isi kandungan - awal.my file2 | isi kandungan ♦ kemahiran membaca 3 ♦ awal sains dengan...

16

Upload: haminh

Post on 11-Jul-2019

255 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: ISI KANDUNGAN - awal.my file2 | ISI KANDUNGAN ♦ Kemahiran Membaca 3 ♦ Awal Sains dengan pendekatan STEM 4 - 5 ♦ Panduan – Ceria Bersama Ciki 6 – 7 ♦ Panduan – Ani & Umar

9

Page 2: ISI KANDUNGAN - awal.my file2 | ISI KANDUNGAN ♦ Kemahiran Membaca 3 ♦ Awal Sains dengan pendekatan STEM 4 - 5 ♦ Panduan – Ceria Bersama Ciki 6 – 7 ♦ Panduan – Ani & Umar

2 | w w w . a w a l . m y

ISI KANDUNGAN ♦ Kemahiran Membaca 3 ♦ Awal Sains dengan pendekatan STEM 4 - 5 ♦ Panduan – Ceria Bersama Ciki 6 – 7 ♦ Panduan – Ani & Umar 8 – 9 ♦ Panduan – Little Prof 10 – 13 ♦ Panduan – Kisah Teladan 14 ♦ Panduan – Chan Chan the Chick 15 – 16

PENGENALAN Majalah Awal edisi ini membawa anak-anak meneroka pelbagai isi kandungan dan aktiviti menarik. Tema utama untuk edisi ini adalah dunia teknologi dengan sub-tema pekerjaan beruniform dan pekerjaan tidak beruniform.

Panduan ini disediakan buat guru dan diharap dapat membantu guru dalam merancang Pengajaran dan Pembelajaran di dalam kelas. Fokus untuk panduan ini menjurus kepada pembentukan kemahiran membaca dan pemahaman awal sains melalui pendekatan STEM (Science, Technology, Engineering and Mathematics).

Semoga guru-guru dapat memanfaatkan panduan yang disediakan agar pembelajaran menggunakan majalah AWAL di dalam kelas dapat membentuk anak-anak menjadi lebih kritis, kreatif dan inovatif.

Page 3: ISI KANDUNGAN - awal.my file2 | ISI KANDUNGAN ♦ Kemahiran Membaca 3 ♦ Awal Sains dengan pendekatan STEM 4 - 5 ♦ Panduan – Ceria Bersama Ciki 6 – 7 ♦ Panduan – Ani & Umar

3 | w w w . a w a l . m y

KEMAHIRAN MEMBACA Membaca merupakan proses mentafsir bunyi yang dilambangkan oleh gabungan huruf dalam sesuatu perkataan. Kajian terkini menunjukkan bahawa kesedaran fonemik merupakan petanda asas keupayaan anak untuk dapat membaca. Kesedaran fonemik ini ialah kesedaran bahawa dalam sesuatu perkataan itu terdapat bunyi-bunyi asas yang bergabung untuk membentuk perkataan tersebut.

Dalam mengajar membaca, guru atau ibu bapa perlu memberi bimbingan dengan melakukan aktiviti seperti bacaan bersama, permainan bahasa, bernyanyi, bercerita dan bacaan berirama kerana ia dapat membantu anak menguasai kemahiran membaca.

KEMAHIRAN ASAS MEMBACA

Terdapat 4 kemahiran asas membaca dalam apa jua bahasa. Kemahiran ini perlu diajar kerana ia bukan kemahiran semulajadi. Kemahiran ini dirumuskan mengikut sistem 4P seperti berikut:

1. Pengisian Bunyi (PI) Kemahiran mendengar dan menyebut bunyi-bunyi asas yang ada dalam sesuatu bahasa. Bunyi-bunyi asas ini dikenali sebagai fonem.

2. Pengecaman Bentuk (P2) Kemahiran mengaitkan bunyi dengan huruf atau gabungan huruf yang melambangkan bunyi tersebut.

3. Pemisahan Bunyi (P3) Kemahiran memilih dan memisahkan bunyi-bunyi yang sesuai dalam sesuatu perkataan.

4. Pemaduan Bunyi (P4) Kemahiran memadukan bunyi-bunyi asas untuk membentuk suku-suku kata dan seterusnya memadukan suku-suku kata tersebut untuk membentuk perkataan.

