isi kandungan bab perkara muka surat - fp.utm.my · pdf fileisi kandungan bab perkara ......
TRANSCRIPT
ix
ISI KANDUNGAN
BAB PERKARA MUKA SURAT
STATUS PENGESAHAN TESIS i
PENGAKUAN ii
DEDIKASI v
PENGHARGAAN vi
ABSTRAK vii
ABSTRACT viii
ISI KANDUNGAN ix
SENARAI JADUAL xiii
SENARAI SINGKATAN xiv
SENARAI LAMPIRAN xv
BAB 1 PENGENALAN 1
1.1 Pendahuluan 1
1.2 Latar Belakang Masalah 4
1.3 Penyataan Masalah 9
1.4 Objektif Kajian 9
1.5 Persoalan Kajian 10
1.6 Kepentingan Kajian 10
1.7 Batasan Kajian 11
1.8 Definisi Operasional 11
1.9 Penutup 15
x
BAB II SOROTAN PENULISAN 15
2.1 Pengenalan 15
2.2 Profesion Perguruan Sebagai Kerjaya 17
2.3 Komitmen Terhadap Tugas 23
2.4 Beban Tugas Guru 24
2.5 Pengertian Guru Dari Perspektif Guru Lama
Dan Guru Baru 29
BAB III METODOLOGI KAJIAN 34
3.1 Pengenalan 34
3.2 Etika Kajian 34
3.3 Reka Bentuk Kajian 35
3.4 Tempat Kajian 37
3.5 Sampel Kajian 37
3.6 Prosedur Kajian 38
3.7 Instrumen Kajian 39
3.7.1 Bahagian A 39
3.7.2 Bahagian B 39
3.7.3 Bahagian C 40
3.8 Kajian Rintis 41
3.9 Analisa Data 41
3.10 Keesahan Soal Selidik 43
3.11 Penutup 44
BAB IV ANALISIS DATA 45
4.1 Pengenalan 45
4.2 Analisis Data 46
xi
4.2.1 Latar Belakang Responden 46
4.2.1.1 Taburan Responden Mengikut 47
Pengalaman Mengajar
4.2.1.2 Taburan Responden Mengikut 47
Kelas Yang Diajar
4.2.1.3 Taburan Peratusan Responden Mengikut 48
Jawatan Yang Dipegang
4.3 Analisis Data Bahagian B 49
4.3.1 Persoalan Kajian Pertama 50
4.3.2 Persoalan Kajian Kedua 53
4.3.3 Persoalan Kajian Ketiga 57
4.3.4 Persoalan Kajian Keempat 61
4.4 Rumusan Keseluruhan Bahagian B 65
4.5 Analisis Data Bahagian C 66
4.6 Rumusan Bahagian C 81
4.7 Kesimpulan 85
BAB V RUMUSAN, PERBINCANGAN, DAN 86
CADANGAN
5.1 Pengenalan 86
5.2 Rumusan Kajian 86
5.2.1 Rumusan Latar Belakang Responden 88
5.2.2 Rumusan Persoalan Kajian 88
5.2.3 Rumusan Soalan Temubual 90
5.3 Perbincangan Kajian 90
5.3.1 Kerjaya Sebagai Guru 90
5.3.2 Komitmen Terhadap Tugas 92
5.3.3 Beban Tugas 93
5.3.4 Pengertian Guru 95
5.4 Cadangan 97
5.5 Cadangan Kajian Lanjutan 98
xii
5.6 Penutup 99
BIBLIOGRAFI 100
LAMPIRAN 104
xiii
SENARAI JADUAL
NO. JADUAL TAJUK MUKA SURAT
3.1 Data Taburan Populasi Mengikut Kursus 38
3.2 Pengkelasan Instrumen Kajian 40
3.3 Pemeringkatan Skala Likert (lima) Mata 42
Kepada Tiga Mata
3.4 Penilaian Mengikut Nilai Peratus 44
3.5 Penilaian Mengikut Nilai Min 44
4.1 Taburan Responden Mengikut Pengalaman 47
Mengajar
4.2 Taburan Bilangan Dan Peratusan Mengikut 48
Bilangan Kelas Yang Diajar
4.3 Taburan Bilangan Dan Peratusan Mengikut 49
Jawatan Yang Dipegang
4.4 Dapatan Kajian Bagi Tajuk Kerjaya Sebagai 52
Guru
4.5 Dapatan Kajian Bagi Tajuk Komitmen 55
Terhadap Tugas
