
pelbagai cabaran dalam Bimbingan dan Kaunseling. Keperluan aktiviti bimbingan ini
merupakan keperluan dan kemestian kepada negara.
Sistem pendidikan juga turut terlibat dalam perkembangan bimbingan ini.
Contohnya pada seawal tahun 60-an, banyak kelas-kelas bimbingan diwujudkan untuk
membimbing pelajar-pelajar supaya berjaya di dalam pelajaran. Kegiatan panduan ini
menjadi sangat penting bagaimana membantu pelajar-pelajar memilih kerja selepas
persekolahan. Di peringkat Kementerian Pelajaran , pejabat pelajaran negeri, daerah
dan sekolah sama-sama berganding bahu melibatkan diri dalam perkhidmatan panduan
ini.
Seawal tahun 60-an UNESCO telah memperakukan terhadap perkhidmatan
bimbingan ini di sekolah-sekolah di negara kita. Pada tahun 1962 – 1963 seorang pakar
perunding dari Kanada telah datang ke Malaysia untuk memberikan latihan kepada
pegawai-pegawai kanan pelajaran. Pegawai-pegawai kanan ini pula memberikan
kursus-kursus kepada guru-guru untuk dilaksanakan di sekolah-sekolah. Guru-guru
yang mengikuti kursus ini akan menjadi kaunselor.
Di peringkat Universiti pula pada tahun 1981, beberapa universiti menawarkan
program pengajian peringkat bacelor yang dikenali sebagai Bacelor Pendidikan
( Bimbingan dan Kaunseling ). Bimbingan dan Kaunseling kemudiannya terus
berkembang sebagai satu bidang pengajian di universiti-universiti di Malaysia.
Melalui pekeliling pada tahun 1985, Pekeliling KP ( BS ) 8591 / Jld. 11 ( 29 )
Kementerian Pelajaran Malaysia mengarahkan sekolah-sekolah menubuhkan
Jawatankuasa Bimbingan Pelajar Sekolah dan Pekeliling KP 1573 / 17 / Jld. 8 / ( 78 )
pula menegaskan adanya bananda kewangan terhadap kegiatan Bimbingan dan
Kaunseling. Pada tahun 1996 diperuntukkan supaya di setiap sekolah menengah
mempunyai seorang kaunselor sepenuh masa. Manakala di sekolah rendah pula
mempunyai seorang kaunselor sepenuh masa bermula tahun 2002.
Perkembangan perkhidmatan bimbingan dan kaunseling telah berkembang dengan
pesatnya . Lahirnya kaunselor-kaunselor yang diiktiraf dan berkelayakan sehinggakan
http://tangkapgambar.blogspot.com/2011/09/sejarah-awal-kaunseling-di-barat.html
wujudnya Persatuan Kaunseling Malaysia (PERKAMA) yang didaftarkan pada tahun
1989. Tujuan –tujuan professional perkama ialah ;
Memajukan amalan kaunseling secara professional
Menggalak dan membantu penyelidikan dalam kaunseling.
Menggalak pertumbuhan ilmu pengetahuan, kefahaman dan penerimaan kaunseling
dalam konteks pelbagai budaya di Malaysia.
Memajukan perkembangan professional ahli-ahlinya.
Memperteguhkan identiti, harmoni, dan kerjasama di kalangan ahli-ahli yang terdiri dari
pelbagai disiplin melalui perkongsian maklumat dan pengalaman.
Dengan adanya PERKAMA bermakna profesion kaunselor telah diiktiraf setanding
dengan profesion-profesion yang lain. Akhirnya pada tahun 1998, Akta Kaunseling telah
diluluskan oleh kerajaan dan diwartakan pada 1 Disember 1998.