Page 4: ISI KANDUNGAN - awal.my file2 | ISI KANDUNGAN ♦ Kemahiran Membaca 3 ♦ Awal Sains dengan pendekatan STEM 4 - 5 ♦ Panduan – Ceria Bersama Ciki 6 – 7 ♦ Panduan – Ani & Umar

4 | w w w . a w a l . m y

AWAL SAINS DENGAN PENDEKATAN STEM Kaedah PIL CERDAS STEM melibatkan empat fasa, iaitu Fasa Inkuiri, Fasa Penerokaan, Fasa Reka Cipta dan Fasa Refleksi. Berikut dihuraikan aktiviti pembelajaran yang perlu dijalankan oleh guru dalam setiap fasa. Fasa Inkuiri Dalam fasa ini kanak-kanak diperkenalkan kepada masalah yang akan diselesaikan dalam projek ini. Guru boleh menggunakan pelbagai cara untuk mengarahkan perhatian murid kepada topik yang akan dipelajari. Misalnya guru membawa murid keluar meneroka di sekitar halaman taska/tadika atau sekolah, menunjukkan gambar atau video mengenai isu yang terbabit, bercerita atau membaca berita daripada surat khabar, membuat lawatan dan sebagainya. Berdasarkan isu/topik yang dibincangkan itu, guru bertanya kanak-kanak mengenai apa yang mereka sudah tahu mengenai isu/subjek berkenaan. Guru membina peta minda "Apa yang kami tahu tentang...". Peta minda ini merupakan pengetahuan awal kanak-kanak yang perlu diketahui oleh guru mengikut teori konstruktivis. Kemudian guru bersama kanak-kanak membina peta minda "Apa yang kami ingin tahu mengenai...". Dengan bimbingan guru, kanak-kanak menentukan soalan apa yang mereka ingin selidik dan jawab dalam projek ini. Fasa Penerokaan Dalam fasa ini, kanak-kanak bersama guru mencari maklumat mengenai konsep-konsep yang berkaitan dan yang mereka telah tahu tetapi belum begitu faham. Pencarian maklumat dilakukan dengan pelbagai cara; dari internet, video, nature walk, lawatan, kajian buku-buku sains, dan sebagainya. Di peringkat ini, kanak-kanak membina pengetahuan baharu dan mengukuhkan pengetahuan sedia ada mengenai perkara yang dikaji. Setelah mendapat semua maklumat yang diperlukan, mereka dibimbing untuk meneroka mengenai persoalan yang mereka sendiri mencari jawapan atau penyelesaiannya. Untuk itu, guru membimbing

Page 5: ISI KANDUNGAN - awal.my file2 | ISI KANDUNGAN ♦ Kemahiran Membaca 3 ♦ Awal Sains dengan pendekatan STEM 4 - 5 ♦ Panduan – Ceria Bersama Ciki 6 – 7 ♦ Panduan – Ani & Umar

5 | w w w . a w a l . m y

kanak-kanak memikirkan reka bentuk dan alat serta bahan-bahan yang diperlukan. Fasa Reka Cipta Dalam fasa ini, kanak-kanak membina, mencuba dan menghasilkan reka cipta kreatif berdasarkan reka bentuk yang dibuat. Mereka bekerja dalam kumpulan kecil, menggunakan alat-alat teknologi yang selamat dengan bimbingan dan pengawasan pendidik. Ciptaan yang dihasilkan boleh dipertandingkan atau dipamerkan untuk dilihat oleh rakan-rakan yang lain dan ibu bapa. Fasa Refleksi Dalam fasa ini, kanak-kanak mereflek proses pembelajaran yang mereka lalui dan memberi pandangan tentang reka cipta yang mereka hasilkan. Guru menerapkan nilai-nilai murni dalam diri kanak-kanak mengenai kajian saintifik, menghargai hasil ciptaan rakan-rakan, kesedaran terhadap alam sekitar, kesedaran tentang teknologi dan kejuruteraan, dan penghargaan kepada Tuhan Maha Pencipta.