4.6 Dapatan Kajian Bagi Tajuk Beban Tugas Yang 59
Dipikul Oleh Guru
4.7 Dapatan Kajian Bagi Tajuk Pengertian Guru 63
Daripada Perspektif Guru Baru Dan Guru Lama
4.8 Taburan Peratusan Keseluruhan 66
xiv
SENARAI SINGKATAN
AJK - Ahli Jawatan Kuasa
ILO - Pertubuhan Buruh Antarabangsa
IT - Teknologi Maklumat
KBSR - Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah
KBSM - Kurikulum bersepadu Sekolah Menengah
KHB - Kemahiran Hidup Bersepadu
KPLI - Kursus Perguruan Lepasan Ijazah
MSSD - Majlis Sukan-Sukan Daerah
MSSN - Majlis Sukan-Sukan Negeri
NUTP - Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan
PIBG - Persatuan Ibu Bapa Dan Guru
PKPG - Program Khas Pensiswazahan Guru
SPM - Sijil Pelajaran Malaysia
SPMV - Sijil Pelajaran Malaysia Vokasional
SPSS - Statistical Package For Social Science
TLDM - Tentera Laut Di Raja Malaysia
UKM - Universiti Kebangsaan Malaysia
UTM - Universiti Teknologi Malaysia
xv
SENARAI LAMPIRAN
LAMPIRAN TAJUK MUKA SURAT
A Soal Selidik 104
B Soalan Temubual 110
C Surat Pengesahan Soal Selidik 111
BAB 1
PENGENALAN
1.1 Pendahuluan
Di negara kita yang berbilang kaum ini, pendidikan merupakan satu daripada
strategi kerajaan ke arah menyatu padukan rakyat dan juga untuk pembangunan negara.
Wawasan 2020 menjangkakan pewujudan satu masyarakat yang maju, demokratik dan
penyayang pada masa hadapan di mana ahli-ahlinya adalah terdiri dari insan kamil.
Sebagai seorang guru sekolah juga perlu menghayati cita-cita negara dan mesti berusaha
untuk menjadikan diri sendiri menjadi ‘insan kamil’ sebelum ia mendidik generasi baru
supaya menjdi insan yang kamil. Kesedaran ini penting kerana di sekolah, para guru
menjadi teladan yang baik kepada pelajar-pelajar. Anak-anak buahnya mencontohi
perlakuannya dan bukan setakat nasihat mereka ( Good dan Brophy, 1987 dalam Lee
1993)
Pada era globalisasi kini, banyak perubahan dan inovasi telah berlaku. Oleh
kerana ledakan ilmu dan perubahan yang begitu cepat berlaku, sebagai seorang guru atau
pun bakal guru perlu sentiasa memperlengkapi diri dengan segala ilmu dan kemahiran
baru. Ini adalah merupakan satu daripada kriteria sesuatu yang dikatakan profesion
2
perguruan. Dalam era globalisasi kini, tugas guru sebenarnya menjadi lebih rumit dan
kompleks. Kalau dulu guru terpaksa berhadapan dengan pihak penjajah secara terang-
terangan, kini, jajahannya diterjemahkan dalam bentuk yang lain pula iaitu lebih
mencabar lagi kerana ia melibatkan jajahan pemikiran, budaya dan jati diri yang perlu
dihadapi secara profesional dan kreatif. Hanya guru-guru yang komited dan intelek
sahaja yang mampu mendepani cabaran-cabaran dalam dunia alaf baru ini.
