implikasi motivasi

3
IMPLIKASI MOTIVASI Guru memainkan peranan penting bagi memastikan setiap pendekatan motivasi yang digunakan memberi kesan terhadap pengajaran dan pembelajaran murid. Pembelajaran murid biasanya akan meningkat jika insentif yang diberi adalah selaras dengan keperluan mereka termasuk menimba pengalaman baru, mengasah kemahiran-kemahiran tertentu, mengatasi cabaran-cabaran tertentu, mencapai kejayaan ataupun berinteraksi dengan orang lain. Maka guru boleh memberikan motivasi bagi setiap peringkat dalam P&P. Bagi sesi sebelum memulakan P&P, guru-guru mesti membuat perancangan yang sistematik dengan mengambilkira soalan-soalan yang ingin ditanya dan alat bantu mengajar yang disediakan juga bersesuaian dan mencukupi. Guru mesti membuat persediaan yang rapi supaya sepanjang penyampaian P&P guru berada dalam keadaan yang menyeronokkan. Semasa proses P&P dijalankan pula, guru-guru perlu mengaplikasikan pelbagai kaedah untuk memperkenalkan sesuatu topik. Pengajaran yang melibatkan murid akan meningkatkan motivasi murid. Sekiranya murid-murid dapat memahami tentang apa yang disampaikan, maka murid-murid akan mempunyai motivasi intrinsik terhadap pembelajaran. Selepas proses P&P pula, dengan adanya penambahan motivasi, murid-murid patut diberi masa untuk membuat renungan atau refleksi. Ini kerana, proses refleksi ini dapat membantu mereka untuk menilai kekuatan dan kelemahan yang terdapat pada diri mereka. Antara motivasi yang boleh diwujudkan adalah seperti maklumbalas hasil daripada penilaian kemajuan pembelajaran murid-murid, akitiviti

Upload: ainrosham

Post on 11-Dec-2015

9 views

Category:

Documents


1 download

DESCRIPTION

Guru memainkan peranan penting bagi memastikan setiap pendekatan motivasi yang digunakan memberi kesan terhadap pengajaran dan pembelajaran murid. Pembelajaran murid biasanya akan meningkat jika insentif yang diberi adalah selaras dengan keperluan mereka termasuk menimba pengalaman baru, mengasah kemahiran-kemahiran tertentu, mengatasi cabaran-cabaran tertentu, mencapai kejayaan ataupun berinteraksi dengan orang lain. Maka guru boleh memberikan motivasi bagi

TRANSCRIPT

Page 1: IMPLIKASI MOTIVASI

IMPLIKASI MOTIVASI

Guru memainkan peranan penting bagi memastikan setiap pendekatan motivasi yang

digunakan memberi kesan terhadap pengajaran dan pembelajaran murid. Pembelajaran murid

biasanya akan meningkat jika insentif yang diberi adalah selaras dengan keperluan mereka

termasuk menimba pengalaman baru, mengasah kemahiran-kemahiran tertentu, mengatasi

cabaran-cabaran tertentu, mencapai kejayaan ataupun berinteraksi dengan orang lain. Maka

guru boleh memberikan motivasi bagi setiap peringkat dalam P&P.

Bagi sesi sebelum memulakan P&P, guru-guru mesti membuat perancangan yang

sistematik dengan mengambilkira soalan-soalan yang ingin ditanya dan alat bantu mengajar

yang disediakan juga bersesuaian dan mencukupi. Guru mesti membuat persediaan yang rapi

supaya sepanjang penyampaian P&P guru berada dalam keadaan yang menyeronokkan.

Semasa proses P&P dijalankan pula, guru-guru perlu mengaplikasikan pelbagai kaedah

untuk memperkenalkan sesuatu topik. Pengajaran yang melibatkan murid akan meningkatkan

motivasi murid. Sekiranya murid-murid dapat memahami tentang apa yang disampaikan, maka

murid-murid akan mempunyai motivasi intrinsik terhadap pembelajaran.

Selepas proses P&P pula, dengan adanya penambahan motivasi, murid-murid patut

diberi masa untuk membuat renungan atau refleksi. Ini kerana, proses refleksi ini dapat

membantu mereka untuk menilai kekuatan dan kelemahan yang terdapat pada diri mereka.

Antara motivasi yang boleh diwujudkan adalah seperti maklumbalas hasil daripada penilaian

kemajuan pembelajaran murid-murid, akitiviti lanjutan untuk mengukuhkan pembelajaran serta

sikap keprihatinan guru-guru terhadap keperluan murid-murid.

Guru-guru harus sentiasa mewujudkan suasana pembelajaran yang selesa, selamat dan

terjamin, agar murid-murid mempunyai tahap azam kendiri dan rasa bertanggungjawab

terhadap pembelajaran sendiri. Guru-guru harus menyediakan suasana yang kaya dan kondusif

bagi murid-murid untuk pembelajaran mereka. Harus terdapat pelbagai jenis sumber supaya

mereka dimotivasikan untuk belajar.Ini akan membantu murid untuk lebih menyukai suasana di

dalam kelas dan akan mendorong murid untuk mempunyai semangat dalam sesi pembekajaran

dan pengajaran.

Page 2: IMPLIKASI MOTIVASI

Guru-guru harus berpegang pada kepercayaan bahawa setiap orang kanak-kanak boleh

belajar dengan baik di sekolah, tanpa mengambil kira latar belakang mereka yang berbeza-

beza. Dengan kepercayaan ini, guru-guru akan berikhtiar untuk bekerja keras dan murid-murid

juga akan dimotivasikan untuk belajar dan mendapat pencapaian yang baik.Guru-guru tidak

harus terlalu menekankan motivasi luaran seperti ganjaran luaran yang tidak akan membawa

hasil yang diinginkan. Pengukuhan positif atau negatif boleh digunakan untuk memotivasikan

murid untuk belajar. Misalnya, tugasan-tugasan baik murid boleh dipamerkan dalam bilik darjah

untuk menggalakkan murid lain melakukan tugasan yang baik.

Guru-guru harus sentiasa menggunakan motivasi dalaman dalam pengajaran mereka.

Bahan-bahan dan aktiviti-aktiviti pembelajaran haruslah berkaitan dengan minat dan rasa ingin

tahu murid. Umpamanya guru boleh menghubung kaitkan murid dengan kehidupannya,

menggunakan nama murid, menggunakan bahan pembelajaran yang jelas dan menarik, dan

sebagainya. Permainan dan teka silang kata boleh digunakan untuk mencetuskan minat

dalaman.

Murid atau aktiviti pembelajaran haruslah distrukturkan dengan cara mudah supaya

murid dapat mengikutinya. Murid dan aktiviti harus distrukturkan mengikut tahap pengetahuan

atau kemahiran murid.Guru-guru harus juga selalu melayani keperluan murid, termasuk

keperluan untuk azam sendiri. Guru-guru boleh menugaskan murid untuk melakukan tugas

yang penting seperti mengedar dan mengutip buku dan kertas, menjaga sudut bacaan dan lain-

lain tugasan lagi.