Page 6: ISI KANDUNGAN - awal.my file2 | ISI KANDUNGAN ♦ Kemahiran Membaca 3 ♦ Awal Sains dengan pendekatan STEM 4 - 5 ♦ Panduan – Ceria Bersama Ciki 6 – 7 ♦ Panduan – Ani & Umar

6 | w w w . a w a l . m y

PANDUAN MENGAJAR (CERIA BERSAMA CIKI) Ceria Bersama Ciki kali ini membawa adik-adik untuk bercuti bersama-sama Ciki menaiki kapal terbang. Dalam perjalanan, cuaca bertukar daripada mendung menjadi hujan lebat. Apakah agaknya yang Ciki rasakan semasa cuaca buruk itu? Tajuk Ceria Bersama Ciki (ms 2) Tunjang Utama Kemanusiaan – BM 2.4.3 Membaca dan memahami frasa yang mengandungi perkataan dengan suku kata terbuka dan tertutup. Tunjang Disepadukan Sains & Teknologi – SA 5.1.4 Memerhati dan menceritakan keadaan cuaca yang berbeza. Objektif Di akhir pembelajaran, murid boleh:

1. Menceritakan keadaan cuaca yang cerah dan mendung berdasarkan gambar yang betul.

Aktiviti Prabacaan

1. Guru boleh bernyanyi atau memasang lagu “Tanya Sama Pokok” di dalam kelas.

2. Guru bertanyakan soalan tentang hari hujan kepada kanak-kanak.

Aktiviti Membaca 1. Guru membacakan cerita “Ceria Bersama Ciki”. Murid

mendengar. 2. Guru meminta murid membacakan cerita. 3. Guru menyoal murid berkenaan cerita yang didengar. 4. Murid membuat aktiviti kefahaman di bahagian bawah cerita

dengan bimbingan guru.

Page 7: ISI KANDUNGAN - awal.my file2 | ISI KANDUNGAN ♦ Kemahiran Membaca 3 ♦ Awal Sains dengan pendekatan STEM 4 - 5 ♦ Panduan – Ceria Bersama Ciki 6 – 7 ♦ Panduan – Ani & Umar

7 | w w w . a w a l . m y

Aktiviti Pengukuhan 1. Guru meminta murid melengkapkan aktiviti “Warna Kreatif” di

dalam sisipan (ms 31) di tadika / rumah.

Page 8: ISI KANDUNGAN - awal.my file2 | ISI KANDUNGAN ♦ Kemahiran Membaca 3 ♦ Awal Sains dengan pendekatan STEM 4 - 5 ♦ Panduan – Ceria Bersama Ciki 6 – 7 ♦ Panduan – Ani & Umar

8 | w w w . a w a l . m y

PANDUAN MENGAJAR (ANI & UMAR) Kisah Ani & Umar bertajuk “Jangan Jadi Burung Kakak Tua” menceritakan tentang kesan membuat sesuatu perkara dengan terburu-buru sehingga tidak memikirkan tentang kebaikan atau keburukan perkara tersebut. Ibu bercerita tentang kisah si burung kakak tua yang sering mengajuk kata-kata yang didengar tanpa memahami maksud sebenar kata-kata itu. Akhirnya, si kakak tua ditangkap oleh saudagar burung untuk dijual.

Tajuk

Ani & Umar (MS 33 - 37)

Tunjang Utama

Komunikasi – BM 1.3.4 Mendengar, mengecam dan menyebut perkataan.

Tunjang Disepadukan

Kerohanian, Sikap & Nilai – PI 5.1.8 Membincangkan kepentingan mengamalkan adab dalam kehidupan.

Objektif

Di akhir pembelajaran, murid boleh:

1. Menyebut 3 perkataan daripada cerita yang didengar. 2. Menunjukkan 2 daripada 4 gambar yang melambangkan sikap

yang baik.

Aktiviti Prabacaan

1. Murid melihat gambar di muka surat 33. 2. Guru bertanyakan soalan kepada murid berkenaan gambar pada

muka surat tersebut.

Aktiviti Membaca

1. Guru membacakan cerita Ani & Umar dengan penuh ekspresi dan intonasi. Murid mendengar.

2. Guru bersoal jawab dengan murid berkenaan cerita bagi meningkatkan kefahaman murid.

3. Guru membaca cerita sekali lagi.

Page 9: ISI KANDUNGAN - awal.my file2 | ISI KANDUNGAN ♦ Kemahiran Membaca 3 ♦ Awal Sains dengan pendekatan STEM 4 - 5 ♦ Panduan – Ceria Bersama Ciki 6 – 7 ♦ Panduan – Ani & Umar

9 | w w w . a w a l . m y

4. Guru meminta murid membaca perkataan di bahagian bawah muka surat.

Aktiviti Pengukuhan

1. Murid membuat aktiviti di muka surat 37 dengan bimbingan guru. 2. Murid melengkapkan aktiviti “Mahir Tulis” di dalam sisipan (ms 20)

di tadika/rumah.