Profesion perguruan merupakan bidang yang memberikan perkhidmatan yang
unik, tetap dan diperlukan oleh masyarakat. Keunikannya hanya akan dirasai dan
diketahui oleh masyarakat yang terlibat dalam profesion ini. Hanya warga profesion
perguruan sahaja yang berkemampuan memberikan perkhidmatan dalam bidangnya.
( Sharifah Alwiah,1984)
Guru merupakan golongan manusia yang memberi kesan yang besar terhadap
perkembangan personaliti, mental dan fizikal setiap insan. ( Noran Fauziah dan Ahmad
Mahdzan,1993)
Profesion perguruan adalah salah satu profesion yang mencabar dan amat
mendesak. Guru diharap mengetahui serba-serbi tingkah laku manusia dan memainkan
pelbagai peranan untuk menjadikan dirinya seorang pendidik yang berjaya. Kesedaran
seperti ini sebenarnya pernah disuarakan oleh Fleming (1969) dan Lee (1993) pada
tahun-tahun lima puluhan. Menurut beliau, disamping mempunyai sifat-sifat diri yang
sempurna, guru dikehendaki memainkan pelbagai peranan seperti yang berikut :
i. Sebagai penuntut kepada motivasi : mengetahui kajian-kajian tentang
motivasi dari segi falsafah, psikologi, biologi dan sosiologi : mengetahui
sifat-sifat semulajadi manusia dari segi psikologi, sosiometri, konsep
kemahuan dan konsep diri.
ii. Sebagai penggalak kepada pembelajaran : tahu teori penyekutuan dan
teori bidang : tahu penentu-penentu social dan perseorangan.
iii. Sebagai pemerhati pertumbuhan pelajar : tahu pertumbuhan dan
pembangunan manusia. Fahami pelajar-pelajar dalam situasi bilik darjah.
3
iv. Sebagai tukang seni dan teknik : kebolehan sebagai tukang seni dalam
pengajaran : kebolehan melakukan ujian kecerdasan : kebolehan dalam
menilai personaliti dan menyimpan rekod dan kebolehan dalam
melakukan pemerhatian diri dan kumpulan.
v. Sebagai ahli eksperimen : tahu hasil-hasil penyelidikan dalam melakukan
ujikaji dengan mencuba sesuatu inovasi dalam pengajaran.
vi. Pentadbir : Tanggungjawab pentadbiran : gerakan sumber komuniti dan
laksanakan tugas: tanggungjawab pentadbiran ; memilih teknik
pengajaran yang sesuai dengan keadaan, komunikasi secara efektif, kerja
kumpulan, hargai sumbangan. Isi kandungan kursus menginsafi nilai
perasaan kekitaan dan kumpulan.
Dalam profesion perguruan, seorang guru perlu mempunyai minat yang
mendalam terhadap keseluruhan tugasnya, baik di sekolah mahu pun yang melibatkan
warga di luar sekolah ( Tajol Ariffin,1993). Sifat asas dalam pendidikan ialah tunjuk
ajar. Seperti kata seorang ahli pendidik, “Tugas mengajar ialah satu sumbangan dan
tujuannya ialah menjadikan dunia satu tempat yang lebih sempurna dan permastautinnya
manusia yang baik” (Jackson, 1979:26)dalam Lee (1993).
Dalam konteks pendidikan moden hari ini, guru adalah golongan professional
yang melaksanakan tugas kearah mencapai matlamat pendidikan yang berperanan
merealisasikan serta mengembangkan ilmu pengetahuan kepada pelajar, masyarakat,
agama dan negara serta mengharapkan golongan ini sentiasa bercita-cita tinggi iaitu bagi
membentuk dan membina satu masyarakat yang bertamadun tinggi.
Memandangkan betapa pentingnya profesion perguruan di dalam masyarakat,
eloklah ditinjau persepsi pelajar PKPG tahun 4 dan 3 terhadap profesion yang pernah
mereka ceburi sebelum melanjutkan pelajaran di peringkat ijazah di Universiti
Teknologi Malaysia.
4
1.2 Latar Belakang Masalah
Masa dan zaman berlalu begitu pantas. Semakin jauh masa beredar semakin
banyaklah juga cabaran yang dihadapi oleh manusia. Cabaran yang dihadapi manusia
itu adalah sukar untuk diukur. Tahap atau magnitude cabaran itu adalah berbeza
mengikut peringkat individu atau peranan atau tugas yang dimainkan masing-maasing
dalam masyarakat. Salah satu golongan yang menghadapi cabaran hebat dewasa ini
ialah golongan pendidik atau lebih tepatnya dipanggil golongan guru.
Guru pada masa kini seringkali diperbandingkan dengan guru sebelum merdeka.
Guru-guru pada masa dahulu dikatakan amat dedikasi dan komited terhadap tugasnya
sebagai guru. Pada ketika itu, masyarakat amat menyanjungi serta menerima
kepimpinan mereka( Awang Had,1985)
Sejarah tidak pernah menipu manusia dan sejarah telah membuktikan betapa
golongan pendidik memainkan peranan yang penting dalam menentukan jatuh
bangunnya sesebuah bangsa dan negara. Kelahiran guru-guru seperti Harun
Aminurrasyid Makmur, Ahmad Bakhtiar, A. Samad Ahmad dan Abdullah Sidek dalam
lembaran sejarah lepas yang lantang menentang penjajah di samping meniup obor
semangat masyarakat ketika itu merupakan suatu perjuangan yang patut dibanggakan.
Masyarakat ketika itu menjadikan guru sebagai idola dan pakar rujuk dalam segala hal
(Noorhayati Shohaili, 2000).
Guru diibaratkan sebagai golongan yang cerdik pandai serta berkelulusan tinggi
disebabkan ketika itu profesion lain yang pada masa itu sedikit bilangannya. Kaum guru
merupakan sebilangan kelompok yang diiktiraf sebagai pemimpin di kampung. ( Omar,
1991). Dalam situasi itu, guru dikatakan atau muncul sebagai pendidik kepada kanak-
kanak, pembimbing dan sebagai penasihat kepada masyarakat ( Yeop Johari,1985)
dalam Sharifah (2000).
5
Selaras dengan perkembangan dan kemajuan yang dicapai oleh negara kita
dalam setiap bidang kerjaya, namun profesion perguruan juga tidak ketinggalan dalam
mengalami perubahan yang pesat dalam mengikut arus perubahan. Kerjaya pada suatu
ketika dahulu menjadi sanjungan tetapi kini telah terhakis kehormatannya lantaran
tanggapan masyarakat dan pihak lain menilai kerjaya guru seperti kerjaya lain (Awang
Had Salleh,1998) dalam Sharifah (2000)
Kadang-kadang perlu menilai dan mengambil kira pandangan-pandangan insan
veteran dalam dunia perguruan dan pendidikan. Keadaan dan masa yang berubah
dengan begitu pantas menyebabkan kemudahan untuk guru kini perlu setanding dengan
profesion lain (Abu Bakar Shawkat Ali, 2000). Kerjaya guru diiktiraf sebagai suatu
profesion yang profesional. Jadi, diharap selepas ini tiada lagi rintihan hati daripada
para guru sama ada tentang gaji yang tidak setimpal dengan beban tugas yang semakin
bertambah, kedudukan guru yang sedang berkhidmat, jawatan dan peluang kenaikan
pangkat mahupun persepsi dan apresiasi masyarakat terhadap profesionalisme perguruan
itu sendiri (Awang Had Salleh ,2000 ).
Sebagaimana yang kita tahu, bahawa seorang guru yang profesional adalah
kakitangan yang mempunyai ilmu yang mendalam dalam bidang-bidang yang tertentu.