Page 10: ISI KANDUNGAN - awal.my file2 | ISI KANDUNGAN ♦ Kemahiran Membaca 3 ♦ Awal Sains dengan pendekatan STEM 4 - 5 ♦ Panduan – Ceria Bersama Ciki 6 – 7 ♦ Panduan – Ani & Umar

10 | w w w . a w a l . m y

TEACHING GUIDE (LITTLE PROF): ICE IS NICE The approach in teaching science, technology, engineering and mathematics (STEM) as practiced by Prof. Aminah Ayob and her team from Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) follows the following phases:

1. Inquiry 2. Exploratory 3. Experimental / Design 4. Reflection

In this issue, children will learn about how ice is formed and the characteristics of ice compared to water. Let us go through the phases as listed above in describing the topic.

Title

Little Prof (Page 38 - 39) - Ice is Nice

Main Domain

SA 4.1.2 Memerihalkan proses perubahan keadaan air: (i) Daripada air kepada ais dan sebaliknya Integrated Domain

BI 3.2.4 Copy words in legible print

Objectives

At the end of the lesson, children will be able to:

1. Understand how ice is formed. 2. Understand the characteristic of ice compared to water by ticking

on the correct answer. 3. Copy words on the characteristics of ice on page 30 of the

activity section.

The lesson begins with an inquiry about what they already know about the subject in this case – ice. The children participate to make a Web about “What we know about ice” (Web 1). The second step involves “What they want to know about ice” – together make a Web on this (Web 2). At the end of this activity, guide the children to discuss about the nature of ice compared to water.

Page 11: ISI KANDUNGAN - awal.my file2 | ISI KANDUNGAN ♦ Kemahiran Membaca 3 ♦ Awal Sains dengan pendekatan STEM 4 - 5 ♦ Panduan – Ceria Bersama Ciki 6 – 7 ♦ Panduan – Ani & Umar

11 | w w w . a w a l . m y

1. INQUIRY PHASE:

Bring a big bowl of ice enough for an ice cube for each child and place each cube in their own small bowl. Allow them to touch and play with the ice. Reserve some ice untouched for the exploratory phase. Ask the children questions like:

• What do you know about ice? • What is it made of?

An example of Web of What We Know is shown below:

Web 1: “What do you know about ice?” For preschool children, the teacher writes the ideas on the board. Next, ask the children what else they want to know about ice? You can ask questions like:

• Water is from ice. How is ice different from water? • At what temperature does water become ice? (Inform the

children that water boils at 100ºC, our body temperature is at 37ºC as reference).

What do you know about

ice? (teacher)

It is very cold. (child A)

We have to put water in

the freezer to make ice. (child B)

It looks like glass.

(child C)

We can make ice cream.

(child D)

Page 12: ISI KANDUNGAN - awal.my file2 | ISI KANDUNGAN ♦ Kemahiran Membaca 3 ♦ Awal Sains dengan pendekatan STEM 4 - 5 ♦ Panduan – Ceria Bersama Ciki 6 – 7 ♦ Panduan – Ani & Umar

12 | w w w . a w a l . m y

An example of “Web of What We Want to Know”

Web 2: What else we want to know about ice?

2. Exploratory phase:

In this phase, the teacher/parent explores the subject together with the children by using references from internet, books and other suitable sources to find information and to clarify any misconceptions on the topic.

The information on ice is described on page 38 - 39 in this issue of AWAL™.

In this phase guide the children to measure the length of time it takes to melt the ice that was reserved earlier. Make a competition among the children to estimate the nearest time period for the ice to melt! Extra tokens are in order.

What else we want to know

about ice? (teacher)

Why is ice hard?

(child A)

What is the difference

between ice and snow?

(child B)

Why it doesn't snow in

Malaysia? (child C)

How do you make ice cream? (child D)

Page 13: ISI KANDUNGAN - awal.my file2 | ISI KANDUNGAN ♦ Kemahiran Membaca 3 ♦ Awal Sains dengan pendekatan STEM 4 - 5 ♦ Panduan – Ceria Bersama Ciki 6 – 7 ♦ Panduan – Ani & Umar

13 | w w w . a w a l . m y

3. Experimental / Design

When the children are clear of the concepts involved, guide them to the activity in Lab Notes on page 30 to copy the words describing the 3 characteristics of ice.