Mereka juga diberikan latihan dalam perhidmatan dengan menjalani kursus-kursus yang
ditetapkan dalam jangka masa tertentu sama ada di maktab perguruan atau universiti
supaya seorang guru itu betul-betul mencapai tahap seorang yang menepati ciri-ciri
professional.
Profesion perguruan cukup diberi perhatian oleh kerajaan melalui Kementerian
Pendidikan. Maka tidak hairanlah begitu banyak maktab-maktab perguruan didirikan.
Di peringkat universiti, banyak kursus yang berkaitan bidang perguruan ditawarkan.
Malah kementerian merancang menambah bilangan guru berpendidikan diploma dan
ijazah. Dalam usaha meningkatkan mutu pendidikan, kementerian membuka peluang
kepada guru-guru yang memiliki sijil dan diploma melanjutkan pengajian ke peringkat
yang lebih tinggi bertujuan meningkatkan tahap akademik mereka. Ini selaras dengan
6
usaha kementerian untuk menjadikan negara sebagai pusat kecemerlangan ilmu serantau
yang pastinya memerlukan tenaga pengajar di sekolah yang berkaliber.
Guru-guru perlu dapat menyampaikan ilmu pengetahuan secara berkesan,
menjadi pembimbing yang dihormati dan memastikan diri masing-masing dapat
dijadikan contoh kepada pelajar. Oleh itu pada setiap masa, kaum guru sekalian
hendaklah menampilkan watak terpuji, berimej, berperibadi mulia dan berwawasan
sebagai pendidik yang unggul." (Abdul Shukor Abdullah,2000).
Namun demikian, profesion perguruan kurang “menyerlah kepakarannya”
walaupun jasa seorang guru telah banyak dengan melahirkan ramai pelajar yang
cemerlang dalam dunia pendidikan Malangnya terdapat daripada golongan cerdik
pandai ini bersifatangkuh, lupa diri dan memandang rendah kepada peranan yang pernah
dimainkan oleh guru-guru. Ia seolah-olah memberi gambaran bahawa nilai-nilai mulia
yang diamalkan selama ini semakin terhakis.
Menurut Chot Cha Chan (1985), masyarakat kini memandang guru dengan
penampilan yang kian menurun. Pencemaran nilai budaya dan bangsa adalah cabaran
yang berat yang perlu ditangani oleh guru. Lebih-lebih lagi pada hari ini kita sering
dipaparkan dengan berita mengenai peristiwa keganasan remaja yang membakar kelas
dan rumah guru, bilik makmal sekolah, memukul guru serta melakukan vandalisme
sering dikaitkan dengan keupayaan guru mendidik para pelajar.
Lebih jauh kemelut sosial, politik dan ekonomi yang dihadapi oleh negara
sekarang ini juga dikaitkan dengan kelemahan sistem pendidikan sekular serta
pencapaian guru. Selain itu juga mengenai salah laku yang melibatkan para guru seperti
jenayah rogol, penderaan pelajar dan lain-lain yang menjejaskan nama baiknya
sebagai guru dan sekaligus terhadap profesion perguruan itu sendiri walaupun yang
terlibat adalah kecil bilangannya namun bak kata pepatah “sebab nila setitik, rosak susu
sebelanga”. Perkara ini amat memalukan dan akibatnya masyarakat boleh memandang
rendah dan tidak menghormati golongan guru.
7
Sejenak kita terfikir apakah yang menjadi penyebab guru bersifat demikian.
Adakah ia berpunca dari kurang berminat terhadap profesin perguruan, beban tugas yang
perlu dipikul terlalu banyak atau tidak puas hati dengan kerjaya sebagai guru? Mungkin
juga profesion perguruan adalah kerjaya yang dipilih hanya sebagai jaminan untuk
memperolehi pekerjaan?
Guru sentiasa menjadi sasaran perhatian segenap kelompok masyarakat kerana
peranan mereka yang vital dan indespensible dalam masyarakat. Meskipun
pembelajaran jarak jauh dan pembelajaran secara on-line dan multimedia telah
diperkenalkan dan mempunyai pengaruhnya yang besar namun ia tidak dapat menafikan
status dan peranan utama guru dalam membentuk warganegara.
Ketidakupayaan guru menunjuk model dan teladan yang baik akan menjadi batu
penghalang ke arah pembentukan pelajar yang baik. Bahkan ia merupakan titik cemar
dalam keperibadian guru berkenaan. Pepatah Arab ada menyebutkan:
Jangan lakukan perbuatan yang anda tegah,
Perbuatan demikian aibnya amatlah parah.
Profesion guru dan pendidik terutamanya dalam zaman-zaman mencabar ini
bukanlah semudah yang disangka iaitu kerjanya separuh hari, lima hari seminggu dan
cutinya panjang. Sebagai arkitek sosial, guru mempunyai tanggungjawab yang amat
besar, bukan sekadar memberi pendidikan dan menyampaikan ilmu. Gurulah insan yang
dipertanggungjawabkan untuk merealisasikan transformasi pendidikan yang dicita-
citakan oleh negara. Profesion perguruan adalah satu profesion yang begitu mencabar
tetapi ia tidak begitu mendapat perhatian dari pihak berkenaan mengenai kebajikan dan
keperluan mereka berbanding dengan profesion lain.
Sungguhpun banyak jasa yang telah dicurahkan oleh seorang guru terhadap
pelajarnya. Namun demikian, dunia hari ini telah memandang sepi tentang jasa yang
telah dicurahkan oleh seorang guru. Apa yang mereka nampak hanyalah kejadian-
8
kejadian yang dilakukan oleh guru terhadap pelajarnya dan juga gejala sosial yang
berlaku di kalangan pelajar sekolah juga diletakkan kesalahan pada guru.
Fenomena ini telah mendatangkan kesan psikologi terhadap guru. Peranan guru
hari ini sudah semakin bertambah. Guru bukan hanya setakat ‘ menyampaikan ilmu
pengetahuan kepada pelajar, tetapi juga menjalankan tugasnya sebagai pemimpin,
pengubah sosial, pereka, penilai, perancang kurikulum, pemupuk semangat pelajar dan
berperanan sebagai ahli psikologi secara tidak langsung ( Pelita Brunei, 1997).
Sesetengah daripada guru yang menjalankan terlalu banyak tugas dan tanggungjawab di
sekolah telah menyebabkan mereka mengalami stress, penyakit kanser dan sebagainya
( Berita Harian, 30/8/2005 ).
Selain daripada tanggungjawab terhadap pelajar, guru juga perlu
bertanggungjawab terhadap ibu bapa, rakan sejawat, sekolah masyarakat serta negara.
Ekoran daripada kekangan yang dihadapi oleh para guru itu terdapat 600 orang guru
sedang mengalami tekanan perasaan atau masalah sakit jiwa yang serius, manakala
terdapat juga guru yang mengalami masalah ‘psikosis’ dan ‘neurosis’ iaitu sejenis
penyakit yang berkaitan dengan kebimbingan dan kerisauan. (Utusan Malaysia 27 dan
28/02/1998 ) Dengan alasan inilah, penyelidik merasakan adalah perlu untuk membuat
penyelidikan terhadap persepsi pelajar PKPG terhadap profesion perguruan pada masa
kini.