4. Reflection phase:

In this phase, children discuss what they have learned from this project. Teacher/parent should also instill the practice of teamwork, learning to take turns to speak and sharing of ideas. In addition, children should appreciate nature and be grateful to God for his awesome creations as seen in the change from water to ice and back to water again in “Ice is Nice.”

Page 14: ISI KANDUNGAN - awal.my file2 | ISI KANDUNGAN ♦ Kemahiran Membaca 3 ♦ Awal Sains dengan pendekatan STEM 4 - 5 ♦ Panduan – Ceria Bersama Ciki 6 – 7 ♦ Panduan – Ani & Umar

14 | w w w . a w a l . m y

PANDUAN MENGAJAR (KISAH TELADAN) Kisah Teladan edisi ini bertajuk “Korban Kerana Allah SWT”. Nenek menceritakan tentang rukun islam yang kelima iaitu menunaikan ibadah haji seperti rukun-rukun haji dan amalan-amalan yang dilakukan semasa sambutan hari raya Aidil Adha.

Tajuk

Kisah Teladan (MS 40 - 43)

Tunjang Utama

Kerohanian, Sikap & Nilai – PI 2.5.1 Menyebut rukun Islam (i) Menunaikan haji

Tunjang Disepadukan

Komunikasi – BM 1.4.3 Bersoal jawab menggunakan ayat mudah.

Objektif

Di akhir pembelajaran, murid boleh:

1. Menomborkan rukun-rukun haji mengikut urutan yang betul.

Aktiviti Prabacaan

1. Guru menunjukkan gambar pada muka surat 40 dan 41 dan bertanyakan soalan kepada murid tentang gambar tersebut.

Aktiviti Membaca

1. Guru membacakan Kisah Teladan dengan penuh ekspresi dan intonasi. Murid mendengar.

2. Guru bersoal jawab dengan murid berkenaan cerita yang didengar.

Aktiviti Pengukuhan 1. Murid membuat aktiviti Bijak Fikir (ms 43). 2. Murid melengkapkan aktiviti “Mahir Jawi” dan “Pendidikan Islam” di

dalam sisipan (ms 26 - 29) di tadika/rumah.

Page 15: ISI KANDUNGAN - awal.my file2 | ISI KANDUNGAN ♦ Kemahiran Membaca 3 ♦ Awal Sains dengan pendekatan STEM 4 - 5 ♦ Panduan – Ceria Bersama Ciki 6 – 7 ♦ Panduan – Ani & Umar

15 | w w w . a w a l . m y

TEACHING GUIDE (CHAN CHAN THE CHICK) Story Time with Chan Chan brings a fun story entitled “When I Grow Up”. Chan Chan and his three best friends tell about what they want to be when they grow up and why.

In Sing-Along with Chan Chan, let’s sing a song entitled “What Do You Do?” to the tune of Are You Sleeping. The song allows the children to guess the work that a certain occupation does.

Title

Chan Chan the Chick (Page 46 - 48)

Main Domain

Komunikasi – BI 1.2.7 Listen to, enjoy and respond to stories.

Integrated Domain

Fizikal & Estetika – KE 1.1.3 Menyanyikan lagu mengikut melodi.

Objective

At the end of the lesson, students will be able to:

1. Write down the correct occupation based on scrambled alphabets.

Pre-Reading Activity

1. Teacher sings the song on page 48 with the correct intonation and expression.

2. Teacher asks questions pertaining to the song. Example of questions: a) What do you want to be when you grow up? Why? b) What are the similarities between a doctor and a policeman? c) What are the differences between a policeman and a painter?

Reading Activity

1. Teacher reads aloud the story called “When I Grow Up” with intonation and expression.

2. Teacher asks questions pertaining to the story. Example of questions: a) What does Chan Chan wants to be when he grows up? b) What does Chan Chan’s friends wants to be when they grow up? c) Aside from putting out fire, what does a firefighter do?

Page 16: ISI KANDUNGAN - awal.my file2 | ISI KANDUNGAN ♦ Kemahiran Membaca 3 ♦ Awal Sains dengan pendekatan STEM 4 - 5 ♦ Panduan – Ceria Bersama Ciki 6 – 7 ♦ Panduan – Ani & Umar

16 | w w w . a w a l . m y

d) Which occupations are required to wear a uniform and which one doesn’t?

e) Out of the four occupations, which one is your favourite and why?

Post-Reading Activity

1. Students complete the Word Hunt activity on page 18 at school/home.