Program Khas Pensiswazahan Guru (PKPG) iaitu guru-guru yang sedang
mengikuti pengajian sepenuh masa. Terdapat empat kursus yang ditawarkan iaitu
kursus Kemahiran Hidup, Awam, Elektrik dan Mekanikal. Kursus ini diperkenalkan
oleh Fakulti Pendidikan, Universiti Teknologi Malaysia , Skudai pada tahun 1992 yang
telah memberikan peluang kepada guru-guru untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat
yang lebih tinggi. Guru-guru ini mempunyai pengalaman mengajar di antara 4 hingga
22 tahun. Ada di kalangan guru-guru ini yang berusia melebihi 40 tahun ( Timbalan
Pendaftar, Fakulti Pendidikan, UTM ). Ini menunjukkan mereka mempunyai
kematangan dan pengalaman yang banyak di dalam profesion perguruan.sebelum
9
melanjutkan pelajaran ke Universiti Teknologi Malaysia. Sebelum menjejak kaki ke
universiti untuk melanjutkan pelajaran, pelbagai cabaran dan dugaan yang telah dihadapi
sepanjang berkhidmat di dalam profesion ini.
Dengan wujudnya pelbagai cabaran di dalam profesion perguruan pada masa
kini, dengan itu dirasakan perlu untuk meninjau pendapat pelajar-pelajar PKPG yang
pernah terlibat dengan profesion perguruan sebelum melanjutkan pelajaran. Apakah
persepsi mereka sama dengan apa yang diperkatakan umum terhadap profesion
perguruan atau sebaliknya?
1.3 Pernyataan Masalah
Sejak kebelakangan ini, profesion perguruan ditimpa pelbagai masalah, cabaran
dan perkara yang negatif. Media massa sering mengeluarkan kenyataan-kenyataan yang
mengkritik tentang profesion perguruan. Perkembangan yang berlaku ini telah
mendedahkan golongan pendidik di negara ini dengan pelbagai tekanan. Situasi ini akan
memberikan kesan yang negatif bagi tanggapan guru terhadap kerjayanya atau
sebaliknya. Oleh itu, kajian ini adalah bertujuan untuk mengkaji persepsi pelajar PKPG
tahun 4 dan 3 terhadap profesion perguruan yang pernah mereka ceburi sebelum
melanjutkan pelajaran peringkat ijazah pada masa kini terhadap empat aspek iaitu
kerjaya sebagai guru, komitmen terhadap tugas, beban tugas dan pergertian guru.
1.4 Objektif Kajian
Kajian ini bertujuan untuk meninjau persepsi pelajar PKPG tahun 4 dan 3
terhadap profesion perguruan pada masa kini. Fokus utama pengkaji ialah mengenai
perkara-perkara seperti berikut:-
10
1.4.1 Meninjau persepsi pelajar PKPG terhadap profesion perguruan sebagai kerjayanya
yang tetap.
1.4.2 Mengetahui sejauh mana komitmen pelajar PKPG terhadap terhadap tugas sebagai
guru yang pernah diceburi sebelum ini.
1.4.3 Meninjau persepsi pelajar PKPG terhadap beban tugas yang dipikul guru pada
masa sekarang.
1.4.4 Meninjau pengertian guru daripada perspektif guru baru dan guru lama.
1.5 Persoalan Kajian
Berdasarkan kepada objektif kajian, persoalan yang dikaji ialah
1.5.1 Apakah persepsi pelajar PKPG terhadap kerjaya sebagai guru?
1.5.2 Sejauh manakah komitmen pelajar PKPG terhadap tugas sebagai guru yang
pernah mereka ceburi sebelum ini?
1.5.3 Apakah persepsi pelajar PKPG terhadap beban tugas seorang guru pada masa
sekarang?
1.5.4 Apakah pengertian guru daripada perspektif guru baru dan guru lama bagi pelajar
PKPG?
1.6 Kepentingan Kajian
Di akhir kajian ini, penyelidik mengharapkan ia dapat memberikan gambaran
sebenar mengenai persepsi pelajar PKPG terhadap profesion perguruan pada masa kini.
Dapatan yang diperolehi dari kajian ini akan dapat membantu Kementerian Pendidikan,
pengetua, guru besar dan pihak-pihak yang terlibat dengan pendidikan supaya dapat
memperbaiki pertadbiran dan pengurusan yang sedia ada serta merancang langkah yang